Anda di halaman 1dari 4

Tips untuk Sejarah : Peranan Pembesar dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan

Jawatan dan tugas Pembesar Berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka : a) Bendahara - Penasihat raja dalam bidang pentadbiran - Menteri utama - Ketua turus angkatan perang - Ketua Hakim - Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara b) Penghulu Bendahari - Pemungut hasil atau ufti - Ketua bagi semua Bendahari - Ketua urusetia istana - Ketua semua syahbandar c) Temenggung - Ketua polis dan penjara (Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri) - Penguasa bandar dan Kota Melaka - Protokol istana - Hakim di darat - Mengawasi pedagang asing di Melaka - Memastikan sukatan dan timbangan pedagang betul d) Laksamana - Ketua angkatan laut (menjaga ketenteraman di laut) - Mengawal keselamatan sultan - Ketua duta - Ketua urusan diraja ke seberang laut KESILAPAN UMUM Memeriksa alat timbang dan sukat serta mata wang. Menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal. Menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang. Menguruskan cukai. Tugas-tugas di atas dimainkan oleh pembesar yang penting pada Zaman Kesultanan Melaka. Pembesar yang diberikan tanggungjawab di atas ialah A) Bendahara B) Laksamana C) Syahbandar D) Penghulu Bendahari Jawapan pelajar: D (Salah) Jawapan betul: C Huraian: Penghulu bendahari hanya memungut hasil atau ufti.

Tips untuk Sejarah : ANCAMAN KEDAULATAN KEDAH PADA KURUN KE-18


Masalah pewarisan takhta Pada tahun 1770, berlaku krisis pewarisan takhta apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah. Pelantikan tersebut mendapat tentangan daripada kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara. Ancaman Bugis Sultan Muhammad Jiwa telah mendapatkan tentera daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk mengembalikan kedaulatan Kedah daripada ancaman Bugis. Ancaman Siam Ketika meletus Perang Siam-Burma (1753 1781), Kedah telah menghentikan penghantaran bunga emas kepada siam. Setelah peperangan tersebut tamat, Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia. Sultan Abdullah dalam keadaan terdesak telah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI sebagai balasan untuk mendapatkan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam. KESILAPAN UMUM Siam Burma Bugis dari Selangor Senarai di atas merujuk kepada tiga buah kuasa yang mengancam kedaulatan Kedah pada kurun ke18. Apakah tindakan Sultan Kedah untuk menghadapi ancaman tersebut? A) Menghantar ufti ke Siam B) Membina kota pertahanan C) Melaksanan dasar tutup pintu D) Memohon bantuan tentera British Tip jawapan : Soalan ini menanyakan tindakan Sultan Kedah untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada ancaman musuh luar. Jawapan : D

Tips untuk Sejarah : KEGIGIHAN PARAMESWARA MEMBANGUNKAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


1) Sistem pemerintahan yang teratur Pembesar, bentara dan biduanda kecil. 2) Kemudahan pelabuhan Perkhidmatan membaiki kapal. Bekalan air dan makanan. Tenaga kerja. Tempat penginapan. 3) Hubungan diplomatik China Siam a) Mengelakkan Melaka daripada diserang oleh Siam b) Memastikan kedaulatan Melaka diiktiraf Siam.

4) Bantuan Orang Laut Ciri-ciri kepahlawanan. Mahir tentang selok-belok Selat Melaka. 5) Ikatan konsep daulat Semangat sedia berkorban, menghargai pemimpin dan taat setia kepada raja. KESILAPAN UMUM Untuk menggalakkan kedatangan pedagang asing ke Melaka, beberapa kemudahan harus disediakan untuk mereka. Kemudahan yang dimaksudkan ialah: I Air bersih dan makanan II Bekalan rempah ratus III Tenaga kerja IV Perkhidmatan membaiki kapal A) I, II dan III sahaja B) I, II dan IV sahaja C) I, III dan IV sahaja D) II, III dan IV sahaja Jawapan pelajar: B (Salah) Huraian: Bekalan rempah ratus bukan satu kemudahan asas untuk pedagang asing di Melaka. Jawapan betul: C

Tips untuk Sejarah : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu


1. Para pelajar perlu ambil perhatian beberapa faktor penting topik ini: a) Faktor-faktor kedatangan Jepun ke Asia Tenggara. b) Taktik yang digunakan oleh pihak Jepun untuk mendapat sokongan penduduk Asia Tenggara. c) Pemerintahan Jepun yang kejam. d) Kesan atau pengajaran akibat daripada penjajahan Jepun. 2. Penjajahan Jepun memberi pengajaran kepada kita agar tidak mengharapkan kuasa asing mempertahankan tanah air kita. KESALAHAN UMUM Contoh: Peristiwa kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun, jelas memberi iktibar kepada kita supaya tidak mengharapkan kuasa asing untuk mempertahankan tanah air kita sendiri. Berdasarkan pernyataan di atas mengapakah orang Melayu mula hilang keyakinan terhadap British? A) Penduduk tempatan menyertai program penjepunan B) Jepun berjaya mengalahkan British dengan mudah C) Tertubuhnya Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung

D) Jepun menubuhkan Kawasan Kesemakuran Bersama Asia Timur Raya Jawapan pelajar: D (Salah) Huraian: Jawapan ini tidak menerangkan sebab orang Melayu hilang keyakinan terhadap British. Jawapan yang betul: B Huraian: Jawapan ini lebih tepat kerana Jepun yang dianggap negara Asia telah berjaya mengalahkan kuasa barat yang kuat seperti British.

Tips for Sejarah : Topik Kesultanan Melayu Melaka


Topik Kesultanan Melayu Melaka perlu diberi perhatian. Topik ini merangkumi: a) Pembukaan Melaka b) Kegemilangan Melaka c) Kemerosotan Melaka - Kejayaan Parameswara banyak dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu dan orang laut. - rakyat itu umpama akar. Raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar nescaya pohon tidak dapat berdiri (Huraian ini menunjukkan pentingnya peranan pembesar Melayu dan orang laut membantu Parameswara membangunkan Melaka.)

Antara soalan yang sering mengelirukan pelajar ialah: rakyat itu umpama akar. Raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar nescaya pohon tidak dapat berdiri Apakah nilai daripada petikan tersebut? A) Kegigihan B) Kesetiaan C) Kejujuran D) Kepimpinan Jawapan pelajar : A (Salah) Jawapan betul : B

Anda mungkin juga menyukai