Anda di halaman 1dari 4

1. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik akses tanpa izin atau semasa ketiadaan guru. 2.

Kemaskan bilik akses sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas. 3. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di bilik akses. 4. Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan bilik akses.

5. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan bilik akses. 6. Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral (lucah). 7. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar dan bergaduh dalam bilik akses.

8. Pengguna komputer dilarang membuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer. 9. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas. 10. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari bilik akses kecuali dengan izin guru yang bertugas.

11. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di bilik akses. 12. Pengguna tidak dibenarkan untuk menggunakan Pendrive. Sila dapatkan CDROM daripada guru bertugas untuk memindahkan maklumat. 13. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang tidak mematuhi peraturanperaturan yang tersebut di atas.

Anda mungkin juga menyukai