Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN MINGGU PENGURUSAN DIRI

TEMPAT : KELAS PENDIDIKAN KHAS SK JEJAWI


TARIKH : 30 JANUARI 2023 – 3 FEBRUARI 2023
MASA : 8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
BILANGAN GURU DAN PPM YANG TERLIBAT : 5 ORANG ( 4 GURU, 1 PPM )
BILANGAN MURID YANG TERIBAT : 20 ORANG

Murid pendidikan khas perlu dibimbing agar menguasai kemahiran mengurus diri,

bersosialisasi dan berdikari. Latihan dan kemahiran penjagaan diri, perkembangan peribadi,

perkembangan sosial, hidup berkeluarga dan pengurusan rumah tangga menjadi fokus pada

program yang dirancang pada kali ini. Komponen pengurusan diri bertujuan membimbing dan

melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari. Kemahiran pengurusan diri pada

peringkat awal perlu didedahkan agar dapat memupuk tabiat yang baik di kalangan murid.

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah cara menjaga kebersihan diri dengan memberi

latihan amali tentang cara dan kaedah pembersihan diri seperti langkah menggosok gigi dengan

betul, tatacara di bilik mandi, memotong kuku, dan cara-cara asas membasuh baju dan

sebagainya. Latihan dan amali perlu dilakukan dengan teratur agar murid-murid dapat

memahami konsep asas dengan mudah.

Bagi murid perempuan pula, guru-guru menerangkan dengan serba ringkas kepentingan menjaga

diri dengan baik dalam aspek pengurusan penggunaan tuala wanita dan cara menjaga diri ketika

waktu haid. Sebagaimana pentingnya pengurusan emosi, begitu juga pentingnya pengurusan

kehidupan kerana murid-murid akan menjalani kehidupan seperti murid-murid yang lain. Di

harapnya program sebegini akan dapat memberi manfaat kepada murid-murid di masa akan

datang.
GAMBAR AKTIVITI MINGGU PENGURUSAN KEHIDUPAN.

Anda mungkin juga menyukai