Anda di halaman 1dari 7

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2.

BAB 1: Kedudukan Strategik Mendorong


Penguasaan British

1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) Di Pulau


Pinang

INFO ARKIB

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)


Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ditubuhkan di England pada tahun 1600.
Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan
antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.

Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI

1. Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara


Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI.
2. SHTI ingin menguasai Pulau Pinang untuk tujuan berikut:
(a) Pusat pengumpulan barang
( i ) SHTI memerlukan teh dari China kerana pasaran yang baik di Eropah.
( ii ) Sebagai tukaran, China mahukan emas, perak, bijih timah, dan lada hitam.
( iii ) Barang-barang tersebut boleh didapati di Kepulauan Melayu.
( iv ) Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barang-barang
tersebut.
(b) Pelabuhan persinggahan
( i ) Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan bekalan air dan makanan.
( ii ) Pelabuhan ini juga memperbaiki kerosakan kapal.
( iii ) Pelabuhan Pulau Pinang juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara
menunggu peralihan angin monsun.
(c) Pangkalan tentera
( i ) British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India.
( ii ) Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan
Melayu.

1
Kedaulatan Kedah tercabar

1. Ancaman Bugis
(a) Perebutan takhta berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa (1709-1778) melantik
Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1770.
(b) Pelantikan tersebut ditentang oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah
bukan anak gahara.
(c) Kerabat diraja Kedah berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan
Muhammad Jiwa.
(d) Bugis dipimpin oleh Raja Haji dan mereka menawan Kuala Kedah dan Alor Setar.
(e) Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar dan meminta bantuan ketenteraan
daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza dan SHTI.
(f) Firma menghantar Francis Light untuk berunding pada tahun 1771. Antara syarat
perjanjian ialah:
( i ) Firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah.
( ii ) Firma dikehendaki memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah.
(g) Perjanjian itu dibatalkan apabila Firma enggan menyerang Bugis di Selangor.
2. Ancaman Siam
(a) Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang, dan tenaga manusia.
(b) Sultan Abdullah (1778-1797) terpaksa meminta bantuan tentera daripada SHTI
dengan menawarkan Pulau Pinang.

1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang


1. SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka di Tanah Melayu akan terjejas akibat
dasar monopoli Belanda.
2. Francis Light secara peribadi telah menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah dengan
Sultan Abdullah pada tahun1786.
3. Antara syarat perjanjian ialah:
(a) SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh.
(b) SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah.
(c) SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan
sebagai pampasan.
4. Pada 11 Ogos 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan. Pulau
Pinang dinamakan sebagai Prince Of Wales Island.

SHTI mungkir janji

1. Pada tahun 1786, Siam menakluki Patani dan mengancam Kedah.


2. SHTI enggan memberi bantuan kerana
(a) Enggan terlibat dalam Perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah dengan Francis
Light.
(b) Menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam.
3. Sultan Abdullah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana
tidak menepati janji.

2
4. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi.
5. Sultan Abdullah marah dan berasa tertipu lalu menyediakan angkatan laut di Seberang
Perai untuk mengambil semula Pulau Pinang.
6. Baginda mendapatkan bantuan daripada Riau, Siak, dan Selangor.
7. Francis Light dengan bantuan tentera British telah menyerang Seberang Perai.
8. Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan
Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791. Antara syaratnya ialah:
(a) SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi.
(b) SHTI akan membayar sebanyak 6 000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan
Abdullah.

1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai


1. Tujuan SHTI mengambil Seberang Perai ialah untuk:
(a) Membina benteng bagi mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari
tanah besar.
(b) Tanahnya yang subur untuk pertanian bagi menampung keperluan makanan.
2. Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam.
3. Baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan
Gabenor George Leith pada bulan Jun 1800.
4. Antara syarat perjanjian ialah:
(a) Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai .
(b) SHTI akan membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan
Seberang Perai.
5. SHTI tidak memberi bantuan ketenteraan apabila Siam menakluki Kedah pada bulan
November 1821.
6. Pada Jun 1826, Raja Siam , iaitu Rama III telah menandatangani Perjanjian Burney.
7. Antara syarat Perjanjian Burney ialah:
(a) British mengiktirafkan ketuanan Siam terhadap Kedah.
(b) Sultan Kedah, iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah,
Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor, dan Burma.
(c) British tidak akan membantu Sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan
takluknya.
(d) British akan menghantar balik Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke
Kedah.
(e) Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam.
(f) Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Sebeng Perai.
8. Francis Light dan SHTI menggunakan tipu muslihat untuk mengambil Pulau Pinang
dan Seberang Perai.

3
1.4 Pertapakan SHTI di Singapura
SHTI gagal memajukan Pulau Pinang

1. Kedudukan Pulau Pinang yang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal
bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu.
2. Perdagangan SHTI dengan China semakin penting. Barang China seperti teh dan sutera
mendapat pasaran yang menguntungkan di Eropah. Oleh itu, SHTI ingin mencari
sebuah pelabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan
perdagangan antara India dengan China .
3. SHTI berkesempatan untuk menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon
(1793-1814).
Perang Napoleon :
(a) Meletus di Eropah .
(b) Belanda ditawan oleh Perancis .
(c) Perancis ingin menguasai wilayah-wilayah Belanda di Timur.
(d) Raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew pada tahun 1795 dengan kerajaan
British .
(e) Melalui Surat –surat Kew,Belanda menyerahkan secara sememtara semua tanah
jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga Perang Napoileon tamat.
4. Selepas tamat Perang Napoleon ,British memulangkan Melaka dan Betawi kepada
Belanda.
5. Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang
British di Betawi.
6. Stanford Raffles ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru .

Singapura pangkalan perdagangan yang strategic

1.Kedudukan Singapura dikatakan strategik untuk mengawal laluan perdagangan di Selat


Melaka dan Selat Sunda.
2.Singapura juga sesuai sebagai pelabuhan bebas dan dijadikan pengkalan bagi
menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi
3.Singapura juga dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu.

Taktik Raffles mengambil Singapura

1. Raffles menghadapi masaalah kerana Sultan Abdul Rahman ,pemerintah Johor berada
di bawah pengaruh Belanda.
2. Pada 30 Januari 1819, Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman untuk
menandatangani perjanjian.
3. Antara syarat perjanjian ialah:
(a) SHTI boleh mendirikan loji di Singapura.
(b) SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri.
(c) SHTI akan membayar 3 000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung.
(d) SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat
yang lain.

4
4. Perjanjian tersebut tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan
Johor, iaitu Sultan Abdul Rahman.
5. Raffles memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda dengan menabalkan
Tengku Hussein sebagai Sultan Johor.
6. Pada 6 Februari 1819, Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung
Abdul Rahman.
7. Perjanjian tersebut telah mengesahkan pertapakan SHTI di Singapura.

SHTI mencengkam Singapura

1. Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul


Rahman pada 7 Jun 1823.
2. Antara syarat perjanjian ialah:
(a) Sultan menerima bayaran sebanyak 1 500 dolar Sepanyol dan Temenggung
menerima 800 dolar Sepanyol setiap tahun.
(b) Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari
tongkang Cina.
(c) SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan
dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung.
(d) Undang-undang British dikuatkuasakan.
3. Pada 2 Ogos 1824, perjanjian antara John Crawfurd, iaitu Residen Singapura dengan
Sultan Hussein dan Temengung Abdul Rahman telah ditandatangani.
4. Antara syarat perjanjian ialah:
(a) Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada
SHTI buat selama-lamanya.
(b) Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan
pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya.
(c) Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di
tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.
5. Kesan perjanjian ialah :
(a) Sultan Hussein menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI.
(b) Sultan Hussein berpindah ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat
perjanjian.
(c) SHTI mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat
pentadbirannya dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan
untuk memajukan Singapura.
(d) SHTI juga mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga.
(e) Pusat pemerintahan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru pada
tahun 1866.

5
1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu

1. Belanda mempertikaikan tindakan Stamford Raffles membuka petempatan di


Singapura.
2. Belanda mendakwa Singapura di bawah lingkungan pengaruhnya.
3. Belanda juga bimbang kemajuan pesat Singapura akan menjejaskan perdaganganya di
Betawi.
4. Pertikaian ini telah mencetuskan ‘peperangan surat’.
5. Pertikaian diselesaikan melalui Perjanjian Inggeris Belanda 1824 yang juga dikenali
sebagai Persetian London.
6. Antara syarat Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ialah:
(a) Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura.
(b) Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu.
(c) British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara Belanda menyerahkan
Melaka kepada British.
(d) British berjanji tidak akan membuka petempatan baru ke selatan Singapura.

Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

1. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh.


2. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British, manakala
Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda.
3. British berpeluang untuk meluaskan pengaruhnya di Semenanjung Tanah Melayu
tanpa gangguan kuasa Barat yang lain.
4. Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
5. Penguasaan ke atas Melaka membolehkan British menguasai laluan perdagangan di
Selat Melaka.
6. Perpecahan empayar Johor-Riau. Johor dan Singapura berada di bawah pengaruh
British, sementara Kepulauan Riau serta Lingga di bawah pengaruh Belanda.

1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat


1. Pada tahun 1824, SHTI mempunyai tiga petempatan, iaitu di Pulau Pinang, Melaka,
dan Singapura. Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor, manakala Melaka dan
Singapura ditadbir oleh Residen.
2. Pada tahun 1826, Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura telah disatukan di bawah
satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat (NNS).
3. Penubuhan NNS bertujuan untuk:
(a) menyeragamkan pentadbiran
(b) menjimatkan perbelanjaan
4. Ibu negeri NNS yang pertama ialah Pulau Pinang.
5. Pada tahun 1832, Singapura menggantikan Pulau Pinang sebagai ibu negeri kerana
kedudukannya yang lebih strategik dan menguntungkan.
6. Pentadbiran NNS diketuai oleh Gabenor yang menerima arahan daripada Gabenor

6
Jeneral di India.
7. Residen Konsuler pula membantu Gabenor menjalankan pentadbiran di NNS.
8. Gabenor Jeneral British di India bertanggungjawab menggubal semua dasar dan
undang-undang NNS. Dasar pentadbiran ini menimbulkan rasa tidak puas hati
penduduk dan saudagar tempatan yang merasakan NNS seolah-olah tanah jajahan
India.
9. Saudagar-saudagar British di NNS merayu kerajaan British supaya memindahkan
pentadbiran ke London.
10.Pada 1 April 1867, NNS diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di
London dan diisytiharkan sebagai tanah jajahan British.
11.Majlis Perundangan ditubuhkan bagi membolehkan NNS meluluskan undang-undang
sendiri.
12.Sebab-sebab pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London pada tahun 1867
ialah:
(a) SHTI di India tidak mengambil berat tentang kebajikan NNS.
(b) NNS membantah cadangan menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura.
(c) Penduduk tempatan membantah tindakan kerajaan British menjadikan NNS
sebagai tempat buangan banduan.
(d) Kedatangan imigran Cina ke NNS tidak terkawal. Mereka menubuhkan kongsi
gelap dan sering melakukan kekacauan
(e) Pengenalan Akta Mata Wang 1855 menyebabkan mata wang dolar Sepanyol
digantikan dengan mata wang rupee India. Hal ini merugikan para pedagang
kerana nilainya yang rendah.

Anda mungkin juga menyukai