Anda di halaman 1dari 10

PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI

PENDIDIKAN
KONSEP DAN TUJUAN SERTA IMPLIKASI
PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

• -KONSEP ASAS PSIKOLOGI


• KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN
• TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
• IMPLIKASI PSIKOLOGI KEPADA GURU
KONSEP ASAS PSIKOLOGI
Cambridge International Dictionary of English
"Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkaji pemikiran manusia
bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkahlaku atau
mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku.”

Secara keseluruhan, psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik prinsip-prinsip
asas mengenai pembelajaran dan tingkah laku manusia dan haiwan khususnya pemikiran, sikap,
perasaan, naluri, potensi,kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan
persekitaran sosial.

mempelajari psikologi seseorang itu akan menjadi manusia yang lebih baik dan juga dapat
memahami manusia lain dengan lebih tepat. Psikologi merupakan proses perkembangan potensi dan
kemahiranindividu dalam bidang-bidang tertentu, berkaitan pembentukan dan perkembanganilmu,
kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
KONSEP PSIKOLOGI DARI PANDANGAN
TOKOH
HAMKA
proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap berani serta budi pekerti mulia.
PLATO
suatu proses membentuk individu yang berakhlak mulia
JOHN DEWEY
proses perkembangan individu supaya hidup lebih berguna dan selamat.
SOCRATESS
latihan moral kewargenegaraan yang baik
MOHAMMAD SYED QUTB
proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang, mengembangkan potensi ke
tahapkesempurnaan (JERIS).ohammad Syed Qutb
AL-GHAZALI
proses pendidikan merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan
hormat menghormati
KONSEP PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi pendidikan merujuk pada pelaksanaan ilmu psikologi dalam dunia pendidikan.\

Penguin Dictionary of Psychology (2001),


Psikologi Pendidikan merupakan sub disiplin psikologi berkenaan teori dan masalah dalam
pendidikan. Dalam konteks pendidikan sekolah, psikologi pendidikan bolehditafsirkan sebagai kajian
tentang aspek psikologi merangkumi pembangunan potensi individu, personaliti, prinsip dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, termasuk pengurusan kelas, keperluan dan
motivasi, penilaian,bimbingan dan kaunseling, penyelidikan pendidikan dan
perkara-perkarapendidikan lain (Mok Soon Sang, 2006).
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPD GURU

Matlamat psikologi pendidikan


memahami (memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.

Sebagai contoh,
merujuk kepada cara penyelesaian masalah pelajar seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di
mana tingkah laku yang negative boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara
menggalakkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPD
GURU
• Guru mempunyai pengetahuan asas tentang konsep, ciri, matlamat, fungsimetodologi dan
kandungan psikologi Pendidikan

• Guru dapat menentukan objektif pengajaran yang berkesan

• Guru mampu mengikuti garis panduan dalam menentukan strategi yang sesuai untuk merancang
set induksi

• Guru dapat meramalkan tingkah laku pelajar dengan betul semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan strategi pengajaran yang digunakan

• Guru dapat memahami kepentingan perbezaan individu dan hubungannya dengan pengajaran
individu dan kumpulan, serta aktiviti pengayaan dan pemulihan
IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KPD
GURU
• Guru dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif serta pengurusan
kelas untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran

• Guru dapat mengaplikasikan teori pengajaran dan kaedah pengajaran


untuk mencapai objektif pengajaran

• Guru dapat memilih dan menggunakan teknik penilaian yang sesuai dan
berkesan untuk mencapai objektif pengajaran, set induksi, serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan bilik darjah yang sebenar.

• Guru mampu menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani


masalah pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar
• Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan
lebih
• lanjut sejarah psikologi
• https://en.wikipedia.org/wiki/Educational_psychology
AKTIVITI
• 1. Apakah tujuan PSIKOLOGI PENDIDIKAN kepada guru?

2 Berdasarkan
pengalaman anda sebagai seorang guru, bincangkan
bersama rakan-rakan anda darjahi mplikasi psikologi pendidikan dalam
bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai