Anda di halaman 1dari 39

Reka Bentuk Dan Teknologi

Tingkatan 2
REKA BENTUK SISTEM AKUAPONIK
 
STANDARD PEMBELAJARAN:
 
Pada akhir pengajaran murid boleh:
2.5.1: Menyatakan maksud dan menerangkan reka bentuk sistem akuaponik.
2.5.2: Menjelaskan kelebihan reka bentuk sistem akuaponik.
2.5.3: Mengenal pasti komponen sistem akuaponik.
2.5.4: Melakar reka bentuk baharu sistem akuaponik bermaklumat.
2.5.5: Membina model reka bentuk baharu sistem akuaponik.
2.5.6: Menganalisis lakaran reka bentuk baharu sistem akuaponik.
2.5.7: Menilai model reka bentuk baharu sistem akuaponik.
2.5.8: Mencadangkan penambahbaikan reka bentuk sIstem akuaponik yang lebih efisan.
2.5.1: Menyatakan maksud dan menerangkan reka bentuk sistem akuaponik

A: Maksud Akuaponik
Akuaponik merupakan teknologi pertanian yang menggabungkan
akuakultur (ternakan ikan) dengan aktivti hidroponik(tanaman tanpa
media tanah) dalam satu pusingan air (circulation)
Tanaman dan ternakan yang sesuai untuk akuaponik antaranya :

Ternakan hidupan Tanaman


• Ikan Tilapia • Bayam
• Ikan Keli • Kangkung
• Ikan Patin • Sawi
• Ikan Sepat Siam • Kailan
• Ikan Lee koh • Tomato
• Ikan puyu • Salad
• Ikan jelawat • Pak Choy
• Ikan lampan • Kucai
A. Tujuan Akuaponik

Mengekalkan kualiti air

Mengurangkan kadar ammonia


Menjimatkan ruang

Menghasilkan 2 jenis makanan serentak


(ikan dan sayur/tanaman)
B. Sistem Kitaran Akuaponik

• Sistem kitaran akuaponik ialah sistem pengaliran air dari kolam ikan
ke media penanaman dan air akan dikitar semula ke dalam kolam.
C) Akuaponik secara Takungan dan Kitaran

1. Akuaponik secara takungan 2. Akuaponik secara kitaran


•Menggunakan kolam, tangki atau •Menggunakan dua bekas tangki, iaitu
bekas yang sama untuk ikan dan tangki ikan dan bekas tanaman secara
tanaman berasingan
D) Reka Bentuk Sistem Akuaponik

A. Sistem Raft (Rakit)


•Sistem raft (rakit) ini adalah tanaman yang
diletakkan terus di atas permukaan air sehingga
akar tanaman terendam di dalam air.
•Lazimnya menggunakan stereofoam, span,
atau bahan yang bersesuaian untuk terapung.
•Kelebihan sistem ini ialah akar tumbuhan
boleh menyerap nutrien organic di dalam air
secara langsung. lni menjadikan tumbuhan
tumbuh lebih cepat berbanding dengan sistem
lain.
D) Reka Bentuk Sistem Akuaponik

B. Sistem Ebb & Flow


•Sistem ini juga dikenali sebagai sistem pasang surut.
•Sistem ini berfungsi dengan menggunakan alat yang
dipanggil loceng sifon (bell sifon). Alat ini mengalirkan air
dari media penanaman apabila air sudah memenuhi media
penanaman.
•Loceng sifon bekerja dengan prinsip yang mirip dengan
pelampung pada tangki simbah.
•Bezanya, pelampung akan menghentikan aliran air apabila
sudah penuh, sedangkan loceng sifon akan mengeluarkan
air jika sudah penuh.
•Sistem Ebb & Flow ini adalah sistem akuaponik yang
sederhana jika dibandingkan sistem Raft dan sistem NFT.
LOCENG SIFON (BELL SIFON).
D) Reka Bentuk Sistem Akuaponik

C) Sistem NFT (Nutrient Film Technique)


•Sistem ini seolah-olah seperti sistem Raft.

•Sistem ini tidak menggunakan media


penanaman dan akarnya menyentuh lapisan
air yang mengalir.

•Air yang mengalir tidak boleh bertakung dan


sentiasa mengalir dengan cepat.

•Kelebihan sistem ini adalah air yang


digunakan untuk mengairi tumbuhan adalah
sedikit.
2.5.2 Kelebihan Reka Bentuk Sistem Akuaponik
Reka Bentuk Sistem Akuaponik Kelebihan Kelemahan

Sistem Raft (Rakit) ▪ Akar tanaman menyerap • Terdedah dengan serangan


nutrient secara terus daripada bakteria patogenik yang
air menyebabkan akar mudah
▪ Tanaman tumbuh cepat reput.
▪ Produktiviti sistem lebih tinggi
• Akar yang terendam di dalam
air adalah sesuai untuk
perkembangan bakteria
patogenik
2.5.2 Kelebihan Reka Bentuk Sistem Akuaponik
Reka Bentuk Sistem Akuaponik Kelebihan Kelemahan

Ebb And Flow • Biji benih nurseri boleh • Memerlukan bekalan elektrik
ditanam terus pada media secara beterusan24 jam.
penanaman. • Penekanan dalam
• Menggunakan media menyelengara loceng sifon
penanaman seperti batu
kerikil, hidroton, atau kerana kegagalan pada loceng
media penanaman yang sifon akan menyebabkan air
sesuai. melimpah, air di dalam kolam
berkurangan, dan ikan akan
mati.
2.5.2 Kelebihan Reka Bentuk Sistem Akuaponik
Reka Bentuk Sistem Akuaponik Kelebihan Kelemahan

Sistem NFT (Nutrient Film Technique) • Menggunakan kuantiti air • Memerlukan penapis
yang sedikit tambahan kerana media
• Pam yang kecil digunakan. penanaman tidak mampu
• Pioduktiviti tidak setinggi menapis
sistem Raft tetapi cukup
untuk memberikan hasil • •Penyemaian benih tidak dapat
yang memuaskan. dilakukan secara terus dalam
system NFT
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
Komponen Penerangan
A. Tangki Ikan/ Akuarium • Tangki berfungsi sebagai tempat untuk
memelihara ikan.
• Jenis tangki yang digunakan ialah kolam
simen, akuarium, kolam fibreglass, dan drum
plastik.
• Saiz tangki yang dipilih mestilah bersesuaian
dengan saiz atau jumlah tanaman
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
Komponen Penerangan
B. Bekas Tanaman (Grow Beds) • Grow beds adalah tempat untuk menanam
tanaman
• Digunakan dalam sistem akuaponik pasang
surut atau kitaran sebagai proses pengawalan
air.
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
Komponen Penerangan
C. Media Tanaman • Digunakan sebagai pemegang tanaman agar
 
dapat tumbuh
• Perlu mempunyai ruang udara yang baik serta
berdaya tahan untuk menghasilkan tanaman
yang subur

Batu Kerikil Rock Wool Perlite

Hidroton Cocopeat
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
Komponen Penerangan
D. Sistem Perpaipan • Sistem perpaipan digunakan untuk
melengkapkan kitaran dalam sistem
akuaponik
• Paip digunakan untuk menyalurkan air
daripada tangki ikan ke bekas tanaman, dan
menyalurkannya semula kepada tangki ikan
tersebut
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
Bahan-bahan Penyambung paip
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
Komponen Penerangan
E. Pam Air • Digunakan untuk memindahkan air dari
tangki ikan ke bekas tanaman secara
menegak.
• Pemilihan pam ini adalah mengikut
kesesuaian saiz tangki atau bekas tanaman
2.5.3 Mengenal Pasti Komponen Akuaponik
Komponen Penerangan
F. Penapis • Penapis mekanikal – Menyingkirkan Pepejal
• Penapis biologi – Penukaran arah air
• Penggunaan penapis dapat menjamin kualiti
air yang baik serta dapat mengelakkan pam
daripada tersumbat
2.5.4: Melakar Reka Bentuk Sistem Akuaponik Bermaklumat
2.5.5: Menganalisis Lakaran Reka Bentuk Sistem Akuaponik
CONTOH JADUAL ANALISIS ELEMEN LAKARAN
Arahan : Tandakan ( Ö ) dan buat justifikasi pada elemen reka bentuk yang digunakan dalam lakaran yang dihasilkan .

Jadual ini boleh diubahsuai mengikut kreativiti cikgu


2.5.5: Menganalisis Lakaran Reka Bentuk Sistem Akuaponik
CONTOH JADUAL ANALISIS PRINSIP LAKARAN
Arahan : Tandakan ( Ö ) dan buat justifikasi pada elemen reka bentuk yang digunakan dalam lakaran yang dihasilkan .

Jadual ini boleh diubahsuai mengikut kreativiti cikgu


2.5.6: Membina Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik
Mock up Model berfungsi sebahagian Model berfungsi

Dihasilkan sebelum produk Dihasilkan selepas mock-up Dihasilkan selepas produk


berfungsi sebahagian dibina. dibina berfungsi sebahagian dibina.

Dibina menggunakan bukan Tidak semestinya dibina Dibina menggunakan bahan


bahan sebenar. menggunakan bahan sebenar sebenar

Tidak berfungsi sepenuhnya Beberapa komponen Berfungsi sepenuhnya


berfungsi seperti produk
berfungsi sebenar
2.5.6: Membina Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik

Penghasilan Model dibahagikan kepada tiga langkah utama, iaitu;


(i) Mengukur, menanda dan memotong bahan
(ii) Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk
(iii) Membuat kemasan
2.5.6: Membina Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik
2.5.6: Membina Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik
2.5.6: Membina Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik
2.5.7: Menilai Model Reka Bentuk Sistem Akuaponik
Penilaian akan dibuat berdasarkan kepada kriteria seperti berikut:
 
Kecenderungan Inovasi, Kreativiti dan Keaslian Reka Bentuk
Kreativiti idea dalam menghasilkan rekabentuk atau kaedah baru atau fungsinya diperbaiki untuk memberi manfaat dalam penggunaan
 
Kandungan Unsur Simbolik, Emosi, Estetika dan Penampilan
Daya penarik produk yang boleh mempengaruhi pengguna atau membawa mesej tertentu yang memberikan nilai tambah kepada produk
dan pengguna. Ciri-ciri mesra alam yang terdapat pada rekabentuk produk, samada melibatkan pengguna atau persekitaran.
 
Kecenderungan Fungsi dan Praktikal
Kekuatan bagi memenuhi sasaran penggunaan, keperluan semasa dan penyelesaian masalah.
 
Kekuatan Kualiti dan Kebolehpasaran
Idea rekabentuk dapat menerangkan kebolehan pembuatan, rupabentuk, penggunaan bahan, teknologi dan keboleh pasaran.
 
Ergonomik
Mengimbangi interaksi penggunaan di antara pengguna dan persekitaran dengan produk secara fizikal atau psikologi (contoh : keselesaan,
memudahkan penggunaan atau ciri-ciri keselamatan)
 
2.5.8: Mencadangkan Penambahbaikan Reka Bentuk Sistem Akuaponik Yang
Lebih Efishen

Penambahbaikan dilakukan mengikut permintaan pelanggan

ØPenambahbaikan yang dibuat perlu mendapat kelulusan pelanggan


ØReka bentuk akhir dilakukan setelah penambahbaikan dipersetujui oleh pelanggan

Contoh:
Selepas berbincang Bersama pelanggan pereka medapati beberapa cadangan
penambahbaikan produk yang telah dihasilkan

1.Menambah pam yang lebih berkuasa


2.…………………………………………………………….
3.……………………………………………………………
Menghasilkan Laporan Projek Reka Bentuk Baharu Sistem Akuaponik
Format Menghasilkan Laporan Projek ( Dalam Bentuk Folio )

Bil Kategori Item Penerangan


Tajuk Nama model yang dihasilkan
Muka Nama murid Profil murid ( Nama murid , Nama sekolah,
A
hadapan tarikh)
B Penghargaan Penghargaan Pujian dan penghargaan kepada mereka
yang teah memberikan sumbangan dan
bantuan.
C Abstrak @ Abstrak Memberi penekanan tentang keistimewaan
ringkasan sesuatu projek.
D Jadual Isi kandungan Terdiri daripada isi kandungan , sub tajuk dan
kandungan muka surat
Bil Kategori Item Penerangan
1.0 Pengenalan Pengenalan Isu dan tujuan Reka bentuk baharu
Menggunakan konsep ( 5W + 1H ) mengikut
George R. Terry
2.0 Pernyataan Masalah Pernyataan Masalah Menyatakan apa masalah atau situasi yang
dihadapi pelanggan
3.0 Objektif Objektif Menyatakan objektif model dihasilkan.
Jadual kerja Perancangan kerja bermula dari lakaran hingga
terhasilnya model
Lakaran Reka bentuk Baharu Lakaran yang dihasilkan pada SP 2.5.4
Borang Analisis Elemen Borang analisis elemen yang telah dilengkapkan
pada SP 2.5.5
Borang Analisis Prinsip Borang analisis prinsip yang telah dilengkapkan
4.0 Laporan Induk pada SP 2.5.5
Model reka bentuk Dalam bentuk foto atau bahan bercetak
Senarai semak penilaian model reka Borang analisis prinsip yang telah dilengkapkan
bentuk baharu sistem pada SP 2.5.7
Kekuatan dan kelemahan model Segala kekuatan dan kelemahan model yang
dihasilkan
Bil Kategori Item Penerangan
5.0 Penutup Penutup Rumusan secara keselurahan penghasilan
model reka bentuk
Cadangan penambahbaikan Mencadangkan penambahbaikan kepada
kelemahan model yang dihasilkan

6.0 Bibiliografi Bibiliografi / Rujukan Segala sumber yang dirujuk untuk


menyokong pembinaan model

7.0 Lampiran Kos pengeluaran projek Segala perbelanjaan yang terlibat semasa
penghasilan model

Anda mungkin juga menyukai