Anda di halaman 1dari 12

FORM 3 SEJARAH

MS MASTURA
BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita

 Kestabilan dan kemakmuran negara kita mendorong kuasa-kuasa barat untuk menguasai kekayaan tersebut
 Pada peringkat awal terdapat lima kuasa Barat bersaing untuk menguasai perdagangan rempah di Alam
Melayu
 Garis masa persaingan kuasa-kuasa Barat dapat dilihat melalui 2 garis masa ini

Faktor Kedatangan Kuasa Barat abad ke-16

1. Mendapat barangan mewah
- Kuasa-kuasa Barat ingin mendapat barang mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar
- Juga rempah ratus, minyak wangi, emas, perak, gading batu permata dan hasil hutan

2. Perlu Pusat Pengumpulan

- Syarikat Perdagangan perlukan pusat pengumpulan barang mentah tempatan yang diperlukan China
seperti emas, perak, bijih timah dan rempah ratus
- Pusat pengumpulan itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan China-India

3. Pelabuhan Persinggahan
- Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara sementara menunggu
peralihan angin monsun dan mendapatkan bekalan air, makanan dan membaiki kapal sebelum ke Canton

4. Agama
- Ingin menyebarkan agama Kristian di Timur
- Sepanyol dan Portugal ialah dua buah Negara Katolik yang menekankan usaha penyebaran agama Kristian
di seberang laut.
- Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, kemasyhuran dan keagamaan

2
Faktor Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-17 & 18

Revolusi Perindustrian

• Revolusi perindustrian bermula di Britian pada abad ke-17

• Jerman dan Perancis turut menjadi negara perindustrian

• Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan tanah jajahan untuk dapat bahan mentah bagi keperluan kilang
perusahaan mereka secara berterusan

• Perlu pasaran luas kerana kilang keluarkan hasil yang banyak

Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-19 & 20

1. Perkembangan industri kereta

• Perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah asli meningkat untuk cipta
tayar.
• Getah diperlukan juga untuk perusahaan penebat barangan elektrik.

2. Kesuburan Tanah dan kekayaan hasil bumi

• Negara kita mempunyai tanah yang subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman getah, tebu, padi dan
tembakau.
• Juga kaya dengan hasil bumi bijih timah, emas, bijih besi, petroleum dan arang batu

3. Industri mengetin Makanan

• Bijih timah diperlukan untuk industri mengetin makanan, minuman, membuat bumbung rumah dan
tong minyak.
• Kesannya permintaan dan harga bijih timah turut meningkat.

3
4. Pembukaan Terusan Suez

• Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dengan Suez di
Laut Merah mempercepatkan urusan perdagangan.
• Perdagangan di antara Alam Melayu dengan Eropah semakin bertambah

5. Ciptaan Kapal Wap

Ciptaan kapal wap membolehkan dapat membawa muatan lebih banyak, menjimatkan kos, percepat
perjalanan dan penghantaran mudah serta murah.

6. Persaingan Kuasa Barat

• Wujud persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britian, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat
untuk mendapatkan tanah jajahan.
• Mereka sanggup berperang kerana semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang
diperolehi.

7. Ciptaan Telegraf

Ciptaan telegraf membolehkan ahli perniagaan Eropah menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah
Melayu dengan cepat.

8. Slogan "Beban Orang Putih"

• Slogan "Beban Orang Putih" digunakan untuk sebar pengaruh dan tamadun mereka dan mewajarkan
tindakan mereka.
• Slogan Beban orang Putih bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka membantu dan memberi
kesejahteraan kepada wilayah yang ditakluki.
• Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun kepada penduduk dunia bukan Barat yang
dianggap mundur.

4
1.3 Persaingan Antara Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan
 Kuasa Barat berlumba-lumba memiliki tanah jajahan untuk kepentingan ekonomi.

 Sepanyol, Britian, Perancis dan Rusia mempunyai empayar.

 Amerika Syarikat, Jerman, Itali & Belgium menyertai perlumbaan mendapatkan tanah jajahan.

 Persaingan ini menimbulkan kebimbangan British kerana negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah kaya
dengan bahan mentah dan merupakan kawasan pasaran yang penting.  Rancangan perluasan kuasa Barat
Kuasa Barat Wilayah Di Alam Melayu
Perancis Segenting Kra

Rusia Ujung Salang

Jerman Pulau Langkawi

Amerika Syarikat Terengganu

Belanda Kepulauan Hindia Timur

British Negeri-Negeri Melayu, Sarawak dan Sabah

1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita

• Kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Contohnya:-
 Portugis guna strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka
 Belanda guna strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk mendapatkan tanah
jajahan
 British guna strategi bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat
• British mula mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan selepas Parti Konservatif
mengambil alih pentadbiran daripada Parti Liberal
• Dasar campur tangan ini dipengaruhi oleh desakan pedagang untuk melindungi kepentingan pelaburan mereka
dan kepentingan ekonomi British
• Gabenor Harry Ord telah digantikan oleh Andrew Clarke untuk memaksa pemerintah tempatan menerima
naungan dan campur tangan British

5
Strategi Belanda

1) Serangan Fizikal
i. Menyerang Pulau Pangkor (1650) dan Kuala Perak (1651) disebabkan monopoli bijih timah oleh
Belanda.
ii. Berperang dengan Selangor dan Rembau (1763) kerana bimbang penguasaan Selangor terhadap
Selat Melaka
iii. Berperang dengan Johor (1782) disebabkan perselisihan perdagangan
iv. Berperang dengan Johor dan Selangor (1784) kerana perebutan perairan Selat Melaka

2) Perjanjian
i. 1650 perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah

ii. 1786 perjanjian dengan Selangor, Sultan Ibrahim setuju jual bijih timah

3) Pakatan
i. 1641 berpakat dengan Johor mengalahkan Portugis di Melaka
ii. 1824 berpakat dengan British menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda

Strategi British

1) Serangan Fizikal
i. 1831 dan 1832 serang Dol Said yang enggan tunduk pada kekuasaan British.
ii. Membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak campur tangan dalam perang saudara di
Pahang dan masalah takhta Sultan Mahmud Lingga.

2) Perjanjian
i. Mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang menerima
naungan British.
ii. Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke sebagai raja

6
3) Ugutan / Desakan
i. Mengugut Sultan Selangor dan Pahang menerima Residen.
ii. James Brooke mendesak Sultan Brunei mengiktiraf sebagai raja

4) Tipu Helah

i. Mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah kepada Sultan Kedah

5) Pakatan
i. Berpakat dengan Belanda mendapatkan Melaka melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824

6) Pajakan
i. Melalui pajakan dan pemberian piagam, SBUB meluaskan pengaruh ke Sabah

7) Manipulasi
i. 1819 - mendapat Singapura peluang daripada perebutan takhta Johor
ii. 1871 – campur tangan di Perak, peluang daripada perebutan takhta
iii. 1874 – campur tangan di Selangor peluang daripada rompakan ke atas kapal dagang dan serangan
rumah api Tanjung Rachado

7
Latihan

1) Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa-kuasa Barat yang berusaha untuk menguasai negerinegeri Melayu

Belanda British

a) Nyatakan dua strategi Belanda untuk menguasai negeri-negeri Melayu.

i. --------------------------------------------------------
ii. ---------------------------------------------------------

b) Mengapakah kuasa-kuasa Barat Berjaya menguasai negeri-negeri Melayu dengan mudah?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

c) Bagaimanakah usaha generasi mudah ari ini dalam mengekalkan kedaulatan tanah air kita daripada
diganggu gugat kuasa asing?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8
2) Rajah di bawaj menunjukkan kuasa-kuasa Barat yang meluaskan kuasa di Alam Melayu. Usaha

Perluasan kuasa ini semakin rancak pada abad ke-19 dan abad ke-20

(a) Nyatakan empat perkembangan yang membawa kepada situasi tersebut

i. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ii. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
iii. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
iv. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(b) Pada tahun 1874, kerajaan Britian telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campurtangan di
negeri-negeri Melayu. Kemukakan tiga sebab yang membawa kepada perkembangan tersebut

i. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ii. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------

iii. -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(c) Apakah iktibar yang dapat anda pelajari daripada usaha perluasan kuasa-kuasa Barat di negara kita?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9
SOALAN ESEI - TINGKATAN 3

SK : 7.1 SP:
TEMA : TAJUK :
Kedatangan Kuasa 7.1.2,.7.1.3 &
Kedatangan Kuasa Asing Campur tangan Kuasa Barat
Barat K7.1.6

1. Kemakmuran dan kestabilan negara kita telah menarik kedatangan pelbagai kuasa Barat. Mereka bersaing dan
menggunakan pelbagai strategi untuk mendapatkan tanah jajahan. (ms.2)

(a) Huraikan faktor-faktor kedatangan kuasa Barat di negara kita pada abad ke- 20 (6 markah)

(b) Jelaskan strategi Belanda untuk menguasai negara kita? (6 markah)

(c) Huraikan kepentingan bekerjasama dalam menjamin kemakmuran negara. (8 markah)

SOALAN ESEI - TINGKATAN 3

TAJUK : SK : 7.1
TEMA : SP:
Campur tangan dan Kedatangan Kuasa
Kedatangan Kuasa Asing 7.1.1 & K7.1.6
Penjajahan Kuasa Barat Barat

2. Negara kita mempunyai sistem pemerintahan yang stabil hasil kebijaksanaan pemerintah. (ms.4)

(a) Jelaskan peranan pemerintah berikut?

i. Sultan (3 markah)

(3 markah)
ii. Penghulu

(3 markah)

(b) Huraikan sistem perundangan negara kita. (6 markah)

(c) Huraikan kepentingan bekerjasama dalam menjamin kemakmuran negara kita? (8 markah)

10
SOALAN ESEI - TINGKATAN 3

TAJUK : SK :
TEMA : SP:
Campur tangan Kuasa Barat Kedatangan Kuasa
Kedatangan Kuasa Asing 7.1.1, & K7.1.5
di negara kita Barat

3. Kemakmuran negara datangnya daripada sumber hasil bumi dan hasil alam yang dimanfaatkan untuk memajukan
ekonomi. Selain itu masyarakat bijak mengeksploitasi sumber alam semula jadi untuk memajukan ekonomi dan
memakmurkan kehidupan.(ms,4-7)

(a) Jelaskan hasil bumi dan hasil alam yang terdapat di negara kita? (6 markah)

(b) Bincangkan bagaimana masyarakat melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan? (6 markah)

(c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan memanfaatkan sumber kekayaan negara. (8 markah)

11
NOTES :

12

Anda mungkin juga menyukai