Anda di halaman 1dari 14

1) PENGENALAN

Burung Puyuh adalah sekumpulan burung yang


bertubuh kecil dari famili Phasianidae atau Odontophoridae.
Burung Puyuh memiliki sayap namun tidak pandai terbang
seperti burung-burung lain, akan tetapi burung puyuh
mampu berlari dan terbang dengan kecepatan tinggi namun
dengan jarak tempuh yang pendek. Burung puyuh
merupakan pemakan biji-bijian dan juga pemakan serangga
serta haiwan yang berukuran kecil.

1.1) Nama saintifik


Nama saintifik untuk burung puyuh ialah Turnix Suscitator

1.2) Ciri-Ciri
Ciri-ciri burung ini adalah pemakan biji-bijian, memiliki bulu yang loreng, dan lubang
hidung berada di pangkal paruh. Terdapat dua jenis burung puyuh iaitu burung puyuh jantan
dan betina.
Ciri-ciri burung puyuh jantan ialah:-
a) Boleh membesar setinggi 6.5 inci.
b) Bulu dada di bahagian atas dan tekak berwarna kemerah-merahan coklat (cinnamon) di
bulu bahagian atas leher dan bawah dada serta berkilat.
c) Bunyi : kasar, gerun dan kuat
d) Kawasan luar dubur bahagian atas terjungkit keluar dan menghasilkan buih apabila
matang.
Manakala ciri-ciri burung puyuh betina ialah:-
a) Boleh membesar setinggi 7.5 inci.
b) Bulu dada di atas dan kawasan tekak panjang dan tajam.
c) Bulu dada berwarna kelabu dan berbintik-bintik hitam kecoklatan.
d) Bunyi puyuh betina halus dan nyaring.

1.3) Baka
Spesies
 Genus Coturnix
o Puyuh Biasa, Coturnix coturnix
o Puyuh Jepang, Coturnix japonica
o Puyuh Stubble, Coturnix pectoralis
o Puyuh Selandia Baru, Coturnix novaezelandiae
o Puyuh Hujan, Coturnix coromandelica
o Puyuh Harlequin, Coturnix delegorguei
o Puyuh Coklat, Coturnix ypsilophora
o Puyuh Biru, Coturnix adansonii
o Puyuh Biru Asia, Coturnix chinensis
 Genus Anurophasis
o Puyuh Pegunungan Salju, Anurophasis monorthonyx
 Genus Perdicula
o Puyuh Semak Hutan, Perdicula asiatica
o Puyuh Semak Bebatuan, Perdicula argoondah
o Puyuh Semak Bermotif, Perdicula erythrorhyncha
o Puyuh Semak Manipur, Perdicula manipurensis
 Genus Ophrysia
o Puyuh Himalaya, Ophrysia superciliosa
2) KAEDAH PENJAGAAN / PEMELIHARAAN

a) Pengurusan
 Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat
Sistem ini mempunyai pengurusan yang lebih sempurna dan kawalan penyakit
yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh
penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak perindukan dan kemudiannya
dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

 Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban


Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan
pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang hendak
mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali, keperluan bangsal hendaklah
sekurangnya lapan. Ini berdasarkan
sistem penternakan sekali gus masuk
sekali gus keluar bagi setiap bangsal.
Begitu juga bagi keperluan kawasan.
Saiz bangsal untuk memuatkan 10,000
ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21
meter panjang dan 3.6 meter tinggi
dengan luas kawasan pemeliharaan
sekor sebanyak 210 sentimeter persegi.
Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan perlu
dipagar untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih
lagi mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.
b) Pemakanan Puyuh
Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
 Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
 Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet

Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:


 Tenaga = 2600 – 3200 ME
 Protin Kasar = 24 – 25 %
Cara Pemberian
Cara Pertama
 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau
 - Quail Starter Mash
Cara Ketiga
 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash
 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet

c) Perindukan
Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-
 Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan
anak puyuh
 Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2
pada waktu malam atau hujan sahaja
 Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
 Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
 Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
 Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai
atas)
 Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan
kotak perindukan)
 Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
 Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.

d) Membesar
 Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung
 Pastikan air/makanan sentiasa ada
 Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan
pembaziran
makanan
 Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
 Jual pada umur yang ditetapkan
 Rekod semua aktiviti harian.
3) PENGKHUSUSAN TERNAKAN

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks.
Terdapat beberapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh ini. Iaitu
pengusaha yang hanya terlibat dengan pengeluaran anak burung puyuh sahaja manakala
terdapat juga pengusaha yang menternak puyuh untuk daging dan telur. Walaupun demikian
pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60% dari jumlah penternak.
Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan penetasan adalah sebanyak 30 %
dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini berperanan membekalkan keperluan anak
puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha
yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut saiz penternakan seramai 23 % dari jumlah keseluruhan


pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Saiz ladang yang
terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang mempunyai saiz
ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan pengusaha ternakan
puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Terdapat dua jenis burung puyuh yang diternak secara komersial iaitu:-

a) Burung Puyuh Pedaging


Kebanyakan baka burung puyuh pedaging yang diternak secara komersial adalah
dari baka pedaging France meat yang dahulunya diimport dari Negara Perancis dan baka
English range dari Negara England diimport pada tahun 1986 dan kacukan yang tidak
dirancang diantara baka France meat dan English Range.

Kini Malaysia telah mengeluarkan baka burung puyuh pedaging sendiri iaitu baka
puyuh ikta untuk diperkenal dan diternak secara komersial ke seluruh negara. Puyuh ikta
adalah baka baru hasil dari pembiakbaikan intensif yang dijalankan di IKTA, Johor. Baka
ini khusus dihasilkan untuk pengeluaran daging adalah lebih berkualiti dan dijamin
menguntungkan.
Puyuh Ikta adalah dari jenis Coturnix yang berwarna cokelat gelap dan bercarek
kekuningan di belakang badan dan lebih cerah di bahagian abdomen.
Bagi penternakan puyuh pedaging juga, lazimnya pengusaha digalakan
menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan cara ini
pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini hendaklah
berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan bergantung kepada
jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau peti sejuk perlu diadakan
untuk penyimpanan stok puyuh proses.

Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”


 Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku
 Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan
Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
 “Breading “
- Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau sederhana
- Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
 “Predust”
- Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
 “Batter”
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)

b) Burung Puyuh Penelur


Burung puyuh penelur juga turut diternak secara komersial. Ini bagi memastikan
jumlah bilangan puyuh dapat memenuhi permintaan pasaran. Selain itu juga, telur puyuh
mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran. Jangka hayat puyuh penelur adalah di
antara 2-2 ½ tahun. Berat badan puyuh jantan adalah lebih kurang 100-140gm manakala
puyuh betina pula 120-160gm seekor.

Puyuh penelur mula bertelur ketika berumur 40-50 hari dan berupaya bertelur
sebanyak 200-300 biji setahun. Purata berat sebiji telur puyuh ialah 10gm dan bercorak
beraneka warna cokelat, biru dan putih bertompok-tompok. Anggaran berat sebiji telur
puyuh adalah 8% berat badan puyuh betina dan anak puyuh penelur adalah di antara 6-8
gm seekor.

Jenis Asal Umur Jualan

Bob White US 6-16 minggu

Contrunix Japonica Japan 6 minggu

Cross bred Tempatan 6 minggu

IKTA JPH 6 minggu


4) PENYAKIT DAN KAWALAN

1) Radang usus (Quail enteritis)


c) Penyebab
Bakteri anerobik yang membentuk spora dan menyerang usus, sehingga timbul
pearadangan pada usus.
d) Gejala
Puyuh tampak lesu, mata tertutup, bulu kelihatan kusam, kotoran berair dan
mengandung asam urat.
e) Pengendalian
Memperbaiki tata laksana pemeliharaan, serta memisashkan burung puyuh yang
sehat dari yang telah terinfeksi.

2) Tetelo (NCD/New Casstle Diseae)


a) Gejala
Puyuh sulit bernafas, batuk-batuk, bersin, timbul bunyi ngorok, lesu, mata
ngantuk, sayap terkulasi, kadang berdarah, tinja encer kehijauan yang spesifik
adanya gejala “tortikolis”yaitu kepala memutar-mutar tidak menentu dan lumpuh.
b) Pengendalian
 Menjaga kebersihan lingkungan dan peralatan yang tercemar virus, binatang
vektor penyakit tetelo, ayam yang mati segera dibakar/dibuang.
 Pisahkan ayam yang sakit, mencegah tamu masuk areal peternakan tanpa baju
yang mensucihamakan/ steril serta melakukan vaksinasi NCD.

3) Berak putih (Pullorum)


a) Penyebab
Kuman Salmonella pullorum dan merupakan penyakit menular.
b) Gejala
Kotoran berwarna putih, nafsu makan hilang, sesak nafas, bulu-bulu mengerut dan
sayap lemah menggantung.
c) Pengendalian
Sama dengan pengendalian penyakit tetelo.
4) Berak darah (Coccidiosis)
a) Gejala
Tinja berdarah dan mencret, nafsu makan kurang, sayap terkulasi, bulu kusam
menggigil kedinginan.
b) Pengendalian
Menjaga kebersihan lingkungaan, menjaga litter tetap kering dengan Tetra
Chloine Capsule diberikan melalui mulut; Noxal, Trisula Zuco tablet dilarutkan
dalam air minum atau sulfaqui moxaline, amprolium, cxaldayocox

5) Cacar Unggas (Fowl Pox)


a) Penyebab
Poxvirus, menyerang bangsa unggas dari semua umur dan jenis kelamin.
b) Gejala
Imbulnya keropeng-keropeng pada kulit yang tidak berbulu, seperti pial, kaki,
mulut dan farink yang apabila dilepaskan akan mengeluarkan darah.
c) Pengendalian
Vaksin dipteria dan mengisolasi kandang atau puyuh yang terinfksi.

6) Quail Bronchitis
a) Penyebab
Quail bronchitis virus (adenovirus) yang bersifat sangat menular.
b) Gejala
Puyuh kelihatan lesu, bulu kusam, gemetar, sulit bernafas, batuk dan bersi, mata
dan hidung kadang-kadang mengeluarkan lendir serta kadangkala kepala dan leher
agak terpuntir.
c) Pengendalian
Pemberian pakan yang bergizi dengan sanitasi yang memadai.

7) Aspergillosis
a) Penyebab
Cendawan Aspergillus fumigatus.
b) Gejala
Puyuh mengalami gangguan pernafasan, mata terbentuk lapisan putih menyerupai
keju, mengantuk, nafsu makan berkurang.
c) Pengendalian
Memperbaiki sanitasi kandang dan lingkungan sekitarnya.

8) Cacingan
a) Penyebab
Sanitasi yang buruk.
b) Gejala
Puyuh tampak kurus, lesu dan lemah.
c) Pengendalian
Menjaga kebersihan kandang dan pemberian pakan yang terjaga kebersihannya.
5) NILAI-NILAI KOMERSIAL

Burung puyuh mempunyai nilai-nilai komersial yang amat tinggi. Ini boleh dilihat,
dimana para penternakan burung puyuh menjadikan hasil utama penternakan ini adalah telur
puyuh. Ini kerana telur burung puyuh yang telah sedia ada di pasaran amat terhad. Harga telur
puyuh di pasaran juga amat tinggi kini. Contoh:- 50 biji telur puyuh berharga sekitar RM6.80.
Terdapat pelbagai khasiat pada telur puyuh yang telah dikenalpasti. Dengan berat
10gram hingga 12gram, satu butir telur puyuh mempunyai banyak unsur yang diperlukan agar
tubuh menjadi sihat. Nilai gizi telur puyuh tiga hingga empat kali lebih tinggi dibandingkan
dengan telur ayam di mana ianya memiliki berat 50 hingga 70 gram per butir.
Telur puyuh turut mengandungi 13% ptorein, 140 mu-g vitamin B1 dan vitamin A dan
B2. Selain itu, telur puyuh memiliki zat besi dan potasium dimana kandungan tersebut di
dalam kategori dietary food. Telur puyuh juga memiliki kolesterol jahat (LDL) dan sangat
kaya dengan kolesterol baik (HDL). Dengan pengambilan telur 3-5 butir telur puyuh setiap
hari, ianya dapat meningkatkan ketebalan tubuh dan memperbaiki proses metabolisme.
Pengambilan yang berterusan akan memberikan tenaga kepada tubuh badan.

Seterusnya, daging puyuh juga mempunyai nilai-nilai komersial. Harga bagi


daging puyuh sekitar RM2.40 sehingga ke RM4.50. Penternakan burung puyuh pedaging
terdiri daripada puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur. Selain itu
juga, puyuh-puyuh penelur yang tua dan tidak boleh mengeluarkan telur juga menjadi
puyuh pedaging. Puyuh-puyuh tersebut akan disembelih, diproses dan dijual.
Terdapat beberapa khasiat pada daging puyuh sehingga menjadikan daging puyuh
mempunyai nilai-nilai komersialnya iaitu:-
 Makanan alternatif bagi para penderita jantung koroner dan darah tinggi.
 Tekstur daging halus lembut dan manis dengan kandungan kolesterol sangat rendah.
 Kaya dengan mikronutrien dan berbagai vitamin termasuk folat, B kompleks dan
vitamin E dan K.
 Mempunyai protein 13%, lemak 11%, zat lainnya 1,3% juga, dan dilengkapi semua
jenis vitamin
 Boleh melancarkan peredaran darah.
 Menguatkan tulang belakang.
 Daging burung puyuh, bergizi, kaya protein, besi, kalsium, fosfor, yang dikenal
sebagai tempat penyimpan logam.

.
RUJUKAN

http://harizamrry.wordpress.com/2007/06/21/ternakan-puyuh/

http://agromaret.com/artikel/531/hama_dan_penyakit_burung_puyuh

Anda mungkin juga menyukai