Anda di halaman 1dari 6

SEJARAH TINGKATAN 3

TARIKH : 18/8/2021
HARI : RABU
MASA : 8.00AM-10.00AM

TAJUK : SOALAN LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 3


BAB 7 DAN BAB 8

Arahan : Jawab semua soalan (Bahagian A : 20 soalan Objektif)

Soalan 1 dan 2 berdasarkan rajah berikut.

Penentangan Masyarakat
Tempatan

Matlamat perjuangan Bentuk penentangan


- mempertahankan hak dan kedudukan - Y
pemerintah tempatan - mencabar perjanjian
- mengembalikan dan mengekalkan - menggunakan sistem perundangan
sistem pentadbiran tradisional
- X

1. Maklumat tersebut tentang matlamat perjuangan pemimpin tempatan.


Apakah matlamat X?

A. Menentang pentadbiran dan peraturan baharu


B. Menentang perjanjian British
C. Mempertahankan tanah air
D. Menakluki wilayah

2. Rajah menunjukkan bentuk penentangan masyarakat tempatan.


Bentuk penentangan X adalah

A. Penentangan bersenjata
B. Serang hendap
C. Membakar kubu
D. Menghalau British

1
3. Gambar menunjukkan pemimpin orang Iban.

Rentap

Apakah sikap yang perlu dicontohi daripada tokoh tersebut?

A. Rajin
B. Berhemah
C. Semangat juang
D. Bertanggungjawab

4. Mat Sator meneruskan perjuangan selepas kematian Mat Salleh di Sabah pada tahun
1900.
Apakah sebab penentangan beliau?

A. Mempertahankan James Brooke


B. Menentang tindakan mengutip cukai
C. Kedudukannya kewangannya tergugat
D. Memperjuangkan kedaulatan tanah air

5. Antara berikut, tokoh manakah yang mencabar perjanjian dalam usaha menentang
penjajahan British di negeri-negeri Melayu?

A. Haji Abdul Rahman Limbong


B. Dato’ Maharaja Lela
C. Dato’ Bahaman
D. Dol Said

6. Dato’ Maharaja Lela dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh British.
Mengapakah British menjatuhkan hukuman tersebut?

A. Kegagalan membayar cukai


B. Bantahan bersenjata
C. Pembunuhan J.W.W.Birch
D. Membakar kubu British

2
7. Gerakan kebangkitan menentang sistem pentadbiran British di Terengganu juga
dikenali sebagai

A. Perang Tiga Segi


B. Perang Gerila
C. Kebangkitan Kesedaran
D. Kebangkitan Tani

8. Perjuangan menentang British dipimpin oleh golongan bangsawan, pembesar


tempatan dan pemimpin agama disokong oleh masyarakat tempatan.
Apakah yang dapat dirumuskan dari pernyataan tersebut?

A. Kebijaksanaan pemimpin
B. Kerjasama masyarakat
C. Ketekunan pemimpin
D. Kematangan emosi

9. Sistem pentadbiran Barat memberikan kesan kepada kuasa pemerintahan negara kita.
Kesan terhadap kuasa pemerintahan dapat dilihat dari aspek

I. Pentadbiran tempatan
II. Pentadbiran barat
III. Perundangan barat
IV. Kewangan tempatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

10. Konflik antara Dato’ Bahaman di Pahang menjadi lebih serius apabila British

A. Mengurangkan kuasa Menteri


B. Memungkiri janji
C. Mendirikan balai polis
D. Mengutip cukai

11. British berjaya meluaskan kuasa ke atas Negeri-negeri Melayu Utara melalui

A. Perjanjian Bangkok 1909


B. Perjanjian London 1824
C. Perjanjian Pangkor 1874
D. Perjanjian Burney 1826

3
12. Dalam perjanjian antara British dan Siam, garis sempadan negeri adalah berasaskan

I. Legeh
II. Lembah sungai
III. Puncak gunung
IV. Puncak bukit

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

13. Maklumat berikut berkaitan dengan Negeri-negeri Melayu Utara

• Kedah
• Perlis
• Kelantan
• X

Apakah negeri X?

A. Perak
B. Pahang
C. Terengganu
D. Selangor

14. Mengapakah Raja Syed Alwi Jamalullail membantah tindakan Siam dalam Protokol
Sempadan Perjanjian Bangkok 1909?

A. Siam mengambil wilayah Setul


B. Siam mengambil Pulau Terutau
C. Siam mengambil Pulau Butang
D. Siam mengambil wilayah Pujoh

15. Protokol Sempadan Perjanjian Bangkok menyebabkan Kelantan kehilangan wilayah

A. Tumpat
B. Tabal
C. Pasir Puteh
D. Kuala Krai

4
16. Maklumat berikut tentang kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim

Berusaha membina jati diri sebagai pemerintah yang berdaulat

Berdasarkan maklumat tersebut, apakah kejayaan yang diperoleh oleh beliau

A. Menjadi pemerintah disegani


B. Memacu pembangunan Johor
C. Mewujudkan petempatan Cina
D. Menyerah wilayah kepada British

17. Temenggung Daeng Ibrahim memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk
Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri.
Mengapakah beliau bertindak sedemikian

A. Singapura menjadi wilayah British


B. Mengelakkan tekanan British
C. Menjamin keselamatan perairan
D. Memodenkan pentadbiran negeri

18. Raja-raja Melayu berperanan sebagai jurubicara, menzahirkan


suara membela nasib dan melindungi kepentingan bangsa
melalui Durbar

Penubuhan Durbar menunjukkan.

A. Kepekaan Raja-raja Melayu


B. Kesedaran Raja-raja Melayu
C. Kesepakatan Raja-raja Melayu
D. Kebijaksanaan Raja-raja Melayu

19. Strategi yang dilaksanakan oleh Kesultanan terengganu berjaya menyekat kemasukan
Penasihat British sehingga tahun 1919.

I. Menandatangani perjanjian
II. Kebijaksanaan diplomasi
III. Sikap patriotik
IV. Pemuafakatan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

5
20. Maklumat berikut tentang pemerintah Kesultanan Johor

Baginda dikurniakan gelaran Maharaja Johor pada tahun 1868

Pemerintah yang dimaksudkan ialah

A. Sultan Zainal Abidin III


B. Sultan Abdul Hamid
C. Sultan Abu Bakar
D. Raja Syed Alwi Jamalullail

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai