Anda di halaman 1dari 14

PENGARUH IKLIM

KEPADA KEHIDUPAN
SPESIES

SKAG1043 BIOGEOGRAFI
PENGENALAN
 Terdapat pelbagai jenis iklim di dunia.
 Jenis iklim sesuatu kawasan bergantung kepada
kedudukan garis lintang kawasan tersebut dan
beberapa faktor lain yang mempengaruhinya.
 Untuk menentukan jenis iklim, data-data cuaca
dikumpul selama beberapa tahun
 Iklim sangat penting kerana ia mempengaruhi
fizikal dan cara hidup organisma sesuatu
kawasan
Unsur-Unsur Iklim
 Suhu
 Kelembapan Udara
 Angin
 Curahan Hujan
 Cahaya Matahari
Perubahan Iklim Dunia

 Pada hari ini perubahan iklim dunia menjadi


isu hangat yang sering diperdebatkan oleh
pemimpin-pemimpin dunia dalam mana mana
persidangan.
 Suhu dunia meningkat antara 0.3 dan 0.6 ˚C
yang mana ia merupakan peningkatan
terbesar dalam jangka masa 1000 Tahun.
 Kajian terbaru IPCC (Intergovermental Panel on
Climate Change) menjangkakan bahawa suhu purata
Malaysia akan meningkat antara 0.6 ˚C hingga 4.5 ˚C
menjelang Tahun 2060.
 akibat perubahan iklim ini juga telah memberi kesan
yang ketara kepada paras air laut yang mana ia telah
meningkat kepada 10-20 cm di seluruh dunia.
 Perubahan ini sekaligus menyebabkan kitaran musim
seluruh bumi terganggu.
 Kenaikan suhu bumi tidak hanya berimpak kepada suhu
bumi semata, tetapi juga mengubah sistem iklim yang
mempengaruhi berbagai aspek pada perubahan alam
dan kehidupan sejagat, Misalnya:
1. Kualiti dan kuantiti air
2. Habitat
3. Hutan
4. Kesihatan
5. Kemerosotan kawasan pertanian
6. Ekosistem wilayah pinggir pantai.
Fenomena Perubahan Iklim

1. Pencairan ais di kutub


 Menyebabkan terancamnya habitat haiwan yang berada
di kutub, contohnya pinguin, dan  beruang kutub.
 Dua haiwan tersebut hidup di kawasan yang bersuhu
sangat sejuk seperti kutub.
 Pencairan ais di kutub cair yang berterusan menyebabkan
hilangnya habitat untuk haiwan kutub tersebut.
 Pencairan ais juga menyebabkan peningkatan volume air
laut sehingga terjadinya kenaikan paras air laut yang
dapat menenggelamkan kawasan daratan yang terdapat
flora dan fauna.
2. Peningkatan Kejadian Ribut
 Suhu yang semakin meningkat terutama di kawasan
tropika menyebabkan terbentuknya sel- sel tekanan
udara rendah yang melampau terutama di kawasan
laut tropika.
 Angin akan berputar-putar di sekitar sel tekanan
udara rendah tersebut lalu membantu mengangkat
wap air yang banyak.
 Pembebasan haba pendam semasa proses
pemeluwapan akan berupaya mengangkat wap air
tersebut ke lapisan yang lebih tinggi. Keadaan ini
akan menghasillkan sel-sel ribut yang dahsyat seperti
ribut tropika.
3. Kejadian Banjir Besar
 Penipisan lapisan ozon menyebabkan berlakuya
pemanasan global. Peningkatan suhu dunia menyebabkan
kadar sejatan ke atas bahan- bahan air turut meningkat.
 Kesannya, banyak wap air akan dibawa naik ke atas lalu
membentuk awan yang dapat menurunkan hujan seperti
awan kumulonimbus.
 Pembesaran awan akibat pertambahan wap air secara giat
dan berterusan akan menghasilkan hujan yang lebat.
 Hujan lebat akan menghasilkan banjir besar yang
memberi kesan negatif kepada alam sekitar fizikal seperti
kemusnahan ekosistem akuatik.
4. Kejadian Kemarau
 Peningkatan suhu bumi secara global menyebabkan
sesetengah kawasan akan menghadapi masalah
kemarau yang teruk.
 Kerpasan yang berkurangan dalam tempoh yang lama
di sesetengah tempat menyebabkan kawasan yang
mengalami masalah kemarau akan mengalami
masalah kegersangan.
 Kemarau yang berpanjangan menyebabkan berlaku
peluasan kawasan gurun yang ada di permukaan
bumi. Kawasan separa gurun akan bertukar menjadi
gurun sepenuhnya.
Kesan Perubahan Iklim terhdap Flora dan
Fauna

1. Kemusnahan Flora •
 Peningkatan suhu di sesuatu kawasan menyebabkan
tanah menjadi kering kontang (kemarau).
 Kemarau yang panjang menyebabkan badan-badan air
seperti tasik, kolam, dan sungai menjadi kering.
Kesannya, tumbuhan akuatik seperti alga, plankton dan
lain-lain akan mati atau musnah.
 Hujan yang lebat di sesuatu kawasan menyebabkan
berlakunya banjir, Banjir menyebabkan kebanyakan
tumbuhan yang terdapat di sesuatu ekosistem akan
tenggelam dan akhirnya musnah.
2. Kemusnahan Fauna
 Peningkatan suhu di sesuatu kawasan menyebabkan
badan-badan air seperti tasik, kolam dan sungai menjadi
kering. Badan-badan air tersebut menjadi habitat
kepada kebanyakan haiwan akuatik seperti ikan, udang,
zooplankton dan sebagainya.
 Kekurangan air di dalam badan-badan air tersebut
menyebabkan fauna yang terdapat di dalam badan-
badan air tersebut mati atau berhijrah ke tempat lain.
 Kekurangan hujan dalam tempoh yang lama
menyebabkan hidupan yang mendiami kawasan tertentu
mengalami masalah kekurangan air akibat penghidratan
yang tinggi. Lama kelamaan haiwan mati atau berhijrah
ke tempat yang lain.
KESIMPULAN
 Iklim merupakan unsur penting dalam
mempengaruhi corak kepelbagaian flora dan
fauna
 Gangguan iklim yang sering berlaku akibat
daripada faktor semula jadi atau aktiviti manusia
telah memberi kesan kepada habitat tumbuhan
dan haiwan.
 Perubahan iklim juga menyebabkan terdapanya
haiwan atau tumbuhan mengalami perubahan
niche untuk menyesuaikan diri di tempat baharu.
Kelas Bersambung Di Dalam
Forum
 Dengan menggunakan contoh yang sesuai
dan releven, bagaimana iklim
dikelasifikasikan sebagai agen utama
dalam mempengaruhi penyebaran dan
niche spesies.

Anda mungkin juga menyukai