Anda di halaman 1dari 24

BAB 1

PENGENALAN PENGHAYATAN
ETIKA & PERADABAN DALAM
ACUAN MALAYSIA
Hasil Pembelajaran

Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan


etika dan peradaban

Menganalisis etika dan peradaban dari segi


individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Pengenalan
• Kenapa etika dan peradaban penting
kepada diri kita?
• Menghayati etika dan peradaban dalam negara dapat menjadikan masyarakat
kita lebih mengenali dan memahami tentang asal usul adab, adat
istiadat dan adat resam masyarakat di Malaysia yang telah diwarisi
dari generasi terdahulu serta menghayati etika dan peradaban yang
kita sulam dan adaptasi dari wilayah alam Melayu yang lain dan
juga zaman kolonial yang dilalui oleh negara kita.

• memiliki keperibadian yang tinggi,


Hal ini penting supaya kita dapat
saling menghormati, dapat hidup dalam keadaan harmoni, dan
akhirnya dapat membina negara bangsa yang hebat sebagai
suatu bentuk peradaban yang baik.
Adab
• Adab
 Budi pekerti yang halus; tingkah laku yang baik; berbudi
bahasa.

• Beradab:
 Baik budi bahasanya; sopan: Orang yang beradab
tidak akan meninggikan suara apabila berkata-kata
dengan ibu bapanya.
 Telah maju tingkat kehidupannya. Peradaban sistem
dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa;
kemajuan sosial dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Adat Resam
• Amalan yang diwarisi turun temurun dalam sesebuah
masyarakat/kaum dan menjadi kebiasaan dan kelaziman.

• Contoh:
 Adat resam berkaitan perkahwinan – merisik, bertunang, majlis
perkahwinan dan lain-lain.

• Etnik Melayu, Cina, India, Sikh, Siam, Bumiputera Sabah dan


Sarawak - semuanya mempunyai adat resam masing-masing.
Adat Istiadat
• Definisi: Bentuk peraturan yang diikuti dengan tertib dan
cermat. Biasanya diamalkan dalam majlis-majlis rasmi yang
melibatkan susun atur protokol yang tinggi.
• Adat yang bersifat upacara seperti pertabalan & nikah
kahwin.

• Contoh:
Pertabalan Sultan

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.


Etika
• Berasal daripada perkataan Ethics (B. Inggeris) Ethos
(Yunani)

• Set prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan


santun etc) yang menjadi pegangan individu atau sesuatu
kumpulan manusia / institusi.

• Etika mendefinisikan apa yang baik secara moral dan


boleh diterima oleh masyarakat.
Etos
• Etos: [Bahasa] – sistem nilai sesebuah masyarakat, sifat /
ciri sesuatu masyarakat, komuniti, bangsa, budaya,
era.

• Etos: [Sosiologi] - usaha membangunkan bangsa


berdasarkan latar individu, keluarga dan komuniti
pelbagai serta berbeza sejarah, etnik, bahasa, agama,
budaya dan latar geografi melebihi kesepakatan ciri asas
negara atau bangsa.

• Ringkasnya, etos adalah istilah untuk menunjukkan ciri sesuatu


bangsa. Di dalamnya terkandung identiti dan jati diri
seseorang.
• Dalam konteks Malaysia, konsep Etos Bangsa adalah konsep yang
menjelaskan mengenai Etos Nasional Bangsa Malaysia.

 Etos Nasional ciri-ciri unik masyarakat


ialah
setempat (nilai, perasaan dan semangat,
kepercayaan dan identiti) yang mengikat
seseorang individu dengan individu yang lain dan
yang mengikat individu dengan negara
 Etos bangsa terbina apabila masyarakat berkongsi ciri-
ciri unik ini.
Etiket
• Peraturan-peraturan mengenai tingkah laku yang betul
dan sopan dalam kehidupan sosial atau profesion
tertentu.

• Etiket adalah istilah moden seumpama adat istiadat (istilah


tradisional).

• konsep ini sering diguna dalam konteks organisasi atau


institusi untuk menunjukkan tatacara, peraturan berkaitan
protokol dan etiket sosial dalam majlis.
Etika, Etos dan Etiket sebenarnya masih merujuk kepada
• Istilah
konsep yang sama berkaitan Adab, Adat Istiadat dan
Adat Resam.

datang dan dibawa oleh kolonial dan


• Cuma, istilah ini
kekal dalam zaman pascakolonial atau zaman moden
ini.
• Seringkali istilah-istilah ini digunakan dalam konteks organisasi atau
institusi. Sebab itulah, kita seringkali keliru, apa itu adab, apa itu etika.

memahami susur masa kewujudannya, kita akan


• Jika kita
tahu bahawa ia adalah perkara yang sama (terlebih
atau terkurang kupasan konsepnya), perkara yang kita
alami dalam kehidupan seharian sebagai budaya masyarakat atau
organisasi dan kita tidak boleh mengelak daripadanya.
• Konsep etika pula dalam konteks moden hari ini melihat kepada
prinsip moral dan nilai yang baik, tercerna dalam diri dan
terzahir dalam tingkah laku tanpa perlu disuruh.

 Contoh: Seorang jururawat yang dilatih dengan kod etika


kejururawatannya sepatutnya akan bertindak mengikut kod
berkenaan semasa dia bertugas sahaja.

 Tetapi disebabkan menghayati kod etika pekerjaannya


dan nilai-nilai lain yang dipelajari dan sebati dalam diri,
beliau membantu sesiapa sahaja tanpa mengira siapa, bila
dan di mana.

 Inilah yang melambangkan penghayatan etika dan


peradaban kita.
Susur Masa Etika dan Peradaban Berdasarkan
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial
• Sebelum kedatangan kolonial telah wujud etika dalam masyarakat
yang disebut adab, adat istiadat dan adat resam.

• Proses migrasi dalam dan luar Kepulauan Melayu menjadikan adab,


adat istiadat dan adat resam bercampur baur akibat proses pinjam
meminjam dan akhirnya tersulam/terserap dalam masyarakat.

• Sebelum kedatangan kolonial telah wujud etika dalam masyarakat


yang disebut adab, adat istiadat dan adat resam.

• Proses migrasi dalam dan luar Kepulauan Melayu menjadikan adab,


adat istiadat dan adat resam bercampur baur akibat proses pinjam
meminjam dan akhirnya tersulam/terserap dalam masyarakat.

• Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan


dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa
evolusi sejarahnya iaitu Era Prakolonial, Era Kolonial & Pasca Kolonial.
Era Prakolonial
• Zaman negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan negara belum dijajah.

• Wujud etika dalam kehidupan seharian masyarakat, formal dan tidak formal
yang disebut adab, adat istiadat dan adat resam.

• Orang Melayu mengamalkan adab sopan yang tinggi:


 Berjalan menundukkan sedikit tubuh badan apabila lalu di hadapan orang
lebih tua
 Menundukkan sedikit tubuh ketika berjabat tangan dengan orang lebih tua.
• Konsep Budi dan Adab Sebagai Asas Etika Melayu

 Dalam masyarakat Melayu, mereka yang memiliki nilai etika dan moral yang
tinggi dan dipandang mulia dinamakan sebagai orang yang budiman.
 Orang yang budiman ialah orang yang mempunyai budi pekerti, budi
bahasa, budi bicara, akal budi atau hati budi dan adab sopan yang tinggi
dan mulia.
• Nilai dan harga budi yang tinggi dalam masyarakat Melayu dibayangkan
dengan jelas dalam rangkaian pantun, gurindam, peribahasa dan lain-
lain.

• Contoh pantun berikut menjelaskan kepentingan nilai-nilai yang baik


seperti berbudi kepada semua orang yang perlu dihayati tanpa
mengharapkan sebarang balasan.

Yang merah itu saga


Yang lorek itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang elok itu budi

Pisang emas dibawa belayar


Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Era Kolonial
• Zaman ini negara berada dalam penguasaan British.
• Etika pada masa ini dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan,
pentadbiran dan lain-lain.
• Budaya masyarakat barat telah diserap ke dalam masyarakat
tempatan seperti cara makan, memberi tabik hormat.
• Pada zaman kolonial ini juga, kemasukan kaum Cina dan India telah
membawa bersama nilai dan adat resam mereka yang tersendiri.

• Etika
• Etos
• Etiket
Era Pascakolonial
• Masyarakat menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung
atau melalui teknologi.
• Nilai etika (adab, adat, etika, etos dan etiket) bercampur baur dan wujud
dalam persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita serta mengubah
identiti dan jati diri kita dalam keadaan, suasana, tindakan dan tingkah laku
berbeza-beza.
• Kerisauan kita ialah budi pekerti, tingkah laku dan budi • Etika Moden (Adab,
bahasa kita merosot disebabkan kegagalan Adat Istiadat, Adat
mempelajari dan menghayati etika dan peradaban Resam, Etika, Etos,
negara kita – Contoh: Bahasa rojak Etiket)

• Oleh kerana itulah, kita sebagai generasi yang hidup dalam era globalisasi ICT,
perlu menghayati makna etika dan peradaban yang telah diacuankan dalam
negara kita sejak sekian lama.

• Mempelajari, menguasai, menghayatinya supaya kita akan tetap mempunyai


identiti dan jati diri Malaysia walau di mana sekalipun kita berada.
Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan
Malaysia Melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi

• Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza


dan dipengaruhi oleh perkembangan

 Sejarah

 Struktur sosial

 Biografi
Sejarah
• Dalam konteks ilmu sosiologi,
sejarah ialah himpunan
peristiwa dan • Dari mana asal kita?
pengalaman lalu yang
saling berkait melibatkan • Siapakah kita pada hari ini?
individu, keluarga dan
komuniti dalam masyarakat.
• Bagaimanakah negara ini
• Meneliti sejarah ialah dengan dibentuk menjadi sebuah
melihat kembali asal negara?
usul kita sejak dahulu.
Struktur Sosial
• Tahap penghayatan mengenai etika dan peradaban di Malaysia
sudah pasti berbeza mengikut struktur sosial kita.

• Struktur sosial melibatkan komuniti dan sistem sekeliling sama ada


formal atau tidak formal di mana kita tinggal dan dibesarkan,
bersekolah dan bekerja.

• Memahami struktur sosial akan membolehkan kita menghayati


etika dan peradaban kita yang telah terbina dan sedang
berlangsung dalam negara kita.
Biografi
• Dari segi bahasa, biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang.
• Memahami bagaimana biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem
sosial di negara kita akan membolehkan kita mengenali siapa diri kita
sekarang ini serta biografi orang yang penting bagi negara kita.
• Menghayati biografi diri kita bermula sejak lahir hingga kini,
bagaimana kita menjalani hidup, bagaimana kita terbentuk hasil
daripada sejarah diri kita dan struktur sosial yang membentuk diri kita.
• Etika dan peradaban Malaysia terbina di atas etika dan peradaban
biografi rakyat di negara ini yang teracuan sejak sekian lama.
– Contoh: Biografi Tunku Abdul Rahman
 Latar belakang Tunku (membentuk jiwa dan diri sebagai pejuang).
 Mencorakkan sejarah kemerdekaan negara.
Penghayatan Etika dan Peradaban Mengikut
Masyarakat, Negara dan Pasaran

• Biografi negara kita akhirnya akan dilihat berdasarkan faktor


masyarakat, negara dan pasaran.

• Biografi masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang


baik akan membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan yang
baik serta dihormati.

• Keadaan negara yang baik/bagus adalah kerana keadaan


masyarakatnya mempunyai peradaban tinggi yang mencorak
pemerintahan dan kehidupan yang hebat sekarang dan untuk masa
depan.

• Biografi negara yang baik akan membolehkan hal perekonomian


melibatkan pasaran berkembang pesat.
Kesimpulan
• Ringkasnya, penghayatan etika dan peradaban di Malaysia
boleh dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia
berdasarkan susur masa:

 Era prakolonial - konsep ‘adab’ dan ‘adat’ (adat istiadat


dan adat resam).
 Era kolonial - sifat dan kefahaman mengenai etika berciri
moden telah diperkenal dan dilaksanakan – etika, etos &
etiket
 Era Pasca Kolonial - gabungan kedua-dua bentuk etika iaitu
tradisional dan moden dalam ‘acuan’ Malaysia.

• Penghayatan yang tinggi terhadap etika dan peradaban di


Malaysia dapat membantu kita melaksanakan
tanggungjawab masing-masing secara beretika dan bermoral
dan seterusnya memberi kesan yang positif terhadap
masyarakat, komuniti, negara dan pasaran.
Sekian, terima kasih

Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA)


Centre for Internship Training and Academic enrichment (CITrA)
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai