Anda di halaman 1dari 27

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Unit 1.2 PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN


Fungsi tumbuhan berkait rapat dengan struktur anatomi dan morfologinya. Semasa proses
tumbesaran, tumbuhan tidak memerlukan bantuan organisma lain kerana pertambahan dan
perubahan sel berlaku dengan sendirinya. Tumbuhan merupakan organisma yang mempunyai
lebih daripada satu sel yang dikenali sebagai multisel. Tumbuhan dipengaruhi oleh beberapa faktor
untuk tumbuh dengan baik. Genetik yang berkualiti menjadi penyebab utama tumbuhan dapat
mengeluarkan hasil yang optimum dibantu dengan keadaan iklim dan tanah yang bersesuaian.
Rajah 1.25 menunjukkan faktor mempengaruhi pertumbuhan dan hasil.

Tanah

Iklim Genetik
Faktor
Mempengaruhi
Pertumbuhan
dan Hasil

Biosis Pengawalatur
(Organisma Pertumbuhan
Hidup)

Rajah 1.25 Faktor mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dan hasil

Pertumbuhan dan Perkembangan Tumbuhan


Pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan adalah merujuk kepada perubahan yang berlaku dari
aspek morfologi seperti perubahan saiz, ketinggian dan kekuatan sama ada pada akar, batang dan
daun, tambahan jumlah daun, ranting dan buah atau bunga. Pertumbuhan juga berlaku dari aspek
anatomi seperti perubahan sel yang menyebabkan tumbuhan menjadi kompleks dan matang.
Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari biji benih. Manakala, perkembangan pula
adalah proses tumbuhan mencapai peringkat dewasa atau matang.
Pertumbuhan tumbuhan bermula dari proses percambahan biji benih. Biji benih terdiri
daripada tiga bahagian utama iaitu testa, embrio dan kotiledon. Proses percambahan biji benih
berlaku apabila penyerapan air dan udara melalui mikropil (liang seni) pada kotiledon. Penyerapan
ini menyebabkan testa (selaput luar) biji benih menjadi lembut dan pecah. Biji benih juga akan
bercambah dengan ketersediaan air, udara dan suhu yang sesuai.

Info Tambahan

Pengawalatur tumbuhan ialah bahan kimia semulajadi dan sintetik untuk mengawal pertumbuhan dan
tumbesaran pada kepekatan rendah.
36
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Semasa percambahan biji benih, radikal merupakan bahagian tumbuhan yang pertama akan
muncul diikuti oleh bahagian plumul. Radikal akan membentuk akar, manakala plumul pula akan
membentuk pucuk. Anak tumbuhan akan mula menghasilkan makanannya sendiri apabila daun
mulai tumbuh. Rajah 1.26 menunjukkan percambahan biji benih tumbuhan.

Plumul

Kotiledon
Radikal

Percambahan Hipogeal

Kotiledon

Plumul

Radikal

Percambahan Epigeal

Rajah 1.26 Percambahan biji benih tumbuhan

Info Tambahan

Percambahan hipogeal adalah di mana kotiledon akan kekal di bawah tanah dan hanya plumul sahaja
yang terkeluar ke permukaan tanah. Manakala, percambahan epigeal pula merujuk kepada percambahan
di mana kotiledon akan keluar dari tanah bersama plumul.

37
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Proses Pertumbuhan Tumbuhan


Proses pertumbuhan tumbuhan berlaku dalam dua keadaan iaitu pertumbuhan primer dan
pertumbuhan sekunder. Kedua-dua proses pertumbuhan ini adalah daripada perubahan sel yang
sama iaitu sel meristem. Rajah 1.27 menunjukkan proses pertumbuhan tumbuhan.
Pertumbuhan Primer - merujuk kepada pertumbuhan tisu-tisu baharu yang membahagi dan
berkembang pada hujung pucuk iaitu secara memanjang dan menegak. Pertumbuhan primer
berlaku selepas percambahan biji benih yang bermula pada sel meristem bagi membentuk sel
primer iaitu korteks, xilem dan floem. Pertumbuhan ini menyebabkan pemanjangan pada akar
dan batang tumbuhan serta daun menjadi lebih lebar.
Pertumbuhan Sekunder - terjadi apabila berlakunya pengembangan pada sel meristem
sekunder tumbuhan yang terdapat pada kambium. Kambium terletak di antara xilem dan
floem. Pertumbuhan sekunder akan menyebabkan pertambahan diameter pada batang dan akar
tumbuhan.

Laman ICT
Pemanjangan pucuk
tumbuhan bertambah

Pertumbuhan Primer

Memanjang dan menegak


pada akar dan batang Laman ICT

Pertumbuhan Primer

Pertumbuhan Sekunder

Pertambahan diameter
terutama pada batang

Pertumbuhan Sekunder

Rajah 1.27 Proses pertumbuhan tumbuhan


38
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.2.1 Proses Utama Fisiologi Tumbuhan


Proses utama fisiologi tumbuhan ialah fotosintesis, respirasi, penyerapan, translokasi dan
transpirasi. Rajah 1.28 menunjukkan proses utama fisiologi tumbuhan.

Transpirasi

Fotosintesis Translokasi
Proses
Utama
Fisiologi
Tumbuhan

Respirasi Penyerapan

Rajah 1.28 Proses utama fisiologi tumbuhan

Fotosintesis
Fotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan untuk menghasilkan makanan dan
membebaskan oksigen menggunakan cahaya matahari, karbon dioksida dan air. Fotosintesis
berlaku pada daun tumbuhan yang mempunyai klorofil. Rajah 1.29 menunjukkan proses
fotosintesis tumbuhan.

Oksigen
Cahaya Matahari dibebaskan

Diserap
Glukosa
Karbon Dioksida dihasilkan

Air Air
Diserap

Rajah 1.29 Proses fotosintesis tumbuhan


39
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Proses Fotosintesis
Proses fotosintesis merupakan proses penghasilan karbohidrat dan oksigen daripada karbon
dioksida, air dan tenaga (cahaya matahari). Ketika berlakunya proses fotosintesis, gas karbon
dioksida (CO2) akan diserap oleh tumbuhan dan membebaskan oksigen (O2). Proses ini berlaku di
dalam kloroplas yang mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil. Pigmen klorofil
berfungsi untuk memerangkap tenaga cahaya dari matahari. Apabila karbon dioksida digunakan
dalam proses fotosintesis, kepekatannya di dalam sel akan menjadi berkurangan. Resapan gas
ini ke dalam sel akan berterusan sehingga proses fotosintesis berhenti. Proses fotosintesis biasa
ditunjukkan melalui tindak balas berikut (Rajah 1.30).

Rajah 1.30 Formula fotosintesis

Fotosintesis terjadi melibatkan dua peringkat iaitu tindak balas cahaya (fotokimia) dan tindak
balas gelap (biokimia). Tindak balas cahaya memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam
kloroplas. Tenaga cahaya yang diserap akan memecahkan molekul air untuk menghasilkan oksigen
dan atom hidrogen. Dalam tindak balas ini, cahaya matahari ditukar kepada tenaga kimia yang
dikenali sebagai ATP (Adenosin Trifosfat). Pada masa yang sama, molekul air akan terurai kepada
ion hidrogen (H+) dan ion hidroksil (OH-). Selepas itu, ion hidrogen bergabung dengan NADP
(Nikotinamid Adenin Dinukleotid) yang mempunyai kuasa penurunan untuk membentuk NADPH2
(Nikotinamid Adenin Dinukleotid Fosfat). Tindak balas gelap pula berlaku tanpa menggunakan
cahaya dalam kloroplas. Proses fotosintesis ini terjadi daripada tindak balas yang dinamakan
Kitaran Calvin di mana molekul-molekul karbon dioksida akan memasukinya dan fiksasi atom
karbon terhasil. Dalam Kitaran Calvin, karbon dioksida akan bergabung dengan ion hidrogen
daripada NADPH2 menjadi karbohidrat.

Info Tambahan

Jan Ingenhousz (1796) dan de Saussure (1804) merupakan dua penyelidik yang telah berjaya
mengesahkan tentang keterlibatan cahaya matahari, karbon dioksida dan air dalam proses fotosintesis.
Ingenhousz juga menyatakan bahawa hanya tumbuhan hijau akan membebaskan oksigen dengan
adanya cahaya matahari. Selain itu, pada abad ke-20, beberapa ahli sains telah menyatakan bahawa
tumbuhan memerlukan karbon dioksida dan air untuk mensintesiskan sebatian organik (makanan)
dengan adanya cahaya matahari serta membebaskan oksigen semasa fotosintesis berlaku.

Laman ICT Laman ICT

Fotosintesis Makanan dan


Pengangkutan Tumbuhan

40
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tindak balas cahaya dan tindak balas gelap juga berlaku pada bahagian lain di dalam kloroplas.
Jadual 1.4 menunjukkan tindak balas cahaya dan tindak balas gelap dalam proses fotosintesis.
Jadual 1.4 Tindak balas cahaya dan gelap dalam proses fotosintesis

Perkara Tindak Balas Cahaya Tindak Balas Gelap


Tempat berlaku Bahagian kloroplas bernama Bahagian kloropas bernama
proses fotosintesis granum stroma
Sumber tenaga Cahaya matahari Adenosin Trifosfat (ATP)
dan Nikotinamid Adenosin
Dinukleotid Fosfat Hidrogen
(NADPH 2) dari tindak balas
cahaya
Proses yang berlaku Fotolisis - pemecahan air (H2O) Fiksasi - pengikatan karbon
menggunakan tenaga cahaya dioksida (CO2), penyusunan dan
menjadi ion (H+) hidrogen dan penggabungan hidrogen dengan
ion hidroksil (OH-). karbon dioksida yang membentuk
glukosa
Hasil O2, ATP dan NADPH2 Karbohidrat sederhana

Kloroplas mengandungi struktur yang berbentuk tiub leper bermembran. Kloroplas berfungsi
sebagai organ tumbuhan yang menukarkan cahaya matahari, karbon dioksida dan air menjadi
glukosa. Kebanyakan kloropas terdapat di dalam sel mesofil palisad berbanding dengan sel mesofil
berspan. Struktur utama kloroplas ialah seperti dalam Rajah 1.31.

Membran Luar
Membran Dalam

Granum Stroma

Lamela

Kanji

Rajah 1.31 Struktur kloroplas

Fotosintesis berlaku dalam dua reaksi iaitu dengan kehadiran cahaya dan tanpa cahaya.
Bagaimanakah produktiviti yang terhasil apabila proses fotosintesis berlaku di waktu
siang berbanding dengan waktu malam? Bincangkan.

Info Tambahan

ATP (Adenosin Trifosfat) ialah sejenis molekul bertenaga tinggi yang dapat menyimpan tenaga yang
diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan semua proses dan aktiviti metabolisme.
41
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Respirasi
Respirasi merupakan proses yang sangat penting bagi tumbuhan untuk terus hidup. Tumbuhan
melakukan respirasi bagi menghasilkan tenaga. Respirasi tumbuhan dibahagikan kepada dua
iaitu respirasi aerob (dengan oksigen) dan respirasi anaerob (tanpa oksigen). Glukosa merupakan
substrat utama yang mempengaruhi kelancaran dan kelajuan semasa proses respirasi diikuti dengan
oksigen, suhu dan air. Tumbuhan muda lebih aktif melakukan proses respirasi berbanding dengan
tumbuhan tua. Rajah 1.32 menunjukkan perbandingan antara respirasi aerob dan anaerob.
Respirasi Sel
Aerob

C 6H 12O 6 + 6O 2 6H 2O + 6CO 2 + ATP

• Menggunakan oksigen
• Menghasilkan karbon dioksida dan wap air
• Membebaskan banyak tenaga (haba dan sebahagian ATP)
• Berlaku sepanjang hari
Anaerob

C 6H 12O 6 2C 2H 5OH + 2CO 2 + ATP

• Tanpa menggunakan oksigen


• Membebaskan tenaga
• Tempoh waktu singkat dan berlaku dalam sitoplasma
Rajah 1.32 Perbandingan respirasi aerob dan anaerob

Sitoplasma merupakan kandungan sel yang terletak antara nukleus dan membran plasma
yang mengandungi jel dan organel sel. Sitoplasma terbahagi kepada dua iaitu sebatian organik
dan sebatian tidak organik yang mana keduanya bertindak balas terhadap biokimia dalam sel.
Sitoplasma berfungsi sebagai tempat berlakunya metabolisme. Rajah 1.33 menunjukkan struktur
sitoplasma tumbuhan.
Dinding Sel

Membran Sel Nukleus

Kloroplas
Sitoplasma
Vakuol

Mitokondria

Rajah 1.33 Struktur sitoplasma tumbuhan

42
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Respirasi Sel
Tumbuhan memperoleh oksigen dan membebaskan karbon dioksida melalui daun, batang dan
akar. Stomata dan lentisel merupakan tempat berlakunya pertukaran gas antara sel tumbuhan
dengan persekitarannya melalui resapan. Stomata merupakan satu liang yang disempadani oleh
sel pengawal yang mengandungi banyak kloroplas untuk melakukan proses fotosintesis. Pada
waktu siang, stomata akan terbuka disebabkan oleh adanya cahaya dan tertutup apabila ketiadaan
cahaya. Liang stomata merupakan ruang penghubung antara udara luar dengan sel-sel di dalam
daun. Oksigen akan meresap ke ruang udara ini dan seterusnya larut dalam lapisan yang meliputi
permukaan sel mesofil daun. Oksigen yang digunakan untuk proses respirasi akan menyebabkan
kepekatannya menurun berbanding kepekatan semasa berada di ruang udara antara sel. Keadaan
ini membolehkan resapan oksigen berlaku melalui liang stomata. Pada waktu malam, glukosa
di dalam sel pengawal ditukar kepada gula. Air akan bergerak meninggalkan sel pengawal yang
menyebabkan liang stomata tertutup.
Sebahagian besar respirasi berlaku di dalam mitokondria. Mitokondria berbentuk bulat
membujur dengan diameter 0.5mm (mikrometer) dan panjang 0.5–1.0mm. Struktur mitokondria
terdiri daripada empat bahagian iaitu membran luar, membran dalam, ruang antara membran dan
matriks yang terletak di bahagian dalam membran. Membran Luar terdiri daripada protein dan
lipid dengan jumlah yang sama serta mengandungi protein porin yang membolehkan membran
menyerap molekul-molekul kecil yang berukuran 6000 Dalton (unit jisim atom). Membran Dalam
pula mempunyai ketelapan yang kurang berbanding dengan membran luar iaitu 20% lipid dan
80% protein. Membran Dalam merupakan tempat pembentukan ATP (Adenosin Trifosfat). Luas
permukaan ini meningkat disebabkan oleh banyaknya lipatan yang menonjol ke dalam matriks
yang dikenali sebagai krista. Krista mengandungi banyak enzim yang menjadi pemangkin kepada
tindak balas di peringkat Kitaran Kreb dan dalam sistem pengangkutan elektron. Rajah 1.34
menunjukkan struktur mitokondria.

Membran Dalam

Membran Luar

Krista

Matriks

Rajah 1.34 Struktur mitokondria

Info Tambahan

Cahaya matahari boleh diganti dengan menggunakan cahaya tiruan. Cahaya tiruan ialah cahaya yang
digunakan seperti cahaya lampu untuk membekalkan cahaya yang diperlukan semasa proses
fotosintesis. Kaedah ini banyak diguna pakai di beberapa negara yang mengalami iklim empat musim
iaitu pada musim sejuk, di mana tempoh cahaya matahari adalah singkat.

43
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Penyerapan
Penyerapan ialah proses resapan air tanah oleh akar melalui proses yang dinamakan osmosis.
Osmosis ialah resapan molekul air daripada larutan berkepekatan rendah ke larutan yang
berkepekatan tinggi, merentasi membran separa telap. Molekul air bergerak merentasi dwilapisan
fosfolipid dan liang membran secara osmosis sehingga suatu keseimbangan dinamik diperoleh.
Perpindahan air secara osmosis dari sel-sel pada akar akan menimbulkan tekanan yang dikenali
sebagai tekanan akar. Rajah 1.35 menunjukkan proses peresapan air melalui perbezaan tekanan
dari transpirasi.

Molekul air Molekul zat terlarut


(gula)

Larutan kepekatan
Larutan kepekatan tinggi
rendah

Membran separa telap

Pergerakan air bersih

Rajah 1.35 Proses peresapan air melalui perbezaan tekanan dari transpirasi

Sel akar tumbuhan menyerap air dan nutrien dari tanah melalui proses osmosis di mana
sel membran adalah separa telap yang boleh dilalui oleh molekul pelarut sahaja. Larutan air
yang diserap seterusnya dibawa melalui xilem yang juga melalui proses osmosis ke bahagian-
bahagian lain tumbuhan khususnya daun yang mana akan menjalankan proses fotosintesis. Kadar
penyerapan air dipengaruhi oleh kedapatan air dalam tanah, udara di dalam tanah, kepekatan
larutan tanah dan kadar transpirasi. Faktor yang mempengaruhi arah resapan air adalah apabila
wujudnya butir-butir bahan larutan di dalam air di mana terdapat tekanan segah, perubahan suhu
dan terdapatnya bahan yang menarik air seperti koloid. Rajah 1.36 menunjukkan pergerakan
larutan air dalam proses osmosis.

Air menghilang melalui


proses transpirasi

Jaringan Xilem

Stomata

Air dan garam mineral diserap oleh akar

Rajah 1.36 Pergerakan larutan air dalam proses osmosis

44
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Faktor Mempengaruhi Penyerapan


Keperluan tumbuhan terhadap air adalah berbeza dari segi kadarnya. Proses penyerapan oleh
tumbuhan bergantung kepada tiga jenis tumbuhan iaitu tumbuhan memerlukan air dengan banyak,
tumbuhan memerlukan air dengan sederhana dan tumbuhan memerlukan air dengan sedikit. Kadar
penyerapan air bergantung kepada penyerapan akar yang dipengaruhi oleh empat faktor utama.
Rajah 1.37 menunjukkan faktor utama mempengaruhi penyerapan air oleh tumbuhan.

Kadar Transpirasi Sistem Pengakaran


Penyerapan air hampir setara dengan Tu m b u h a n m e m p u n y a i s i s t e m
proses transpirasi apabila air cukup pengakaran yang berbeza, semakin
di dalam tanah. banyak serabut akar akan lebih banyak
melakukan penyerapan.
Faktor
Mempengaruhi
Pengudaraan Dalam Tanah
Penyerapan Air
Suhu Tanah
Tumbuhan akan dapat menyerap
air dengan banyak apabila sistem Keadaan suhu yang rendah
pengudaraan dalam tanah adalah baik menyebabkan air menjadi sukar untuk
dan memudahkan penyerapan air oleh bergerak dan menyukarkan diserap
akar. oleh akar.

Rajah 1.37 Faktor mempengaruhi penyerapan air


Plasmolisis merupakan osmosis berbalik di mana berlaku penyingkiran air dari sel tumbuhan
secara osmosis yang menyebabkan sitoplasma sel mengecut apabila direndamkan ke dalam
larutan yang lebih pekat (larutan hipertonik). Air meresap keluar dan tekanan segah di dalam sel
akan menjadi berkurangan. Antara kesan larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel
tumbuhan ialah:
Larutan Hipotonik
Apabila diletakkan di dalam larutan hipotonik, molekul air meresap ke dalam sel dan vakuol
secara osmosis. Vakuol mengembang dan mengenakan tekanan terhadap dinding sel. Tekanan ini
dipanggil tekanan segah. Tekanan menyebabkan sel tumbuhan mengembang dan menjadi segah.
Kesegahan sel-sel dalam tumbuhan memberikan sokongan dan mengekalkan bentuk sel. Rajah
1.38 menunjukkan kesan larutan hipotonik terhadap sel tumbuhan.

HO
2 Dinding Sel

Vakuol
HO
2

Rajah 1.38 Kesan larutan hipotonik terhadap sel tumbuhan

45
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Larutan Hipertonik
Sekiranya sel tumbuhan dimasukkan ke dalam larutan hipertonik (larutan sukrosa 30%), molekul
air meresap keluar dari sel secara osmosis. Sitoplasma dan vakuol akan kehilangan air. Vakuol akan
mengecut dan menjadi lebih kecil. Membran Plasma ditolak menjadi dinding sel. Sel tumbuhan
berkedut dan mengecut (flaccid). Proses ini dipanggil plasmolisis. Jika sel yang mengalami
plasmolisis direndam di dalam larutan hipotonik maka akan terdapat pergerakan bersih molekul
air ke dalam sel. Sel ini akan menjadi segah semula dan dikatakan mengalami deplasmolisis.
Rajah 1.39 menunjukkan kesan larutan hipertonik terhadap sel tumbuhan.

Membran Plasma Dinding Sel


HO
2

Vakuol
HO
2

Rajah 1.39 Kesan larutan hipertonik terhadap sel tumbuhan

Larutan Isotonik
Di dalam larutan isotonik (larutan sukrosa 5%) air akan meresap merentasi membran pada kadar
yang sama di kedua-dua arah. Sel tumbuhan mengekalkan bentuk dan isipadunya yang normal.
Rajah 1.40 menunjukkan kesan larutan isotonik terhadap sel tumbuhan.

HO
2

Air meresap ke dalam dan


luar sel pada kadar yang Vakuol
HO
sama 2

Rajah 1.40 Kesan larutan isotonik terhadap sel tumbuhan

Info Tambahan

Keadaan air yang banyak seperti disebabkan oleh banjir akan mengurangkan kandungan oksigen
(O2) dalam tanah kerana ruang antara butiran tanah berisi air. Ini menyebabkan akar tumbuhan tidak
mendapat bekalan oksigen yang mencukupi untuk proses respirasi. Walau bagaimanapun, tanaman
padi berupaya melakukan respirasi anaerob di sawah di mana air bertakung. Gas metana (CH4) adalah
merupakan hasilan melalui proses respirasi anaerob.

46
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Translokasi
Translokasi merupakan proses pemindahan atau pengangkutan bahan-bahan organik seperti asid
amino dan glukosa di dalam floem dari daun ke bahagian-bahagian lain tumbuhan. Translokasi
memainkan peranan untuk membantu mengangkut hasil fotosintesis (bahan makanan) ke bahagian-
bahagian lain tumbuhan yang memerlukannya bagi pertumbuhan dan respirasi seperti akar, buah,
pucuk atau bunga. Translokasi juga membantu mengangkut makanan yang berlebihan ke bahagian
tumbuhan seperti rhizom, umbisi dan bebawang untuk disimpan sebagai gula.
Terdapat dua pembuluh pengangkut iaitu floem dan xilem (Rajah 1.41). Floem dan xilem
ialah jaringan seperti kapilari berperanan dalam proses translokasi. Hasil fotosintesis (glukosa)
yang dihasilkan daripada daun akan diangkut melalui floem ke bahagian lain tumbuhan yang
memerlukannya. Floem juga dikenali sebagai pembuluh tapis yang membentuk kulit kayu pada
batang tumbuhan.
Xilem Floem
Air Sel Daun

Air
Sel Akar

Rajah 1.41 Pembuluh pengangkut xilem dan floem


Fungsi Xilem Dan Floem
Air dan garam mineral dari dalam tanah yang diserap oleh akar diangkut melalui xilem ke
bahagian batang dan daun tumbuhan. Xilem terdiri daripada beberapa sel iaitu trakeal, serat
xilem dan parenkima xilem. Floem dan xilem ialah dua jaringan pengangkut yang terpisah. Xilem
yang ada di dalam akar akan bersambung dengan xilem yang ada pada batang dan daun. Floem
juga bersambung ke semua bahagian tumbuhan. Translokasi terjadi kerana adanya perbezaan
tekanan osmosis yang terjadi di dalam pembuluh floem antara organ iaitu daun, batang dan akar.
Peningkatan kadar gula di dalam floem daun akan meningkatkan tekanan osmosis daun, sehingga
larutan gula (hasil fotosintesis) akan mengalir dari daun menuju ke akar. Larutan yang paling
banyak dalam floem ialah gula terutama sukrosa dan beberapa bahan lain seperti garam mineral,
asid amino dan hormon. Jaringan floem mengangkut sukrosa dan juga asid amino dari organ
tumbuhan berwarna hijau terutama sekali daun.

Laman ICT Laman ICT

Xilem dan Floem Berfungsi Struktur Sel Tumbuhan


47
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Transpirasi
Transpirasi merupakan proses kehilangan air daripada tumbuhan ke atmosfera. Proses kehilangan air
ini berlaku dari permukaan daun atau bahagian-bahagian tumbuhan yang lain terutamanya melalui
stomata dan sebahagian kecil melalui lentisel. Kekurangan air pada tumbuhan menyebabkan kadar
transpirasi menjadi rendah, tumbuhan menjadi layu dan seterusnya akan mati. Kadar transpirasi
rendah juga berlaku sekiranya kelembapan udara persekitaran tinggi seperti selepas hujan atau
awal pagi. Kadar transpirasi dikawal oleh sel pengawal melalui pembukaan dan penutupan liang
stomata. Kadar transpirasi pada daun juga dipengaruhi oleh jumlah daun, kelebaran daun dan
jumlah stomata.
Kepentingan Transpirasi
Proses transpirasi yang berlaku pada tumbuhan adalah penting dalam proses metabolisme
tumbuhan. Rajah 1.42 menunjukkan kepentingan transpirasi untuk tumbuhan.

Kepentingan
Transpirasi
Pada Tumbuhan

Rajah 1.42 Kepentingan transpirasi untuk tumbuhan

Faktor Mempengaruhi Kadar Transpirasi


Antara empat faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi tumbuhan ialah:

Pergerakan Udara - semakin laju pergerakan angin di atmosfera menyebabkan semakin banyak
penyejatan air berlaku dan bertambahnya kadar transpirasi.
Kelembapan Bandingan - kelembapan bandingan yang tinggi pada ruang atmosfera
mengurangkan air yang tersejat dan seterusnya mengurangkan kadar transpirasi.
Keamatan Cahaya - cahaya matahari yang banyak tertumpu pada daun atau bahagian-bahagian
lain yang terlibat dalam proses transpirasi pada waktu siang akan membuka lebih luas liang
stomata. Ini menyebabkan air tersejat dengan banyak dan menambahkan kadar transpirasi.
Berbanding pada waktu malam atau gelap, keadaan redup, sejatan akan berkurangan disebabkan
liang stomata tertutup.
Suhu - suhu yang tinggi atau cuaca yang panas menyebabkan semakin banyak air yang tersejat
dan meningkatkan kadar transpirasi.
48
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kesan Persekitaran Terhadap Kadar Transpirasi


Kesan persekitaran terhadap kadar transpirasi ditunjukkan melalui graf dalam Rajah 1.43.

Transpirasi
Transpirasi

Transpirasi
Transpirasi

Kadar
Kadar

Kadar
Kadar

Pergerakan Udara Kelembapan Bandingan


Pergerakan
Semakin laju Udara
pergerakan udara, Kelembapan
Semakin tinggi Bandingan
kelembapan
semakin tinggi kadar transpirasi. bandingan, semakin rendah kadar
transpirasi

Keamatan Cahaya
Cahaya

Transpirasi
Transpirasi

Keamatan Cahaya Transpirasi


Cahaya

Transpirasi
Transpirasi

Transpirasi
Keamatan

Kadar
Kadar
Keamatan

Kadar
Kadar
00000000

04000400

08000800

12001200

16001600

20002000

24002400

Suhu ( oC)
Waktu Suhu ( oC)
Waktu

Semakin tinggi keamatan cahaya, Semakin tinggi suhu, semakin tinggi


semakin tinggi kadar transpirasi. kadar transpirasi.

Rajah 1.43 Kesan persekitaran terhadap kadar transpirasi

Info Tambahan

Air dan garam mineral dari dalam tanah akan meresap masuk ke dalam akar tumbuhan semasa
berlakunya proses transpirasi. Air akan melalui satu sel ke satu sel yang lain dan seterusnya memasuki
saluran xilem hingga ke sel-sel daun. Air terbebas ke atmosfera menerusi liang stomata.

49
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.2.2 Hubung kait Proses Fotosintesis


Respirasi Dan Fotosintesis
Respirasi dan fotosintesis mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan translokasi dan transpirasi.
Respirasi merupakan proses penguraian glukosa menjadi air (H 2O) dan karbon dioksida (CO2)
yang diperlukan untuk proses fotosintesis. Rajah 1.44 menunjukkan perkaitan antara proses
respirasi dan fotosintesis.

Titik
Pengambilan CO

keseimbangan Untung bersih dalam glukosa


(glukosa yang dihasilkan
Kadar fotosintesis
bertambah

melalui fotosintesis lebih cepat


melebihi kadar berbanding yang digunakan oleh
respirasi respirasi)
Pembebasan CO

Rugi bersih dalam glukosa


Kadar respirasi (glukosa digunakan dalam
bertambah

melebihi kadar respirasi lebih cepat berbanding


fotosintesis yang dihasilkan oleh
fotosintesis)

Rendah Tinggi
Keamatan cahaya
bertambah

Rajah 1.44 Perkaitan antara respirasi dan fotosintesis

Titik keseimbangan merupakan aras keamatan cahaya iaitu apabila kadar penghasilan karbon
dioksida dalam respirasi sama dengan kadar penggunaan karbon dioksida dalam proses fotosintesis.
Glukosa yang terhasil daripada proses fotosintesis menggantikan glukosa yang dioksidakan dalam
proses respirasi.
Laman ICT
Organisasi sel dalam tumbuhan seperti tisu, tisu epidermis,
tisu asas, tisu parenkima, tisu kolenkima, tisu sklerenkima,
tisu vaskular, xilem dan floem mempunyai peranan yang
tersendiri terhadap pertumbuhan dan perkembangan
tumbuhan. Bincangkan kesan pertumbuhan dan
perkembangan akibat kerosakan sel terhadap tumbuhan.
Fotosintesis dan Respirasi

Info Tambahan

Kadar fotosintesis mesti melebihi kadar respirasi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan
tumbuhan serta penghasilan bunga, biji benih dan buah. Ini membolehkan kadar penghasilan glukosa
melebihi kadar penggunaan glukosa. Glukosa yang berlebihan digunakan untuk pertumbuhan dan
proses-proses yang lain dalam tumbuhan.

50
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Hubungan Fotosintesis Dengan Penyerapan, Translokasi Dan Transpirasi


Proses fotosintesis yang berlaku pada tumbuhan mempunyai kaitan dengan proses penyerapan,
proses translokasi dan proses transpirasi. Jadual 1.5 menunjukkan hubungan fotosintesis dengan
penyerapan, translokasi dan transpirasi.
Jadual 1.5 Hubungan fotosintesis dengan penyerapan, translokasi dan transpirasi
Proses Hubungan
Penyerapan Penyerapan ialah proses resapan air dan garam mineral dalam tanah oleh akar
tumbuhan secara osmosis untuk proses fotosintesis. Penyerapan ini bermula
dari akar tumbuhan sehingga ke bahagian daun. Semakin banyak air dan garam
mineral yang diserap menyebabkan semakin tinggi kadar fotosintesis berlaku.
Translokasi Translokasi merupakan proses pengangkutan hasil-hasil fotosintesis iaitu
bahan makanan ke bahagian-bahagian lain tumbuhan yang memerlukannya.
Peningkatan kadar glukosa di dalam floem daun akan meningkatkan tekanan
kepada osmosis daun sehingga larutan (hasil fotosintesis) akan mengalir dari
daun menuju ke bahagian lain tumbuhan.
Transpirasi Transpirasi ialah proses kehilangan air dari permukaan daun atau bahagian lain
melalui stomata dan lentisel. Proses ini menyebabkan ruang vakum bertambah
di dalam daun dan seterusnya meningkatkan kadar penyerapan karbon dioksida
dari atmosfera oleh daun bagi tujuan fotosintesis.
Proses penyerapan, translokasi dan transpirasi yang berlaku pada tumbuhan sangat penting
untuk melancarkan proses fotosintesis terutamanya pada bahagian daun. Rajah 1.45 menunjukkan
perkaitan proses fotosintesis dengan proses penyerapan, translokasi dan transpirasi.

Rajah 1.45 Perkaitan proses fotosintesis dengan proses penyerapan, translokasi dan transpirasi

51
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.2.3 Faktor Mempengaruhi Kadar Fotosintesis


Tumbuhan dapat tumbuh dan berkembang adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti
kelembapan persekitaran, cahaya dan keadaan tanah. Proses fotosintesis berlaku sama ada di
waktu siang (terang) atau malam (gelap). Pada waktu siang, proses fotosintesis memerlukan
cahaya matahari untuk memecahkan molekul air sehingga menjadi ion hidrogen. Pada waktu gelap
pula, proses fotosintesis menggabungkan karbon dioksida dengan ion sehingga menghasilkan
glukosa. Kebiasaannya, proses fotosintesis tumbuhan ini dipengaruhi oleh dua faktor iaitu luaran
dan dalaman.
Faktor Luaran
Faktor luaran merujuk kepada faktor yang terdapat di sekeliling tumbuhan. Rajah 1.46 menunjukkan
tiga faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis tumbuhan.

Faktor Luaran

Keamatan Cahaya Kepekatan Karbon Dioksida Peningkatan Suhu

Rajah 1.46 Faktor mempengaruhi kadar fotosintesis tumbuhan


Keamatan Cahaya
Cahaya sangat diperlukan dalam proses fotosintesis. Pada waktu siang cahaya matahari
berfungsi sebagai sumber tenaga untuk mengubah air dan karbon dioksida menjadi glukosa.
Penyerapan cahaya matahari oleh tumbuhan dipengaruhi oleh keamatan cahaya, jangka masa
penyerapan dan panjang gelombang cahaya. Semakin tinggi keamatan cahaya menyebabkan kadar
fotosintesis semakin meningkat. Selepas tahap ini dicapai, peningkatan keamatan cahaya tidak
lagi meningkatkan kadar fotosintesis kerana kepekatan karbon dioksida (CO2) dan suhu menjadi
faktor pengehad.
Graf I dalam Rajah 1.47
menunjukkan bahawa kadar
Graf II 0.13% CO2
Kadar Fotosistesis (cm/min)

fotosintesis meningkat dengan


pada 30oC
peningkatan keamatan cahaya
sehingga mencapai takat P. Selepas
P Graf I Q 0.03% CO2
takat R, kadar fotosintesis tidak
pada 30oC
meningkat walaupun keamatan
cahaya terus meningkat. Walau
bagaimanapun, apabila kepekatan
karbon dioksida (CO 2) dinaikkan
kepada 0.13%, kadar fotosintesis
bertambah seperti ditunjukkan dalam
graf II.
R
Keamatan Cahaya
Rajah 1.47 Graf kepekatan keamatan cahaya dengan kadar
fotosintesis
52
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Kepekatan Karbon Dioksida 30oC pada keamatan


Karbon dioksida merupakan bahan mentah cahaya yang tinggi

Kadar Fotosintesis (cm/min)


yang sangat diperlukan dalam tindak balas
gelap untuk mensintesiskan glukosa.
Peningkatan kepekatan karbon dioksida akan 30oC pada keamatan
menyebabkan peningkatan kadar fotosintesis cahaya yang rendah
selagi tidak ada faktor pengehad. Kadar
fotosintesis akan menjadi sekata pada satu
tahap kepekatan karbon dioksida. Walaupun
peningkatan kadar karbon dioksida berlaku,
kadar fotosintesis tidak meningkat kerana
keamatan cahaya akan bertindak sebagai
faktor pengehad. Rajah 1.48 menunjukkan
graf kepekatan karbon dioksida dengan kadar
Kepekatan Karbon Dioksida (%)
fotosintesis.
Rajah 1.48 Graf kepekatan karbon dioksida dengan
kadar fotosintesis
Peningkatan Suhu
Perubahan pada suhu persekitaran tumbuhan
akan mempengaruhi kadar fotosintesis. Walau
Kadar Fotosintisis (cm/min)

bagaimanapun, kadar suhu berbeza-beza


mengikut jenis tumbuhan. Setiap peningkatan
suhu sebanyak 10°C akan meningkatkan
kadar fotosintesis sebanyak sekali ganda
sehingga mencapai tahap optimum. Suhu
optimum bagi kebanyakan tumbuhan adalah
di antara 25°C hingga 30°C. Jika keadaan
suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan
enzim dan proses fotosintesis terhenti. Suhu
yang terlalu tinggi akan memusnahkan sel
tumbuhan. Rajah 1.49 menunjukkan graf 5 10 15 20 25 30 35 40
peningkatan suhu dengan kadar fotosintesis. Suhu (oC)
Rajah 1.49 Graf peningkatan suhu dengan kadar
fotosintesis
Perbezaan Kadar Fotosintesis Dalam Tumbuhan
Kadar fotosintesis tumbuhan adalah tidak sekata sepanjang hari. Perbezaan ini banyak dipengaruhi
oleh persekitaran tumbuhan seperti keamatan cahaya, kepekatan karbon dioksida dan suhu
persekitaran. Pada waktu siang, kadar fotosintesis adalah tinggi disebabkan adanya cahaya
matahari, namun akan berubah apabila keadaan cuaca menjadi mendung kerana kekurangan
cahaya dan suhu persekitaran menjadi rendah. Keadaan ini juga sering berlaku pada waktu awal
pagi dan senja. Kebiasaannya, kadar fotosintesis akan menjadi sekata pada waktu tengah hari
disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida mengehad kadar fotosintesis.

Info Tambahan

Faktor pengehad merupakan faktor yang menentukan dan mengawal kadar sesuatu proses biokimia.
Faktor pengehad berubah sepanjang masa dan keadaan.

53
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Faktor Dalaman
Faktor dalaman merujuk kepada perkara-perkara yang terdapat pada anatomi atau struktur
tumbuhan atau berasal daripada keadaan fizikal tumbuhan itu sendiri. Antara faktor dalaman
yang mempengaruhi kadar fotosintesis (Rajah 1.50).

Faktor Dalaman

Jumlah Klorofil Bentuk Daun Pertumbuhan Tumbuhan

Kedudukan Daun Anatomi Daun

Rajah1.50 Faktor dalaman yang mempengaruhi kadar fotosintesis

Jumlah Klorofil - warna hijau pada daun disebabkan adanya klorofil. Klorofil merupakan
pigmen penting untuk proses fotosintesis dalam menyerap cahaya matahari. Pembentukan
klorofil memerlukan sejumah ion magnesium (Mg), nitrogen (N) dan zat besi (Fe) yang di
dapati dari dalam tanah melalui akar. Kekurangan klorofil pada daun akan menyebabkan kadar
fotosintesis rendah.
Kedudukan Daun - daun merupakan tempat berlakunya fotosintesis. Daun akan melakukan
fotosintesis dengan kehadiran cahaya. Kedudukan permukaan daun yang menghadap cahaya
terutamanya cahaya matahari akan menyebabkan peningkatan kadar fotosintesis.
Bentuk Daun - bentuk daun memainkan peranan yang sangat penting. Bentuk daun yang nipis
dan lebar membolehkan cahaya matahari diserap dengan lebih banyak menyebabkan kadar
fotosintesis meningkat.
Anatomi Daun - fotosintesis bermula melalui stomata yang terdapat pada daun. Stomata
memudahkan pertukaran gas dan berlakunya proses transpirasi. Liang-liang stomata akan
terbuka apabila adanya cahaya matahari menyebabkan tersedianya sumber gas karbon dioksida
untuk bahan fotosintesis.
Pertumbuhan Tumbuhan - proses fotosintesis akan lebih tinggi pada tumbuhan yang masih
muda atau daun muda. Ini kerana tumbuhan dan daun muda mempunyai lebih banyak klorofil.

Apakah yang berlaku pada kadar transpirasi di bawah keadaan berikut? Bincangkan
keamatan cahaya tinggi, suhu tinggi, kelembapan tinggi dan kelajuan angin tinggi.

Info Tambahan

Makronutrien merupakan unsur yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak oleh tumbuhan. Ini
termasuk karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, fosforus, kalium, kalsium, magnesium dan sulfur.
Terdapat lima kategori utama hormon tumbuhan, iaitu auksin, giberelin, sitokinin, asid absisik
dan etilena. Hormon-hormon berinteraksi antara satu sama lain dalam aspek pertumbuhan dan
perkembangan tumbuhan. Interaksi ini berlalu secara sinergis dan antagonis.

54
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

1.2.4 Kesan Terhadap Pertumbuhan Tumbuhan


Tumbesaran tumbuhan adalah berkait rapat dengan pembentukan organ-organ tumbuhan dan
perubahan bentuk dari embrio atau biji menjadi tumbuhan yang kuat, terutamanya pada batang,
akar dan daun. Pertumbuhan tumbuhan dapat diketahui berdasarkan kepada perubahan fizikal
sama ada melalui ukuran atau kuantiti.
Suhu
Suhu atmosfera mempengaruhi aktiviti fisiologi tumbuhan. Suhu rendah atau terlalu tinggi
daripada suhu optimum akan mengganggu percambahan biji benih, proses respirasi, proses
fotosintesis, pengeluaran hasil dan pertumbuhan yang normal. Peningkatan suhu yang melebihi
suhu optimum akan menyebabkan protein dalam enzim rosak. Apabila suhu mencecah 55°C,
hal ini akan menyebabkan kematian tisu dalam tumbuhan. Perubahan suhu sepanjang hari juga
mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan. Pertumbuhan hanya berlaku jika kadar fotosintesis
melebihi kadar respirasi. Kadar suhu yang rendah akan melambatkan kadar fotosintesis dan
seterusnya mengurangkan hasil tanaman dan membantutkan pertumbuhan tanaman. Kadar
suhu yang tinggi pula akan menyebabkan kecacatan seperti bentuk bunga yang tidak normal,
merosakkan mata tunas dan buah yang tidak sempurna.
Karbon Dioksida
Tumbuhan memerlukan karbon dioksida dalam proses fotosintesis, tumbesaran tumbuhan
dan penghasilan klorofil. Kekurangan karbon dioksida memberikan kesan yang buruk kepada
pertumbuhan tumbuhan. Kekurangan karbon dioksida bukan sahaja mengganggu proses
fotosintesis tumbuhan tetapi menyebabkan kesukaran untuk menghasilkan glukosa. Kesan yang
dialami oleh tumbuhan ialah tumbesaran yang lambat, kerosakan daun, saiz daun menjadi kecil,
kekurangan daun pada tumbuhan dan pertukaran warna daun atau tompok putih pada bahagian
daun.
Cahaya
Cahaya sangat diperlukan untuk proses fotosintesis tumbuhan. Kekurangan cahaya akan
menyebabkan kesan etiolasi iaitu batang tumbuhan akan tumbuh lebih cepat tetapi lemah, daun
mengecil daripada saiz sebenar dan berwarna pucat akibat kekurangan klorofil. Kesan etiolasi ini
berlaku disebabkan tumbuhan tidak mendapat cahaya dengan kadar yang diperlukan atau tanaman
berada di tempat terlindung daripada pancaran cahaya matahari atau berada di kawasan gelap.
Rajah 1.51 menunjukkan faktor yang mempengaruhi penyerapan cahaya oleh tumbuhan.

Faktor Mempengaruhi Penyerapan Cahaya

Kualiti Cahaya Masa Penyerapan Keamatan Cahaya

Rajah 1.51 Faktor mempengaruhi penyerapan cahaya

Tumbuhan memerlukan unsur-unsur untuk membuat klorofil dan mensintesis molekul


organik bagi pertumbuhan, perkembangan dan pembiakan. Bincangkan keperluan
unsur-unsur utama tersebut.

55
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Klorofil
Proses fotosintesis hanya berlaku pada tumbuhan yang mempunyai klorofil. Pigmen klorofil
berfungsi untuk memerangkap tenaga cahaya matahari dan mengubah menjadi tenaga kimia.
Kekurangan klorofil pada daun menyebabkan proses fotosintesis berlaku secara perlahan.
Sekiranya keadaan ini berterusan akan menyebabkan tumbuhan tidak dapat memproses makanan
secukupnya untuk kegunaan sendiri dan akhirnya mati. Kekurangan klorofil pada daun tumbuhan
dipengaruhi oleh kekurangan karbon dioksida dan nutrisi pada tumbuhan.

Air
Kekurangan air mempengaruhi semua aspek pertumbuhan tumbuhan iaitu merangkumi proses
fisiologi, biokimia, anatomi dan morfologi tumbuhan. Kekurangan air dalam tanah menyebabkan
tumbuhan menjadi layu dan sel mengalami plasmolisis (pengecutan sel). Tanah yang menjadi
kering pula akan menyebabkan baki air mengalami kepekatan zat larut yang tinggi. Semasa
kekurangan air sebahagian stomata akan tertutup menyebabkan tumbuhan tidak dapat menyerap
karbon dioksida (CO2) dan menurunkan kadar proses fotosintesis serta merosakkan sintesis protein
dan dinding sel.
Kesan kekurangan air akan menyebabkan pengurangan jumlah sel tumbuhan, saiz daun
mengecil, penebalan saiz daun, perubahan metabolisme karbon dan nitrogen, peningkatan
sensitiviti stomata dan kadar fotosintesis rendah. Tumbuhan yang mengalami kekurangan air juga
mengalami penurunan ukuran fizikal terutamanya pada bahagian batang, daun dan akar. Sekiranya
dialami secara berterusan menyebabkan penurunan hasil tanaman dan kematian.

Bagaimanakah air masin mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dan kesannya?


Bincangkan.

Info Tambahan

Udara merupakan campuran beberapa campuran gas yang sangat diperlukan untuk tumbuhan hidup.
Antara gas tersebut ialah nitrogen dengan jumlah 78.08% dan selebihnya pula ialah karbon dioksida,
hidrogen, karbon monoksida, iodin, neon, helium dan lain-lain.

Tumbuhan akan menghadapi kekurangan air dengan kadar 50% daripada keperluan. Tumbuhan akan
melakukan tindak balas dengan menutup liang stomata dan memperlahan perluasan daun untuk
mengurangkan kadar transpirasi. Tumbuhan juga mengurangkan pemanjangan akar terutamanya
pada bahagian akar yang tidak dapat menyerap air, manakala akar yang mampu menyerap air akan
bertambah dan mempunyai saiz lebih besar.

Laman ICT Laman ICT

Faktor Mempengaruhi Fotosintesis Kesan Perubahan Cuaca Pada Tanaman


56
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tajuk: Menentukan Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis.


Daun hijau, kepingan kad, klip kertas, larutan iodin dan larutan
Bahan:
etil alkohol.
Piring petri, rod kaca, bikar 250ml, gunting kertas, penunu
Alatan:
bunsen, tungku kaki tiga, kasa dawai dan bikar.
Langkah Keselamatan:
1. Semasa eksperimen dijalankan jauhkan alkohol daripada api disebabkan bahan tersebut
mudah terbakar.
2. Pemanasan alkohol hendaklah dilakukan dalam kukusan air dan tidak secara langsung
bagi mengelakkan kebakaran.
Murid diminta untuk:
Membuat laporan berkaitan dengan eksperimen ini secara bertulis dan mempersembahkannya
melalui persembahan multimedia.

Bahan-bahan dan peralatan eksperimen bagi menentukan keperluan cahaya


untuk fotosintesis.

Laman ICT Laman ICT

Kesan Cahaya Pada Fotosintesis Keperluan Cahaya Pada Fotosintesis

57
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Langkah Kerja:

1. Pilih satu pokok dan lindungkan dari 2. Klip atas dan bawah permukaan beberapa
cahaya matahari selama 48 jam. helai daun dengan kertas berwarna hitam

3. Dedahkan tumbuhan pada cahaya matahari 4. Petik daun itu dan tanggalkan kertas hitam
2 jam hingga 3 jam. yang menutupinya.

5. Didihkan air. 6. Masukkan daun itu ke dalam air yang


sedang mendidih (dalam bikar 250ml).
58
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

7. Keluarkan dan masukkan daun ke dalam 8. Kukus dalam air mendidih selama 3 minit
tabung didih yang mengandungi etil hingga 4 minit.
alkohol

9. Keluarkan daun menggunakan penyepit. 10. Bilas daun menggunakan air bersih.

11. Letakkan daun dalam piring petri dan 12. Perhatikan warna yang dihasilkan pada
titiskan larutan iodin ke atas daun daun.
sehingga menutupi daun.

Hasil Pemerhatian:
Bahagian daun yang terdedah kepada cahaya matahari akan berlaku proses fotosintesis,
manakala daun yang ditutupi kertas pula tidak berlaku proses fotosintesis (warna cerah).

59
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

PROSES FISIOLOGI TUMBUHAN


Proses Utama Fisiologi Tumbuhan
• Fotosintesis - proses menghasilkan makanan dan membebaskan oksigen.
• Respirasi - proses menghasilkan tenaga.
• Penyerapan - proses resapan air tanah oleh serabut akar.
• Translokasi - proses pengangkutan bahan dan hasil fotosintesis ke bahagian lain.
• Transpirasi - proses kehilangan air daripada tumbuhan ke atmosfera.

Hubung kait Proses Fotosintesis


• Respirasi - penguraian glukosa menghasilkan tenaga ATP, air dan karbon dioksida.
• Penyerapan - semakin banyak air dan garam mineral diserap, semakin tinggi kadar
fotosintesis berlaku.
• Translokasi - peningkatan kadar glukosa meningkatkan tekanan osmosis daun sehingga
hasil fotosintesis akan mengalir ke bahagian lain.
• Transpirasi - semakin tinggi kadar transpirasi, semakin tinggi kadar penyerapan karbon
dioksida menyebabkan meningkatnya kadar fotosintesis.

Faktor Mempengaruhi Kadar Fotosintesis


Faktor Luaran
• Keamatan Cahaya - semakin tinggi keamatan cahaya, kadar fotosintesis semakin
meningkat.
• Kepekatan Karbon Dioksida - kepekatan karbon dioksida meningkatkan kadar fotosintesis.
• Peningkatan Suhu - peningkatan suhu akan meningkatkan kadar fotosintesis.
Faktor Dalaman
• Jumlah Klorofil - pertumbuhan bilangan klorofil meningkatkan kadar fotosintesis.
• Kedudukan Daun - menghadap cahaya matahari meningkatkan kadar fotosintesis.
• Bentuk Daun - nipis dan lebar membolehkan cahaya matahari diserap dengan banyak.
• Anatomi Daun - pembukaan liang stomata dapat menyerap karbon dioksida yang banyak.
• Pertumbuhan Tumbuhan - proses fotosintesis lebih efektif dan tinggi pada tumbuhan
muda atau daun muda.

Kesan Terhadap Pertumbuhan Tumbuhan


• Suhu - suhu rendah atau terlalu tinggi akan mengganggu percambahan biji benih, proses
respirasi, proses fotosintesis dan pengeluaran hasil.
• Karbon Dioksida - kekurangan karbon dioksida mengganggu proses fotosintesis dan
kesukaran untuk menghasilkan glukosa oleh tumbuhan.
• Klorofil - kekurangan klorofil menyukarkan tumbuhan membuat makanan.
• Cahaya - kekurangan cahaya menyebabkan batang tumbuhan tumbuh lebih cepat tetapi
lemah, daun mengecil dan berwarna pucat akibat kekurangan klorofil.
• Air - kekurangan air menyebabkan tumbuhan menjadi layu dan pengecutan sel.
60
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jawab semua soalan

1. Terangkan maksud pertumbuhan tumbuhan berikut.


a) Pertumbuhan primer
........................................................................................................................................
b) Pertumbuhan sekunder
.......................................................................................................................................

2. Nyatakan maksud proses percambahan biji benih.


a) Percambahan epigeal
........................................................................................................................................
b) Percambahan hipogeal
.......................................................................................................................................

3. Terangkan maksud proses utama fisiologi tumbuhan di bawah.


a) Fotosintesis
........................................................................................................................................
b) Respirasi
........................................................................................................................................
c) Penyerapan
........................................................................................................................................
d) Translokasi
........................................................................................................................................
e) Transpirasi
........................................................................................................................................

4. Bagaimanakah tindak balas berikut berlaku semasa proses fotosintesis?


a) Tindak balas cahaya
.........................................................................................................................................
b) Tindak balas gelap
.........................................................................................................................................

5. Nyatakan perkaitan antara proses fotosintesis dengan proses fisiologi tumbuhan.


a) Respirasi
.........................................................................................................................................
b) Penyerapan
.........................................................................................................................................
c) Translokasi
.........................................................................................................................................

6. Apakah yang dimaksudkan ATP (Adenosin Trifosfat) dan fungsinya?


...........................................................................................................................................
61
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

7. Nyatakan fungsi bahagian tumbuhan berikut.


a) Stomata

Kadar Transpirasi
Kadar Transpirasi
...........................................................................................................................................
b) Lentisel
...........................................................................................................................................
c) Kloroplas
...........................................................................................................................................
d) Sitoplasma
Pergerakan Udara Kelembapan Ba
...........................................................................................................................................

8. Terangkan kesan persekitaran terhadap kadar transpirasi yang ditunjukkan dalam graf.

Keamatan Cahaya

Keamatan Cahaya

Kadar Transpirasi
Kadar Transpirasi
Kadar Transpirasi

Transpirasi


0000

0400

0800

1200

1600

2000

2400
kan Udara Kelembapan Bandingan Suhu ( oC
Waktu

Graf I Graf II

a) Graf I: ..........................................................................................................................

b) Graf II: .........................................................................................................................


Kadar Transpirasi
Kadar Transpirasi

Transpirasi

9. Apakah maksud titik keseimbangan dalam proses hubung kait respirasi dan fotosintesis?
...........................................................................................................................................

10. Apakah yang berlaku pada kadar fotosintesis apabila faktor-faktor berikut mencapai had
maksimum?
1600

2000

2400

Suhu ( oC)
u
a) Keamatan cahaya
...........................................................................................................................................
b) Peningkatan suhu
...........................................................................................................................................

11. Bezakan kadar fotosintesis pada daun muda dan daun tua tumbuhan.
...........................................................................................................................................

62

Anda mungkin juga menyukai