Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan dua nilai tradisional dalam masyarakat / budaya anda yang semakin

terhakis akibat daripada arus pemodenan.

Dua nilai tradisional dalam masyarakat yang semakin terhakis ialah nilai
hormat-menghormati, dan nilai kasih sayang.
Hormat didefinisikan sebagai perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat
atau takzim kepada seseorang. Ia juga boleh dikatakan sebagai tindakan
menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan insitusi sosial.
Nilai hormat ini harus diterapkan dalam diri setiap orang kerana amat penting untuk
memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai. Namun begitu, nilai
hormat telah mulai pudar daripada amalan hidup seharian dalam kalangan
masyarakat di negara ini. Anak-anak sudah mulai kurang hormat kepada ibu bapa
atau guru-guru, Bersama juga dengan golongan muda sudah mula hilang hormat
kepada golongan tua. Oleh kerana nilai hormat ini semakin pudar dalam masyarakat
pada hari ini, maka berlakukan pelbagai perkara yang tidak diingini seperti
pertelingkahan, perpecahan dan sebagainya.
Kasih sayang merupakan kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Dari sudut agama, seseorang
yang tidak mengamalkan nilai kasih sayang akan tidak diberkati tuhan, dan sentiasa
berada dalam keadaan bermasalah dan tidak tenteram. Jadi, setiap individu haruslah
mengamalkan nilai kasih sayang pada diri sendiri supaya dapat wujud hubungan
kemanusiaan yang baik, dan mewujudkan sebuah masyarakat penyayang. Matlamat
masyarakat penyayang ini adalah untuk memelihara maruah negara, mengekalkan
nilai-nilai ketimuran, dan membentuk sebuah negara maju. Namun, nilai kasih
sayang dalam masyarakat ini telah semakin terhakis. Terdapat banyak isu berita
tentang kasih sayang seperti “Seorang Lelaki Menganiaya Anjing Liar Hingga Mati”,
“Anak Berusia Lima Tahun Dipukul Oleh Ibu Bapanya Sehingga Cedera”, dan
sebagainya dapat kita dengar pada masa kini akibat kehakisan kasih sayang
masyarakat.
Bak kata pepatah” Kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang”,
nilai-nilai tradisional dalam masyarakat ini terhakis pasti ada puncanya. Kehakisan
nilai-nilai tradisional tersebut akibat daripada arus pemodenan seperti penggunaan
media sosial. Pada zaman globalisasi ini, teknologi telah semakin berkembang
pesat. Masyarakat banyak menggunakan masa mereka pada media sosial seperti
Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Dalam media sosial ini, mereka dapat
melihat berbagai-bagai pos dan ayat daripada orang lain yang tidak dikenali,
termasuk juga pos dan ayat yang tidak bermoral seperti ayat yang mengandungi
bahasa kasar, video tentang penganiayaan haiwan atau manusia dan sebagainya.
Masyarakat yang sering melihat ini akan terpengaruh dengannya dan semakin
mengabaikan nilai-nilai murni pada diri sendiri. Mereka akan mula tidak menghormati
orang lain dengan bercakap kasar dan juga melakukan sesuatu yang tidak bermoral.
Inilah punca nilai tradisional masyarakat terhakis.

Anda mungkin juga menyukai