Anda di halaman 1dari 2

Latihan Pengukuhan Reka Cipta : Soalan Bab Sistem

Disediakan oleh: Cik Tan Cheng Yin


1

Rajah 1 menunjukkan reka bentuk pembersih vakum robotik yang biasanya digunakan di
rumah.

Rajah 1
(a) Nyatakan tiga sistem yang digunakan untuk mengoperasikan pembersih vakum itu.
[3 markah]
(i) sistem elektrik
(ii) sistem kawalan
(iii) sistem elektronik
(b) Berdasarkan satu sistem di 1 (a), huraikan bagaimana sistem tersebut beroperasi.
[5 markah]
Sebelum sistem beroperasi
Semasa sistem beroperasi
Selepas sistem beroperasi

-1m
-3m
-1m

Contoh 1:
Sistem elektrik digunakan. Sambungkan plag pembersih vakum pada soket dan hidupkan
suis bekalan arus. Semasa sistem beroperasi, tenaga elektrik akan menyebabkan motor
berputar. Motor yang berputar juga akan menggerakkan kipas kecil di dalam
pembersih vakum. Pergerakan kipas akan membantu menyedut masuk habuk melalui
ruang penyedut. Proses ini berulangan untuk menyedut habuk sehingga suis dimatikan.
Contoh 2:
Sistem kawalan digunakan. Sebelum sistem beroperasi, pembersih vakum robotik berada
dalam keadaan tidak bergerak. Tekan butang pilihan untuk memilih tempoh masa yang
dikehendaki. Suis pembersih vakum robotik dihidupkan. Apabila sistem beroperasi,
pengawal logik boleh atur cara (PLC) / micropemproses akan menerima dan memproses
isyarat yang diterima. PLC / micropemproses akan mengawal dan mengerakkan

pembersih vakum robotik. Pembersih vakum robotik akan bergerak secara automatik.
Pembersih vakum robotik akan berhenti sendiri apabila tibanya masa yang ditetapkan.
Contoh 3:
Sistem elektronik digunakan. Sebelum sistem beroperasi, pembersih vakum robotik berada
dalam keadaan kekal / tidak bergerak. Tekan butang pilihan untuk menetapkan masa
gerakan. Suis pembersih vakum robotik dihidupkan. Semasa sistem beroperasi, litar
bersepadu yang bertindak sebagai pemasa (timer) akan mengawal masa gerakan
pembersih vakum robotik. Buaian akan bergerak secara automatik. Pembersih vakum
robotik akan berhenti sendiri apabila tibanya masa yang ditetapkan.
(d) Senaraikan dua kelebihan sistem yang digunakan di 1 (b).
[2 markah]
(i)
(ii)
(iii)

tidak membazir tenaga


mengelakkan masalah lenguh tangan
tidak letih / memenatkan

(mana-mana dua jawapan munasabah)


(e) Berdasarkan reka bentuk di Rajah 1, tunjukkan dua pengubahsuaian dalam bentuk lakaran
berlabel.
[5 markah]

Lakaran pengubahsuaian
Label (sekurang-kurangnya dua)
Kemas

-2m
-2m
-1m

Anda mungkin juga menyukai