Anda di halaman 1dari 16

BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita

 Kestabilan dan kemakmuran negara kita mendorong kuasa-kuasa barat untuk menguasai kekayaan tersebut
 Pada peringkat awal terdapat lima kuasa Barat bersaing untuk menguasai perdagangan rempah di Alam
Melayu
 Garis masa persaingan kuasa-kuasa Barat dapat dilihat melalui 2 garis masa ini

Faktor Kedatangan Kuasa Barat abad ke-16


1. Mendapat barangan mewah
- Kuasa-kuasa Barat ingin mendapat barang mewah dari China seperti teh, sutera dan tembikar
- Juga rempah ratus, minyak wangi, emas, perak, gading batu permata dan hasil hutan

2. Perlu Pusat Pengumpulan


- Syarikat Perdagangan perlukan pusat pengumpulan barang mentah tempatan yang diperlukan China
seperti emas, perak, bijih timah dan rempah ratus
- Pusat pengumpulan itu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan China-India

3. Pelabuhan Persinggahan
- Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung sementara sementara
menunggu peralihan angin monsun dan mendapatkan bekalan air, makanan dan membaiki kapal
sebelum ke Canton

4. Agama
- Ingin menyebarkan agama Kristian di Timur
- Sepanyol dan Portugal ialah dua buah Negara Katolik yang menekankan usaha penyebaran agama
Kristian di seberang laut.
- Matlamat penjajahan mereka adalah untuk kekayaan, kemasyhuran dan keagamaan

1 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
Faktor Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-17 & 18

Revolusi Perindustrian

• Revolusi perindustrian bermula di Britian pada abad ke-17

• Jerman dan Perancis turut menjadi negara perindustrian

• Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan tanah jajahan untuk dapat bahan mentah bagi keperluan kilang
perusahaan mereka secara berterusan

• Perlu pasaran luas kerana kilang keluarkan hasil yang banyak

Kedatangan Kuasa Barat Pada Abad ke-19 & 20

1. Perkembangan industri kereta

 Perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah asli meningkat untuk
cipta tayar.
 Getah diperlukan juga untuk perusahaan penebat barangan elektrik.

2. Kesuburan Tanah dan kekayaan hasil bumi

 Negara kita mempunyai tanah yang subur dan iklim yang sesuai untuk tanaman getah, tebu, padi dan
tembakau.
 Juga kaya dengan hasil bumi bijih timah, emas, bijih besi, petroleum dan arang batu

3. Industri mengetin Makanan

 Bijih timah diperlukan untuk industri mengetin makanan, minuman, membuat bumbung rumah
dan tong minyak.
 Kesannya permintaan dan harga bijih timah turut meningkat.

2 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
4. Pembukaan Terusan Suez

 Pembukaan Terusan Suez yang menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dengan
Suez di Laut Merah mempercepatkan urusan perdagangan.
 Perdagangan di antara Alam Melayu dengan Eropah semakin bertambah

5. Ciptaan Kapal Wap

 Ciptaan kapal wap membolehkan dapat membawa muatan lebih banyak, menjimatkan kos, percepat
perjalanan dan penghantaran mudah serta murah.

6. Persaingan Kuasa Barat

 Wujud persaingan kuasa-kuasa Barat seperti Britian, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika
Syarikat untuk mendapatkan tanah jajahan.
 Mereka sanggup berperang kerana semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang
diperolehi.

7. Ciptaan Telegraf

 Ciptaan telegraf membolehkan ahli perniagaan Eropah menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah
Melayu dengan cepat.

8. Slogan "Beban Orang Putih"

 Slogan "Beban Orang Putih" digunakan untuk sebar pengaruh dan tamadun mereka dan
mewajarkan tindakan mereka.
 Slogan Beban orang Putih bermaksud tanggungjawab dan tugas mereka membantu dan memberi
kesejahteraan kepada wilayah yang ditakluki.
 Perancis menggunakan slogan Tugas Menyebar Tamadun kepada penduduk dunia bukan Barat
yang dianggap mundur.

3 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
LATIHAN – BAHAGIAN A

4 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
BAHAGIAN B

5 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
5.

6 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
BAHAGIAN C - ESEI

7 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
1.3 Persaingan Antara Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan
 Kuasa Barat berlumba-lumba memiliki tanah jajahan untuk kepentingan ekonomi.

 Sepanyol, Britian, Perancis dan Rusia mempunyai empayar.

 Amerika Syarikat, Jerman, Itali & Belgium menyertai perlumbaan mendapatkan tanah jajahan.

 Persaingan ini menimbulkan kebimbangan British kerana negeri-negeri Melayu, Sarawak dan
Sabah kaya dengan bahan mentah dan merupakan kawasan pasaran yang penting.

 Rancangan perluasan kuasa Barat

Kuasa Barat Wilayah Di Alam Melayu


Perancis Segenting Kra
Rusia Ujung Salang
Jerman Pulau Langkawi
Amerika Syarikat Terengganu
Belanda Kepulauan Hindia Timur
British Negeri-Negeri Melayu, Sarawak dan Sabah

LATIHAN – BAHAGIAN A

1 2

8 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
3
4 Mengapakah Perancis berminat meluaskan Kuasa di IndoC

Membuka Petempatan baru


Menjadikan pusat ketenteraan utama
Membina terusan di Segenting Kra
Mengusahakan sistem pertanian moden

BAHAGIAN B

1. Pada abad ke-19, kuasa Barat mula bersaing untuk membina empayar masing-masing. Hal ini
membimbangkan British yang mempunyai kepentingan di negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah.

Jelaskan dua sebab wilayah tersebut penting kepada British

i. ………………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………………….

2. Kemaraaan Kuasa Barat lain ke negeri-negei Melayu, Sarawak dan Sabah bagi mendapatkan tanah jajahan
membimbangkan British. Namakan kuasa Barat yang dimaksudkan serta huraiannya dalam jadual di bawah
Kuasa Barat Tindakan/Rancangan/Hasrat
(a) Perancis

(b) Berhasrat membuka petemptan di Ujung Salang

(c) Berusaha mendapatkan Pulau Langkawi

(d) Amerika Syarikat

9 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita
 Kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai negara kita. Contohnya:-
 Portugis guna strategi menyerang semasa menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka
 Belanda guna strategi serangan fizikal, perjanjian dan pakatan kuasa Barat untuk mendapatkan
tanah jajahan
 British guna strategi bersifat diplomasi berdasarkan isu dan faktor setempat
 British mula mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan selepas Parti
Konservatif mengambil alih pentadbiran daripada Parti Liberal
 Dasar campur tangan ini dipengaruhi oleh desakan pedagang untuk melindungi kepentingan pelaburan
mereka dan kepentingan ekonomi British
 Gabenor Harry Ord telah digantikan oleh Andrew Clarke untuk memaksa pemerintah tempatan
menerima naungan dan campur tangan British

Strategi Belanda

1) Serangan Fizikal
i. Menyerang Pulau Pangkor (1650) dan Kuala Perak (1651) disebabkan monopoli bijih timah
oleh Belanda.
ii. Berperang dengan Selangor dan Rembau (1763) kerana bimbang penguasaan Selangor terhadap
Selat Melaka
iii. Berperang dengan Johor (1782) disebabkan perselisihan perdagangan
iv. Berperang dengan Johor dan Selangor (1784) kerana perebutan perairan Selat Melaka

2) Perjanjian
i. 1650 perjanjian dengan Perak untuk mendapatkan bijih timah
ii. 1786 perjanjian dengan Selangor, Sultan Ibrahim setuju jual bijih timah

3) Pakatan
i. 1641 berpakat dengan Johor mengalahkan Portugis di Melaka
ii. 1824 berpakat dengan British menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda

10 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
Strategi British

1) Serangan Fizikal
i. 1831 dan 1832 serang Dol Said yang enggan tunduk pada kekuasaan British.
ii. Membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak campur tangan dalam perang saudara
di Pahang dan masalah takhta Sultan Mahmud Lingga.

2) Perjanjian
i. Mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan Pahang menerima
naungan British.
ii. Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke sebagai raja

3) Ugutan / Desakan
i. Mengugut Sultan Selangor dan Pahang menerima Residen.
ii. James Brooke mendesak Sultan Brunei mengiktiraf sebagai raja

4) Tipu Helah

i. Mendapatkan Pulau Pinang melalui tipu helah kepada Sultan Kedah

5) Pakatan
i. Berpakat dengan Belanda mendapatkan Melaka melalui Perjanjian Inggeri-Belanda 1824

6) Pajakan
i. Melalui pajakan dan pemberian piagam, SBUB meluaskan pengaruh ke Sabah

7) Manipulasi
i. 1819 - mendapat Singapura peluang daripada perebutan takhta Johor
ii. 1871 – campur tangan di Perak, peluang daripada perebutan takhta
iii. 1874 – campur tangan di Selangor peluang daripada rompakan ke atas kapal dagang dan serangan
rumah api Tanjung Rachado

11 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
LATIHAN – BAHAGIAN A

12 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
13 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
BAHAGIAN B

1) Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa-kuasa Barat yang berusaha untuk menguasai negeri- negeri
Melayu

a) Nyatakan dua strategi Belanda


Belandauntuk menguasai negeri-negeri
British Melayu.
i. -
ii.

b) Mengapakah kuasa-kuasa Barat Berjaya menguasai negeri-negeri Melayu dengan mudah?

c) Bagaimanakah usaha generasi mudah ari ini dalam mengekalkan kedaulatan tanah air kita daripada
diganggu gugat kuasa asing?

14 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
2…Rajah di bawaj menunjukkan kuasa-kuasa Barat yang meluaskan kuasa di Alam Melayu. Usaha Perluasan kuasa ini
semakin rancak pada abad ke-19 dan abad ke-20

(a) Nyatakan empat perkembangan yang membawa kepada situasi tersebut


i.
ii.
iii.
iv.

(b) Pada tahun 1874, kerajaan Britian telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campurtangan di
negeri-negeri Melayu. Kemukakan tiga sebab yang membawa kepada perkembangan tersebut

i.

ii.

iii.

(c) Apakah iktibar yang dapat anda pelajari daripada usaha perluasan kuasa-kuasa Barat di negara kita?

15 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020
16 ©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff/ 011 4035 2002 / Tingkatan 3 ~ 2020

Anda mungkin juga menyukai