Anda di halaman 1dari 3

Lampiran I

TRAINING OF TRAINERS (TOT)


MANUAL (WORKBOOK) PENJAGAAN WARGA EMAS
BERASASKAN ILMU PSIKOSPRITUAL ISLAM

Nama Program : Awesome Elderly Carers’ Workshop


Tarikh : 30 Mac 2023 (Khamis)
Bilangan Peserta : 20 - 30 orang peserta
Medium : Atas Talian (melalui Google Meet)

Kriteria Peserta yang sesuai:


1. Pengurus pusat jagaan warga emas
2. Penjaga di pusat jagaan warga emas
3. Penjaga warga emas di rumah persendirian
4. Sukarelawan
5. Berminat untuk menyertai kursus berkaitan penjagaan warga emas

Pengenalan
Manual ini merupakan panduan umum kepada semua warga emas atau khususnya kepada
individu yang terlibat dalam penjagaan secara langsung atau tidak langsung dengan warga
emas.

Manual ini juga boleh digunakan oleh mana-mana badan organisasi sama ada kerajaan atau
bukan kerajaan, malah boleh juga dijadikan panduan asas untuk setiap keluarga. Ia bertujuan
untuk membantu memperbaiki kualiti hidup dan dalam masa yang sama mengekalkan
momentum positif kehidupan yang sedia ada.

Pembinaan manual ini adalah sebahagian daripada penyelidikan yang dijalankan di bawah
Geran Penyelidikan LPPKN yang dijalankan oleh pasukan penyelidik daripada Universiti
Malaya yang diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Che Zarrina binti Sa’ari.
TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI & PERINCIAN


30 MAC 2023 (KHAMIS)
9.00 pagi Ucapan Aluan
9.15 – 11.15 SESI 1:
pagi • SESI SUAI KENAL
• PERANAN DAN CABARAN PENJAGA

Objektif:
• Mengetahui latar belakang setiap peserta (keadaan peserta dan warga
emas di bawah jagaan dari sudut ekonomi, spiritual, sosial dan lain-
lain).
• Untuk menerangkan peranan dan cabaran yang dihadapi oleh
penjaga dan mencari penyelesaian untuk membantu dalam
meningkatkan kualiti hidup penjaga dan warga emas

Aktiviti:
• Taklimat
• Perbincangan
• Maklum balas
11.30 pagi – SESI 2:
1.30 petang • TERAPI SPIRITUAL
• TERAPI PSIKOLOGI

Objektif:
• Untuk mempelajari dan mengamalkan cara mengekalkan dan
meningkatkan kesejahteraan spiritual penjaga dan warga emas.
• Untuk mempelajari dan mengamalkan cara mengekalkan dan
meningkatkan kesejahteraan mental penjaga dan warga emas.

Aktiviti:
• Kuliah ringkas
• Perbincangan
• Maklum balas
MASA AKTIVITI & PERINCIAN
2.30 – 4.30 petang SESI 3:
• TERAPI FIZIKAL
• TERAPI SOSIAL

Objektif:
• Untuk mempelajari dan mengamalkan cara mengekalkan dan
meningkatkan kesejahteraan fizikal penjaga dan warga emas.
• Untuk mempelajari dan mengamalkan cara untuk mengekalkan dan
meningkatkan kesejahteraan sosial penjaga dan warga emas.
• Untuk merancang perancangan penjagaan kesihatan warga emas.

Aktiviti:
• Kuliah ringkas
• Perbincangan
• Maklum balas
4.30 – 4.45 petang Sesi Penutup

Anda mungkin juga menyukai