Anda di halaman 1dari 38

PENGURUSAN TANAMAN SAYURAN

DAN KONTAN
(AGR 121)

DISEDIAKAN OLEH:
HOWIEALDY JIMMY (IPS272688)

NAMA PENSYARAH:
PUAN NORMIAH HJ. AMBANG
NAMA PENYELIA:
PUAN MASTINAH SIMIN
KUMPULAN C

BATCH 27
SESI 2022/2024

INSTITUT PERTANIAN SABAH


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 BIODATA PELAJAR 1

2 PENGENALAN 2
3 OBJEKTIF TUGASAN 2
4 BOTANI TANAMAN 3
5 PENYEDIAAN BIJI BENIH 4

6 SISTEM PENANAMAN 5
7 KALENDAR PENGELUARAN JAGUNG 6
8 PEMBAJAAN 7-8
9 PENYIRAMAN 9
10 PENGURUSAN TANAMAN 10-13
11 PENUAIAN HASIL 14
12 AKTIVITI AMALI 15-16
13 KESIMPULAN/PENUTUP 17

14 RUJUKAN 18-19
15 LAMPIRAN 20-35

INSTITUT PERTANIAN SABAH


BIODATA PELAJAR

NAMA: HOWIEALDY JIMMY

NO. MATRIK: IPS272688

NO KAD PENGENALAN: 010314-12-0937

UMUR: 22 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14 MARCH 2001

TEMPAT LAHIR: HOSPITAL KOTA BELUD

JANTINA: LELAKI

BANGSA: DUSUN

AGAMA: KRISTIAN SEVENTH-DAY ADVENTIST

STATUS: BUJANG

HOBI: BADMINTON

ALAMAT: KAMPUNG RANGALAU, KOTA BELUD

1 INSTITUT PERTANIAN SABAH


PENGENALAN

Jagung ialah sejenis tanaman monoeciuos dimana bunga jantan dan


bunga betina tumbuhan ini terpisah dalam satu tanaman. Jagung adalah
tanaman buah buahan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia terutama
kanak kanak kerana rasanya yang manis dan enak apabila direbus. Ianya
mempunyai tongkol yang keras manakala butir biji jagung berwarna kuning
yang tersusun elok menarik perhatian sesiapa sahaja untuk menikmatinya. Isi
jagung boleh dinikmati dengan cara merebus atau dibakar tongkolnya. Aroma
yang terhasil sangat membuka selera sesiapa yang dapat menghidu
keharuman bau jagung tersebut.
Spesis ini merangkumi dua jenis yang mempunyai pertalian rapat iaitu
Teosinte dan Tripsacum. Pokok jagung ialah tumbuhan semusim yang tumbuh,
membesar, mengeluarkan bijirin dan akhirnya menjadi tua dan mati.
Di semenanjung Malaysia sahaja keluasan penanaman jagung
dianggarkan lebih kurang 40,000 hektar.

OBJEKTIF TUGASAN

1. Penyediaan laporan bagi tanaman kontan ini adalah untuk menyatakan


sejauh mana seseorang penuntut itu dapat menguasai kursus yang dipelajari
sama ada secara teori mahupun amali. Selain itu, memudahkan pensyarah
dan penyelia menilai sejauh mana penerimaan dan kefahaman penuntut
mengenai kursus pengurusan tanaman sayuran dan kontan.

2. Melalui penyediaan laporan ini, pelajar dapat merekod segala aktiviti yang
dilakukan di ladang jagung sepanjang musim penanaman dan penghasilan
tanaman tersebut.

3. Pelajar dapat menentukan dan menghitung kebutuhan benih, pupuk dan


petisida.

4. Pelajar mendapat pengalaman empirik melakukan tindakan budidaya mulai


penanaman, pemeliharaan tanaman, hingga penuaian hasil.

5. Pelajar dapat menjelaskan fasa-fasa pertumbuhan dan perkembangan


tanaman, serta peranan faktor produksi dan tindakan budidaya terhadap
pertumbuhan dan produksi tanaman.

6. Mengetahui pertumbuhan tanaman jagung dari pembibitan hingga


penuaian hasil tanaman jagung.

2 INSTITUT PERTANIAN SABAH


A. BOTANI TANAMAN

Nama Biasa : Jagung

Nama Botani : (zea mays) berasal dari benua Amerika. Menurut Linnaeus
dalam warisno (1998)

Nama Keluarga : Gramineae

Kultivar yang ditanam : Jagung Manis

Klasifikasi tanaman jagung adalah seperti berikut :

 Divisi : Spermathopyte (tambahan bijirin)


 Subdisi : Angiospermae (bijirin tertutup)
 Kelas : Monocotyledonena
 Ordo : Graminae
 Subfamilia : Ponicoidae
 Genus : Zea
 Species : Zea Mays L

Jagung Manis

3 INSTITUT PERTANIAN SABAH


B. PENYEDIAAN BIJI BENIH

Biji benih jagung boleh didapatkan dari kedai pertanian atau mana mana
agensi yang menjual benih jagung.

B.1 RAWATAN BIJI BENIH :

 Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman jagung


sayur dimana percambahannya hendaklah melebihi 70%.  Biji benih yang
rosak, dijangkiti penyakit, kecil atau nipis hendaklah dibuang.  Sebelum
menanam, biji benih perlulah dirawat untuk mengawal penyakit dan
serangga perosak.  Racun kulat seperti thiram atau captan pada kadar 3
g/kg. biji benih dan racun serangga seperti carbaryl pada kadar 2.5g/kg.
biji benih digunakan.  Untuk mendapatkan kesan rawatan yang lebih baik,
rawatan bancuhan pekat hendaklah digunakan.  Sebagai contoh, untuk
rawatan 10 kg. biji benih jagung, bancuh 30 gm thiram dan 25 gm carbaryl
di dalam 140 ml. air.  Bancuhan pekat yang diperolehi ini digaulkan
dengan 10 kg. biji benih tersebut sehingga semua biji benih disaluti
dengan bancuhan racun.  Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam
dalam tempoh 2 hari.

B.2 KADAR PERHEKTAR :

 Bagi 1 hektar kawasan tanah, ianya boleh menghasilkan 40 000 tongkol


jagung. Jagung boleh ditanam di atas pelbagai jenis tanah. Kawasan
tersebut perlulah mendapat cahaya matahari selama lebih 6 jam bagi
memastikan tumbesaran pokok jagung berjalan dengan baik.

4 INSTITUT PERTANIAN SABAH


C. SISTEM PENANAMAN

C.1 PENYEDIAAN BATAS :

 Batas boleh disediakan menggunakan kaedah manual menggunakan


cangkul atau secara mekanikal menggunakan jentera.

 Batas dapat membantu memastikan saliran dan pengudaraan yang baik.

 Ukuran batas yang disyorkan ialah lebar 3 kaki dan panjang 15 kaki.

 Jarak diantara batas ialah 2 kaki lebar bagi membolehkan jagung ditanam
2 baris bagi setiap batas.

C.2 JARAK TANAMAN DAN BILANGAN POKOK/BATAS :

 Jarak tanaman bergantung pada jenis tanah dan jenis jagung yang hendak
ditanam.

 Jarak tanaman yang disyorkan ialah 75 cm antara baris dan 70 cm antara


Pokok.

 Bilangan pokok perbatas ialah sekurang kurangnya 52 pokok.

C.3 KAEDAH PENANAMAN :

 Penanaman jagung boleh menggunakan kaedah manual atau


menggunakan jentera atau tugal bagi kawasan yang kecil.

 Masukkan 1 atau 2 biji benih yang telah disemai bagi setiap lubang pada
kedalaman 3-5 cm.

 Biji benih yang disemai akan bercambah selepas di antara 4 hingga 7 hari
selepas ditanam.

5 INSTITUT PERTANIAN SABAH


KALENDAR PENGELUARAN JAGUNG 2022/2023

BULAN
OKTOBER NOVEMBER DISEMBER JANUARI
KEGIATAN
TARIKH KEGIATAN DIJALANKAN

MEMBUAT BATAS 12.10.2022

PEMBAIKAN BATAS 25.10.2022 10.11.2022

PENANAMAN
13.11.2022
JAGUNG

MEMBAJA 12.10.2022 9.11.2022 16.12.2022

MERUMPAI 12.10.2022 9.11.2022 16.12.2022

BERBUNGA 25.12.2022

BERBUAH 1.1.2023

DIJANGKA TUAI
18.1.2023
BUAH/HASIL

ADA KEGIATAN

TIADA KEGIATAN

D.KALENDAR PENGELUARAN JAGUNG

6 INSTITUT PERTANIAN SABAH


E. PEMBAJAAN
 Terdapat dua cara pembajaan iaitu pembajaan secara organik dan
pembajaan secara komersil.

 Pembajaan secara organik dimulakan pada minggu kedua selepas anak


pokok tumbuh (lebih kurang dua hingga tiga helai daun), selepas itu setiap
selang dua minggu tabur baja di sekeliling pokok, kaedah ini digunakan
bagi mereka yang mahukan jagung tumbuh secara organik.

 Pembajaan komersial pula sesuai digunakan dalam pasu, gunakan sukatan


satu sudu bagi setiap baja kimia dan dua genggam bagi baja organik.
Berhati-hati bila menggunakan baja kimia atau urea pada jagung, jangan
sampai terkena pada batang pokok, ia akan membuatkan jagung terbakar
dan mati. Letak baja tersebut jauh pada batang pokok.

 Pembajaan yang cukup adalah sangat penting untuk menjamin tongkol


yang dikeluarkan besar dan bermutu tinggi.

 Di tanah mineral yang telah dibaiki kesuburannya, baja organik hanya


digunakan sekali setiap dua musim penanaman. Kadar baja sebatian juga
boleh dikurangkan di tanah yang lama diusahakan berpandu kepada
analisis tanah dan daun.

 Di tanah bris yang sesuai untuk tanaman jagung, seperti Rudua, Mercang
dan Rompin, baja organik diperlukan.

 Bagi tanah gambut Pula, baja organik biasanya tidak diperlukan.


Pembajaan urea hanya dilakukan sekali sahaja, iaitu 30 hari selepas
ditanam.

 Baja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas.  Baja
tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam.

7 INSTITUT PERTANIAN SABAH


E.1 JENIS BAJA

ANTARA JENIS BAJA YANG DIGUNAKAN IALAH :

 Baja organik (Tahi ayam)


 NPK mg 12:12:17:2+Te
 Urea

Masa membaja Baja yang digunakan Kadar baja


1 hari selepas tanam = =
2 minggu selepas tanam = =
3 minggu selepas tanam NPK Green 15:15:15 500kg/ha
7 minggu selepas tanam NPK Blue 12:12:17 500kg/ha

E.3 KAEDAH MEMBAJA

 Pastikan rumput yang tumbuh disekitar pangkal batang pokok dicabut


secara manual sebelum pembajaan dimulakan.

 Baja ditabur di atas secara sekata dan kemudiannya ditutup


menggunakan tanah.

 Racun pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas


ditabur.

 Baja juga boleh ditabur 25 cm dari baris jagung dengan membuat alur
di tengah batas atau di antara pokok jagung.

8 INSTITUT PERTANIAN SABAH


F. PENYIRAMAN

 Tanaman jagung memerlukan 500-700 hujan yang tertabur merata


sepanjang musim selama 120 hari.

 Kelembapan haruslah cukup pada peringkat awal iaitu semasa menanam


sehingga 18 hari lepas tanam dan pada peringkat berbunga iaitu 30-70
hari lepas tanam.

 Kekurangan air pada peringkat awal boleh menyebabkan kurang


percambahan dan kematian anak pokok.

 Selain itu, kekurangan air pada 20-40 hari lepas tanam menyebabkan
pokok terbantut dan menjejaskan hasil tanaman. Manakala, kekurangan
air pada peringkat berbunga boleh mengurangkan pengisian tongkol.

 Tanda pokok kekurangan air ialah daun bergulung walaupun pada waktu
pagi dan bagi pokok yang berbunga daun menjadi layu.

 Kekerapan dan kuantiti air yang diperlukan ialah bergantung kepada saiz
pokok, tekstur tanah, kandungan bahan organik dalam tanah dan
topografi.

F.1 PENGAIRAN DAN SALIRAN

Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk


menjamin pengeluaran yang tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah
diberi keutamaan dari masa menanam hingga 20 hari lepas tanam dan selepas
45 hari pembentukan bunga jantan. Sistem perenjis hendaklah digunakan bagi
menampung kekurangan air di ladang.  Pengairan dijalankan 2-3 hari sekali
pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras field capacity.
Tanda-tanda kekurangan air pada jagung sayur di peringkat tumbesaran ialah
daun kelihatan bergulung walaupun pada awal pagi.  Daun akan kelihatan layu
sekiranya kekurangan air selepas peringkat jagung berbunga. Perparitan
diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran. Parit ladang boleh
dibina untuk menyalirkan air yang bertakung ke parit utama.

9 INSTITUT PERTANIAN SABAH


G. PENGURUSAN TANAMAN

i. KAWALAN RUMPAI

JENIS-JENIS RUMPAI YANG DIDAPATI DI BATAS JAGUNG

 Pokok semalu (Mimosa pudica)


 Rumput Sambau (Eleusine indica Gaertn)
 Pokok Maman (Cleome gynandra L.)
 Rumput Halia Hitam (Cyperus rotundus L.)
 Rumput Padi Burung (Echinochloa crus-galli)
 Rumput Tahi Ayam (Ageratum conyzoides)

KAEDAH KAWALAN

 Program kawalan rumpai di bawah adalah disyorkan. Walau


bagaimanapun jenis racun yang digunakan bergantung kepada jenis
rumpai.

 Gunakan racun rumpai pra-cambah yang sesuai. Sembur secara merata


mengikut barisan jagung dalam 450 - 600 liter air sehektar sebaik sahaja
lepas menanam.

RUMPUT TAHI AYAM

POKOK SEMALU

10 INSTITUT PERTANIAN SABAH


KAEDAH KAWALAN

SECARA MANUAL/ MEKANIKAl


I. Cantasan secara manual atau cabut rumpai – lambat dan makan masa
yang lama untuk sempurnakan.

II. Cantasan dengan mesin rumput – rumpai cepat tumbuh semula.

PENGGUNAAN RACUN RUMPAI


 Cepat dilaksanakan dan tempoh kawalan rumpai yang lama berbanding
dengan kawalan secara mekanikal.

 Racun Rumpai secara amnya dibahagi mengikut cara racun memasuki dan
mengawal rumpai:

(1) RACUN SENTUH


 Merosakkan tisu-tisu daun, batang yang bersentuh dengan racun.

 Perlu semburan menyeluruh terhadap daun dan batang rumpai.

 Contoh racun sentuh: glufosinate ammonium (e.g. Basta®), sodium


chlorate.

(2) RACUN SISTEMIK


 Memasuki tisu-tisu tumbuhan melalui serapan daripada akar atau daun.

 Merosakkan rumpai dengan menganggu fungsi biokimia, pertumbuhan


dalam rumpai.

 Contoh racun sistemik: glyphosate isopropylamine(e.g. Roundup®),


metsulfuron methyl (Ally®)

PERALATAN SEMBURAN RACUN


 Pam Penyemburan Galas (‘Knapsack Spray Pump”)

11 INSTITUT PERTANIAN SABAH


Ii. KAWALAN PEROSAK

CONTOH PEROSAK DAN CARA KAWALAN

Serangga-serangga yang sering dikesan memberi kerosakan kepada tanaman


jagung adalah seperti berikut :

PENYAKIT SIMPTOM KAWALAN


Ulat pengorek batang Larva mengorek dan Jika perlu, sembur dengan
(Ostrinia Salentialis) memakan bahagian dalam racun serangga seperti
batang dan menyebabkan Basillus thuringiensis
terbentuknya terowong. menggunakan
Terowong-terowong ini cypermrthrin atau
menjadi tapak serangan chlopyrifos mengikut
patogen lain. Sisa najis Kadar yang disyorkan.
dapat dilihat pada
bahagian yang diserang.

Ulat ratus Ulat makan daun, pucuk Jika perlu, sembur dengan
( Spodoptera litura) dan kadangkala rerambut profenfos, quinalphos atau
dan hujung tongkol. Daun cypermrthrin. Ikut arahan
akan menunjukkan kesan yang tertera pada label.
renda di tepi daun dan
berlubang serta mampu
menyerang keseluruhan
batang.

Ulat pengorek tongkol Larva merosakaan Jika perlu, sembur dengan


(Helicoverpa armigera) rerambut dan tongkol racun serangga seperti
dengan memakan biji-biji Basillus thuringiensis
jagung dihujung tongkol. menggunakan
Menyerang hanya tongkol cypermrthrin atau
muda sahaja. chlopyrifos mengikut
Kadar yang disyorkan.

12 INSTITUT PERTANIAN SABAH


iii. KAWALAN PENYAKIT

CONTOH PENYAKIT DAN CARA KAWALAN

PENYAKIT SIMPTOM KAWALAN


Penyakit daun Drechlera Bintik berwarna perang -Sembur racun benomyl
maydis Hawar daun atau muda, bentuk bujur atau pada 0.03% b.a. atau
(Helminthosporium leaf memanjang sehingga 2.5 mancozeb pada 0.15%
blight) cm di antara urat-urat b.a.
daun.
Bintik daun (culvularia Bintik-bintik bulat 1-2mm, -Biasanya tidak perlu
Curvularia lunata) berwarna perang kawalan kerana kurang
kekuningan dengan serius.
pinggir berwarna coklat
dan terdapat lingkaran
berwarna kuning keliling
bintik.

Penyakit batang Bintik kelabu bujur -Amalkan tanaman


memanjang. giliran.
(Rhizoctonia solani) Bintik dikelilingi selapis -Sembur racun CCB
Hawar upih daun atau jalur berwarna coklat Carben 420
(Sheath blight) kehitaman. Bintik akan -Rawatan menggunakan
membesar dan warnanya racun kulat a.i
berubah menjadi muda pencycuron mengikut
dan mengeluarkan APB.
sklerotia (biji hitam) di
dalam bintik.

13 INSTITUT PERTANIAN SABAH


H. PENUAIAN HASIL

A. TANDA KEMATANGAN

 Tongkol jagung yang matang adalah rerambut tongkol kering dan


berwarna perang coklat tua.
 Bunga jantan kering.
 Tongkol jagung yang matang akan mengeluarkan cecair putih seperti susu
apabila dipicit.
 Kernelnya telah mencapai saiz maksimum tetapi belum menunjukkan
tanda kecut.

B. MEMUNGUT HASIL

 Dijalankan setiap 2 hari.


 Boleh diteruskan selama 2 minggu.
 Tongkol jagung boleh dituai di antara 68-72 hari lepas tanam.
 Pengutipan hasil ditentukan dengan cara memegangnya dalam tapak
tangan.
 Batang pokok yang telah dituai dipatahkan untuk memudahkan penuaian
pusingan seterusnya.

C. AMALAN PASCATUAI

 Tongkol yang telah dipetik tidak boleh disimpan terlalu lama kerana ini
menyebabkan mutu tongkol akan merosot.
 Tongkol-tongkol tidak boleh dilonggokkan tinggi untuk tempoh yang lama
kerana suhu di bahagian tengah longgokan akan naik. Ini menyebabkan
kemerosotan mutu tongkol.
 Tongkol jagung tidak boleh didedahkan kepada panas terik.
 Tongkol jagung boleh disimpan selama 24-36 jam tanpa menjejaskan
mutu tongkol dengan ketara.
 Jika terpaksa disimpan tongkol untuk tempoh yang lama tongkol mesti
disimpan pada suhu 3°c - 5°c tanpa menjejaskan mutu.
 Tongkol boleh dibungkus di dalam beg polietilin yang berlubang setelah
tongkol dibersihkan dan disimpan dalam bilik sejuk pada suhu 0°c - 1°c.

14 INSTITUT PERTANIAN SABAH


i. AKTIVITI AMALI

TARIKH AMALI AKTIVITI CATATAN PERALATAN


 Ukuran batas ialah 3 -Pita pengukur
x 15 kaki. -Kayu pancang
12.10.2022 1 Mengukur,menggembur  2 batas seorang. -Parang
dan membaja batas.  Meningkatkan -Cangkul
kesuburan tanah. -Baja tahi ayam

 Jarak tanaman ialah -Parang


25cm bagi tiap bibit. -Cangkul
19.10.2022 2 Penanaman ubi keledek
 14 bibit ubi keledek
bagi setiap pelajar.

 Memudahkan
pengurusan rumpai.
25.10.2022 3 Pembaikan batas jagung  Mengurangkan -Cangkul
kejadian water
logging atau pokok
lemas.

 26 biji benih -Cangkul


disemai. -Skop
3.11.2022 4 Menyemai benih jagung
 1 polibag 2 biji benih -Polibag
jagung disemai.

 Menabur baja -Baja urea


9.11.2022 5 Membaja ubi keledek didalam parit -Parang
dikeliling batang -Cangkul
utama ubi keledek.

15 INSTITUT PERTANIAN SABAH


ii. AKTIVITI AMALI

TARIKH AMALI AKTIVITI CATATAN PERALATAN

 Untuk pembesaran -Cangkul


13.11.2022 6 Menanam pokok jagung jagung yang baik -Parang
dan sihat.

 Pasang silvershine. -Mesin rumput


 Pasang sistem -Silvershine
pengairan. -Polibag
16.11.2022 7 Penyediaan kawasan fertigasi  Cuci tangki baja dan -Sistem
buah-buahan isi air tangki. pengairan
 Isi air 100L bagi 2 -Hos
tangki kecil. -Hos Kecil
 Isi polibag. -Cangkul
 Isi media cocopeat
dalam polibag.
 Bilas cocopeat.

 Merumpai seluruh
Penyediaan kawasan fertigasi kawasan fertigasi -Parang
30.11.2022 8 tanaman sayuran buah ke-2 tempat
penanaman.

 Membaja
menggunakan baja -Parang
16.12.2022 9 Pembajaan Jagung Manis -Cangkul
NPK
 Merumpai batas
masing-masing
 Menyiram cocopeat
sebelum
penanaman tomato -Baldi
21.12.2022 10 Penanaman Tomato dilakukan. -Air Baja
 Menanam tomato
yang disemai
sebelum ini ke
polibag.

16 INSTITUT PERTANIAN SABAH


IV. KESIMPULAN/PENUTUP

Pada akhir amali, penanaman jagung manis ini saya telah mendapat
satu pengalaman yang amat berharga dan mendewasakan diri saya. Saya telah
mempelajari,mengenali dan mengetahui cara penanaman jagung manis ini
dari mula sampailah habis amali penanaman jagung manis ini.Saya juga tidak
lupa mengucapkan terima kasih kepada Pensyarah pengurusan tanaman
sayur dan kontan iaitu Puan Normiah Hj.Ambang dan Penyelia pengurusan
tanaman sayur dan kontan iaitu Puan Mastinah Simin yang banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar dalam amali penanaman jagung manis ini

Selain itu, saya juga dapat mempelajari dan mengetahui apa penyakit-
penyakit yang menyerang pokok jagung manis dan juga mengetahui cara
kawalan penyakit bagi pokok jagung manis . Di samping itu, saya juga dapat
mengenali serangga-serangga yang sering menyerang pokok jagung manis dan
cara untuk mengawal atau kawalan terhadap serangga perosak tersebut.
Terdapat banyak cabaran ketika melakukan amali tanaman jagung manis ini.
Antara cabaran yang dihadapi ialah ketika musim hujan pada setiap petang, Ini
menyebabkan kadangkala saya dan kawan-kawan seperjuangan yang lain
tidak dapat pergi ke ladang untuk membuat penyelengaraan seperti
merumpai dan membaja.Selaras dengan itu, musim hujan juga menyebabkan
serangan penyakit dan serangan serangga-serangga perosak semakin
banyak,tetapi melalui tunjuk ajar Puan Mastinah dan Puan Normiah masalah
ini dapat diatasi menggunakan kaedah kawalan penyakit dan kawalan
perosak.

Dewasa ini, saya juga telah mempelajari cara untuk menguruskan masa
dengan betul iaitu saya dapat membahagikan masa untuk ke ladang pada
masa kosong dan pada hujung minggu iaitu hari ahad bagi melakukan
penyelengaraan dari segi merumpai dan menyiram tanaman pokok jagung
manis. Sementara itu, kami juga dapat belajar mengenali buah jagung manis
yang sudah masak ataupun belum. Tambahan pula, batas saya dan kawan-
kawan yang lain mempunyai masalah sistem pengairan apabila hujan, tetapi
saya tidak risau atau cemas kerana masalah ini dapat atasi dengan membuat
sistem perparitan dan pengairan air yang betul dan tepat sepertimana yang
telah ditunjuk ajar oleh Puan Mastinah.

Akhir sekali, saya berharap dapat mengendalikan lagi projek tanaman jagung
manis pada masa akan datang serta akan menyimpan segala ilmu yang telah
dicurahkan. Saya juga dapat melaksanakan pengurusan tanaman jagung manis
mengikut amalan pengurusan yang betul.

17 INSTITUT PERTANIAN SABAH


RUJUKAN

1. Aldrich, S.R., W.O.Scott, E.R.Leng., (1976). Modem Com Production. A & L


Publications,Station A, Box F, Champaign, Illinois 61820.

2. Ahmad, A. R., N.A. Wahab, A. Kamarudin & C.C. Ting, (1990). Acidity
Amendments and Crop Responses to Liming of Malaysian Soils. Special report.
Serdang : MARDI

3. Anon, (1977). A Compendium of Corn Diseases. The American Phytopatho-logical


Society, 3340 Pilot Knob Road, St. Paul, MN 55121.

4. Anon, (1991). Manual Prosedur Pengeluaran Biji Benih Jagung. Nota panduan,
Perak : Jabatan Pertanian Negeri Perak. Unpublished.

5. Anon., (1993). Jagung Manis: Panduan Pengeluaran Tanaman Jangka Pendek.


Serdang: MARDI.

6. Galinat, W.C., (1979). Botany and Origin of Maize. In ‘Maize’: Technical


Monograph Ciba-Geigy Ltd., Basle, Switzerland, p. 6-12.

7. Jabatan Pertanian, (1995a). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung


Malaysia 1984 -1993. Kuala Lumpur: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

8. Jabatan Pertanian, (1995b). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung


Malaysia 1994. Kuala Lumpur: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

9. Jabatan Pertanian, (1996). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung Malaysia


1995. Kuala Lumpur: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

10. Lafitte H.R., (1994). Identifying Production Problems in Tropical Maize: A Field
Guide. Mexico, D.F.: CIMMYT.

11. Lee C.K., (1990). Factors Limiting Grain Maize Yield in Malaysia. Proceedings of
National Maize Workshop. Penang 21-23 July, 1987. p. 16-24.

12. Tan, H.H. dan M. Puteh, (1993). TeknoJogi Pengeluaran Jagung Sayur. Kertas
kerja Seminar Petak Bimbingan Khas Jabatan Pertanian Negeri, Terengganu. 25-26
Jan., 1993 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

13. Wong I.F.T., (1986). Soil-Crop Suitability Classification for Peninsular Malaysia,
Kuala Lumpur: Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

18 INSTITUT PERTANIAN SABAH


INTERNET

1.http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/
sumber_awam/penerbitan/pakej_teknologi/tnmn_ldg_kontan/
pt_jagung_manis_2008.pdf

2. https://myagri.com.my/2017/02/jagung-manis-fertigasi/

3. http://heartylolipop.blogspot.com/2010/07/jenis-rumpai.html

4. http://fazlisyam.com/rumput-tahi-ayam-ageratum-conyzoides/

5. http://duniajagung.blogspot.com/p/panduan-menanam-jagung.html

BUKU

1. Buku Nota Subjek Pengurusan Tanaman Sayuran dan Kontan

19 INSTITUT PERTANIAN SABAH


V.LAMPIRAN

AKTIVITI MEMBUAT BATAS DAN MENGGEMBUR BATAS

AKTIVITI MEMBAJA TANAH

20 INSTITUT PERTANIAN SABAH


BATAS UBI KELEDEK

AKTIVITI MENANAM UBI KELEDEK

21 INSTITUT PERTANIAN SABAH


AKTIVITI PEMBAIKAN BATAS JAGUNG

MENYEMAI BIJI BENIH JAGUNG DALAM PLASTIK MEE

22 INSTITUT PERTANIAN SABAH


AKTIVITI MEMBAJA UBI KELEDEK

BAJA UREA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBAJA UBI KELEDEK

23 INSTITUT PERTANIAN SABAH


ANAK BENIH JAGUNG YANG DISEMAI TELAH BERCAMBAH DAN AKAN DITANAM KE
BATAS

POKOK JAGUNG YANG TELAH DIPINDAHKAN KE BATAS

24 INSTITUT PERTANIAN SABAH


PENYEDIAAN KAWASAN FERTIGASI BUAH-BUAHAN

25 INSTITUT PERTANIAN SABAH


26 INSTITUT PERTANIAN SABAH
PENYEDIAAN KAWASAN FERTIGASI BUAH-BUAHAN

27 INSTITUT PERTANIAN SABAH


PENYEDIAAN KAWASAN FERTIGASI TANAMAN SAYURAN BUAH KE-2 (MERUMPAI)

PENYEDIAAN KAWASAN FERTIGASI TANAMAN SAYURAN BUAH KE-2 (MENYAPU )

28 INSTITUT PERTANIAN SABAH


PEMBAJAAN JAGUNG MANIS

MERUMPAI

29 INSTITUT PERTANIAN SABAH


PENANAMAN TOMATO

MENYIRAM TOMATO SELEPAS SELESAI DITANAM

30 INSTITUT PERTANIAN SABAH


TOMATO YANG TELAH SELESAI DITANAM DAN DISIRAM

TEMPAT FERTIGASI TANAMAN SAYURAN BUAH KE-2

31 INSTITUT PERTANIAN SABAH


JAGUNG MULA BERBUNGA BERMAKSUD TIDAK LAMA LAGI BERBUAH

BUAH JAGUNG MANIS

32 INSTITUT PERTANIAN SABAH


MENUAI BUAH JAGUNG MANIS

33 INSTITUT PERTANIAN SABAH


MENCABUT TIGA DAUN PALING BAWAH JAGUNG MANIS

MERUMPAI SEKITAR BATAS JAGUNG MANIS

34 INSTITUT PERTANIAN SABAH


PENYAKIT PHYSODERMA MAYDIS (BROWN SPOT)

PENYAKIT HAWAR DAUN

35 INSTITUT PERTANIAN SABAH


SERANGAN ULAT RATUS

36 INSTITUT PERTANIAN SABAH

Anda mungkin juga menyukai