Anda di halaman 1dari 18

CADANGAN JAWAPAN

TINGKATAN 3 BAB 1 : KEDATANGAN KUASA BARAT

Soalan Objektif

1 A 2 B 3 B 4 A 5 D 6 D 7 B 8 A 9 A 10 B
11 A 12 C 13 C 14 C 15 D 16 C 17 C 18 C 19 C 20 D

Soalan Struktur

1 (a)
- Rempah-ratus
- Minyak wangi
- Emas
- Perak
- Batu permata
- Gading
- Hasil hutan

(b)
- Untuk mengisi bekalan air
- Untuk memudahkan kapal berlabuh
- Untuk mengisi bekalan makanan
- Untuk mencari kemudahan membaiki kapal sebelum berlayar ke Canton

(c)
- Memperbanyakkan kursus atau program untuk meningkatkan kecekapan kemahiran
- Mewujudkan semangat juang yang tinggi dalam kalangan masyarakat
- Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun negara
- Mematuhi arahan pemimpin yang berkarisma
- Tidak mudah terpengaruh kepada unsur negatif
- Berani menghadapi sebarang cabaran

Soalan Esei

1 (a)
- Perkembangan industri kereta di Eropah berlaku ciptaan tayar meningkatkan permintaan
terhadap getah asli
- Perkembangan perusahaan penebat barangan elektrik kerana getah asli merupakan bahan
utama.
- Kesuburan tanah kerana sesuai untuk tanaman berorientasikan eksport
- Memiliki tanah yang luas sesuai untuk tanaman getah, tebu, tembakau, padi
- Iklim yang sesuai memperoleh hujan sepanjang tahun hasil bumi seperti bijih timah, bijih
besi, emas, petroleum, arang batu
- Perkembangan industri mengetin makanan dan minuman memerlukan bahan bijih timah
- Ciptaan baharu di Amerika Syarikat membuat bumbung rumah dan tong minyak dan
meningkatkan harga bijih timah
- Pembukaan Terusan Suez mempercepatkan urusan perdagangan

62
(b)
Manipulasi :
- British berusaha untuk mendapatkan Singapura dan menggunakan peluang ini untuk
campur tangan perebutan kuasa di Perak.
- Kejadian lanun merompak kapal dagang British di Selangor dan menyerang rumah api di
Tanjung Rachado menjadi alasan untuk British campur tangan di Selangor.

Tipu helah :
- Francis Light melakukan tipu helah terhadap Sultan Kedah British mendapatkan Pulau
Pinang

Pakatan :
- Pakatan British dan Belanda telah memeterai Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 melalui –
perjanjian ini, British mendapatkan Melaka.

Ugutan/desakan:
- British mengugut/mendesak sultan menerima Residen British di Selangor dan Pahang
bagi menasihati pentadbiran negeri masing-masing .
- James Brooke mendesak Sultan Brunei dan menuntut diiktiraf sebagai Raja Sarawak

Perjanjian :
- British mendesak Sultan Perak, Sultan Selangor, Yamtuan Seri Menanti dan Sultan
Pahang memeterai perjanjian menerima naungan British.
- Sultan Brunei bersetuju mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka

Pajakan :
- Syarikat Borneo Utara British meluaskan pengaruhnya ke atas Sabah

Serangan fizikal :
- British menyerang Naning pada tahun 1831 dan 1832 kerana Penghulu Naning Dol Said
yang enggan tunduk kepada kekuasaan British di Melaka.
- British membedil Kuala Terengganu dan meminta Sultan Omar tidak mencampuri
masalah perang saudara di Pahang.

(c)
- Hasil bumi tidak akan dieksploitasi
- Pentadbiran tradisional diteruskan
- Buruh dari Cina dan India tidak dibawa masuk
- Malaysia hanya terdiri daripada rumpun Melayu
- Sumber kekayaan negara tidak di bawa keluar
- Negara akan menjadi lebih makmur
- Masyarakat hidup bersatu padu
- Negara menjadi pengeluar bijih timah dunia [1 member
- Khazanah kekayaan sumber negara dapat manfaat terhadap pembangunan negara [1m]
- Pelbagai hasil tanaman dimajukan

63
TINGKATAN 3 BAB 2 : PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT

Soalan Objektif

1. A 2. C 3. A 4. C 5. C 6. D 7. A 8. D 9. C 10. D
11. C 12. D 13. D 14. B 15. D 16. D 17. D 18. A 19. C 20. C

Soalan Struktur
1. (a)
- British
- Belanda

(b)
British
- British berundur dari Sumatera
- British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda
- British tidak membuka penempatan baharu di Kepulauan Riau-Lingga dan Selatan
Singapura

Belanda
- Belanda mengikhtiraf penempatan British di Singapura
- Belanda menyerahkan Melaka kepada British
- Belanda tidak membuka penempatan baharu di Kepulauan Tanah Melayu

(c)
- Perpecahan Empayar Johor Riau
- Pembahagian Alam Melayu kepada dua linkungan Barat
- Melaka diserahkan kepada British
- Bangkahulu diserahkan kepada Belanda
- Selat Melaka di bawah penguasaan British

64
Soalan Esei
1 (a)
i.
- Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor
- Residen Konsular dilantik untuk membantu Gabenor menjalankan pentadbiran
- Pulau Pinang menjadi pusat pentadbiran pertama
- Pada tahun 1832, pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura
- Perpindahan berlaku kerana kedudukannya lebih strategik dan maju berbanding dengan
Pulau Pinang

ii.
- Undang-undang British dikuatkuasakan di Negeri-negeri Selat
- Pemberontakan yang berlaku di India
- Pejabat India tidak mampu mentadbir Negeri- negeri Selat dengan baik
- Pejabat India tidak memberikan perhatian yang sewajarnya bagi melindungi pedagang
Negeri-negeri
- Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat

(b)
- Desakan golongan tempatan supaya Pejabat Tanah Jajahan di London mengambil
alih pentadbiran Negeri-negeri Selat
- Pedagang dan penduduk tempat tidak berpuas hati dengan pentadbiran India Office
(Pejabat India)
- Tiada wakil Negeri-negeri Selat dalam Majlis Perundangan di India yang meluluskan
undang-undang bagi Negeri-negeri Selat
- Pejabat India gagal mengawal masalah rompakan terhadap kapal dagang iaitu
pertelingkahan kumpulan Cina di Negeri-negeri Selat
- Pejabat India mahu menjadikan mata wang rupee India sebagai mata wang Negeri-negeri
Selat bagi menggantikan mata wang Dolar Sepanyol yang telah digunakan
- Cadangan Pejabat India mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat
- boleh menjejaskan kemakmuran taraf pelabuhan bebas
- Imej Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan terjejaskerana Pejabat India
menjadikan Negeri-negeri Selat sebagai tempat buangan banduan

(c)
- Merupakan penerusan perluasan kuasa British
- Menjamin kepentingan politik dan ekonomi
- Mengekploitasi hasil bumi
- Menjadi pusat pentadbiran British
- Membawa kepada campur tangan pihak British atas negeri-negeri Melayu yang lain
- Berjaya melantik Residen mencampuri urusan pentadbiran Negeri-negeri Selat
- Menghakis kuasa sultan dan pembesar
- Menggalakkan kemasukan pelabur luar
- Menggalakkan kemasukan buruh luar
- Menjadi kuasa Barat yang unggul

65
TINGKATAN 3 BAB 3: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Soalan Objektif

1. A 2. A 3. D 4. B 5. B 6. C 7. C 8. D 9. A 10. B
11. C 12. A 13. B 14. B 15. A 16. D 17. D 18. B 19. D 20. B

Soalan Struktur

1 (a)
- Residen Jeneral
- Empat orang Raja Melayu
- Empat orang Residen

(b)
- Majlis berkuasa meluluskan undang-undang di negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- British mengawal undang-undang negeri
- British mengawal kewangan negeri
- Menjejas/mengurangkan kewibawaan raja-raja Melayu
- Raja-Raja Melayu hanya sebagai ahli biasa dalam majlis
- Kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi British

(c)
- Memupuk semangat patriotism dalam kalangan rakyat
- Memperkukuh semangat perpaduan/kekitaan dalam kalangan rakyat
- Memperkukuh pertahanan negara
- Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati
- Memastikan rakyat sentiasa bersifat setia dan sayang kepada negara
- Memastikan kehermonian dan keamanan negara terjamin
- mana-mana jawapan yang munasabah

66
Soalan Esei

1 (a)
- Dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan 1895.
- Gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk
sebuah persekutuan.
- Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran kerajaan persekutuan.
- Raja-raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat Melayu.
- Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga dikenali sebagai Persekutuan 1896.

(b)
- Mengatasi Kelemahan Sistem Residen
- Residen tidak diberikan garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tugasan.
- Residen menjadi semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri
- Raja dan pembesar Melayu tidak berpuas hati kerana kehilangan kuasa dalam pentadbiran
dan pungutan cukai.
- Menangani masalah kewangan Pahang
- Gabungan negeri-negeri Melayu yang kaya
- Perak, Selangor, Negeri Sembilan dapat membantu mengurangkan beban kewangan
negeri Pahang.
- Menjamin keselamatan negeri.
- Penggabungan membolehkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai pasukan
keselamatan sendiri.
- Menjaga keamanan tanpa mengharapkan bantuan luar.
- Menyeragamkan pentadbiran.
- Pentadbiran di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang tidak seragam kerana
mempunyai undang-undang sendiri.
- Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang.
- British memerlukan pentadbiran yang cekap dan seragam untuk memudahkan eksploitasi
ekonomi

(c)
- Mengukuhkan semangat perpaduan
- Mengutamakan kepentingan negara
- Memperkasakan sistem pendidikan negara
- Mewajibkan penglibatan pelajar dalam unit beruniform di sekolah
- Menepis penyebaran berita palsu
- Mengamalkan sikap berwaspada dalam membuat keputusan
- Menjaga keselamatan negara dari ancaman musuh
- Memantapkan sistem pentadbiran negara
- mana-mana jawapan yang munasabah

67
TINGKATAN 3 BAB 4: PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Soalan Objektif

1. B 2. A 3. A 4. B 5. D 6. C 7. D 8. C 9. A 10. D
11. B 12. B 13. C 14. A 15. B 16. C 17. D 18. D 19. C 20. A

Soalan Struktur

1 (a)
- Perancis
- Amerika Syarikat
- Jerman
- Rusia

(b)
- Jerman berusaha mendapatkan Langkawi
- Amerika Syarikat berusaha meluaskan kuasa ke Terengganu
- Perancis berminat meluaskan kuasa ke Segenting Kra
- Rusia mahu membuka petempatan di Ujung Salang

(c)
- Menguasai ilmu pengetahuan
- Mematuhi arahan pemimpin
- Memperkukuh pertahanan negara
- Mengutamakan kepentingan negara
- Berkhidmat dengan jujur dan amanah
- Memastikan keharmonian dan keamanan negara terjamin
- mana-mana jawapan yang munasabah

Soalan Esei

1 (a)

- Kedudukan strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura


- Menghalang kemasukan kuasa Barat yang lain
- Kedah dan Perlis kaya dengan hasil pertanian dan penternakan
- Kelantan dan Terengganu makmur dengan kegiatan pembuatan
- Membekalkan barangan dagangan kepada pedagang British di Singapura
- Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang
- Membolehkan British mempunyai rangkaian untuk terus berhubung dengan India
- Menjamin kepentingan perdagangan British
- Menjamin keselamatan perdagangan British
- Konsep Beban Orang Putih

68
(b)
- Kedudukan sultan dikekalkan/tidak berubah
- Sultan kekal sebagai kuasa tertinggi dalam pentadbiran negeri
- Sultan masih mempunyai kuasa dalam hal berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat
Melayu
- Kedudukan pembesar kekal walaupun tugas dan peranan mereka perubahan
- Pembesar tidak lagi mengutip cukai
- Pembesar diberi elaun dan pencen
- Sistem pentadbiran tradisional diteruskan
- Sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri diteruskan
- Peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan terus dilaksanakan
- Pembesar Melayu menjadi peneraju sistem pentadbiran negeri
- British membantu dalam pentadbiran dengan meminjamkan pegawai daripada
Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Melayu Bersekutu/Negeri-negeri Selat
- Negeri anggota dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai sistem
perkhidmatan awam sendiri
- Kerajaan Kedah membuat perjanjian dengan British bahawa semua jawatan perkhidmatan
awam hendaklah diisi oleh pegawai Melayu Kedah
- Birokrasi Barat diperkenalkan
- Dasar Pentadbiran negeri ditentukan oleh Penasihat British
- Mengurangkan kuasa sultan dan pembesar
- Jabatan kerajaan yang baru diperkenalkan di setiap negeri
- Pasukan polis ditubuhkan untuk mengawal keamanan
- Urusan pentadbiran negeri mula mengamalkan cara Barat
- Mahkamah sivil diperkenalkan
- Pegawai-pegawai British dibawa masuk sebagai pegawai pentadbiran kerajaan

(c)
- Menguasai ekonomi tanah jajahan
- Menguasai pentadbiran tanah-tanah jajahan
- Memudahkan mereka meluaskan pengaruh
- Mengekalkan kuasa/pengaruh politik di tanah jajahan
- Mendapatkan cukai/pendapatan/keuntungan
- Memperoleh buruh yang murah melalui kerahan tenaga
- Menyebarkan agama Kristian
- Meluaskan kawasan takluk/tanah jajahan
- Menyebarkan budaya Barat
- Menguasai jabatan-jabatan kerajaan
- Mengurangkan kuasa raja dan pembesar
- Memudahkan mereka menjalankan pentadbiran/ melicinkan pentadbiran
- mana-mana jawapan yang munasabah

69
TINGKATAN 3 BAB 5: PENTADBIRAN BARAT DI SARAWAK DAN SABAH

Soalan Objektif

1. B 2. C 3. A 4. D 5. A 6. D 7. A 8. C 9. B 10. A
11. A 12. B 13. A 14. C 15. B 16. A 17. B 18. B 19. D 20. D

Soalan Struktur

1 (a)
- James Brooke
- Charles Brooke

(b)
- Mengeksploitasi kekayaan Sarawak seperti sagu, emas dan antimoni
- Menguasai perdagangan di Sarawak
- Menjadi pemerintah di Sarawak
- Meluaskan pengaruh British

(c)
- Menjamin pembangunan negara dalam semua aspek
- Menentukan hala tuju negara
- Contohnya Dasar Penswastaan
- Menjana kemajuan negara
- Mampu meningkatkan imej negara
- Membangunkan negara menerusi dasar-dasar ekonomi dan sosial
- Dasar perindustrian Negara
- Memastikan kehidupan rakyat baik
- (Mana-mana jawapan yang munasabah)

Soalan Esei

1 (a)
- Kawasan pantai barat dikuasai oleh Kesultanan Brunei
- Kawasan pantai timur dikuasai oleh Kesultanan Sulu
- Kuasa Kesultanan Brunei di Sabah berasaskan sistem penguasaan tanah
- Pentadbiran dijalankan oleh pembesar tempatan
- Menjadi wakil sultan atau pembesar yang memiliki wilayah tersebut
- Sultan Sulu memiliki semua tanah di bawah pengaruhnya
- Namun begitu, pemerintahan diwakilkan oleh Datu
- Kuasa golongan Datu pula bergantung pada milikan bilangan hamba
- Kemampuan menghantar ufti secara tetap kepada sultan
- Golongan Datu menjalankan pentadbiran di pantai timur Sabah dan dikenali sebagai
sistem Datu

70
(b)
- Dijalankan di kawasan-kawasan yang kuasa Sultan Brunei dan Sultan Sulu agak lemah
atau tidak berkesan
- Bergantung pada individu untuk memerintah kawasan yang dikuasainya
- Ketua bebas ini muncul daripada sikap berani
- Keperwiraan seseorang tokoh yang mencabar kewibawaan sultan di kawasannya
- Mereka mempunyai pertalian keluarga dengan Sultan Brunei dan Sultan Sulu
- Mereka mempunyai undang-undang tersendiri
- Tidak mengiktiraf kuasa lain
- Berkuasa dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran dikawasan masing-masing
- Antara Ketua Bebas yang dikenali ialah Syarif Osman yang berkuasa di Daerah Marudu
- Datu Kerunding di Daerah Tungku pada abad ke-19

(c)
- Menganjurkan pelbagai program
- Menyemai perasaan cinta akan negara
- Hari Kebangsaan/Hari Kepahlawan
- Menghayati pengorbanan pahlawan negara
- Melancarkan kempen
- Memperhalusi melalui media massa/media sosial
- Penerbitan filem/dokumentasi
- Menggalakkan penyertaan generasi muda dalam program berkaitan
- Mengiktiraf rakyat Malaysia yang berjasa
- Menghargai sumbangan mereka dalam pelbagai bidang
- Memberikan pingat/ganjaran atas pencapaian tersebut
- Menggalakkan lebih ramai warga tampil ke hadapan untuk mengharumkan nama negara

71
TINGKATAN 3 BAB 6: KESAN PENTADBIRAN BARAT TERHADAP EKONOMI DAN
SOSIAL

Soalan Objektif

1. A 2. B 3. C 4. B 5. C 6. D 7. A 8. B 9. A 10. A
11. C 12. C 13. B 14. C 15. D 16. A 17. D 18. A 19. C 20. C

Soalan Struktur

1 (a)

- Kejatuhan harga kopi


- Serangan penyakit
- Pengeluaran yang berlebihan di Brazil

(b)

- Getah ditanam di Taman Percubaan Kerajaan di Sandakan


- SBUB melabur modal dalam penanaman getah
- Bongaya, Sungai Labuk dan Jesselton menjadi pusat perdagangan getah
- Antara syarikat getah ialah British North Borneo Para Rubber
- British North Borneo Company
- Langkon Borneo Rubber
- Company Limited

(c)

- Tanah yang subur/luas/rata


- Mempunyai tenaga buruh yang ramai
- Penggunaan teknologi moden
- Kewujudan penyelidikan dan pembangunan dalam tanaman getah
- Permintaan yang tinggi di seluruh dunia

Soalan Esei

1 (a)

- Sekolah vernakular Melayu bertujuan menjadikan orang Melayu mempunyai pengetahuan


asas / membaca, menulis dan mengira.
- Sekolah Melayu Gelugor (di Pulau Pinang) merupakan sekolah Melayu pertama yang dibina
pada zaman British.
- Sekolah vernacular Cina dibuka oleh masyarakat Cina di bandar / tempat tinggal mereka.
72
- Kurikulum / buku / tenaga pengajar dibawa dari China.
- Sekolah Cina Sam Tet di Ipoh dibina pada tahun 1936.
- Sekolah vernakular Tamil dibina oleh majikan di ladang getah.
- Kurikulum / buku teks / tenaga pengajar dibawa dari India.
- Sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School (dibuka pada tahun
1816).
- Lulusan sekolah Inggeris diberi keutamaan menjawat jawatan yang baik dalam
perkhidmatan kerajaan.
- Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negeri.
- Lebih 20 buah sekolah di Sarawak dibina oleh golongan mubaligh.
- Sekolah St. Mary / Sekolah St. Teresa ditubuhkan di Kuching untuk memberikan Pendidikan
kepada kanak-kanak perempuan.
- Sekolah Melayu pertama di Sarawak ialah Sekolah Abang Kassim (di Kampung Jawa,
Kuching)
- Sekolah Rendah St. Mary / Sekolah Lelaki St. Michael dibina oleh golongan mubaligh
Kristian di Sabah.
- SBUB membuka sekolah Melayu di Papar dan Kota Belud.

(b)
- Hospital kerajan pertama di Tanah Melayu dibina di Taiping (pada tahun 1878)
- Hospital didirikan untuk memberikan rawatan kepada buruh asing yang bekerja di lombong /
estet
- British menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan pada tahun 1900 (di Kuala Lumpur)
untuk membuat kajian terhadap penyakit tropika (seperti beri-beri / malaria)
- Kapitan Cina Kuala Lumpur / Yap Kwan Seng membina Hospital Tung Shin (di Jalan Sultan,
Kuala Lumpur) pada tahun 1881.
- Di Pahang, F.E Maynard mendirikan hospital persendirian.
- British menubuhkan Sanitary Board pada tahun 1890-an untuk mengawasi kebersihan /
kesihatan bandar Kuala Lumpur.
- Pentadbiran Brooke membina hospital di Kuching (1900) / Sibu (1913).
- Sarawak Shell Oilfields Limited membina hospital di Miri.
- Hospital Raja Brooke Memorial (yang dibina pada tahun 1912) merupakan hospital untuk
penyakit kusta di seluruh Borneo.
- Gabenor pertama SBUB / William Hood Treacher membina hospital di Kota Kinabalu
- Perkhidmatan dispensari diwujudkan di Tambunan / Persiangan / Papar / Tuaran / Ranau.

(c)
- Hormat-menghormati antara satu sama lain.
- Pandai membahagikan masa.
- Belajar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
- Sentiasa patuh nasihat ibu bapa dan guru.
- Tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak faedah.
- Tidak mudah berputus asa.
- Rajin dan tekun mengulang kaji pelajaran.
- Menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan.
- mana-mana jawapan yang munasabah

73
TINGKATAN 3 BAB 7: PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN

Soalan Objektif

1. C 2. A 3. C 4. D 5. C 6. D 7. D 8. C 9. A 10. B
11. A 12. A 13. A 14. C 15. B 16. A 17. D 18. C 19. D 20. D

Soalan Struktur

1 (a)
- Golongan bangasawan tempatan
- Pembesar-pembesar tempatan
- Pemimpin agama

(b)
- Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan
- Menentang perubahan pentadbiran Barat yang merugikan mereka
- Mengembalikan sistem pentadbiran tradisional

(c)
- Penentangan bersenjata
- Mencabar perjanjian
- Menggunakan sistem perundangan

(d)
- Mengutamakan perpaduan
- Bekerjasama antara masyarakat dan pemimpin
- Semangat setia pada negara
- Sanggup berkorban untuk mempertahankan negara
- Saling membantu untuk kemajuan negara
- Berani menentang anasir luar yang menggugat kedaulatan negara.
- Gigih berusaha
- Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan

74
Soalan Esei

1 (a)
- Mempertahankan hak dan kedudukan pemerintah tempatan kesan daripada perubahan
pentadbiran Barat
- British memaksa Sultan Ahmad melucutkan gelaran Dato' Setia Perkasa Pahlawan
Semantan daripada Dato' Bahaman
- J.W.W. Birch menggunakan tekanan supaya Sultan Abdullah menandatangani surat
pengisytiharan yang membolehkan Residen British mentadbir hasil negeri atas nama sultan
- Mengembalikan sistem pentadbiran tradisional yang sedia ada
- Pelaksanaan undang-undang Barat di Naning mengganggu sistem perundangan
berlandaskan Adat Perpatih
- Menentang pentadbiran dan peraturan baharu yang menyusahkan hidup masyarakat
tempatan
- British memperkenalkan pelbagai jenis cukai terhadap tanah, hasil hutan dan tumbuhan di
Kelantan
- D.J.S. Bailey mengenakan cukai terhadap orang Iban di Ulu Batang Lupar

(b)
- Kerugian akibat peperangan
- Mengalami kerugian 100,000 Pound Sterling dalam Perang Naning
- Membelanjakan 400,000 Pound Sterling dalam Perang Perak
- Mengalami kerugian 7000 Pound Sterling dalam Perang Pahang
- British lebih berhati-hati dalam sistem pentadbiran
- Melantik Residen yang berpengalaman, bijaksana, fasih berbahasa Melayu, pandai
mengambil hati dan menguasai adat resam tempatan
- Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang ahlinya dilantik sultan setelah
dicadangkan oleh Residen
- MMN menjadi badan penasihat sultan dan meluluskan "Perintah atau Peraturan Sultan
dalam Majlis Mesyuarat"
- British merombak semula skim penempatan pegawai
- Penempatan pegawai British di negeri-negeri Melayu mestilah mengetahui adat istiadat
Melayu
- Penubuhan Kolej Melayu Kuala Kangsar
- Memberi peluang kepada aristokrat Melayu menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu
- Penubuhan Perkhidmatan Tadbir Melayu bagi melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
kerajaan
- Pemantapan kuasa Barat
- British menguasai seluruh negeri Melayu
- Dinasti Brooke berjaya meluaskan pengaruh dan wilayahnya di Sarawak
- SBUB menguasai Sabah (Borneo Utara)

75
(c)
- Membuat dokumentari dan filem mengenai perjuangan pahlawan negara
- Menyiarkannya secara percuma di pawagam serta media elektronik yang lain untuk
menarik minta generasi muda
- Menghasilkan karya-karya tentang tokoh-tokoh pejuang negara
- Karya yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur
- Komik untuk kanak-kanak, novel untuk remaja serta bahan bacaan yang lebih berat untuk
orang dewasa
- Menyambut Hari Pahlawan dengan aktiviti dan persembahan yang menarik
- Persembahan formasi aerobik jet pejuang dan payung terjun
- Pertandingan yang menarik berserta hadiah yang lumayan

76
TINGKATAN 3 BAB 8 : KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU
MENANGANI CABARAN BARAT

Soalan Objektif

1. B 2. D 3. A 4. C 5. A 6. B 7. C 8. D 9. B 10. C
11. D 12. B 13. A 14. D 15. B 16. C 17. B 18. B 19. B 20. C

Soalan Struktur

1 (a)
- Kemajuan pendidikan
- Penglibatan anak tempatan dalam pentadbiran
- Penubuhan Rejimen Askar Melayu

(b)
- Melatih orang Melayu menceburkan diri dalam pentadbiran negeri
- Hak raja-raja Melayu bagi kepentingan anak-anak mereka
- British perlu mendapatkan kerjasama elit Melayu untuk mengekalkan kedudukan mereka
- Perlantikan elit Melayu memberi peluang menyesuaikan diri dengan kehendak British
- dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (PATM)
- dapat menduduki jawatan-jawatan tinggi

(c)
- Mengubah status sosial/cara hidup
- meningkatkan ekonomi negara
- membangunkan kebajikan masyarakat
- meningkatkan kebolehan dan potensi diri
- Memperkukuhkan nilai agama dalam kehidupan
- Pentadbiran negara kukuh dan stabil
- Melahirkan pemimpin yang berwibawa

77
Soalan Esei

1 (a)
- Sultan Zainal Abidin III tidak dapat menerima Perjanjian Bangkok
- Baginda mengecam tindakan Siam menyerahkan Terengganu kepada British tanpa
pengetahuan baginda
- Baginda menegaskan bahawa Siam tidak mempunyai sebarang hak ke atas Terengganu
- Penghantaran bunga emas bukan menandakan Terengganu adalah jajahan Siam tetapi
sebagai tanda persahabatan
- Baginda kemudian berangkat ke Singapura untuk berunding dengan Gabenor Negeri-negeri
Selat
- Hasil rundingan membawa kepada Perjanjian Tahun 1910 yang meminda Perjanjian
Bangkok
- Baginda hanya bersetuju menandatangani perjanjian apabila British mengakui Terengganu
negeri yang merdeka 1909
- Terengganu hanya menerima wakil British yang tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran
negeri

(b)
- Berdasarkan Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok 1909, British dan Siam menjadikan
legeh dan lembah sungai sebagai pembahagian atau garisan sempadan
- Protokol tersebut menyebabkan Negeri-negeri Melayu Utara kehilangan banyak wilayah
- Perlis kehilangan wilayah Pujoh yang terletak di sebelah utara Sungai Perlis kepada Siam
- Kedah kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Terutau, Butang dan pulau-pulau sekitarnya
kepada Siam
- Kelantan kehilangan wilayah Tabal yang dihuni kira-kira 15 000 orang Melayu kepada Siam
- Sebahagian besar penduduk Tabal berhijrah ke Kelantan kerana tidak mahu berada di
bawah pemerintahan Siam

(c)
- Pendirian yang tegas merupakan salah satu ciri yang perlu ada pada pemimpin negara
- Sultan Perlis, Sultan Kedah, Sultan Terengganu dan Sultan Kelantan membantah sekeras
kerasnya tindakan Siam menyerahkan negeri yang diperintah masing-masing kepada British
- Berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan hak dan maruah bangsa
- Sultan dan pembesar Melayu menjalankan pelbagai langkah untuk menampan dan
melambatkan cengkaman British ke atas negeri masing-masing
- Memodenkan negeri dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran dan pertanian
- Mendesak British mengembalikan kuasa sultan serta menempatkan pegawai Melayu dalam
bidang pentadbiran
- Menyelesaikan masalah melalui rundingan untuk mengelakkan pertumpahan darah
- Sultan Zainal Abidin III mengemukakan bantahan mengenai Perjanjian Bangkok kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat

78
***TAMAT***

79

Anda mungkin juga menyukai