Anda di halaman 1dari 6

NAMA : NURUL SYAMIMIE BT MOHD FOUAT

ANGKA GILIRAN : SB5010/1190

NO.KAD PENGENALAN : 001003081278

TEMA 1 : SEJARAH TEMPAT

TAJUK : PERKEMBANGAN BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR


DARI TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2015.

PENGENALAN

Bukit Malawati merupakan sebuah tempat ekopelancongan. Bukit Malawati terletak di


Kuala Selangor, Selangor, Darul Ehsan. Malawati merupakan nama sebuah bukit. Bukit
Malawati yang asalnya ialah gabungan daripada dua buah bukit iaitu Bukit Selangor dan
Bukit Tanjung Keramat. Bukit Malawati merupakan sebuah tempat untuk sultan-sultan
dahulu dari negeri-negeri lain datang melawat dan berehat untuk menyaksikan perlagaan
ayam serta mengambil angin sambil memerhatikan ke Pengkalan Batu Buruk. Dari peristiwa
inilah punca dinamakan “melawati”. Ianya kekal sebagai Bukit Melawati sehingga hari ini.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkembangan Bukit Malawati, Kuala Selangor dari
tahun 2005 hingga tahun 2015.

OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkembangan dan peranan Bukit
Malawati, Kuala Selangor dari tahun hingga tahun 2015.

Objektif kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kesan-kesan peninggalan sejarah
Bukit Malawati, Kuala Selangor dari tahun 2005 hingga tahun 2015.

Akhir sekali, untuk mengkaji keistimewaan dan kesan sejarah di Bukit Malawati dari
tahun 2005 hingga tahun 2015.

1
PERMASALAHAN KAJIAN

Kemajuan dan pembangunan yang kesat di Bukit Malawati telah menarik minat penulis
untuk mengkaji dan mengenal pasti pelbagai faktor yang telah menyumbang kearah tersebut.
Antaranya, siapakah yang telah memainkan peranan penting dalam memajukan Bukit
Malawati. Selain itu, ingin mengkaji sejak bila dan bagaimana Bukit Malawati ini mula
membangun dengan pesatnya.

SKOP KAJIAN

Skop kajian ini akan meliputi satu tempoh masa dari tahun 2005 hingga tahun 2015 iaitu
selama 10 tahun. Kajian ini juga hanya akan melibatkan satu tempat sahaja iaitu Bukit
Malawti, Kuala Selangor sahaja. Kajian ini dibuat untuk mengkaji sejarah Bukit Malawati.
Selain itu, untuk mengetahui faktor perkembangan Bukit Malawati. Akhir skali, kajian ini
dibuat untuk mengetahui peranan Bukit Malawati dari tahun 2005 hingga 2015.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Sebelum melakukan kajian tentang perkembangan Bukit Malawati, terdapat sumber di


Berita Harian yang ditulis oleh Khairul Azran Hussin dan Suzaini Sulaiman di
https://www.bharian.com.my/node/43130 yang menceritakan mengenai Bukit Malawati
menyimpan 1001 kisah. Selain itu, terdapat juga jurnal yang penah dibuat sebelum kajian ini
dilakukan mengenai keunikan Bukit Malawati http://www.jurnalmalaysia.com/?p=3469

KAEDAH KAJIAN

Kaedah Penyelidikan Perpusatakaan iaitu melalui rujukan daripada buku-


buku,majalah,akhbar-akhbar serta melayari internet untuk mencari bahan-bahan rujukan.
Selain itu, melalui kajian lapangan iaitu temubual, temuramah dan soal selidik.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhan kajian ini dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian
pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan membincangkan
dan mengenal pasti tentang sejarah ringkas tentang Bukit Malawati secara umum. Seterusnya
penulis akan mengaitkan dengan tujuan kajian dijalankan dikawasan berkenaan .

Pada bahagian isi pula, penulis akan menceritakan latar belakang penubuhan Bukit
Malawati ini. Seterusnya, penulis akan menceritakan kesan-kesan peninggalan Bukit

2
Malawati. Disamping itu, penulis akan membincangkan tentang peranan dan sumbangan
Bukit Malawati.

Pada bahagian kesimpulan pula, penulis akan merumus hasil kajian berkenaan.

PENUTUP

Pada keseluruhannya, kajian ini dijalankan adalah tertumpu kepada sejarah dan peranan
di Bukit Malawati ini. Diharapkan dengan adanya kajian seperti ini, masyarakat akan
mengetahui sejarah tempat Bukit Malawati dari awal penubuhannya serta memberi
penambahan ilmu kepada masyarakat untuk mengetahui mengenai sejarah-sejarah lama di
Bukit Malawati.

BIBLOGRAFI

Sumber sekunder

https://www.scribd.com/doc/314220892/Proposal-Kerja-Kursus-Sejarah-STPM

https://www.bharian.com.my/node/43130

Sumber lisan

3
4
5
a.

Anda mungkin juga menyukai