Anda di halaman 1dari 2

Kemarau ialah sesuatu keadaan di mana air yang terkandung di dalam tanah berkurangan dan

menyebabkan kerosakkan kepada tanaman. Kemarau berlaku apabila lebih banyak air dikeluarkan
darpada tanah tersebut akibat kekurangan hujan. suhu tinggi dan larutresapan. Antara sebab utama
adalah kerana tiada turunnya hujan untuk beberapa ketika dan penggunaan terlalu banyak air oleh
manusia untuk kegiatan- kegiatan mereka seharian. Dalam kes lain juga kemarau selalunya akibat
kekeringan disebabkan oleh kekurangan sumber air pada suatu kawasan dalam masa yang
berkepanjangan beberapa bulan hingga bertahun-tahun. Biasanya kejadian ini muncul bila suatu lokasi
atau kawasan secara terus-menerus tidak menerima hujan untuk jangkamasapanjang sepert dikawasan
gunun. Musim kemarau yang panjang akan menyebabkan kekeringan aebab an air tanah akan habis
akibat proses pengwapan (evaporas transpirasi atau pun disebabkan oleh penggunaan lain oleh
manusia. Kemarau kni menjadi satu bencana dalam kesan terhadap kesihatan manusia dan juga pada
sektor pertanian dan ekosistem Kesan terhadap ekonomi dan ekologi akibat kemarau merupakan suatu
proses sehingga menyebabkan ketidak selesaan atau kehilangan berjuta nilai ekonomi. Kemarau yang
singkat tetapi intensir dapat pula menyebabkan kerosakan yang signiskan terhadap tanaman terutama
tanaman makanan seperti padi. sayur-sayuran dan sektor tenakan.

Punca Kemarau
Perkembangan perindustrian yang pesat
Kepesatan sektor perindustrian menyebabkan masing-masing bersaing untuk mendapatkan keuntungan
sehingga mengabaikan alam sekitar. Industri logam, industri nuklear, dan industri petrokimia adalah antara
industri yang dapat menjejaskan kualiti udara. Misalnya, dalam industri petrokimia, asap yang dilepaskan
mengandungi gas-gas seperti Polycyclic Hydrocarbon (PAH),Polychlorinated Biphenyis (PCB), sulfur dioksida dan
karbon diaoksida. Apabila gas-gas seperti ini dibebaskan terlalu banyak ke udara, maka gas-gas akan terkumpul
dan haba dibumi terperangkap serta suhu bumi akan meningkat. Udara di persekitaran menjadi kering,
kelembapannya rendah dan keberangkalian untuk hujan turun adalah tipis. Keadaan ini akan menyebabkan
permukaan bumi menjadi panas dan jika berterusan akan membawa kepada kemarau.

Pencerahan hutan
Aktiviti pembalakan dan pencerahan hutan sering dilakukan dengan tujuan pertanian dan pembangunan
misalnya seperti pembinaan penempatan dan pembinaan empangan. Pokok-pokok berperanan penting dalam
menstabilkan suhu bumi dengan cara menyerap gas karbon dioksida di udara dan menghasilkan oksigen. Selain
itu, tumbuh- tumbuhan berperanan menyimpan atau memegang air hujan. Apabila hujan turun, pokok akan
menyerap air hujan ke dalam tanah, namun sesetangah air hujan akan disejat kembali supaya perbezaan hujan
semasa musim kemarau dan musim hujan tidak terlalu besar. Aktiviti pembalakan dan pencerahan hutan akan
menyebabkan tumbuh-tumbuhan gagal menjalankan fungsinya sebagai penstabil suhu bumi.

Faktor semula jadi/ fizikal


Sesuatu bencana alam boleh berlaku secara semula jadi tanpa mampu kita menghalangnya. Kemarau boleh
disebabkan oleh bencana alam yang lain seperti fenomena la-nina dan el-nino. Fenomena la-nina dan el-nino
terjadi terutamanya di Lautan Pasifik di mana semasa el-nino, ia akan memanaskan suhu permukaan laut dan
laut akan membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera yang berada di atasnya. Keadaan ini
akan menyebabkan berlakunya hujan lebat di kawasan laut berkenaan. Manakala, di bahagian di daratan, tekanan
atmosfera meningkat dan kelembapan berkurangan menyebabkan kawasan daratan menjadi panas dan kering.

Kesan Kemarau
Aktiviti pertanian dan penternakan terjejas
Apabila berlakunya kemarau, tanah akan menjadi kering dan kurang lembap. Ianya menjadi tidak sesuai untuk
aktiviti pertanian. Bekalan air juga tidak mencukupi untuk disalurkan ke kawasan penanaman menyebabkan
tumbuhan mati. Begitu juga dengan haiwan ternakan yang banyak mati kerana tiada makanan, air serta tidak
dapat tahan dengan cuaca yang panas. Keadaan ini akan menyebabkan bekalan makanan menjadi terhad
sedangkan bilangan mereka yang memerlukan makanan adalah ramai. Seterusnya, ia akan menyebabkan
kebuluran terutamanya bai negara yang mengalami kemarau yang berpanjangan seperti Somalia.

Penyebaran wabak penyakit


Kekurangan makanan dan minuman menjejaskan kesihatan mangsa-mangsa kemarau. Mereka akan mudah
dijangkiti penyakit kerana daya imunisasi badan adalah lemah. Penyakit yang lazim sekali dihidapi oleh mangsa
kemarau ialah kekurangan gizi, taun, malaria dan campak. Misalnya di Somalia, beribu-ribu orang yang mati
setiap tahun kerana tidak mendapat rawatan kesihatan yang baik apabila menghidapi sesuatu penyakit.

Menyumbang kepada kemusnahan lain


Kemarau menyebabkan kemusnahan lain berlakuseperti kebakaran hutan dan fenomena penggurunan. Cuaca
yang kering dan panas serta ditambah pula dengan tiupan angin kencang menyumbang kepada kebakaran hutan.
Rumput dan hutan yang kering akibat teriknya matahari akan menyebabkan api bertambah besar. Kawasan
gurun akan bertambah menjadi lebih luas apabila kemarau berlaku. Keadaan ini dipanggil sebagai fenomena
penggurunan yang mana sering melanda kawasan-kawasan tropika seperti Gurun Sahel Afrika. Fenomena ini
menyebabkan punca sumber air seperti tasik, kolam dan sungai tertutup dan semakin sukar ditemui.

Anda mungkin juga menyukai