Anda di halaman 1dari 5

Legasi Tapai Ubi

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan kehidupan Parjo yang dilatari


legasi tapai ubi.Sejak kecil,Parjo sering membantu ayah
dan ibunya menghantar tapai-tapai buatan mereka ke
tempat-tempat yang telah membuat tempahan.Semasa
bersekolah,Parjo juga diberi gelaran Parjo Tapai kerana
pada setiap hari dia akan menjinjit karing berisi tapai ubi
ke kantin sekolah.Walaupun agak malu dengan kaan-
kawannya,Parjo bangga kerana dapat membantu ayah
dan ibunya mencari rezeki.Setelah dewasa dan sedang
melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang
perubatan ,sekali lagi Parjo dikaitkan dengan tapai
ubi.Kali ini,Profesor Haidar memberitahu bahawa mereka
akan membuat kajian tentang tapai ubi kerana
penemuan awal yang mengatakan bahawa tapai ubi
dapat membantu mengurangkan penyakit kanser.Hasil
kajian Parjo dan rakan sekuliahnya membuktikan bahawa
tapai ubi menghasilkan sejenis bahan yang dikenali
bakteriosin.Bahan ini dihasilkan oleh bakteria asid laktik
yang dapat mencegah kanser.Penemuan itu
menyebabkan permintaan terhadap tapai ubi ayahnya
juga semakin tinggi.Mereka mendirikan sebuah kilang
untuk menampung permintaan tapai ubi yang semakin
meningkat.Hasil kajian Parjo mula mendapat
pengiktirafan dan dibawa hingga ke peringkat
antarabangsa.Parjo sendiri bergelar pensyarah perubatan
setelah menamatkan pelajarannya.Beliau masih aktif
meneruskan kajian terhadap tapai ubi agar dapat
menghasilkan penawar bagi mencegah penyakit lain.
PENGAJARAN Huraian dan Bukti daripada
Cerpen
Kita hendaklah rajin membantu ibu Parjo rajin membantu ayah dan ibunya
bapa dalam mencari rezeki menghantar tapai-tapai buatan
mereka ke merata-rata tempat yang
ada membuat tempahan. ( muka surat
31 – 32,ilustri 1 – 2)
Kita hendaklah bekerjasama dalam Wak Salikon sekeluarga melakukan
setiap kerja yang kita lakukan. tugas masing-masing untuk
memastikan kerja-kerja membuat
tapai ubi berjalan dengan lancar.
(muka surat 32 – 33, ilustri 2 -3 )
Kita hendaklah menghargai jasa dan Parjo menyedari dan menghargai
usaha ibu bapa demi membesarkan kegigihan ibu bapanya membuat tapai
kita. ubi untuk menyara keluarga mereka.
(muka surat 33,ilustri 3)
Kita haruslah tekun dalam Parjo tekun dan sabar dalam
mengusahakan sesuatu kerja. membuat kajian untuk membuktikan
bahawa tapai ubi boleh
mengurangkan serangan penyakit
kanser. ( muka surat 35-40 , ilustri 8 –
15 )

Kita hendaklah bersikap baik hati dan Parjo berharap semoga hasil kajiannya
berkongsi kelebihan yang ada pada sapat dimanfaatkan dalam usaha
kita dengan orang lain. untuk memerangi penyakit kanser.
(muka surat 40 , ilustri 15 )
Kita perlulah belajar dengan gigih Berkat kegigihan, Parjo berjaya
untuk mencapai kejayaan. menamatkan pengajian kedoktoran
dengan cemerlang. ( muka surat 40 ,
ilustri 17 )
Kita hendaklah menghargai setiap Parjo memperkenalkan ibu bapanya
pengorbanan ibu bapa untuk kita kepada rakan-rakan dan pensyarahnya
sebagai pengusaha tapai ubi dan
kejayaan ialah hasil inspirasi mereka
berdua. ( muka surat 40 – 41, ilustri 17
– 18)
Kita hendaklah berpandangan jauh Wak Salikon membina sebuah
dan bijak dalam menambahkan bangunan kilang dan menambah
pendapatan keluarga. bilangan pekerjanya untuk
mempertingkatkan pengeluaran bagi
menampung permintaan yang
semakin tinggi terhadap tapai ubinya.
(muka surat 42 ,ilustri 20 )

Anda mungkin juga menyukai