Anda di halaman 1dari 30

Teknologi Pembajaan TERKINI yang TERBUKTI

Mampu MENINGKATKAN Hasil purata Sehingga


1.75tan Seekar Sebulan Pada KOS MINIMUM.

FERTILIZER OPTIMUM GROW (F.O.G)


Baja FOG adalah formula terkini. Dicipta khas
untuk kelapa sawit.
Dengan ini kita dapat mengurangkan kos
pembajaan. Dalam masa yang sama, telah
terbukti mampu meningkatkan hasil dan
bilangan tandan.
Baja ini juga telah melalui semakan makmal
pertanian MARDI. Dengan menggunakan baja
FOG, sawit anda mendapat baja lengkap
dalam masa 3 saat!

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH


PEMILIK SAWIT
1.

Kos Pembajaan Tinggi


Kos baja sawit sekarang telah meningkat. Apabila kos
baja meningkat, banyak modal yang kita perlu
keluarkan. Bila modal banyak, tentulah duit untung
jualan buah sawit pun menjadi kurang.

2.

Hasil Kurang Memuaskan


Rata-rata pekebun sawit, biasanya mendapat hasil
kurang 1 tan seekar. Sedangkan potensi sawit adalah
2.5tan seekar. Apabila hasil sawit kita rendah dari apa
yang sepatutnya kita dapat, sudah tentulah duit jualan
kita juga menjadi rendah.

3.

Pokok Tidak Berbuah


Pokok sawit yang tidak berbuah dikenali sebagai
pokok jantan. Apabila ada pokok jantan, bermaksud
pokok sawit kita tidak mengeluarkan hasil dengan
sepenuhnya. Sawit ini menjadi beban. Kita berikan
baja, namun hasilnya tiada. Kita rugi!

4.

Keliru Terlalu Banyak Baja Diperlukan


Untuk mendapatkan hasil maksimum, biasanya kita
guna lebih dari 4 jenis baja berbeza. Iaitu untuk
keperluan daun, batang, pucuk dan akar- akar baru
yang aktif. Sudah tentu kita akan keliru nak pilih yang
terbaik. Tambahan pula, harga baja tengah mahal.
Tersilap pilih, kita akan membazirkan duit sahaja.

5.

Masalah Tanah Masam


Tanah masam adalah punca kepada masalah baja
tidak diserap oleh akar. Ini adalah kerana, akar
menjadi keliru untuk membezakan antara tanah dan
baja. Lalu akar tidak menyerap baja dengan cekap.
Baja terkunci begitu sahaja dalam tanah. Keadaan ini
menyebabkan kita rugi!

6.

Masalah Tanah Tandus Padat


Tanah tandus padat berpunca dari kesan baja kimia
dan racun. Bahan-bahan ini menyebabkan cacing
tanah mati dan tidak hidup di tanah tersebut. Sudah
tentulah, tanah tidak gembur apabila tiadanya cacing
penggembur tanah. Lalu tanah menjadi padat. Ini
menyebabkan akar tidak dapat berkembang baik.

7.

Kos Tenaga Kerja Tinggi


Sama seperti kos pembajaan. Kos upah pekerja kini
telah meningkat. Kita terpaksa mengeluarkan belanja
lebih untuk kerja- kerja pengurusan sawit. Apabila
belanja modal bertambah tinggi, duit untung jualan
buah sawit menjadi sedikit. Rugi bos!

8.

Bebanan Penyimpanan Baja


Penyimpanan baja memerlukan ruangan khas. Ini
adalah untuk memastikan baja tersebut tidak dicuri
dan tidak rosak. Sekiranya ruang penyimpanan terhad,
sudah tentu kita terbeban untuk melindungi baja.

9.

Masalah Pengangkutan
Sesetengah kawasan sawit tidak mempunyai jalan
masuk yang baik. Kawasan ini sukar untuk dilalui. Untuk
membawa masuk baja ke tanaman sawit, kita
terpaksa mengeluarkan tenaga dan duit tambahan.
Tambah kos lagi!

10. Masalah Musim Melawas


Musim melawas adalah faktor semulajadi. Namun
begitu masih ada jalan untuk mengurangkan kesan
melawas. Apabila musim melawas, hasil menjadi
kurang. Adakalanya hanya 200kg sahaja seekar. Tak
balik modal!

11. Baja Hilang Secara Semulajadi


Baja boleh hilang secara semulajadi tanpa kita sedar.
Contohnya kehilangan unsur boron pada kawasan
berbukit apabila hujan. Ini menyebabkan bunga dan
buah tidak terbentuk dengan baik. Lalu hasil sawit kita
pun tidak lumayan.
12. Serangan Kulat Ganoderma
Apabila tanah tandus dan masam, bakteria baik dan
cacing akan pupus. Ini menyebabkan tiadanya
pelindung pokok yang terdiri dari bakteria baik.
Apabila kulat dan pathogen menyerang pokok sawit,
pokok ini tidak dilindungi. Lalu pokok sawit terkena
serangan penyakit kulat ganoderma.

DI SINILAH BERMULANYA UNTUK


HASIL SAWIT YANG LEBIH BAIK!

PENYELESAIAN UNGGUL
1.

KOS PEMBAJAAN DIKURANGKAN


Kita boleh kurangkan kos pembajaan. Caranya adalah
dengan meningkatkan kadar serapan baja.
Baja FOG menjadikan serapan baja lebih cekap.
Apabila pembajaan cekap, kita dapat kurangkan
penggunaan baja. Melalui kaedah hybrid FOG
bersama baja butir kimia, kita boleh turunkan kos
modal pembajaan sehingga 40%.
Modal pembajaan menjadi sedikit. Jumlah untung
jualan buah sawit pula meningkat!

2.

HASIL PURATA 1.75 TAN SEEKAR SEBULAN


Melalui baja lengkap, hasil akan menjadi maksimum.
Hasil tertinggi baja FOG setakat ini adalah 2.1 tan
seekar pada waktu puncak. Manakala hasil purata
adalah 1.75 tan seekar sebulan.
Apabila hasil meningkat, pendapatan sawit kita juga
meningkat!

3.

MERAWAT POKOK JANTAN


Baja FOG menyediakan unsur baja yang diperlukan
pokok. Seperti yang kita tahu, baja butir kimia
mengandungi unsur NPK tinggi. NPK ini hanyalah untuk
pembentukan pokok sahaja.
Baja FOG pula memberikan unsur pelengkap. Iaitu
untuk pembentukan bunga yang banyak dan
berkualiti. Bunga yang berkualiti inilah yang akan
menjadi buah yang besar dan padat.
Jadi tiada lagi kes pokok jantan. Dengan
menyelesaikan masalah pokok jantan, hasil sawit
menjadi maksimum. Dalam bahasa mudah, setiap
pokok sawit kita menjadi mesin duit!

4.

MEMUDAHKAN PENGGUNAAN BAJA


Dengan kaedah FOG, kita hanya memerlukan 2 jenis
baja sahaja. Pertama, baja butir NPK. Sebagai
makanan asas pokok. Ini adalah untuk pembentukan
pokok yang sihat.
Kedua, baja FOG. Ini pula untuk melengkapkan
keperluan pokok. Iaitu daun yang hijau berkilat, pucuk
yang sihat, akar baru yang aktif dan lain-lain lagi.
Jadi, kita tidak perlu pening lagi untuk memilih baja.
Dengan kaedah hybrid baja butir NPK dan baja FOG,
sawit sudah mendapat baja lengkap.

5.

MENEUTRALKAN TANAH
Tanah yang neutral akan meningkatkan kadar serapan
baja. Akar menjadi aktif. Juga dapat membezakan
antara tanah dan baja. Dengan ini pengambilan baja
menjadi cekap.
Tanah yang neutral juga menjadikan bakteria baik dan
cacing tanah dapat hidup sihat. Bakteria baik ini akan
melindungi pokok. Manakala cacing tanah pula
bertindak menggemburkan tanah.

6.

MENJADIKAN TANAH SUBUR DAN GEMBUR


Selepas menggunakan baja FOG, cacing tanah akan
hadir. Cacing ini akan bekerja untuk menggemburkan
tanah.
Apabila gembur, air akan tersimpan lebih banyak
dalam tanah. Dengan ini, pokok menjadi kalis
kemarau.
Selain
itu,
tanah
gembur
menjadikan
akar
berkembang dengan baik. Akar inilah yang akan
menyerap baja dengan sangat cekap.

7.

KOS UPAH PEKERJA


Kita ada cara untuk kurangkan kos upah pekerja. Iaitu
kita kurangkan kerja-kerja pembajaan. Baja FOG
menggunakan kaedah pembajaan ringkas.
Setiap pokok hanya memerlukan semburan 3 saat
sahaja. Dengan 3 saat, ini pokok mendapat baja
lengkap bagi menghasilkan buah lumayan.

Untuk membaja kebun seluas 10 ekar, kita hanya


memerlukan masa selama 3 jam sahaja. Manakala
jumlah pekerja pula hanya 1 orang sahaja.

8.

MEMUDAHKAN PENYIMPANAN BAJA


Ruang simpanan baja boleh dikurangkan dengan
menggunakan baja kecil. Paling penting, mampu
digunakan untuk skala besar.
Baja FOG bersaiz 1 liter sahaja. Apa yang hebat, 1 liter
ini boleh digunakan untuk 10 ekar tanaman kelapa
sawit.
Bayangkan untuk menyimpan 10 ekar baja, cukup
dengan satu ruangan kecil. Ini sudah tentulah
menjimatkan ruang!

9.

MEMUDAHKAN PENGANGKUTAN BAJA


Baja kecil sangat mudah untuk dibawa ke lokasi. Baja
FOG bersaiz 1liter (10 ekar) bersaiz botol air mineral
sahaja.

Bagi membawa 10 ekar kelapa sawit FOG, kita boleh


guna motor sahaja. Jimat kos minyak kenderaan. Nak
bawa pun ringan dan mudah.

10. KALIS MUSIM MELAWAS


Musim melawas adalah faktor semulajadi luar kawalan.
Namun, kita masih boleh kurangkan kesan melawas ini.
Musim melawas berlaku akibat pokok stress. Stress ini
berpunca apabila pokok dipaksa untuk menyerap
baja kimia semata- mata.
Baja FOG akan menghuraikan bahan kimia. Lalu pokok
dan tanah bebas toksid kimia. Apabila tiada lagi kesan
toksid kimia, pokok tidak lagi stress. Jadi kesan musim
melawas dapat dikurangkan.

11. MENYELESAIKAN MASALAH KEHILANGAN BAJA


Baja boleh hilang secara semulajadi. Contohnya,
apabila berlaku hujan di kawasan berbukit. Lalu unsur
boron akan terhakis akibat hujan ini.

Apabila unsur boron ini terhakis, pokok tidak berbuah


dengan baik. Cara untuk mengatasi masalah ini
dengan menggunakan baja yang tinggi serapan.
Kelebihan utama baja FOG adalah serapan baja yang
tinggi. Selepas disembur terus diserap oleh akar.
Apabila hujan, baja sudah selamat berada dalam
pokok. Tiada lagi kes baja dibawa air!

12. MENGAWAL SERANGAN KULAT GANODERMA


Baja FOG menguatkan dinding- dinding sel menjadi
teguh. Dinding-dinding sel in bertindak sebagai kubu.
Kubu yang kuat tidak dapat ditembusi oleh penyakit.
Selain itu, teknologi bakteria baik (EM) akan bertindak
sebagai tentera kecil. Tentera ini akan melawan kulat
dan pathogen berbahaya. Sekaligus menjadikan
pokok mendapat perlindungan yang berkesan. Ianya
bermula dari peringkat sel lagi.
Semua perlindungan ini menjadikan pokok rintang
terhadap serangan kulat ganoderma.

KEJAYAAN BAJA FERTILIZER OPTIMUM GROW

Kos pembajaan turun. Kerja pembajaan mudah.

Hasil meningkat 200%

Buah bertambah besar dan berat

Hasil melebihi 2 tan pada waktu puncak.

Bunga menjadi lebih berkualiti

Pokok jantan berbuah kembali

Pelaburan baja FOG menjadikan pokok lebih produktif

Meningkatkan kualiti bunga bagi pembentukan buah baru


yang lebih lumayan.

Daun menjadi hijau pekat

Pokok pulih selepas mendapat baja lengkap

Pucuk baru yang sihat, bunga semakin banyak

Kehadiran cacing tanah menandakan pokok tanah subur


dan neutral

Tanah menjadi gembur dan neutral

Kerja pembajaan ringan. Orang berumur pun boleh


membaja sendiri.

Baja FOG menjimatkan ruang. Sebotol boleh digunakan


untuk 10 ekar kelapa sawit. Mudah untuk dibawa ke
ladang.

Tandan bertambah. Tanah semakin subur.

PENJIMATAN BAJA FOG

Baja FOG menjimatkan kos pembajaan sebanyak 35%


setahun. Penjimatan ini bermaksud pengurangan modal
untuk penggunaan baja.

SIJIL ANALISIS MARDI

KAEDAH BANCUHAN

KAEDAH PEMBAJAAN
POKOK 3 TAHUN
DAN KE BAWAH
Lakukan semburan
kabus 2 saat pada
daun pokok.

POKOK 3 TAHUN
DAN KE ATAS
Lakukan semburan
kabus 3 saat pada
pangkal pokok.
(lakukan keliling)

FAQ
===> SOALAN TENTANG BAJA
SOALAN: "Berapa NPK baja ni?"
JAWAPAN: NPK baja FOG adalah dalam lingkungan nisbah 1 sahaja. Ini
membuktikan bahawa baja FOG adalah organik 100%.
SOALAN: "Cukup ke NPK nisbah 1?"
JAWAPAN: Baja FOG adalah baja pelengkap baja butir NPK. Keperluan baja
NPK akan diberikan melalui baja butir. Dengan ini pokok mendapat baja
lengkap melalui kaedah hybrid organik. Jesteru, walaupun NPK baja FOG
rendah, tuan-tuan boleh lihat hasil sawit yang meningkat berkali ganda!
SOALAN: "Pokok usia berapa tahun sesuai?"
JAWAPAN: Baja FOG sesuai untuk semua peringkat umur pokok sawit. Bermula
dari semaian hingga ke pokok matang.
SOALAN: "Berapa kilo satu kampit?"
JAWAPAN: Baja ini berbentuk cecair. Kiraan jumlah baja adalah dalam liter.
SOALAN: "Sebotol ni berapa liter?"
JAWAPAN: Sebotol baja FOG mengandungi 1 liter cecair baja.
SOALAN: "1 liter untuk 10 ekar? Cukup ke?"
JAWAPAN: Sangat cukup. Kaedah FOG menggunakan kaedah pembajaan
termoden dan termaju. Baja dipekatkan dan daya serapan baja diubah
menjadi lebih cekap terus serap akar. Jadi hanya sedikit sahaja baja yang
diperlukan untuk setiap pokok.
SOALAN: "Sebotol boleh guna untuk berapa pokok?"
JAWAPAN: Sebotol boleh guna 550 pokok kelapa sawit.
SOALAN: "Satu pam 18 liter boleh guna untuk berapa ekar?"
JAWAPAN: Pam 18 liter boleh guna untuk 10 ekar tanaman kelapa sawit.
SOALAN: "Perlu guna baja lain ke?"
JAWAPAN: Hanya guna baja FOG dan butir NPK sahaja. Baja cecair sahaja
tidak lengkap. Manakala baja butir sahaja hanya boleh membesarkan pokok.
Dengan ini pokok mendapat baja lengkap untuk pembesaran pokok dan
penghasilan buah yang besar.

SOALAN: "Baja ini boleh halau serangga ke?"


JAWAPAN: Baja FOG tidak mengandungi sebarang formula anti-serangga. Baja
ini bertindak sebagai baja sahaja.
SOALAN: "Dah berapa lama produk ni kat pasaran?"
JAWAPAN: Baja FOG telah digunakan lama secara persendirian oleh pemilik
kebun. Bermula tahun 2013, baja ini telah dikomersialkan dengan nama Fertilizer
Optimum Grow (FOG). Baja FOG juga telah digunakan diseluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.
SOALAN: Ada ladang contoh ke?
JAWAPAN: Kami masih belum ada ladang contoh khusus. Untuk contoh, tuantuan boleh hubungi pengguna baja FOG sedia ada. Sekiranya bersetuju, tuantuan boleh buat lawatan.

===> SOALAN TENTANG SIJIL BAJA DAN JAMINAN


SOALAN: "Baja ni ada jaminan ke?"
JAWAPAN: Sudah tentu ada. Sekiranya tuan-tuan menggunakan baja FOG
mengikut kaedah yang disarankan, kami berikan jaminan 90 hari. Sekiranya
tiada perubahan hasil dalam masa 90 hari, kami pulangkan 100% wang tuantuan.
SOALAN: "Ada kelulusan MPOB ke tak ni?"
JAWAPAN: MPOB bukan badan yang meluluskan sebarang jenis baja. Kami
ada sijil semakan analisis makmal pertanian MARDI, Serdang Selangor. Makmal
yang berkredibiliti di bawah MARDI dalam naungan Kementerian Industri Asas
Tani.
SOALAN: "Berkesan ke tak ni?"
JAWAPAN: Produk ini telah digunakan untuk beribu-ribu ekar kelapa sawit di
Seluruh Malaysia. Semuanya menunjukkan hasil yang baik. Namun kami faham,
keadaan setiap pokok adalah berbeza-beza. Sekiranya baja FOG tidak
berkesan untuk pokok anda, kami berikan 100% jaminan wang dikembalikan.

===> SOALAN TENTANG PENYIMPANAN BAJA


SOALAN: "Baja ni boleh kena matahari ke?"
JAWAPAN: Sebaiknya, elakkan baja FOG dari terkena cahaya matahari secara
terus. Ini adalah supaya kualiti baja sentiasa baik dan unggul.
SOALAN: "Baja ni boleh simpan dalam kereta?"
JAWAPAN: Kereta yang terdedah pada panas matahari boleh merosakkan
baja FOG.
SOALAN: "Dekat mana tempat terbaik nak simpan baja?"
JAWAPAN: Pada tempat teduh yang terlindung dari cahaya matahari dan
haba.

===> SOALAN TENTANG BANCUHAN


SOALAN: "Boleh bancuh pakai air paip ke?"
JAWAPAN: Air bancuhan terbaik adalah air tanpa klorin. Iaitu air sungai, air
hujan dan lain-lain lagi. Jika tiada pilihan, boleh gunakan air paip.
SOALAN: "Saya nak campur sekali dengan baja lain. Boleh ke?"
JAWAPAN: Baja FOG hanya boleh dicampur dengan baja cecair lain jenis
organik sahaja. Supaya kualiti baja terjaga. Namun, baja FOG sahaja sudah
cukup untuk menghasilkan buah yang lumayan.
SOALAN: "Kalau baja yang dah bancuh air, boleh simpan berapa lama?"
JAWAPAN: Baja FOG yang telah dibancuh, boleh disimpan dan digunakan
semula sehingga 1 tahun.
SOALAN: "Boleh campur dengan racun ke?"
JAWAPAN: Racun akan mengganggu formula unggul baja FOG. Apabila
bercampur racun, baja sudah kurang berkesan. Tambahan pula racun boleh
merosakkan akar pokok.

===> SOALAN TENTANG KAEDAH PEMBAJAAN


SOALAN: "Nak guna pam macam mana?"
JAWAPAN: Gunakan pam yang tuan-tuan selesa. Kaedah bancuhan akan
diberikan mengikut jenis pam tuan-tuan.

SOALAN: "Perlu bersih rumput ke untuk sembur?"


JAWAPAN: Sebaiknya bersihkan pangkal pokok sawit secara manual iaitu tebas
atau mesin. Bersihkan anggaran 2 kaki sekeliling pangkal pokok.
SOALAN: "Sembur dekat mana? Daun ke?"
JAWAPAN: Untuk pokok sawit 3 tahun ke bawah, sembur pada daun pokok.
Bagi pokok sawit usia 4 tahun ke atas, lakukan semburan pada pangkal pokok
sahaja.
SOALAN: "Kalau nak sembur lebih macam mana?"
JAWAPAN: Tiada sebarang kesan buruk. Pokok lebih cantik. Untuk menjimatkan
kos dan tenaga, kami sarankan pembajaan dilakukan seperti yang kami
syorkan.
SOALAN: "Musim hujan atau musim panas boleh guna ke?"
JAWAPAN: Boleh. Untuk musim hujan, lakukan semburan anggaran 2 jam
sebelum atau selepas hujan. Pada musim panas pula, lakukan semburan waktu
awal pagi.
SOALAN: "Sembur berapa kali setahun?"
JAWAPAN: Semburan boleh dilakukan setiap 2 bulan. Untuk hasil terrrbaik, kami
syorkan setiap bulan. Dengan ini, hasil pokok boleh mencecah sehingga 2 tan
seekar sebulan.

===> SOALAN TENTANG PERUBAHAN HASIL


SOALAN: "Berapa lama boleh tengok perubahan hasil?"
JAWAPAN: Biasanya perubahan hasil dapat dilihat seawal 2 miggu selepas
pembajaan. Iaitu tanah menjadi gembur. Perubahan ketara hasil pula dapat
dilihat seawal 3 bulan selepas pembajaan.
SOALAN: "Dahsyattttt. 2 minggu dah nampak perubahan hasil? Biar betul ni"
JAWAPAN: Kelebihan baja FOG adalah berbentuk cecair cekap serapan.
Menurut Dr H.B. Tukey dari Michigan State University kaedah pembajaan cecair
terutamanya foliar boleh menunjukkan kesan pantas. Ini adalah kerana kaedah
pembajaan ini adalah cepat dan sangat effektif.

Anda mungkin juga menyukai