Anda di halaman 1dari 29

1

Kerja Kursus Sejarah 2010



Nama Calon :
Tingkatan :
Nombor Kad Pengenalan :
Angka Giliran :
Nama dan Alamat Sekolah :
Tajuk Kerja Kursus :
Nama Guru :
Skor:-










..
( Tandatangan Guru )

Elemen Markah
Elemen 1 Mengumpul fakta sejarah
Elemen 2 Merekod fakta sejarah
Elemen 3 Penerapan unsur patriotisme
Jumlah Markah
Kod
Tahap Pencapaian
2

3enghargaan

Saya , Aisyah Binti Shahrom, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Rahimah Binti Omar selaku Pengetua SMK Seri Gombak kerana telah membenarkan saya
untuk menjalankan kajian Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 3 Tahun 2010 di luar waktu
persekolahan.
Tidak ketinggalan juga, Guru Mata Pelajaran Sejarah saya , Puan Jamillah Binti
Zakaria atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah
banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas untuk menjayakan kerja kursus ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa
saya iaitu Puan Arni Binti Idris dan Encik Shahrom Bin Kamaludin yang telah banyak
memberikan sokongan moral dan dorongan kepada saya serta telah menyumbangkan masa,
tenaga dan wang bagi membantu saya untuk menyiapkanfolio ini.
Saya juga ingin menyampaikan sekalung penghargaan saya kepada rakan-rakan saya
terutamanya Mohd. Hafis Bin Shaipul Bahari, Natasha Azlin Binti Ahmad Affendy dan Nur
Atieka Binti Baharudin. Mereka telah banyak membantu saya dalam mencari maklumat
dengan lebih terperinci agar tidak tersilap fakta atau data mengenai isi-isi folio ini. Selain itu,
saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada responden-responden yang telah saya temu
bual ketika dalam proses menjayakan folio ini.


3

2Ejektif Kajian
a. Dengan ini, saya dapat memenuhi sukatan pelajaran Penilaian Menengah Rendah
(PMR) 2010.

b. Melalui kajian ini, saya dapat mempertingkatkan pengetahuan saya tentang
perayaan Hari Raya Aidilfitri dan adat-adat mereka semasa perayaan.

c. Melalui kajian ini juga saya dapat mengetahui tentang sejarah Hari Raya Aidilfitri
dalam masyarakat Islam dan konsep Hari Raya Aidilfirti yang jelas menunjukkan
bahawa ia satu perayaan keagamaan dan disambut sebagai satu ibadat.

d. Kerja kursus ini juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya
dan juga di kalangan ganerasi muda.




4


Kaedah Kajian
a. Kaedah pertama yang saya gunakan ialah kaedah melayariinternet. Bahan-bahan
untuk kajian saya perolehi daripada sumber internet dengan melayari laman-laman
web yang berkaitan dengan tajuk di rumah saya.

b. Kaedah kedua yang saya gunakan ialah kaedah penyelidikan perpustakaan. Saya
mencari tajuk kajian daripada buku-buku ilmiah dan akhbar-akhbar yang saya perolehi
daripada Perpustakan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

c. Kaedah menemubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya menemubual ibu
bapa dan seluruh keluarga saya tentang perayaan ini. Mereka sebagai orang sumber
yang menjadi rujukan utama saya ketika menyiapkan kerja kursus ini.

d. Kaedah terakhir yang saya gunakan ialah kaedah rujukan majalah. Saya juga
mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian daripada majalah-majalah
yang berkaitan di perpustakaan sekolah.

5


Hasil Kajian
1. 3erayaan Tradisional
Nama 3erayaan/Nama Lain
Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab : ; 'Ayd al-FiHr perayaan fitrah)
disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan ini turut dikenali sebagai Hari Raya Puasa,
Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Feast of the Breaking
of the Fast, Eid, Idul Fitri, Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki).
3ihak/Etnik/Kaum Yang TerliEat
Hari Raya Aidilfitri adalah satu perayaan yang disambut oleh semua umat Islam di
seluruh dunia tak kirabangsa sama ada Melayu, India-Muslim atau Cina-Muslim dan lain-lain
bangsa di seluruh pelusuk dunia bagi menandakan tamatnya bulan Ramadhan yang dimana
umat Islam telah tekun menjalani ibadat puasa. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar
bagi umat Islam selain daripada Hari Raya Korban.
Tarikh/Tempoh Masa Dirayakan
Tarikh atau tempoh masa perayaan ini berlangsung adalah selama sebulan.Perayaan ini
bermula apabila berakhirnya bulan Ramadhan atau bulan puasa.Hari Raya ini bermula melalu
6

dua cara iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) atau hisab (kiraan).Sekiranya melalui
rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini tandanya bermulanya bulan Syawal iaitu bulan
kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh
pegawai bertugas pada sebelah petang hingga Maghrib di beberapa tempat yang strategik.
Tujuan 3erayaan
Tujuan perayaan ini disambut adalah sebagai tanda kemenangan umat Islam setelah dapat
mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan
sahaja kerana berjaya mengawal atau menahan nafsu makan dan minum selama sebulan pada
siang hari dalam bulan Ramadhan malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan
perkara yang dilarang oleh Allah yang boleh membatalkan puasa.
2. Latar Belakang
Sejarah dan Asal Usul 3erayaan
Sejarah Hari Raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke
Madinah.Baginda mendapati bahawa ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada
masa itu.Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, mereka
segera menjawab bahawa dua hari raya itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun
temurun daripada datuk nenek moyang mereka.
Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan
dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya
Korban atau Aidil Adha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.
7

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan
keagamaan.Ini bermakna, jika disambut di atas landasan agama, maka hari raya yangdiraikan
itu adalah satu ibadat.Aidilfitri disambut bagi meraikan kemenangan bagi orang yang dapat
mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan sahaja kerana
berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari bermula dari terbit
fajar hingga terbenam matahari sepanjang bulan Ramadhan, malah kerana berjaya menahan
diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah dan yang boleh
membatalkan puasa.
Kerana itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan
kejayaan daripada kemenangan itu.Kalimah fitri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan
manusia balik kepada fitrah yang asal.Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian
manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Upacara Khusus Dalam 3erayaan
Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari
raya itu perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila diumumkan sahaja hari raya,
maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat.Ini adalah seperti memperbanyakkan solat
sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan Tabrani oleh Ubadah Bin Soib menyatakan bahawa :Sesiapa yang
menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana
Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati -hati akan mati, iaitu hari
kiamat..
Pada pagi raya, mulakan dengan membersihkan diri dan bersiap-siap untuk pergi ke
masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan kemudian menghidupkan ukhwah dengan
8

kunjung-mengunjung di kalangan saudara-mara dan sahabat-sahabat handai.Perlu diingatkan
juga bahawa Islam tidak pernah mengajar umat-umatnya agar berlebih-lebihan atau
melampaui batas dalam menyambut apa sahaja perayaan.Ini bermakna Islam menegah
umatnya dari melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja
semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih yang banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian
serba baru, sahabat ini ;"Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut
Aidilfitri. Lalu baginda segera bertanya : Kenapa wahai saudaraku?. Lelaki itu berkata
:"Kerana saya tidak ada baju baru. Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat
lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki itu tadi. Ini
bermakna Islam tidak melarang sesiapa pun untuk bergaya dengan baju baru.Tetapi
pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya, tidak semua bernasib baik
untuk mempunyai baju baru. Lalu, digalakkan sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan
bersedekah apa sahaja kepada orang yang tidak berkemampuan.
Hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit
secara berlebihan untuk membeli barangan buat persiapan ataupun membeli barangan yang
boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama.
Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita kini hidup dalam kemewahan.
Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin
tidak dapat meraikan hari raya seperti kita.
Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit
raya.Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.
Usahlah kita mendidik anak-anak supaya mengunjung ke rumah jiran semata-mata dengan
harapan mereka akan diberi duit raya. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan
9

prasangka buruk akan diberikan sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya,
mereka dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.
Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat
Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan
diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya yang mengikut
lapan asnaf yang telah ditetapkan syariat.
Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa
pengisian yang telah disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang.Kedatangan
Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin disebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam
sambutan Aidilfitri bahawa kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
,ndividu Yang Mengetuai Upacara Khusus
Individu yang akan dan biasanya mengetuai upacara solat raya ialah imam. Manakala
di rumah pula, individu yang akan mengetuai upacara ialah tuan rumah sendiri atau orang
yang lebih tua.
Tempat Khusus SamEutan Dijalankan
Tempat sambutan Hari Raya Puasa adalah di rumah dengan seisi keluarga.Kemudian,
solat sunat Aidilfitri dijalankan di masjid pada waktu pagi.Selain itu, sambutan ini turut
dijalankan di desa. Mereka akan berkumpul satu keluarga dan pulang ke kampung halaman
untuk menyambut Hari Raya Puasa bersama orang tersayang. Selain itu, kubur juga adalah
salah satu tempat khusus kerana pada waktu pagi, umat Islam akan menziarahi kubur ahli
keluarga mereka yang sudah meninggal dunia.
10

. 3ersiapan SamEutan 3erayaan
SeEelum
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah.Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah pun
dirasai.Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan
perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga mula diputarkan di radio dan di
televisyen. Rancangan yang berkisarkan Aidilfitri juga akan ditayangkan. Bank, sekolah dan
premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena
Aidilfitri. Di jalan raya utama dan di lebuh raya di seluruh negara akan mengalami kesesakan
akibat kebanjiran warga Bandar yang ingin pulang ke kampung halaman untuk menyambut
Aidilfitri bersama-sama sanak-saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali
sebagai Balik Kampung
Bulan Ramadhan berlaku sebelum raya. Ramadhan ialah bulan umat Muhammad
S.A.W . Baginda bersabda :" Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-
pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan." Baginda
bersabda dalam hadis lain pula :" Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat
di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang
tahun itu Ramadhan"


y Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
y Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.
11

y Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa
iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi
dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka.
y Dituntut supaya mengerjakan solat Tarawikh, Witir dan solat sunat yang lain.
y Banyakkan berdoa, berzikir, berselawat, membaca Al-Quran, bertaubat dan lain-lain.
y Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada dalam
kesusahan dan ditimpa kemalangan.
y Memberi makanan kepada mereka yang ingin berbuka puasa.
y Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan
bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf
di masjid, qiamullail dan sebagainya
Semasa
Pada pagi raya, semua umat Islam bersarapan bersama-sama dengan kaum keluarga
mereka.Selepas itu, mereka bermaaf-maafan dengan orang-orang yang lebih tua daripada
mereka.Kemudian, umat Islam pergi ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri
berjemaah.Seterusnya, ada umat Islam yang pergi menziarahi kubur keluarga mereka yang
telah meninggal dunia.Setelah selesai menziarahi kubur, umat Islam pergi ke rumah saudara-
mara yang terdekat dan rakan-rakan pula untuk menziarahi mereka. Bagi kanak-kanak,
mereka akan mendapat duit raya daripada orang yang lebih tua atau tuan rumah itu sendiri.
Selepas
Selepas sebulan menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat Islam bakal menyambut
kedatangan bulan Islam yang seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan Zulhijjah.
12

Bulan Zulkaedah tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa melainkan solat
fardhu dan amalan seperti biasa.
Bulan Zulhijjah pula, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A,
Rasullullah S.A.W telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
y Tanggal 1 Zulhijjah - kesalahan Nabi Adam A.S telah diampunkan Allah. Oleh itu,
sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah.
y Tanggal 2 Zulhijjah - doa Nabi Yunus A.S diperkenankan Allah. Oleh itu, sesiapa
yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti
tidak pernah melakukan maksiat.
y Tanggal 3 Zulhijjah - doa Nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu,
sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.
y Tanggal 4 Zulhijjah - Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu, sesiapa yang berpuasa pada hari
itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
y Tanggal 5 Zulhijjah - Nabi Musa A.S dilahirkan. Oleh itu, sesiapa yang berpuasa pada
hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur.
y Tanggal 6 Zulhijjah - Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-
nabiNya. Oleh itu, sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah
dengan pandangan rahmat.
y Tanggal 7 Zulhijjah - pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu, sesiapa yang
berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya.
y Tanggal 8 Zulhijjah - Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih
anaknya Ismail. Seharian dia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari
13

Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari
tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah.
y Tanggal 9 Zulhijjah - Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa
mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebutlah
dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).
Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut
akandibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
Amalam sunat pada 10 Zulhijjah adalah seperti :
a. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b. Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat
Adha.
c. Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang
lain.
d. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid.
e. Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah
terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
y Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 19 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar
dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malam pertama Awal
Muharram.
3eraturan/3antang-Larang/Amalan Sampingan
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan
berziarah.Amalan ini bertepatan dengan suruhan agama Islam. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri
(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat
14

Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan
menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan Surah Yaasin. Kemudian mereka
akanberkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akanbermaaf-
maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.Pada asasnya, hari raya adalah hari untuk
bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan
umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada hari raya.Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul yang bertulis
atau bergambarkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan
orang Cina yang memberi sampul merah yang berisi wang ataupun dikenali sebagai Ang
Pau.
Pada hari raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, seperti hijau
atau kuning.Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-
syarikat perniagaan, antaranya adalah seperti saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas
polimer RM 5.Kadangkala amalan pemberian duit raya digantikan dengan pemberian hadiah-
hadiah. Dari sudut agama pula, malam tujuh liker sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu
detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibrail akan
turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, berzikir,
bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu, timbullah tradisi memasang pelita sebagai
simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan serta membantu mereka yang berjalan ke
surau atau masjid bagi menunaikan solat tarawikh kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana
suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin akan membahayakan keselamatan. Ini adalah
kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga
Ali K.W. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil
mengucapkan kata-kata yang bermaksud:"Semoga Allah S.W.T menerangi kubur Umar
15

sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar (
) menyebutkan bahawa:"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-
masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "
Rumah-rumah terbuka juga akan diadakan pada hari raya atau sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke Bandar setelah
cuti tamat. Biasanya, pada minggu pertama hari raya, jalan akan dipenuhi dengan kereta dan
ini menyebabkan kesesakan.
. Kesan 3erayaan
Kekeluargaan
Kesan peiayaan Baii Raya Aiuilfitii kepaua keluaiga aualah ianya boleh
mengeiatkan hubungan silatuiahim antaia satu sama lain Ahliahli keluaiga semua
akan beikumpul ui satu tempat uan meieka akan memulakan pagi iaya uengan
beisalaman uan beimaafmaafan
Keagamaan/Kepercayaan
Peiayaan Baii Raya Aiuilfitii aualah satu peiayaan keagamaanIanya sahaja
aualah satu ibauatBaii Raya ini aualah untuk meiaikan umat Islam yang telah penat
beipuasa sepanjang bulan RamauhanBengan melakukan ibauat ini ianya boleh
meningkatkan kepeicayaan uan ketakwaan seseoiang itu teihauap Allah uan Islam
3erpaduan
16

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga dapat mengeratkan perpaduan kaum kerana
perayaan ini disambut oleh semua kaum yang beragama Islam sesuai dengan slogan yang
diwar-warkan oleh kerajaan iaitu 1 Malaysia.



3eluang 3erniagaan
Menjelang perayaan, banyak barang-barang keperluan yang diperlukan oleh orang
ramai. Ini akanmemberi peluang kepada peniaga-peniaga untuk membeka peniagaan baru
atau melariskan peniagaan yang sedia ada.




17





Rumusan
Saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat menyelesaikan Kerja
Kursus Sejarah ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.Ketika
menjalankan kajian untuk kerja kursus ini, saya mendapat banyak pengetahuan,
pengajaran dan nilai.
Setelah menjalankan Kerja Kursus Sejarah Perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya berasa
amat bangga menjadi seorang warganegara Malaysia kerana terdapat pelbagai perayaan
tradisi kaum yang terdapat di tanah air yang tercinta kita ini. Selain itu, saya dapat
mempelajari keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat
pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, perayaan tradisi ini dapat melahirkan
18

perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara
kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa
perayaan. Kegembiraan ini dikongsi bersama.
Di samping itu, saya sebagai rakyat Malaysia, berbangga dengan negara saya kerana
di negara ini terdapat pelbagai kaum dan tradisi.Negara Malaysia merupakan sebuah negara
yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi negara
saya.Salam 1 Malaysia.




Rujukan
y Buku Ilmiah
Fatimah Azzahra, Yusri Ab.Malik, 1995.Perpaduan Melalui Perayaan. Petaling Jaya
: Penerbit Setiamas.
Zabri Zakaria, 2005. Perayaan Masyarakat Majmuk. Petaling Jaya : Sejati Books.
Muhammad Bin Harun, 2007.Adat Dan Budaya Masyarakat Melayu.Kuala Lumpur :
Mutiara Ilmu Enterprise.
19

Wan Maizura Wan Mahmud, 2007.Masyarakat Malaysia. Petaling Jaya : Pustaka
Cahaya Intelek.
Dahlia Abdul Halim, Asmaliza Ayob, 2002. Budaya Unik; Kepelbagaian
Kaum.Petaling Jaya : Pustaka Murni.

y Majalah
Padilah Haji Ali, Perpaduan Melalui Perayaan, Dewan Budaya .Bil 10, 1-30 Oktober
2009.
Mohd. Sukki Othman, Ramadhan & Syawal: Antara ibadat dan adat, Milenia Muslim.
Bil 85, 1-31 September 2009.

y Akhbar
Berita Minggu, 20 September 2009, halaman 4-5.
Berita Harian, 19 September 2009, halaman C2 dan 30.
Metro, 20 September 2009, halaman D20-D21.
Berita Harian, 22 September 2009, halaman 29,30, dan 34.
Utusan Malaysia, MEGA, 22 September 2009, halaman 25.
Berita Harian, 29 September 2009, halaman 34 dan 36.

y Internet
Hari Raya Aidilfitri, http://kebudayaan.blogspot.com/2007/03/aidilfitri.html
Hari Raya Aidilfitri, http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidilfitri
Hari Raya Puasa, http://www.essortment.com/all/muslimsfestival_rkxm.htm


20


















Elemen
Tugasan 2
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?
21

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh pelbagai
kaum di Malaysia ini.Contohnya seperti Hari Raya Aidilfitri yang diraikan oleh kaum
Melayu.Tahun Baru Cina pula diraikan oleh kaum Cina, Deepavali diraikan oleh kaum India
dan Krismas diraikan oleh kaum India atau Cina yang beragamaKristian.
Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia kerana kaum-kaum ini
sama-sama menghargai dan menghormati tradisi dan budaya mereka tersendiri. Rumah
terbuka antara kaum menggalakkan mereka supaya saling kunjung mengunjungi di antara satu
sama lain serta bersama-sama berkongsi kegembiraan dan kemeriahan semasa menyambut
hari perayaan. Melalui majlis rumah terbuka ini, sifat muhibah dan kemasyarakatan dapat
lahir dengan sendirinya.
Selain itu, di Malaysia terdapat juga kongsi raya iaitu DeepaRaya.DeepaRaya adalah
nama bagi dua perayaan iaitu Deepavali dan sambutan Hari Raya, yang disambut oleh kaum
India dan kaum Melayu. Perkataan DeepaRaya ini terhasil daripada kebetulan Hari Deepavali
dan Hari Raya Aidilfitri 2005 jatuh pada bulan yang sama. Kongsi raya ini dapat
mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di Malaysia.
Di samping itu, perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu
bersefahaman and bermuafakat di antara satu sama lain. Masyarakat perlu bertolak ansur,
bekerjasama dan tolong-menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung
menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan
kerana di musim perayaan, semua rakyat Malaysia akan bercuti walaupun kaum yang tdak
menyambut perayaan itu.
Akhir sekali, sebagai rakyat Malaysia, tidak kira di mana kita berada, sikap
bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-
22

masing. Justeru itu, semasa perayaan tradisi, kite perlu lebih bersatu-padu dan
berharmoni.Dan juga kita haruslah bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum
diminta menyayangi negara dan bangga dengan negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.










Senarai Kandungan
Bil. Aspek M/S
23

1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai Kandungan 2 - 3
3. Penghargaan 4
4. Objektif Kajian 5
5. Kaedah Kajian 6
6. Hasil Kajian
y Perayaan Tradisi
- Nama perayaan/Nama lain
- Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat
- Tarikh/Tempoh masa dirayakan
- Tujuan perayaan
y Latar Belakang
- Sejarah/Asal usul perayaan
- Upacara khusus dalam perayaan
- Individu yang mengetuai upacara khusus
- Tempat khusus sambutan dijalankan
y Persiapan Sambutan Perayaan
- Sebelum
- Semasa
- Selepas
- Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan

y Kesan Perayaan
- Kekeluargaan
7 - 16
24

- Keagamaan/Kepercayaan
- Perpaduan
- Peluang perniagaan

7. Rumusan 17
8. Lampiran 18
9. Rujukan 19












25


Tajuk Kajian :





26




Lampiran

y Umat Islam mengambil peluang pada Hari Lebaran ini untuk bermaaf-maafan
sesama manusia pada hari yang mulia ini.
27


y Pada hari raya ini juga peniaga-peniaga akan mengambil peluang untuk melariskan
jualan mereka.

y Bagi keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga, hari raya ini ialah hari yang sesuai
bagi mereka untuk menziarahi pusara-pusara ahli keluarga yang telah meninggal
dunia.

28

y Bagi orang-orang kenamaan, sudah menjadi tradisi kepada meraka untuk mengadakan
rumah-rumah terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri
29

Anda mungkin juga menyukai