Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI Hidroponik merupakan kaedah menanam pokok dengan menyediakan hampir keseluruhan keperluan nutrien dengan cara melarutkannya

kedalam air dan diberikan kepada akar pokok. Tujuan hidroponik ialah untuk membolehkan garam-garam galian yang diperlukan itu tersedia dan boleh diserap akar-akar pokok terus melalui air.

KELEBIHAN HIDROPONIK
Tidak memerlukan kawasan yang luas. Masa menanam yang pendek = lebih pusingan tanaman setahun. Kerja-kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan. Air dapat dijimatkan kerana air tidak semuanya hilang sebab berkitar. Serangan penyakit dan serangga yang dibawa oleh tanah dapat dielakkan. Perosak tanaman (serangga dan penyakit) akan lebih mudah dikawal tanpa menggunakan racun yang merbahaya. Masalah rumput dapat dikurangkan. Nutrient dapat dikitar kembali = penjimatan penggunaan baja. Hasil yang lebih tinggi. Kejutan kepada anak benih semasa mengubah dapat dikurangkan anak benih tidak terencat. Musim menanam sepanjang tahun = tidak dipengaruhi oleh musim yang mungkin tidak menentu.

kelebihan
Kualiti hasil yang tinggi dan sekata (uniform), suci dari sebarang sisa racun atau sisa gigitan makhlok perosak. Lebih banyak jumlah pokok boleh ditanam pada setiap unit luas kawasan (kepadatan tinggi memungkin hasil maksima). Alam sekitar yang lebih bersih dan harmoni. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis dan sebagainya

KELEMAHAN HIDROPONIK
Kos permulaan yang lebih tinggi. Tidak dapat faedah dari kelebihan aktiviti mikroorganisma dalam tanah. Memerlukan sedikit kemahiran sebelum seseorang itu mahu memulakan hidroponik. Memerlukan keperluan asas (air bersih dan tenaga letrik) yang lebih sempurna. Tidak semua jenis tanaman dengan mudah boleh ditanam secara hidroponik.

JENIS-JENIS/TEKNIK HIDROPONIK
1. Jenis statik

2. Deep Flow Technique (DFT) (teknik aliran dalam)/ Hidroponik terapung/ (DFT)/ Hidroponik rakit (Raft hydroponics) 3. Nutrient Film Technique (NFT) 4. Teknik pasang surut (Ebb and Flow Technique) 5. Teknik pengairan titis (Drip Irrigation Technique) 6. Aeroponik 7. Teknik aggregat

KEPERLUAN ASAS UNTUK SESEORANG MEMULAKAN PERUSAHAAN HIDROPONIK


1. Tanah/kawasan 2. Air 3. Tenaga elektrik 4. Rumah hidroponik 5. Biji benih 6. Nutrien/ baja

Masa Depan Hidroponik


Diharap dengan bertambahnya pengusaha-pengusaha

komersil hidroponik, sudah tentu produknya akan mudah diperolehi dan menjadi lebih murah seterusnya pengguna juga akan mendapat faedahnya. Teknik pengeluarannya yang menjanjikan pulangan yang lumayan, bersih, tanpa bau yang tidak menyenangkan dan tidak membebankan tenaga empat kerat dilaporkan telah dapat menarik golongan tenaga muda untuk menceburkan diri ke dalam industri ini.

Anda mungkin juga menyukai