Anda di halaman 1dari 4

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ke lima rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, menekankan perkembangan
personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara
yang bersopan santun dan bersusila sejajar dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Prinsip
ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai
moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya
perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.Sifat
individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam
konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu
dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan
sebuah masyarakat yang harmoni.Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau
perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.Tingkah
laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan
persendirian dan kehidupan bernegara.Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Pentingnya prinsip yang kelima ini adalah untuk menjamin masyarakat yang harmoni tanpa
perbalahan kaum.Sikap saling hormat menghormati akan lahir dalam diri kita jika kita sama-
sama mengamalkan prinsip ini.Sikap kesopanan ini perlu lahir dalam setiap jiwa manusia tanpa
mengira bangsa, agama atau perbezaan darjat barulah rakyat Malaysia hidup aman dan damai
tidak seperti yang berlaku di negara-negara lain.Sini sana peperangan kita dengar di dada
akhbar dan juga kaca televisyen.Rusuhan kaum yang berlaku di mesir adalah disebabkan
beberapa isu undang-undang, hak milik awam dan juga isu politik.Contohnya isu kekejaman
polis, sekatan terhadap kebebasan bersuara, korupsi pemerintahan dan juga penipuan dalam
pilihanraya.Lihatlah apa yang bakal terjadi kepada negara kita sekiranya lima prinsip rukun
Negara ini tidak kita fahami dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan
etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Dalam konteks ini, setiap warga
negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada
membangkitkan persoalanpersoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan
kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang
dianutinya.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.


DEFINISI:
  Menekankan perlembagaan personaliti dan tingkah laku seseorang.
 Tujuannya untuk membentuk Negara yang bersopan santun dan bersusila.
 Contohnya kerajaan mengadakan kempen ‘BUDI BAHASA BUDAYA KITA’.

SEJARAH:
 Telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970 sempena
sambutan kemerdekaan yg ke 13.
 Ini berpunca apabila terdapat jurang antara orang miskin dan orang kaya, orang
melayu dan bukan melayu selepas merdeka.
 Sehingga lah berlaku perbalahan pada 13 Mei 1969.
 Objektif : mencapai perpaduan yang lebih erat antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI INDIVIDU DALAM MENGAMALKAN SIKAP


BERSOPAN DAN BERTATASUSILA

 Latar Belakang Keluarga


Sikap ibu bapa. Anak-anak sedikit sebanyak akan mewarisi sikap kedua orang tua
berdasarkan cara mereka di besarkan dan keadaan sesebuah keluarga itu. Sikap tidak
peduli dan tidak bertanggungjawab ibu bapa ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu
kurang kemesraan dan kasih sayang.

 Pergaulan
Pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan yang besar khususnya bagi golongan
remaja yang lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Remaja yang
terdedah dengan kehidupan yang terlampau bebas akan menjadikan rakan sebaya mereka
sebagai individu yang penting dalam hidup mereka. Pergaulan yang bebas dengan rakan
sebaya yang bermasalah akan menyebabkan mereka akan turut terpengaruh dengan
gejala yang kurang baik.

KESAN-KESAN JIKA SIKAP BERSOPAN DAN BERTATASUSILA TIDAK DI PUPUK


DALAM DIRI SETIAP INDIVIDU

 Masyarakat
Kesan kepada masyarakat boleh di lihat dengan jelas apabila masyarakat itu sendiri tidak
lagi mengambil peduli atau kesah terhadap kesengsaraan orang lain. Masyarakat juga akan
terbiasa dengan sikap pentingkan diri yang boleh menjurus kepada perpecahan antara
masyarakat itu sendiri. Apabila masyarakat sesebuah negara tidak lagi bersatu padu dan
hanya memikirkan kepentingan sendiri, negara juga akan merasai kesannya.
 Diri Sendiri
Kesan kepada diri setiap individu adalah yang paling dikhuatiri. Ini kerana ianya melibatkan
modal insan yang bakal menjadi barisan kepimpinan negara. Keruntuhan akhlak akan
menyebabkan hilang nya nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Seseorang itu tidak
lagi akan memandang sikap seperti bersopan dan bertatasusila sebagai satu titik tolak
dalam membentuk modal insan yang bermoral.

KEBAIKAN NILAI MURNI:


 Mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang harmoni.
 Mewujudkan masyarakat yang memiliki semangat kejiranan yang tinggi.
 Masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab terhadap orang lain.
 Kes jenayah yang berlaku dalam masyarakat dapat dikurangkan.
 Mengangkat masyarakat yang memiliki nilai murni yang tinggi di mata dunia.

KEBURUKAN SEKIRANYA NILAI MURNI TIDAK DITERAPKAN.


 Wujudnya perasaan tidak suka antara satu sama lain ekoran penggunaan bahasa
yang kasar dan menyinggung perasaan orang lain.
 Warga emas semakin tidak dihormati dan belia tidak lagi disayangi.
 Wujudnya masyarkat yang tidak harmoni dan sering hidup dalam keadaan kucar
kacir serta tidak tenang.
 Kes jenayah semestinya akan meningkat dari semasa ke semasa.

BUDI BAHASA

Berbudi bahasa ialah suatu binaan simpulan bahasa yang bermaksud adab, kelakuan baik,
Pengertian berbudi bahasa memperkukuhkan lagi pengertian budi dan bahasa sebagai
percakapan yang baik dengan menggunakan perkataan yang elok dan tutur kata yang
mulia, di samping tingkah laku dan akhlak yang mulia.

ETIKA & MORAL

Etika berasal daripada perkataaan yunani ethikos atau ethos yang bermaksud adat atau
kelaziman, manakala moral berasal daripada perkataan moralis yang sifat sifatnya sama
dengan falsafah etika. Sifat-sifat etika berkisarkan tentang tingkah laku ke arah kebaikan
dan kebenaran.

SIKAP TIDAK BERBUDI BAHASA:


 Menggunakan perkataan tidak elok ketika bercakap
 Tidak beratur mengikut giliran
 Membuang sampah merata-rata
 Merokok di tempat awam
 Tidak menghormati orang tua

FAKTOR KELUNTURAN BUDI BAHASA


1. Masyarakat materialistik

 “first class infrastructure, third class mentality

2. Budaya Hedonism

 pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan.


 penerapan budaya barat dalam masyarakat eg. Black metal
 bertindak liar hingga tidak lagi mengamalkan budaya hormat- menghormati atau
bersopan-santun serta menggunakan kata-kata kesat dan lucah dalam percakapan
3. Sikap Individualistik
 Memikirkan diri sendiri sahaja
 Mengambil hak orang lain contoh: pemandu memotong kiri ketika berlaku kesesakan
lalu lintas tidak beratur ketika menaiki kenderaan awam meletakkan kenderaan di tempat
letak kereta orang kurang upaya.

IMPLIKASI TIDAK BERBUDI BAHASA


 dipandang serong dan tidak boleh dipercayai oleh orang sekeliling. Masyarakat
 saling curiga-mencurigai
 pergaduhan
 tidak bersatu-padu
 hilang generasi yang mempunyai daya kepimpinan
 kemerosotan ekonomi

Anda mungkin juga menyukai