Anda di halaman 1dari 18

BAB 1: KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

1 Peta berikut menunjukkan kedudukan Pulau Pinang.

Mengapakah kedudukan Pulau Pinang dikatakan strategik ?

A Kekuatan angin monsoon


B Pusat pengumpulan barang
C Tempat pemasaran barangan
D Laluan perdagangan dari India ke China

2 Peta berikut menunjukkan Kedah menghadapi ancaman daripada Siam,


Burma dan Bugis

Apakah tindakan Sultan Kedah untuk mengatasinya ?

A Menyerah kalah
B Melarikan diri ke Perak
C Meminta bantuan Inggeris
D Menyerang Siam, Burma dan Bugis.

1
3 Mengapakah Inggeris dengan Belanda menanda-tangani Surat-surat Kew ?

A Menjalinkan hubungan yang erat


B Berpakat untuk menguasai Asia Tenggara
C Membolehkan Stamford Raffles memerintah Jawa
D Menyerahkan sementara tanah jajahannya di Asia Tenggara

4 Rajah berikut menunjukkan masalah pewarisan takhta Kerajaan Johor

Apakah cara yang digunakan Stamford Raffles untuk menguasai Singapura ?

I Berperang
II Berbincang
III Tipu Muslihat
IV Memperdaya

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5 Mengapakah Negeri-Negari Selat ditubuhkan pada tahun 1826 ?

I Menyeragamkan pentadbiran
II Mewujudkan empayar Inggeris
III Menyekat monopoli empayar Belanda
IV Menjimatkan perbelanjaan pentadbiran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2
6 Ilustrasi berikut menggambarkan perbalahan British dengan Belanda di
Kepulauan Melayu

Apakah langkah penyelesaian yang diambil ?

A Negeri-Negeri Selat dibentuk


B Perjanjian Pangkor dipersetujui
C Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani
D Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan

7 Senarai berikut menunjukkan peristiwa penting yang berlaku di Tanah Melayu.

 Pembukaan Singapura 1819


 Perjanjian Inggeris – Belanda 1824
 Penubuhan Negeri-negeri Selat 1826

Apakah kesan peristiwa tersebut ?

A British menguasai negeri-negeri Melayu


B British menjalin hubungan baik dengan Belanda
C British menguasai perdagangan rempah di Timur
D British mewujudkan pangkalan tentera yang besar

8 Mengapakah Pulau Pinang dianggap gagal mencapai kemajuan seperti


yang diharapkan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris ?

A Menghadapi ancaman daripada Siam


B Gagal menarik pedagang-pedagang luar
C Penduduk Pulau Pinang tidak mengalami pertambahan
D Pelabuhan Pulau Pinang gagal menyaingi pelabuhan Betawi

3
9 Surat berikut dikirim oleh pembesar Kedah kepada Francis Light

“ ..Raja kami tidak memperkenan sahabat kami tinggal lama di


Poolo Pinang, oleh itu sahabat kami hendaklah menyelesaikan
urusannya secepat mungkin kerana Poolo Pinang ialah milik
Raja Queda sejak zaman berzaman ....”

Apakah yang telah dilakukan Francis Light ?

A Memungkiri janji
B Mengelak bayaran cukai
C Memonopoli perdagangan
D Melewatkan bayaran pampasan

10 Maklumat berikut merupakan petikan surat Stamford Raffles kepada Gabenor SHTI

“Percayalah kepada saya, ini merupakan sebuah


stesen di timur yang terpenting dari segi
keunggulan laut dan kepentingan perdagangan”
Apakah pendapat Raffles tentang keupayaan Singapura ?

A Menarik pedagang Jepun


B Mengeluarkan bahan mentah
C Menjadi pangkalan tentera yang terkenal
D Mampu menyekat kuasa monopoli Belanda

11 Apakah dasar yang diamalkan oleh British ke atas negeri-negeri Melayu sebelum
tahun 1874?
A Dasar naungan
B Dasar campur tangan
C Dasar perdagangan bebas
D Dasar tidak campur tangan

12 Kawasan berikut terkenal dengan perlombongan ?

 Sayong
 Kelian Pauh
 Larut

A Emas
B Minyak
C Bijih besi
D Bijih timah

4
13 Maklumat berikut merupakan senario yang berlaku di Selangor.

Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku


1868 Kudin untuk menamatkan Perang Klang.

Mengapakah kehadiran Tengku Kudin tidak disenangi oleh pembesar tempatan?


A Bukan anak tempatan
B Berpendidikan Inggeris
C Bekerjasama dengan British
D Bermusuhan dengan pembesar tempatan

14 Persengketaan antara kedua-dua tokoh di atas berlaku pada tahun 1870-an.

Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman

Persengketaan
di Sungai Ujong

Dato’ Bandar Kulop Tunggal

Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya persengketaan tersebut ?

A Hak memungut cukai


B Pengaruh pelabur asing
C Sistem pewarisan takhta
D Penguasaan kawasan pertanian

15 Berdasarkan jadual berikut, Pahang merupakan negeri Melayu terakhir yang


menerima Residen British kerana

Tahun Residen Kawasan


J.W.W Birch Perak
1874 J.G.Davidson Selangor
P.J.Murray Sungai Ujong
1888 J.P.Rodger Pahang

A penubuhan Majlis Penasihat


B perlembagaan negeri digubal
C pentadbiran Barat dilaksanakan
D Pembangunan oleh pelabur Eropah

5
16 Mengapakah residen dianggap terlalu berkuasa dalam pentadbiran di negeri-negeri
Melayu ?
A Kuasa penjajah dipandang hebat
B Ketiadaan panduan tugas yang jelas
C Mendapat kerjasama daripada pembesar tempatan
D Mendapat sokongan daripada penduduk tempatan

17 Frank Swettenham telah mencadangkan supaya negeri Perak, Selangor, Pahang


dan Negeri Sembilan disatukan di bawah satu pentadbiran.
Apakah yang akan dihadapi oleh British jika negeri-negeri tersebut tidak
disatukan?
A Perak bertambah mundur
B Krisis kewangan di Pahang
C pentadbiran Barat dilaksanakan
D Raja- Raja Melayu akan bangun menentang British

18 Apakah kesan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun


1896?
A Kemajuan ekonomi terhalang
B Pengurangan kemasukan imagran Cina
C Penamatan Persidangan Raja-raja Melayu
D Kemerosotan kuasa pemerintahan tempatan

19 Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1897 kerana
A tergugatnya agama Islam
B kemerosotan kuasa sultan
C kemerosotan kuasa pembesar
D tergugatnya adat istiadat Melayu

20 Maklumat berikut menerangkan kritikan Sultan Idris dalam Durbar kedua di Kuala
Lumpur.

• Residen Jeneral terlalu berkuasa


• Kuasa raja-raja berkurangan

Apakah kesan daripada kritikan tersebut ?

A Jemaah Menteri dibentuk


B Perlembagaan negeri dipinda
C Pentadbiran tradisional dimantapkan
D Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan

6
21 Peta berikut menunjukkan kemaraan kuasa besar di Asia Tenggara.

RUSIA
(Ujung Salang)

JERMAN
(Pulau Langkawi) PERAN
CIS PERAN
(Segenting
KelantanKra)
Pulau CIS
Pinang (IndoChina)
AMERIKA
SYARIKAT
Singapura Laut China Selatan
(Terengganu)

Bagaimanakah British menghadapi kemaraan tersebut ?


A Mendapatkan bantuan Belanda
B Menetapkan pengaruh kuasa besar
C Menandatangani perjanjian dengan Siam
D Menambahkan bilangan angkatan tentera

22 Maklumat berikut merujuk kesan satu perjanjian penting dalam sejarah Tanah
Melayu.
Tarikh Peristiwa
1909 15 000 penduduk Melayu Tabal berhijrah ke
Kelantan.

Apakah perjanjian tersebut ?


A Perjanjian Sulit
B Perjanjian Bangkok
C Perjanjian Inggeris - Kelantan
D Perjanjian Perisytiharan British -Siam

23 Pernyataan berikut merujuk kepada usaha peluasan kuasa British di Kelantan.


Selepas Perjanjian Bangkok 1909,J.S.Mason dilantik sebagai
Penasihat British di Kelantan

Mengapakah Sultan Kelantan tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut?


A Menggugat kedaulatan negeri
B Menyekat aktiviti perdagangan
C Mencabul adat istiadat Melayu
D Menjejas hubungan dengan Siam

7
24 Tokoh dalam gambar merupakan pemimpin terkenal di Terengganu.

Sultan Zainal Abidin III

Apakah yang telah dilakukan oleh baginda dalam usaha memelihara


kedaulatan dan kemerdekaan negeri Terengganu?

A Menubuh jemaah menteri


B Memperkenal peraturan tanah
C Menghalang kemasukan imigran
D Menggubal perlembagaan negeri

25 Perjanjian di bawah diadakan bagi mewujudkan keamanan di Johor

Tahun Tokoh Peristiwa


1885 Temenggung Ibrahim Perjanjian Persahabatan
Sultan Ali

Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Sultan Ali ?

A Dihalau keluar dari Johor


B Dilucutkan hak sebagai sultan
C Diberi kuasa memerintah seluruh negeri Johor
D Diberikan kawasan pemerintahan di wilayah Kesang

26 Maklumat di bawah berkaitan dengan strategi Sultan Abu Bakar dalam usahanya
untuk memajukan negeri Johor

 Sering melawat England


 Mengadakan mahkamah dan perkhidmatan pos

Apakah tujuan Sultan Abu Bakar mengambil tindakan tersebut ?

A Menyaingi kemajuan Singapura


B Memodenkan pentadbiran negeri
C Menggalakkan kemasukan pelabur asing
D Mengurangkan pengaruh pembesar tempatan

8
27 Dato’ Abdul Rahman bin Andak memainkan peranan penting dalam sejarah negeri
Johor.
Apakah sumbangan utama beliau ?

A Memajukan pendidikan Johor


B Menjaga kebajikan rakyat Johor
C Melukis peta lengkap negeri Johor
D Merupakan Setiausaha Sulit Sultan Johor

28 Kepintaran tokoh ini telah menyedarkan British bahawa bukan mudah untuk
campur tangan di Johor.

Dato’ Abdul Rahman bin Andak

Apakah tindakan British untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

A Memenjarakan beliau di penjara London


B Mencadangkan agar beliau dibersarakan
C Meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
D Melantik beliau sebagai Penasihat British di Johor

29 Rajah ini menunjukkan strategi British untuk menguasai Johor.

Perjanjian X
Persahabatan 1885

Apakah X ?
A Penubuhan Lembaga Penasihat Johor
B Penubuhan Majlis Perundangan Johor
C Penubuhan Perbadanan Ekonomi Johor
D Penubuhan Jabatan Pembangunan Johor

30 Apakah muslihat yang dirancang oleh British untuk mengawal kewangan


Johor ?

A Membina beberapa kemudahan awam di Johor


B Melantik orang British sebagai penasihat kewangan
C Mencadangkan pembinaan landasan keretapi di Johor
D Membentuk jawatan juruaudit dalam pentadbiran Johor

9
31 Pernyataan berikut menerangkan dasar pentadbiran Kesultanan Brunei
terhadap Sarawak.

Sebelum Selepas
Pembesar tempatan dilantik Abad Melantik Pembesar Brunei
oleh Sultan Brunei untuk ke 19 sebagai wakil Kesultanan
mentadbir Sarawak Brunei mentadbir Sarawak

Mengapakah berlakunya perubahan tersebut ?

A Menguasai kekayaan Sarawak


B Menghalang kemerdekaan Sarawak
C Menghadkan kemasukan orang Cina
D Menjadikan Sarawak sebagai zon penampan

32 Tokoh berikut merupakan seorang pemimpin tempatan di Sarawak.

Datu Patinggi Ali


Apakah peranan beliau ?

A Menjadi penasihat Sultan Mu’mein


B Mengusahakan perlombongan emas
C Menentang pemerintahan James Brooke
D Menentang kezaliman Pangeran Indera Mohkota

33
Pada tahun 1842, James Brooke telah meghadap Sultan Omar Ali
Saifudin

Mengapakah James Brooke menghadap Sultan Brunei?

A Menuntut naungan Sultan


B Menguasai seluruh Sarawak
C Mengesahkan kedudukannya
D Memaksa sultan menerima Penasihat

10
34 Pembesar berikut terlibat dalam pentadbiran James Brooke.

 Datu Patinggi
 Datu Bandar
 Datu Temenggung

Mengapakah James Brooke melibatkan pemimpin tempatan dalam


pentadbirannya?

A Memajukan ekonomi
B Melicinkan pentadbiran
C Mengurangkan krisis kewangan
D Mendapatkan sokongan orang tempatan

35 Senarai berikut merupakan bidang tugas organisasi pentadbiran di Sarawak


bagi
 Mengutip cukai
 Menasihati Residen
 Menjaga keamanan

A Majlis Negeri
B Majlis Tertinggi
C Majlis Bahagian
D Majlis Datu-Datu

36 Rajah berikut menunjukkan perubahan bidang kuasa Majlis Negeri di


Sarawak.

1867 1941
 Bertukar-tukar fikiran  Meluluskan undang-
 Menyuarakan undang
pandangan  Mengurus kewangan

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

A Pengisytiharan perlembagaan
B Perkembangan sistem pendidikan
C Penentangan pemimpin tempatan
D Penyeragaman sistem pentadbiran

11
37 Pada 24 September 1941, Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan
perlembagaan Sarawak.
Mengapakah perlembagaan Sarawak tidak sempat dilaksanakan ?
A Perang Dunia Kedua meletus
B Perlembagaan ditulis semula
C Peralihan kuasa pemeritahan
D Pelaksanaan perlembagaan dihalang

38 Pemerintahan keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar


secara besar-besaran ke Sarawak.
Mengapa keluarga Brooke bertindak sedemikian ?
A Mengamal dasar tutup pintu
B Mengelakkan pemberontakan
C Mengurangkan kenaikan cukai
D Menjaga kepentingan ekonomi mereka

39 Bandar Miri berkembang pesat selepas 1910. Apakah fungsi bandar tersebut?
A Penanaman lada hitam
B Perlombongan antimoni
C Perlombongan petroleum
D Perkembagan sistem pengangkutan

40 Graf berikut menunjukkan bilangan sekolah di Sarawak pada tahun 1930.

30

25
24

20
(Bilangan
sekolah)
15
15
10 13

0
Anglikan Katolik Melayu Dayak (Jenis sekolah)
Bilangan sekolah di Sarawak pada tahun 1930
Mengapakah bilangan sekolah Dayak kurang berbanding sekolah lain?
A Kekurangan modal
B Kaum Dayak dianggap minoriti
C Kekalkan cara hidup tradisional
D Kurang mendapat sambutan penduduk

12
41 Apakah langkah yang diambil oleh Alfred dan Edward Dent untuk membolehkan
Persatuan Sementara Borneo Utara British Berhad mendapatkan Piagam Diraja
daripada kerajaan British?

A Menjual saham kepada rakyat British


B Memperkenalkan corak pentadbiran barat
C Menguasai lebih banyak kawasan di Sabah
D Menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British

42 Rajah di bawah merujuk kepada perubahan nama syarikat yang mentadbir Sabah
pada penghujung kurun ke-19.

1880 1882
Persatuan Sementara Syarikat Borneo Utara
Borneo Utara British Berhad British Berhad

Mengapakah penukaran nama tersebut dilakukan?

A Penganugerahan Piagam Diraja


B Peningkatan saiz operasi syarikat
C Pembangunan pesat bidang ekonomi
D Peningkatan kemasukan pelabur asing

43 Mengapakah SBUB melibatkan penduduk tempatan dalam pentadbiran peringkat


daerah dan kampung?

A Memberikan kemerdekaan
B Memenuhi syarat pemberian piagam
C Mengatasi masalah kewangan yang dihadapi
D Melatih penduduk tempatan dalam pentadbiran

44 Jadual berikut berkenaan pelaksanaa undang-undang di Sabah

Mahkamah Bidang Kuasa Hakim


Mahkamah Majistret Mengendalikan kes berat Pegawai Daerah
Mahkamah Anak Negeri Mengendalikan kes adat X

X ialah

A Residen
B Gabenor
C Ketua Kampung
D Ketua Anak Negeri

13
45 Bagaimanakah kegiatan ekonomi tradisional berikut diekploitasi oleh SBUB untuk
mengatasi masalah kewangannya?
 Sarang burung
 Sagu
 Trepang

A Mengenakan cukai kepada hasil jualan


B Menghalang penjualan kepada pihak lain
C Menyekat pengeluaran secara besar-besaran
D Memaksa penduduk menambahkan pengeluaran

46 Rajah berikut menerangkan faktor yang menyebabkan getah menjadi hasil eksport
utama SBUB.

Membawa masuk buruh


dari China dan Jawa

Faktor-faktor tanaman
X
getah menjadi hasil

eksport utama Syarikat Pengecualian cukai


eksport selama 50 tahun
Borneo Utara British
Faktor X ialah
(SBUB) tanah secara percuma
A Menyediakan
B Memberikan dividen kepada pengusaha
C Menggalakkan penanaman secara komersial
D Menyediakan bantuan modal kepada pengusaha

47 Apakah tujuan utama pembinaan landasan kereta api berikut?

Pada tahun 1905, SBUB membina landasan kereta api dari Beaufort ke
Jesselton dan dari Tenom ke Malalap.

A Membangunkan kawasan luar bandar


B Menghubungkan bandar dengan bandar
C Mengangkut hasil dari pedalaman ke pelabuhan
D Menghubungkan pantai barat dengan pantai timur

14
48 Penyataan berikut merujuk kepada ?

 Ditubuhkan pada tahun 1900 untuk menjamin keselamatan


 Dianggotai oleh pegawai polis tempatan

A Skuad Terbang
B Pasukan Renjer
C Pasukan tentera
D Ketua Anak Negeri

49 Penyataan berikut berkaitan dengan bandar?

 Dikenali juga sebagai Elopura


 Diasaskan oleh William Pryer

A Kudat
B Tawau
C Sandakan
D Jesselton

50 Jadual berikut menunjukkan pembinaan landasan keretapi di Sabah.


Tahun Landasan
1896 Landasan keretapi menghubungkan Weston ke Beaufort

1905 Landasan keretapi disambungkan dari Beaufort ke Jesselton


dan dari Tenom ke Malalap

Apakah kesan pembinaan landasan keretapi tersebut?


A Mempertingkatkan taraf hidup pribumi
B Memudahkan pengangkutan bijih timah
C Memajukan kegiatan perladangan getah
D Memudahkan imigrasi golongan pemodal

51 Senarai tanaman berikut ditanam di Tanah Melayu


 Cengkih
 Ubi Kayu
 Tebu
Tanaman tersebut dikenali sebagai
A tanaman baru
B tanaman eksport
C pertanian pasaran
D pertanian dagangan

15
52 Mengapakah tanaman tradisional menjadi kurang penting menjelang kurun ke-
20?
A Tiada permintaanl
B Serangan penyakit
C Harga yang tidak stabil
D Kekurangan tenaga buruh

53 Teh yang dihasilkan di Tanah Melayu bermutu tinggi dan dikenali sebagai
A Teh Hijau
B Teh Ceylon
C Teh Melayu
D Teh Cameron

54 Pihak yang manakah lebih diutamakan bagi mengusahakan pertanian


dagangan?
A Orang Asli
B Orang tempatan
C Peladang Eropah
D Pembesar tempatan

55 Apakah kelebihan sistem torehan ibedem atau system ikan tulang ikan hering?
A Melambat pembekuan susu getah
B Mengurangkan guna tenaga buruh
C Meningkatkan pengeluaran susu getah
D Menghasilkan susu getah yang berkualiti

56 Graf berikut menunjukkan kedudukan harga getah antara tahun 1929 -1933

Mengapakah harga getah mengalami penurunan?


A Penciptaan getah tiruan
B Kemelesetan ekonomi dunia
C Kejatuhan pengeluaran kereta
D Kemerosotan mutu pengeluaran

16
57 Penyataan yang manakah benar tentang Rancangan Sekatan Stevenson 1922?
I Meningkatkan harga getah
II Menambahkan pengeluaran
III Mendapat sokongan Indonesia
IV Disertai oleh negara naungan British

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

58 Penyataan yang manakah benar tentang Perjanjian Peraturan Getah


Antarabangsa 1934?
I Penetapan kuota
II Bantahan Thailand
III Penambahan pelaburan
IV Pengurangan pengeluaran

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

59 Senarai berikut merupakan syarikat – syarikat besar Eropah.

 Guthrie
 Sime Darby
 Harrisons & Crossfield
Apakah peranan syarikat-syarikat tersebut?

A Menentukan turun naik harga


B Membuka ladang-ladang getah
C Mengedarkan benih-benih getah
D Memperkenalkan torehan ibedem

60 Apakah langkah yang diambil oleh British bagi menghadapi kemerosotan


tanaman tradisional?

A Membuka lebih banyak tanah


B Memperkenalkan tanaman baru
C Menyediakan kemudahan pengangkutan
D Menggalakkan penanaman secara kecil-kecilan

17
18

Anda mungkin juga menyukai