Anda di halaman 1dari 70

Rajah 1 : Bahagian Anggota Kuda

Rajah 2 : Ketinggian Kuda


PENGENALAN

Kuda ialah sejenis mamalia ungulat besar yang mempunyai bilangan jari kaki
yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden dalam famili
Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus. Kuda telah lama
merupakan salah satu haiwan bela jinak yang amat penting dari segi ekonomi, dan
telah memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan
selama beribu-ribu tahun. Sedangkan pembelajinakan kuda terpencil mungkin terjadi
seawal 10,000 tahun dahulu, bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara
meluas oleh manusia bertarikh di sekitar 2000 SM.

Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat ditunggang,
biasanya dengan pelana. Haiwan ini juga boleh dikenakan abah-abah untuk menarik
objek-objek seperti kereta kuda atau bajak. Dalam sesetengah budaya, kuda
merupakan satu sumber makanan, termasuk daging kuda dan kekadangnya susu,
dalam budaya yang lain, memakan daging kuda adalah pantang larang.

Di negara-negara kaya pada hari ini, kuda lebih biasa dipeliharakan untuk
kegiatan waktu lapang dan sukan. Bagaimanapun, kuda terus memainkan berbagai-
bagai fungsi ekonomi di seluruh dunia.

Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah


menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaan
anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-
keupayaan yang khusus; umpamanya, kuda belima dihasilkan untuk kelajuan yang
diperlukan oleh perlumbaan kuda.

Kuda Dalam Islam

  Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihurmati didalam Islam. Malah didalam
Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda. Kalau disebut sejarah
kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap
'Kuda Arab'. Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan
mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, seperti kuda adalah haiwan
terpantas, tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk, ketahanan yang tinggi untuk
perjalanan yang jauh serta cekap dan bijak.

  Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan
dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia. Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab
pernah menunggang kuda. Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda
dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang
dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari
baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda. 

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, dapat
dilihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, diseluruh dunia
memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelupur utama
dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai
'Cavlry'

  Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam


mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus
berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan
berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu 'Kuda
Asli Arab'.

  Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset
yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan
kedaulatan Islam dibumi Arab. Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat
Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun
dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang
tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas, kuda
merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.

  Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat
Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik. Sebab utama
ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh
musuh-musuh disekeliling termasukkan ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek,
Berzentin, Persia dan lain-lain. Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri
telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik
untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab. Untuk meguatkan
keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan
berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.

Hadith-hadith Tentang Kuda.

  DiRiwayat oleh Ibn Banin bahawa Rasullullah saw mengajurkan pertandingan


lumba kuda dimana yang pertama diberi hadiah 'sabiq' tiga, 'musalli dua, tiga satu kuda,
keempat satu dinar, kelima satu dirham, yang ke6 satu qasabah.

Rasullullah bersabda" Sesungguhnya Berkat Allah kepada kamu yang memang


'sabiq' dan yang kalah 'fiskil'.

  Al-Baladhuri menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-
Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: "
Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama,
Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen."

  Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al
Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau
berkata," Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku
menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen."

  Mengikut riwayat Dar Qutni ( 2: 552) Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang
sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan
Rasullullah saw begitu gembira."

  Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli
baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan
Uhud.
  Baginda Rasullullah saw juga memilki seeokor lagi kuda yang bernama Sabaha
dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut.
Baginda begitu gembira.

  Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis. Ciri-Ciri
Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasullahullah saw adalah : 

"Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur puteh dikepala dan mempunyai
warna puteh dibibir bahagian atas," (Hadith Bukhari )

Misteri Tokoh Pakar Kuda Zaman Athen

Xenophon ialah seorang anggota tentera dalam sistem ketenteraan Athen,


seorang sejarawan dan beliau juga adalah seorang tokoh yang mahir dalam selok belok
mengenali kuda. Beliau dilahirkan dalam zaman yang menyaksikan kuda adalah satu-
satunya kenderaan paling popular dan terkenal di seluruh dunia. Malah kehidupan
beliau yang sentiasa berada hampir dengan kuda telah memberikannya inspirasi untuk
mendokumentasikan perihal tentang kuda dalam bentuk rekod yang boleh dihayati
sehingga kini. Era kuda sebagai pengangkutan dalam masyarakat manusia telah lama
berlalu. Namun, karya beliau mengenai kuda masih lagi menjadi rujukan pada hari ini.
Walaupun telah banyak penulisan baru mengenai kuda dihasilkan ia tetap menjadi
sebahagian tunggak utama setiap penulisan tersebut.

Xenophon telah menghasilkan penulisan berkenaan “Seni Menunggang Kuda”


yang menjadi titik tolak pertama ke arah peraturan rasmi kaedah menunggang kuda.
Hari ini pengaruh pemikiran beliau dapat dilihat dalam hal pemilihan kuda,
pengendalian kuda serta aktiviti berkaitan kuda.
BAKA KUDA TERBAIK

Rajah 3 : Kuda Arab

I. Kuda Arab

Kuda Arab adalah sejenis kuda yang berasal dari semenanjung Arab. Ia
memiliki bentuk kepala yang unik dan ekor yang ternaik,kuda arab adalah salah
satu yang spesis kuda yang paling mudah dikenali.Kuda Arab juga merupakan
salah satu baka kuda tertua melalui penemuan bukti arkeologi yang dipercayai
berusia 4.500 tahun. Sepanjang perkembangan sejarah manusia, kuda Arab
telah tersebar di seluruh bahagian dunia melalui peristiwa peperangan dan
perdagangan. Selain itu juga kuda Arab turut digunakan untuk memperbaiki
baka-baka kuda lain kuda yang terhasil dari campuran baka kuda Arab akan
membolehkan anak kuda mewarisi kelajuan, kekuatan, ketahanan, dan
kelasakan kuda Arab. Hari ini, keturunan kuda Arab boleh ditemui di hampir
semua jenis baka kuda moden.
Kuda Arab berkembang dalam iklim gurun dan sangat dihargai oleh orang-
orang Badwi. Hubungan erat antara kuda Arab dengan manusia telah
menjadikannya mempunyai sifat yang baik dan cepat belajar. Namun demikian
kuda Arab turut mempunyai ciri penting seekor kuda yang sesuai digunakan
dalam situasi berperang iaitu kepantasan menyerang dan keberanian dalam
menghadapi situasi buruk. Kombinasi ciri-ciri unggul ini menyebabkan
penunggang kuda Arab hari ini perlu mempunyai kemahiran tinggi semasa
menunggangnya. Kuda Arab mampu menjalankan pelbagai tugasan seperti yang
dikehendaki oleh pemiliknya.Kuda Arab mampu menguasai disiplin kuda lasak
dan mampu bersaing dalam pelbagai acara berkuda. Kuda Arab adalah salah
satu daripada sepuluh keturunan kuda paling popular di dunia. Kuda Arab hari ini
dapat ditemui di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, Inggeris,
Australia, benua Eropah, Amerika Selatan (terutama Brazil), dan tanah asal,
TimurTengah.

Rajah 4 : Kuda Andalusia

II. Kuda Andulisia

Kuda Andalusia juga merupakan salah satu keturunan kuda tertua di


dunia. Pada tahun 2005 terdapat sekitar 400 kuda Andalusia yang telah
didaftarkan di Kanada. Kuda Andalusia berasal dipercayai berasal dari
Semenanjung Iberia Sepanyol. Bukti arkeologi menunjukkan kuda ini telah wujud
hampir 2500 tahun berdasarkan lukisan yang ditemui di gua. Pada abad ke-18
kuda Andalusia amat popular diseluruh eropah. Bagi masyarakat eropah kuda
Andalusia dianggap mempunyai ciri kebangsawanan dan amat bergaya.Namun
demikian jumlah kuda ini telah berkurangan disebabkan peperangan yang
tercetus di Eropah pada abad ke 18. Bagi mengatasi masalah ini satu program
pembiakan kuda Andalusia telah dilaksanakan dengan giat malahan dalam masa
sama turut menghalang eksport kuda Andalusia.
Kuda Andalusia mempunyai sifat patuh kepada arahan selain cerdas dan
juga sensitif kepada tindak balas. Apabila dikendalikan dengan baik kuda
Andalusia akan mahir dengan cepat serta memberikan kerjasama yang positif.
Gaya gerakan kuda Andalusia biasanya mempunyai langkah yang panjang,
mengangkat kaki dengan tinggi, dan mempunyai rentak langkah yang harmoni.
Kuda Andalusia mempunyai keseimbangan gerakan badan yang baik. Walaupun
kuda Andalusia terkenal dengan kelincahan dan kebolehan mereka untuk belajar
tetapi kuda ini agak sukar bergerak dengan tangkas dalam situasi tertentu
kerana saiz yang besar. Sejak awal lagi sejarah kuda Andalusia telah digunakan
untuk haiwan pengangkutan. Baka kuda ini sering dipilih di antara beberapa
baka kuda yang digunakan untuk acara 'Dressage' klasik. Kuda Andalusia juga
turut digunakan untuk kerja-kerja ladang. kuda Andalusia mempunyai sifat
agresif.

Rajah 5 : Kuda Mustangs

III. Kuda Mustangs


Kuda Mustang adalah kuda liar yang ditemui di barat Amerika Syarikat. Nama
kuda ini dipercayai berasal dari perkataan Sepanyol yang membawa maksud
mesteño atau monstenco liar atau tersesat. Walaupun ia berasal dari kuda
Sepanyol namun setelah bertahun-tahun berada di Amerika ia telah bercampur
dengan pelbagai baka kuda lain. Kuda Mustangs telah banyak merubah gaya
kehidupan penduduk asli Amerika yang tinggal berdekatan Great Plains.
Kawanan kuda Mustang liar yang terdapat di bahagian timur Amerika Syarikat
telah menyeberangi Sungai Mississippi dan bergabung dengan kawanan barat.
Darah baka kuda Perancis kemudiannya telah diperkenalkan ke dalam
campuran baka kuda-kuda ini.

Baka kuda lain yang mungkin terdapat dalam baka kuda Mustang ini adalah
baka kuda Friesian Timur.Selama 10 tahun bermula pada akhir 1800-an
sehingga awal 1900-an 150 kuda jantan telah dibeli oleh kerajaan AS dan
kebanyakan kuda ini adalah dari Jerman. Tujuan utama pembelian kuda Friesian
Timur pada waktu itu ialah untuk kerja-kerja berat (seperti menarik kereta
meriam. Ini menyebabkan walau di mana pun tentera berkuda AS ditemui sudah
pasti baka kuda fresian ini turut ditemui. Ini menimbulkan kemungkinan yang
besar dan tidak boleh diragukan lagi bahawa baka kuda Friesian turut
menambah kepelbagaian baka dalam baka kuda Mustang Amerika. Baka kuda
Mustang ini juga telah diiktiraf antarabangsa FEI untuk kegunaan disiplin
berkuda lompatan, Dressage dan sebagainya menjadikan baka Mustang sebagai
kuda serbaguna.
Rajah 6 : Kuda Akhal-Teke

IV. Kuda Akhal-Teke

Kewujudan kuda ini mungkin telah muncul sejak 3000 tahun yang lalu. Ia
dikenali dengan beberapa nama, tetapi paling nama yang sering digunakan ialah
kuda Nisean. Namun, keturunan sebenar kuda ini sukar dikesan kerana sekitar
1600 sebelum Masihi, keturunan kuda dalam definisi moden masih belum
muncul. Pada masa itu kuda dikenal pasti berdasarkan lokasi tempat atau jenis.

Menurut sebahagian pendapat, kuda Akhal-Teke telah disembunyikan


oleh puak setempat. Lokasi baka kuda ini membiak adalah di kawasan
Turkmenistan iaitu di padang pasir Kara Kum. Padang pasir ini berbatu kawasan
dataran gurun yang tandus serta dikelilingi oleh pergunungan. Namun ada
pendapat lain mendakwa bahawa kuda-kuda ini adalah keturunan daripada kuda
yang digunakan oleh kaum Mongol semasa melakukan serangan di kawasan
pergunungan pada abad-13 dan abad ke-14.

Suku kaum Turkmenistan merupakan antara masyarakat pertama


memplopori penggunaan kuda untuk menyerang. Mereka memilih kuda terbaik
sebelum dibiakan. Kaum ini turut membuat nota salasilah kuda mereka
berdasarkan tradisi lisan. Kuda-kuda itu disebut "Argamaks" oleh Russia, dan
amat diminati oleh para pengembara yang mengunjungi kaum ini .

Pada tahun 1881, Turkmenistan telah menjadi sebahagian daripada


Empayar Rusia. Suku-suku kaum ini telah berperang dengan pihak Tsar dan
akhirnya memenangi peperangan tersebut. Seorang jeneral Rusia, Kuropatkin,
telah berjaya menangkap dan membiakan baka kuda yang digunakan oleh suku
kaum ini dan dinamakan sebagai kuda "Akhal-Tekes," sempena suku Turkmen
Teke yang tinggal berdekatan Akhal oasis. Kerajaan Russia kemudiannya
mencetak buku salasilah keturunan kuda pertama yang berjaya mereka biakan
adalah pada tahun 1941. Kuda baka Akhal-Teke, ini sering digunakan untuk
disiplin berkuda Dressage, lompatan dan kuda lasak .
Rajah 7 : Kuda Don Rusia

V. Kuda Don Rusia

Baka kuda Don, umumnya disebut "Old Don,". Kuda ini telah dijinakan
dari separuh liar kepada kuda yang jinak.Kuda Don pada asalnya mempunyai
saiz sedehana dengan daya tahan yang luar biasa kerana dibesarkan dalam
keadaan hidup yang sukar. Kuda Don Rusia ini telah digunakan sebagai asas
untuk meningkatkan keturunan kuda di Rusia. Pasukan berkuda Cossack
menggunakan kuda Old Don semasa kempen Rusia menentang Napoleon, dan
kuda-kuda Don telah membuktikan kehebatannya bersama pasukan Cossack ke
seluruh eropah. Penggunaan utama kuda Don Rusia dibiakan pada masa lalu
bertujuan sebagai pengangkutan untuk pasukan berkuda Cossack. Kuda Don
Rusia terkenal dengan daya tahan dan stamina yang tinggi.Kuda-kuda ini hanya
memerlukan waktu yang singkat untuk bergerak dalam jarak yang jauh. Hari ini,
Kuda Don Rusia digunakan secara meluas untuk tunggangan dan aktiviti
berkuda.
Rajah 8 : Kuda Marwari

VI. Kuda Marwari

Asal usul kuda marwari adalah dari kuda India asli dan dikacukan dengan kuda
Arab. Pengaruh kuda Arab mungkin datang melalui peristiwa kapal kargo yang rosak
dan terdampar dipantai barat India. Legenda di India menyatakan bahawa kapal Arab
yang karam tersebut memiliki tujuh kuda Arab yang baik ini kemudiannya telah dibiakan
melalui kacukan ke atas kuda-kuda India. Kuda-kuda Arab ini kemudian dibawa ke
daerah Marwar dan digunakan sebagai asas pembiakan kuda marwari hari ini.Kuda ini
memiliki bentuk tubuh yang baik dan mempunyai identiti telinga yang unik dan berbeza
dari kebanyakan baka kuda lain. Selain itu terdapat juga kemungkinan pengaruh kuda
Monggol dari utara dan membiak di barat laut India di sempadan Afghanistan, dan juga
di Uzbekistan, Kazakhstan, dan Turkmenistan. Pada masa zaman kegemilangan India,
kuda-kuda Marwari dianggap haiwan yang sangat penting dan ia hanya boleh dimiliki
oleh ahli-ahli keluarga Diraja Rajput dan golongan kasta Kshatriya. Ketika penaklukan
Mongul di kawasan India utara pada awal tahun 1500-an orang-orang Mongul telah
membawa kuda-kuda Turki yang digunakan untuk meningkatkan kualiti kuda
Marwari.Kuda marwari amat terkenal dengan keberanian mereka dalam pertempuran,
serta kesetiaan mereka kepada penunggangnya. Pada akhir abad ke-16, seorang
bangsawan Rajput daripada Marwar, di bawah pimpinan Maharaja Akbar telah
membentuk pasukan berkuda lebih terdiri daripada 50.000 anggota.Menurut
kepercayaan setempat kuda marwari hanya boleh meninggalkan medan perang dengan
tiga syarat sahaja sama ada setelah memperolehi kemenangan dibawa keluar dari
medan perang kerana terbunuh atau keluar dari medan perang dengan membawa
penunggang yang tercedera untuk mendapatkan rawatan. Kuda-kuda itu dilatih untuk
menjadi sangat tangkas dalam situasi medan pertempuran.

Rajah 9 : Kuda Quarab

VII. Kuda Quarab

Kuda Quarab adalah kacukan antara kuda Quater Amerika dan Kuda Arab.
Kuda Quarter dikenali kerana kelajuannya dan kuda Arab dikenali kerana
ketahanan stamina dan ketangkasannya. Kedua-dua baka kuda ini mempunyai
ciri-ciri yang baik. Kacukan dari dua baka kuda ini merupakan usaha untuk
mengintegrasikan sifat-sifat terbaik daripada dua baka kuda. Kuda Quarab
mempunyai tubuh yang serupa dengan baka kuda Arab. Ia memiliki otot lengan
yang kuat, punggung yang baik dan sebagainya. Kepala kuda Quarab biasanya
memiliki mata yang besar serta dahi lebar dan mempunyai bentuk agak menarik
dibahagian wajah. Namun keadaan ini sebenarnya amat bergantung pada
peratusan nisbah genetik kuda arab atau kuda Quarter. Kuda Quarab sangat
sesuai untuk berbagai acara berkuda seperti Dressage, lompatan, tunggangan
riadah dan kuda lasak.

Rajah 10 : Kuda Appaloosa

VIII. Kuda Appaloosa

Bukti paling awal kuda appaloosa boleh didapati berdasarkan kepada


lukisan gua yang berasal dari zaman Paleolitik yang berusia 18.000 SM. Ia telah
dijumpai di Lascaux dan peche-Merle Perancis. Cara menjinakan kuda turut
dijumpai dalam senibudaya Parsi Purba, Greek kuno dinasti Tang di China dan
Perancis pada abad ke-11.Lukisan dari Perancis pada abad ke 16 dan 17 pula
menunjukkan kuda-kuda dengan tompok Appaloosa telah digunakan sebagai
kuda tunggangan dan catatan ini turut menunjukkan kuda Appaloosa telah
digunakan sebagai kuda latihan di istana Raja Louis XIV dari Perancis. Pada
pertengahan abad ke-18 Eropah, ada permintaan yang tinggi untuk kuda
Appaloosa bagi kegunaan kalangan bangsawan.Kuda-kuda ini digunakan di
sekolah-sekolah yang mengajar cara menunggang kuda dan sering digunakan
untuk perarakan majlis perayaan. Tidak jelas bagaimana kuda Appaloosa tiba di
Amerika, meskipun ada kemungkinan penjajah Sepanyol telah membawa
beberapa kuda baka ini bersama-sama mereka semasa awal tahun 1500-an.
Menurut rekod terdapat seekor kuda dengan tompok kepingan salji telah
didaftarkan sebagai salah seekor dari 16 kuda yang telah dibawa ke Mexico oleh
Cortez.Rekod ini merupakan catatan yang dibuat oleh para penulis Sepanyol
pada tahun 1604.

Kuda Appaloosa adalah kuda serbaguna, dan ia mampu bersaing dalam


acara disiplin berkuda seperti Rodeo. Dalam jenis disiplin berkuda Inggris pula
kuda Appaloosa digunakan untuk tujuan memburu serta Dressage dan tidak
ketinggalan juga acara kuda lasak.

Rajah 11 : Kuda Baka Quater Amerika

IX. Kuda Baka Quater Amerika

Kuda Quater Amerika adalah sejenis baka kuda yang mahir dalam acara
memecut jarak dekat. Nama baka kuda ini diambil dari kebolehannya untuk mendahului
baka kuda lain dalam jarak suku kilometer dalam kebanyakan acara perlumbaan.
Beberapa pengkaji telah mengukur kelajuan baka kuda ini dan antara catatan
menunjukkan ia berkelajuan (88.5 km / jam). Kuda baka Quarter adalah jenis yang
paling popular di Amerika Syarikat ketika ini, dan kuda baka Quarter Amerika telah
dibiakan oleh kebanyakan persatuan berkuda dan kini mencapai jumlah lebih dari 4 juta
kuda Quater Amerika.

Kuda Quarter Amerika terkenal sebagai kuda lumba kuda dan boleh bersaing
dalam acara Rodeo. Tubuh yang padat menjadikan kuda Quater Amerika sangat sesuai
untuk pergerakan lincah dan cepat terutama semasa aktiviti memintas ternakan seperti
lembu.Kuda Quater Amerika juga mampu melakukan acara disiplin berkuda gaya
Inggeris seperti menunggang, dan banyak lagi aktiviti berkuda lain.

Rajah 12 : Kuda Baka Kiger Mustang

X. Kuda Baka Kiger Mustang

Kuda baka Kiger Mustang adalah sejenis kuda yang ditemui pada tahun
1977, oleh Biro Pengurusan Tanah di Beatys butte, yang terletak di tenggara
Oregon (Harney County) Amerika Syarikat. Menurut pemerhatian mereka baka
kuda-kuda ini mempunyai persamaan dari segi warna dan ciri-ciri fizikal yang
serupa di seluruh wilayah Oregon. Ujikaji yang dilakukan di University of
Kentucky dan contoh keputusan DNA menunjukkan baka kuda ini mempunyai
hubungan yang erat dengan baka Sepanyol yang dibawa ke Amerika pada tahun
1600-an. Kuda baka Kiger Mustang adalah kuda yang berasal dari genetik kuda
liar yang dinamakan "Mesteño", yang bermaksud "liar" atau "liar" dalam bahasa
Sepanyol (lihat etimologi di Mustang).

Kuda baka Kiger mustang, mempunyai ciri-ciri pergerakan yang tangkas


dan cerdas, dengan stamina kuat setanding dengan kebanyakan kuda-kuda
liar.Kuda baka Kiger Mustang juga mempunyai sifat berani tetapi lembut serta
tenang dan sangat sesuai untuk ditunggang oleh mereka yang kurang
pengalaman dan juga untuk acara kuda lasak.

Rajah 13 : Kuda Baka Spanish Mustang

XI. Kuda Baka Spanish Mustang

Penjajah Sepanyol telah membawa kuda ini dalam masa 30 tahun pertama
mereka di Caribbean. Kuda ini berasal dari semenanjung Iberia.Kuda baka
Spanish Mustang ini merupakan kacukan dari baka-baka yang dibawa dari Cuba,
Hispanola, dan tanah jajahan Sepanyol yang lain. Kuda baka Spanish Mustang
ini adalah keturunan langsung kuda-kuda zaman ke-emasan Sepanyol. Kuda
baka Sepanyol Mustang dikembangkan sebagai jenis yang berbeza sepanjang
abad 17 dan 18, sebelum kedatangan penjajah Inggeris.
Hari ini kuda baka Sepanyol mustang mengekalkan stamina dan keupayaan
untuk perjalanan jauh tanpa menimbulkan tekanan. Kuda baka Sepanyol
Mustang mempunyai sejarah kemampuan lagenda untuk perjalanan jarak jauh
tanpa kecederaan.

Rajah 14 : Baka kuda Friesian

XII. Baka kuda Friesian

Kuda Friesian ialah sejenis kuda berwarna hitam. Ia dipercayai telah


wujud lebih daripada 2000 tahun. Disebabkan faktor inilah kuda Friesian
dianggap sebagai salah satu keturunan kuda tertua di Eropah. Lokasi asal
kemunculan kuda ini dipercayai bermula di wilayah Friesland iaitu dalam
kawasan Utara Belanda. Sepanjang abad 16 dan 17 baka kuda Arab dan
Andalusia telah diperkenalkan dalam pembiakan kuda di eropah. Ini mungkin
telah memberi pengaruh kepada kuda Friesian memiliki gaya berjalan yang
menarik saiz kepala yang kecil dan leher agak melengkung. Kuda Friesian
didapati bebas daripada pengaruh kuda baka Inggeris. Selama dua abad
terkemudian kuda ini telah dibiakan tanpa gabungan baka kuda lain. Kuda
Friesian telah digunakan untuk membentuk pelbagai baka kuda moden hari ini
seperti kuda Shire, New Forest, Dale, Morgan, Sweden Warmblood, dan Orlov
Trotter.
Pahlawan berbaju besi eropah telah menggunakan kuda Friesian untuk
aktiviti mereka. Kuda ini memiliki kekuatan untuk membawa beban berat namun
dalam masa yang sama mempunyai keseimbangan stabil. Raja Hungary iaitu
Raja Louis II telah emenggunakan kuda Friesian jantan semasa bertempur di
medan perang pada 15 Jun 1526. Kuda Friesian turut digunakan sebagai kuda
perang oleh tentera Friesland berperang dengan tentera Rom dan kemudian
digunakan oleh pahlawan tentera Salib eropah semasa cuba menjajah
Baitulmuqadis di Timur Tengah. Kehebatan dan kelincahan yang ditunjukan kuda
Friesian menyebabkan ianya popular sebagai kuda latihan di sekolah-sekolah
berkuda Paris dan Sepanyol pada abad 15 dan 16.
Dengan perkembangan sektor industri dan penggunaan mesin
perladangan yang meluas peranan kuda Friesian hampir pupus. Bahkan
sebelum Perang Dunia I, jumlah kuda Friesian yang wujud pada masa itu
hanyalah 3 ekor sahaja. Kuda Friesian kemudiannya telah diselamatkan oleh
sekumpulan peternak yang berdedikasi di Friesland, sebuah wilayah utara
Belanda dan melalui kerja keras mereka akhirnya baka kuda Friesian ini berjaya
diselamatkan dan kekal sehingga hari ini. Pembiakan kuda Friesian dilakukan di
bawah peraturan yang ketat seperti melalui proses pemilihan, menguji
keupayaan prestasi dan mengklasifikasikan setiap baka kuda Friesian perlu
memiliki persamaan ciri kuda Friesian yang sangat tinggi.
Kuda Friesian hari ini menikmati publisiti meluas kerana sering muncul
dalam filem seperti The Mask of Zorro, Vampir, Sense and Sensibility, Emma,
Disney's-Tall Tales, Sleepy Hollow, dan Bedazzled. Kuda Friesian mempunyai
kecantikan, saiz yang menarik, dan bagus untuk ditunggang menjadikannya
pilihan ramai penunggang baru dan lama.
PEMBIAKAN

Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi


mendapatkan progeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan
fizikal dan daya ketahanan pada penyakit. Pembiakan kuda tidak bermusim dan tempoh
bunting adalah antara 300 hingga 365 hari.

Pembiakan boleh dijalankan secara pengawanan semulajadi atau pemanian


beradas. Pusingan Pembiakan-selama 21 hari, dengan tempuh berahi 5 - 6 hari.
Peringkat 24 - 43 jam proses ovulasi berlaku. Kilang Pituitari keluarkan FSH sebabkan
Follicle matang. LH memecahkan Follicle dan telur dikeluarkan. Corpus Luteum
keluarkan Hormon Progestron untuk persenyawaan.

i. Sebab Ketidaksuburan Kuda Betina


 Penyakit
 Kecacatan Struktur Pukas (Vulva)
 Ketidak seimbangan Hormon
 Faktor Pemakanan
 Masaalah Psikologi

Rajah 15 : Pembiakan kuda


ii. Melakukan Pembiakan Tabee
 Kawasan yang sunyi dan selamat
 Buat persediaan pada kuda betina
 Laksanakan pembiakan tabee

iii. Pembiakan Pemanian Beradas

 Kurangkan risiko jangkitan penyakit


 Cara yang rumit
 Pengesahan Kebuntingan
 Pemeriksaan secara rektum-> 42 hari,sediakan travis 2.5 m X 1.3 m X
0.75m
 Ujian Darah > 40 - 110 hari, A - Z test dan MIP test.
 Ujian Air Kencing > 120 - 300 hari

iii. Pengurusan Kuda Bunting


 Menjahit Bibir Faraj
 Pembersihan Gigi
 Pembersihan Kaki
 Pemakanan
 Pemberian Ubat Cacing
 Exercise

iv. Persediaan Kelahiran

 Sediakan bilik 3.5 m Padu.


 Padok yang banyak rumput
 Sediakan Peralatan
v. Tanda-tanda Kelahiran

 2 - 4 hari sebelum melahirkan anak. Waxing up- 50% badan kuda


keluarkan lilin,
 Bagging up - ambing membesar beberapa jam sebelum kelahiran dan
ada susu .
 Ketidakselesaan- memecilkan diri

vi. Proses Kelahiran

 Peringkat 1- kuda gelisah dan placenta pecah, cecair gelap keluar


daripada faraj
 Peringkat 2- kuda meneran dan selaput anak kelihatan - berlaku setiap 3
minit. kesemua proses mengambil masa 20 minit.
 Peringkat 3 - Apabila kepala anak kelihatan. 1 jam anak akan berdiri dan
minum susu. 3 - 8 jam uri akan dikeluarkan.

vii. Penjagaan Anak Kuda Baru Lahir

 Biarkan anak bersama ibu,bersihkan hidung jika ada lendir, sapu iodin.
 Tentukan dapat kolostrum mencukupi
 Selepas 6 jam susu bantuan diberikan
CARA-CARA MEMILIH ANAK KUDA YANG BAIK

• Anak kuda itu perlu memiliki kuku kaki berbentuk separuh bulatan
atau sering digambarkan seperti bentuk seekor katak yang sedang
duduk.

• Perlu memiliki tulang kaki yang tidak terlalu lurus dan tegak, kerana ia
akan menyebabkan penunggang berasa tidak selesa semasa
menunggang. Tulang kaki terbaik ialah tidak terlalu panjang dan tidak
terlalu pendek.

• Kuda yang baik perlu memiliki tulang yang kuat dan tebal.

• Kuda yang kuat perlu memiliki lipatan bahagian belakang sendi yang
kuat dan baik untuk mengatasi masalah jatuh semasa melakukan
aktiviti.

• Mempunyai otot yang tebal di bahagian kaki dan dada.


• Mesti memiliki bidang dada yang luas supaya kelihatan tegap dan
mengurangkan kemungkinan kedua-dua bahagian kaki tersandung
semasa berlari.
• Kuda yang baik perlulah memiliki leher yang agak panjang kerana ia
akan memudahkannya melihat keadaan sekeliling selain tidak mampu
untuk menjatuhkan penunggang. Apabila kuda yang mempunyai leher
pendek menundukkan kepala ke bawah, penunggang akan mudah
hilang keseimbangan dan terjatuh.
• Kuda yang baik memiliki tulang rahang kecil, mulut yang lembut, dan
mata menonjol bagi membolehkannya melihat dengan jelas.
• Kuda yang memiliki lubang hidung yang besar secara relatifnya
mudah untuk bernafas dengan baik semasa berlari.
• Kuda yang baik mesti memiliki tengkuk (crest) yang besar dan telinga
yang kecil.
• Kuda perlu memiliki bahu yang tegap dan tinggi untuk membantu
penunggang duduk dengan selesa dan stabil di atas belakang kuda.
• Kuda yang memiliki otot belakang (loins) yang lebar akan memberi
keselesaan dan kestabilan kepada penunggang.
• Kuda yang memiliki rusuk yang ramping akan memudahkan
penunggangan lebih lama selain memudahkan proses penghadaman
kuda tersebut.
• Kuda yang berlari dengan pantas perlu memiliki bahagian belakang
yang pendek supaya membolehkannya membuat pergerakan dengan
tangkas.
• Kuda yang mampu berlari dengan pantas mesti memiliki otot
punggung yang tebal dan kuat untuk melakukan daya tolakan yang
padu.
• Bahagian otot gaskins dan otot punggung perlu mempunyai jarak
yang lebar di bahagian belakang. Ini akan membuatkan pergerakan
kaki belakang lebih stabil dan sekata.
• Kuda jantan yang memiliki buah zakar yang besar sukar untuk belari
dengan pantas. Ini kerana buah zakar tersebut akan mengganggu
pergerakan kaki belakang dan menjejaskan kelajuan kuda berkenaan.
PENJAGAAN KUDA

Kuda atau Equus caballus ialah spesies daripada famili Equidae dan berada
dalam kelas mamalia. Manusia mula menjinakkan kuda dan menjadikannya sebagai
aset yang amat penting baik dalam peperangan, pertunjukan, sarkas, sukan,
pertandingan dan sebagainya.

Perkembangan sukan berkuda di Malaysia semakin meningkat dalam banyak


disiplin antaranya dressage, showjumping dan endurance. Menunggang kuda juga
boleh dijadikan sebagai terapi kepada penyakit artritis, sindrom down, autisme, sakit
tulang belakang dan membantu mencerahkan penglihatan mata melalui rangsangan
terhadap saraf cranium (tengkorak) semasa gerakan 'galloping' kuda serta bermacam
lagi.

Terdapat beberapa baka kuda seperti Arab, Thoroughbred, Quarter Horse,


Appaloosa dan Hunter. Sistem pengurusan kuda yang baik boleh menentukan status
kesihatan kuda, keselesaan dan keupayaan kuda melakukan kerja. Dalam memelihara
kuda beberapa aspek penting mengenai pengurusan perlu diberi perhatian seperti
stable, sarap, penjagaan kaki, latihan, peralatan kuda dan sebagainya.

Stable

Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti


permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan
yang baik. Saiz stabel yang sesuai adalah 3.0 m x 3.0 m (10' x 10') untuk kuda poni, 3.6
m x 3.0 m (12' x 10') untuk kuda sederhana besar dan 3.6 m x 3.6 m (12' x 12') untuk
kuda besar dan stabel dibersihkan setiap hari.
Sarap (bedding)

Sarap (ketaman papan/jerami) perlu disediakan dalam stable dalam ketebalan


enam inci untuk keselesaan, menyerap kelembapan dan urin, di samping mengelak
kecederaan apabila duduk atau baring di dalam stabel. Sarap mesti dibersihkan,
digemburkan setiap hari dan perlu diganti sekali atau dua kali seminggu bergantung
kepada keadaan sarap.

Merapi Kuda (grooming)

Perapian kuda sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan serta kualiti kuda
dan perlu dilakukan sekurang - kurangnya sekali sehari. Perapian bertujuan untuk
membersihkan badan dari kekotoran, mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mengesan
sebarang luka, bertindak sebagai urutan (massage) untuk melancarkan peredaran
darah serta pergerakan otot. Malah yang lebih penting ia mengeratkan hubungan
antara manusia dengan kuda dan akan kelihatan lebih menarik dengan bulu yang
berkilat apabila didandan setiap hari.

Memandikan kuda

Kuda perlu dimandikan apabila setiap kali selepas latihan atau ketika cuaca yang panas
dan jika keadaan kuda yang kotor.

Penjagaan kaki dan kuku

Kaki kuda memainkan peranan penting kerana kekuatan seekor kuda bergantung pada
kakinya justeru sebarang kecederaan perlu dielakkan. Tapak kaki hendaklah
dibersihkan dengan hoof pick manakala kuku kuda perlu disapu minyak kuku (hoof oil)
setiap hari iaitu sebelum menunggang dan selepas atau setiap kali selepas kuda
dimandikan bagi mengelakkan kuku kering dan merekah.

Ladam pula perlu ditukar setiap enam minggu atau sebulan sekali untuk
memastikan kedudukan kuku kuda itu betul dan menghindar dari tumbuh panjang dan
tidak seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan kuda.

Latihan

Kuda perlu dilatih seperti lungeing, gallop dan canter sekurang - kurang enam hari
dalam seminggu. Latihan perlu bagi memastikan kuda berada dalam keadaan bersedia
bagi tugas tertentu dan tidak terkejut untuk melakukan sesuatu tugas selain
melancarkan darah serta mengurangkan risiko penyakit. Teknik latihan kuda adalah
berbeza mengikut fungsi atau kegunaan kuda seperti latihan asas menunggang, show
jumping, dressage, endurance, lumba, polo dan sebagainya.

Peralatan kuda

Peralatan kuda seperti saddle, bridle, stirrups, girths, numnah, topi dan peralatan
menunggang yang lain perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering juga dibersihkan
setiap kali selepas digunakan dan seminggu sekali di sapu leather oil bagi mengelakkan
kekeringan.

Makanan Kuda

Makanan asas kuda terdiri dari chaff, bran, Pelet kuda(horse cube), hay dan PKE (palm
kernel extract) bagi kuda yang tidak menjalankan latihan. Manakala makanan tambahan
terdiri dari elektrolit dan blok garam mineral.
Rumput segar yang sesuai ialah rumput kerbau dan rumput gajah. Makanan diperlukan
sebanyak 2.5 peratus daripada berat badan kuda sehari.

Pembiakan

Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi mendapatkan
progeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan fizikal dan
daya ketahanan pada penyakit. Pembiakan kuda tidak bermusim dan tempoh bunting
adalah antara 300 hingga 365 hari. Pembiakan boleh dijalankan secara pengawanan
semulajadi atau pemanian beradas.

Keselamatan pengendalian kuda

Kuda adalah haiwan yang mempunyai kebolehan merasai dan akan memberi respons
terhadap perasaan takut penunggang. Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan
lebih rasa takut yang menyebabkan kuda tertekan dan mengambil peluang berkelakuan
tidak baik. Sehubungan itu, penunggang perlu tenang.

Dalam hal ini, penunggang bukan semata-mata mendominasi kuda tetapi ia lebih
kepada perkongsian dan saling mempercayai. Berikut adalah perkara-perkara yang
perlu diambil kira semasa mendekati, menangkap dan menambat kuda :

 Perlu berkeyakinan dan dalam keadaan yang tenang (tanpa rasa takut)
 Mendekati kuda secara perlahan-lahan dan beransur-ansur bermula dari
bahagian hadapan kuda (muka dan kemudian sisi kiri di bahagian bahu kuda)

 Berinteraksi dengan kuda dengan memanggil namanya atau sama ada boy
(jantan) atau girl (betina)

 Usap dan gosok bahagian leher kuda sambil berinteraksi dengannya


 Gunakan kolar kepala (headcollar) untuk menangkap kuda dan pengendali harus
berada sebelah kiri kuda semasa pemasangan dilakukan.

Kesihatan dan penyakit

Kuda merupakan haiwan yang mahal, justeru itu kematian kuda akan mengakibatkan
kerugian berpuluh ribu ringgit. Antara masalah kesihatan dan penyakit yang perlu
dikawal adalah kolik iaitu kegagalan membuang air besar yang boleh menyebabkan
kematian. Simptom masalah ini adalah kuda tiada selera makan, mengais, menendang,
menggigit perut, berpeluh dan restless.

Rawatan pada peringkat awal memimpin kuda supaya sentiasa berjalan dan
menggalakkan kuda meragut rumput segar bagi merangsang pengeluaran tinja. Jika
tidak beri suntikan Flunixin atau Cobaphos, Stress Vit, dan memasukkan Liquid parafin
dan Fluids ke dalam badan kuda.

Tempang juga merupakan masalah kesihatan di bahagian kaki kuda, pergerakan


kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit boleh dirawat dengan memberi
Butalone granules, suntikan Flunixin dan rehatkan kuda sehingga sihat. Kurap boleh
dikesan apabila kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding stabel. Rawatan :
Mandikan kuda menggunakan campuran hibiscrub dan povidone iodine, sapukan krim
topikal seperti beavate dan beri antihistamine.
KEPERLUAN PEMAKANAN KUDA

Kuda sekarang telah ditetapkan sebagai nilai pukulrata untuk semua jenis kuda.
Keperluan makanan bagi seekor kuda mungkin lebih atau kurang dari keperluan kuda
biasa. Kebolehan kuda menggunakan makanannya dengan sepenuhnya berbeza-beza
walaupun kandungan makanan adalah sama.

Pentingnya Memberi Makanan Seimbang

Pemberian makanan seimbang dan lengkap adalah salah satu faktor yang penting
dalam menentukan prestasi seseekor kuda. Maka perhatian serius hendaklah diberi
dalam menyediakan makanan kuda yang akan membekalkan segala keperluan khasiat
makanan dan boleh digunakan secara efisen untuk mendapatkan prestasi yang
maksima. Seperti binatang lain, kuda juga memerlukan pemakanan asas iaitu, tenaga,
protin, garam galian, vitamin dan air untuk fungsi sistem badan.

Tenaga

Kandungan tenaga adalah unsur utama dalam makanan kuda yang terlibat dalam
latihan. Membekalkan tenaga yang mencukupnya adalah salah satu masalah dalam
menyediakan makanan kuda terutamanya kuda yang terlibat dalam sukan. Tenaga
diperolehi dari 3 sumber utama, iaitu karbohidrat, lemak dan protin.

Karbohidrat
Sumber utama tenaga kuda adalah karbohydrait seperti gula, chaff dan serat. Sumber
utama adalah bijirin (kandungan tenaga tinggi), serat atau bahan makanan seperti chaff
dan rumput kering (kandungan tenaga rendah).
Bijirin

Bagi kuda yang terlibat dalam kerja, bijirin merupakan sebahagian besar makanannya.
Bijirin yang biasa digunakan adalah oats, barli dan jagung. Oats mengandungi serat
yang paling tinggi dan tenaga penghadaman paling rendah, berbanding dengan barli
dan jagung. Memandangkan oats mengandungi serat yang tinggi, rendah tenaga
penghadaman dan ringan beratnya, ianya selalu dianggap bijirin yang paling selamat
untuk makanan kuda.
Sebarang perubahan kepada makanan kuda (seperti memperkenalkan bijirin
tenaga tinggi) hendaklah dilakukan secara beransur-ansur supaya mengurangkan risiko
sakit perut. Oleh kerana terdapat perbezaan dalam kekentalan bijirin, maka ianya
hendaklah digunakan mengikut berat dan bukan mengikut isipadu.

Bahan Pelawas

Bahan pelawas (rumput kering, chaff atau pastura) adalah wajib dalam makanan kuda.
Keperluan bahan pelawas bergantung pada aktiviti, iaitu kuda yang kerja ringan
memperolehi keperluan tenaganya dari bahan pelawas manakala kuda yang kerja
keras perlu dikurangkan bahan pelawas dan ditambah bahan bijirin.
Sebagai panduan, keperluan bahan pelawas kuda adalah dianggarkan 0.5 – 0.75
kg/100 kg berat badan.Kesan-kesan penting ke atas kuda diberi makan chaff atau
rumput kering bermutu rendah:
 Mengurangkan tenaga yang diperolehi.
 Merendahkan penghadaman semua bahan makanan.
 Menambahkan ruang perut supaya kuda tidak kurang memakan.
 Menambah berat perut, membebankan kuda pada waktu kerja.

Rumput kering yang bermutu perlu mengandungi bahagian besar daun, rendah
bahagian batang dan bebas dari debu dan kulat.
Lucerne hay atau chaff adalah sumber pelawas yang baik untuk kuda yang bekerja
kerana ianya mengandungi tenaga penghadaman tinggi, protin, kalsium dan vitamin.
Rumput kering pastura/kekacang juga adalah sesuai sebagai bahan pelawas.

Rajah 16 : Rumput kering pastura/kekacang

Minyak Dan Lemak Sebagai Sumber Tenaga

Minyak dan lemak adalah sumber tenaga yang mudah digunakan. Kebanyakan
pemakanan kuda mengandungi 2– 6% lemak. Bagaimanapun kuda boleh
menggunakan sehingga 20% lemak dalam makanannya. Lemak mengandungi 2.25 kali
banyak tenaga berbanding dengan protin atau karbohydrait. 340 g minyak jagung dan
minyak bunga matahari mengandungi lemak bersamaam 1 kg oats. Bagi kuda yang
berlari pantas atau bekerja keras, lemak menjadi satu sumber tenaga penting tanpa
menggunakan tenaga yang tersimpan didalam badannya.

Protin

Keperluan protin dalam makanan kuda bukan sahaja bergantung kepada kuantiti tetapi
juga kualiti asid amino. Kuda sentiasa menggunakan protin untuk tumbuhan bahdan,
pembiakan atau mengganti tissu yang cedera/lama. Protin diperlukan untuk membina
otot dan banyak fungsi badan bergantung pada protin. Maka bekalan protin yang
mencukupi dan berterusan amatlah penting.
Protin dibentuk dari lebih kurang 20 jenis asid amino. Kuda boleh ‘membuat’
separuh dari jumlah asid amino dan bahagian lain perlu disediakan dalam makanannya.
Keseimbangan asid amino dalam makanannya adalah sangat penting kerana
kekurangan sebahagian asid amino akan menjejaskan penggunaan asid amino yang
lain oleh badan. Maka ini akan menyebabkan kuda kekurangan protin walaupun
makanannya kaya dengan protin.

Pentingnya Protin Bermutu Tinggi Dalam Makanan Kuda


Memberi makanan yang mengandungi protin bermutu tinggi adalah perlu bagi
pertumbuhan otot-otot dan tenaga kuda selain dari itu, pemberian protin bermutu tinggi
adalah sangat penting untuk mengekalkan keadaan badan dan mengatasi ketekanan
semasa bekerja. Tekanan menyebabkan badan menggunakan protin dan pengambilan
protin perlu ditingkatkan untuk mengganti protin badan. Memberi makan protin bermutu
tinggi juga meningkatkan mutu kulit/rambutnya. Satu lagi sumber protin ditambah
kepada makanan selain dari sumber bijirin/rumput kering adalah penting untuk
mengseimbangkan pengambilan protin.

Garam Galian

Kuda memerlukan sekurang-kurangnya 16 jenis garam galian dalam makanannya.


Antara garam galian yang diperlukan dengan banyak adalah kaslsiumn, phosphorus,
sodium, potassium, magnesium, chloride dan sulphur. Garam galian lain yang
diperlukan sedikit sahaja iaitu menganese, zat besi, copper, cobalt, solenium,
molybdenum, flourine dan iodine.
Pemberian garam galian dalam makanan kuda bukan sahaja bergantung kepada
pengetahuan keperluan garam galian tetapi juga fahaman tentang penyerapan garam
galian.

Garam Galian Dalam Makanan Kuda

Kebanyakan pastura berkualiti mengandungi tahap yang tinggi garam galian


berbanding dengan bijirin. Kuda yang meragut pastura/rumput kering dan tidak bekerja,
tidak perlu diberi tambahan garam galian dalam makanannya. Kandungan garam galian
dalam bijirin adalah rendah berbanding dengan pastura. Maka kuda yang diberi makan
bijirin perlu diberi tambahan garam galian. Ini adalah sangat penting bagi kuda muda
(hingga umur 3 tahun) yang bekerja dan sedang membesar kerana keperluan garam
galian adalah lebih tinggi seperti kalsium, magnesium, sodum, chloride, potassium,
phosphorus, zinc dan copper.
Kekurangan dan tidak keseimbangan garam galian dalam makanan kuda boleh
menyebabkan gejala seperti kaku sendi, retak tulang, tempang dan patah tulang. Salah
satu kekurangan garam galian yang sering berlaku ialah kalsium dan phosphorus. Kuda
yang diberi makanan bermutu tinggi seperti bijirin dan/atau bran dan pollard perlu diberi
tambahan kalsium yang tinggi.
Ketidak seimbangan Kalsium dan Phosphorus, jika tidak diperbetulkan, boleh
menjejaskan prestasi kuda. Kuda sebagai binatang yang berlari pantas dan bekerja
keras, memerlukan tulang yang kuat dan tahan lasak. Maka bahan garam galian,
khususnya kalsium dan phosphorus sentiasa perlu dibekalkan dengan secukupnya
untuk membaharui dan menguatkan tulang.

Vitamin

Vitamin diperlukan untuk fungsi badan biasa. Keperluan ini dipenuhi dari sumber
makanan semulajadi dan vitamin kumpulan B dibuat oleh bacteria dalam perut.
Pentingnya Vitamin Dalam Makanan Kuda

Adalah didapati kuda yang bekerja memerlukan lebih vitamin yang tertentu. Maka
vitamin A, D3, E dan Kumpulan B boleh ditambah dalam makanan. Kekurangan Vitamin
A mungkin berlaku jika kuda diberi makan rumput yang bering. Vitamin D dibuat oleh
kuda apabila tertedah kepada cahaya matahari. Kuda yang dikurungi dalam stable
mungkin menghadapi kekurangan Vitamin A dan D kerana kurang meragut tumbuhan
hijau dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin Kumpulan B terlibat dalam
penghasilan tenaga dan kuda yang aktif memerlukan lebih banyak vitamin ini yang tidak
dapat menampung dari sumber badan bagi menambah dalam makanan.

Air

Kuda memerlukan air yang banyak. Kuda yang mempunyai berat badan 450/500 kg
boleh meminum antara 20 dan 80 litre air bergantung pada jenis makanan dimakan,
kegtiatan dan tempoh kerja dan cuaca. Kuda di iklim panas dan lembab memerlukan
banyak ait untuk menurunkan suhu badan kerana peluh tidak berkesan. Kuda
hendaklah sentiasa disediakan air yang bersih dengan secukupnya untuk
menggalakkannya meminum mengikut keperluannya.

Jadual Makan

Untuk memastikan makan yang mencukupi syarat pertama ialah menyediakan


makanan yang secukupnya dan seimbang untuk dimakan oleh kuda. Kurang
pengambilan makanan, akan menyebabkan kurang bertenaga, protin, garam galian,
vitamin dan badan akan menjadi susut dan kulit menjadi kering. Kuda yang berehat
atau bekerja ringan akan memakan lebih kurang 2 kg bahan kering bagi 100 kg berat
badan.
Program Makan

Kuda hendaklah diberi makan pada masa yang tetap (3-4 kali sehari) untuk mengelak
dari sakit perut. Kuda diberi makan lebih kerap kerana ianya mempunyai perut yang
kecil. Jika diberi makan banyak pada suatu masa akan menyebabkan merosot
penghadaman dan penyerapan juga menyebabkan sakit perut.

Memberi Makan Mengikut Berat

Memang ada perbezaan besar dalam kekentalan bahan-bahan makan kuda, khususnya
bijirin. Jika kuda diberi makan mengikut isipadu akan berlaku ketidakseimbangan. Maka
untuk memastikan kuda mendapat semua keperluan, makanan hendaklah diberi
mengikut berat. Selain dari itu bahan makan hendaklah dibuat analysis untuk
memastikan ianya bermutu tinggi, dari masa ke semasa.

Keenakan

Makanan kuda yang baik mestilah enak. Ini adalah untuk menggalakan kuda memakan
dengan rela dan menghabiskannya. Jika tidak kuda tidak akan mendapat khasiat
makanan yang diperlukannya. Tekanan akan meningkatkan keperluan tenaga, protin
dan vitamin. Maka perkara ini hendaklah diambilkira apabila menyediakan makanan
untuk kuda yang bekerja.
Merehatkan Kuda

Sebab-sebab merehatkan kuda adalah banyak dan berbeza. Kebiasaannya kuda


direhatkan kerana kecederaan, badan susut, hilang selera, membenarkan kuda
membesar atau matang, tidak tahan lasak, dan luar musim seperti permainan Polo.
Kuda yang direhatkan hendaklah diberi makanan bermutu dan secukupnya untuk
membolehkan ianya menghadapi latihan/kerja selepas tamat tempoh rehat dengan
lebih daya. Kuda yang dikurangkan makanan dalam tempoh rehat akan kembali dalam
keadaan lebih teruk berbanding sebelum direhatkan. Lebih kurang 1 bulan sebelum
kembali bekerja kuda hendaklah diberi makan bijirin berlebihan.

SISTEM PENGURUSAN KUDA

I. Mengikut Kumpulan-kumpulan Tertentu


II. Berdasarkan Umur Kuda

Dalam memelihara kuda beberapa aspek penting mengenai pengurusan perlu diberi
perhatian seperti stable, sarap, penjagaan kaki, latihan, peralatan kuda dan
sebagainya.

Stable

Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti


permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan
yang baik.
Saiz stabel yang sesuai adalah 3.0 m x 3.0 m (10' x 10') untuk kuda poni, 3.6 m x
3.0 m (12' x 10') untuk kuda sederhana besar dan 3.6 m x 3.6 m (12' x 12') untuk kuda
besar dan stable dibersihkan setiap hari.

Kerja-kerja di setiap waktu pagi dan petang..

 Kuda dibawa berjalan-jalan


 kuda dibiarkan Exercise bersendirian
 Lunging kuda di dalam arena
 melatihkan kuda (Latihan dibuat di dalam arena seluas 50m X 20m)
Latihan kuda

Kuda perlu dilatih seperti lungeing, gallop dan canter sekurang - kurang enam
hari dalam seminggu. Latihan perlu bagi memastikan kuda berada dalam keadaan
bersedia bagi tugas tertentu dan tidak terkejut untuk melakukan sesuatu tugas selain
melancarkan darah serta mengurangkan risiko penyakit. Teknik latihan kuda adalah
berbeza mengikut fungsi atau kegunaan kuda seperti latihan asas menunggang, show
jumping, dressage, endurance, lumba, polo dan sebagainya.

Persiapan Sebelum Latihan

 Semak Rekod Kesihatan


 Pasang ladam
 Kuda Sihat
 Kuda Cergas

Sarap (bedding)

Sarap (ketaman papan/jerami) perlu disediakan dalam stable dalam ketebalan enam
inci untuk keselesaan, menyerap kelembapan dan urin, di samping mengelak
kecederaan apabila duduk atau baring di dalam stabel. Sarap mesti dibersihkan,
digemburkan setiap hari dan perlu diganti sekali atau dua kali seminggu bergantung
kepada keadaan sarap.
Tugas-tugas di stable

Mucking out & Bedding down

 Membuang tinja dan bekas abuk papan yang basah di tempat kuda kencing
 Membuang kekotoran pada abuk papan
 Tukar abuk papan... dan gantikan dengan yang baru... abuk papan di letakan
menutupi lantai stable setebal 6” – 8”

Peralatan

 Shovel
 Beg plastik
 Pencakar

Cara Melaksanakan Kerja


 Keluarkan kuda dari stable
 Di larang membuat bising
 Ikatkan kuda
 Dekati dengan cara yang betul

Tujuan Bedding
 Permukaan yang lembut dan selesa
 Persekitaran yang kering dan selesa
 Menyerap bau-bau busuk
 Mengekalkan kebersihan kuda

Jenis-Jenis
 Jerami
 Abuk papan
 Pasir

Mendandan Kuda, Merapi Kuda (grooming)


Perapian kuda sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan serta kualiti
kuda dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Perapian bertujuan untuk
membersihkan badan dari kekotoran, mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mengesan
sebarang luka, bertindak sebagai urutan (massage) untuk melancarkan peredaran
darah serta pergerakan otot. Malah yang lebih penting ia mengeratkan hubungan
antara manusia dengan kuda dan akan kelihatan lebih menarik dengan bulu yang
berkilat apabila didandan setiap hari.

 Membuang Kekotoran
 Membantu mengilapkan bulu
 Membuat urutan
 Sekali gus dapat lah mengesan keadaan kuda dan mengesan luka pada kuda
 Memeriksa kaki kuda
Peralatan

 Hoof pick
 Dandy brush
 Body brush
 Curry comb
 Mane comb
Penjagaan kaki dan kuku
Kaki kuda memainkan peranan penting kerana kekuatan seekor kuda bergantung pada
kakinya justeru sebarang kecederaan perlu dielakkan.

Tapak kaki hendaklah dibersihkan dengan hoof pick manakala kuku kuda perlu
disapu minyak kuku (hoof oil) setiap hari iaitu sebelum menunggang dan selepas atau
setiap kali selepas kuda dimandikan bagi mengelakkan kuku kering dan merekah.
Ladam pula perlu ditukar setiap enam minggu atau sebulan sekali untuk memastikan
kedudukan kuku kuda itu betul dan menghindar dari tumbuh panjang dan tidak
seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan kuda.

Memandikan Kuda

Kuda perlu dimandikan apabila setiap kali selepas latihan atau ketika cuaca yang panas
dan jika keadaan kuda yang kotor.
 Ikatkan kuda
 Basahkan kuda
 Buangkan kekotoran
 Shampoo
 Keringkan

Bersihkan bekas makanan dan minuman kuda

Memberikan makanan dan minuman kepada kuda secukupnya


Makanan asas kuda terdiri dari chaff, bran, Pelet kuda(horse cube), hay dan PKE
(palm kernel extract) bagi kuda yang tidak menjalankan latihan. Manakala makanan
tambahan terdiri dari elektrolit dan blok garam mineral. Rumput segar yang sesuai ialah
rumput kerbau dan rumput gajah. Makanan diperlukan sebanyak 2.5 peratus daripada
berat badan kuda sehari.

 Air bersih perlu ada setiap masa


 Tetapkan masa pemberian makanan
 Beri makanan yang bersih dan berkualiti-cukup kandungan zat yang diperlukan
 Jangan simpan makanan terlalu lama
 Beri makanan basah “succulent feed””
 Beri makanan yang mengandungi serat
 Beri ikut berat dan kondisi badan
 Sebarang perubahan makanan dibuat secara beransur
PENGENALAN

Penternakan rusa merupakan suatu perusahaan yang masih baru di negara kita
Malaysia. Tanggapan masyarakat bahawa rusa adalah hidupan liar menjadikan rusa
antara perusahaan yang masih kurang mendapat tempat sepenuhnya di hati para
penternak, khususnya golongan belia negara. Keadaan ini menjadikan bekalan untuk
produk rusa khususnya daging dan tanduk (antler/velvet) rusa sering mengalami
masalah kekurangan stok. Apabila masalah ini timbul, maka harga pasaran semasa
rusa sering mengalami kenaikan, khususnya rusa hidup (baka rusa).

PENTERNAKAN RUSA DI MALAYSIA

Dalam aktiviti penternakan rusa dunia, terdapat beberapa jenis rusa dan sub
spesisnya. Antaranya seperti rusa Sika (Cervus nippon), Sambar (Cervus unicolor),
Red Deer (Cervus elapus), Wapiti atau Elk, Fallow deer (Dama-Dama), Chital (Axis-
Axis), dan rusa Timorensis (Exotic). Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang
diternak, khususnya di Malaysia.

Rusa Timorensis (Exotic) :


Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa
ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan
persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang
berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi
dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa
mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa
kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi
turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak,
malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti
axis.

Rusa Sambar (Cervus unicolor)

Rusa Sambar merupakan salah satu haiwan mamalia yang terdapat di Malaysia.


Nama sainsnya Cervus unicolor. Terdapat 6 sub-spesis yang berbeza dari segi saiz
dan warna. Bulunya parau dan panjang. Hanya rusa jantan mempunyai tanduk yang
biasanya ada tiga cabang pada kedua-dua belah dan boleh mencapai panjang 1 meter
(3.3 kaki). Panjang dari kepala ke hujung badan adalah dari 1.7-2.7 meter (5.7-9 kaki)
dan beratnya 150-315 kilogram (340-710 paun).

Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan
dengan Timorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah
rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa
jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati
dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.

Makanan utama Rusa Sambar adalah rumput, pokok renek, daun, dan buah-
buahan pokok hutan. Rusa Sambar sukar ditemui walaupun di tempat ia berkeliaran.
Rusa Sambar akan terus melarikan diri apabila terdengar apa-apa bunyi sahaja. Jika
diserang oleh harimau, harimau bintang atau anjing liar, Rusa Sambar akan terus terjun
ke sungai dan berenang melarikan diri.

Rusa Sambar hidup bersendirian kecuali pada musim mengawan. Pada musim
mengawan, rusa jantan akan mengumpul sekumpulan rusa betina jagaannya dan
mempertahankan kumpulannya dari sebarang lawan (rusa jantan lain). Di tengah dan
Selatan India, rusa betina melahirkan anak pada bulan Mei dan awal bulan Jun tetapi
pembiakan boleh berlaku pada bulan lain di kawasan India yang lain. Selepas 8 bulan
bunting, satu (jarang dua) anak rusa akan dilahirkan dan disusu selama beberapa
bulan.

Chital (Axis-Axis)

Chital merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu
tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan
faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Dianggarkan, harga
seekor anak rusa jenis axis-axis mampu mencecah RM3000.00 keatas dan harganya
yang tinggi mempengaruhi perkembangan penternakan rusa jenis axis-axis negara.
Selain itu, jenis chital ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan
rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa
seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis
timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan
rusa jenis ini. Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa
jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan
bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan
aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.

TABIAT DAN HABITAT RUSA

Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam
hutan (semulajadi). Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat
rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa. Rusa
lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar.
Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padang atau
kawasan pemagaran. Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan
rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa.

Rusa sangat suka pada kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok
besar dan renek, oleh sebab itu sekiranya kawasan yang bakal dijadikan tempat
menternak rusa seeloknya pokok-pokok yang ada dikawasan itu tidak ditebang. Hal ini
kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari
hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang.

Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah
dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar
mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan
pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang. Persekitaran seperti anak
sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana
rusa gemar berkubang dan berendam dalam air. Perhubungan antara manusia
(penternak) dan rusa perlu dipupuk seperti menyediakan pondok kecil dalam kawasan
ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah
rusa liar dapat dikurangkan.

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN MENTERNAK RUSA

Antara faktor mengapa kita harus memilih rusa sebagai pilihan haiwan ternakan
dari haiwan ternakan lain ialah :-

1. Rusa mempunyai kadar melahirkan anak yang tinggi dalam setahun, iaitu antara
80%-90% ;

2. Anak rusa yang lahir mempunyai kadar risiko kematian yang rendah dalam
setahun, iaitu antara 2% - 5%.

3. Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dari cuaca semasa seperti hujan
dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos
permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan
kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu,
rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan,
khususnya pokok-pokok renek.

4. Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi
terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti
ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan
suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu,
langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak
mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa.
5. Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai
makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum),
green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala
adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan
tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia,
hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang
dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali
dalam seminggu.

6. Mengikut kajian semasa yang dilakukan oleh badan-badan pembangunan


pertanian negara, rusa juga ialah haiwan ternakan yang lebih cekap menukarkan
rumput kepada daging jika dibandingkan dengan ternakan kambing atau lembu.

7. Daging rusa adalah daging yang mempunyai lemak dan kolestrol yang rendah
serta amat enak dimakan dan sering mendapat tempahan dari hotel-hotel
terkemuka dan restoran-restoran tempatan mahupun luar negara.

8. Selain itu, perusahaan penternakan rusa juga merupakan perusahaan yang


cepat berkembang jika dibandingkan dengan perusahaan penternakan lain
ekoran kelahiran anak rusa yang tinggi dan kematian yang rendah. Malah,
penternakan rusa juga tidak memerlukan kawasan tanah yang terlalu luas seperti
bebiri atau lembu kerana penggunaan keluasan penternakan rusa amat
bergantung kepada cara penternakan rusa dilakukan.

9. Membantu membangunkan industri ketiga negara, iaitu industri pelancongan


negara. Penglibatan aktiviti pelancongan dalam penternakan rusa secara tidak
langsung sebenarnya suatu kaedah yang mudah dalam mempromosikan
penternakan rusa dan sekali gus meningkatkan ekonomi sara diri para penternak
serta memajukan ekonomi negara.
10. Penternakan rusa juga mampu menyahut cabaran kerajaan dalam memelihara
dan memulihara kadar pertumbuhan rusa agar masalah kepupusan rusa dapat
diatasi ekoran masalah pemburuan haram yang berleluasa.

PRODUK BERASASKAN RUSA

Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan


industri negara. Antara produk yang mampu menyumbang kepada kepesatan ekonomi
negara dan golongan penternak itu sendiri ialah seperti berikut :-

1. DAGING :
Digunakan secara meluas sebagai makanan yang mempunyai protein yang
tinggi disamping mengandungi lemak dan kalori yang rendah. Daging rusa juga
mempunyai pasaran yang luas melalui permintaan yang tinggi dari hotel-hotel
terkemuka negara, restoran-restoran dan para pemborong tempatan mahupun
luar negara.
2. KULIT :
Digunakan sebagai barangan perhiasan dan turut digunakan dalam pembuatan
industri barangan kulit yang tinggi mutunya seperti beg, kasut, baju dan lain-lain
produk.
3. ANTHER/VELVET (TANDUK) :
Digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, khususnya ubat tradisi cina
dan mendapat permintaan yang tinggi dari negara Asia dan Timur Tengah
seperti Jepun, China, Korea, Arab dan Malaysia sendiri. Kegunaan velvet dalam
perubatan juga terbukti secara saintifik dimana velvet menggalakkan
spermatogenesis dan pengeluaran testosterone, pengeluaran sel darah merah
(erothrocyte) dan hemoglobin, meningkatkan kekuatan dan kecerdasan badan
dan juga menggalakkan pertumbuhan berat badan (pig and chicken). Tanduk
rusa turut dijadikan sebagai barang perhiasan, terutama dalam menghiasi
dinding kediaman.

4. TULANG, PENIS, EMBRYO, TESTES :


Digunakan dalam campuran bahan-bahan lain sebagai ubat-ubatan.
5. GIGI :
Dieksport keluar negara seperti Jerman untuk dijadikan sebagai barangan
perhiasan yang dikenakan dengan berlian sebagai cincin, subang dan lain-lain.
6. LIGAMEN & TENDON :
Digunakan sebagai bahan perubatan untuk pasaran dalam dan pasaran luar
negara seperti di negara jiran, terutama Thailand.
7. EKOR :
Digunakan sebagai barangan perubatan terutama untuk domestik pasaran dalam
dan luar negara seperti Hong Kong.

KESIHATAN DAN PENYAKIT RUSA

Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan


yang tinggi tehadap serangan penyakit, namun rusa juga tetap mempunyai masalah
kesihatan dan serangan penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering
menghantui aktiviti penternakan rusa ialah:-

1. Serangan Kutu :
Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama
apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi
dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga
minggu.
2. Sakit Mata :
Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah
mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan
berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui
choramphenicol.
3. Luka-Luka :
Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara
puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri,
kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari
masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal
rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk
menangani atau merawat luka pada badan rusa.
4. Bisul :
Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa.
Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa,
pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan.
5. Cacing :
Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana
analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu
diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
6. Parasitic :
Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm.
7. Bacterial :
Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis,
pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis.
8. Viral :
Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease.
9. Proto Zoal :

Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis.


PENGENALAN

Burung Puyuh adalah sekumpulan burung yang


bertubuh kecil dari famili Phasianidae atau
Odontophoridae. Burung Puyuh memiliki sayap namun
tidak pandai terbang seperti burung-burung lain, akan
tetapi burung puyuh mampu berlari dan terbang
dengan kecepatan tinggi namun dengan jarak tempuh
yang pendek. Burung puyuh merupakan pemakan biji-
bijian dan juga pemakan serangga serta haiwan yang berukuran kecil.

Nama saintifik

Nama saintifik untuk burung puyuh ialah Turnix Suscitator

Ciri-Ciri

Ciri-ciri burung ini adalah pemakan biji-bijian, memiliki bulu yang loreng, dan
lubang hidung berada di pangkal paruh. Terdapat dua jenis burung puyuh iaitu burung
puyuh jantan dan betina.

Ciri-ciri burung puyuh jantan ialah:-


a) Boleh membesar setinggi 6.5 inci.
b) Bulu dada di bahagian atas dan tekak berwarna kemerah-merahan coklat
(cinnamon) di bulu bahagian atas leher dan bawah dada serta berkilat.
c) Bunyi : kasar, gerun dan kuat
d) Kawasan luar dubur bahagian atas terjungkit keluar dan menghasilkan buih apabila
matang.

Manakala ciri-ciri burung puyuh betina ialah:-

a) Boleh membesar setinggi 7.5 inci.


b) Bulu dada di atas dan kawasan tekak panjang dan tajam.
c) Bulu dada berwarna kelabu dan berbintik-bintik hitam kecoklatan.
d) Bunyi puyuh betina halus dan nyaring.

Baka

Spesies
 Genus Coturnix
o Puyuh Biasa, Coturnix coturnix
o Puyuh Jepang, Coturnix japonica
o Puyuh Stubble, Coturnix pectoralis
o Puyuh Selandia Baru, Coturnix novaezelandiae
o Puyuh Hujan, Coturnix coromandelica
o Puyuh Harlequin, Coturnix delegorguei
o Puyuh Coklat, Coturnix ypsilophora
o Puyuh Biru, Coturnix adansonii
o Puyuh Biru Asia, Coturnix chinensis
 Genus Anurophasis
o Puyuh Pegunungan Salju, Anurophasis monorthonyx
 Genus Perdicula
o Puyuh Semak Hutan, Perdicula asiatica
o Puyuh Semak Bebatuan, Perdicula argoondah
o Puyuh Semak Bermotif, Perdicula erythrorhyncha
o Puyuh Semak Manipur, Perdicula manipurensis
 Genus Ophrysia
o Puyuh Himalaya, Ophrysia superciliosa

KAEDAH PENJAGAAN / PEMELIHARAAN

Pengurusan

 Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat


Sistem ini mempunyai pengurusan yang lebih sempurna dan kawalan
penyakit yang baik. Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa
digunakan oleh penternak tempatan. Anak puyuh diinduk didalam kotak
perindukan dan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya
bertingkat.
 Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban
Keperluan bangsal adalah tertakluk kepada kumpulan ternakan atau
kekerapan pengeluaran puyuh pedaging. Sebagai contoh, bagi pengusaha yang
hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali, keperluan bangsal
hendaklah sekurangnya lapan. Ini
berdasarkan sistem penternakan
sekali gus masuk sekali gus keluar
bagi setiap bangsal. Begitu juga
bagi keperluan kawasan. Saiz
bangsal untuk memuatkan 10,000
ekor puyuh adalah 10 meter lebar x
21 meter panjang dan 3.6 meter
tinggi dengan luas kawasan
pemeliharaan sekor sebanyak 210 sentimeter persegi. Berikan jarak
sekurangnya 15 meter antara 2 bangsal. Kawasan penternakan perlu dipagar
untuk mengelakan gangguan dari ternakan atau binatang lain. Puyuh masih lagi
mempunyai sifat terkejut dan 'excitability' yang boleh menjejaskan prestasi.
Pemakanan Puyuh

Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-

 Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau


 Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher
Pellet
Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:

 Tenaga = 2600 – 3200 ME


 Protin Kasar = 24 – 25 %
Cara Pemberian

Cara Pertama
 1 hari – 14 hari – Quail starter Mash
 15 hari hingga jual – Quail Finisher Pellet
Cara Kedua

 1 hari hingga jual – Broiler Starter Mash/Crumbles atau


 - Quail Starter Mash
Cara Ketiga

 1 hari hingga 21 hari – Broiler Starter Mash


 22 hari hingga jual – Broiler Finisher Pellet

Perindukan

Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-

 Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat
taburan anak puyuh
 Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu.
Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
 Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
 Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
 Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
 Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika
lantai atas)
 Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika
menggunakan kotak perindukan)
 Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
 Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.
Membesar

 Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung


 Pastikan air/makanan sentiasa ada
 Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan
pembaziran
makanan
 Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
 Jual pada umur yang ditetapkan
 Rekod semua aktiviti harian.
PENGKHUSUSAN TERNAKAN

Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat
kompleks. Terdapat beberapa kategori ladang yang terlibat dengan penternakan puyuh
ini. Iaitu pengusaha yang hanya terlibat dengan pengeluaran anak burung puyuh sahaja
manakala terdapat juga pengusaha yang menternak puyuh untuk daging dan telur.
Walaupun demikian pengusaha puyuh pedaging adalah tertinggi dan merupakan 60%
dari jumlah penternak. Penternakan yang mempunyai baka induk dan kemudahan
penetasan adalah sebanyak 30 % dari jumlah penternak. Penternak dari kategori ini
berperanan membekalkan keperluan anak puyuh kepada industri. Negeri-negeri Perak
dan Kelantan mempunyai bilangan pengusaha yang tertinggi.

Pecahan pengusaha mengikut saiz penternakan seramai 23 % dari jumlah


keseluruhan pengusaha mempunyai populasi penternakan kurang dari 1000 ekor. Saiz
ladang yang terbanyak adalah diantara 1000 - 3000 ekor. Hanya 12% penternak yang
mempunyai saiz ladang melebihi 10,000 ekor. Dari maklumat ini didapati kebanyakan
pengusaha ternakan puyuh adalah secara kecilan sahaja.

Terdapat dua jenis burung puyuh yang diternak secara komersial iaitu:-

Burung Puyuh Pedaging

Kebanyakan baka burung puyuh pedaging yang diternak secara komersial


adalah dari baka pedaging France meat yang dahulunya diimport dari Negara
Perancis dan baka English range dari Negara England diimport pada tahun 1986
dan kacukan yang tidak dirancang diantara baka France meat dan English Range.
Kini Malaysia telah mengeluarkan baka burung puyuh pedaging sendiri iaitu
baka puyuh ikta untuk diperkenal dan diternak secara komersial ke seluruh negara.
Puyuh ikta adalah baka baru hasil dari pembiakbaikan intensif yang dijalankan di
IKTA, Johor. Baka ini khusus dihasilkan untuk pengeluaran daging adalah lebih
berkualiti dan dijamin menguntungkan.

Puyuh Ikta adalah dari jenis Coturnix yang berwarna cokelat gelap dan
bercarek kekuningan di belakang badan dan lebih cerah di bahagian abdomen.

Bagi penternakan puyuh pedaging juga, lazimnya pengusaha digalakan


menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh secara bersih proses. Dengan
cara ini pengusaha diperlukan mengadakan logi pemprosesan sendiri. Logi ini
hendaklah berjauhan dari kawasan penternakan. Bangunan yang diperlukan
bergantung kepada jumlah pemprosesan yang hendak dijalankan. Bilik sejuk atau
peti sejuk perlu diadakan untuk penyimpanan stok puyuh proses.

Aktiviti Pemerosesan ” Down Stream”

 Puyuh Siap Diproses – dipek dan disejukbeku


 Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan
Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani “kekejongan” (4 – 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.

 “Breading “
- Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau sederhana
- Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
 “Predust”
- Cara melekatkan ‘breading’ ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
 “Batter”
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1
air)

Burung Puyuh Penelur

Burung puyuh penelur juga turut diternak secara komersial. Ini bagi
memastikan jumlah bilangan puyuh dapat memenuhi permintaan pasaran. Selain
itu juga, telur puyuh mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran. Jangka
hayat puyuh penelur adalah di antara 2-2 ½ tahun. Berat badan puyuh jantan
adalah lebih kurang 100-140gm manakala puyuh betina pula 120-160gm seekor.

Puyuh penelur mula bertelur ketika berumur 40-50 hari dan berupaya
bertelur sebanyak 200-300 biji setahun. Purata berat sebiji telur puyuh ialah 10gm
dan bercorak beraneka warna cokelat, biru dan putih bertompok-tompok. Anggaran
berat sebiji telur puyuh adalah 8% berat badan puyuh betina dan anak puyuh
penelur adalah di antara 6-8 gm seekor.

Jenis Asal Umur Jualan

Bob White US 6-16 minggu

Contrunix Japonica Japan 6 minggu

Cross bred Tempatan 6 minggu

IKTA JPH 6 minggu


PENYAKIT DAN KAWALAN

Radang usus (Quail enteritis)


a) Penyebab
Bakteri anerobik yang membentuk spora dan menyerang usus, sehingga
timbul pearadangan pada usus.
b) Gejala
Puyuh tampak lesu, mata tertutup, bulu kelihatan kusam, kotoran berair dan
mengandung asam urat.
c) Pengendalian
Memperbaiki tata laksana pemeliharaan, serta memisashkan burung puyuh
yang sehat dari yang telah terinfeksi.

Tetelo (NCD/New Casstle Diseae)


a) Gejala
Puyuh sulit bernafas, batuk-batuk, bersin, timbul bunyi ngorok, lesu, mata
ngantuk, sayap terkulasi, kadang berdarah, tinja encer kehijauan yang
spesifik adanya gejala “tortikolis”yaitu kepala memutar-mutar tidak menentu
dan lumpuh.
b) Pengendalian
 Menjaga kebersihan lingkungan dan peralatan yang tercemar virus,
binatang vektor penyakit tetelo, ayam yang mati segera dibakar/dibuang.
 Pisahkan ayam yang sakit, mencegah tamu masuk areal peternakan
tanpa baju yang mensucihamakan/ steril serta melakukan vaksinasi
NCD.
Berak putih (Pullorum)
a) Penyebab
Kuman Salmonella pullorum dan merupakan penyakit menular.
b) Gejala
Kotoran berwarna putih, nafsu makan hilang, sesak nafas, bulu-bulu
mengerut dan sayap lemah menggantung.
c) Pengendalian
Sama dengan pengendalian penyakit tetelo.

Berak darah (Coccidiosis)


a) Gejala
Tinja berdarah dan mencret, nafsu makan kurang, sayap terkulasi, bulu
kusam menggigil kedinginan.
b) Pengendalian
Menjaga kebersihan lingkungaan, menjaga litter tetap kering dengan Tetra
Chloine Capsule diberikan melalui mulut; Noxal, Trisula Zuco tablet
dilarutkan dalam air minum atau sulfaqui moxaline, amprolium, cxaldayocox

Cacar Unggas (Fowl Pox)


a) Penyebab
Poxvirus, menyerang bangsa unggas dari semua umur dan jenis kelamin.
b) Gejala
Imbulnya keropeng-keropeng pada kulit yang tidak berbulu, seperti pial, kaki,
mulut dan farink yang apabila dilepaskan akan mengeluarkan darah.
c) Pengendalian
Vaksin dipteria dan mengisolasi kandang atau puyuh yang terinfksi.

Quail Bronchitis
a) Penyebab
Quail bronchitis virus (adenovirus) yang bersifat sangat menular.
b) Gejala
Puyuh kelihatan lesu, bulu kusam, gemetar, sulit bernafas, batuk dan bersi,
mata dan hidung kadang-kadang mengeluarkan lendir serta kadangkala
kepala dan leher agak terpuntir.
c) Pengendalian
Pemberian pakan yang bergizi dengan sanitasi yang memadai.

Aspergillosis
a) Penyebab
Cendawan Aspergillus fumigatus.
b) Gejala
Puyuh mengalami gangguan pernafasan, mata terbentuk lapisan putih
menyerupai keju, mengantuk, nafsu makan berkurang.
c) Pengendalian
Memperbaiki sanitasi kandang dan lingkungan sekitarnya.

Cacingan
a) Penyebab
Sanitasi yang buruk.
b) Gejala
Puyuh tampak kurus, lesu dan lemah.
c) Pengendalian
Menjaga kebersihan kandang dan pemberian pakan yang terjaga
kebersihannya.
NILAI-NILAI KOMERSIAL

Burung puyuh mempunyai nilai-nilai komersial yang amat tinggi. Ini boleh dilihat,
dimana para penternakan burung puyuh menjadikan hasil utama penternakan ini adalah
telur puyuh. Ini kerana telur burung puyuh yang telah sedia ada di pasaran amat terhad.
Harga telur puyuh di pasaran juga amat tinggi kini. Contoh:- 50 biji telur puyuh berharga
sekitar RM6.80.

Terdapat pelbagai khasiat pada telur puyuh yang telah dikenalpasti. Dengan
berat 10gram hingga 12gram, satu butir telur puyuh mempunyai banyak unsur yang
diperlukan agar tubuh menjadi sihat. Nilai gizi telur puyuh tiga hingga empat kali lebih
tinggi dibandingkan dengan telur ayam di mana ianya memiliki berat 50 hingga 70 gram
per butir.

Telur puyuh turut mengandungi 13% ptorein, 140 mu-g vitamin B1 dan vitamin A
dan B2. Selain itu, telur puyuh memiliki zat besi dan potasium dimana kandungan
tersebut di dalam kategori dietary food. Telur puyuh juga memiliki kolesterol jahat (LDL)
dan sangat kaya dengan kolesterol baik (HDL). Dengan pengambilan telur 3-5 butir
telur puyuh setiap hari, ianya dapat meningkatkan ketebalan tubuh dan memperbaiki
proses metabolisme. Pengambilan yang berterusan akan memberikan tenaga kepada
tubuh badan.
Seterusnya, daging puyuh juga mempunyai nilai-nilai komersial. Harga bagi
daging puyuh sekitar RM2.40 sehingga ke RM4.50. Penternakan burung puyuh
pedaging terdiri daripada puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran
telur. Selain itu juga, puyuh-puyuh penelur yang tua dan tidak boleh mengeluarkan
telur juga menjadi puyuh pedaging. Puyuh-puyuh tersebut akan disembelih, diproses
dan dijual.

Terdapat beberapa khasiat pada daging puyuh sehingga menjadikan daging


puyuh mempunyai nilai-nilai komersialnya iaitu:-

 Makanan alternatif bagi para penderita jantung koroner dan darah tinggi.
 Tekstur daging halus lembut dan manis dengan kandungan kolesterol sangat
rendah.
 Kaya dengan mikronutrien dan berbagai vitamin termasuk folat, B kompleks dan
vitamin E dan K.
 Mempunyai protein 13%, lemak 11%, zat lainnya 1,3% juga, dan dilengkapi
semua jenis vitamin
 Boleh melancarkan peredaran darah.
 Menguatkan tulang belakang.
 Daging burung puyuh, bergizi, kaya protein, besi, kalsium, fosfor, yang dikenal
sebagai tempat penyimpan logam.

.
RUJUKAN

http://harizamrry.wordpress.com/2007/06/21/ternakan-puyuh/

http://agromaret.com/artikel/531/hama_dan_penyakit_burung_puyuh

Anda mungkin juga menyukai