Anda di halaman 1dari 32

GB5222

Psikologi Pendidikan
DPLI 2023
Pengenalan Kursus
Tajuk-tajuk kuliah
• Psikologi Pendidikan dan Guru
• Teori-teori Perkembangan: Fizikal, Bahasa, Kognitif,
Sosioemosi dan Moral
• Kepelbagaian Pelajar
• Teori-teori Pembelajaran: Tingkahlaku, sosial,
kognitif, Kemanusiaan
• Teori-teori Motivasi
• Pengurusan bilik darjah
Kuliah 1
• Psikologi Pendidikan dan Guru
• Definisi Psikologi
• Definisi Psikologi Pendidikan
• Peranan Psikologi Pendidikan
• Guru dan Psiologi Pendidikan
• Definisi Teori
• Teori dan Pengajaran
Definisi Psikologi
• Istilah Psikologi berasal daripada Bahasa Greek
Psyche (The Soul) and Logos (Study)
• Bidang saintifik yang mengkaji tentang tingkah laku
dan proses mental.
• Matlamat utama adalah mengkaji tingkah laku dan
faktor yang menyumbang kepada tingkahlaku
Definisi Psikologi
• Penyelidikan dalam bidang Psikologi melibatkan
pemerhatian, eksperimen, ujian dan analisis untuk
menguji proses biologi, kognitif, emosi, peribadi
dan sosial yang mendasari tingkah laku manusia
dan haiwan
• Ahli psikologi menggunakan pengetahuan psikologi
untuk memahami dan merawat masalah mental,
emosi, fizikal dan ketidakfungsian sosial,
memahami dan meningkatkan tingkahlaku dalam
pelbagai konteks aktiviti manusia (sekolah, tempat
kerja, sukan)
Psikologi Pendidikan dan Guru
• Apa yang dimaksudkan dengan psikologi
pendidikan?
• Apakah kepentingan psikologi pendidikan kepada
guru?
Psikologi Pendidikan
• Displin ilmu yang mengabungkan PSIKOLOGI
+ PENDIDIKAN m
• Mengaplikasikan prinsip dan teori psikologi
untuk mengkaji tentang pengajaran,
pembelajaran dan penilaian dalam konteks
pendidikan
1
Apa yang mendorong Apakah yang
anda belajar, berfikir membuatkan anda
dan mengingat sedih?

Mengkaji
Persoalan Bagaimana untuk
Mengapa saya lupa? mengubah tinglah
laku saya

Bagaimana
untuk mengawal
emosi?
Psikologi Pendidikan
“Educational psychology is the branch of
psychology which deals with teaching and
learning” (Skinner, 1958)

“Educational psychology describes and explains


learning experience of an individual from birth to
old age” (Crow & Crow, 1949 )
Psikologi Pendidikan
A branch of psychology concerned with studying
how people learn and the implications for
teaching (Sue Duchesne & Anne McMaugh,
2016)

“The discipline concerned with teaching and


learning processes; applies the methods and
theories of psychology and has its own as well”
(Woolfolk, 2022)
Psikologi Pendidikan
• Menumpukan kepada faktor, prinsip dan teknik
yang berhubung kait dengan pelbagai aspek
pertumbuhan dan perkembangan manusia
• Ia memberikan perhatian kepada situasi dan
proses pembelajaran, iaitu situasi pembelajaran
mana yang lebih efisien dan efektif
• Membantu guru dalam mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran,
dan memberi panduan tentang apa yang perlu
dilakukan dan bagaimana untuk melakukan
Psikologi Pendidikan

• Disiplin yang memberi perhatian kepada proses


pengajaran dan pembelajaran
• Mengaplikasikan kaedah dan teori psikologi tetapi
mempunyai teori, kaedah kajian dan masalah serta
teknik tersendiri.
• Penekanan kepada memahami dan meningkatkan
pendidikan dan memahami apa yang difikirkan,
dilakukan dan dirasakan oleh guru dan pelajar dalam
persekitaran pembelajaran
Peranan Psikologi Pendidikan
Displin ilmu yang
mengkaji antara lain:
▪ Perkembangan Manusia
▪ Perbezaan dan Kepelbagaian
Murid
▪ Bagaimana manusia belajar
▪ Motivasi dan pembelajaran
▪ Penilaian dan pengujian
▪ Persekitaran pembelajaran
PERANAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1

• MENGENALI PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN MURID

a. PERKEMBANGAN FIZIKAL: Perubahan dari aspek saiz badan

b. PERKEMBANGAN PERSONAL: Terma yang sering dikaitakan


dengan perubahan dari aspek identiti dan personaliti murid.

c. PERKEMBANGAN SOSIAL: Merujuk kepada perubahan dari


aspek hubungan murid dengan rakan-rakan dan persekitaran
sosial

d. PERKEMBANGAN KOGNITIF: Merujuk kepada perubahan dari


aspek pemikiran, penaakulan dan membuat keputusan
Dr. Faridah MK
PERANAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1

• MENGENALI PERBEZAAN DAN


KEPELBAGAIAN MURID
a. PERBEZAAN INDIVIDU:
➢Psikologi pendidikan membantu guru memahami
perbezaan dari aspek tingkah laku, fizikal dan
fisiologikal, mental dan personaliti.
➢Perbezaan dan kepelbagaian pada setiap murid
mempengaruhi bagaimana mereka belajar,
bagaimana mereka adaptasi dengan persekitaran,
bagaimana mereka membina hubungan sosial dan
bagaimana untuk memotivasikan
Dr. Faridah MK mereka
PERANAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1

• PENGLIBATAN MURID DALAM PROSES PEMBELAJARAN

a. TINGKAH LAKU MURID: Memastikan murid mengikut


pembelajaran, mematuhi peraturan, dan melibatkan diri dalam
aktiviti kelas

a. MERANSANG MINDA DAN MOTIVASI MURID: Mereka bentuk


tugasan yang mencabar, memupuk motivasi dalaman,
mendorong minat murid dalam pelajaran, menyuburkan efikasi
kendiri, dan meningkatkan keyakinan diri dalam akademik

a. MERANGSANG EMOSI MURID: Mengaitkan pengajaran dengan


minat murid; meningkat rasa ingin tahu; menggalakan rasa
kesepunyaan dan perhubungan dalam kelas; menghapuskan
kebimbangan dan meningkatkan
Dr. Faridah MK keseronokan dalam
pembelajaran
PERANAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1

• MENGURUS STRATEGI PEMBELAJARAN

a. STRATEGI KOGNITIF: Mengajar secara langsung


pengetahuan dan kemahiran yang menyokong
pembelajaran murid dan proses pemprosesan maklumat
secara mendalam (contohnya: merumuskan; mengaplikasi;
menaakul dan membuat kesimpulan)

a. STRATEGI TINGKAHLAKU: Mengajar murid strategi dan


teknik dalam mengurus, memantau, dan menilai tindakan
mereka, motivasi, dan persekitaran. Antara kemahirannya
adalah: pengurusan masa; pengurusan kerja sekolah;
mengambil nota; meminta bantuan; mengambil ujian
Dr. Faridah MK
PERANAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN 1

• PROSES PENGAJARAN

a. PENDEKATAN PENGAJARAN: Mengenal pasti strategi dan


teknik pengajaran yang berkesan dengan murid; kualiti maklum
balas; pengurusan sumber dan bahan pengajaran secara efektif;
pelaksanaan aktiviti pembelajaran yang tersusun dan jelas;
aktiviti pembelajaran yang menekankan kepada proses
pemikiran kreatif dan kritis; menggunakan pendekatan pedagogi
terbeza yang menfokuskan kepada kepelbagaian murid.

b. PENGURUSAN BILIK DARJAH: Mewujudkan persekitaran


pembelajaran yang positif dengan mengurus ruang fizikal;
pengurusan tingkah laku murid dari aspek memantau dan
menghalang tingkahlaku disruptif; persekitaran pembelajaran
yang kondusif dan selamat, menggalakan penglibatan murid,
menetapkan peraturan dan Dr.
undang-undang.
Faridah MK
Common sense vs Research

• Ramai orang percaya bahawa pengajaran lebih kepada


‘common sense’ tetapi kajian daripada bidang
psikologi pendidikan menunjukkan bahawa kita mesti
menguji ‘common sense’, teori dan prinsip yang kita
gunakan
APA PENDAPAT ANDA ??
• Apakah kaedah yang patut digunakan oleh guru
untuk memanggil pelajar dalam kelas bacaan?
Guru dan Psikologi Pendidikan

• Guru yang baik adalah pengkaji dalam bilik darjah. Jika


dapatan daripada bilik darjah menunjukkan kesimpulan
yang sama, kita boleh membina prinsip tentang pengurusan
bilik darjah atau prinsip pengajaran
• Prinsip: hubungan yang disahkan antara dua atau lebih
faktor
• Prinsip-prinsip boleh dihubungkan menjadi teori
• Teori: Pernyataan yang cuba menjelaskan tentang satu-satu
fenomena
Guru dan Psikologi Pendidikan

• Prinsip dan teori yang dibina boleh dijadikan


panduan kepada guru untuk memahami dan
memperbaiki amalan pengajaran
• Satu lagi elemen yang penting bagi guru ialah
menjadi guru yang reflektif: memikirkan semula
amalan mereka dan mempertimbangkan
bagaimana memperbaiki pengajaran mereka.
Teori

• Definisi teori
• Bagaimana teori
membantu
meningkatkan
keputusan yang dibuat
dalam bilik darjah?
Definisi teori

• Satu set kepercayaan tentang sesuatu perkara


• Kepercayaan tersebut membantu kita menjelaskan
sesuatu atau membuat ramalan tentang sesuatu atau
mengubah suai sesuatu untuk mencapai objektif kita
• Bagi setiap aspek kehidupan kita, kita mempunyai satu
set kepercayaan yang kita gunakan untuk memahami
sesuatu atau untuk memandu tindakan kita
Bagaimana kita membina teori :
teori implisit
• Teori implisit – intuisi informal yang lahir hasil
daripada interaksi kita dengan persekitaran
• Bagi guru, mereka mungkin mempunyai teori
implisit tentang bagaimana murid belajar, apa yang
memotivasikan mereka, apa yang menyebabkan
mereka salah laku dsb…
• Kajian menunjukkan teori implisit guru itu
mempengaruhi keputusan atau tindakan mereka
Bagaimana kita membina teori:
teori saintifik
• Satu set pernyataan formal yang menerangkan tentang
sesuatu pembolehubah dan hubungan antara
pembolehubah yang penting untuk memahami sesuatu
fenomena
• Melalui pengujian hubungan tersebut, kita membina
satu kefahaman yang lebih tepat mengenai sesuatu
fenomena
• Teori merupakan satu penjelasan terbaik yang ada
pada satu-satu ketika
Kajian dan evolusi teori saintifik
• Inkuiri saintifik bermula dan berakhir dengan teori
• Teori diguna untuk membina persoalan kajian
• Kajian dijalankan untuk menguji teori tersebut
• Teori-teori bertanding untuk menjelaskan satu-satu
keadaan – bila maklumat baru diperoleh, muncul
teori baru atau teori lama diubah suai
• Teori psikologi pendidikan juga mengalami evolusi
ini…
Menggunakan teori untuk
memperbaiki pengajaran
• Persekitaran pembelajaran adalah komplikated
• Guru membuat banyak keputusan dalam proses p-
pnya
• Setelah mengajar, guru mungkin ingin memperbaiki
pengajarannya
• Perlu memilih teori yang sesuai dengan situasi yang
ingin diselesaikan
• Perlu tahu banyak teori…..
Rumusan
• Psikologi Pendidikan dan Guru
• Definisi Psikologi
• Definisi Psikologi Pendidikan
• Peranan Psikologi Pendidikan
• Guru dan Psiologi Pendidikan
• Definisi Teori
• Teori dan Pengajaran
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai