Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,

KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI,

BANDAR ENSTEK, 71760 NILAI,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

KUIZ PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL


ELMK3013
(10 Markah )
(30 Minit)

JAWAB SEMUA SOALAN KUIZ

Nama : ……LIM XIN ER……………………………………………………….

Tarikh : …16/7/2021……………………… Kelas :…1 PISMP MT1……

KP: ………020926010332……………………………………………………….

Angka Giliran : ………2021162342054…………………………………………………


No. Kod: ELMK3013 Angka Giliran: 2021162342054

KUIZ PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL


( 10 Markah )
( 30 Minit )

Jawab semua soalan.

1. Huraikan konsep moral berikut agar dapat melahirkan seorang murid


yang bermoral.

( i ) Baik

Konsep Baik adalah berpandukan penerimaan atau sikap psikologi


seseorang individu. Ia akan mendatangkan faedah apabila
menggunakannya. Konsep ini juga bergantung kepada kepuasan
diri seseorang terhadap sesuatu yang telah digunakan. Seseorang
murid harus sentiasa bertindak baik untuk menjadi seorang yang
bermoral. Contohnya, seseorang murid diteguh rajin belajar
supaya dapat mendatangkan faedah yang baik kepada diri sendiri,
iaitu dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan.

( ii ) Benar
Konsep Benar adalah bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri
penjelasan nilai. Ia dikatakan benar kerana mempunyai fakta,
sebab, serta bukti yang sah oleh majoriti. Misalnya, seseorang
murid haruslah bersikap benar dengan tidak berbohong supaya
menjadikan diri sebagai seorang yang jujur.

(iii ) Patut

Konsep Patut ini bermakna “mesti” atau “sesuai”. Ia mempunyai


unsur bertindak waras dan bijaksana. Contohnya, murid-murid
diajar patut mematuhi peraturan sekolah dengan tidak
melanggarnya supaya menjadi seorang murid yang bermoral.

( 3 markah )
No. Kod: ELMK3013 Angka Giliran: 2021162342054

2. Banding beza antara peraturan agama dan peraturan moral sebagai


panduan tingkah laku moral.

( 7 markah )
Peraturan moral merupakan satu hasil kajian tentang betul atau salah
tingkah laku manusia. Peraturan ini lebih menekankan kepada undang-undang
ideal, cara berfikir dan sifat-sifat tertentu. Peraturan moral dikatakan bersifat
rasional dan autonomous kerana manusia sentiasa berminat dalam berfikir dan
bersoal jawab tentang tingkah laku sendiri, serta membandingkannya dengan
tingkah laku orang lain. Proses ini membolehkan manusia untuk mecari prinsip-
prinsip dan rasional atas tingkah laku sendiri. Manakala, peraturan agama
merupakan sebuah panduan yang merangkumi semua aspek kehidupan
manusia. Setiap agama mempunyai peraturan agama yang tersendiri. Ia
adalah berbeza mengikut ajaran agama masing-masing. Setiap panduan
tingkah laku kepada penganut agama telah ditetapkan dalam peraturan ini.
Terdapat perbezaan antara kedua-dua peraturan ini. Antara
perbezaannya ialah peraturan moral adalah dicipta oleh manusia dan boleh
diubah-ubah kerana prinsip-prinsip yang digunakan untuk menilai tingkah laku
seseorang manusia akan berubah mengikut kerasionalan manusia. Namun,
bagi peraturan agama, ia bukan ciptaan manusia tetapi ada yang
menyatakannya sebagai ciptaan atau suruhan Tuhan. Oleh itu, peraturan
agama ini tidak boleh diubah-ubah kerana setiap panduan tingkah laku dan
nilai-nilai murni telah dicatatkan dalam kitab agama masing-masing.
Selain itu, perbezaan kedua-dua peraturan ini juga dapat dilihatkan dari
segi kerelaan seseorang untuk mematuhi peraturan tersebut. Bagi peraturan
moral, manusia boleh mengikut kerelaan diri sendiri untuk mematuhinya.
Namun, bagi peraturan agama, setiap penganut haruslah mematuhi kepada
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mengikut agama masing-masing
supaya dapat melaksanakan tanggungjawabnya antara sendiri dengan Tuhan.
Misalnya, penganut agama Kristian haruslah mematuhi kepada sepuluh firman
yang telah ditetapkan dalam Kitab Bible dengan tidak boleh melakukan
tindakan seperti mencuri dan menzina.
Di samping itu, peraturan moral tidak menentukan waktu serta tempat
kepada manusia untuk menjalankan amalan moral. Namun, peraturan agama
telah menetapkan tempat dan waktu kepada penganutnya untuk sembahyang.
No. Kod: ELMK3013 Angka Giliran: 2021162342054

Contohnya, penganut agama Islam haruslah pergi ke masjid untuk


bersembahyang pada setiap hari Jumaat.
Kesimpulannya, peraturan moral dan peraturan agama adalah berbeza
walaupun kedua-dua peraturan ini sama sebagai panduan tingkah laku kepada
manusia.

Anda mungkin juga menyukai