Anda di halaman 1dari 2

Psikologi pendidikan ialah penggabungan dua bidang iaitu bidang

psikologi dan bidang pendidikan. Ia merupakan kajian saintifik tertinggi


tingkah laku manusia dalam situasi Pendidikan. Menurut kata Slavin (1991),
beliau menyatakan bahawa psikologi pendidikan merupakan kajian terhadap
murid, pembelajaran, dan pengajaran. Fokus psikologi pendidikan adalah
pada prinsip, proses, kemahiran, nilai dan sikap yang disalurkan daripada
guru kepada murid di dalam bilik darjah berdasarkan aplikasi terhadap prinsip
psikologi.

Terdapat lima aspek yang dikaji dengan teliti dalam psikologi


Pendidikan. Antaranya termasuklah perkembangan manusia, iaitu
perkembangan peringkat kanak-kanak dan remaja, teori pembelajaran,
motivasi, personaliti, dan pentaksiran bilik darjah. Selain daripada kelima-lima
aspek ini, psikologi pendidikan turut menyentuh perkara yang melibatkan
pemikiran manusia, bimbingan dalam pendidikan, tingkah laku bermasalah
dan kaedah untuk mengatasinya. Secara ringkas, psikologi pendidikan
membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar
yang berguna dalam aktiviti pendidikan. Dengan ini, guru amat perlu
mengetahui naluri, desakan, keperluan dan pergerakan murid bagi
memudahkan tugas guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Tujuan psikologi pendidikan adalah untuk memahami tingkah laku


pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan untuk
meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal
tingkah laku tersebut. Dengan ini, psikologi pendidikan dapat mendatangkan
implikasi baik kepada sistem pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana
guru merupakan orang yang mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Jadi, guru
yang menerima psikologi pendidikan ini akan dapat menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap murid.

Melalui psikologi pendidikan ini, guru dapat menentukan objektif


pengajaran yang berkesan. Guru mampu mengikuti garis panduan dalam
menentukan strategi yang sesuai untuk merancang set induksi. Di samping
itu, guru juga dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif serta
pengurusan kelas untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,
dan guru juga mampu menjalankan penyelidikan tindakan untuk menangani
masalah pengajaran dan pembelajaran semasa latihan mengajar. Dengan ini,
sistem dan tahap Pendidikan Malaysia dapat menuju ke arah yang baik.

Anda mungkin juga menyukai