Anda di halaman 1dari 3

No kp

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Bahagian ini merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan untuk memenuhi dua objektif
kajian iaitu mengenal pasti penggunaan baja yang sesuai dalam penanaman kelapa sawit serta
mengkaji faedah penggunaan baja yang sesuai terhadap pengeluaran kelapa sawit di Sekendi,
Sabak Bernam.

6.1 Penggunaan Baja Yang Sesuai Dalam Penanaman Kelapa Sawit Di Sekendi, Sabak
Bernam

Terdapat beberapa jenis baja yang selalu digunakan oleh pwngusaha ladang kelapa sawit
seperti baja sebatian dan campuran,baja organic serta baja kimia. Berbagai-bagai jenis baja ini
menjadi pilihan pengusaha ladang kelapa sawit untuk menghasilkan buah kelapa sawit yang
berkuantiti lebih banyak.

Selain itu,kandungan baja yang sesuai penting untuk menentukan kesuburan tanah. Baja
kelapa sawit lazimnya mengandung nitrogen,fosforus, kalium, magnesium atau kalsium. Zat-zat
nutrient ini amat diperlukan untuk menyuburkan tanah dan pokok. Sebagai contoh, kekurangan
fosforus boleh menyebabkan pertumbuhan palma terbantut, pelepah pendek, ukurlilit batang dan
saiz tandan menjadi kecil.

Di samping itu, kesesuaian baja yang digunakan perlu mengambil kira kesesuaian
tempat,cuaca dan bajet. Hal ini kerana jenis tanah adalah berbeza, bukan semua jenis tanah
sesuai untk tanaman kelapa sawit. Cuaca juga berperanan penting dalam penanaman kelapa
sawit. Curah hujan yang mencukupi akan memudahkan penyerapan kandungan baja oleh pokok
kelapa sawit.

Akhir sekali, faktor harga akan mempengaruhi pemilihan baja yang sesuai dalam tanaman
sawit. Pengusaha ladang kelapa sawit akan mengambil berat harga sesuatu baja semasa
pembilihan baja. Mereka akan memilih baja berkualiti yang lebih murah supaya dapat
mengurang perbelanjaan mereka dan secara tidak langsung meningkatkan keuntungan mereka.
980728-10-5662

6.2 Faedah Penggunaan Baja Yang Sesuai Terhadap Pengeluran Kelapa Sawit Di Sekendi,
Sabak Bernam

Faedah penggunaan baja yang sesuai terhadap pengeluaran kelapa sawit boleh dibahagikan
kepada beberapa aspek seperti kesuburan pokok, peningkatan hasil dan kualiti buah. Dalam
aspek kesubursn pokok, pokok kelapa sawit akan hidup lebih subur selepas penggunaan baja.
Hal ini kerana baja mengandungi zat-zat nutrient yang diperlukan oleh pokok kelapa sawit
seperti nitrogen, kalium dan sebagainya. Pokok kelapa sawit akan wujud lebih subur sekiranya
mempunyai zat-zat nutrient yang mencukupi.

Lataran itu, pokok kelapa sawit akan lebih sihat dan jangka hayat pokok meningkat selepas
penggunaan baja yang sesuai. Pokok kelapa sawit biasanya akan diserang oleh pelbagai jenis
penyakit seperti Gonoderma, Miselium dan sebagainya. Dengan menggunakan baja yang sesuai,
penyakit-penyakit boleh dicegah dan pokok kelapa sawit akan lebih sihat serta berhayat panjang.

Dari aspek kualiti buah, buah sawit akan menjadi lebih banyak dan berkualiti tinggi selepas
penggunaan baja. Baja yang sesuai akan menghasilkan buah yang lebih banyak daripada
sebelumnya. Buah kelapa sawit yang dihasilkan akan lebih berkualiti dan mempunyai kandungan
minyak yang lebih tinggi.

Selain itu, selepas penggunaan baja , bua kelapa sawit akan menjadi lebih padat dan berat.
Sebelum penggunaan baja, hasil kelapa sawit adalah kurang. Namun demikian, penggunaan baja
yang sesuai akam membolehkan pokok kelapa sawit menghasilkan buah yang lebih padat dan
berat. Secara tidak langsung pendapatan pengusaha ladang kelapa sawit akan bertambah kerana
buah kelapa sawit lebih berat dan padat daripada sebelumnya.

Dalam aspek prningkatan hasil, hasil buah kelapa sawit akan meningkat selepas penggunaan
baja secara generalnya. Dalam keadaan biasa, buah kelapa sawit yang dihasilkan adalah
sekurang-kurangnya 1-2 tan sekali tuai, sekiranya tanah tersebut subur dan sesuai untuk
tananman kelapa sawit.
980728-10-5662

Lebih banyak baja digunakan hasil kelapa sawit juga akan meningkat dan berupaya
mengeluarkan 3-4 tan buah kelapa sawit sekali tuai. Penggunaan baja yang sesuai akan
membekalkan pokok kelapa sawit zat-zat nutrient yang mencukupi. Oleh itu, pokok kelapa sawit
dapat berbuah lebih banyak.

Namun demikian, penggunaan baja yang berlebihan mungkin akan mendatangkan kesan
negatif. Penggunaan baja akan menyebabkan pokok kelapa sawit dapat menghasilkan buah
kelapa sawit kepada tahap maximum. Hasil kelapa sawit tidak akan meningkat lagi walaupun
baja yang lebih banyak ditaburkan lagi. 5 atau 6 tan buah kelapa sawit sekali tuai adalah tahap
maximum. Hasil yang lebih daripada 6 tan sekali tuai tidak akan dihasilkan lagi walaupun
penggunaan baja yang berlebihan.

Dalam pada itu, hasil kelapa sawit dapat dituai lebih kerap selepas penggunaan baja yang
sesuai. Contohnya, sebelum penggunaan baja , masa untuk buah kelapa sawit menjadi matang
mungkin memerlukan 2 bulan. Namun dengan menggunakkan baja yang sesuai, buah kelapa
sawit akan lebih cepat matang dan dapat dituai dalam masa yang lebih singkat. Hal ini
disebabkan penggunaan baja yang sesuai dapat memendekkan tempoh matang bagi buah kelapa
sawit.

Akhir sekali, penggunaan baja yang sesuai mampu meningkatkan hasil kelapa sawit. Dengan
menggunakkan baja yang sesuai dan teknik pembajaan yang betul, baja dapat meningkatkan
kesuburan tanah dan pokok kerana baja mempunyai pelbagai jeniszat-zat nutrient yang
diperlukan oleh pokok kelapa sawit. Oleh hal yang demikian, hasil kelapa sawit sememangnya
dapat ditingkatkan lagi selepas penggunaan baja yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai