Anda di halaman 1dari 6

2.

3: REKA BENTUK ELEKTRIK

2.3.2 Menunjuk Cara Reka Bentuk Litar Peralatan Elektrik:


(i) Keselamatan
(ii) Kedudukan peranti dalam litar
(iii) Sambungan litar

Reka bentuk litar elektrik mengandungi susunan komponen atau peranti


untuk melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki dengan kriteria seperti
selamat, kemas, cekap, kos yang rendah dan berkualiti. Reka bentuk
litar dalam peralatan elektrik kebiasaannya dibina berdasarkan tiga
aspek, iaitu keselamatan, kedudukan peranti dalam litar, dan sambungan
litar.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
(i) Keselamatan
Litar peralatan elektrik direka bentuk dengan ciri-ciri
keselamatan. Ciri-ciri keselamatan ini penting kerana
dapat melindungi pengguna dan peralatan tersebut daripada
berlakunya litar pintas. Bagi periuk nasi elektrik litar elektrik
ditempatkan di dalam bahagian bawah periuk. Kedudukan
litar adalah tersembunyi dan tidak dapat dicapai tangan serta
tidak terdedah. Ciri-ciri seperti itu dapat melindungi
keselamatan pengguna daripada renjatan elektrik yang boleh
membawa maut.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

(ii) Kedudukan Peranti Dalam Litar (periuk nasi elektrik)

Reka bentuk kedudukan peranti-peranti seperti sensor


tekanan, sensor suhu dan elemen pemanas diletakkan
bersama dengan litar elektrik. Reka bentuk seperti ini
bertujuan untuk penjimatan ruang selain menekankan aspek
keselamatan. Di samping itu juga litar elektrik periuk nasi
kelihatan kemas dan menarik susunannya. Ini penting untuk
menjadikan reka bentuk litar elektrik sesuai untuk tujuan
komersial seperti Rajah 3.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

(iii) Sambungan Litar


Reka bentuk sambungan litar elektrik pada komponen atau peranti
disusun mengikut sesuatu tugas yang dikehendaki. Contohnya,
susunan reka bentuk sambungan litar pada periuk nasi elektrik yang
menekankan ciri selamat, cekap, kemas, dan berkualiti. Terdapat
pelbagai jenis litar dalam sambungan litar elektrik, antaranya
termasuklah litar tertutup, litar buka, litar pintas, litar salah kekutuban,
litar bocor ke bumi, dan litar bypass.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Litar Tertutup
Litar ini mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus,
voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya lampu
menyala apabila suis ditekan.

Litar Buka
Litar ini ialah litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap
arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya suis
lampu tidak menyala kerana suis tidak ditekan.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Litar Pintas
Litar pintas ialah satu keadaan yang berlaku di mana wayar hidup (L)
bersentuhan dengan wayar neutral (N) tanpa melalui beban. Contohnya
penebat wayar yang bocor dan bersentuhan antara wayar hidup (L) dan wayar
neutral (N) secara terus akan menghasilkan percikan bunga api dan akan
menyebabkan kebakaran.

Litar Salah Kekutuban


Litar salah kekutuban ialah jenis litar yang terhasil akibat daripada salah
memasang kekutuban pada sumber elektrik. Contohnya wayar L dan N pada
kipas angin tersalah kekutuban dan mengakibatkan motor berpusing secara
terbalik.
PenerajuPendidikan Nega

Anda mungkin juga menyukai