Anda di halaman 1dari 4

Isu berkaitan pembenihan awan

1. Kemarau

Kemarau adalah satu tempoh di mana berlakunya cuaca kering yang berpanjangan. Ia
juga disebabkan oleh taburan hujan yang sedikit atau tidak berlakunya hujan di
sesetengah kawasan. Kemarau terbahagi kepada tiga jenis iaitu kemarau meteorologi,
kemarau hidrologi dan juga kemarau pertanian. Kemarau meteorologi adalah
perbandingan hujan di antara tempat-tempat yang tertentu dan pada masa yang
tertentu dengan purata hujan bagi kawasan tersebut. Kemarau ini akan menyebabkan
berlakunya pengurangan terhadap kelembapan tanah dan akan mengehadkan proses
penghasilan hasil tanaman. Kemarau jenis ini hanya mengambil kira tentang
pengurangan bagi jumlah hujan tanpa mengambil kira kesan kekurangan air pada
empangan, keperluan manusia serta pada pertanian.

Kemarau pertanian pula akan terjadi apabila sumber air yang diperlukan untuk
melakukan tanaman tidak mencukupi pada suatu masa yang tertentu. Kemarau ini
bergantung pada cara penggunaan air yang betul dan jumlah hujan yang turun.
Kemarau ini biasanya terjadi selepas kemarau meteorologi dan sebelum kemarau
hidrologi. Kesan kadar hujan yang rendah akan menyebabkan paras air di sungai,
kolam atau tasik mengalami penurunan. Fenomena ini biasanya akan dikaitkan
dengan jenis kemarau hidrologi. Apabila berlakunya kemarau ini ianya akan
menjejaskan sistem-sistem yang bergantung kepada paras air.

Keadaan kemarau yang berpanjangan juga akan menyebabkan fenomena El-Nino


berlaku. Fenomena ini berlaku apabila suhu dan tekanan meningkat secara mendadak.
Ianya akan menyebabkan sesebuah kawasan menjadi lebih kering dan aras laut
berubah menjadi lebih rendah berbanding pada keadaan normal. Kejadian semulajadi
itu berlaku apabila angin yang biasa bertiup dari kawasan Lautan Pasifik di benua
Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia dan negara-negara Asia Tenggara
seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina. Manakala di kawasan timur Lautan Pasifik
yang merangkumi negara-negara Amerika Selatan seperti Peru, Chile, Argentina,
Bolivia, Colombia, Ecuador dan Brazil pula akan menerima angin kencang yang
mengakibatkan hujan lebat, ribut petir serta banjir besar.
Fenomena alam ini akan menyebabkan rantaian perubahan iklim, iaitu sesetengah
kawasan akan mengalami taburan hujan yang lebat, manakala sesetengah kawasan
pula akan mengalami musim kemarau yang panjang. Di Malaysia, fenomena ini akan
menyebabkan peningkatan suhu sebanyak 0.5 oC hingga 2.0 oC. Taburan hujan juga
akan berkurangan sebanyak 20 hingga 60 peratus. Suhu yang terlampau panas dan
taburan hujan yang sedikit akan menyebabkan paras air di empangan berkurangan
secara mendadak. Hal ini boleh mengakibatkan krisis air yang teruk di sesuatu
kawasan.

2. Kesan kemarau

Kemarau yang berpanjangan akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pertanian dan juga


penternakan. Ini kerana tanah akan menjadi kering dan kurang lembap yang akan
mengakibatkan tanah tersebut tidak sesuai digunakan untuk aktiviti pertanian.
Keadaan ini mungkin akan menyebabkan bekalan air yang tidak mencukupi untuk
disalurkan ke kawasan pertanian yang seterusnya menjadikan tumbuhan tersebut layu
atau mati. Begitu juga dengan haiwan ternakan yang akan mati kerana tidak
memperoleh bekalan air yang mencukupi disebabakan cuaca yang panas.

Seterusnya, kesan kemarau kepada manusia ialah manusia akan mengalami kebuluran
seperti negara-negara yang menglami kemarau yang berpanjangan iaitu Somalia.
Apabila kekurangan makanan dan minuman kepada manusia ianya boleh menjurus
kepada tahap kesihatan yang kurang memberangsangkan. Mereka ini akan mudah
diserang atau dijangkiti dengan pelbagai penyakit kerana mempunyai daya imunisasi
badan yang lemah. Penyakit yang biasanya mereka alami adalah seperti kekurangan
gizi, taun, malaria dan juga campak. Kemarau ini juga boleh boleh mengakibatkan
kematian jika mangsa yang mengalami penyakit tersebut tidak mendapat rawatan
kesihatan yang baik.

Impak kemarau kepada alam sekitar pula adalah akan menyebabkan kemusnahan
seperti kebakaran hutan dan fenomena penggurunan. Cuaca yang kering dan panas
serta tiupan angin yang kencang boleh menyumbang kepada kebakaran hutan.
Rumput dan hutan yang dalam keadaan terlampau kering disebabkan oleh cahaya
matahari akan menjadikan nyalaan api bertambah besar dan mudah untuk tersebar
dengan lebih cepat ke seluruh bahagian hutan. Manakala, keadaan gurun akan
bertambah menjadi lebih luas jika berlakunya kemarau di sesuatu kawasan. Keadaan
ini dipanggil sebagai fenomena penggurunan yang mana sering berlaku di kawasan-
kawasan tropika seperti Gurun Sahel Afrika. Fenomena ini menyebabkan punca
sumber air seperti tasik dan juga kolam atau sungai tertutup dan sukar untuk dijumpai.

3. Punca berlakunya kemarau

Punca kemarau boleh berlaku adalah kerana kurang berlaku pemendakan.


Mekanisma yang terlibat dalam menghasilkan pemendakan termasuklah perolakan
dan hujan orografik. Proses perolakan ini akan melibatkan pergerakan menegak yang
boleh menyebabkan perubahan pada atmosfera di sesuatu lokasi dalam masa satu jam
dan menyebabkan pemendakan yang berat. Pemendakan boleh dibahagikan kepada
tiga kategori iaitu hujan akan turun sebagai air (dalam bentuk cecair), cecair yang
beku apabila bersentuhan dengan permukaan atau ais. Kemarau berlaku terutamanya
di kawasan di mana paras biasa hujan adalah rendah. Jika jumlah pemendakan yang
terjadi adalah sedikit pada sesuatu masa, maka ianya akan menyebabkan kemarau.
Kemarau akan jadi lebih teruk apabila adanya sinaran cahaya matahari pada tahap
yang lebih tinggi daripada kebiasaan dan di atas purata kekerapan sistem tekanan
tinggi.

Selain itu, musim kering yang disebabkan oleh pergerakan monsun juga akan
menyebabkan kemarau berlaku. Ini kerana musim ini akan meningkatkan kejadian
kemarau dan mengalami kelembapan yang rendah serta kawasan yang membekalkan
air seperti sungai, tasik dalam kolam juga mengalami pengeringan. Akibat
kekurangan sumber air ini, banyak haiwan yang terpaksa untuk berpindah atau
berhijrah bagi mencari air dan mencari tanah yang lebih subur. Disebabkan suhu yang
tinggi ini, ianya akan mengakibatkan berlakunya peningkatan dalam proses
penyejatan dan transpirasi daripada tumbuh-tumbuhan dan memburukkan keadaan
kemarau jika tempoh masa kemarau ini berpanjangan.

Perubahan iklim adalah faktor yang boleh menyumbang kepada keadaan kemarau.
Secara keseluruhannya, pemanasan global akan menyebabkan hujan di seluruh dunia
meningkat. Pemanasan global adalah satu fenomena pemerangkapan gas yang
dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas (karbon dioksida, karbon
monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida ) ini menghalang dan
memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa.Aktiviti yang
mengakibatkan perubahan iklim pada global dijangka akan mencetuskan kemarau
dengan kesan yang besar terhadap pertanian di seluruh dunia dan terutama sekali di
negara yang membangun. Fenomena banjir dan hakisan juga boleh meningkat apabila
kemarau terjadi di sesetengah kawasan. Pengurusan sinaran solar melalui penggunaan
cahaya matahari untuk sesuatu sistem seperti untuk menghasilkan tenaga elektrik
mungkin juga akan membawa kepada peningkatan peluang untuk kemarau berlaku.

Anda mungkin juga menyukai