Anda di halaman 1dari 120

BAB PENGELUARAN POLTRI

2.0

Selepas mempelajari bab ini, murid akan dapat:


1. Meneroka sistem penternakan poltri secara komersial iaitu Sistem Separa Intensif,
Sistem Intensif dan Sistem Integrasi.
2. Menghuraikan satu sistem penternakan poltri secara komersial.
3. Mengkaji faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan iaitu jenis hasil
ternakan, peringkat umur ternakan, bilangan ternakan dan kemampuan kewangan.
4. Menganalisis faktor-faktor yang menentukan pemilihan sistem penternakan.
5. Menerangkan keperluan peralatan bagi sistem penternakan poltri secara komersial seperti
kipas, pemanas, penggera, penjana elektrik, jangka suhu, pengukur kelembapan (hygrometer)
dan pengukur kelajuan udara (air speed meter).
6. Menghuraikan keperluan persekitaran bagi sistem penternakan poltri secara komersial iaitu
pencahayaan, suhu, kualiti udara, pergerakan udara, pengalih udara, penyejukan, kesihatan
dan keselamatan.
7. Menganalisis isu dan cabaran yang biasa berlaku dalam pengeluaran poltri.
8. Menyenaraikan bahan dan peralatan untuk menyediakan perumahan ayam dan puyuh.
9. Melakar dan melabel reka bentuk satu unit perumahan ayam dan puyuh.
10. Melakar dan melabel pelan susun atur dalaman perumahan ayam dan puyuh.
11. Membina dan menyusun atur satu unit perumahan ayam atau puyuh.
12. Menyediakan perumahan untuk menternak ayam atau puyuh iaitu membersih reban dan
peralatan, menyusun bekas makanan dan minuman, memasang pemanas, memasang sumber
cahaya, memasang kepungan, melakukan fumigasi, memasang bidai dan memasukkan anak
ayam atau puyuh.
13. Menerangkan tempoh pemberian makanan mengikut jenis makanan ayam dan puyuh iaitu
makanan permulaan, makanan pembesaran dan makanan penamat.
14. Menghuraikan kandungan nutrisi berdasarkan jenis makanan ternakan.
15. Mengkaji formulasi makanan berdasarkan kadar pertumbuhan ternakan.
16. Menghasilkan satu program pemberian makanan, air dan vitamin untuk satu tempoh ternakan.
17. Mengurus aktiviti harian ternakan ayam/puyuh iaitu amalan sanitasi, pemberian makanan,
minuman, penjagaan kesihatan, memeriksa suhu reban dan merekod.
18. Memasarkan hasil selepas ternakan mencapai umur yang sesuai untuk dipasarkan.
19. Menghitung dan menganalisis Nisbah Penukaran Makanan (NPM).
20. Menghitung Penyata Untung Rugi, Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM)
berdasarkan rekod kewangan.
21. Menganalisis data daripada rekod kewangan.

83
PETA KONSEP
PENGELUARAN POLTRI

Unit 2.1
PENTERNAKAN POLTRI

• Sistem Ternakan Poltri


• Pemilihan Sistem Penternakan Poltri
• Keperluan Penternakan Poltri
Komersial
• Kesihatan dan Keselamatan
Penternakan Poltri
• Isu dan Cabaran Pengeluaran Poltri

Unit 2.2
PERUMAHAN POLTRI
• Bahan dan Peralatan Perumahan Poltri
• Reka Bentuk Perumahan Poltri

Unit 2.3
NUTRISI TERNAKAN POLTRI
• Jenis Makanan
• Tempoh Pemberian Makanan,
Minuman dan Vitamin
• Formulasi Diet Makanan Poltri

Unit 2.4
PENGURUSAN TERNAKAN
POLTRI
• Pengurusan Harian Poltri
• Pengurusan Pemasaran
• Pengurusan Rekod

84
85
PENGENALAN
Kegiatan penternakan secara terancang bermula pada awal zaman revolusi Neolitik iaitu sekitar
11,000 tahun yang lalu. Pada abad ke-16, penternakan diusahakan secara besar-besaran untuk
memenuhi permintaan dan menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan. Penggunaan
teknologi dan sains moden dalam penternakan diperkenalkan sepenuhnya pada pertengahan abad
ke-18 bertujuan meningkatkan kualiti dan hasil ternakan.
Di Malaysia, penternakan awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk keperluan
ekonomi sara diri. Ekonomi sara diri bertujuan untuk menampung keperluan harian keluarga. Selain
sebagai sumber makanan, haiwan ternakan juga digunakan untuk membantu aktiviti pertanian
seperti membajak dan membawa hasil pertanian. Antara haiwan yang diternak seperti ayam, itik,
lembu dan kerbau. Pada abad ke-19, sistem ekonomi komersial telah diperkenalkan. Penternakan
telah menjadi sumber ekonomi utama yang diusahakan secara komersial. Rajah 2.0 menunjukkan
tujuan penternakan secara komersial.

Tujuan Penternakan

Makanan Minuman Pakaian atau Hiasan


(Daging dan Telur) (Susu) (Kulit dan Bulu)

Rajah 2.0 Tujuan penternakan


Dasar Pertanian Negara (DPN) yang diperkenalkan pada tahun 1984 telah mengalami
transformasi daripada sebuah sektor berproduktiviti rendah kepada sektor lebih berdaya saing dan
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi. Pada tahun 2000,
industri agromakanan telah menyumbang sebanyak RM11.9 bilion atau 3.3 peratus kepada KDNK.
Kadar pertumbuhan lebih tinggi dicapai iaitu sebanyak 4.7 peratus setahun dalam tempoh 2000-
2010. Pencapaian ini disumbangkan oleh peningkatan produktiviti industri ternakan, tanaman dan
perikanan iaitu dari 38.8 peratus kepada 46.4 peratus.

Penternakan poltri merupakan sektor ternakan yang mendapat permintaan tertinggi di dunia
berbanding dengan ternakan lain seperti lembu, kambing, bebiri, khinzir dan kerbau. Permintaan
ini disebabkan oleh sumber protein yang tinggi dan murah. Gambar foto 2.0 menunjukkan hasilan
utama penternakan poltri iaitu daging dan telur.

Definisi Poltri
Poltri ialah sejenis kumpulan burung atau ayam yang diternak khusus untuk mendapatkan sumber
daging dan telur. Poltri terdiri daripada ayam, puyuh, itik, ayam belanda dan angsa. Antara jenis
poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh.

Gambar foto 2.0 Hasilan utama poltri-daging dan telur

86
Industri Poltri di Malaysia
Terdapat lima negara utama pengeluaran ternakan poltri di Asia Tenggara iaitu Thailand, Indonesia,
Malaysia, Filipina dan Vietnam (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2015). Industri
poltri di Malaysia merupakan penyumbang ekonomi terbesar kepada industri ternakan negara.
Antara jenis poltri yang popular diternak ialah ayam dan puyuh. Kedua-dua ternakan telah
menunjukkan peningkatan permintaan terutamanya ayam seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.0
(Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016).
Jadual 2.0 Industri poltri Malaysia
Tahun Industri Poltri Malaysia
1960 Industri poltri bermula secara komersial

1984 Industri poltri tempatan telah mencapai tahap sara diri


sebanyak 100 peratus hasilan telur dan daging
2005 Permintaan poltri ialah sebanyak 980.5 tan metrik
Tahap sara diri bagi daging telah meningkat sebanyak
2014 136.4 peratus, manakala telur pula sebanyak
138.4 peratus

2015 Permintaan poltri meningkat kepada 1415.17 tan metrik

PENTERNAKAN POLTRI - AYAM


Penternakan ayam merupakan komponen terbesar dalam sektor penternakan negara. Ayam
pedaging dan ayam penelur diternak secara besar-besaran berbanding dengan ayam kampung.
Pada tahun 2014, bilangan ayam pedaging diternak ialah sebanyak 293 juta ekor dan sebanyak
11,683 juta biji telur ayam dihasilkan oleh ayam penelur (Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani, 2016). Permintaan daging ayam dijangka terus meningkat daripada 1.4 juta tan metrik
pada tahun 2010 kepada 1.8 juta tan metrik pada tahun 2020 dengan pertumbuhan sebanyak 2.4
peratus setahun (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2016). Pengeluar utama hasilan
penternakan ayam ialah Johor, Sarawak dan Perak. Sebanyak 70 peratus ayam pedaging adalah
untuk pasaran tempatan dan selebihnya dieksport ke Singapura, Hong Kong, Brunei dan Jepun.
Penternakan ayam komersial terbahagi kepada tiga iaitu ayam pedaging (Broiler), ayam penelur
(Layers) dan ayam kampung.
Ayam Pedaging (Broiler)
Ayam Pedaging (Broiler) ialah ayam yang menghasilkan
daging. Ayam pedaging mempunyai tumbesaran yang
cepat iaitu antara lima hingga tujuh minggu, saiz badan
yang besar, bentuk dada lebar dan penuh daging dengan
berat badan sehingga mencecah 2.5kg pada masa
dipasarkan. Ayam pedaging mudah terdedah kepada
serangan penyakit. Antara jenis ayam pedaging ialah Gambar foto 2.1: Ayam pedaging jenis
Arbor Acres
Arbor Acres, Ross, Cobb, Hubbard Rhode Island Red
dan New Hemshire. Gambar foto 2.1 merupakan jenis Laman
ayam pedaging Arbor Acres yang popular diternak ICT
di Malaysia.
Industri poltri-Jabatan
Perkhidmatan Veterinar

87
Ayam Penelur (Layers)
Ayam Penelur (Layers) ialah ayam yang menghasilkan telur. Ayam penelur cepat matang, pemakanan
yang efisien dan menghasilkan kurang bekalan daging. Pengeluaran ayam telur akan mengambil
masa antara 20-75 minggu selepas pembesarannya. Kebiasaannya, seekor ayam penelur boleh
menghasilkan sehingga 280 biji telur sepanjang tempoh 2 tahun di dalam reban bergantung kepada
jenis baka. Antara jenis ayam penelur ialah Lohman, Isa Brown dan Goldern Comet. Gambar foto 2.2
ialah ayam penelur jenis Lohman.
Ayam Kampung
Ayam kampung tidak mempunyai perbezaan antara ayam kampung pedaging dan ayam kampung
penelur. Penternakan ayam kampung yang dahulunya diternak secara sara diri kini menjadi
komersial disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat. Gambar foto 2.3 menunjukkan
ayam kampung pedaging yang diternak secara komersial melalui penternakan intensif.

Gambar foto 2.2 Ayam penelur jenis Gambar foto 2.3 Ayam kampung
Lohman pedaging

PENTERNAKAN POLTRI - PUYUH


Penternakan puyuh masih diusahakan secara kecil-kecilan dan tradisional. Puyuh terbahagi kepada
puyuh pedaging dan puyuh penelur. Penternakan puyuh tidak memerlukan kawasan yang luas.
Puyuh pedaging dipasarkan selepas 30 hari mengikut saiz serta berat yang dikehendaki. Manakala,
puyuh penelur bertelur ketika berumur 40-42 hari dengan menghasilkan telur sehingga 280 biji
setahun bergantung kepada jenis baka. Penternakan puyuh tidak memerlukan modal besar dan
pengurusan harian yang mudah disebabkan daya tahan penyakit yang tinggi. Antara jenis puyuh
yang diternak ialah American Bobwhite, California Quail, Common Quail, Rail Quail, Chinese
Painted Quail, Japanese Quail, France Quail dan Institut Kemajuan Ternakan Ayam (puyuh
IKTA). Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan di antara puyuh jantan dengan puyuh betina yang mulai
diketahui apabila berumur 21 hari.
Jadual 2.1 Perbezaan puyuh jantan dan puyuh betina
Perkara Puyuh Jantan Puyuh Betina
Kepala dan Berwarna coklat gelap dan Berwarna coklat terang dan
muka bahagian rahang berwarna gelap bahagian rahang bawah putih

Bulu dada Terdapat tompokan warna hitam


Berwarna kuning atau coklat
Saiz badan Kecil Besar
Pergerakan Sangat aktif Kurang aktif

INFO TAMBAHAN
Ayam kampung merupakan ayam asli atau tempatan. Generasi pertama ayam kampung ialah
keturunan ayam hitam merah (Gallus
(Gallus gallus).
gallus).

88
UNIT
2.1 PENTERNAKAN POLTRI

89
2.1.1 SISTEM TERNAKAN POLTRI

Sistem penternakan merupakan perkara asas yang perlu diketahui sebelum memulakan penternakan
poltri. Pemilihan sistem penternakan yang bersesuaian membolehkan ternakan diurus dengan baik,
mewujudkan persekitaran yang selesa, tumbesaran yang terkawal, pengeluaran yang berkualiti dan
penggunaan teknologi berkesan.
Teknologi memainkan peranan penting dalam penternakan poltri dan mempengaruhi
keseluruhan pengurusan penternakan serta produktivitinya. Pengaruh teknologi dapat dilihat
dengan jelas melalui sistem penternakan intensif reban tertutup. Penggunaan teknologi ini bukan
sahaja mampu meningkatkan pengeluaran ternakan tetapi dapat memelihara persekitaran daripada
pelbagai aspek pencemaran. Gambar foto 2.4 menunjukkan teknologi reban tertutup dan mesin
pengumpulan telur yang digunakan dalam sistem penternakan intensif ayam penelur moden.

Gambar foto 2.4 Teknologi sistem penternakan intensif ayam penelur moden

Sistem penternakan mampu untuk mempengaruhi keuntungan penternakan poltri. Namun,


terdapat juga beberapa faktor lain yang mempengaruhi daya maju penternakan poltri iaitu:
1. Ketidakstabilan harga di pasaran
2. Kos makanan dan peralatan reban
3. Keadaan cuaca dan serangan pelbagai penyakit
4. Ternakan sentiasa memerlukan persekitaran yang selesa untuk pertumbuhan yang baik
5. Penternakan memerlukan perancangan yang teliti bermula daripada peringkat penubuhan
ladang, pengurusan harian sehingga ternakan dipasarkan

KONSEP PERLADANGAN TERNAKAN


Terdapat dua konsep perladangan ternakan yang diamalkan iaitu perladangan kontrak dan
perladangan bukan kontrak. Perladangan kontrak bermaksud penyaluran hasil kepada syarikat atau
agensi tertentu berdasarkan nilai kontrak yang telah dipersetujui. Syarikat atau agensi juga akan
membantu untuk menyediakan kemudahan ternakan dan bantuan teknikal. Risiko penternakan,
pengeluaran dan pemasaran dikongsi bersama syarikat atau agensi terbabit. Antara syarikat yang
mengamalkan konsep perladangan kontrak ialah Ayamas/KFC Breeder Farm Sdn. Bhd, CP Farm
Sdn. Bhd, Dindings Breeder Sdn. Bhd dan Leong Hup Poultry Farm (Jabatan Perkhidmatan
Veterinar, 2011).

90
JENIS PENTERNAKAN POLTRI
Setiap jenis penternakan poltri memerlukan kaedah penternakan yang berbeza. Perbezaan ini banyak
dipengaruhi oleh kemajuan teknologi. Secara umumnya, perbezaan tersebut terdiri daripada aspek
perumahan ternakan, pemberian makanan, pemberian minuman dan pengurusan harian. Rajah 2.1
menunjukkan jenis sistem penternakan poltri secara komersial.

JENIS SISTEM PENTERNAKAN POLTRI

Separa Intensif Intensif Integrasi

Lepas Bebas Sangkar Ternakan Ayam


dengan Ikan
Reban Mudah Lantai Tinggi
Alih Ternakan Ayam
Sarap Tebal dengan Tanaman

Reban Tertutup

Rajah 2.1 Jenis sistem penternakan poltri

SISTEM PENTERNAKAN SEPARA INTENSIF


Sistem penternakan separa intensif merujuk kepada sistem
penternakan yang mempunyai keluasan ruang berpagar
di sekeliling reban. Nisbah minimum keluasan reban dan
ruang berpagar ialah 3:7 (3 bahagian bangunan, 7 bahagian
kawasan berpagar). Kawasan lapang lebih luas adalah
lebih baik untuk ternakan. Kadar muatan yang optimum
sebuah reban ialah 18 ekor untuk setiap satu meter persegi.
Gambar foto 2.5
Ternakan berada di dalam reban pada waktu malam dan di Reban mudah alih
luar reban pada waktu siang. Gambar foto 2.5 menunjukkan
reban mudah alih.

SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF


Sistem penternakan intensif ialah ternakan berada di dalam
reban secara berterusan atau sepanjang masa. Keperluan
disediakan sepenuhnya dengan menggunakan teknologi
terkini seperti peralatan pemberian makanan dan minuman
automatik. Selain itu, kawalan penyakit dan perosak juga
diurus dengan baik dan berkesan. Kadar muatan maksimum
dalam sebuah reban ialah 12 ekor untuk setiap satu meter Gambar foto 2.6 Sistem
persegi. Gambar foto 2.6 menunjukkan sistem penternakan pe
penternakan intensif
intensif reban tertutup moden untuk ayam pedaging.
Laman
ICT
Reban mudah alih

91
Terdapat empat jenis sistem penternakan intensif. Rajah 2.2 menunjukkan jenis sistem penternakan
intensif yang kebiasaannya diamalkan oleh penternak poltri.
SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF

Sangkar Lantai Tinggi Sarap Tebal Reban Tertutup

- Kebiasaannya, sistem - Lantai reban - Lantai reban - Reban tertutup


penternakan sangkar dinaikkan sehingga diperbuat sepenuhnya sepanjang
digunakan untuk 1.8meter dari paras daripada ternakan berada di dalam
ternakan jenis penelur tanah konkrit dan reban
- Bertujuan memudahkan - Kebiasaannya, lantai ditutupi dengan - Menggunakan teknologi
pengurusan ternakan dan diperbuat daripada sarap terkini iaitu pengurusan
pengumpulan hasil kayu berketam - Jenis sarap reban dan ternakan secara
- Jumlah ternakan dalam berukuran 254mm x yang biasa automatik
sangkar sangat terhad 254mm dan diatur digunakan ialah - Reban terdiri daripada
- Reka bentuk sangkar jarak 254mm antara ketam kayu, reban sarap tebal, lantai
terdiri daripada jenis dua kayu atau jerami dan tinggi dan sangkar
bertingkat, bersekat dan menggunakan sekam padi - Mempunyai pengudaraan
tanpa sekatan dawai mata - Sarap diisikan yang baik, persekitaran
- Bahan sangkar diperbuat punai (BRC) setebal selesa dan kawalan
daripada dawai mata berukuran 80–100mm keselamatan yang
punai (BRC) 254mm x 254mm dari lantai berkesan
- Reka bentuk reban yang
Rajah 2.2 Sistem penternakan intensif ringkas menggunakan
struktur besi dan
aluminium

SISTEM PENTERNAKAN INTEGRASI


Sistem penternakan integrasi ialah satu konsep penternakan yang menggabungkan kegiatan
pertanian, penternakan dan perikanan di dalam sebuah kawasan. Sistem ini merupakan satu kitaran
antara ternakan dan tanaman iaitu penternak memanfaatkan kotoran ternakan sebagai bahan organik
untuk tanaman dan ikan. Antara empat hasil utama sistem penternakan integrasi ialah sumber
makanan (daging dan telur), membekal makanan (ikan dan tanaman), biogas dan baja organik.
Gambar foto 2.7 menunjukkan sistem penternakan integrasi antara ternakan ayam dengan ikan.

Laman
ICT
Teknologi reban tertutup

Laman
ICT
Sangkar ayam penelur

Gambar foto 2.7 Sistem penternakan ayam dengan ikan

92
Perbezaan Sistem Separa Intensif dan Sistem Intensif Untuk Penternakan Ayam
Kampung Komersial.
Pemilihan sistem penternakan poltri bergantung kepada jenis ternakan. Terdapat empat faktor utama
yang membezakan ketiga-tiga sistem penternakan poltri seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Perbezaan jenis sistem penternakan


Keluasan Sistem Konsep
Jenis Sistem Kepadatan
Kawasan Pengurusan Perumahan dan
Penternakan Ternakan
Penternakan Reka Bentuk
Kawasan yang Sedikit/mengikut
Integrasi Sederhana Sederhana
lebih luas keluasan reban

Separa Sederhana Sederhana Reka bentuk reban Banyak ternakan


Intensif lebih ringkas boleh diternak
Sistematik dan Sedikit/mengikut
Intensif Kecil berteknologi Lebih Rumit keluasan reban

Kebaikan dan Kelemahan Sistem Penternakan


Penternakan ayam kampung secara komersial berbeza dengan penternakan ayam pedaging
dan penelur. Penternakan ayam kampung boleh menggunakan kesemua sistem penternakan iaitu
separa intensif, intensif atau integrasi. Walau bagaimanapun, ayam kampung sangat sesuai dengan
sistem penternakan separa intensif disebabkan oleh habitat semula jadinya dan ketahanan penyakit.
Kebaikan dan kelemahan sistem penternakan separa intensif dan intensif untuk ayam kampung
adalah seperti di bawah:

SISTEM PENTERNAKAN
SEPARA INTENSIF

Kebaikan Kelemahan

1. Bentuk reban yang bebas 1. Kadar produktiviti rendah


2. Ayam dibiarkan bebas atau lepas (keluar pagi 2. Kehilangan ayam oleh pemangsa tinggi
dan masuk ke reban di waktu malam) 3. Ayam menjadi liar dan tidak masuk ke dalam
3. Ayam mencari makan tambahan sendiri reban
4. Kos dan penyelenggaraan yang murah 4. Ayam bertelur dan menetaskan anak secara
5. Kurang pengawasan tidak terkawal

SISTEM PENTERNAKAN INTENSIF

Kebaikan Kelemahan

1. Bentuk reban yang luas 1. Jumlah ayam terhad dalam satu reban
2. Kadar produktiviti lebih baik kecil atau sangkar iaitu seekor jantan
3. Ayam lebih senang diurus bersamaan 6 ekor betina
4. Kehilangan ayam tidak terjadi kerana 2. Kos peralatan dan penyelenggaraan lebih
sepanjang masa di dalam reban tinggi
3. Kos pemberian makanan yang tinggi

93
2.1.2 PEMILIHAN SISTEM PENTERNAKAN POLTRI

Pengeluaran hasil ternakan yang optimum memerlukan pemilihan sistem penternakan yang
bersesuaian bertujuan memudahkan pengurusan harian ternakan, pengawalan dan pencegahan
penyakit, keselamatan dan hasilan berkualiti. Rajah 2.3 menunjukkan faktor pemilihan sistem
penternakan poltri.

Jenis Hasil Peringkat


Ternakan Umur
Ternakan

PEMILIHAN
SISTEM
PENTERNAKAN
POLTRI

Bilangan Kemampuan
Ternakan Kewangan

Rajah 2.3 Faktor pemilihan sistem penternakan poltri

JENIS HASIL TERNAKAN


Jenis hasil ternakan banyak mempengaruhi sistem penternakan poltri. Terdapat empat jenis ternakan
poltri komersial iaitu ayam pedaging, ayam penelur, ayam kampung dan puyuh. Keutamaan sistem
penternakan adalah berbeza bergantung kepada penternak.
Ayam Pedaging dan Penelur-Sistem Penternakan Intensif
Penternakan ayam pedaging dan ayam penelur sesuai menggunakan sistem penternakan intensif.
Sistem ini membolehkan ternakan diawasi sepanjang masa dan memudahkan pengurusan seperti
pemberian makanan dan minuman. Kawalan dan pencegahan penyakit juga lebih berkesan.
Hasil ternakan diperoleh dengan cepat dan berkualiti. Rajah 2.4 menunjukkan perbezaan konsep
perumahan ayam pedaging dan ayam penelur.

AYAM KOMERSIAL

Ayam pedaging akan berada di dalam reban Ayam penelur pula akan ditempatkan di dalam
sepanjang masa iaitu dari peringkat perindukan sangkar pada peringkat pengeluaran
dan tumbesaran sehingga ke peringkat untuk
dipasarkan

Rajah 2.4 Konsep perumahan ayam komersial

Puyuh Pedaging dan Penelur-Sistem Penternakan Intensif


Puyuh lebih sesuai menggunakan sistem penternakan intensif kerana pemberian makanan yang
mudah dan tidak memerlukan pengawasan sepanjang masa. Puyuh juga tidak memerlukan kawasan
luas dan berteknologi. Konsep rebannya lebih ringkas sama ada puyuh pedaging atau penelur.

94
Ayam Kampung - Sistem Penternakan Separa Intensif
Ternakan bebas bergerak di dalam kawasan luas yang dipagari. Kawasan turut menempatkan reban
yang membolehkan ayam bebas keluar dan masuk. Sistem penternakan separa intensif sesuai untuk
ayam kampung kerana ia tidak memerlukan pengawasan sepanjang masa. Ternakan juga tahan
daripada ancaman penyakit. Penternakan ayam kampung lebih kepada konsep semula jadi serta
tidak memerlukan reban yang berteknologi. Tambahan pula permintaan untuk ayam kampung lebih
rendah berbanding ayam pedaging dan penelur. Rajah 2.5 menunjukkan sistem penternakan separa
intensif.

Ayam akan berada


di luar reban pada
waktu siang

Ayam akan berada


di dalam reban
pada waktu malam

Rajah 2.5 Sistem penternakan separa intensif untuk ayam kampung

PERINGKAT UMUR TERNAKAN


Tumbesaran ternakan dibahagikan kepada peringkat perindukan, peringkat pembesaran dan
peringkat pengeluaran. Sistem sarap tebal digunakan untuk keselesaan ternakan pada peringkat
perindukan. Ternakan akan berada dalam kawasan kepungan dengan jumlah bilangan lebih kecil.
Semasa peringkat pembesaran, ternakan bebas bergerak dalam kawasan reban. Manakala, ayam
penelur ditempatkan di dalam sangkar apabila telah berada pada peringkat pengeluaran.

BILANGAN TERNAKAN
Jumlah ternakan yang banyak memerlukan pengawasan, keselamatan dan kawalan rapi. Sistem
penternakan intensif sangat sesuai kerana ia memudahkan pengurusan aktiviti penternakan harian
dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk mengendalikan penternakan. Pengawalan
dan keselamatan lebih minimum serta pengeluaran hasil yang lebih berkualiti.

KEMAMPUAN KEWANGAN
Sistem penternakan intensif memerlukan modal besar berbanding dengan sistem penternakan
separa intensif. Sistem penternakan intensif banyak menyumbang kepada peningkatan pengeluaran
dan kualiti. Penggunaan sistem penternakan intensif memerlukan perbelanjaan yang besar untuk
menyediakan perumahan ternakan, penggunaan peralatan reban secara automatik terutamanya
pemberian makanan, minuman dan mesin pengumpul telur. Konsep reban tertutup memerlukan
pengudaraan dan persekitaran yang baik dengan menggunakan peralatan moden dan berteknologi.
Sistem ini juga perlu lebih terancang dan mematuhi piawaian antarabangsa seperti Amalan
Penternakan Yang Baik (GAHP).

95
Pemilihan sistem penternakan poltri penting untuk memastikan tumbesaran dan kualiti ternakan,
pengurusan harian yang mudah, penjagaan kesihatan dan kawalan keselamatan yang berkesan serta
hasil pengeluaran yang optimum. Sistem penternakan intensif merupakan sistem penternakan yang
berkesan dan kompetitif dalam penternakan poltri. Rajah 2.6 menunjukkan beberapa faktor yang
mempengaruhi pemilihan sistem penternakan intensif.

Jumlah
Ternakan
Keselamatan Kewangan

Kesihatan Persekitaran

FAKTOR
PEMILIHAN
Reka Bentuk Teknologi
Reban SISTEM
PENTERNAKAN
INTENSIF

Peralatan Pengudaraan

Suhu Pencahayaan

Kualiti Udara

Rajah 2.6 Faktor pemilihan sistem penternakan intensif

AKTIVITI 1

Bincang dan analisis maklumat isu dan faktor pemilihan sistem penternakan intensif
dan membandingkan sistem reban tertutup dengan reban terbuka untuk ayam pedaging.

96
KEPERLUAN PENTERNAKAN POLTRI
2.1.3 KOMERSIAL
Keperluan penternakan poltri merujuk kepada keperluan peralatan dan persekitaran di dalam reban
seperti peralatan pemberian makanan dan minuman, sistem pengudaraan, penjagaan kesihatan dan
kawalan keselamatan. Keperluan ini dipengaruhi oleh keluasan ladang ternakan, lokasi ladang
dan jenis sistem reban. Ia bertujuan untuk memastikan ternakan dapat diurus dengan teratur dan
sistematik, keselesaan dan tumbesaran ternakan yang baik, kawalan penyakit dan keselamatan
dapat dipertingkatkan serta boleh meningkatkan produktiviti pengeluaran hasil ternakan. Rajah 2.7
menunjukkan keperluan peralatan penternakan poltri yang dipengaruhi oleh jenis ternakan dan
sistem penternakan digunakan.

KEPERLUAN PERALATAN PENTERNAKAN

Jenis Poltri Sistem Penternakan

Ayam Pedaging Separa Intensif

Ayam Penelur Intensif

Ayam Kampung Integrasi

Puyuh

Rajah 2.7 Keperluan peralatan penternakan

PERALATAN SISTEM PENTERNAKAN


KIPAS EKZOS
Kipas ekzos penting dalam perumahan ternakan. Reban tertutup jenis lantai tinggi memerlukan
kipas ekzos pada setiap tingkat bertujuan untuk pengudaraan di dalam reban dan pengeringan
buangan ternakan pada bahagian bawah. Gambar foto 2.9 menunjukkan kipas ekzos.

Gambar foto 2.9 Kipas ekzos

97
ALAT PEMANAS
Alat Pemanas yang biasa digunakan ialah pemanas gas, elektrik atau lampu pijar yang dipasang
sebagai unsur haba. Bilangan ternakan perlu bersesuaian dengan jenis alat pemanas yang digunakan.
Alat pemanas gasolec hoover berkuasa 30, 000 BTU perlu digantung di tengah-tengah kepungan
supaya haba tersebar dengan sekata. Gambar foto 2.10 menunjukkan alat pemanas gasolec hoover.

Gambar foto 2.10 Alat pemanas gasolec hoover


PENGGERA ATAU SISTEM AMARAN
Alat penggera bertujuan untuk memberi amaran kecemasan (siren loceng berbunyi) apabila berlaku
gangguan peralatan atau tidak berfungsi. Alat ini perlu dipasang di reban, pejabat dan rumah
penternak atau pekerja untuk tindakan segera sekiranya berlaku amaran.
PENJANA ELEKTRIK
Penjana elektrik bertujuan membekalkan elektrik jika bekalan utama terputus. Penjana elektrik
disambung kepada panel kawalan automatik untuk digerakkan secara automatik sebaik sahaja
bekalan utama terputus. Pemilihan penjana elektrik yang senyap penting supaya tidak mengganggu
ternakan dan penduduk sekitar.
JANGKA SUHU
Jangka suhu digunakan untuk mengetahui suhu di dalam reban. Kebiasaannya, jangka suhu
diletakkan di beberapa bahagian dalam reban pada paras ketinggian ayam dan disambungkan
kepada panel kawalan automatik. Ini bertujuan untuk merekodkan paras suhu dalam reban dari
masa ke masa.

PENGUKUR KELEMBAPAN (HIGROMETER)


Pengukur kelembapan atau higrometer digunakan bertujuan untuk menentukan tahap kelembapan
atmosfera di dalam reban. Jadual 2.3 menunjukkan tahap kelembapan dan suhu yang sesuai dengan
keperluan ayam di dalam reban.
Jadual 2.3 Tahap kelembapan dan suhu dalam reban
Kelembapan Reban pada
Suhu yang Higrometer (%)
sesuai untuk 40% 50% 60% 70% 80% Laman
anak ayam ICT
(0C) Suhu Reban pada
Higrometer (0C) Peralatan poltri
30 36.0 33.2 30.8 29.2 27.0
28 33.7 31.2 28.9 27.3 26.0
27 32.5 29.9 27.7 26.0 24.0 Laman
26 31.3 28.6 26.7 25.0 23.0 ICT
25 30.2 27.8 25.7 24.0 23.0 Pengenalan kepada peralatan poltri
24 29.0 26.8 24.8 23.0 22.0 dari Syarikat Georgia

98
PANEL KAWALAN AUTOMATIK
Panel sistem kawalan automatik disambungkan pada pengesan peralatan seperti kipas, peralatan
makanan, motor pad penyejuk udara, lampu dan generator yang digerakkan secara automatik.
Panel kawalan diletakkan di lokasi yang sesuai terutamanya di pintu masuk hadapan bahagian luar
atau dalam reban. Gambar foto 2.11 menunjukkan panel kawalan automatik yang kebiasaannya
digunakan untuk sistem penternakan intensif reban tertutup.

Gambar foto 2.11 Panel kawalan automatik

PENGUKUR KELAJUAN ANGIN (AIR SPEED METER)


Pengukur kelajuan angin bertujuan mengetahui pergerakan angin di dalam reban untuk memastikan
keadaan angin tidak mengganggu keselesaan ternakan. Gambar foto 2.12 menunjukkan contoh
pengukur kelajuan angin bagi menentukan kelajuan dan pergerakan angin terutamanya di dalam
reban.

Gambar foto 2.12 Pengukur kelajuan angin


BEKAS DAN ALATAN MAKANAN
Bekas dan alatan yang digunakan secara automatik ialah pan feeder, auger feeder dan chain feeder,
manakala jenis manual adalah jenis hanging hopper.

Bekas makanan ternakan automatik jenis Bekas makanan ternakan jenis hanging
pan feeder hopper
BEKAS DAN ALATAN MINUMAN
Peralatan minuman jenis automatik dikenali sebagai nipple drinker, manakala jenis manual
ialah plasson bell drinker. Penggunaan peralatan minuman secara tergantung lebih menjimatkan
penggunaan ruang lantai reban, tidak perlu dicuci setiap hari, mengelakkan daripada air tumpah
dan mampu untuk mengelakkan pencemaran air minuman daripada tinja ayam.

99
BEKAS DAN ALATAN PUYUH
Keperluan untuk menternak puyuh tidak rumit berbanding ayam. Peralatan yang digunakan oleh
puyuh kebiasaannya menyamai peralatan yang digunakan oleh ayam. Antara peralatan yang
diperlukan untuk penternakan puyuh ialah:
1. Bekas makanan dulang (anak puyuh) dan palung (puyuh dewasa)

Bekas dulang makanan Bekas makanan palung

2. Bekas minuman yang boleh diletakkan di atas lantai atau digantung

Bekas minuman letak Bekas minuman gantung

3. Bidai digunakan menutup reban terutamanya sewaktu perindukan


4. Alat pemanas jenis hoover (1 hoover bersamaan 1000 ekor puyuh) atau lampu pijar elektrik
berkuasa 15 watt bersamaan 50 ekor puyuh atau lampu minyak

Lampu pijar elektrik digunakan sebagai kuasa haba

5. Habuk papan dan alat pembentuk untuk reban lantai bawah


6. Kertas yang digunakan untuk alas lantai semasa perindukan jika menggunakan lantai atas
7. Guli atau batu yang dimasukkan dalam bekas minuman bagi mengelakkan anak puyuh masuk
ke dalam

100
KEPERLUAN PERSEKITARAN
Persekitaran sistem penternakan poltri perlu diberi perhatian untuk memastikan hasil yang baik dan
berkualiti. Rajah 2.8 menunjukkan antara faktor keperluan persekitaran puyuh.

FAKTOR KEPERLUAN PERSEKITARAN

Pencahayaan Suhu Pengudaraan Sistem Penyejuk

Rajah 2.8 Faktor keperluan persekitaran

PENCAHAYAAN
Tahap cahaya dalam reban perlu dikawal kerana cahaya yang banyak dan terang menyebabkan
ternakan bergerak aktif membazirkan tenaga, mengurangkan kecekapan pemakanan dan menurunkan
tumbesaran ternakan. Kawalan cahaya juga bertujuan untuk mengelakkan kejadian patuk mematuk
dan kecederaan terhadap ternakan. Lampu untuk pencahayaan dalam reban kebiasaannya berwarna
oren. Tahap terang cahaya di dalam reban ialah antara 5-25 watt.
Keberkesanan cahaya ke atas ternakan bergantung kepada intensiti dan tempoh siang dan
malam. Kegelapan yang berpanjangan boleh merosakkan mata ayam. Pengaturan cahaya lebih
mudah dilakukan di dalam reban tertutup berbanding reban terbuka. Keperluan cahaya untuk reban
terbuka hanya diperlukan pada waktu malam. Kadar 1 watt bagi satu meter persegi keluasan lantai
adalah sesuai dengan ketinggian 2.40 meter dari lantai.

SUHU
Suhu memainkan peranan penting dalam penentuan jenis reban. Kawasan yang mempunyai iklim
panas dan suhu yang tinggi perlu menggunakan reban jenis tertutup dan menggunakan lantai (dawai
mata punai, BRC). Suhu yang sesuai untuk ayam pedaging pada peringkat perindukan dalam
lingkungan 23-35°C. Keadaan suhu ini perlu sentiasa dipantau mengikut keselesaan ternakan.
Manakala, pada peringkat pembesaran ayam ialah 23-26°C. Suhu yang sesuai dapat dilihat daripada
kelakuan dan taburan anak ayam dalam ruang perindukan. Sumber haba dipasang 24 jam secara
berterusan pada minggu pertama perindukan. Rajah 2.9 menunjukkan Keadaan taburan anak ayam
di bawah alat pemanas.

Alat Alat
pemanas Arahan angin pemanas

Anak
ayam Anak
ayam
Suhu Terlalu Tinggi Suhu Sejuk Suhu Tidak Serata - Suhu yang Ideal
terdapat tiupan angin
kencang
Rajah 2.9 Keadaan taburan anak ayam di bawah alat pemanas

101
Pada minggu berikutnya sumber haba dipasang pada waktu malam mengikut keperluan.
Bumbung reban juga mempengaruhi keadaan suhu. Bumbung reban yang tinggi dan dibina dengan
menggunakan bahan seperti aluminium, zink atau nipah mampu untuk menghalang haba dan
membalikkan haba untuk mengurangkan kepanasan. Bumbung bertingkat atau bentuk dua lapis
sangat sesuai untuk mengurangkan kepanasan dalam reban dan memperbaiki pengudaraan.
Gambar foto 2.13 menunjukkan contoh reka bentuk bumbung untuk pengudaraan yang baik.

Gambar foto 2.13 Reka bentuk bumbung penting untuk pengudaraan yang baik

PENGUDARAAN
Pengudaraan dalam reban penting untuk memastikan keselesaan ternakan sepanjang masa. Udara
perlu bergerak bebas dan tidak mempunyai halangan serta bersih. Pembinaan reban di kawasan
tinggi mempunyai pengudaraan baik dan terlindung daripada pokok besar. Reka bentuk reban di
Malaysia hendaklah disesuaikan untuk mengurangkan kepanasan dan menyediakan pengudaraan
yang baik. Pengawalan kualiti udara perlu bertujuan untuk mengeluarkan haba berlebihan dari
dalam reban dan mengeringkan kelembapan pada bahan sarap dan lantai, menghilangkan bau serta
menghapuskan gas ammonia yang terkumpul. Ia juga bertujuan untuk membekalkan pengudaraan
yang bersih dan menjamin kesihatan ternakan dan manusia.
Kelajuan angin yang digerakkan oleh kipas ekzos sebagai satu alat pengaliran udara
memberikan kesan kepada penurunan suhu kepada ternakan. Kipas ekzos sangat penting untuk
pengudaraan di dalam reban terutamanya reban tertutup. Kipas ekzos berfungsi untuk mengawal
pengudaraan, membantu penukaran udara dan menyedut udara luar masuk ke dalam reban. Sistem
pengudaraan bergantung kepada jenis reban:
1. Reban terbuka - Peredaran udara persekitaran reban dan semburan halus air
2. Reban tertutup - Sistem tekanan udara positif (kipas berfungsi mengalirkan udara dan
menyedut udara) dan sistem tekanan negatif (kipas berfungsi
menyalurkan udara dan membebaskan udara keluar)

Udara
masuk

Kipas
ekzos

Udara
masuk
Udara Pad penyejuk
keluar

Sistem pengudaraan di dalam reban ternakan

102
SISTEM PENYEJUK
Terdapat dua kaedah pengudaraan di dalam reban iaitu pengudaraan terowong tanpa pad penyejuk
dan pengudaraan terowong dengan sistem pad penyejuk. Pengudaraan terowong tanpa pad penyejuk
mampu untuk menurunkan suhu reban antara 4-7°C iaitu lebih rendah berbanding suhu di luar.
Lubang udara yang dibina pada bahagian depan dan kipas pada bahagian belakang reban lebih
sesuai untuk menyejukkan ternakan. Pengudaraan terowong dengan sistem penyejukan mampu
untuk menurunkan suhu reban dari 6-12°C berbanding suhu di luar reban. Gambar foto 2.14
menunjukkan semburan kabus ke udara reban.

Gambar foto 2.14 Semburan kabus ke udara reban


Tiga kaedah penyejukan udara yang kebiasaannya digunakan dalam reban ternakan ialah:
1. Menggunakan pad penyejuk yang diperbuat daripada selulosa
2. Semburan kabus terus ke udara dalam reban bertujuan memastikan kelembapan reban
mengikut keperluan ternakan
3. Semburan air halus ke atas sistem lipatan bidai jaring yang dipasang pada dinding reban

Pad penyejukan dipasang pada ketinggian antara 200-300mm daripada paras lantai. Jika
menggunakan lipatan bidai plastik dan semburan kabus, hendaklah mengikut saiz yang bersesuaian.
Jaring nurseri bersaiz 16mm lebih sesuai kerana mampu memerangkap butir air yang disembur
dengan lebih baik. Bumbung berukuran 760-900mm lebar dipasang di bahagian pad penyejuk bagi
mengelakkan kesan cahaya panas dan hujan yang memudahkan pad rosak atau berkulat. Jaring
yang halus dipasang di bahagian luar pada jarak 900mm dari pad penyejuk bagi menghalang habuk
atau kotoran disedut bersama-sama udara yang masuk melalui pad.

Jaring nurseri Pad penyejukan reban ternakan

103
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
2.1.4 PENTERNAKAN POLTRI

KESIHATAN
KESIHATAN
Ternakan yang sihat dan berkualiti mempunyai ketahanan melawan penyakit. Pemeriksaan kesihatan
ternakan setiap hari penting untuk tindakan awal mengawal penyakit daripada merebak. Program
kesihatan terhadap ternakan dilakukan sebagai langkah biosekuriti untuk mencegah serangan
penyakit. Langkah-langkah yang dilakukan adalah seperti sanitasi, pelalian, pemvaksinan, rawatan
penyakit dan penakaian. Antara langkah pengawalan yang diambil setelah ternakan diserang
penyakit ialah:
1. Penakaian atau memisahkan ternakan yang berpenyakit
2. Penghapusan ternakan yang mati akibat penyakit
3. Kawalan vektor
4. Rawatan umum
Ternakan yang masih diserang penyakit perlu rawatan lanjut dan berhubung terus ke Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pengamal veterinar swasta untuk mendapatkan ketentuan jenis
penyakit serta vaksin yang diperlukan.

LANGKAH PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN


Pemeliharaan ternakan poltri memerlukan pengurusan ternakan yang sistematik yang bertujuan
untuk memastikan ladang ternakan mencapai dan mengikut piawaian yang dikehendaki. Antara
langkah yang perlu diambil dalam pengurusan kesihatan ternakan ialah:

1. Disinfektan (Pembasmian Kuman)


Reban dan peralatan reban perlu dilakukan disinfektan selepas setiap pusingan bagi memastikan
pembiakan penyakit dapat dikawal serta dihapuskan sepenuhnya.
2. Pelupusan Sisa Ladang
Sisa ladang seperti bangkai ayam, sarap reban dan sampah perlu dilupuskan segera di tempat khas
pelupusan yang jauh dari kawasan reban. Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna seperti
ditanam dengan kedalaman yang bersesuaian, dibakar di tempat tertutup untuk menghasilkan
baja organik. Ternakan yang mati perlu dikendali dengan betul bagi mengelakkan menjadi punca
merebaknya penyakit dan tidak mencemarkan persekitaran serta sumber air. Cara yang terbaik
untuk memusnahkan ternakan yang mati ialah dengan membakarnya di dalam insinerator yang
bertujuan untuk mengelakkan pencemaran udara.
Laman
ICT
Pembersihan perumahan ternakan

Laman
ICT
Disinfektan dan pembersihan
Pelupusan sisa ladang menggunakan insinerator ladang ternakan

104
3. Kawalan Makhluk Perosak
Penternak perlu menyediakan dokumen kawalan dan melaksanakannya dengan betul terhadap
makhluk perosak seperti lalat dan tikus. Keberkesanan perlaksanaan perlu dinilai setiap masa dan
perlu ditambah baik. Langkah yang sesuai perlu diambil jika indeks prestasi lebih daripada paras
yang dibenarkan.
4. Tempat Simpanan Peralatan
Reban dan tempat simpanan yang baik perlu dibina supaya ia tidak dimasuki oleh haiwan lain
seperti burung dan tikus. Pemeriksaan secara berkala penting untuk menentukan binaan dan tempat
simpanan peralatan dan makanan sentiasa berkeadaan baik. Gambar foto 2.15 menunjukkan tempat
simpanan makanan ternakan bagi memastikan ia berkeadaan baik.

Gambar foto 2.15 Tempat simpanan peralatan


5. Tumbuhan dan Pokok
Pokok yang menarik perhatian burung ke kawasan ladang perlu dielakkan ditanam dan diselenggarakan
dengan baik seperti pokok besar dan pokok renek atau belukar. Manakala, tumbuhan dan rumput
perlu sentiasa berada dalam jarak 30 meter dari kawasan reban bagi mengelakkan menjadi tempat
burung dan tikus bersarang atau berlindung.
6. Kawalan Bau, Habuk dan Pencemaran Bunyi
Kawalan bau, habuk dan pencemaran bunyi penting dan perlu untuk memastikan tahap bau di
kawasan ladang terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran seperti bau tinja dan
bangkai ternakan yang mati. Penternak perlu mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya tahap
bau melebihi daripada paras yang dibenarkan. Jadual 2.4 adalah paras kepekatan gas yang disyorkan
ladang penternakan.
Jadual 2.4 Paras kepekatan gas

Jenis Gas Paras Part Per Million (ppm)

Gas Ammonia di bawah 20 ppm


Gas Karbon Monosida di bawah 40 ppm
Gas Karbon Dioksida di bawah 3000 ppm

Gas Oksigen di atas 160000 ppm


Gas Hidrogen Sulfida di bawah 5 ppm
Sumber: Institut Veterinar Malaysia, 2012

105
Ammonia (NH3) dan Hidrogen Sulfida (H2S) merupakan hasilan daripada sisa buangan
ternakan, sampah sarap dan ternakan yang telah mati. Sisa ini menyebabkan pembiakan lalat yang
membawa penyakit kepada ternakan dan manusia sekiranya tidak diurus dengan baik. Selain itu,
kepekatan gas ammonia dan hidrogen sulfida yang tinggi di udara juga sangat berbahaya kepada
kesihatan manusia dan menyebabkan kematian ternakan.
KESELAMATAN
Keselamatan adalah penting bukan sahaja kepada ternakan tetapi juga manusia. Keselamatan di
kawasan ladang ternakan perlu diurus dengan baik untuk memastikan hasilan ladang yang optimum
dan terhindar daripada sebarang masalah di kawasan ladang.
BIOSEKURITI
Perlaksanaan biosekuriti mengikut Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan mengamalkan
Amalan Ladang Yang Baik (Good Animal Husbandary Practice, GAHP) dapat membantu
mengurangkan risiko kemasukan dan penyakit merebak ke dalam ladang. Antara langkah biosekuriti
yang perlu diamalkan:
1. Menyediakan dokumen bertulis mengikut garis panduan dan (Standard Operating
Procedure, SOP).
2. Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna iaitu seluruh kawasan
sempadan ladang perlu dipagar sekurang-kurangnya dengan chain link dan
diselenggarakan dengan baik. Sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang perlu
diwujudkan. Penternak juga perlu menyediakan kemudahan disinfektan (pencelup tayar
kenderaan dari jenis berbumbung dan semburan pencelup kaki). Jadual 2.5 menunjukkan
kaedah pembasmian kuman ke atas kenderaan.
Jadual 2.5 Kaedah pembasmian kuman ke atas kenderaan

Saiz Ladang Kemudahan


Bawah 50,000 ekor Penyembur dan pencelup
ternakan roda kenderaan
Lebih 50,000 ekor Penyembur dan pencelup
ternakan roda kenderaan tertutup

3. Menyediakan panduan pelaksanaan amalan peraturan biosekuriti seperti hanya satu laluan
keluar dan masuk digunakan. Penternak perlu mewujudkan sistem mengawal pergerakan
pekerja, pelawat, kenderaan yang membawa peralatan dan makanan ternakan. Penternak juga
perlu memastikan udara yang disedut keluar dari reban tidak mengarah ke reban lain.
Gambar foto 2.16 menunjukkan pintu masuk ke ladang dan pencelup tayar kenderaan.

Laman
ICT
Pengurusan biosekuriti dan kesihatan

Laman
ICT
Gambar foto 2.16 Pintu masuk ke ladang
dan pencelup tayar kenderaan berbumbung Kenapa biosekuriti penting?

106
4. Peraturan biosekuriti diletakkan di tempat khusus untuk perhatian orang ramai terutama
pekerja dan perlu sentiasa dipantau.
5. Sumber bekalan anak ternakan dari ladang baka atau ladang penetas yang diketahui status
penyakit dan diiktiraf oleh Skim Akreditasi Ladang Ternakan (SALT).

PENGAWALAN PENYAKIT AYAM


Ternakan ayam pedaging mudah diserang penyakit berbanding dengan ayam penelur, ayam
kampung dan puyuh. Penyakit boleh menyebabkan penternak berdepan dengan risiko kerugian yang
disebabkan oleh kematian ternakan, tumbesaran terjejas, peningkatan kos rawatan, mengoptimum
kawalan, menurunkan kualiti dan kehilangan pasaran. Kawalan penyakit bertujuan untuk memantau
status penyakit secara berjadual dan memastikan ladang bebas daripada penyakit Newcastle,
penyakit Zoonotic (Highly Pathogenic Avian Influenza, Vancomycin Resistant Enterococci)
Infectionus Bronchitis dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter
dan Listeria monocytogenes).

Kepala terpusing tanda penyakit Newcastle

Ternakan tidak sihat dan berpenyakit Infectionus Bronchitis

INFO TAMBAHAN
Biosekuriti merupakan sistem untuk mencegah penyakit atau bebas penyakit dan mengoptimum
produktiviti secara keseluruhan. Biosekuriti juga bertujuan untuk memastikan organisma
penyebab penyakit daripada luar tidak memasuki kawasan penternakan.

107
Perlindungan ketahanan badan atau antibodi akan menurun apabila umur ternakan
meningkat. Pelalian perlu diberikan kepada ternakan untuk mencegah penyakit berbahaya dan
berisiko tinggi. Program pelalian untuk sesebuah ladang perlu diatur dan disesuaikan mengikut
cara pengurusan ladang, keadaan penyakit dan kawasan ladang. Penyediaan dokumen bertulis
untuk program pemvaksinan dan perlaksanaan yang betul bertujuan untuk memastikan program
pemvaksinan menggunakan ubatan daripada jenis yang bersesuaian.
Penggunaan vaksin perlu dikendalikan dengan betul dari aspek bancuhan, suhu, kaedah
pemberian dan dos yang bersesuaian dengan keperluan ternakan. Baki vaksin tidak digalakkan
untuk digunakan semula dan menggunakan vaksin yang diluluskan oleh kerajaan iaitu Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV) atau pengamal perubatan yang diiktiraf. Jadual 2.6 menerangkan
kaedah pemberian vaksin ternakan.

Jadual 2.6 Contoh pemberian vaksin ternakan

Umur Ternakan Penyakit Jenis Vaksin Cara Pemberian

1 hari Newcastle Disease (ND)


(Sampar) Rheniket F Titis dalam hidung atau mata
Infectious Bronchitis (IB)
3 hari (Bronkitis) H120 Titis dalam hidung atau mata

14 hari Newcastle Disease (ND) H120 Melalui air minuman


(Sampar)
14 hari Infectious Bronchitis (IB)
(Bronkitis) Massachussets H52 Melalui air minuman

PENGAWALAN PENYAKIT PUYUH


Pemeliharaan puyuh pedaging atau penelur tidak memerlukan kawasan yang luas. Keadaan ini
memudahkan pengurusan penternakan puyuh seperti pemberian makanan, minuman, penjagaan
kesihatan, dan kawalan keselamatan. Kebersihan reban perlu diutamakan untuk memastikan
kotoran puyuh dibersihkan sekurang-kurang 3 hari sekali. Manakala, penukaran sarap kotor dan
pembuangan bangkai ternakan yang mati perlu dilakukan setiap hari. Kebiasaannya, jika berlaku
jangkitan penyakit, penternak disyorkan mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar
(JPV) atau pengamal perubatan yang diiktiraf. Antara penyakit khusus pada puyuh ialah Ulcerative
Enteritis, Quail Bronchitis, Pullroum, Coryza dan Newcastle Disease (NCD). Pemberian pelalian
dan vaksin kepada puyuh adalah sama kaedahnya dengan penternakan ayam.

Laman
ICT
Penyakit coccidiosis

Laman
ICT
Puyuh diserang penyakit Penyakit poltri

108
2.1.5 ISU DAN CABARAN PENGELUARAN
POLTRI
ISU DAN CABARAN
Industri penternakan poltri secara komersial dan berskala besar merupakan satu usaha menyokong
strategi pembangunan negara, khususnya dalam meningkatkan pengeluaran makanan bagi
memenuhi keperluan sekuriti makanan negara. Penternakan poltri merupakan satu industri
pertanian yang amat mencabar dan berisiko tinggi kepada pengusaha atau penternak. Rajah 2.10
menunjukkan beberapa isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengeluaran poltri.

Kebajikan Persaingan
Ternakan Isu Halal
Pengunaan
Kos Antibiotik

Isu dan Kekurangan


Perundangan Tenaga
dan Akta Cabaran
Mahir

Pencemaran Kawalan
Mutu
Penternakan
Penyakit Teknologi
Pemasaran

Rajah 2.10 Isu dan cabaran pengeluaran poltri

KOS
Kenaikan harga ayam adalah disebabkan oleh peningkatan kos pengeluaran ayam terutamanya kos
makanan ternakan iaitu kenaikan harga jagung bijirin import. Misalnya, harga jagung bijirin tidak
stabil di antara tahun 2000-2015 dengan harga serendah RM330 tetapi naik kepada RM920 bagi
setiap tan metrik pada tahun 2012.

PERUNDANGAN DAN AKTA


Perundangan dan akta merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh penternak sebelum
memulakan penternakan poltri. Kebiasaannya, peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa
berbeza mengikut negeri. Badan-badan tertentu yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-
undang akan menggariskan peraturan yang ketat untuk dipatuhi oleh penternak. Antara peraturan
yang dimaksudkan ialah kawalan penggunaan bahan toksik, racun makhluk perosak, lokasi ladang
ternakan dan kaedah pelupusan sisa ladang. Selain itu, pihak berkuasa juga menggariskan beberapa
peraturan berkaitan Prosedur Operasi Standard penternakan ayam terutama di kawasan penempatan
atau perumahan bertujuan memastikan tidak berlakunya pencemaran seperti bau, bunyi bising,
pembiakan lalat dan penularan penyakit yang memberikan banyak tekanan kepada pengguna.

109
PENCEMARAN
Pencemaran sentiasa menjadi isu utama dalam penternakan poltri. Sektor penternakan poltri
sering dianggap punca pencemaran bau, udara dan air. Perkara ini sentiasa menjadi isu yang
perlu diatasi oleh penternak komersial sehingga boleh menyebabkan peningkatan kos pengurusan
dan mengurangkan minat golongan muda untuk menceburi bidang ini. Ancaman penyakit yang
berpunca daripada lalat, pencemaran punca air, tanah dan udara juga adalah isu yang sering
diutarakan. Gambar foto 2.17 menunjukkan pencemaran air kesan daripada aktiviti penternakan.

Gambar foto 2.17 Pencemaran air kesan daripada aktiviti penternakan poltri

PEMASARAN
Pemasaran hasil penternakan poltri sering mendatangkan masalah kepada penternak disebabkan
oleh harga yang sering berubah dan tidak stabil. Permintaan dan penawaran harga yang tidak
seimbang sering kali tidak menyebelahi penternak poltri secara optimum. Aktiviti orang tengah
yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang melampau terutamanya pada musim
perayaan. Gambar foto 2.18 menunjukkan pasaran yang tidak stabil memberikan kesan kepada
hasilan penternak.

Gambar foto 2.18 Pasaran yang tidak stabil memberikan kesan kepada hasilan penternak

Laman Laman
ICT ICT
Isu pencemaran Harga ayam dan akta persaingan

110
PENYAKIT
Penyakit yang sering dikaitkan dengan aktiviti penternakan poltri ialah serangan wabak penyakit
berjangkit yang berbahaya seperti selesema burung H1N1 dan H5N1. Penyakit lain pula adalah
disebabkan oleh endoparasit dan ektoparasit serta penyakit bawaan haiwan liar dan pelawat ke
kawasan ternakan.

TEKNOLOGI
Teknologi banyak mempengaruhi penternakan poltri. Penggunaan teknologi terkini semakin
menjadi keperluan dalam penternakan poltri. Antara kesan yang dihadapi oleh penternak ialah
penggunaan teknologi moden kurang diterima dan diamalkan kerana memerlukan modal besar
seperti sistem reban tertutup yang menyebabkan kos bil elektrik dan air meningkat. Manakala,
penggunaan alatan automatik pula perlu ditambah baik seperti alat pemberian makanan, minuman
dan pengurusan telur.

Penggunaan teknologi semakin menjadi keperluan dalam industri penternakan poltri

KAWALAN MUTU PENTERNAKAN


Kawalan mutu penternakan berkait rapat dengan kualiti hasilan ternakan. Mutu penternakan
merujuk kepada usaha penternak untuk memenuhi keperluan pihak berkuasa tempatan dan negara
pengimport produk berasaskan ternakan ini serta jaminan produk makanan dan bukan makanan
daripada hasil ternakan.

KEKURANGAN TENAGA MAHIR


Kekurangan tenaga mahir adalah berkaitan mengurus ternakan yang memerlukan pengetahuan
dan kemahiran yang tinggi, terutamanya dalam mengendalikan teknologi terkini. Kekurangan
tenaga mahir dalam penternakan moden menyebabkan sektor penternakan kurang berdaya saing
berbanding dengan negara-negara lain. Manakala, kekurangan minat oleh generasi baru juga
menjadikan sektor ini sukar untuk mendapatkan tenaga mahir tempatan.

111
PENGGUNAAN ANTIBIOTIK
Penggunaan antibiotik dalam industri ternakan telah berlaku sekian lama, namun isu ini semakin
hangat diperdebatkan di beberapa buah negara termasuk Malaysia. Penyalahgunaan antibiotik
kini menjadi isu dalam pengeluaran ternakan poltri. Ia digunakan sebagai penambah berat badan
dan mempercepatkan tumbesaran ternakan. Setiap antibiotik yang digunakan perlu dikenal pasti
dan tidak menyamai antibiotik yang digunakan untuk kesihatan manusia. Ia bertujuan untuk
mengelakkan penghasilan kuman bakteria yang kebal serta kekal dalam tubuh haiwan ternakan.
ISU HALAL
Penyediaan campuran makanan ternakan menjadi isu dalam penternakan poltri terutamanya serbuk
daripada sumber daging dan tulang. Hal ini disebabkan, kebanyakan campuran makanan ternakan
diimport dari luar negara.

PERSAINGAN
Persaingan industri poltri daripada sektor lebih berdaya saing seperti perladangan kelapa sawit,
getah, perumahan dan kawasan perindustrian. Persaingan ini akan mengakibatkan kekurangan
tanah untuk tapak penternakan dan harga tanah yang semakin meningkat.

KEBAJIKAN HAIWAN ATAU TERNAKAN


Kebajikan haiwan merujuk kepada hak ternakan untuk memperoleh keadaan yang harmoni di
antara haiwan dengan persekitarannya yang bercirikan fungsi fizikal dan psikologi optimum serta
kualiti hidup yang tinggi. Akta Kebajikan Haiwan telah diluluskan pada tahun 2015 bertujuan
untuk mengenakan hukuman yang setimpal terhadap mereka yang mengabaikan kebajikan haiwan
kerana dianggap sebagai satu penderaan.

SEKURITI MAKANAN
Sekuriti makanan menjadi isu utama negara. Penekanan diberikan kepada kepentingan menjamin
bekalan makanan adalah mencukupi, berkualiti dan selamat. Ia bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya krisis makanan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1973, 1981 dan 2008.
Penstrukturan institusi pertanian merupakan agenda perubahan yang berpotensi untuk meningkatkan
pengeluaran makanan dan pertanian yang termaktub dalam Rancangan Malaya/Malaysia bagi
setiap lima tahun (semenjak 1956), Dasar Pertanian Negara (I hingga III), Dasar Jaminan Makanan
(2008) dan Model Baru Ekonomi Malaysia (Sektor Pertanian), (Institut Kajian Dasar Pertanian dan
Makanan - UPM, 2010).

Bincang dan analisis beberapa


faktor utama yang menjadi cabaran
di dalam industri penternakan
poltri. Nyatakan beberapa langkah
yang boleh membantu penternak
untuk mengatasi masalah ini.

112
AKTIVITI 2
TAJUK: Lawatan ke Kawasan Pengeluaran Ternakan (Ladang Ayam atau Puyuh)
Hasil Pembelajaran:
i. Mengetahui dengan lebih jelas berkaitan penternakan ayam atau puyuh
ii. Menyatakan keperluan untuk mengusahakan penternakan ayam atau puyuh
iii. Mengetahui cara pengurusan penternakan ayam atau puyuh dengan lebih terperinci
Murid diminta untuk:
1. Melakukan lawatan ke ladang ternakan ayam atau puyuh pedaging yang diternak secara
komersial. Membuat pemerhatian ke atas beberapa perkara seperti:
1.1 Sistem penternakan
1.2 Reka bentuk reban dan bumbung
1.3 Baka ternakan
1.4 Jenis makanan
1.5 Vitamin dan vaksin
1.6 Peralatan pemberian makanan dan minuman
1.7 Kaedah pemvaksinan
1.8 Tempoh penternakan
1.9 Serangan penyakit
1.10 Kaedah pencegahan dan pengawalan penyakit
2. Organisasi pengurusan ladang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.11

Pengarah Urusan

Penolong Pengurus Pengurus Kewangan Pengurus Operasi


Pemasaran dan Pentadbiran dan Logistik

Pegawai
Pemasaran Pekerja Ladang
Kerani
Kerani Akaun Pentadbiran

Rajah 2.11 Organisasi ladang ternakan

Kaedah Pengumpulan Maklumat


Maklumat boleh diperoleh melalui:
1. Membuat tinjauan dan mendengar taklimat semasa lawatan ke ladang ternakan ayam
atau puyuh
2. Tayangan video atau melayari laman web

113
AKTIVITI 3
TAJUK: Menganalisis Isu dan Cabaran Dalam Penternakan Poltri
Hasil Pembelajaran:
i. Menyenaraikan dan menganalisis kepentingan memahami masalah, peluang dan cabaran
dalam penternakan poltri
ii. Mengemukakan pandangan dan cadangan berdasarkan hasil dapatan melalui pembentangan
multimedia

Murid diminta untuk:


1. Membuat kajian berkaitan:
1.1 Ekonomi – Pasaran ternakan, kos bahan dan peralatan
1.2 Politik – Amalan seperti Amalan Penternakan Yang Baik (GAP), Skim Amalan Ladang
Ternakan (SALT), Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dan penggunaan
tanah untuk penternakan
1.3 Perundangan – Standard dan kualiti, polisi keselamatan makanan dan undang-undang
1.4 Teknologi – Peralatan, reban ternakan, pengeluaran dan pengumpulan hasil ternakan
1.5 Persekitaran dan Alam Sekitar – Pencemaran, penyakit dan lokasi penternakan
1.6 Hak pengguna atau masyarakat – Halal dalam penggunaan antibiotik atau ubatan

2. Membuat pembentangan hasil dapatan secara multimedia.

PROSES AKTIVITI

Mendapatkan Isu Menyenaraikan Menganalisis Isu


Kepentingan Isu

Mengemukakan
Cadangan Pendokumentasian Persembahan
Multimedia

Kaedah Pengumpulan Maklumat


Maklumat boleh diperoleh melalui:
1. Tayangan video daripada industri penternakan poltri
2. Melayari laman web
3. Lawatan ke industri penternakan yang berhampiran

114
REFLEKSI
R EFLEKSI 2.1
2.1
Sistem
Penternakan
Separa Intensif

Sistem
Sistem Penternakan
Penternakan Intensif
Poltri
Sistem
Penternakan
Integrasi

Jenis Hasil
Ternakan

Peringkat Umur
Ternakan
Pemilihan
Sistem Penternakan Bilangan
Poltri Ternakan

Kemampuan
Kewangan

PENTERNAKAN
POLTRI Peralatan
Keperluan
Penternakan
Poltri
Persekitaran

Kesihatan
dan
Keselamatan

Isu dan Cabaran


Pengeluaran
Poltri

115
JANA MINDA
Jawab soalan berikut.
1. M, N dan O adalah sistem penternakan poltri secara komersial.

M Separa intensif N Intensif O Integrasi

Padankan sistem penternakan itu dengan kaedah penternakan berikut dengan menulis M,
N atau O pada petak yang disediakan.

Sangkar

Ternakan ayam dan ikan

Lepas bebas

Reban tertutup

2. Nyatakan tiga kaedah penternakan poltri secara intensif.


i. ………………………………………………………………..................................................

……
ii .……………………………………………………………….................................................


……
iii .……………………………………………………………….................................................

3. Tandakan (√) bagi penyataan yang betul dan (x) bagi penyataan yang salah tentang sistem
penternakan poltri.

Sistem penternakan separa intensif membolehkan ayam berada di dalam reban pada
waktu malam dan di luar pada waktu siang
Sistem penternakan intensif membolehkan ayam berada dalam reban secara
berterusan dengan semua keperluan disediakan
Sistem penternakan integrasi membolehkan ayam dan puyuh diternak di dalam satu
kawasan yang sama

4. Nyatakan tiga faktor bagi menentukan pemilihan sistem penternakan.


i …
……
.……………………………………………………………….................................................

……
ii .……………………………………………………………….................................................

……
iii .……………………………………………………………….................................................

116
5. Nyatakan tiga kebaikan menggunakan peralatan pemberian makanan secara automatik dalam
sistem penternakan intensif.

i. …………………………………………………………………………......

ii. …………………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………………

6. W, X, Y dan Z adalah faktor persekitaran yang mempengaruhi ternakan poltri.

W Pencahayaan X Pengudaraan Y Suhu Z Sistem Penyejuk

Padankan faktor itu dengan penyataan di bawah dengan menulis W, X, Y dan Z pada petak
yang disediakan.

Kelajuan angin yang digerakkan oleh kipas ekzos dapat memberikan suhu dingin
kepada ternakan

Pembinaan reban di kawasan tanah tinggi dan jauh dari kawasan industri

Sekeliling reban ditutup dengan jaring hitam dan penggunaan lampu pada waktu
malam di peringkat mendidik

7. Penyataan di bawah menerangkan kaitan suhu dengan tumbesaran ternakan. Tandakan (√) pada
penyataan yang betul dan (x) pada penyataan yang salah dalam petak yang disediakan.

Suhu tinggi mengurangkan selera makan dan ketahanan badan

Suhu tinggi menyebabkan kadar tumbesaran meningkat

Suhu tinggi meningkatkan kesuburan dan sperma

Suhu dan kelembapan tinggi menggalakkan pembiakan patogen dan parasit

8. Nyatakan empat cabaran dalam industri penternakan poltri.


i.…………………………………………………………………………......


……
ii.…………………………………………………………………………….

……
iii.……………………………………………………………………………

……
iv.……………………………………………………………………………

117
UNIT
2.2 PERUMAHAN POLTRI

118
PERUMAHAN POLTRI

PENGENALAN
Pemilihan lokasi ladang ternakan perlu mengutamakan beberapa faktor untuk memastikan aktiviti
penternakan tidak mengganggu persekitaran setempat dan tidak menyumbang kepada masalah alam
sekitar seperti bau dan bunyi bising ternakan. Kawasan ladang perlu jauh dari kawasan perbandaran,
perumahan atau perkampungan dan dari ladang penternakan lain serta mempunyai kemudahan
perhubungan jalan raya yang baik untuk pengangkutan barang input dan output. Kawasan ternakan
juga perlu bertanah datar, mempunyai sistem saliran air, tidak mudah dinaiki air dan mempunyai
peredaran udara yang baik.

Kawasan ladang ternakan ayam mengikut Amalan Penternakan yang Baik (GAP)

PERUMAHAN TERNAKAN
Perumahan ternakan bertujuan melindungi ternakan daripada cuaca hujan dan panas, serangan
haiwan pemangsa, mengawal dan mencegah penyakit, meminimumkan kos pengurusan dan
memastikan tumbesaran yang baik. Perumahan ternakan yang tidak terancang menyebabkan
tumbesaran ternakan menjadi tidak seimbang dan mengurangkan produktiviti. Penggunaan
bahan yang berkualiti bertujuan mengurangkan kos penyelenggaraan, tahan lama, mudah untuk
dibersihkan dan tidak menyerap haba.

Pembangunan di sekeliling perumahan ternakan perlulah tidak menghalang peredaran udara


antara reban dan persekitaran. Reka bentuk perumahan perlu mempunyai peredaran udara yang
bersih dan sempurna ke dalam reban. Perumahan ternakan juga hendaklah membantu kecekapan
dalam melaksanakan tugas penjagaan ternakan dan pembersihan sisa ladang. Membina kedudukan
reban memanjang dan menghala dari timur ke barat untuk mengelakkan pancaran cahaya matahari
sepanjang hari secara berterusan.

119
BAHAN DAN PERALATAN PERUMAHAN
2.2.1 POLTRI
Pembinaan perumahan poltri yang terancang penting untuk keselesaan ternakan. Struktur
pembinaan perumahan ternakan perlu menggunakan bahan yang berkualiti dan tahan lama. Bahan
pembinaan perumahan ternakan merujuk kepada beberapa bahagian utama reban seperti struktur
bumbung dan atap, dinding dan lantai.

PERUMAHAN AYAM

STRUKTUR BUMBUNG DAN ATAP REBAN


Penggunaan atap jenis aluminium nipis bertujuan untuk mengurangkan haba panas di dalam reban.
Kebiasaannya kerangka reban dibina dengan menggunakan kayu berukuran 4 inci x 4 inci pada
bahagian tiang tengah dan tepi. Sementara panjang kayu pada bahagian tengah ialah 3657mm dan
2438mm untuk tiang tepi (kiri dan kanan reban). Manakala, kekuda struktur bumbung menggunakan
kayu berukuran 2 inci x 4 inci dan 2 inci x 3 inci untuk bahagian atap.

Reban tertutup moden pula dibina dengan menggunakan kerangka besi dan atap aluminium.
Penggunaan bahan ini lebih merujuk kepada penternakan berskala besar dan mempunyai lokasi yang
tetap. Kerangka besi dan atap aluminium lebih tahan lama, pembinaan yang cepat dan kemas. Walau
bagaimanapun, pembinaan reban ini memerlukan kos yang tinggi berbanding dengan penggunaan
bahan kayu. Plastik berwarna hitam digunakan pada siling reban bertujuan untuk mengurangkan
dan mengawal haba panas. Bahan ini kebiasaannya digunakan untuk reban berstruktur kayu dan
atap aluminium atau zink.

Struktur bumbung reban menggunakan Struktur reban menggunakan bahan besi


bahan kayu dan atap aluminium atau aluminium

120
Dinding Reban
Terdapat dua jenis dinding reban ternakan iaitu sistem reban terbuka dan sistem reban tertutup.
Sistem reban terbuka merupakan reban yang dindingnya boleh dibuka apabila perlu. Dinding reban
ini diperbuat daripada bahan kayu sebagai struktur reban, manakala dawai mata punai (BRC)
digunakan untuk dinding reban. Manakala, bidai plastik digunakan untuk menutup keseluruhan
dinding reban.
Sistem reban tertutup moden pula menggunakan sama ada bahan aluminium atau Expanded
Polystyrene (EPS sandwich wall panel). Bahan ini lebih sesuai digunakan sebagai dinding reban
disebabkan oleh daya pembalikan haba yang tinggi dan sesuai dengan iklim panas.

Reban tertutup menggunakan bahan struktur besi dan aluminium


Lantai Reban
Kebiasaannya, keseluruhan ruang dalam dan luar reban berlantaikan simen konkrit. Lantai
reban tertutup akan dikonkritkan kesemuanya untuk keluasan ruang iaitu 122meter x 15meter.
Ketebalan konkrit lantai reban ialah 76mm. Manakala, reban tinggi menggunakan kayu sebagai
lantai dan konkrit di bahagian bawah. Penggunaan bahan konkrit adalah bertujuan memudahkan
pembersihan reban.

PERUMAHAN PUYUH
Puyuh memerlukan saiz reban yang kecil untuk melindunginya daripada peringkat perindukan,
peringkat pembesaran dan peringkat pengeluaran (bertelur). Reban dibina mengikut bilangan
puyuh dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan. Reban perlu berada di kawasan yang
sunyi, persekitaran yang kering dan sentiasa bersih. Pengudaraan yang baik dan terhalang daripada
angin yang kuat serta memerlukan sedikit cahaya matahari. Berikut adalah penggunaan bahan untuk
dua jenis perumahan puyuh seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.7 dan Jadual 2.8 di bawah.
a) Bahan Perumahan Puyuh b) Sangkar Puyuh
Jadual 2.7 Bahan perumahan puyuh Jadual 2.8 Jenis sangkar
Bahagian Jenis Jumlah
Bahan Ukuran
Reban Sangkar Ternakan
Bumbung atau Sangkar Biasa 610mm (P) x 475mm
Atap Nipah atau aluminium (Bertingkat) 25 ekor
(L) x 254mm (T)
Dawai mata punai atau BRC Sangkar Biasa 914mm (P) x 305mm 25 ekor
Dinding ukuran ½ inci x ½ inci (Bersekat) (L) x 203mm (T)
Kerangka Sangkar 1219mm (P) x
Kayu berukuran 1 inci x 3 inci Bertingkat 50 ekor
Reban 610mm (L) x
(Tanpa sekatan) 305mm (T)
Lantai Konkrit dengan ketebalan 76mm Sangkar Khas 203mm (P) x 406mm 3 ekor
Pembiakan (L) x 203mm (T)

121
2.2.2 REKA BENTUK PERUMAHAN POLTRI

REKA BENTUK BUMBUNG REBAN

Reka bentuk reban hendaklah sesuai dengan jenis ternakan sama ada untuk ayam pedaging, ayam
penelur dan ayam baka. Reka bentuk bumbung reban berperanan memastikan kesempurnaan
peredaran udara di antara reban dengan persekitaran. Reka bentuk reban dapat dibezakan
berdasarkan bilangan ternakan dan peringkat pemeliharaannya.

Bentuk biasa Bentuk dua lapis

Bentuk gabungan Bentuk pisang sesikat


Pandangan sisi reka bentuk bumbung reban

Reka bentuk bumbung reban tertutup jenis bentuk biasa


Bumbung reban bentuk dua lapis
Reka bentuk reban jenis bentuk dua lapis dan bentuk biasa merupakan jenis
reban poltri yang sangat popular di Malaysia. Bincang dan nyatakan kebaikan dan
kelemahan kedua-dua jenis reban ini, serta mensyorkan kepada penternak.

122
UKURAN REBAN
Ukuran reban bergantung kepada jumlah ternakan dan sistem penternakan yang digunakan seperti
yang ditunjukkan dalam jadual 2.9.

Jadual 2.9 Ukuran reban ayam


Perkara Jenis Terbuka Jenis Tertutup
Lebar reban Tidak kurang dari 10 meter Tidak lebih dari 12 meter
Panjang reban Bergantung kepada keperluan Tidak lebih dari 150 meter
Tinggi dinding ke atap Sekurangnya 2.7 meter -
Tinggi lantai ke bumbung Sekurangnya 3.6 meter 4 meter
Tinggi lantai ke siling - 2.1–3.0 meter
Tinggi tanah ke lantai 1.95 meter 1.95 meter
Panjang tepi atap Sekurangnya 0.9-1.2 meter Sama
Cerun atap Sekurangnya 1-20 darjah Sama

MENENTUKAN BILANGAN TERNAKAN


Bilangan ternakan di dalam reban ditentukan mengikut jumlah ternakan dewasa. Bilangan ternakan
memainkan peranan penting untuk memastikan ruang yang sempurna untuk ternakan. (Jadual 2.10)
Jadual 2.10 Bilangan Ternakan ternakan
Jenis Ternakan Bilangan Ternakan Untuk Setiap Satu Meter Persegi
Ayam Pedaging 6 hingga 8 ekor
Ayam Penelur 12 hingga 14 ekor
90 hingga 100 semasa peringkat perindukan
Puyuh 60 ekor selepas umur 10 hari
40 ekor selepas 42 hari iaitu peringkat pengeluaran (bertelur)

123
REKA BENTUK LUARAN REBAN

JENIS REBAN TERTUTUP BENTUK BIASA


1. Reban Tertutup Satu Tingkat. (Rajah 2.12)

122m

2m

Pad penyejuk
2m udara

Pintu
12m
Bidai

Kipas ekzos
ek os Lantai luar
reban
Rajah 2.12 Pelan lakar reban tertutup satu tingkat berlantai sarap

2. Reban Tertutup Dua Tingkat. (Rajah 2.13)

Pad penyejuk
udara
122m

2m

2m Pintu

2m
Bidai

12m
Lantai luar
Kipas ekzos reban

Rajah 2.13 Pelan lakar reban tertutup dua tingkat berlantai sarap

124
3. Reban Tertutup Lantai Tinggi. (Rajah 2.14) Pad penyejuk
udara
122m

2m

2m

Pintu
2m

Bidai
12m

Kipas ekzos Lantai luar reban


Rajah 2.14 Pelan lakar reban tertutup lantai tinggi
4. Reban dan Sangkar
g Bateri. ((Rajah
j 2.15))

Sangkar bertingkat

Longkang

Tempat kotoran Lorong reban Tempat kotoran

350mm

360mm 420mm

550mm
1400mm Pengumpulan
telur
Rajah 2.15 Pelan lakar reban sangkar bateri ayam penelur

125
JENIS REBAN BENTUK DUA LAPIS
1. Reka Bentuk Reban Sarap Tebal. (Rajah 2.16)

0.9m
0.6m

2.5-3m

3m 1.5m

Lantai simen

5.5-12m
Rajah 2.16 Pelan lakar reban tertutup sarap tebal

2. Reka Bentuk Reban Lantai Tinggi. (Rajah 2.17)

0.9m
0.6m

2.5-3m

1.5m
3m

Lantai tinggi

Longkang
5.5-12m

Rajah 2.17 Pelan lakar reban tertutup lantai tinggi

INFO TAMBAHAN
Sistem lantai reban Laman
• Lantai sarap tebal (Deep Litter) ICT
• Lantai atas penuh (Complete Slatted flooring)
• Lantai dengan 1/3 tebal sarap (1/3 Deep Litter) Penternakan ayam pedaging
• Lantai dengan 2/3 tebal sarap (2/3 Deep litter) sistem sangkar

126
JENIS SANGKAR PUYUH BERTINGKAT
Reka Bentuk Sangkar Bertingkat Bagi Puyuh Penelur. (Rajah 2.18)
600mm

220mm
250mm

180mm
150mm

Lantai

2000mm
Tempat Tempat
makanan kotor
Tempat minuman Tempat minuman
Tempat
makanan

Pandangan sisi reban Pandangan hadapan reban


400mm bertingkat. bertingkat.

Pintu
1000mm
Tempat telur

200mm

480mm 100mm
Pandangan Depan

100mm
200mm

200mm

100mm
Pandangan Sisi

Rajah 2.18 Pelan lakar sangkar bertingkat puyuh penelur

127
REKA BENTUK DALAMAN REBAN
PELAN SUSUN ATUR REBAN TERTUTUP
1. Reban Satu Tingkat (Lantai Sarap)
Bilangan ternakan = 10,500 ekor ayam
Keluasan = 914m x 8.5m

Rajah 2.19 menunjukkan pelan lantai susun atur reban lantai sarap untuk keluasan 914m x
8.5m, manakala Rajah 2.20 pula menunjukkan pandangan tiga dimensi susun atur dalaman
reban lantai tinggi.

914m
Pad penyejuk
udara

8.5m

9.1m Panel kawalan Pintu Kipas


automatik ekzos

Rajah 2.19 Pelan lantai susun atur reban lantai sarap

Silo
makanan

Kipas

Rajah 2.20 Pandangan susun atur dalaman reban lantai sarap

128
2. Reban Tertutup Lantai Tinggi
Bilangan ternakan = 20,000 ekor ayam
Keluasan = 122m x 8.5m

Rajah 2.21 di bawah menunjukkan pelan lantai susun atur reban tertutup lantai tinggi untuk keluasan
122m x 8.5m, manakala Rajah 2.22 pula menunjukkan pandangan tiga dimensi susun atur dalaman
reban tertutup lantai tinggi.
122m

Dawai mata punai


Panel Pengesan suhu dan kelembapan (BRC)
kawalan
automatik

Pintu

8.5m
Pintu Bidai Pan feeder Kipas
Nipple drinker Ekzos
Tangga
Hopper
Rajah 2.21 pelan lantai susun atur reban tertutup lantai tinggi

Kipas
ekzos
Silo makanan

Sistem
pemberian
makanan
automatik
Sistem pemberian
minuman automatik

Rajah 2.22 Pandangan susun atur dalaman reban tertutup lantai tinggi

129
3. Reban Tertutup Dua Tingkat
Bilangan ternakan = 20,000 ekor ayam
Keluasan = 122m x 12m

Rajah 2.23 menunjukkan pelan lakaran dan pelan lantai susun atur dalaman reban tertutup dua
tingkat berkeluasan 122m x 12m.
1.5m

Stor/ruang
pemunggah 2m
Bidai

Longkang 1.5m 2m

12m

122m
Silo
12m

Panel kawalan Pintu


automatik Stor/ruang pemunggah
Pad penyejuk udara 9m Kipas ekzos
12m

Rajah 2.23 Susun atur dalaman reban tertutup dua tingkat

130
SUSUN ATUR SANGKAR PUYUH PENELUR

Bekas air
minuman

Lampu untuk
pencahayaan

Dawai mata
punai (BRC)

Pintu sangkar
Bekas makanan
Tempat telur

131
SUSUN ATUR LADANG DAN PERUMAHAN TERNAKAN
Ladang penternakan bukan sekadar membina reban. Reban perlu dilengkapi dengan pos pengawal,
tempat letak kenderaan, pejabat, stor makanan dan rumah pekerja. Susun atur ladang merupakan
sebahagian daripada konsep biosekuriti yang berperanan mengawal penularan penyakit. Lokasi
penternakan digalakkan untuk mengaplikasikan sistem iaitu satu ladang satu jenis ternakan dengan
umur yang sama. Konsep ini bertujuan memudahkan pengurusan ternakan dan meminimumkan
penularan wabak penyakit. Rajah 2.24 menunjukkan susun atur ladang ternakan mengikut Amalan
Penternakan Yang Baik.

2 1 1
6
4
3

7 5

12 11 8

10

16 13

17 14

18 15

Rajah 2.24 Susun atur persekitaran ladang ternakan

Kawasan Ladang Ternakan


1. Pos pengawal dan kegiatan disinfektan pengunjung atau pelawat
2&3. Pintu masuk yang terdapat disinfektan kenderaan
4. Tempat letak kenderaan
5. Pejabat
6. Rumah pekerja
7. Tempat penyelenggaraan bangkai (jika diperlukan)
8. Stor peralatan
9. Stor makanan
10. Stor sarap
11. Stor pengumpulan dan penyimpanan telur
12. Reban penakaian
13 &18 Reban
Punca air

132
AKTIVITI 4
TAJUK: Membina dan Menyediakan Sangkar Ayam atau Puyuh

Hasil Pembelajaran:

i. Mengenal pasti dan memahami kesesuaian perumahan ternakan


ii. Menghasilkan reka bentuk perumahan ternakan
iii. Menyenaraikan keperluan bahan dan peralatan untuk membina perumahan ternakan
iv. Membina perumahan ternakan berdasarkan jumlah ternakan

Murid diminta untuk:


1. Memerhatikan beberapa contoh gambar foto reka bentuk perumahan ternakan
2. Menyediakan reka bentuk dan pelan perumahan ternakan
3. Membina perumahan untuk:
3.1 Memelihara 5-10 ekor ayam, atau
3.2 Memelihara 10-20 ekor puyuh
4. Menyenaraikan peralatan dan bahan yang digunakan untuk membina perumahan ayam
atau puyuh

PROSES AKTIVITI

Mengenal pasti Menyediakan Reka Membuat Lakaran


Ternakan dan Jumlah Bentuk Perumahan
dan Lukisan Teknikal
yang akan Diternak Ternakan

Menyenaraikan
Peralatan dan Bahan Pemilihan Lokasi Membina Perumahan
Untuk Perumahan Perumahan Ternakan

133
CONTOH SANGKAR PUYUH
Lakaran Sangkar Puyuh

1) Pandangan atas

2) Pandangan depan

3) Pandangan sisi
4) Lantai sangkar

134
CONTOH SANGKAR AYAM
Lakaran Reban Ayam

1) Pandangan atas

2) Pandangan depan

3) Pandangan sisi
4) Lantai sangkar

135
PERALATAN DAN BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBINA
SANGKAR PUYUH
a) Alatan Tangan
1 2

Apit G Pensel
3 4

Sesiku L Kikir Parut


5 6

Pita Pengukur Tukul Kuku Kambing


7 8

Gergaji Puting Mesin gerudi mudah alih tanpa wayar


9 10

Stapler Pemotong dawai mata punai (BRC)

136
b) Bahan
11 12

Pemegang pintu Engsel untuk melekap pintu sangkar


13 14

Skru ½ inci untuk melekatkan pemegang Skru 1 inci


pintu
15 16

Kayu spine Dawai mata punai (BRC) berukuran ½ x ½ inci

MEMBINA SANGKAR PUYUH

C
A
Contoh reka bentuk sangkar puyuh
berukuran
800mm x 406mm x 350mm
D A) Lebar 406mm x 8 batang
B) Tiang 350mm x 4 batang
C) Panjang 800mm x 4 batang
D) Pintu 200mm x 4 batang
E) Tiang tengah 228mm x 4 batang

137
LANGKAH 1 - Proses mengukur, menanda dan memotong kayu sangkar.
1 2

Ukuran panjang 800mm Menggunakan sesiku-L untuk


mendapatkan ketepatan hujung kayu
3

Potong di sebelah luar garisan untuk


menghasilkan panjang yang tepat

Nota: Sila ikut proses yang sama untuk menghasilkan semua bahagian kayu sangkar.

LANGKAH 2 - Membina bahagian kayu A, kayu B dan kayu C.

1 2

Contoh proses mencantum kayu B dan kayu C untuk bahagian tepi kiri dan kanan sangkar
Nota: Sila ikut proses yang sama pada keseluruhan bahagian sangkar.

138
LANGKAH 3 - Mencantum keseluruhan kayu A, kayu B dan kayu C.

A C

1 2

Menebuk lubang untuk mencantumkan kayu A, B dan C dengan menggunakan skru 1 inci.
Menebuk lubang bertujuan memastikan kayu tidak pecah apabila proses mencantum
dengan menggunakan skru

139
LANGKAH 4 - Memasang dinding dan lantai sangkar

1 2

Memotong dawai mata punai (BRC) Melekatkan dawai mata punai (BRC)
dengan kayu struktur sangkar (dinding)
LANGKAH 5 Memasang
e s gp pintu
u ssangkar.
g

Pintu sangkar

1 2

Memasang engsel pada bangkai kayu D Memasang pemegang pintu sangkar


dengan menggunakan skru ½ inci dengan menggunakan skru ½ inci

140
Gambar foto 2.19 Sangkar puyuh yang siap sepenuhnya

Gambar foto 2.19 menunjukkan keseluruhan sangkar yyang ttelah l h siap


i dibi
dibina. Pembinaan
sangkar yang ditunjukkan hanya sebagai satu contoh reka bentuk sangkar yang mudah dan tidak
memerlukan kewangan besar. Pelajar boleh membina sangkar yang lebih baik mengikut kreativiti
dan kemampuan kewangan. Jadual 2.11 di bawah menunjukkan anggaran kos untuk membina
sangkar puyuh dengan menggunakan kos yang minima.
Jadual 2.11 Anggaran kos membina sangkar puyuh

Bil Perkara Anggaran Harga (RM)

1 Kayu spine 10 batang 45.00

2 Dawai mata punai (BRC) saiz ½ inci x ½ inci 32.00

3 Engsel pintu X 2 unit 1.50

4 Pemegang pintu X 1 unit 2.00

5 Skru ½ inci 0.60

6 Skru 1 inci 3.00

7 Kertas pasir 3.00

JUMLAH 87.10

141
REFLEKSI
R EFLEKSI 2.2
2.2
Bumbung dan
Atap Reban

Bahan dan
Peralatan Dinding
Perumahan Poltri Reban

Lantai Reban

PERUMAHAN
POLTRI

Luaran

Reka Bentuk
Perumahan Poltri

Dalaman

Susun Atur
Ladang

Membina
Sangkar
Puyuh

142
JANA MINDA
Jawab soalan berikut.

1. Nyatakan empat peralatan yang perlu ada dalam sebuah reban sistem penternakan komersial.

i. …
…………………………………………………………………………......

ii. …
…………………………………………………………………………….

iii. …
……………………………………………………………………………

iv. …
……………………………………………………………………………

2. Namakan reka bentuk bumbung untuk perumahan poltri.

i.…………………………….....
… ii.…………………………….....


iii.…………………………….... …
iv.…………………………….....

3. Nyatakan tiga faktor utama pemilihan lokasi ladang penternakan poltri.

i. …………………………………………………………………………......

ii. …………………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………………

143
4. P, Q, R dan S adalah bahagian sebuah sangkar puyuh

P Bahagian atas Q Bahagian sisi R Bahagian depan S Bahagian lantai

Padankan bahagian itu dengan rajah di bawah dengan menulis P, Q, R atau S pada petak yang
disediakan.

i. ii.

iii. iv.

5. (a) Lengkapkan Rajah 1 di bawah berkaitan dengan sistem penternakan puyuh.


(ii)
Sangkar Biasa .......................................
......
(Bertingkat) .....................................
...
Sangkar Puyuh
(i)
Sangkar Khas untuk
.......................................
..... Pembiakan
.....................................
.... Rajah 1

(b) Nyatakan kebaikan penggunaan sistem penternakan sangkar berbanding dengan sistem
penternakan reban untuk ternakan puyuh.
................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

6. Nyatakan tiga fungsi kipas ekzos.

i. ……
…………………………………………………………………………......

ii. …
…………………………………………………………………………….

iii. ……………………………………………………………………………

144
UNIT
2.3 NUTRISI TERNAKAN
POLTRI

145
NUTRISI TERNAKAN POLTRI

PENGENALAN
Nutrisi penting dalam tumbesaran ternakan. Pemberian nutrisi berdasarkan keperluan makanan
ternakan mampu menjamin tumbesaran dan hasil yang berkualiti. Keperluan nutrisi berbeza
diantara jenis ternakan dengan peringkat tumbesaran ternakan.
Definisi Nutrisi
Nutrisi ialah zat dalam makanan yang diperlukan untuk tumbesaran dan membentuk fungsi badan.
Nutrisi penting untuk melengkapkan sel-sel dalam tubuh untuk fungsi badan yang sempurna. Nutrisi
merupakan unsur yang berguna untuk metabolisme atau fisiologi organisma. Nutrisi menyediakan
tenaga dan komponen untuk tubuh atau struktur sel.

Makanan ternakan poltri untuk tumbesaran dan kesihatan

KEPERLUAN NUTRISI
Nutrisi merupakan keperluan utama ternakan yang merangkumi protein, karbohidrat, vitamin,
mineral dan air. Keperluan protein bergantung kepada umur ternakan kerana ternakan yang masih
kecil memerlukan lebih banyak protein berbanding dengan ternakan dewasa. Ternakan yang diternak
menggunakan sistem separa intensif lebih banyak memerlukan tenaga untuk bergerak berbanding
dengan ternakan yang diternak dengan sistem penternakan intensif atau sistem penternakan integrasi.
Nutrisi juga penting untuk memastikan ternakan mengekalkan tahap kesihatan yang optimum dan
tumbesaran badan. Nutrisi yang cukup dan sempurna mampu untuk membentuk sistem imunisasi
yang bertindak terhadap patogen dan parasit. Ia juga penting untuk pembentukan lapisan kulit dan
perkembangan sel. (Rajah 2.25)

KEPERLUAN NUTRISI POLTRI


Laman
ICT
Mengekalkan Tahap Keperluan Makanan Ayam
Kesihatan Tumbesaran

Rajah 2.25 Keperluan nutrisi poltri

146
2.3.1 JENIS MAKANAN

PEMAKANAN POLTRI
Pemakanan ialah salah satu faktor yang terpenting di dalam penternakan poltri. Makanan merupakan
zat yang sangat diperlukan oleh poltri untuk tumbesaran. Ternakan yang sihat akan menghabiskan
jumlah makanan yang bersesuaian dengan jumlah makanan harian yang diperlukan. Tiga jenis
makanan yang diperlukan ialah makanan permulaan, makanan pembesaran dan makanan penamat.

SUMBER MAKANAN
Sumber makanan perlu diketahui apabila membuat makanan ternakan iaitu campuran keperluan
bahan makanan yang bersesuaian dengan keperluan tumbesaran ternakan. Antara faktor yang
mempengaruhi pengambilan makanan poltri ialah umur, kesihatan dan keperluan fisiologi ternakan.

BENTUK MAKANAN POLTRI


Makanan ternakan adalah campuran pelbagai jenis nutrisi yang diperlukan oleh ternakan pada
peringkat tumbesarannya. Kebiasaannya, bentuk makanan yang diberikan kepada ternakan
bergantung kepada umur dan peringkat tumbesarannya. Gambar foto 2.20 adalah bentuk
makanan poltri.

Serbuk halus Pelet kecil

Makanan sangat penting untuk


tumbesaran ternakan. Namun,
makanan juga merupakan
penyumbang terbesar kepada
keseluruhan kos penternakan.
Bincang dan berikan pendapat
untuk mengurangkan kos ini bagi
memastikan penternak mendapat
keuntungan yang optimum.
Pelet kasar

Gambar foto 2.20 Bentuk makanan poltri

147
2.3.2 TEMPOH PEMBERIAN MAKANAN, MINUMAN
DAN VITAMIN
Pemberian makanan perlu disesuaikan dengan peringkat umur ternakan. Ia bertujuan untuk
memastikan prestasi tumbesaran ternakan yang dikehendaki. Tempoh pemberian makanan dan
jenis makanan yang diberikan banyak mempengaruhi produktiviti ternakan. Pemberian makanan
yang sempurna bertujuan menjamin kualiti ternakan dan menjimatkan kos penternakan. Hal ini
disebabkan, kos makanan menyumbang sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan kos penternakan
terutamanya ayam pedaging (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2015). Pengurusan pemberian
makanan dan jenis makanan perlu diambil kira untuk memastikan penternak mendapat keuntungan
yang optimum.
Pemberian Makanan Ternakan
Pemberian makanan dilakukan secara tidak terhad atau sepanjang masa. Ternakan yang sihat
akan menghabiskan jumlah makanan bersesuaian dengan jumlah keperluan makanan harian atau
mingguan. Pengambilan makanan untuk ayam dan puyuh pedaging adalah seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 2.12 di bawah.
Jadual 2.12 Pengambilan makanan ayam dan puyuh pedaging
Umur Jenis Makanan Bentuk Jumlah Protein
1 hari–28 hari atau Makanan Permulaan Serbuk Halus 21-24 peratus
(4 minggu)
4 minggu hingga Makanan Pembesaran Pelet Kecil 18-20 peratus
seterusnya

Makanan penamat untuk ayam penelur diberikan apabila umur menghampiri peringkat
pengeluaran iaitu pada minggu ke-16 sehingga minggu ke-75. Sementara itu, makanan penamat
diberikan kepada puyuh penelur apabila berumur 25 hari. Penukaran makanan daripada
jenis makanan pembesaran kepada makanan penamat dilakukan secara beransur-ansur untuk
membiasakan ternakan dengan makanan baru.

INFO TAMBAHAN
Puyuh memerlukan makanan antara 25-35 gram sehari untuk mendapatkan ration asid
amino yang mencukupi bagi tumbesarannya (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2015).

148
PEMBERIAN MAKANAN AYAM
Pada peringkat perindukan iaitu pada awal kemasukan anak ayam ke dalam reban sehingga hari
ketiga, kebiasaannya, makanan akan diletakkan di atas lantai yang dialas kertas berdekatan dengan
alat pemanas. Ini bertujuan untuk memudahkan anak ayam mendapatkan makanan dan cepat
menyesuaikan diri dengan persekitaran dalam ruang perindukan. Pada hari berikutnya, makanan
perlu diletak di atas bekas makanan sama ada berbentuk segi empat atau bulat. Penggunaan bekas
makanan ini perlu disesuaikan dengan jenis ternakan dan umur. Gambar foto 2.21 adalah bekas
makanan dulang untuk anak ayam.

Untuk menghindari makanan menjadi kotor atau tumpah, pengisian makanan ke dalam bekas
makanan perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit atau memberikan separuh daripada permukaan
bekas makanan yang digunakan. Apabila anak ayam mencapai umur 10 hari, bekas pemberian
makanan digantung mengikut ketinggian paras dada atau punggung ternakan. Gambar foto 2.22
adalah bekas makanan automatik yang digunakan apabila ternakan dalam peringkat pembesaran.

Makanan yang diberikan kepada ayam adalah dengan kadar protein 20 peratus dan metabolisme
tenaga (ME) = 2800-3000 Kcal. Untuk memperoleh jaminan proses pertumbuhan badan yang baik
agar ayam cepat membesar, jadual pemberian makanan dan minuman perlu dilaksanakan secara
teratur. Pemberian makanan yang tidak teratur akan merugikan dan membantutkan tumbesaran.
Kebiasaannya, pemberian makanan kepada ayam pedaging dilakukan dengan dua cara iaitu
pemberian makanan tanpa had sepanjang masa dan pemberian makanan mengikut keperluan.

Gambar foto 2.21 Bekas makanan dulang untuk Gambar foto 2.22 Bekas makanan anak ayam
anak ayam secara automatik

MAKANAN PERMULAAN
Makanan permulaan ialah formulasi makanan yang berkualiti yang terdiri daripada kandungan
protein, tenaga, garam galian dan vitamin yang diberi kepada anak ayam seawal sehari hingga
29 hari seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.13 di bawah.
Jadual 2.13 Jumlah makanan permulaan ayam
Minggu Umur Jumlah Makanan (Gram/hari/ekor)
Pertama 1 hingga 7 hari 17 gram
Kedua 8 hingga 14 hari 43 gram
Ketiga 15 hingga 21 hari 66 gram
Keempat 22 hingga 29 hari 91 gram

149
MAKANAN PEMBESARAN DAN PENAMAT
Makanan pembesaran dan penamat ialah formulasi makanan ayam yang diberi kepada ternakan
apabila mencapai umur empat minggu ke atas. Ia mengandungi protein, kalsium dan fosforus yang
tinggi. Makanan yang diberi mestilah mengikut keperluan yang disyorkan seperti yang dinyatakan
dalam Jadual 2.14.
Jadual 2.14 Jumlah makanan
Minggu Umur Jumlah Makanan (Gram/hari/ekor)
Kelima 30 hingga 36 hari 111 gram
Keenam 37 hingga 43 hari 129 gram
Ketujuh 44 hingga 50 hari 146 gram
Kelapan 51 hingga 57 hari 161 gram

PEMBERIAN MAKANAN PUYUH


Keperluan nutrisi puyuh lebih tinggi berbanding ayam. Puyuh perlu diberi makanan
antara 25-35gram sehari untuk mendapatkan nisbah asid amino yang mencukupi bagi
tumbesarannya seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.15.
Jadual 2.15 Peringkat tumbesaran puyuh
Peringkat Umur Ternakan
Perindukan Hari pertama hingga hari ke-14
Pembesaran Hari ke-15 hingga hari ke-42
Dipasarkan sebagai puyuh pedaging Hari ke-35 hingga ke-42
Mula mengeluarkan telur Selepas hari ke-45

1 hari – 14 hari
Makanan Permulaan

Pertama

15 hari hingga hari dipasarkan


Makanan Penamat

1 hari hingga hari dipasarkan


Pemberian Kedua Makanan Permulaan/Makanan
Makanan Pembesaran atau Makanan Penamat

1 hari hingga 21 hari


Makanan Permulaan
Ketiga

22 hari hingga hari dipasarkan


Makanan Penamat

Cara pemberian makanan puyuh

150
PEMBERIAN AIR MINUMAN
Pemberian air minuman sangat penting dan perlu dilakukan secara berterusan. Kandungan air
minuman perlu dijaga dan sentiasa tersedia. Manakala, bekas air minuman sentiasa dibersihkan
untuk mengelakkan pembiakan kuman atau bakteria. Rajah 2.26 menunjukkan beberapa faktor
yang mempengaruhi pengambilan air minuman ternakan.

FAKTOR MEMPENGARUHI PENGAMBILAN AIR MINUMAN

Kelembapan Pengambilan Pergerakan


Kandungan Makanan Makanan Cuaca Panas Ternakan

Rajah 2.26 Faktor mempengaruhi pengambilan air minuman

Proses pemberian air minuman penting kerana kekurangan air akan menyebabkan
tumbesaran ayam terganggu. Badan ayam mengandungi 70 peratus air. Air sangat penting sepanjang
tumbesaran ayam untuk proses dalam badan dan kawalan suhu. Kekurangan air dalam badan akan
mengurangkan daya tahan badan dan menyebabkan kematian.

Cara Pemberian Air Minuman


Ayam yang berumur 1 hingga 4 hari diberi minuman menggunakan baby drinker. Baby drinker
ditempatkan di atas lantai sarap dengan ketinggian mata ayam yang dialas dengan papan atau kayu
supaya sarap tidak basah apabila terkena tumpahan air. Gambar foto 2.23 adalah bekas minuman
baby drinker.

Gambar foto 2.23 Bekas minuman baby drinker

151
Apabila ayam telah berumur 4 hingga 5 hari, nipple drinker sudah mulai digunakan.
Ketinggian nipple drinker bergantung kepada tumbesaran ayam. Ketinggian nipple drinker adalah
10-50 mm di atas kepala ayam. Air minum di campur sebanyak 2 peratus dextrose monohydrate
sebagai sumber tenaga. Pada hari ke-5, air minum ditambahkan dengan antibiotik dan multi-vitamin
dalam jumlah yang kecil. Pemberian dilakukan dengan cara mencampurkan ubat tersebut ke dalam
bekas air dengan memerhatikan keperluan air minuman ayam dan suhu semasa.

Paras Dada

350 450

Ketinggian nipple drinker 350-450 Bekas minuman yang


tergantung
KEPERLUAN AIR MINUMAN AYAM
Kebiasaannya ayam akan minum 2 kali ganda daripada jumlah pengambilan berat makanan yang
dimakan. Pada musim panas pula ayam akan minum 2 kali ganda daripada suhu biasa. Pemberian
dan keperluan air minuman adalah berdasarkan kepada umur ayam yang dikategorikan kepada
dua iaitu permulaan dan penamat. Air minuman perlu dirawat dengan menambah klorin bertujuan
untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma. Proses ini dilakukan dengan cara memasukkan
klorin sebanyak 3-5 ppm ke dalam air minuman. Kebiasaannya, klorin yang berada di pasaran
adalah jenis kalsium hypoklorit Ca (OCI)2 seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.16 dan
Jadual 2.17.
Jadual 2.16 Keperluan air minuman peringkat permulaan
Umur (Minggu) Jumlah Air Minuman Jumlah Ayam
(liter) (ekor)
Minggu pertama 1.8 100
Minggu kedua 3.1 100
Minggu ketiga 4.5 100
Minggu keempat 7.7 100
Jadual 2.17 Keperluan air minuman peringkat pembesaran
Umur (Minggu) Jumlah Air Minuman Jumlah Ayam
(liter) (ekor)
Minggu kelima 9.5 100
Minggu keenam 10.9 100
Minggu ketujuh 12.7 100
Minggu kelapan 14.1 100

INFO TAMBAHAN
Air minuman ternakan hendaklah berada pada pH 6.5 hingga pH 8.0. Lebihan mineral yang
tinggi akan menjejaskan kesihatan ternakan.

152
AIR MINUMAN PUYUH
Keperluan air minuman untuk puyuh juga sama seperti ayam. Jumlah yang diperlukan untuk 100
ekor puyuh sehari seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.18.
Jadual 2.18 Keperluan air minuman puyuh
Umur Ternakan Bahan
Peringkat Dua bekas minuman plastik 900 ml
Perindukan
Peringkat Dua bekas minuman plastik 3.6 liter
Pembesaran

PEMBERIAN VITAMIN

Vitamin ialah sebahagian daripada nutrisi mikro yang berperanan penting dalam pertumbuhan dan
kesihatan ternakan. Berbanding dengan zat nutrisi lain, walaupun keperluan dalam nutrisi sangat
sedikit, namun vitamin tetap perlu diberikan sebagai pemangkin kepada metabolisme nutrisi
makro. Vitamin dibahagikan kepada dua kategori iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.
Ketiadaan vitamin akan menyebabkan pertumbuhan ternakan menjadi tidak optimum, tidak aktif
dan merosakkan sel dalam badan. Rajah 2.27 menyatakan keperluan pemberian vitamin.

Hari Pertama Jangkitan


Di Dalam Reban Penyakit

KEPERLUAN Sebelum dan


Cuaca Selepas
Buruk PEMBERIAN Pemberian
VITAMIN Vaksin

Pindah Reban ke Penukaran


Sangkar Makanan

Rajah 2.27 Keperluan pemberian vitamin

153
VITAMIN LARUT LEMAK
Vitamin larut lemak ialah vitamin yang boleh bercampur dengan lemak tubuh sehingga tubuh boleh
menyimpan dalam jangka masa tertentu. Ia terdiri daripada vitamin A, D, E dan K.

1. Vitamin A
Vitamin A terdapat dalam serbuk ikan dan jagung. Ia berfungsi untuk proses pertumbuhan,
kestabilan tisu pada membran mulkosa, saluran pencernaan, pernafasan, saluran pembiakan dan
kesempurnaan deria penglihatan. Kekurangan vitamin A pada ternakan menyebabkan bulu berdiri
(ruffled feathers), kehilangan keseimbangan ketika berjalan, penyakit mata rabun dan penurunan
pengeluaran. Gambar foto 2.24 adalah akibat kekurangan vitamin A.

Gambar foto 2.24 Akibat kekurangan vitamin A


2. Vitamin D
Vitamin D juga dikenali sebagai vitamin D3. Ia adalah metabolisme daripada vitamin D yang
diperlukan oleh poltri. Vitamin ini terdapat dalam serbuk ikan dan cahaya matahari. Vitamin D
bermanfaat untuk metabolisme kalsium dan fosforus dalam pembentukan kerangka normal,
membentuk paruh, kaki dan telur. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan metabolisme kalsium
dan fosforus terganggu sehingga menyebabkan kulit telur menjadi nipis dan paruh menjadi lembik,
pengeluaran telur menurun dan susah untuk bergerak disebabkan kaki yang lemah serta terjadinya
lumpuh.

3. Vitamin E
Vitamin E juga dikenali sebagai tocopherols. Vitamin ini terdapat dalam biji kacang soya, biji
gandum dan corn gluten meal (CGM). Ia berfungsi untuk meningkatkan kesuburan, pertumbuhan
embrio normal dan sebagai antioksida. Kekurangan vitamin E akan menyebabkan menurunnya
kesuburan dan daya tetas, penyakit ayam gila (encephalomalacia/crazy chick disease) serta
kerosakan pada koordinasi otot.

4. Vitamin K
Vitamin K boleh didapati dalam serbuk ikan. Ia berfungsi dalam pembentukan protrombin yang
digunakan untuk proses pembekuan darah. Kekurangan vitamin K akan menyebabkan pendarahan
pada jaringan atau organ tertentu serta anemia akibat darah yang sukar membeku apabila mengalami
kecederaan.

154
VITAMIN LARUT AIR
Vitamin larut air merupakan vitamin yang boleh bercampur dengan air badan. Vitamin tersebut
akan dikeluarkan dengan cecair yang keluar daripada tubuh seperti berpeluh. Jenis vitamin ini ialah
vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, B12 dan vitamin C.
1. Vitamin B1(Thiamin)
Vitamin B1 berkaitan dengan antineuritis (anti radang urat saraf). Ia berfungsi membantu proses
metabolisme karbohidrat dan tenaga dalam tubuh. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kehilangan
selera makan, tumbesaran terjejas dan pembengkakan pada saraf.

2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Vitamin B2 berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, asid amino dan asid lemak. Ia terdapat
dalam serbuk daging dan ikan. Kekurangan vitamin B2 menyebabkan tumbesaran terjejas dan
ayam mengalami kesukaran untuk berjalan atau lumpuh pada kaki serta jari kaki.
Gambar foto 2.25 adalah kesan kekurangan vitamin B2.

Gambar foto 2.25 Kesan kekurangan vitamin B2

3. Vitamin B3 (Nicotinamide)
Vitamin B3 dikenali sebagai nicotinamide. Ia berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, protein
dan lemak untuk tenaga. Vitamin ini didapati dalam jagung, biji bunga matahari dan hampir semua
hampas biji-bijirin. Kekurangan vitamin B3 menyebabkan kehilangan selera makan, tumbesaran
terjejas, penurunan pengeluaran telur dan daya tetas, membran mulkosa akan berwarna merah
gelap dan kecacatan pada tulang paha.

4. Vitamin B5 (Acid Pantotenat)


Vitamin B5 atau yang lebih dikenali sebagai acid pantotenat. Ia berfungsi sebagai komponen
koenzim A dalam metabolisme karbohidrat, asid lemak, asid amino dan steroid. Acid pantotenat
banyak terkandung dalam biji bunga matahari. Kekurangan acid pantotenat akan menyebabkan
kehilangan selera makan, tumbesaran terjejas, pembengkakan pada bahagian paruh, kelopak
mata dan jari kaki. Selain itu, bulu juga menjadi kasar, mata menjadi kabur serta menyebabkan
penurunan pengeluaran telur.

INFO TAMBAHAN
Vitamin seperti A, D, E dan C mudah berkurangan disebabkan oleh haba, cahaya dan kelembapan.

155
5. Vitamin B6 (Piridoxin)
Vitamin B6 atau Piridoxin berfungsi untuk metabolisme protein dan lemak dalam tubuh. Ia boleh
didapati daripada hampas bijirin. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kekurangan selera makan
dan tumbesaran terjejas, bulu tumbuh dengan jarang serta penurunan pengeluaran telur.
6. Vitamin B7 (Biotin)
Vitamin B7 dikenali juga sebagai Biotin. Vitamin ini berfungsi dalam metabolisme karbohidrat dan
lemak untuk tenaga. Biotin banyak didapati dalam serbuk ikan dan biji gandum. Kekurangan biotin
menyebabkan kulit mengeras pada bahagian paruh dan mata.

7. Vitamin B9 (Acid Folat)


Vitamin B9 juga dikenali sebagai acid folat. Berfungsi untuk metabolisme karbohidrat. Acid folat
boleh didapati dalam biji gandum. Kekurangan acid folat akan menyebabkan tumbesaran terjejas,
anemia, penurunan pengeluaran telur serta bulu yang kasar dan jarang.

8. Vitamin B12 ( cyanocobalamin)


Vitamin B12 atau cyanocobalamin berfungsi untuk metabolisme karbohidrat dan lemak dalam
tubuh. Ia tidak seperti vitamin B lainnya, di mana vitamin B12 boleh terkumpul terutamanya di
hati, pinggang, otot, tulang dan kulit. Kekurangan vitamin B12 akan mengakibatkan tumbesaran
terjejas dan saiz telur menjadi kecil.

9. Vitamin C (acid askorbik)


Vitamin C berfungsi untuk metabolisme sel dan sebagai antioksida. Kekurangan vitamin C
tidak memberikan kesan pada ternakan namun vitamin ini bertujuan untuk mengurangkan stres
terutamanya pada waktu cuaca panas.

LANGKAH MENGELAKKAN KEKURANGAN VITAMIN


Dalam formulasi makanan, keperluan vitamin dalam campuran makanan disesuaikan dengan
jumlah keperluan poltri. Walau bagaimanapun, nilai vitamin ini boleh menurun disebabkan faktor
persekitaran seperti suhu, cahaya dan pengoksidaan.
Vitamin B1 dan asid pantotenat boleh rosak akibat pemprosesan dan penyimpanan yang
kurang baik. Gambar foto 2.26 menunjukkan bahawa penyimpanan makanan dengan betul sangat
penting untuk memastikan makanan ternakan tidak rosak dan menyebabkan kehilangan vitamin.
Kekurangan vitamin boleh dielakkan dengan melakukan beberapa langkah seperti:

1. Letak alas kayu pada bahagian bawah sebelum meletakkan makanan


2. Menyusun posisi penyimpanan makanan dengan catatan tarikh yang berada dalam
simpanan
3. Menyimpan makanan di tempat tertutup dan terhindar daripada sinaran matahari
4. Perhatikan suhu dan kelembapan tempat penyimpanan makanan
5. Sebaiknya makanan disimpan di dalam stor penyimpanan tidak lebih daripada 30 hari
supaya kualiti nutrisi dan vitamin di dalamnya tidak menurun

156
6. Mengelakkan penggunaan bekas menyimpan makanan secara berulang
7. Bersihkan stor penyimpanan secara berkala
8. Mengawal makanan daripada serangan serangga yang boleh merosakkan makanan

Vitamin adalah sangat


diperlukan oleh ternakan.
Bincang kesan dan langkah
yang perlu dilakukan oleh
penternak sekiranya ternakan
tidak mendapat vitamin yang
secukupnya.

Gambar foto 2.26 Penyimpanan makanan ternakan

STRES DAN VITAMIN


Stres pada ternakan kebiasaannya berpunca daripada perubahan cuaca. Stres yang dialami oleh
ternakan akan menyebabkan kekurangan vitamin dalam badan. Poltri merupakan ternakan yang
sangat mudah terdedah dengan stres. Kesan stres pada ternakan jika tidak ditangani dengan baik
boleh mengakibatkan penurunan pengeluaran telur dan penurunan berat badan. Antara faktor
penyebab stres adalah:
Stres merupakan penyebab utama
1. Peredaran udara dalam reban yang tidak baik
kepada tumbesaran ternakan. Bincang
2. Suhu dan kelembapan dalam reban meningkatt
dan nyatakan langkah-langkah yang
3. Kepadatan ternakan dalam reban
perlu bagi mengelakkan ternakan
4. Bunyi bising
menghadapi masalah ini serta membuat
5. Campuran makanan yang tidak sempurna
perbandingan diantara ayam pedaging
6. Penukaran makanan dilakukan secara mendadak
dan ayam penelur.
7. Pemberian vaksin

Pemulihan Stres
Stres merupakan penyumbang utama kepada penurunan prestasi ternakan. Pemulihan stres
dilakukan dengan cara pemberian vitamin kepada ternakan sama ada ditambah dalam makanan
atau minuman.

157
AKTIVITI 5

TAJUK: Pemberian Makanan, Air Minuman dan Vitamin.

Hasil Pembelajaran:
i. Menunjuk cara pemberian makanan, air minuman dan vitamin kepada ternakan
ii. Membuat formulasi penyediaan makanan ternakan berdasarkan keperluan dan tumbesaran
iii. Menjelaskan proses memeriksa dan merekodkan kadar pertumbuhan ternakan

Murid diminta untuk:


1. Membuat tunjuk cara untuk pemberian makanan, air dan vitamin kepada ternakan
2. Membuat kajian formulasi makanan berdasarkan keperluan dan tumbesaran ternakan
3. Memeriksa dan merekodkan kadar tumbesaran ternakan
4. Membuat pembentangan hasil dapatan secara multimedia

PROSES AKTIVITI

Tunjuk Cara
Menyediakan Peralatan Membuat Formulasi
Pemberian Makanan,
dan Keperluan Aktiviti Makanan
Air dan Vitamin

Memeriksa dan
Penyediaan Maklumat Persembahan
Merekodkan Kadar
Untuk Pembentangan Multimedia
Pertumbuhan Ternakan

Ayam dan puyuh pedaging memerlukan lebih banyak protein dan tenaga berbanding
dengan ayam dan puyuh penelur yang memerlukan lebih kalsium dan fosforus.
Bincangkan.

158
2.3.3 FORMULASI DIET MAKANAN POLTRI

Formulasi makanan penting untuk memastikan pemberian nutrisi seimbang dengan tumbesaran
ternakan. Penyusunan formulasi makanan bertujuan untuk memperoleh nutrisi yang diperlukan oleh
ternakan dalam jumlah dan perbandingan yang tepat untuk tumbesaran ternakan yang optimum.

Contoh jenis makan berformulasi


Formulasi makanan seharusnya merujuk kepada keperluan ternakan. Anak ayam dan puyuh
memerlukan lebih banyak zat makanan berbanding dengan ayam dan puyuh penelur. Zat makanan
diperlukan untuk tumbesaran yang cepat bermula daripada umur 1 hingga 6 minggu. Dua faktor
utama yang mempengaruhi pertumbuhan ternakan adalah nutrisi dan baka. (Jadual 2.19 dan Jadual
2.20)
Jadual 2.19 Contoh jumlah makanan seekor ayam
Umur (Minggu) Jantan Betina
(gram) (gram)
Pertama 152 144
Kedua 376 344
Ketiga 686 617
Keempat 1085 965
Kelima 1576 1344
Keenam 2088 1741

Jadual 2.20 Contoh jumlah makanan seekor puyuh


Umur (Minggu) Jantan Betina
(gram) (gram)
Pertama 1.08 2.15
Kedua 3.55 4.20
Ketiga 5.52 8.21
Keempat 8.91 10.21
Kelima 12.00 13.68
Keenam 14.00 15.60
Ketujuh 14.38 16.39

159
FORMULASI MAKANAN TERNAKAN
1. Ayam Pedaging (Jadual 2.21)
Jadual 2.21 Formulasi nutrisi makanan ayam pedaging
UMUR (Minggu)
Nutrisi
0 hingga 4 Minggu 4 Minggu ke atas
Protein (%) 21–23 19–21
Lemak (%) 4–6 4–6
Serat Kasar (%) 4 4
Kalsium (%) 0.9 0.9
Fosforus (%) 0.5 0.5
Tenaga Metabolisme (Kcal/kg) 3000–3100 3100–3200

2. Ayam Penelur (Jadual 2.22)


Jadual 2.22 Formulasi nutrisi makanan ayam telur
UMUR (Minggu)
Nutrisi
0 hingga 8 Minggu 9 hingga 16 Minggu 16 Minggu ke atas
Protein (%) 20–22 14–16 17–18
Lemak (%) 4 4 5
Serat Kasar (%) 4-6 7-9 6-8
Kalsium (%) 1 1 2.5–3.5
Fosforus (%) 0.7 0.6 0.5–0.6
Tenaga Metabolisme (Kcal/kg) 2700–3000 2600–2900 2650–2950

3. Puyuh (Jadual 2.23)


Jadual 2.23 Formulasi nutrisi makanan puyuh
Kandungan Nutrisi
Umur Tenaga
Protein Lemak Serat Kasar Kalsium Fosforus
(Minggu) Metabolisme
% (%) min (%) max (%) min (%) min (Kcal/ kg)
0 hingga 5 minggu 24 5 5 0.9 0.6 2950-3050
6 minggu ke atas 22 3.5 5 3.3 0.6 2650-2750

Kandungan makanan perlu ditambah dengan campuran bahan lain yang merupakan vitamin seperti
vitamin B Kompleks, vitamin A, vitamin D iaitu minyak ikan sebanyak 2 peratus daripada makanan
yang diberikan selama satu bulan.

160
KANDUNGAN NUTRISI MAKANAN POLTRI
Pengeluaran ternakan yang berkualiti dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan.
Pengambilan makanan lengkap dan sempurna mengikut keperluan ternakan mampu untuk
menghasilkan tumbesaran yang baik dan hasil optimum (Rajah 2.28).

Karbohidrat

Lemak Vitamin

NUTRISI DALAM
MAKANAN
Protein Air

Mineral Aditif

Rajah 2.28 Nutrisi dalam makanan ternakan


Protein
Protein sangat penting untuk ternakan. Protein bertujuan untuk pembinaan otot, pemulihan tisu,
tumbesaran badan, pembekal tenaga dan membentuk enzim. Sumber protein daripada sumber
tumbuhan yang diperlukan ialah sebanyak 10-30 peratus daripada jumlah makanan yang dimakan
ternakan. Manakala, sumber protein haiwan ialah antara 3-10 peratus daripada jumlah makanan.
Kekurangan sumber protein daripada ternakan menyebabkan badan menjadi kurus, lemah, peka
kepada antitoksin, tumbesaran menurun dan kecekapan penukaran makanan akan menurun.
Rajah 2.29 menyatakan sumber utama protein yang diperlukan oleh poltri.

SUMBER PROTEIN

Tumbuhan Haiwan
(Kacang Soya dan (Serbuk daging, tulang
Kacang Tanah) dan ikan)

Rajah 2.29 Sumber protein yang diperlukan oleh poltri


Karbohidrat
Karbohidrat diperlukan bagi memberi tenaga untuk menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan.
Sumber karbohidrat ialah daripada glukosa, fruktosa, sukrosa, laktosa dan selulosa. Kekurangan
karbohidrat menyebabkan tumbesaran binatang ternakan terjejas dan berat badan akan berkurangan.

161
Lemak
Lemak merupakan sumber tenaga, sumber makanan simpanan, keperluan untuk pembentukan tisu
di bawah kulit, penebat haba dan pelarut vitamin. Sumber lemak terdapat dalam minyak dan serbuk
daging hancur. Minyak berfungsi untuk menambah cita rasa makanan, membantu penyerapan
vitamin dan meningkatkan keberkesanan penggunaan makanan. Kekurangan lemak menyebabkan
ternakan menjadi lesu dan kurus.
Mineral
Mineral penting untuk pembentukan fungsi badan dengan sempurna terutamanya tisu badan,
bendalir badan dan tulang. Jumlah mineral yang diperlukan oleh ternakan bergantung kepada
jenis ternakan dan peringkat tumbesarannya. Sumber mineral boleh didapati daripada tulang, kulit
kerang dan garam.
Vitamin
Vitamin merupakan zat organik penting untuk pertumbuhan dan vitamin diperlukan hanya dalam
jumlah yang sedikit oleh ternakan. Vitamin bertujuan untuk mengatur proses badan bagi menjamin
tumbesaran, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan. Penyakit disebabkan oleh kekurangan vitamin
ialah Avitaminosis dan Hypovitaminosis.

Air
Berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan ke seluruh anggota, mengawal cecair dan suhu
badan. Pengambilan air perlu bergantung kepada suhu, udara dan air.

Aditif
Aditif merupakan bahan bukan nutrisi yang perlu ditambah ke dalam formulasi makanan ternakan.
Fungsi aditif adalah:

1. Mempertingkatkan kadar pertumbuhan


2. Mempertingkatkan nisbah penukaran makanan
3. Anti stres
4. Mencegah penyakit

Jenis Aditif Sumber

Antibakteria Sulfar drugs

Koksidiostat Amprolium, Arsanilic acid (supaya tidak terkena coccidiosis)

Tambahan nutrisi Galian dan vitamin

Anthelmintic Ubat cacing

Antioksidan BHT, EDTA (elakkan bau busuk akibat lemak berlebihan).

Probiotik Vaksin

Growth promoter Acidophilus, Yis

162
REFLEKSI 2.3

Makanan
Permulaan

Makanan
Jenis Makanan
Pembesaran

Makanan
Penamat

NUTRISI Tempoh Pemberian


TERNAKAN Makanan/Minuman/
POLTRI Vitamin

Protein

Karbohidrat

Lemak

Formulasi Diet
Mineral
Makanan Poltri

Vitamin

Air

Aditif

163
JANA MINDA
Jawab soalan berikut.
1. (a) Nyatakan dua kepentingan pemakanan terhadap ternakan
...
(i) .....................................................................................................................

...
(ii) ...................................................................................................................

(b) Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi pengambilan makanan ternakan poltri.

...
(i) .....................................................................................................................

...
(ii) ...................................................................................................................

2. Rajah menunjukkan dua bentuk makanan poltri.

Serbuk Halus Pelet Kasar

(a) Nyatakan dua kelebihan makanan serbuk halus berbanding dengan makanan pelet kasar.

..
i. .........................................................................................................

...
ii. ........................................................................................................

(b) Nyatakan dua ciri makanan pelet kasar.

..
i. .........................................................................................................

ii. ........................................................................................................

164
3. Y dan Z adalah dua peringkat umur ternakan ayam pedaging.

Y 1 hari-4 minggu Z 4 minggu-7 minggu


Padankan peringkat umur itu dengan penyataan berikut dengan menulis Y atau Z pada
petak yang disediakan.

Makanan permulaan

Makanan pembesaran

Kandungan protein 18-20 peratus

Kandungan protein 21-24 peratus

4. Nyatakan dua vitamin.

(a) Larut lemak

(i) .....................................................................................................................
...

(ii) ...................................................................................................................

(b) Larut air

(i) .....................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................
5. Tandakan (√) bagi nutrisi yang terdapat dan (x) bagi nutrisi yang tidak terdapat dalam
makanan ternakan poltri.
Nitrogen

Fosforus

Kalsium

Kalium

6. Nyatakan empat nutrisi yang terdapat dalam makanan poltri.

(i) .....................................................................................................................

(ii) ...................................................................................................................

...
(iii) ..................................................................................................................

(iv) ...................................................................................................................

165
UNIT
2.4 PENGURUSAN TERNAKAN
POLTRI

166
PENGURUSAN TERNAKAN POLTRI

Persaingan pasaran ternakan menjadi semakin mencabar kerana dipengaruhi oleh harga, kualiti
ternakan dan keselamatan hasil. Penilaian dan kepekaan terhadap kehendak pengguna tentang
keselamatan makanan, kualiti dan alam sekitar, perlu diambil perhatian oleh penternak. Amalan
pengurusan perladangan yang baik harus dilaksanakan dengan lebih sistematik supaya menjadi
lebih produktif, berkualiti dan berdaya saing melalui aktiviti perladangan mesra alam atau
sosio-persekitaran.

AMALAN PERLADANGAN YANG BAIK


Amalan perladangan yang baik ialah amalan pengurusan ternakan yang baik, terancang dan
bersistematik untuk tujuan mendapatkan prestasi pengeluaran yang optimum. Penerapan amalan
perladangan yang baik bermula daripada peringkat perancangan awal iaitu proses menubuhkan
ladang sehingga pembinaan perumahan, kebersihan dan kawalan penyakit, pengurusan harian
dan urusan pasaran. Amalan ini adalah untuk memberikan keyakinan kepada pengguna bagi
mendapatkan hasilan yang berkualiti dan selamat, peluang untuk memperluaskan pasaran sama
ada di peringkat tempatan dan antarabangsa serta jaminan sebuah ladang yang berdaya maju.

Produktiviti Ladang

Pengeluaran
Persekitaran Optimum
yang Baik
TUJUAN AMALAN
PERLADANGAN YANG
BAIK

Hasil yang Kos


Berkualiti Minimum

167
FAKTOR MEMPENGARUHI PENTERNAKAN YANG BAIK
Penggunaan Teknologi
Teknologi memainkan peranan yang penting untuk kecekapan pengurusan ternakan, meningkatkan
hasilan dan kualiti ternakan. Teknologi membantu dalam pengurusan harian ternakan seperti
pemberian makanan, minuman, kebersihan dan penyediaan perumahan ternakan yang lebih
sempurna dan selesa. Penggunaan teknologi juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga kerja,
meningkatkan pengeluaran ladang dan kecekapan kawalan penyakit. Penggunaan teknologi
automatik pengumpulan telur yang digunakan dan direka bentuk untuk ayam penelur
(Gambar foto 2.27).

Penggunaan teknologi semakin


menjadi isu utama dalam
penternakan poltri. Bincang
kesannya kepada penternak
dan nyatakan langkah-langkah
yang sewajarnya diambil untuk
memastikan penternakan terus
berdaya maju.

Gambar foto 2.27 Reban ayam penelur

ASPEK PENTING DALAM PENTERNAKAN


Terdapat dua aspek penting yang mempengaruhi pengurusan ternakan poltri iaitu pengetahuan
teknologi dan teknikal serta pengetahuan ekonomi penternakan.

1. Pengetahuan Teknologi dan Teknikal


Pengetahuan teknologi dan teknikal adalah berkait rapat dengan pengurusan projek secara teknikal
dan penggunaan teknologi terkini dalam sistem penternakan. Parameter penting yang perlu diambil
kira seperti kadar kematian, jumlah stok, jumlah pengeluaran, berat ternakan, kadar pengeluaran
telur dan anak ayam, nisbah penukaran makanan (NPM) dan tempoh penternakan.

2. Pengetahuan Ekonomi Penternakan


Penternak perlu menganalisis aliran tunai perniagaan untuk mengetahui prospek penternakan
dengan membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekurang-kurangnya untuk 5 tahun.
Perancangan projek yang cekap menentukan kejayaan dan keuntungan. Penternak juga perlu
mengkaji aspek ekonomi untuk kejayaan penternakan sebelum membuat keputusan meneruskan
projek yang dirancang seperti tanah, buruh, modal dan pengurusan penternakan.

168
2.4.1 PENGURUSAN HARIAN POLTRI
Pengurusan harian penternakan adalah pemberian makanan dan air minuman kepada ternakan,
pengurusan pembersihan dan kawalan suhu reban, pemberian vaksin, penggunaan dan
penyelenggaraan peralatan serta pengurusan kesihatan ternakan. Pengurusan poltri terbahagi
kepada beberapa peringkat bergantung kepada jenis hasilan ternakan seperti ditunjukkan dalam
Rajah 2.30 di bawah.
PENGURUSAN TERNAKAN

Pedaging Penelur

Peringkat Peringkat
Perindukan Perindukan

Peringkat Peringkat
Pembesaran Pembesaran
Peringkat
Pengeluaran
Rajah 2.30 Pengurusan poltri

AMALAN SANITASI
Amalan sanitasi ialah aktiviti membersih, memastikan kawasan dan alat yang digunakan bebas
daripada kotoran serta bahan yang boleh menyebabkan penyakit kepada ternakan. Amalan ini
bermula daripada peringkat perolehan anak ayam sehinggalah pemasaran. Amalan sanitasi
bertujuan untuk memperoleh hasilan yang optimum melalui kualiti baka yang baik, kecekapan
pemberian makanan dan minuman, pengurusan kesihatan dan persekitaran yang selesa. Amalan
ini juga memastikan ternakan tidak menghadapi stres yang boleh menjejaskan produktiviti dan
melemahkan daya tahan penyakit.

Sanitasi Ladang - Skim Amalan Ladang Ternakan


Sanitasi merujuk kepada Amalan Ladang Ternakan (SALT) mula diperkenalkan pada tahun 2003.
Konsep ini menekankan kepada sistem penternakan bertujuan memastikan program kesihatan
ternakan dipertingkatkan sepanjang masa dan diurus mengikut Amalan Penternakan Yang Baik
(GAHP) untuk hasil yang berkualiti dan selamat dimakan. SALT dilaksanakan sebagai usaha untuk
mewujudkan sanitasi ladang ternakan yang bertaraf antarabangsa. SALT telah dijenamakan semula
menjadi Malaysian Good Agricultural Practices (MyGAP).

Kawalan dan Jaminan Kualiti


Kawalan dan jaminan kualiti merujuk kepada beberapa aktiviti iaitu menyediakan rekod ladang
yang lengkap seperti rekod sumber anak ayam, sumber makanan, kematian, penakaian, pemberian
vitamin dan pemberian vaksin. Rekod ladang perlu disemak, dikemas kini daripada masa ke masa
dan mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang masalah. Kawalan dan jaminan kualiti
juga bertujuan untuk mengelakkan pencemaran dan gangguan kepada persekitaran serta masalah
penyakit dari ladang ternakan.

169
PERSEDIAAN DAN KELENGKAPAN PERUMAHAN AYAM
Persediaan sebelum kemasukan ayam ke dalam reban sangat penting untuk memastikan anak
ayam mendapat keselesaan. Terdapat lima perkara yang perlu dilakukan iaitu:

MEMBERSIHKAN REBAN DAN PERALATAN


Pembersihan reban dan peralatan dilakukan sebelum memulakan penternakan atau sebelum
peringkat perindukan bermula. Perumahan anak ayam perlu dibersihkan sekurang-kurangnya
21 hari (3 minggu) sebelum kedatangan anak ayam. Reban perlu selamat dan selesa serta membaiki
segala kerosakan yang ada. Keseluruhan reban iaitu dinding, lantai dan siling perlu disinfektan
dengan menggunakan sama ada Bromosept atau Potasium Permaganate. Jika reban menggunakan
sistem reban lantai sarap, bahan tersebut perlu dibuang 2 minggu sebelum sarap baru diletakkan
setebal 25mm atau 50mm tinggi. Sarap tersebut perlu disembur dengan bahan pembasmi jangkitan
seperti Quatenary Ammonium Compound. Peralatan makanan dan minuman juga perlu disinfektan
dan diperiksa untuk memastikan ia berfungsi dengan baik.

MENYUSUN BEKAS MAKANAN DAN MINUMAN


Bekas makanan dan minuman ternakan perlu disusun mengikut jarak yang sesuai. Penyediaan dan
penyusunan bekas makanan dan minuman ini perlu mengikut umur dan berdasarkan kepadatan
ternakan. Gambar foto 2.28 menunjukkan susun atur peralatan makanan dan minuman reban
konvensional, manakala Gambar foto 2.29 pula adalah susun atur peralatan makanan dan minuman
reban moden.

Gambar foto 2.28 Susun atur peralatan makanan dan minuman reban konvensional

Gambar foto 2.29 Susun atur peralatan makanan dan minuman reban moden

170
Keperluan bekas makanan dan minuman ayam bergantung kepada umur ternakan dan jumlah
ternakan. Jadual 2.24 dan Jadual 2.25 menunjukkan keperluan bekas makanan dan minuman
penternakan ayam.
Jadual 2.24 Bekas makanan ayam Jadual 2.25 Bekas minuman ayam
Umur Keperluan Bekas Makanan Jumlah Umur Jumlah
Ternakan Ternakan Ternakan Keperluan Bekas Minuman Ternakan

Bekas atau dulang makanan 100 ekor 1-14 hari Bekas minuman 9 liter air 100 ekor
1-10 hari sehari
berukuran 457mm x 457mm x
25mm
Selepas 2 bekas minuman
14 hari 100 ekor
automatik
Selepas Bekas makanan gantung 100 ekor
10 hari berukuran bulat 406mm (3
bekas) atau berukuran bulat 21 hari 1 bekas minuman 7.6 liter air 25-30
305mm (4 bekas) ke atas sehari ekor

MEMBUAT KEPUNGAN
Kepungan dibuat pada peringkat perindukan dengan ukuran keliling 2140mm untuk sejumlah
500 ekor. Kepungan bertujuan memastikan suhu yang bersesuaian untuk anak ayam peringkat
perindukan. Kebiasaannya, bentuk bulat digunakan supaya anak ayam tidak berkumpul pada satu
sudut sahaja yang boleh menyebabkan lemas dan kematian.

MEMASANG BIDAI
Bidai digunakan untuk menutup keseluruhan reban yang hendak dijadikan perindukan. Bidai
bertujuan untuk menghalang haba keluar dengan cepat dan mengelakkan pergerakan atau tiupan
angin yang kuat masuk ke dalam reban. Bidai juga dapat mengelakkan gangguan dari luar seperti
haiwan lain yang menyebabkan anak ayam menjadi terkejut dan stres. Kebiasaannya, kanvas,
plastik biru dan guni dedak (bekas makanan ayam) digunakan untuk menutup dinding reban.

MENYEDIAKAN ALAT PEMANAS REBAN


Alat pemanas penting untuk memastikan suhu dalam reban bersesuaian dengan keperluan haba
yang dikehendaki. Kebiasaannya, alat pemanas gassolec hoover digunakan dan digantung di
tengah bulatan kepungan dengan ketinggian 910mm. Suhu mempengaruhi pembesaran anak ayam
dan memastikan anak ayam terus hidup. (Jadual 2.26)

Jadual 2.26 Kawalan suhu ayam

Umur Ternakan Suhu Reban

Hari Pertama 35°C


Hari ke-2 hingga ke-7 33°C
Hari ke-8 hingga ke-14 28°C
Hari ke-15 dan seterusnya 23°C

171
MEMASUKKAN ANAK AYAM
Anak ayam akan dilepaskan berhampiran dengan bekas air minuman yang telah dicampurkan
vaksin anti stres. Pemberian makanan akan dilakukan selepas 1 jam anak ayam berada di dalam
perindukan. Anak ayam akan dipantau setiap masa untuk memastikan keselesaannya.

Gambar foto 2.30 Anak ayam ditempatkan dalam Gambar foto 2.31 Hari pertama anak ayam di
kotak khas sebelum dibawa ke reban dalam reban

Gambar foto 2.30 menunjukkan proses pengangkutan anak ayam untuk dibawa masuk
ke dalam reban, manakala Gambar foto 2.31 menunjukkan anak ayam berada pada peringkat
perindukan. Ciri baka ayam yang baik boleh dinilai melalui berat sekurang-kurangnya 35gram dan
saiz yang seragam, mata yang bulat, bersinar, sihat, cergas, bulu badan kering dan kembang, pusat
yang kering, saluran pencernaan yang bersih (tidak melekat dengan tinja) dan tiada kecacatan.

UMUR 1 - 4 MINGGU

a) Minggu Pertama
Pada minggu pertama anak ayam akan diberikan vaksin Rheniket F melalui titisan hidung sebelum
dimasukkan ke dalam perindukan. Suhu pada hari pertama ialah 33°C-35°C. Lampu dan alat
pemanas dipasang sepanjang masa (24 jam). Anak ayam berada dalam kepungan dengan jarak
914mm hingga 1219mm dari alat pemanas. Dinding reban ditutup untuk mengawal pengudaraan.
Makanan dan minuman yang mencukupi perlu dibekalkan sentiasa.

Anak ayam minggu pertama

172
Hari Ketiga
Pada hari ketiga, penternak perlu menukar air minuman setiap hari dan membersihkan, menambah
atau menukar sarap yang basah dan kotor. Rekod jumlah kematian dan pengambilan makanan perlu
dicatat. Pada minggu ini nisbah penukaran makanan dihitung dan dicatat dalam rekod. Kawasan
kepungan akan diperluaskan mengikut peringkat tumbesaran.
Hari Keenam
Pada hari yang keenam, paruh anak ayam akan dipotong. Paruh bahagian atas lebih pendek
daripada bahagian bawah untuk ayam penelur sahaja. Tujuan pemotongan paruh ini adalah untuk
mengelakkan ayam mematuk sesama sendiri dan memastikan tidak berlaku pembaziran makanan.
Pemotongan paruh anak ayam dilakukan ketika anak ayam berumur 7-10 hari. Potong lebih kurang
1/3 dari lubang hidung dan melakukan kelaran dengan besi panas sekiranya berlaku pendarahan.
Rajah 2.30 menunjukkan bahagian paruh yang dipotong untuk ayam penelur.

2-3 Had pemotongan


1-3
paruh

1-3 1-4

Rajah 2.30 Pemotongan paruh ayam penelur


b) Minggu Kedua
Pada minggu ini pemberian makanan dilakukan sebanyak 3 kali sehari. Air bercampur vaksin anti
stres diberikan pada awal minggu. Alat pemanas dipasang pada waktu malam atau ketika cuaca
sejuk sahaja. Pembersihan dan penukaran sarap yang basah dan rosak perlu dilakukan. Vaksin
(infectious bursal disease, IBD) akan ditambah dalam minuman. Bidai reban dibuka pada siang hari
dan diturunkan pada waktu malam. Pada minggu ini berat ayam perlu ditimbang dan direkodkan.

c) Minggu Ketiga
Pada minggu ketiga, penternak perlu membersihkan bangkai anak ayam yang mati. Penakaian ayam
yang lemah dan sakit perlu dilakukan. Alat pemanas dipasang pada waktu malam sahaja. Kepungan
dibuka dan anak ayam dilepaskan secara bebas di dalam reban. Bekas makanan tergantung iaitu 1
unit bersamaan 25 hingga 30 ekor ayam. Suntikan vaksin fowl pox diberi kepada ayam.

Minggu ketiga anak ayam di dalam reban

173
d) Minggu Keempat
Pada minggu ini pemberian makanan akan dilakukan sebanyak 2 kali sehari. Bekas makanan dan
minuman digantung sama paras dengan dada ayam. Air minuman bercampur vaksin antistres akan
diberikan. Sarap basah dan kotor perlu ditukar dan ditambah jika perlu. Bidai akan terus dibuka.
Penternak perlu menimbang dan merekodkan berat ayam untuk keperluan kiraan nisbah penukaran
makanan (NPM).
e) Minggu Kelima
Penukaran makanan kepada jenis pembesaran akan diberikan untuk meningkatkan tumbesaran ayam
secara perlahan-lahan. Penternak akan menimbang dan merekodkan berat ayam untuk keperluan
kiraan nisbah penukaran makanan (NPM).

f) Minggu Keenam dan Ketujuh


Minggu ini adalah minggu terakhir ayam di dalam reban. Ayam akan diberi makanan untuk
pembesaran sepenuhnya. Pemberian antibiotik dihentikan. Penternak perlu menimbang dan
merekodkan untuk keperluan kiraan nisbah penukaran makanan (NPM). Ayam yang berumur
35-42 hari perlu mencapai berat badan 1.6 kg-1.9 kg iaitu berat yang sesuai untuk dipasarkan.

Minggu keenam ayam di dalam Minggu terakhir ayam di dalam reban


reban

PERSEDIAAN DAN KELENGKAPAN PERUMAHAN PUYUH

Persediaan dan kelengkapan perumahan puyuh lebih mudah berbanding dengan perumahan ayam.
Hal ini disebabkan, puyuh memerlukan perumahan yang lebih ringkas dan mudah untuk disediakan.
Rajah 2.31 menunjukkan peringkat penternakan puyuh.

PERINGKAT PENTERNAKAN PUYUH

Peringkat Perindukan Peringkat Pembesaran Peringkat Pengeluaran


(1-14 hari atau 2 minggu) (15-42 hari) (puyuh penelur sahaja)
(Selepas hari ke-45)

Rajah 2.31 Peringkat penternakan puyuh

174
PERINGKAT PERINDUKAN
Peringkat perindukan bermula pada awal umur puyuh sehingga berumur 14 hari. Kebiasaannya,
pada peringkat ini, puyuh ditempatkan di dalam sangkar khas yang bertutup. Puyuh akan dibekalkan
dengan keperluan makanan dan minuman. Sangkar ini akan ditutup dengan menggunakan guni,
kanvas atau kertas keras. Lampu pijar digunakan sebagai punca haba untuk mengelakkan puyuh
daripada kesejukan dan memastikan suhu dalam sangkar sekitar 35°C. (Gambar foto 2.32)

Gambar foto 2.32 Minggu pertama anak puyuh di dalam reban

Peringkat Pembesaran
Keperluan peralatan untuk peringkat ini perlu disesuaikan dengan tumbesaran puyuh. Pada
peringkat pembesaran, penternak boleh memilih sama ada sistem sarap atau sistem sangkar
untuk perumahan puyuh. Pemberian makanan dan minuman dilakukan dengan menggunakan
bekas berbentuk palung yang digantung mengikut tumbesaran puyuh. Bekas air minuman perlu
dibersihkan setiap hari untuk mengelakkan pembiakan bakteria.

Peringkat Pengeluaran
Hanya puyuh betina yang akan melalui peringkat pengeluaran. Pada peringkat pengeluaran, sangkar
pengeluaran digunakan dan direka bentuk khas untuk memastikan telur puyuh terkumpul di luar
hadapan sangkar. Pemberian makanan penelur diberikan dengan kadar purata 27 gram sehari.
Puyuh akan menghasilkan telur sebanyak 260 biji selama 52 minggu.

Merekod Ternakan
Aktiviti merekod merupakan satu aktiviti yang perlu dilakukan dalam setiap pusingan musim
penternakan. Ternakan akan direkod daripada mula diternak, bilangan kematian, bilangan yang
ditakai dan bilangan ternakan yang hidup. Berat ternakan, kuantiti makanan dan purata pengambilan
makanan akan direkod untuk pengiraan nisbah penukaran makanan.

INFO TAMBAHAN
Lampu pijar berkuasa 100 watt digunakan di dalam sangkar untuk 80-100 ekor anak puyuh. Lampu
digantung sekurang-kurangnya 50mm daripada lantai. Aras ketinggian lampu ini boleh diubah
mengikut tumbesaran anak puyuh.

175
PENGURUSAN HARIAN POLTRI
Pengurusan harian dalam ternakan poltri merupakan proses kerja yang dilaksanakan bermula
dari persediaan reban dan alatan sehinggalah ternakan mencapai umur untuk dipasarkan. Aktiviti
pengurusan harian perlu dilaksanakan dengan teliti dan teratur untuk mencapai matlamat
penternakan. (Rajah 2.32)

Kebersihan Pemberian
Reban Makanan dan
Minuman

PENGURUSAN
HARIAN
Pengurusan POLTRI
Pengudaraan
Penjagaan
Kesihatan

Merekod

Rajah 2.32 Pengurusan harian poltri

KEBERSIHAN REBAN
Kebersihan merupakan perkara asas yang perlu diambil perhatian sepanjang tempoh penternakan.
Persekitaran reban yang bersih menjamin keselesaan ternakan, mencegah daripada jangkitan
penyakit dan mengelakkan haiwan pemangsa datang ke reban. Pembersihan perlu sentiasa
dilakukan bukan sahaja di dalam reban malahan peralatan, dalaman reban dan persekitarannya.
Penyelenggaraan rumput dan tumbuhan yang berada di sekitar kawasan perumahan serta sistem
salirannya perlu dibersihkan. Selain itu, pembersihan juga perlu dilakukan dengan sempurna
supaya tidak mendatangkan masalah terutamanya gangguan bau kepada masyarakat sekeliling.
Rajah 2.33 menunjukkan pengurusan pembersihan reban ternakan.

PEMBERSIHAN REBAN

Menghapuskan Ternakan Membersihkan Membersihkan Tinja


yang Telah Mati Sampah Sarap Ternakan

Proses Menghapuskan Tempat


Penghapusan Sisa Ladang Pembiakan Lalat

Rajah 2.33 Pengurusan harian reban


Sisa ladang juga perlu dibersihkan, diproses semula, dibakar atau ditanam kerana ia boleh menjadi
tempat pembiakan lalat, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa penyakit.

176
PEMBERIAN MAKANAN DAN MINUMAN
Pemberian makanan dan minuman kepada ternakan merupakan perkara penting dalam mengurus
harian ternakan. Pemberian makanan dan minuman mestilah mengikut peringkat tumbesaran
dan keperluan nutrisi ternakan. Makanan dan minuman yang diberi hendaklah bermutu tinggi
dan mencukupi mengikut keperluan jenis ternakan. Setiap ekor ternakan perlu diberikan ruang
lantai, ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Jadual 2.27
menerangkan pemberian makanan ayam, manakala Jadual 2.28 menerangkan pemberian makanan
puyuh.
Jadual 2.27 Pemberian makanan ayam

Pemberian Jadual Pemakanan


Makanan
Cara Pertama Cara Kedua
Makanan Permulaan 1 hingga 21 hari 1 hingga 14 hari
Makanan Pembesaran 22 hari hingga ayam mengeluarkan hasil 15 hingga 39 hari

- Hari ke-40 hingga ayam


Makanan Penamat mengeluarkan hasil

Jadual 2.28 Pemberian makanan puyuh


Pemberian Jadual Pemakanan
Makanan
Cara Pertama Cara Kedua
Makanan Permulaan 1 hingga 14 hari 1 hingga 14 hari
Makanan Pembesaran 15 hari hingga puyuh mengeluarkan hasil 15 hingga 35 hari

- Hari ke-36 sehingga puyuh


Makanan Penamat
mengeluarkan hasil

1. Kawalan Kualiti Makanan


Kualiti makanan ternakan yang dibekalkan kepada ternakan akan mempengaruhi pengeluaran
hasil. Penternak perlu memastikan bekalan makanan yang diperoleh dari kilang makanan perlu
menerapkan Amalan Pembuatan Yang Baik (GMP) atau amalan yang diperakui oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (JPV). Makanan perlu disimpan di tempat yang mempunyai pengudaraan
yang baik, tidak terdedah dengan persekitaran yang boleh mengurangkan kualiti zat makanan.
Makanan juga perlu disimpan di tempat yang bersih dan tidak dimasuki oleh tikus atau burung.
Alas bekas (guni) makanan dengan kayu setinggi lebih kurang 150mm. Pantau mutu dan kebersihan
makanan dari masa ke masa.

INFO TAMBAHAN
Ayam seberat 1.8 kg menghasilkan 113 gram kotoran sehari yang mengandungi air, tinja
(50 hingga 80 gram pepejal) dan mineral. Ini menunjukkan bahawa kesan kotoran ini mampu
mencemarkan alam sekitar jika tidak ada pengurusan yang baik. Selain itu, sisa kotoran
ini boleh diproses semula untuk menghasilkan bahan lain seperti baja organik yang sangat
diperlukan oleh tumbuhan.

177
2. Kawalan Kualiti Air Minuman
Air minuman yang dibekalkan kepada ternakan hendaklah mempunyai tahap kualiti yang standard.
Air mestilah daripada sumber yang bersih dan telah dirawat dengan menggunakan bahan seperti
klorin dan bahan lain yang diluluskan oleh kerajaan. Elakkan air minuman daripada dicemari dan
disimpan dalam bekas yang tertutup serta mudah dicuci. Gunakan bekas penyimpan air minum
yang tidak mudah berkarat dan tidak diperbuat daripada bahan yang boleh menyebabkan keracunan.
Kualiti air adalah pada pH 6.5 hingga pH 8.0. Pantau kandungan kimia, kuman, logam, bau, warna
dari masa ke masa.
PENJAGAAN KESIHATAN
Ternakan yang sihat mempunyai ketahanan melawan penyakit. Pemeriksaan kesihatan ternakan perlu
dilakukan setiap hari bertujuan mengawal penyakit daripada merebak. Rajah 2.34 menunjukkan
antara aktiviti penjagaan kesihatan ternakan.

PENJAGAAN KESIHATAN

Timbangan Pemberian Pemberian Pemberian


Mingguan Vaksin Antibiotik Anti Stres

Rajah 2.34 Penjagaan kesihatan

1. Program Kesihatan
Program kesihatan menyediakan dokumen bertulis tentang kesihatan ternakan dan melaksanakannya
dengan betul. Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan perlu sentiasa mendapat nasihat
dan diawasi oleh perunding veterinar yang diiktiraf. Program kesihatan dinilai dan dikemaskini
daripada masa ke masa bertujuan mengetahui perkembangan ternakan serta mengambil beberapa
langkah perlu untuk memastikan keadaan di kawasan ladang terkawal. Rajah 2.35 menyatakan tiga
aktiviti utama program kesihatan ternakan.

PROGRAM KESIHATAN

Pelalian Rawatan Biosekuriti

Rajah 2.35 Program kesihatan

2. Penakaian
Penakaian ialah satu kaedah pencegahan penyebaran penyakit di mana ternakan yang tidak
diperlukan dikeluarkan daripada kumpulannya. Antara ternakan yang ditakai ialah seperti ternakan
yang mempunyai tumbesaran terjejas, pengeluaran rendah, berpenyakit dan cacat. Ternakan yang
menunjukkan tanda-tanda sakit hendaklah segera diasingkan untuk dirawat.

178
PENGURUSAN PENGUDARAAN
Pengurusan pengudaraan merujuk kepada kawalan pengudaraan dan kelembapan di dalam reban
dan persekitaran luar reban.

1. Memeriksa Suhu Reban


Suhu memainkan peranan penting untuk tumbesaran ternakan. Suhu 24°C merupakan suhu yang
paling ideal bagi reban ayam selepas peringkat perindukan. Setiap penurunan 1°C suhu dan
kenaikan 2°C suhu di atas paras 29°C akan menurunkan kadar penukaran makanan. Jadual 2.29
menyatakan suhu di dalam reban dan kesannya terhadap ternakan.

Jadual 2.29 Suhu dalam reban


(Sumber: Unit Unggas, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2006)

Suhu dalam reban Kesan ke atas Ayam

Kurang dari 21°C • Penurunan berat badan


• Kesan kepada nisbah penukaran makanan
21°C - 26°C • Kurang nisbah penukaran makanan
• Merupakan suhu yang paling bersesuaian
• Penyusutan terhadap pengambilan makanan
26°C - 29°C • Pengambilan zat makan mencukupi dan pengeluaran
yang baik
• Pengambilan makanan menurun
29°C - 32°C • Penurunan berat badan
• Prosedur penyejukan perlu disegerakan
• Pengambilan makanan terus merosot
32°C - 35°C
• Prosedur penyejukan perlu dilakukan
• Keadaan heat prostration boleh berlaku
35°C - 38°C • Langkah kecemasan diperlukan
• Pengambilan makan merosot
• Pengambilan air sangat tinggi
Melebihi 38°C • Langkah kecemasan untuk menyejukkan
reban ayam sangat diperlukan

2. Persekitaran Reban
Pemantauan paras gas ammonia, karbon monoksida, karbon dioksida, hidrogen sulfida dan
oksigen di dalam reban tertutup dari masa ke masa perlu dilakukan bagi memastikan parasnya
tidak menjejaskan kesihatan ayam dan pekerja. Ammonia (NH3) dan hidrogen sulfida (H2S)
merupakan sebatian yang dikaitkan dengan sisa buangan ternakan termasuklah tinja, sampah
sarap dan bangkai ternakan.

MEREKOD
Proses merekod perlu dilakukan setiap hari terutamanya rekod kewangan, kematian ayam,
penggunaan makanan, program rawatan, berat badan ternakan, pengambilan vaksin, pemberian
vitamin dan pasaran. Tujuan merekodkan adalah untuk mengetahui perkembangan, membuat
kawalan dan pemantauan berkaitan dengan perkembangan tumbesaran dan prestasi ternakan.
Merekodkan aktiviti secara terperinci dan berkala perlu dilakukan. Penternak perlu memastikan
berlakunya perubahan dan peningkatan.

179
1. Pemantauan Kenaikan Berat Ternakan
Ternakan perlu ditimbang bermula pada awal usia satu hari. Rekod berat badan ternakan digunakan
untuk menghitung nisbah penukaran makanan (NPM).Timbangan akan dilakukan setiap minggu
bermula dari minggu pertama ternakan di dalam reban sehingga minggu keenam iaitu masa untuk
dipasarkan terutamanya ayam pedaging.

Rekod yang perlu disimpan oleh penternak:


1. Tarikh ternakan tiba
2. Bilangan ternakan yang diterima
3. Sumber baka ternakan
4. Kematian dan penakaian ternakan
5. Pemberian makanan jenis makanan dan sumber makanan harian
6. Pemberian vaksin dan rawatan (jenis vaksin atau ubat)
7. Penggunaan air dan elektrik

Jadual 2.30 adalah contoh jadual rekod harian ternakan seperti dalam di bawah.

Jadual 2.30 Contoh rekod harian ternakan

REKOD HARIAN
Bilangan Ternakan: __________________ No. Reban: __________
Tarikh Bermula: __________________
Tarikh Akhir: __________________
Hari/ Bilangan Ternakan Kilogram/Liter Berat Pemberian
Minggu Kematian Ditakai Baki Ternakan Vitamin/ Pembersihan Catatan
Makanan Minuman Vaksin Reban
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Jumlah
Minggu
Pertama
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
Jumlah
Minggu
Kedua

Nota: Jumlah hari/minggu perlu dinyatakan atau ditambah sehingga tarikh akhir ternakan di dalam reban.

180
Jadual 2.31 rekod senarai semak pengurusan penternakan.

Jadual 2.31 Senarai semak pengurusan penternakan


Bil Aktiviti Sebelum Semasa Selepas
1 PENYEDIAAN REBAN/PERUMAHAN AYAM
Sanitasi/membersihkan reban
Menabur kapur
Membiarkan reban kering
Membina pengepung
Menabur sarap
Memasang bidai
Melakukan disnifektan
2 PENYEDIAAN ALAT PEMANAS/PERINDUKAN
Memasang alat pemanas
Penyediaan bahan
3 PERINDUKAN
Memanaskan alat pemanas/perindukan
Menyelaras suhu alat pemanas
Menyediakan air minuman
Memeriksa kuantiti dan kualiti anak ayam
Meletakkan makanan dalam bekas
Memeriksa keperluan bahan sarap
Memasang alat pengepung tambahan
Menggredkan ayam
Menentukan jangka masa pemanasan
Mengawal pengudaraan reban
Menukar saiz/menambah bilangan bekas makanan dan minuman
mengikut kesesuaian.
Menimbang sampel berat ayam
Penakaian (jika perlu)
Rawatan (jika perlu)
Menyediakan laporan/rekod kerja
4 PERINGKAT PEMBESARAN
Meletakkan bekas makanan dan minuman yang telah dibersihkan
Mengisi makanan dan minuman
Pengawalan cahaya
Pengawalan pengudaraan
Pengawalan suhu reban
Pengurusan kesihatan ternakan
Memantau tumbesaran ayam
Penangkapan dan pemasaran ayam
Pengurusan sisa ladang
Menyediakan rekod ladang

181
2.4.2 PENGURUSAN PEMASARAN

Pemasaran merupakan proses akhir dalam keseluruhan aktiviti penternakan. Pemasaran ternakan
pada dasarnya dilakukan dengan mudah disebabkan oleh permintaan tinggi dengan harga yang
berpatutan, namun pengeluarannya masih lagi terhad. Ternakan poltri dipasarkan dalam bentuk
ternakan hidup, sembelih bersih, pelbagai keratan dan produk sedia untuk dimasak atau dimakan.
Lebih daripada 80 peratus ternakan pedaging dipasarkan dalam bentuk ayam hidup. Manakala, di
antara 15-20 peratus dihantar ke pusat penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai
ayam proses, keratan ayam dan menjadi produk hiliran. Jadual 2.32 menunjukkan umur ternakan
yang akan dipasarkan.
Jadual 2.32 Ternakan dipasarkan

Jenis Ternakan Umur Ternakan

Ayam Pedaging Hari ke-35 hingga ke-40

Puyuh Pedaging Hari ke-35 hingga ke-42

AKTIVITI PEMASARAN TERNAKAN


Ternakan yang telah mencapai berat yang dikehendaki boleh dipasarkan. Penangkapan ternakan
perlu diuruskan dengan baik agar tidak tercedera kerana ia boleh menurunkan nilai. Kebiasaannya,
kecederaan ke atas ternakan berlaku ketika proses penangkapan, dimuatkan ke dalam sangkar dan
semasa dalam perjalanan untuk dipasarkan. Kesan kecederaan seperti lebam dan kulit terkoyak
dapat dilihat setelah ternakan disembelih dan dibersihkan. Perkara yang perlu dilakukan sebelum
aktiviti penangkapan ialah:

MEMBERHENTIKAN PEMBERIAN MAKANAN


Pemberian makanan diberhentikan di antara 4 hingga 5 jam sebelum ternakan ditangkap (tidak
lebih dari 8 jam) bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan kelesuan semasa pengangkutan.

1. Menangkap Ternakan
Ternakan ditangkap pada waktu malam atau lewat petang dengan memegang kakinya kerana ketika
itu penglihatan ternakan menjadi terhad dan keadaan persekitaran yang sejuk dapat menenangkan
ternakan. Peralatan makanan dan minuman perlu dikeluarkan dahulu atau dinaikkan ke atas untuk
memudahkan proses penangkapan. Cahaya di dalam reban dikurangkan. Cahaya biru atau merah
sahaja digunakan semasa aktiviti menangkap ternakan kerana ternakan tidak dapat melihat dalam
cahaya tersebut. Penangkapan dengan cepat dan cermat. Elakkan membuat kejutan terhadap
ternakan.
Laman
ICT
Mesin penuaian secara automatik

182
2. Memuatkan Ternakan Ke Dalam Sangkar
Pastikan ternakan dimasukkan ke dalam sangkar dengan cermat. Letakkan sangkar dalam keadaan
rata supaya ternakan tidak berada pada sudut tertentu. Jumlah bilangan ayam di dalam sangkar
bergantung kepada saiz.

3. Mengangkut atau Membawa Ternakan Ke Pasaran


Sangkar ternakan perlu diangkat dalam keadaan mendatar dan melakukannya dengan cermat semasa
dalam kenderaan serta semasa menurunkannya. Elakkan ternakan daripada mengalami cuaca panas,
kebiasaannya ternakan diangkut sewaktu suhu sejuk seperti lewat petang, malam atau waktu pagi.
Ternakan dibawa dengan menggunakan lori yang direka bentuk khas supaya mempunyai sistem
pengudaraan yang baik.

Penghantaran ayam ke pasar

PASARAN TERNAKAN
Pemasaran penting dalam sesebuah perusahaan yang berasaskan komersial. Ternakan akan
dipasarkan sama ada di pasaran tempatan atau antarabangsa. Sebanyak 12-15 peratus bekalan ayam
daging Malaysia dieksport ke pasaran Singapura dan Brunei. Lebih 85 peratus ayam dieksport dalam
bentuk ayam hidup dan bakinya adalah produk hiliran (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016).
Walau bagaimanapun, permintaan pasaran eksport merupakan pasaran yang tidak stabil disebabkan
oleh kawalan dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi seperti pengeluar perlu memenuhi syarat
yang ditetapkan oleh negara pengimport meliputi sanitasi veterinar, kualiti dan status penyakit.
Produk dan kualiti untuk pasaran eksport juga perlu mematuhi standard antarabangsa.

Ayam di pasaran

183
SALURAN PEMASARAN
Pemasaran hasil boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah saluran pemasaran yang
sesuai dan lebih menguntungkan.
1. Saluran 1
Hubungan secara langsung berlaku di antara pengeluar dengan pengguna. Orang tengah atau
perantara tidak terlibat. Produk yang menggunakan saluran pemasaran ini biasanya mempunyai ciri-
ciri yang tidak tahan lama. Walau bagaimanapun, produk yang tahan lama juga boleh menggunakan
saluran ini bergantung kepada polisi sesebuah organisasi.

Pengeluar Pengguna

2. Saluran 2
Melibatkan orang tengah iaitu peruncit. Ia kebiasaannya mempunyai satu orang tengah sahaja.
Saluran ini juga selalunya digunakan oleh peruncit kecil dan peruncit besar terutama seperti pasar
raya besar. Pengeluar menjual keluaran mereka kepada peruncit dan seterusnya peruncit menjual
terus kepada pengguna.

Pengeluar Peruncit Pengguna

3. Saluran 3
Melibatkan dua peringkat orang tengah iaitu pemborong dan peruncit. Saluran ini sering digunakan
oleh pengeluar kecil produk makanan, farmasi, perkakas rumah dan produk-produk lain.

Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

4. Saluran 4
Saluran pemasaran ini mempunyai tiga peringkat orang tengah iaitu terdiri daripada pemborong,
jober dan peruncit. Jober membeli daripada pemborong dan menjual kepada peruncit kecil yang
tidak berurusniaga dengan pemborong besar.

Pengeluar Pemborong Jober Peruncit Pengguna

Saluran pengagihan yang mempunyai lebih banyak peringkat yang jarang digunakan dalam industri
poltri. Semakin banyak atau tinggi bilangan peringkat saluran pemasaran, semakin meningkat
kos. Hal ini menyukarkan pemasaran hasil dan pengguna untuk mencari harga yang lebih rendah.
Penternak boleh memasarkan hasil poltri sendiri secara langsung kepada pelanggan perniagaannya.
Ada kalanya pengeluar perlu menjual kepada pengedar industri dalam bentuk ayam proses atau
mengikut bahagian ayam yang tertentu seperti kepak, paha dan kaki sahaja. Cara ini mungkin lebih
menguntungkan dan menjamin pasaran.

184
HARGA AYAM PEDAGING DAN TELUR
Ayam daging adalah komoditi ternakan yang harganya dikawal. Harga pasaran ayam adalah
mengikut harga hidup di ladang, harga borong hidup, harga borong bersih, harga runcit hidup,
harga runcit bersih (dengan kaki, kepala, hati dan hempedal). Harga ditentukan berasaskan kepada
harga pada peringkat ladang. Harga siling pada peringkat ladang dan runcit ditetapkan. Selain
itu Persatuan Pengeluar Ayam dari masa ke masa akan menetapkan harga rujukan untuk panduan
pengeluar. Walaupun harga dikawal, harga sebenar adalah bergantung kepada faktor pasaran pada
sesuatu masa tetapi tidak boleh melebihi harga siling yang ditetapkan.
Harga ayam pedaging (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2016)
Harga Ladang Harga Borong Harga Runcit
Anak Ayam Sehari Ayam Hidup Ayam Hidup Standard Super
RM/Ekor RM/kg RM/kg RM/kg RM/kg
2.10 5.30 6.00 7.90 8.85

Harga telur ayam


Harga (Sen/Biji)
Gred AA Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E
0.35 0.33 0.32 0.31 0.28 0.25

GRED DAN HARGA PUYUH


Penjualan puyuh adalah dalam beberapa bentuk mengikut negeri atau kawasan penternakan.
Penjualan secara seekor paling popular di kebanyakan negeri.

Gred dan harga puyuh (Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, 2015)


Negeri Gred Berat (kg/ekor) Harga (RM)
Selangor A Minimum 2.0 kg/10 ekor 2.00/ekor
B Minimum 1.6 kg/10 ekor 1.70/ekor
C Minimum 1.45 kg/10 ekor 1.50/ekor
Kedah A 150 hingga 180 gm/ekor 1.50/ekor
B Kurang dari 150 gm/ekor 1.20/ekor
Perak Borong 1.60/ekor
Negeri Sembilan A Melebihi 1.5 kg/10 ekor 1.75/ekor
B 130 kg hingga 1.45 kg/10 ekor 1.60/ekor
C 1.00 kg hingga 1.20 kg/10 ekor 1.10/ekor
Johor AA Melebihi 190 gm/ekor 2.10/ekor
A 170 gm hingga 190 gm/ekor 1.90/ekor
B 150 gm hingga 170 gm/ekor 1.70/ekor
Terengganu 1.10 gm hingga 1.20 gm/ekor 1.50 hingga 1.60/ekor
atau 12.00/kg
Kelantan 100 gm/ekor 12.00/kg
110 gm/ekor 13.00/kg
160 gm/ekor 18.00/kg
180 gm/ekor 20.00/kg

185
NISBAH PENUKARAN MAKANAN
NPM ditakrifkan sebagai satu unit pengeluaran yang diperoleh daripada pengambilan satu unit berat
makanan. Ini bermaksud setiap kilogram makanan yang dimakan dapat menambahkan sejumlah
berat badan ayam. Nilai ini sangat penting untuk menunjukkan kecekapan penggunaan makanan.
Pengiraan nisbah penukaran makanan (NPM) ialah:

NPM = Kuantiti makanan yang dimakan (kg)

Pertambahan berat badan (kg)

Menilai Prestasi Poltri Berdasarkan Nilai Nisbah Penukaran Makanan (NPM)


Pemantauan prestasi ternakan perlu dilakukan untuk mengetahui kesan penukaran makanan. Lebih
rendah angka maka lebih baik penukaran makanan dan lebih tinggi pulangan pendapatan. Nilai
NPM dipengaruhi oleh jumlah dan jenis makanan, kualiti makanan, baka ayam, jantina ayam,
peningkatan pertumbuhan dan pengurusan. Nilai ini memberikan gambaran kos pengeluaran.

PENGARUH PENUKARAN MAKANAN


Faktor utama yang mempengaruhi penukaran makanan ialah pembaziran makanan. Pembaziran
makanan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan keuntungan. Pembaziran makanan
sering berlaku semasa menjalankan urusan penternakan harian tanpa disedari. Antara sebab utama
pembaziran makanan ialah:
1. Mengisikan makanan ke dalam bekas dengan tidak cermat dan berlaku
pertumpahan makanan
2. Menggunakan bekas makanan yang rosak
3. Paras tinggi bekas makanan yang tidak mengikut pembesaran ayam
4. Masalah lain yang mengambil makanan seperti tikus dan burung liar
5. Cara menyimpan guni makanan yang kurang sempurna menyebabkan guni makanan di
bawah menjadi keras dan tidak dapat digunakan
Penukaran pemberian makanan bertujuan untuk memenuhi keperluan nutrisi supaya ternakan
tersebut membesar dengan baik dan sihat. Proses pertukaran pemberian makanan perlu dilakukan
secara perlahan - lahan.

186
Contoh Nisbah Penukaran Makanan Ternakan
Jadual 2.33 dan Jadual 2.34 di bawah merupakan rujukan dan butiran hasil daripada pemeliharaan
ternakan bergantung sepenuhnya kepada kecekapan menguruskan penternakan ayam pedaging
dan puyuh. Perbandingan boleh dilakukan dengan butiran penternakan seperti dalam jadual yang
dinyatakan (Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 2006).

Jadual 2.33 Pemantauan prestasi ternakan – Ayam Pedaging

Berat Badan dan Kenaikan Berat


Mingguan (gram) Makanan Yang Dimakan
Umur / Nisbah
Minggu Penukaran
Makanan
Pertambahan (NPM)
Berat Mingguan Mingguan Terkumpul
Berat (gram) (gram) (gram)

Pertama 120 80 151 151 1.89

Kedua 320 200 309 460 1.54

Ketiga 545 225 400 860 1.78

Keempat 920 375 703 1563 1.87

Kelima 1295 375 837 2400 2.23

Keenam 1670 375 850 3250 2.27

Ketujuh 925 4175 3.08


1970 300
Kelapan 925 3.08
2270 300 5100

Jadual 2.34 Nisbah Penukaran Makanan (NPM) - Puyuh

Nisbah Penukaran
Umur/Minggu Berat Puyuh Pertambahan Makanan Yang Makanan
(gram) Berat (gram) Dimakan (gram) (NPM)

Pertama 20 10 10 1.00
Kedua 50 30 32 1.07

Ketiga 100 50 79 1.58


Keempat 170 70 132 1.89

Kelima 230 60 109 1.82


Keenam 280 50 132 2.64
Ketujuh 300 45 150 3.33

187
Pengiraan Nisbah Penukaran Makanan (NPM):
Rumus
Bilangan ayam diternak = 100 ekor
Kuantiti makanan seminggu = 400 kg
Berat badan ayam (awal) = 3.5 kg
Berat badan ayam (akhir) = 200 kg

NPM = Kuantiti makanan yang dimakan (kg)

Pertambahan berat badan (kg)

Pertambahan berat badan ayam


= Berat badan akhir – berat badan awal
= 200 kg – 3.5 kg
= 196.5 kg

Nisbah penukaran makanan = Kuantiti makanan (kg)


Pertambahan berat badan (kg)

= 400 kg
196.5 kg

= 2.04

Maka, ayam telah makan sebanyak 2.04 kg makanan untuk menghasilkan 1 kg berat badan.

188
2.4.3 PENGURUSAN REKOD

Belanjawan
Belanjawan ladang ialah rancangan untuk menggunakan sumber pengeluaran yang terhad supaya
bidang usaha yang diceburi mendapat keuntungan yang maksimum. Belanjawan ladang juga
merupakan perancangan yang menunjukkan perbelanjaan, pendapatan, keuntungan dan pulangan
setiap ringgit yang dilabur. Antara faedah menyediakan belanjawan ialah:
1. Membuat perbandingan antara beberapa jenis baka ternakan
2. Membuat perkiraan yang lebih sistematik
3. Mengelakkan sesuatu perkara penting tertinggal
4. Mengawal kewangan bidang usaha
5. Mengurangkan risiko kerugian
6. Menganggar kesan sesuatu teknologi atau tindakan dan seterusnya membantu peladang
memilih teknologi atau tindakan yang sesuai
Maklumat penting untuk menyediakan belanjawan ladang ditunjukkan dalam Rajah 2.36.
Maklumat Menyediakan
Belanjawan Ladang

Harga Pasaran Sumber Pengeluaran Kos Sumber


Beberapa Hasil yang ada Pengeluaran

Tanah Pekerja Modal Pengurusan

Rajah 2.36 Maklumat menyediakan belanjawan ladang


Format Belanjawan
Anggaran pendapatan = Anggaran kuantiti hasil x Harga seunit hasil
Anggaran Kos = Kos berubah + Kos tetap
Anggaran Kos Luar Jangka = 10 peratus x Anggaran kos
Anggaran Perbelanjaan = Anggaran kos + Anggaran kos luar jangka
Anggaran Keuntungan = Anggaran pendapatan – Anggaran perbelanjaan
Pulangan Modal (PM) = Anggaran pendapatan
Anggaran perbelanjaan
Titik Pulangan Modal (TPM) = Anggaran perbelanjaan
Anggaran kuantiti hasil

INFO TAMBAHAN
Kos Berubah - kos yang berubah secara langsung dengan tingkat output
Kos Tetap - merupakan bayaran terhadap penggunaan input tetap
Kos Luar Jangka - perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang perlu
ditanggung
Pulangan Modal - pendapatan yang diperoleh daripada setiap nilai ringgit (RM) yang dilabur
Titik Pulangan Modal - harga minima setiap kuantiti hasil dijual

189
Contoh belanjawan – Ternakan Ayam Pedaging
Jadual 2.35 menunjukkan contoh belanjawan ladang untuk ternakan ayam pedaging.

Jadual 2.35 Contoh belanjawan ladang

Perkara Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)

PENDAPATAN KASAR (12500 ekor x


2.5 kg) 31250 kg 2.70 84,375.00

KOS BAHAN Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)

Anak ayam umur 1 hari 12500 ekor 1.10 13,750.00

Makanan Permulaan 220 beg


(50 kg/beg) 50.00 11,000.00

Makanan Pembesaran 785 beg


(50 kg/beg) 48.00 37,680.00

Vaksin - - 1,220.00

Sarap (Habuk papan) 600 beg 1.00 600.00

Bil. Elektrik - - 1,300.00

Bil Air - - 220.00

Gaji Pekerja 3 orang 1,000.00 3,000.00

JUMLAH 68,770.00

KOS TETAP

Cukai Tanah 10.50

Susut Nilai Peralatan RM5,000 x 10% 500.00

JUMLAH KOS 69,280.50

Kos Luar Jangka (10%) 6,928.05


JUMLAH PERBELANJAAN (RM68,770.00 + RM510.50 + RM6,928.05) 76,208.55
KEUNTUNGAN (RM84,375.00 – RM76,208.55) 8,166.50
PULANGAN MODAL RM84,375.00 = 1.11
RM76,208.55
TITIK PULANGAN MODAL RM76,208.55 = RM2.44/kg
31,250 kg

190
Menyedia Rekod Fizikal dan Kewangan
Penyimpanan rekod penternakan penting dalam pengurusan ternakan. Rekod yang disimpan
termasuklah rekod belian (input) dan rekod jualan (output). Rekod fizikal dan kewangan
menyediakan maklumat asas yang penting seperti kadar penukaran makanan, tumbesaran
dan pengeluaran. Ia juga merupakan rekod mekanisme pengawalan dan sebagai asas penilaian
kelemahan dan kecekapan operasi ladang serta sebagai panduan kepada penternak di masa hadapan.
Jadual 2.36 menunjukkan rekod belian, manakala Jadual 2.37 menunjukkan rekod jualan.
Jadual 2.36 Rekod belian

Tarikh Perkara Bilangan/Unit Harga Seunit Jumlah (RM)

Jadual 2.37 Rekod jualan

Tarikh Perkara Jumlah Berat (kg) Harga Sekilogram


(RM) Jumlah (RM)

Rumusan Rekod Belian Dan Jualan


Jadual 2.38 menunjukkan contoh rumusan rekod belian dan jualan ladang.
Jadual 2.38 Rumusan rekod belian dan jualan
Butiran Jumlah (RM)
Bilangan ayam yang mula diternak
Bilangan ayam yang mati atau di takai
Bilangan ayam yang dijual
Jumlah berat
PENDAPATAN:
Harga sekilogram x Jumlah berat
KOS:
Anak benih ayam (RM _____ seekor)
Kos makanan (RM ________)
Kos berubah yang lain (RM ________)
JUMLAH KOS
UNTUNG KASAR
(Pendapatan–Kos)

MENGHITUNG UNTUNG RUGI


Keuntungan ialah harga jualan lebih tinggi atau lebih besar nilainya daripada harga beli. Manakala,
kerugian pula ialah keadaan di mana harga jualan lebih rendah nilainya daripada harga belian.
Keuntungan dan kerugian sesuatu bidang usaha dibuat untuk menunjukkan struktur kewangan
dan hasil urusniaga yang dijalankan oleh sesebuah syarikat. Ia bertujuan menyediakan maklumat
tentang kewangan, prestasi dan aliran tunai.

191
Contoh Penyata Untung Rugi Penternakan Ayam
Jadual 2.39 menunjukkan contoh pengurusan untung rugi penternakan ayam.
Jadual 2.39 Pengiraan untung rugi penternakan ayam

Perkara Unit Harga/Unit Kuantiti RM/


Pusingan
Hasil
Jualan: Ayam pedaging kg 4.50 112,297.50 505,338.75
Ayam takai kg 3.50 750.00 2,625.00
Tinja bag 3.00 1,300.00 3,900.00
Jumlah Hasil 511,863.75
Kos Berubah 1
Makanan Permulaan kg 1.90 53,350.00 101,365.00
Makanan Pembesaran kg 1.80 116,400.00 209,520.00
Anak Ayam Umur Sehari ekor 1.20 50,000.00 60,000.00
Jumlah Kos Berubah 1 370,885.00
Untung/ Margin Kasar 1 (Jumlah Hasil – Kos Berubah 1) 140,978.75
Kos Berubah 2
Vaksin/Ubatan/Veterinar/Vitamin 3,500.00
Gas Tong 21.00 145.00 3,045.00
Elektrik dan Air Unit 0.25 7,000.00 1,750.00
Sarap (Habuk kayu) beg 1.00 80.00 80.00
Upah/ Gaji 6,000.00
Pengangkutan 0.50 47,500.00 23,750.00
Penangkapan Ayam 0.20 47,500.00 9,500.00
Pelbagai 1,200.00
Jumlah Kos Berubah 2 42,825.00
Untung/ Margin Kasar 2 (Untung/ Margin 1 – Kos Berubah 2) RM98,153.75

Membuat Keputusan Masa Depan Bidang Usaha


Berdasarkan keuntungan dan pulangan setiap nilai ringgit yang dilabur, seorang penternak boleh
membuat keputusan untuk masa hadapan bidang usahanya. Rajah 2.36 keputusan masa hadapan
bidang usaha.

Masa hadapan
bidang usaha

Mengubahsuai pengurusan
bidang usaha

Tidak Mengantikan dengan


Keputusan
bidang usaha lain

Membubarkan bidang
Ya usaha

Meneruskan bidang usaha

Rajah 2.36 Keputusan hadapan bidang usaha

192
AKTIVITI 6
Tajuk: Pengurusan Ternakan Poltri
Hasil Pembelajaran:
i. Menghitung nisbah penukaran makanan (NPM) mengikut keperluan dan tumbesaran
ternakan
ii. Menyediakan rekod data projek ternakan
iii. Menyediakan rekod kewangan

Murid diminta untuk:


1. Menunjuk cara pengiraan nisbah penukaran makanan (NPM)
Formula nisbah penukaran makanan (NPM):

Kuantiti makanan yang dimakan (kg)


NPM =
Pertambahan berat badan (kg)

2. Menyediakan data rekod projek penternakan seperti dalam Jadual 2.40 di bawah:

Jadual 2.40 Rekod harian penternakan

REKOD HARIAN
Bilangan Ternakan: __________________ No. Reban: __________
Tarikh Bermula : __________________
Tarikh Akhir : __________________
Hari/ Bilangan Ternakan Kilogram/Liter Berat Pemberian
Minggu Kematian Ditakai Baki Ternakan Vitamin/ Pembersihan Catatan
Makanan Minuman Vaksin Reban

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Jumlah
Minggu
Pertama

3. Menyatakan rekod kewangan.

193
REFLEKSI 2.4

Kebersihan Reban
Ternakan
Pemberian Makanan
dan Minuman

Pengurusan Penjagaan Kesihatan


Harian
Poltri Pengurusan
Pengudaraan

Merekod

Aktiviti Pemasaran
Ternakan
PENGURUSAN Pengurusan
TERNAKAN Pasaran Ternakan
Pemasaran
POLTRI
Nisbah Penukaran
Makanan (NPM)

Belanjawan

Pengurusan
Rekod

Menghitung Untung
Rugi

194
JANA MINDA
Jawab soalan berikut.

1. A, B, C, D, E dan F adalah kaedah mencegah dan mengawal penyakit ternakan. Padankan


kaedah tersebut dengan pernyataan di bawah dengan menulis A, B, C, D, E atau F pada petak
yang disediakan.
A Sanitasi B Kuarantin

C Vaksin D Antibiotik

E Penakaian F Penghapusan

Menahan sementara ternakan yang dibawa masuk dari luar negara


Amalan membersihkan peralatan atau kawasan ternakan supaya bebas daripada
kotoran atau bahan yang mungkin membawa penyakit
Bahan yang merangsang penghasilan antibodi dalam badan ternakan
Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh mikroorganisma pada alat
ternakan

2. Nyatakan empat perkara yang perlu dilakukan untuk persediaan perumahan ayam sebelum
memasukkan anak ayam ke dalam reban.

(i).............................................................................................................................

(ii)............................................................................................................................

(iii)...........................................................................................................................

(iv)............................................................................................................................

3. S, T dan U adalah keadaan suhu semasa peringkat didik.

S Suhu terlalu tinggi T Suhu sesuai U Suhu sejuk

Padankan keadaan suhu itu dengan rajah kedudukan anak ayam dengan menulis S, T atau U
pada petak yang disediakan.

195
4. Lengkapkan jadual peringkat penternakan puyuh.

Umur Ternakan (hari) Peringkat Penternakan


1 hingga 14 hari (i)..................................................................
..
15 hingga 42 hari (ii).................................................................
...
lebih 42 hari (iii)................................................................
..

5. Nyatakan empat aktiviti merekod yang perlu dilakukan setiap hari bagi ternakan poltri.

..
(i).............................................................................................................................

...
(ii)............................................................................................................................

...
(iii)...........................................................................................................................

..
(iv) ...........................................................................................................................

6. Lengkapkan saluran pemasaran hasil poltri berikut.


i. Saluran 1

Pengeluar (i)................................
....

ii. Saluran 2

Pengeluar (i)................................
.... (ii)..............................
...

7. (a) Apakah maksud nilai nisbah penukaran makanan (NPM) 1.52?

..
.............................................................................................................................

............................................................................................................................

(b) Berat seekor ayam ketika dipasarkan ialah 3.30 kg dan berat makanan yang dimakan ialah
5.50 kg. Hitung nisbah penukaran makanan (NPM) ayam tersebut

...........................................................................................................................

...........................................................................................................................

196
JAWAPAN
UNIT 1.1
1. i. Bahan organik 3. i. Mencagah hakisan tanah
ii. Tanah atas ii. Mencagah kepadatan tanah
iii. Tanah bawah iii. Memperbaiki pengudaraan tanah
iv. Batuan iv. mengekalkan daya pegangan ait tanah
v. Air berlebihan mudah di alirkan
2. i. Udara
ii. Bahan mineral
iii. Bahan organik 4. Ion fosfat kurang tersedia pada pH yang
rendah
3. i. Tanah loam x Aktiviti patogen terencat pada pH yang rendah
ii. Tanah pasir x Proses penitratan akan terjejas pada pH6
iii. Tanah liat hingga pH7
iv. Tanah organik pH yang sesuai bagi kebanyakan tanaman
v. Tanah kelodak ialah pH5.5 hingga pH6.5

4. V, W, X & U 5. i. Membantu merawat dan memulihkan


tanah yang kekurangan nutrien.
5. Betul , Salah, Salah, Betul ii. Baja membantu mengawal kadar pH.
iii. Pembajaan akan membantu dalam
6. Merah – Mempunyai kandungan ferum oksida, merangsang pertumbuhan dan kegiatan
saliran dan pengudaraan baik dan sesuai mikro bagi mengemburkan tanah.
untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
6. i. Pembajaan ii. Pemugaran
Kelabu –Kurang oksida ferum dan oksigen, iii. Pengaliran iv. Pengairan
saliran kurang baik dan menakung air. v. Pengapuran
sesuai untuk tanaman padi.
7. i.B
Kuning– Bersaliran baik, lebih lembut berbanding ii.A
tanah merah dan oksida ferum berpadu
dengan air. 8. i. Memasukkan air hingga ¾ penuh
ii. Titis 2-5 larutan penunjuk universal
7. a) & b)
9. i. Kapur Dolomit
ii. Kapur tohor
iii. Kapur mati

10. i. Jenis tanaman


ii. Jenis tanah
iii. Jenis bahan kapur
iv. Kandungan bahan organik

UNIT 1.3
1. N, M, M, N
c)Tanah liat 2. A, B, A, A, B, B

UNIT 1.2 3. a) i. Kecederaan tisu tanaman, meningkatkan


keasidan tanah.
1. Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yang ii. Mencemarkan air dan tanah,
terdiri daripada pasir, kelodak dan liat dalam meningkatkan kos pembajaan.
bentuk tertentu.
2. i. Berbutir rapuh ii. Berlapis b) i. Pertumbuhan rumpai, penyebaran
iii. Kolumnar iv. Prismatik penyakit.
ii. Perumah kepada perosak.

197
UNIT 2.1
4. i. Poket
ii. Titisan 1. N, O, M dan N
iii. Tabur
2. i. Sangkar
5. P, Q, P ii. Lantai Tinggi
iii. Sarap Tebal
6. a) Tumbesaran terjejas, Klorosis , Nekrosis iv. Reban Tertutup

b) Warna marah atau ungu pada daun atau 3. Betul, Betul dan Salah
petiol daun, Bahagian bawah daun berubah
dari hijau kepada kekuningan. 4. i. Jenis hasil ternakan
ii. Peringkat umur ternakan
c) Tanda kekurangan bermula pada daun tua, iii. Bilangan ternakan
Klorosis antara urat daun, Nekrosis tepi iv. Kemampuan kewangan
daun.
5. i. Meningkatkan kecekapan penggunaan pekerja
7. i. Kesan tindak balas tumbuhan yang cepat ii. Mengurangkan kos pengurusan pekerja
ii. Fungsi khusus iii. Menjimatkan ruang reban
iii. Kandungan nutrien diketahui iv. Waktu pemberian makanan yang menepati masa
vi. Menambah nutrien dalam tanah
6. Z, X dan W
8. i. 3
ii. 1 7. Betul, Salah, Salah dan Betul
iii. 4 8. i. Persaingan
iv. 2 ii. Kekurangan tenaga mahir
iii. Pemasaran
iv. Penyakit
9. i. v. Pencemaran
vi. Kos
46 kg Nitrogen = 100 kg Urea
UNIT 2.2
80 kg Nitrogen = 100 kg Urea x 80 kg Nitrogen
1. i. Bekas makanan automatik
46 kg Nitrogen
ii. Bekas minuman automatik
iii. Kipas ekzos
= 173.91 kg Urea
iv. Alat pemanas
ii. 44 kg P2O5 = 100 kg TSP
2. i. Bentuk biasa
100 kg P2O5
ii. Bentuk dua lapis
= 100 kg TSP x 100 kg P2O5
iii. Bentuk gabungan
44 kg P2O5 iv. Bentuk pisang sesikat

= 227.27 kg TSP 3. i. Kawasan ladang jauh dari kawasan penduduk.


ii. Mempunyai kemudahan perhubungan jalanraya
iii. 60 kg K2O = 100 kg Muriate of Potash yang baik.
iii. Kawasan pengudaraan yang baik.
100kg K2O = 100 kg Muriate of Potash x
120 Kg K2O 4. P, Q, R, S

60 kg K2O 5. (a) i. Sangkar biasa (Bersekat)


ii. Sangkar bertingkat (Tanpa sekatan)
= 200 kg Muriate of Potash
(b) i. Penjagaan yang mudah terutamanya
pemberian makanan dan minuman
ii. Pengudaraan yang baik

198
4 i. Peringkat perindukan/didik
6. i. Mengeluarkan haba panas dari reban ii. Peringkat pembesaran
ii. Mengurangkan kelembapan yang iii. Peringkat pengeluaran
berkelebihan
iii. Mengurangkan habuk dan bauan dioksida. 5. i. Bilangan kematian
iv. Menghalang pengumpulan gas ammonia dan ii. Bilangan ditakai
karbon dioksida. iii. Berat makanan diberi
iv. Kuantiti minuman diberi
UNIT 2.3 v. Berat ternakan
vi. Pemberian vitamin dan vaksin
1. (a) i. Memenuhi keperluan tumbesaran ternakan
ii. Mengekal tahap kesihatan 6. i. Pengguna

(b) i. Umur ii. Peruncit, Pengguna


ii. Kesihatan
iii. Kegiatan fisiologi 7. (a) Ternakan memerlukan 1.52 kg makanan untuk
iv. Jenis makanan mendapatkan berat badan 1.0 kg
v. Jenis pengeluaran

2. (a) i. Mudah ternakan untuk makan pada (b) NPM = Berat makanan = 5.5 = 1.67
semua peringkat umur. Berat badan 3.3
ii. Sangat sesuai untuk peringkat permulaan
ternakan
iii. Harga yang murah

(b) i. Komposisi makanan berdasarkan kepada


keperluan ternakan.
ii. Mempercepatkan penambahan berat ternakan

3. Y, Z, Z and Y

4. (a) i. Vitamin A ii. Vitamin D

iii. Vitamin E iv. Vitamin K

(b) i. Vitamin B ii. Vitamin C

5. Salah, Betul, Betul dan Salah

6. Karbohidrat, Lemak, Protein, Mineral, Vitamin dan


Air

UNIT 2.4

1. B, A, D dan C

2. i. Membersih reban dan peralatan


ii. Menyusun bekas makanan dan minuman
iii. Membuat kepungan
iv. Memasang bidai
v. Menyedia alat pemanas

3. T, U dan S

199
GLOSARI
Antibiotik Bahan yang terhasil daripada mikrob proses pengeluaran.
untuk memusnahkan atau merencatkan
pertumbuhan mikrob lain. Patogen Organisma penyebab penyakit tumbuhan
Antibodi Sejenis protein darah yang disintesis oleh atau tanaman.
tubuh untuk bertindak balas terhadap Pelan Susun Satu lukisan rajah menggambarkan
antigen. kedudukan atau susunan atur ladang.
Avitaminosis Penyakit atau gangguan kesihatan Pemvaksinan Pemberian vaksin secara suntikan atau
disebabkan oleh kekurangan vitamin melalui mulut untuk menghasilkan
dalam makanan. keimunan.
Pemugaran Proses memecahkan tanah kepada
Baka Anak ternakan (ayam dan puyuh) keadaan yang sesuai untuk tanaman.
Bakteria Kumpulan mikrob yang tidak mempunyai Penampan Bahan yang boleh mencegah perubahan
membran nuklear yang jelas dan dinding keadaan keasidan tanah.
selnya berunsur unik. Terdiri daripada sel Penakaian Pengasingan ternakan daripada kumpulan
tunggal dan membiak secara pembahagian lain disebabkan serangan penyakit.
sel. Pengapuran Proses meneutralkan keasidan tanah
Bendalir Cecair yang dapat mengalir dan dengan mencampurkan bahan kapur
membenarkan arus melaluinya. seperti batu kapur dengan tanah.
Pencernaan Proses penguraian bahan makanan
Diet Jenis makanan yang biasa dimakan dan daripada bentuk kasar kepada bentuk
dihadkan atas sebab - sebab tertentu. mudah resap oleh sel ternakan.
Pengairan Kaedah membekalkan air kepada tanaman
Enzim Sejenis protein yang mempercepatkan Pengawalan Proses memastikan segala input
kadar tindak balas biologi. pengeluaran dan aktiviti dirancang dan
digunakan dengan efisien.
Input Bahan yang diperlukan untuk Pengkomposan Proses penguraian sisa pertanian atau
menghasilkan barang separuh siap atau penternakan yang menghasilkan baja
barang siap. organik.
Infestasi Penyusupan organisma parasit ke dalam Penyaliran Kaedah mengeluarkan air yang tidak
tubuh sehingga berkembang biak dalam dihendaki daripada sesuatu kawasan.
jumlah yang besar dan mengganggu Perancangan Satu proses matlamat, membuat jangkaan
kesihatan. dan merangka strategi bagi mencapai
Jadual Kerja Satu bentuk panduan melaksanakan kerja matlamat atau menghadapi risiko
mengikut tempoh masa yang ditetapkan. jangkaan.
Jober Merupakan perantara iaitu pemborong Probiotik Bakteria gram positif yang ditambah
besar dan peruncit kecil. dalam makanan ternakan untuk
meningkatkan tumbesaran.
Kaolinit Merupakan mineral kimia.
Rekod Catatan mengenai urusniaga yang
Kation Adalah atom yang mempunyai cas positif. Kewangan melibatkan kewangan.

Klorosis Penyakit yang menyerang tumbuhan. Stomata Merupakan pori-pori kecil yang terdapat
pada daun tumbuhan.
Kertas grid Kertas yang mempunyai petak-petak
segi empat. Serat Tisu yang terdapat pada dinding sel
Keuntungan Pendapatan yang diperoleh setelah tumbuh- tumbuhan.
ditolak dengan jumlah perbelanjaan.
Kos Perbelanjaan Tisu Kumpulan sel khusus untuk menjalankan
Komersial Nilai yang boleh diniagakan. fungsi tertentu pada tubuh. Pengumpulan
Kulat Tumbuhan ringkas yang tiada klorofil. tisu akan membentuk organ.
Kuantiti Bilangan
Kuarantin Tempoh pengasingan untuk mencegah Toksik Kesan racun.
penyakit berjangkit.
Virus Mikrob yang sangat halus dan berupaya
Mengembur Menghancurkan butiran tanah menjadi membiak dalam sel yang hidup.
butiran yang lebih halus. Vitamin Bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk
Modal Merupakan wang untuk membiayai segala perkembangan yang sihat.
urus niaga atau penternakan. Volt Unit untuk menyukat daya gerak elektrik.

Nilai pasaran Harga jualan semasa. Zoonotik Penyakit yang boleh merebak daripada
ternakan kepada manusia.
Nekrosis Serangan pada tanaman terutamanya
daun.

Output Barangan yang dihasilkan setelah melalui

200
INDEKS
Asid Sulfat 35 Kapur Dolomit 50
Asid Nitrik 42,35 Kalsit 50
Ammonia Sulfat 76 Kolumnar 1,39,53
Amprolium 162 KDNK 86
Asid askorbik 156 Kulat 66
Antioksidan 162
Antibakteria 162 Larutan Penunjuk Universal 45
Asid karbonik 42
APB 57 Nutrien Makro 13,43,66
Ammonium Sulfat 76 Nutrien Mikro 13,43,60,66

Bajak sepak 46,47 MyGAP 169


Baka 88 ME 149
Bakteria 66
Belanjawan 189,190 NPK 64,69,75,76,77,79
BRC 101,121,131, NCD 108
136, 137,140,141 NAP 168
Boron 13,35,43,68 NPM 83,174,180,186,193
BRIS 6,16, 20,35,46,50 Nematod 66

Carta Warna Munsell 29,30 Output 191


CaP 1,70,74,80 Organisma 7,8,9,28,50,52,66
Chroma 29
CGM 154 Pellet 57
Patogen 66
DPN 86 PM 83,189
Dextrose Monohydrate 152 Penebat Haba 162
Pelarut vitamin 162
Ekonomi sara diri 66 Penakaian 178
Encephalomalacia 154 Prismatik 1,38,39,53
Expended Polystryrence 121 Potasium Permaganate 170
EM 66 Pocket Placement 62
EPS Sandwich Wall Panel 121
Quantenary Ammonium
Fosforus 13,43,60,68,69,76 Compound 170
Foliar Feeding 62
Rumpai 65,66,80
GAP 57 Sosio-persekitaran 167
GAHP 95,106,114,119,132 SALM 106,114
Gallus gallus 88 SALT 106,169
GML 50,52 SOP 106,109
Sekuriti makanan 112
Hue 29 Silvershine Plastic 37
Hampas Kelapa Sawit 58 Saturated 11
Hypovitaminosis 162 Sistem Fertigasi 62
Infection Bursal Disease 107 Topografi 7,36
Input 75, 191 TPM 189
USDA 6,22,23,25
IKTA 88 Universal Soil Loss Equation 37
IBD 173 Vaksin Fowl Pox 173
Vektor 66
JPV 104,108,177

201
SENARAI RUJUKAN
Abd Rahman, M. Y. (1999). Penternakan Ayam Penelur. Serdang: MARDI.
Ahmad Mahdzan, A. (1992). Pengurusan Ladang Teori dan Amalan. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daud, E. (1990). Program Pemvaksinan di Ladang ternakan Malaysia. Serdang: MARDI
Dudung, A. M. (1989). Memelihara Ayam Kampung Sistem bateri. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.
Forth, H. D. (1978). Fundamentals of Soils Science (6th eds.). New York: John Willey & So.
Gillespile, J. R. dan Planders, F. B. (2005). Morden Livestock and Poultry Production (8th edt.).
New York: Delmer Publishers, Inc.
Gillespie, J. R. (1987). Animal Nutrition and Feeding. New York: Delmar Publishers, Inc.
Ibrahim, Y. dan Chong, K. K. (1989). Serangga Perosak Utama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jordan, F. (2008). Poultry Diseases (6th edt.). New York: Elserver Limited .
Lamon, H. M. dan Lee, A. R. (2016). Poultry Feeds and Feeding. New York: Orange judd Publishing Company.
Leeson, S. dan Summers, J. D. (2008). Commersial Poultry Nutrition (3rd eds). Nottingham:
Nottingham University Press.
Lindbo, D. L., Kozlowski, D. A. dan Robinson, C. (2012). Know Soil Know Life. Madison: Soil Science
Society of America.
Mohammad Jaafar, S. (2005). Sains Pertanian Tingkatan 5. Bukit Katil: Percetakan Surya Sdn. Bhd.
Mohd Razali, K. (2011). Ternakan Puyuh. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Mountney, G. J. dan Parkhusts, C. R. (1995). Poutry products technology (3rd eds.). New York: Food Products Press.
Pierzyski, G. M., Sims, J. T. dan Vance, G. F. (2000). Soils and Environmental Quality (2nd edt.). New York: CRC Press.
Plaster, E. J. (2009). Soil Science and Management (5th edt.). New York: Delmar Publishers, Inc.
Okumu, F. (2015). Quail Farming for Beginners. New York: Createspace Independent Publishing Platform.
Othman, Y., dan Shamsuddin, J. (1982). Sains Tanah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rattan, L. (1998). Soil Quality and Agricultural Sustainability. Chelsea: Sleeping Bear Press, Inc.
Rasyat, M. (1998). Memelihara Ayam Buras. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.
Sainsbury, D. (2000). Poultry Health and Management. Berlin: Blackwell Wissenschafts-Verlag Gmbh.
Shaikh, R. A. (2014). Small Scale Poultry Farming. New Delhi: Create Space Independent Publishing Platform.
Swayne, I dan David, E. (2013). Diseases of poultry (13th eds). Oxford: John Wiley & Son, Inc.
Tai, L. K (2002). Sains Pertanian Tingkatan 4. Batu Caves: Percetakan Warni Sdn. Bhd.
Rujukan ICT / Laman Web
https://youtu.be/mg7XSjcnZQM (Muka surat 6) https://www.youtube.com/watch?v+A7DeQMH7068
https://youtu.be/Y1B1FtHL10k (Muka surat 7) (Muka surat 92)
https://youtu.be/vqtdFaclWf0 (Muka surat 8) https://www.youtube.com/watch?v=fN1mFuOiLBK
https://youtu.be/QOU_h_OEf4E (Muka surat 9) (Muka surat 92)
https://youtu.be/0-Fdy3h5j08 (Muka surat 10) https://youtu.be/CvZY1-5vuIU (Muka surat 98)
http://thealmonddoctor.com/2010/06/08/irrigation- https://youtu.be/IngMi-8YLnM (Muka surat 98)
scheduling-part-2-determining-water-holding-capacity/ https://www.youtube.com/watch?v=1ieuhLoHdZA
(Muka surat 11) (Muka surat 104)
https://youtu.be/dBpYsHj0cHw (Muka surat 14) https://youtu.be/epMD-4_9bgk (Muka surat 104)
https://youtu.be/tzFebavJ0Yk (Muka surat 15) https://youtu.be/sTB3g3Sd_ZU (Muka surat 106)
https://youtu.be/z6YoqCV7MRc (Muka surat 17) https://www.youtube.com/watch?v=vdN0nVononk&feature
https://youtu.be/GWZwbVJCNec (Muka surat 19) =youtu.be (Muka surat 106)
http://www.nrcs.usda.gov/wps/portal/nrcs/detail/soils/ https://youtu.be/Sal2ZO-iWXK (Muka surat 108)
survey/?cid=nrcs142_054167 (Muka surat 22) https://www.youtube.com/watch?v=yW1JZlVxZHA
https://youtu.be/4hW59WZ0EQI (Muka surat 23) (Muka surat 108)
https://youtu.be/sIuphBL_JpA (Muka surat 30) http://pdtmanjung.perak.gov.my/galeri-aktiviti/petikan-
https://youtu.be/xsiBEhFojME (Muka surat 36) akhbar-2016/222-sinar-harian-1-jan-beku-sementara-lesen-
https://youtu.be/mxjpOha_ywk (Muka surat 39) ternak-ayam.html (Muka surat 110)
https://youtu.be/GGN2ci-1YhE (Muka surat 41) https://www.astroawani.com/perspektif/harga-ayam-dan-
https://youtu.be/GrD8iFh15T8 (Muka surat 59) akta-persaingan-2010-20103 (Muka surat 110)
https://youtu.be/6aC-WTAWgOg (Muka surat 64) https://www.youtube.com/watch?v=Ck-MilHme6k
https://youtu.be/7-i9TRpu4zY (Muka surat 67) (Muka surat 126)
www.dvs.gov.my (Muka surat 87) https://youtu.be/os6Q5cSby3k (Muka surat 146)
https://youtu.be/04CqVmi1LNY (Muka surat 91) https://www.youtube.com/watch?v=tH1B8mXpvnc
(Muka surat 168)

202

Anda mungkin juga menyukai