Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN A

Arahan : Jawab semua soalan

1. Pulau Pinang di bawah naungan kerajaan..


A. Siam
B. Melaka
C. Johor
D. Kedah

2. Pulau Pinang berpotensi dijadikan sebagai


I. pusat perlombongan bijih timah
II. pelabuhan persinggahan
III. pengkalan tentera
IV. pusat pengumpulan barang

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan IV
D. II, III dan IV

3. Apakah maksud anak gahara?


A. anak angkat yang paling disayangi sultan
B. anak yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan diraja
C. menantu sultan yang paling sulung
D. anak yang bukan dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan diraja

4. Kedah menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam kerana


A. Perang Siam-Burma
B. Mendapat perlindungan dari kerajaan China
C. Siam ditawan Perancis
D. Kedah ditewaskan Patani

5. Apakah nama perjanjian yang ditandatangani antara Sultan Abdullah dan Francis Light
A. Perjanjian Persahabatan dan Keamanan 1791
B. Perjanjian Burney
C. Perjanjian Inggeris-Kedah 1786
D. Perjanjian Persahabatan dan Keamanan 1800

6. Berapakah bayaran yang perlu SHTI bayar kepada Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau
Pinang
A. 30 000 dolar Sepanyol sepurnama
B. 30 000 dolar Sepanyol setahun
C. 6 000 dolar Sepanyol sepurnama
D. 10 000 dolar Sepanyol setahun

7. Apakah kesan Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris Kedah ?


A. Kedah mengiktiraf ketuanan British
B. Kedah mengaku di bawah naungan SHTI
C. SHTI bebas memerintah Kedah
D. SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
8. Apakah kepentingan Seberang Perai kepada SHTI?
I. Pusat pentadbiran kerajaan
II. Tempat bercucuk tanam
III. Tapak pembinaan ibu pejabat SHTI
IV. Benteng pertahanan

A. I dan III
B. II dan IV
C. I, II dan III
D. I, III dan IV

9. Perjanjian manakah yang membenarkan British bertapak di Seberang Perai ?


A. Perjanjian Persahabatan Kedah Inggeris 1786
B. Persetiaan Seberang Perai 1800
C. Perjanjjian Persahabatan dan Perikatan Inggeris Kedah 1800
D. Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris Kedah 1791

10. Berapakah bayaran yang perlu British bayar bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai ?
A. 9 000 dolar Sepanyol setahun
B. 10 000 dolar Sepanyol setahun
C. 6 000 dolar Sepanyol setahun
D. 30 000 dolar Sepanyol setahun

11. Setelah perang tamat,British terpaksa menyerahkan semula jajahan Belanda. Apakah yang
dilakukan pentadbiran Belanda terhadap British ?
A. Belanda menangkap dan membunuh konsulat British di Tanah Melayu
B. Belanda memutuskan perjanjian perdagangan dengan British
C. Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan layanan buruk terhadap pedagang British
di Pelabuhan Betawi
D. Belanda mengisytiharkan perang terhadap British

12. Siapakah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mencari pelabuhan baru di Tanah Melayu ?
A. George Leith
B. Stamford Raffles
C. William Farquhar
D. John Crawfurd

13. Mengapakah Raffles berpendapat Singapura sesuai dijadikan pelabuhan ?


A. Kekayaan hasil bumi untuk dijadikan pusat pengeluaran bijih
B. Tanah yang subur untuk bercucuk tanam
C. Dapat dijadikan pangkalan tentera
D. Dapat menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi

14. Mengapakah Tengku Hussein selaku putera sulung tidak ditabal menjadi sultan menggantikan
ayahandanya ?
A. Tengku Hussein bukan anak gahara
B. Tengku Hussein berada di Pahang semasa kemangkatan ayahandanya
C. Tengku Hussein tidak berminat menjadi sultan
D. Tengku Hussein tidak disukai para pembesar ekoran kesombongannya
15. Belanda membantah tindakan British membuka penempatan di Singapura kerana mendakwa
Singapura berada di bawah pengaruh Belanda.Bagaimanakah kedua-dua buah kerajaan
mengatasi masalah ini ?
A. Dengan menandatangani Persetiaan London 1826
B. Dengan menandatangani Perjanjian Damai 1903
C. Dengan menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824
D. Dengan mengadakan sekatan ekonomi

16. Gabungan negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura dinamakan


A. Negeri Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
B. Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
C. Negeri Negeri Selat (NNS)
D. Tanah Tanah Jajahan British (TTJB)

17. Mengapakah Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan?


I. Untuk menjimatkan kos pentadbiran
II. Untuk meningkatkan keselamatan
III. Untuk menyeragamkan pentadbiran
IV. Untuk menjimatkan perbelanjaan

A. I dan II C. II dan III


B. I dan III D. III dan IV

18. Mengapakah pusat pentadbiran Negeri Negeri Selat dipindahkan dari Pulau Pinang ke
Singapura pada 1832 ?
A. Keselamatan terjamin
B. Pemandangan yang indah
C. Penduduk yang akur dengan pentadbiran British
D. Kedudukan strategic

19. Mengapakah penduduk dan pedagang Negeri Negeri Selat (NNS) membantah tindakan kerajaan
British meletakkan NNS di bawah pentadbiran Gabenor Jeneral British di India?
A. Kerana NNS umpama tanah jajahan India
B. Kerana NNS tidak bersetuju dengan corak pentadbiran India
C. Kerana NNS membenci pegawai India
D. Kerana NNS merasakan India berkomplot dengan Perancis

20. Pada 1 April 1867, Negeri Negeri Selat (NNS) diletakkan di bawah tanggungjawab
A. Jabatan Penyelenggaraan dan Pengurusan Negeri Taklukan British di Greenwich
B. Pejabat Tanah Jajahan British di London
C. Lembaga Keselamatan Luar Negeri Britain di Los Angeles
D. Ibu Pejabat Gabenor Negeri Negeri Selat di Singapura

21. Jadual di atas merujuk kepada perubahan kerajaan di British di Britain.


Apakah akibat perubahan tersebut ke atas Tanah Melayu ?
A Corak pentadbiran tradisional Melayu dihapuskan
B Perpaduan kaum Tanah Melayu diutamakan
C Pertambahan bilangan pegawai British
D Campur tangan secara langsung British

Sultan
Raja Muda
X
Raja Di
Hilir

22. Rajah di atas menunjukkan sistem pewarisan takhta di Perak.


X merujuk kepada ?
A Raja Tengah
B Raja Di Hulu
C Raja Mahkota
D Raja Bedahara

23. Pada tahun 1871, terjadi pertikaian untuk menguasai takhta kerajaan negeri Perak
yang melibatkan Raja Yusof, Raja Abdullah dan Raja Ismail selepas kemangkatan
Sultan Ali.
Mengapakah masalah tersebut berlaku ?
A Sultan Ali tidak mempunyai putera
B Tiada kemuafakatan antara pembesar
C Sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi
D Terlalu ramai putera yang menuntut untuk dirajakan.

24. Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya pertelingkahan antara Dato Kelana
dengan Dato Bandar di Sungai Ujong ?
A Hak untuk memerintah seluruh Sungai Ujong
B Hak untuk memungut cukai di Sungai Linggi
C Penguasaan ke atas laluan perahu ke Selat Melaka
D Persaingan untuk menguasai takhta Negeri Sembilan

25. Apakah peristiwa yang membawa kepada campur tangan British di Selangor ?
A Kemangkatan Raja Sulaiman
B Pergaduhan antara kongsi gelap Cina
C Tercetusnya perang saudara di Klang
D Serangan ke atas rumah api di Tanjung Richardo

26. Daerah Larut di Perak kaya dengan bijih timah terutama kawasan
I Kelian Wang II Kelian Pauh
III Kelian Bahru IV Kelian Pasir

A I dan II B II dan III


C III dan IV D I dan IV
Sistem Residen

27 Apakah kelemahan sistem ini?


A. Tiada panduan jelas dalam tugas
B. Kemerosotan ekonomi
C. Pemberontakan rakyat
D. Kutipan cukai rendah

Pentadbiran tidak seragam


Undang-undang tidak selaras
Panduan menjalankan tugas tidak jelas

28 Maklumat menunjukkan kelemahan Sistem Residen. Bagaimanakah British mengatasi


masalah tersebut?
A. Membentuk Durbar
B. Mengembalikan kuasa sultan
C. Menubuhkan Persekutuan 1896
D. Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri

29 Apakah nama lain bagi Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama?


A Durbar
B Residen
C Residen Jeneral
D Gabenor Jeneral

30
Kehilangan kuasa raja-raja Melayu
Pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Senarai di atas menerangkan rasa tidak puas hati raja-raja Melayu tentang
Persekutuan 1895.
Bagaimanakah sultan-sultan menyuarakan rasa tidak puas hati tersebut ?
A Memperkenalkan undang-undang baru
B Menanbahkan bilangan pegawai Melayu
C Menetapkan bidang kuasa Residen Jeneral
D Menubuhkan Persidangan Raja-raja Melayu
BAHAGIAN B

Arahan: Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

1. Berikan 3 keperluan SHTI jika Pulau Pinang menjadi pangkalnnya.

Keperluan
SHTI

(3 markah)

2. Lorekkan Negeri-Negeri Selat (NNS) tahun 1826 pada peta.

(3 markah)
3. Isi tempat kosong dengan kata yang diberikan.

Perang Larut Raja Ismail perebutan takhta

Andrew Clarke Long Jaafar Raja Abdullah

1. _______________________ membawa masuk ramai orang China untuk memajukan


perlombongan bijih timah di Larut.

2. Pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San menyebabkan tercerusnya
________________________.

3. Berlakunya _________________________ dalam kalangan kerabat diraja kerana


sistem pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya.

4. _____________________________ ialah Raja Muda yang sepatutnya dilantik menjadi


sultan mengikut sistem pewarisan takhta telah diketepikan kerana tidak menghadiri
upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong.

5. _____________________________ iaitu Raja Bendahara telah dilantik sebagai sultan


oleh pembesar-pembesar Perak selepas kemangkatan Sultan Ali.

6. _____________________________ telah memanggil pembesar-pembesar Melayu dan


pemimpin-pemimpin kongsi gelap China berunding di Pulau Pangkor untuk menamatkan
kekacauan di Perak.

(6 markah)

4. Suaikan dengan jawapan yang betul.

J.W.W Birch Residen Pahang

J.G Davidson Residen Perak

Martin Lister Residen Selangor

J.P Rodger Residen Negeri Sembilan

(4 markah)
5. Nyatakan faktor dasar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu selepas tahun 1874.

Dasar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu


selepas tahun 1874
Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu

Desakan padagang mempercepat campur tangan

(4 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:


(Pn. Roszita Bt Mohd Yusof ) (Pn. Sarada Devy A/P Maratha Muthu) ( En. Johari Bin Ahmad)
Guru Matapelajaran Ketua Panitia Sejarah Ketua Bidang Kemanusiaan
Sejarah Tingkatan 2

Anda mungkin juga menyukai