Anda di halaman 1dari 3

Scribd GKB Tugasan 3

SLIDE HYPERLINK
Selain daripada grafik dan GIF, kumpulan kami juga telah memasukkan hyperlink dalam
persembahan elektronik kami. Apa itu hyperlink? Hyperlink ialah sebuah cara untuk
menghubungkan suatu bahagian tertentu di dalam slaid, file dokumen, program, atau halaman
web dengan bagian yang lainnya pada bidang tersebut. Semasa dalam proses persembahan
elektronik, hyperlink yang telah kami masukkan ke dalamnya akan membolehkan murid
untuk pindah dari satu halaman ke tampilan halaman lainnya yang telah kami tetapkan.
Disebabkan hyperlink ini sangat sesuai dan mudah untuk digunakan, oleh itu hampir semua
halaman slaid persembahan elektronik kami telah dimasukkan hyperlink. Contohnya, butang
bentuk anak panah atau butang bentuk lain akan dijumpa dalam slaid tersebut untuk dijadikan
sebagai hyperlink supaya dapat terus klik padanya, dan boleh terus melanjut ke halaman slaid
seterusnya. Konkluksinya, hyperlink ini boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk. Gambar
ke, grafik ke, atau link jaringan ke, semua ini pun boleh menjadi hyperlink. Yang pentingnya
ialah kita kena menetapkan bahan itu menjadi hyperlink, baru dia boleh berfungsi. Jadi
sampai di sini, mungkin anda akan bertanya: “macam mana kita boleh menetapkan bahan
tersebut menjadi hyperlink? Apakah caranya?” Pada slaid seterusnya, saya akan terus
menerangkan Langkah-langkah untuk membuat hyperlink.

SLIDE LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT HYPERLINK


Untuk membuat hyperlink, pertama sekali, kita akan menekan gambar/grafik atau “hightlight”
sesuatu perkataan atau link jaringan yang ingin dijadikan sebagai hyperlink. Seterusnya, kita
boleh klik “insert” dalam bar alat di bahagian atas PowerPoint, dan tekan pada “hyperlink”.
Selepas klik pada “hyperlink”, ia akan muncul sebuah kotak dialog, seperti yang ditunjukkan
dalam gambar pada sebelah kanan slaid ini. Dalam kotak dialog ini, kita dapat lihat ada empat
pilihan pada bahagian kirinya. Sekiranya anda ingin menjadikan teks atau gambar tersebut
sebagai hyperlink ke laman web tertentu, anda boleh tekan pada “Existing File or Web Page”.
Di sini, anda boleh menaip alamat yang ingin anda pautkan di medan ADDRESS. Seterusnya
klik OK, jadi teks atau gambar yang anda pilih itu akan berjaya menjadi hyperlink ke laman
web tertentu.
Sekiranya anda ingin menjadikan teks atau gambar tersebut sebagai hyperlink ke slaid yang
lain, anda boleh tekan pada “Place In This Document”. Pada masa ini, senarai slaid lain dalam
persembahan anda akan muncul. Klik nama slaid yang ingin anda pautkan. Akhir sekali, klik
OK, jadi teks atau gambar yang anda pilih itu akan berjaya menjadi hyperlink ke slaid yang
lain.
Jika anda ingin menjadikan hyperlink tersebut mempunyai suara semasa klik padanya, anda
boleh menekan hyperlink itu dahulu, dan tekan pada Insert, seterusnya tekan Action, ia akan
muncul juga sebuah kotak dialog. Pada saat ini, anda boleh membuka “play sound” dan pilih
kesan suara yang anda suka.
Sampai sini, tetapan hyperlink telah selesai. Sekarang, saya akan pass kepada Tan Siew Joey
untuk membentangkan fitur Animasi.

SLIDE KUIZ
Disebabkan persembahan elektronik kami adalah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, jadi kami juga telah menggunakan aplikasi digital iaitu Quizizz bagi
menghasilkan soalan kuiz. Untuk melakukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
inovatif, kami telah menjadikan soalan kuiz dalam Quizizz itu sebagai satu kod QR. Lepastu,
kami memasukkan kod QR itu ke dalam slaid persembahan elektronik tersebut. Dengan ini,
murid-murid boleh menggunakan pengimbas kod QR yang terdapat dalam handphone mereka
untuk mengimbas kod QR tersebut dan terus menjawab soalan kuiz. Selain itu, kami juga
telah memasukkan link laman soalan kuiz tersebut dalam slaid dan menjadikannya sebagai
“hyperlink” supaya murid-murid dapat terus klik dan mengakses ke laman soalan kuiz itu jika
mereka gagal mengimbas kerana masalah kod QR. Kami menghasilkan soalan kuiz ini adalah
untuk menguji pemahaman murid tentang topik tersebut, dan murid akan berupaya menguasai
topik ini selepas mereka berjaya menjawab soalan dengan betul. Selain itu, kami bercadang
menghasilkan bahagian kuiz ini adalah kerana kami rasa kuiz ini sesuai untuk murid yang
bergaya pembelajaran visual dan kinestestik. Hal ini dikatakan demikian kerana, dalam soalan
kuiz yang kami hasilkan ini terdapat banyak gambar rajah, jadi mereka yang bergaya
pembelajaran visual cenderung pada penglihatan akan dapat tertumpu pada soalan kuiz
tersebut. Bukan itu sahaja, kuiz ini sesuai untuk mereka yang bergaya pembelajaran
kinestestik kerana mereka cenderung melakukan praktikal berbanding daripada berduduk
diam dan membaca sahaja. Jadi, soalan kuiz ini juga sebagai bentuk praktikal untuk mereka
lakukan, oleh itu mereka pasti akan berfokus padanya.

SLIDE LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KUIZ


Di sini adalah langkah-langkah untuk membuat soalan kuiz dengan menggunakan aplikasi
digital Quizizz. Pertama sekali, kita boleh melanjut ke laman web quizizz, dan mendaftar
sebuah akaun sebagai watak guru. Seterusnya, tekan butang “Create Quiz”, dan menetap tajuk
kuiz dahulu. Lepastu, kita boleh menaip soalan-soalan serta jawapan kuiz ke dalamnya. Sekali
kita siap menaip soalan dan jawapan, terus tekan butang Submit, dan sebuah kuiz akan
berjaya dihasilkan.

SLIDE CONTOH BLA BLA BLA


Sekarang, jom melihat contoh dari slaid yang kami hasilkan dalam persembahan elektronik.

SLIDE C2
Dalam contoh slaid ini, butang anak panah itu merupakan hyperlink. Murid-murid boleh
menekan anak panah pada sudut kanan bawah untuk melanjut ke paparan yang seterusnya.

SLIDE C6
Sama juga dalam slaid ini, butang anak panah ialah hyperlink. Murid-murid boleh menekan
padanya untuk menonton video pembelajaran seterusnya.
SLIDE C10
Contoh slaid ini merupakan slaid pengajaran tentang ciri-ciri kubus. Bentuk kubus ini
merupakan salah satu grafik yang telah kami masukkan. Errr..Sebab bahagian nota ini lebih
penting dalam aktiviti PdP kan? Jadi, Kami juga telah menggunakan latar belakang yang
berwarna-warni untuk menarik perhatian murid-murid, supaya mereka lebih fokus pada
bahagian nota ini. Sebenarnya, dalam slaid persembahan elektronik ini, kami juga ada
memasukkan audio yang kami rakam sendiri sebagai bahagian penerangan tentang nota slaid
ini, jadi murid-murid akan lebih memahami tentang topik ini. Akhir sekali, butang yang
berbentuk buku ini merupakan hyperlink. Setelah murid-murid selesai membaca nota dan
berasa telah memahaminya, mereka boleh klik butang ini untuk kembali ke halaman nota.

SLIDE C14
Dalam stesen permainan “Cari Saya”, kami juga ada memasukkan muzik latar yang lebih
gaming dalam slaid ini untuk memprovokasi minat pelajar untuk bermainnya. Butang Mula
ini merupakan hyperlink. Murid-murid boleh menekannya untuk memulakan permainan.

SLIDE C18
Contoh slide ini merupakan slide yang terakhir dalam persembahan elektronik. Tujuan kami
membuat slide ini adalah untuk memberi galakan kepada murid-murid kerana bersikeras
untuk sampai ke sini, dan kami juga ingin tahniah kepada mereka kerana berjaya menguasai
topik pembelajaran tersebut. Butang yang berbentuk rumah dan pangkah ini ialah hyperlink.
Murid boleh terus klik butang yang berbentuk rumah untuk balik ke menu utama untuk mula
semula persembahan elektronik ini atau boleh klik pada butang pangkah untuk terus keluar
dan menamatkan persembahan elektronik.

Anda mungkin juga menyukai