Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Mohd Syahrul Adha Bin Mohd Fouat

Program Bina Insan Guru merupakan satu kursus yang wajib diikuti oleh semua guru
pelatih. Kursus wajib ini merupakan satu kursus anjuran Bahagian Pendidikan Guru yang
perlu dijalankan oleh setiap Institut Pendidikan Guru (IPG) dan ianya merupakan satu
pendekatan ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).
Dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini yang lebih
menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah iaitu dalam konteks
dan situasi sebenar, ia kini dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai
dan akhlak keguruan di kalangan pelajari. Program ini sangat bermakna kepada saya
kerana selain dapat menjadi guru yang universal, ia juga telah banyak mengukir kenangan
manis dan pahit dalam hidup saya.

Proses untuk membentuk modal insan guru yang cemerlang dan berguna bukanlah
satu tugas yang mudah. Oleh yang demikian, guru pelatih perlu mempersiapkan diri mereka
sepenuhnya dengan ilmu di dada selain daripada kekuatan fizikal dan mental agar dapat
menjalankan tugas selaku seorang pendidik dengan baik dan sempurna. Pada fasa
keempat program BIG ini, kami telah memilih untuk melaksanakan program berbentuk
khidmat masyarakat dan juga pendidikan secara serentak disebabkan bilangan kami yang
ramai. Sekolah yang menjadi pilihan adalah Sekolah Kebangsaan Lawang yang teletak di
Jajahan Tanah Merah, Kelantan.

Melalui program yang telah dijalankan ini, saya telah dapat menimba pelbagai
pengalaman yang berguna dan lebih mengerti beberapa perkara yang baharu. Pertama
sekali, saya dapat meningkatkan hubungan komunikasi saya terhadap orang lain. Perkara
ini terjadi ketika sesi mesyuarat pelantikan AJK. Selain itu, saya juga dapat meningkatkan
tahap komunikasi apabila bertemu dengan para guru, staf-staf dan murid-murid di sekolah
berkenaan. Saya juga berkomunikasi dan beramah mesra bersama guru yang menyelia
ketika aktiviti mural dijalankan. Melalui komunikasi berkenaan, sedikit sebanyak saya dapat
menyelami perasaan dan berkongsi pengalaman mereka.. Perkara sebegini menjadikan diri
saya lebih matang dan peka terhadap isu semasa dalam bidang pendidikan di Negara ini
pada pandangan para guru yang jauh lebih berpengalaman

Seterusnya, saya juga dapat meningkatkan kemahiran fizikal dan mental saya
melalui program BIG ini. Perkara ini berlaku ketika saya melibatkan diri dalam aktiviti
melukis dan mewarna lukisan mural. Penggunaan alat melukis yang terhad di ruang yang
kurang selesa dan panas benar-benar menguji kesabaran diri dan melatih kemahiran fizikal
melalui seni lukis dan warna. Di tambah pula dengan kerenah murid-murid yang teruja
dengan aktiviti yang kami jalankan membuatkan tugasan menjadi bertambah sukar.

Selain daripada itu, program BIG ini juga mendedahkan kepada saya nilai kerjasama
dan persahabatan. Aktiviti yang jelas menampakkan nilai ini adalah ketika aktiviti melukis
dan mewarna mural. Oleh sebab peralatan yang menimun, kemahiran yang kurang serta
keadaan persekitaran yang kurang membantu, rakan-rakan yang lebih berkemahiran seperti
saudara Alex, hazizie, Mazly, Qayyum dan Rizal telah bertungkus lumus membantu bagi
menjayakan aktiviti ini supaya kami dapat memberikan sesuatu kepada pihak sekolah di
atas kesudian menerima kunjungan daripada IPGKKB.

Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman yang saya peroleh ini, saya dapat


memajukan diri saya ke hadapan biarkan hanya sedikit. Saya tidak boleh menoleh ke
belakang dan berfikiran sempit. Pada saya, setiap pengalaman merupakan satu pengajaran
yang baru untuk saya. Daripada pengalaman lah saya boleh menjadi seorang yang
berdedikasi dan berfikiran jauh, Justeru, proses menimba ilmu tidak semestinya
berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Proses belajar yang paling berkesan
pada pandangan saya adalah belajar daripada pengalaman lampau dan kesilapan-kesilapan
yang dilakukan. Jangan diulangi pengalaman yang pahit, belajar daripada kesilapan.

Anda mungkin juga menyukai