Anda di halaman 1dari 2

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu

diberi perhatian, kerana menurut kajian-kajian yang telah dijalankan di Malaysia,


pembolehubah pengurusan seperti kepimpianan guru besar adalah pengaruh utama
dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Dalam
sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan
adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak
dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan
manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai
yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk
mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya
memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.
Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang
didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan
mengawal sesuatu organisasi sosial itu.

Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur


pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap
fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah
pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan
berkesan. Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia
merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini
tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan
secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang,
kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.  Dalam
konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan
pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan
harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan
jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang
berdaya tahan.

Peranan Guru Besar

Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus


sesebuah organisasi pendidikan ialah memahami dan mengetahui secara mendalam
tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan
sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.      
 membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan
tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai,
selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.    
 memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya
bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat
pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.      
  mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-
cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.    
   membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja
dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan
kemahiran berkomunikasi.      
 menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita
dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan
tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada
semua pihak yang berkenaan. 
Peranan Guru           
Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar
bukan sahaja didapati dii bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh
dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan
berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai
pelbagai kemahiran iaitu:

1.  Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-


pelajar dalam proses pembelajaran.
2. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral
iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.
3. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian
yang berkesan serta bersistematik.    
4. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah
mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses
pengajaran.
5. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-
teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.
6. Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis
terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.
7. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan
masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan
kualiti pendidikan.
8. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah
melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman
serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.
9. Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah
melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat,
berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.
10. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk
jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam
menjalankan tugas.
11. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah
memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah
satu aspek motivasi diri.
12. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di
bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif
dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

Anda mungkin juga menyukai