Anda di halaman 1dari 15

ASAS

PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
Kursus Asas Perguruan
Yayasan Takmir Pendidikan
FASILITATOR

• ISHAK B ALI SHAH


• cikguishakshah2@gmail.com
• 0192243675
KERANGKA PERBINCANGAN
• KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN
• KONSEP PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN
• PERBEDAAN INDIVIDU DAN IMPLIKASI KPD
GURU
• KECERDASAN PELBAGAI
• RUMUSAN
KONSEP ASAS PSIKOLOGI

• Istilah psikologi berasas gabungan dua perkataan


Greek iaitu psyche dan logos. Perkataan ‘psyche’
bermaksud jiwa
• manakala perkataan ‘logos’ bermaksud kajian
mengenai sesuatu.
• Jadi perkataan psikologi boleh diertikan sebagai
suatu kajian mengenai sesuatu yang memberi
kesan kepada jiwa seseorang.
APA PSIKOLOGI?

"Kajian tentang proses mental dan pemikiran,


terutamanya berhubung dengan perlakuan
manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan
seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan
kebijaksanaan memahami sifat manusia.”
Dewan Bahasa Pustaka
PENDAPAT TOKOH
• HAMKA : •proses yang boleh membentuk tingkah
• laku yang baik
• SMN AL-ATTAS: • proses membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang, mengembangkan
potensi ke tahap kesempurnaan
• AL-GHAZALI: proses pendidikan merangkumi aspek
intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak
yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
RUMUSAN PSIKOLOGI
Psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara
saintifik prinsip-prinsip asas mengenai pembelajaran
dan tingkah laku manusia dan haiwan khususnya
pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,
kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia
terhadap rangsangan persekitaran sosial.
Oleh itu, dengan mempelajari psikologi seseorang itu akan
menjadi manusia yang lebih baik dan juga dapat memahami
manusia lain dengan lebih tepat. Psikologi merupakan proses
perkembangan potensi dan kemahiran…
Cambridge International Dictionary of
English
"Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk
mengkaji pemikiran manusia bekerja dan
bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi
tingkahlaku atau mempengaruhi sikap
seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku.”
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Kajian tentang aspek psikologi merangkumi
pembangunan potensi individu, personaliti,
prinsip dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, termasuk
pengurusan kelas, keperluan dan motivasi,
penilaian, bimbingan dan kaunseling,
penyelidikan pendidikan dan perkara-perkara
pendidikan lain (Mok Soon Sang, 2006)
PERBINCANGAN
Bincangkan tujuan kita mempelajari psikologi
pendidikan?
Berikan contoh-contoh di sekolah atau TASKI.
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

• Memahami (memerihal dan menerangkan) tingkah laku


pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
• Seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin
berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.
• Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian
masalah pelajar seperti di bawah, tingkah laku dapat
dikawal di mana tingkah laku yang negatif boleh diganti
dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan
pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
KEPADA GURU
• Guru mempunyai pengetahuan asas tentang konsep, ciri,
matlamat, fungsi, metodologi dan kandungan psikologi
pendidikan
• Guru dapat menentukan objektif pengajaran yang
berkesan
• Guru mampu mengikuti garis panduan dalam menentukan
strategi yang sesuai untuk merancang set induksi
• Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar dengan betul
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
strategi pengajaran yang digunakan
• Guru boleh memahami kepentingan perbezaan individu dan
hubungannya dengan pengajaran individu dan kumpulan, serta aktiviti
pengayaan dan pemulihan
• Guru mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif serta pengurusan
kelas untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
• Guru boleh mengaplikasikan teori pengajaran dan kaedah pengajaran
untuk mencapai objektif pengajaran
• Guru mampu memilih dan menggunakan teknik penilaian yang sesuai
dan berkesan untuk mencapai objektif pengajaran, set induksi, serta
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan bilik darjah yang
sebenar.
• Guru boleh menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani
masalah pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar
REFLEKSI

Sejauhmana kepentingan psikologi


pendidikan kepada anda?
5

Anda mungkin juga menyukai