Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

BAB 2 : KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

1 Apakah dasar yang diamalkan oleh British ke atas negeri-negeri Melayu sebelum
tahun 1874?
A Dasar naungan
B Dasar campur tangan
C Dasar perdagangan bebas
D Dasar tidak campur tangan

2 Mengapakah Revolusi Perindustrian mendesak British untuk campur tangan di


Negeri- Negeri Melayu?

A Mendapatkan modal
B Meluaskan tanah jajahan
C Mendapatkan bahan mentah
D Mendapatkan tenaga buruh yang murah

3 Apakah kesan ciptaan kapal wap kepada dasar campur tangan British di negeri-
negeri Melayu?

I Mempercepatkan perjalanan
II Mengelakkan ancaman lanun
III Menjadikan perjalanan lebih selamat
IV Membawa muatan yang lebih banyak

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Rajah berikut menunjukkan perubahan pucuk pimpinan kerajaan Britain pada


tahun 1873.

Parti Liberal Parti Konservatif

Apakah kesan perubahan tersebut?


A Dasar memajukan tanah jajahan
B Dasar mentamadunkan masyarakat Timur
C Dasar membebaskan negeri-negeri jajahan
D Dasar campur tangan di negeri-negeri Melayu
5 Peta di bawah menunjukkan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869.

1
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

Bagaimanakah pembukaan Terusan Suez menyumbang kepada pelaksanaan


dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu?
A Perjalanan ke Asia Tenggara lebih selamat
B Membawa muatan dagangan yang lebih banyak
C Perdagangan di Asia Tenggara semakin meningkat
D Memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu

6 Kawasan berikut terkenal dengan perlombongan ?

 Sayong
 Kelian Pauh
 Larut

A Emas
B Minyak
C Bijih besi
D Bijih timah

7 Pernyataan di bawah merujuk kepada perlantikan sultan Perak.

Para pembesar negeri Perak telah mengenepikan


Raja Abdullah sebagai Sultan Perak

Apakah tindakan Raja Abdullah dalam usahanya menjadi Sultan Perak ?

A Meminta bantuan pembesar


B Mendapatkan bantuan British
C Memperoleh sokongan kongsi gelap
D Memulakan penentangan terhadap Raja Ismail

2
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

8 Dialog dalam gambar berikut mungkin diucapkan oleh Raja Abdullah dan Andrew
Clarke.

Apakah kerugian yang dimaksudkan oleh baginda?

I Pelucutan jawatan pembesar


II Pengecilan wilayah kekuasaan
III Kekurangan kuasa pentadbiran
IV Kehilangan hak memungut cukai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

9 Maklumat berikut merupakan senario yang berlaku di Selangor.

Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku


1868 Kudin untuk menamatkan Perang Klang.

Mengapakah kehadiran Tengku Kudin tidak disenangi oleh pembesar tempatan?


A Bbukan anak tempatan
B Berpendidikan Inggeris
C Bekerjasama dengan British
D Bermusuhan dengan pembesar tempatan

3
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

10 Rajah berikut menggambarkan situasi perebutan kuasa di Selangor.

Raja Abdullah

Perebutan daerah Klang

Raja Mahadi

Apakah alasan Raja Mahadi untuk menguasai daerah Klang ?

A Mendapat sokongan British


B Dilantik oleh Sultan Abdul Samad
C Disokong oleh para pembesar yang lain
D Mewarisi kawasan kekuasaan ayahandanya

11 Gambar berikut merupakan sebuah rumah api yang terdapat di Tanjung


Rachado,Selangor.

Apakah kesan penting yang berlaku terhadap Selangor apabila rumah api tersebut
diserang ?

A J.G. Davidson menjadi Residen yang pertama


B Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat sultan
C Raja Mahadi telah dijatuhkan hukuman buang negeri
D Raja Abdullah dilantik menggantikan Sultan Abdul Samad

4
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

12 Pertapakan British di Selangor menemui kegagalan walaupun terlibat dalam


Perang Klang.

Antara berikut apakah alasan yang akhirnya membolehkan British menguasai


Selangor?

I Rompakan kapal dagang di Langat


II Pembunuhan seorang rakyat Eropah
III Isu pergaduhan antara kongsi gelap Cina
IV Serangan terhadap rumah api di Tanjung Rachado

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Jadual berikut menunjukkan ancaman yang berlaku di Selangor.

Tahun Peristiwa

1873 Kapal dagang British diserang berhampiran Kuala Langat

1874 Serangan ke atas rumah api di Tanjung Rachado

Apakah kesan langsung daripada peristiwa tersebut?


A British memerangi lanun
B British campur tangan dalam pentadbiran
C British menghapuskan kegiatan kongsi gelap
D British menguasai kawasan perlombongan bijih timah

5
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

14 Persengketaan antara kedua-dua tokoh di atas berlaku pada tahun 1870-an.

Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

Persengketaan
di Sungai Ujong

Dato’ Bandar Kulop Tunggal

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya persengketaan tersebut ?

A Hak memungut cukai


B Pengaruh pelabur asing
C Sistem pewarisan takhta
D Penguasaan kawasan pertanian

14 Maklumat di bawah merujuk kepada persetujuan pembesar tempatan di


Sungai Linggi.

1874 Dato’ Kelana bersetuju menerima perlindungan British

Berdasarkan maklumat di atas, persetujuan tersebut bermakna British


berkuasa dalam

A percukaian
B perdagangan
C perundangan
D pemerintahan

15 Mengapakah tindakan Sultan Ahmad membawa masuk pelabur Eropah untuk


memajukan Pahang tidak disenangi oleh pihak British ?

A Memajukan Negeri Pahang


B Melemahkan pengaruh British
C Menjejaskan kepentingan British
D Mengukuhkan kedudukan sultan

6
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

16 Pernyataan berikut merujuk kepada keadaan yang berlaku di Pahang

Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa Cina yang


bernama Go Hui ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad.

Apakah implikasi peristiwa tersebut?

A Kedaulatan negeri Pahang terancam


B Sultan Ahmad menerima Residen British
C Hugh Clifford dilantik menjadi wakil British
D Pelabur Eropah dibawa masuk untuk memajukan Pahang

17 Berdasarkan jadual berikut, Pahang merupakan negeri Melayu terakhir yang


menerima Residen British kerana

Tahun Residen Kawasan


J.W.W Birch Perak
1874 J.G.Davidson Selangor
P.J.Murray Sungai Ujong
1888 J.P.Rodger Pahang

A penubuhan Majlis Penasihat


B perlembagaan negeri digubal
C pentadbiran Barat dilaksanakan
D Pembangunan oleh pelabur Eropah

18 Tokoh berikut merupakan pemimpin masyarakat Melayu pada kurun ke -19.

 Raja Abdullah
 Dato’ Kelana

Apakah persamaan antara kedua-dua tokoh tersebut?


A Kehilangan kuasa
B Meminta bantuan British
C Kehilangan hak memungut cukai
D Menentang perluasan kuasa British

7
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

19 Jadual berikut menunjukkan kekacauan di negeri-negeri Melayu yang memberi


peluang kepada British untuk campur tangan pada kurun ke-19.

Negeri Peristiwa
Perak Perang Larut
Selangor Perang Kelang
Negeri Sembilan Perbalahan Sungai Ujong

Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?


A Bersatu padu asas kestabilan negara
B Berbangga dengan kekayaan negara
C Berdikari untuk memperjuangkan hak
D Bertoleransi dalam kalangan masyarakat

20 Apakah persamaan tugas tokoh berikut di Tanah Melayu ?

 P.J. Murray
 J.G. Davidson
 Martin Lister

A Wakil British
B Residen British
C Penasihat British
D Pegawai Majistret

21 Berdasarkan pernyataan di atas mengapakah Residen ditentang oleh para


pembesar?

Pengenalan Sistem Residen mendapat


tentangan daripada Sultan dan para pembesar

I Menguasai pentadbiran
II Mengambilalih pungutan cukai
III Mencampuri upacara keagamaan
IV Memperkenalkan amalan perhambaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

8
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

22 Mengapakah residen dianggap terlalu berkuasa dalam pentadbiran di negeri-negeri


Melayu ?

A Kuasa penjajah dipandang hebat


B Ketiadaan panduan tugas yang jelas
C Mendapat kerjasama daripada pembesar tempatan
D Mendapat sokongan daripada penduduk tempatan

23 Pernyataan berikut merujuk kepada situasi yang dihadapi oleh Pahang

Perbelanjaan negeri Pahang meningkat kerana menanggung


hutang yang banyak

Mengapakah Pahang menanggung hutang yang banyak?

A Perang saudara
B Pergaduhan kongsi gelap
C Kekacauan akibat serangan lanun
D Kebangkitan rakyat menentang British

24 Bagaimanakah British mengatasi kelemahan sistem pentadbiran berikut ?

Kelemahan Sistem Residen


• Pentadbiran tidak seragam
• Undang-undang tidak selaras
• Tiada panduan menjalankan tugas

A Mewujudkan Durbar
B Mengembalikan kuasa sultan
C Menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri
D Membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

9
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

25 Frank Swettenham telah mencadangkan supaya negeri Perak, Selangor, Pahang


dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pentadbiran.

Pada pendapat anda apakah yang akan dihadapi oleh British jika negeri-negeri
tersebut tidak disatukan?

A Perak bertambah mundur


B Krisis kewangan di Pahang
C pentadbiran Barat dilaksanakan
D Raja- Raja Melayu akan bangun menentang British

26 Apakah kesan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun


1896?

A Kemajuan ekonomi terhalang


B Pengurangan kemasukan imagran Cina
C Penamatan Persidangan Raja-raja Melayu
D Kemerosotan kuasa pemerintahan tempatan

27 Jadual di atas merujuk kepada dasar pentadbiran British di Tanah Melayu.

Tahun Sistem Pentadbiran Pegawai British


1874 Sistem Residen Residen
1896 Negeri-negeri Melayu Bersekutu X

Apakah jawatan X?

A Gabenor
B Gabenor Jeneral
C Residen Jeneral
D Leftenan Jeneral

10
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

28 Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1897 kerana

A tergugatnya agama Islam


B kemerosotan kuasa sultan
C kemerosotan kuasa pembesar
D tergugatnya adat istiadat Melayu

29 Maklumat berikut menerangkan kritikan Sultan Idris dalam Durbar kedua di Kuala
Lumpur.

• Residen Jeneral terlalu berkuasa


• Kuasa raja-raja berkurangan

Apakah kesan daripada kritikan tersebut ?

A Jemaah Menteri dibentuk


B Perlembagaan negeri dipinda
C Pentadbiran tradisional dimantapkan
D Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan

30 Kedua-dua bendera berikut pernah dikibarkan di Tanah Melayu pada tahun 1826
dan tahun 1896.

Apakah iktibar daripada pengibaran bendera tersebut kepada penduduk Tanah


Melayu?

A Daya juang yang tinggi


B Bersatu membawa kebebasan
C Semangat kepimpinan yang kuat
D Berwaspada terhadap kuasa asing

11
SEJARAH TINGKATAN DUA BAB 2 2011 nag2oO9

JAWAPAN BAB 2

BIL JAWAPAN MUKA BIL JAWAPAN MUKA


SURAT SURAT
1 D 29 16 B 43
2 C 31 17 D 42
3 B 31 18 C 35/41
4 D 32 19 A 33/37/40
5 D 31 20 B 44
6 D 35 21 A 44
7 B 35 22 B 45
8 D 36 23 D 44
9 A 38 24 D 45
10 D 38 25 B 45
11 A 39 26 D 47
12 B 39 27 C 47
13 B 39 28 B 47
14 A 40 29 D 48
15 C 43 30 D 48/49

12

Anda mungkin juga menyukai