Anda di halaman 1dari 35

BAB 1

PENGENALAN
PENGHAYATAN ETIKA &
PERADABAN DALAM ACUAN
MALAYSIA
Kandungan
• Pengenalan Etika dan Peradaban.

• Susur masa Etika dan Peradaban berdasarkan Prakolonial, Kolonial


dan Pascakolonial.

• Etika dari Perspektif Pelbagai Peradaban

• Kerangka menganalisis Etika dan Peradaban acuan Malaysia melalui


sejarah, struktur sosial dan biografi (riwayat).

• Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut peringkat individu,


keluarga, komuniti, dan masyarakat (lokal dan global).

• Penghayatan Etika dan Peradaban mengikut konteks masyarakat,


negara dan pasaran.
Hasil Pembelajaran

Menjelaskan kerangka pemikiran penghayatan etika


dan peradaban

Menganalisis etika dan peradaban dari segi individu,


keluarga, masyarakat dan negara.
Pengenalan Etika & Peradaban
• Kenapa etika dan peradaban penting kepada diri
kita?
 Menghayati etika dan peradaban dalam negara dapat menjadikan
masyarakat kita lebih mengenali dan memahami tentang asal usul
adab, adat istiadat dan adat resam masyarakat di Malaysia yang
telah diwarisi dari generasi terdahulu serta menghayati etika dan
peradaban yang kita sulam dan adaptasi dari wilayah alam Melayu
yang lain dan juga zaman kolonial yang dilalui oleh negara kita.

 Hal ini penting supaya kita dapat memiliki keperibadian yang


tinggi, saling menghormati, dapat hidup dalam keadaan harmoni,
dan akhirnya dapat membina negara bangsa yang hebat sebagai
suatu bentuk peradaban yang baik.
Adab
• Adab

 Budi pekerti yang halus; tingkah laku yang baik; berbudi


bahasa.

• Beradab:

 Baik budi bahasanya; sopan: Orang yang beradab tidak akan


meninggikan suara apabila berkata-kata dengan ibu bapanya.
Adat Resam
• Amalan yang diwarisi turun temurun dalam sesebuah
masyarakat/kaum dan menjadi kebiasaan dan kelaziman.

• Contoh:

 Adat resam berkaitan perkahwinan – merisik, bertunang, majlis


perkahwinan dan lain-lain.
Adat Istiadat
• Definisi: Bentuk peraturan yang diikuti dengan tertib dan cermat.
Biasanya diamalkan dalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan
susun atur protokol yang tinggi.

• Adat yang bersifat upacara seperti pertabalan & nikah kahwin.


Etika
• Berasal daripada perkataan Ethics (B. Inggeris) Ethos (Yunani)

• Set prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dan
sebagainya) yang menjadi pegangan individu atau sesuatu
kumpulan manusia / institusi.
Etos
• Etos: [Bahasa] – sistem nilai sesebuah masyarakat, sifat / ciri
sesuatu masyarakat, komuniti, bangsa, budaya, era.

• Etos: [Sosiologi] - usaha membangunkan bangsa berdasarkan


latar individu, keluarga dan komuniti pelbagai serta berbeza
sejarah, etnik, bahasa, agama, budaya dan latar geografi
melebihi kesepakatan ciri asas negara atau bangsa.

• Dalam konteks Malaysia, konsep Etos Bangsa adalah konsep


yang menjelaskan mengenai Etos Nasional Bangsa Malaysia.
Etiket
• Peraturan-peraturan mengenai tingkah laku yang betul dan
sopan dalam kehidupan sosial atau profesion tertentu.

• Etiket adalah istilah moden seumpama adat istiadat (istilah


tradisional).
• Istilah Etika, Etos dan Etiket sebenarnya masih merujuk kepada
konsep yang sama berkaitan Adab, Adat Istiadat dan Adat
Resam.

• Cuma, istilah ini datang dan dibawa oleh kolonial dan kekal
dalam zaman pascakolonial atau zaman moden ini.

• Konsep etika pula dalam konteks moden hari ini melihat kepada
prinsip moral dan nilai yang baik, tercerna dalam diri dan
terzahir dalam tingkah laku tanpa perlu disuruh.
Susur Masa Etika dan Peradaban Berdasarkan
Prakolonial, Kolonial dan Pascakolonial

• Penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh dihuraikan dan


difahami mengikut ‘acuan Malaysia’ berdasarkan susur masa evolusi
sejarahnya iaitu Era Prakolonial, Era Kolonial & Pasca Kolonial.
Era Prakolonial
• Zaman negara ini belum dikenali sebagai Malaysia dan negara belum dijajah.

• Wujud etika dalam kehidupan seharian masyarakat, formal dan tidak formal yang
disebut adab, adat istiadat dan adat resam.

• Orang Melayu mengamalkan adab sopan yang tinggi:


 Berjalan menundukkan sedikit tubuh badan apabila lalu di hadapan orang
lebih tua
 Menundukkan sedikit tubuh ketika berjabat tangan dengan orang lebih tua.
Era Kolonial
• Zaman ini negara berada dalam penguasaan British.
• Etika pada masa ini dibawa dalam bentuk berpakaian, percakapan,
pentadbiran dan lain-lain.
• Budaya masyarakat barat telah diserap ke dalam masyarakat tempatan seperti
cara makan, memberi tabik hormat.
• Pada zaman kolonial ini juga, kemasukan kaum Cina dan India telah
membawa bersama nilai dan adat resam mereka yang tersendiri.

• Etika
• Etos
• Etiket
Era Pascakolonial
• Masyarakat menerima variasi dan percampuran versi etika secara langsung atau tidak
langsung melalui teknologi.
• Nilai etika (adab, adat, etika, etos dan etiket) bercampur baur dan wujud dalam
persekitaran formal dan tidak formal kehidupan kita serta mengubah identiti dan jati
diri kita dalam keadaan, suasana, tindakan dan tingkah laku berbeza-beza.

• Kerisauan kita ialah budi pekerti, tingkah laku dan budi bahasa kita merosot
disebabkan kegagalan mempelajari dan menghayati etika dan peradaban negara
kita – Contoh: Bahasa rojak
Etika dari Perspektif
Pelbagai Peradaban
Peradaban Islam
• Konsep Tamadun Islam dibina atas kerangka agama Islam iaitu al-din. Sumber utama
ajaran agama Islam ialah al-Quran manakala sumber kedua ialah al-Sunnah (ucapan,
tindakan serta sifat Nabi Muhammad SAW).

• Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan dan perbendaharan bagi nilai-nilai murni Islam
yang universal dan kekal sepanjang zaman dalam segala keadaan. Asas tamadun Islam
adalah terbina atas dasar akidah, diikat dengan syariah dan akhlak.
• Dalam konteks etika, akhlak merupakan asas penting dalam tamadun Islam yang
membentuk kelakuan dan peribadi seseorang.

• Akhlak berasal daripada perkataan Arab iaitu khuluq (budi pekerti, tingkah laku, tabiat
dan kebiasaan).

• Akhlak dari sudut pengertian merupakan tingkah laku manusia yang menggambarkan
sifat dan budi pekerti mereka dalam melakukan sesuatu perkara dan sentiasa berasaskan
kepada ajaran Islam berdasarkan kepada al-Quran dan hadis.Dalam Islam, akhlak
dikelaskan kepada dua iaitu akhlak mahmudah dan mazmumah.
Peradaban Cina
• Etika dalam masyarakat Cina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah yang
pelbagai. Antara yang popular ialah Buddhisme, Konfusianisme dan
Taoisme.

• Ketiga-tiga aliran ini saling melengkapi dan dijadikan pedoman dalam


kehidupan seharian masyarakat Cina.
Buddhisme
• Diasaskan oleh Siddharta Gautama.
• Buddha berasal daripada perkataan Sanskrit (Budh) bermaksud ‘yang
mendapat kesedaran’.
• Falsafah Buddhisme adalah untuk memberikan panduan kepada manusia
mengenai kehidupan yang bermaruah dan berasaskan etika kehidupan yang
sempurna.

• Terdapat Empat Kebenaran Mulia (Four Noble Truth) dalam Buddha iaitu:
 Penderitaan itu universal (dukkha)
 Ada punca segala penderitaan (samudaya)
 Penderitaan itu boleh diatasi (nirodha)
 Ada cara untuk mengatasi penderitaan (magga)
Konfusianisme

• Konfusianisme diasaskan oleh Confucius dan turut dikenali sebagai


‘Ruisme’.

• Etika berdasarkan kepada takrifan Confucius ialah nilai-nilai kebaikan


berasaskan kepada Lima Kebaikan (Wu Chang) dan Lima Hubungan Sosial
(Wu Lun).
Taoisme
• Taoisme atau turut dikenali sebagai Daoisme dan diasaskan oleh Lao Tze dan
Zhuang Zi.

• Taoisme merupakan ajaran falsafah mengenai moral dan hubungan antara manusia
dengan alam persekitaran atau alam semula jadi. Ajaran ini menyarankan manusia
agar tidak mementingkan dunia.

• Konsep Yin Yang merupakan antara konsep yang penting dalam Taoisme. Menurut
konsep ini, semua benda dalam dunia ini saling bertindak dan saling melengkapi
untuk mencapai keseimbangan tanpa mengira sama ada benda itu hidup ataupun
tidak.

• Setiap benda adalah dualisme yang mempunyai positif dan negatif. Kewujudan
syurga bererti kewujudan neraka, kewujudan lelaki mesti wujudnya perempuan dan
kebaikan mesti diikuti keburukan. Yin dan Yang sentiasa bertentangan di antara satu
sama lain, namun saling melengkapi.
Peradaban India

• Agama Hindu merupakan agama yang utama dalam peradaban India.

• Dalam agama Hindu, terdapat satu fahaman atau kepercayaan terhadap konsep
karma iaitu perbuatan baik akan diberi balasan yang baik manakala perbuatan jahat
akan membawa padah.

• Menurut hukum karma, setiap manusia adalah bertanggungjawab atas setiap


tindakan yang dilakukannya. Karma dikaitkan dengan kepercayaan kelahiran
semula (reinkarnasi). Semasa hari pembalasan, manusia akan dibalas mengikut
amal perbuatan mereka semasa hidup.
• Selain agama Hindu, agama Sikh merupakan salah satu lagi agama yang
sinonim dengan peradaban India.

• Perkataan Sikh bermaksud Seeker of truth’. Agama ini mempercayai satu


Tuhan iaitu abadi dan tidak berbentuk. Sikh diasaskan oleh Sri Guru Nanak
Dev Ji.

• Ajaran ini mempunyai konsep persaudaraan yang disebut Khalsa yang


bermakna rela berkorban apa saja apabila melibatkan agama. Ia diwakili oleh 5
simbol utama yang dikenali sebagai 5K iaitu Kesh (rambut panjang), Kangha
(sikat), Kara (gelang besi), Kirpan (pedang kecil) dan Kachera (seluar jerut).
Kerangka Menganalisis Etika dan Peradaban Acuan
Malaysia Melalui Sejarah, Struktur Sosial dan Biografi

• Tahap penghayatan etika dan peradaban adalah berbeza dan


dipengaruhi oleh perkembangan

 Sejarah

 Struktur sosial

 Biografi
Sejarah
• Dalam konteks ilmu sosiologi,
sejarah ialah himpunan
peristiwa dan pengalaman • Dari mana asal kita?
lalu yang saling berkait
melibatkan individu, • Siapakah kita pada hari ini?
keluarga dan komuniti dalam
masyarakat.
• Bagaimanakah negara ini
dibentuk menjadi sebuah
• Meneliti sejarah ialah dengan
melihat kembali asal usul negara?
kita sejak dahulu.
Struktur Sosial
• Tahap penghayatan mengenai etika dan peradaban di Malaysia sudah
pasti berbeza mengikut struktur sosial kita.

• Struktur sosial melibatkan komuniti dan sistem sekeliling sama ada


formal atau tidak formal di mana kita tinggal dan dibesarkan,
bersekolah dan bekerja.

• Memahami struktur sosial akan membolehkan kita menghayati etika


dan peradaban kita yang telah terbina dan sedang berlangsung dalam
negara kita.
Biografi
• Dari segi bahasa, biografi ialah riwayat atau kisah hidup seseorang.
• Memahami bagaimana biografi terbentuk oleh sejarah dan sistem sosial di
negara kita akan membolehkan kita mengenali siapa diri kita sekarang ini
serta biografi orang yang penting bagi negara kita.
• Menghayati biografi diri kita bermula sejak lahir hingga kini, bagaimana kita
menjalani hidup, bagaimana kita terbentuk hasil daripada sejarah diri kita
dan struktur sosial yang membentuk diri kita.
• Etika dan peradaban Malaysia terbina di atas etika dan peradaban biografi
rakyat di negara ini yang teracuan sejak sekian lama.
– Contoh: Biografi Tunku Abdul Rahman
 Latar belakang Tunku (membentuk jiwa dan diri sebagai pejuang).
 Mencorakkan sejarah kemerdekaan negara.
Penghayatan Etika dan Peradaban Mengikut Peringkat
Individu, Keluarga, Komuniti dan Masyarakat
(Lokal dan Global)

• Individu, keluarga dan komuniti adalah struktur sosial asas sebuah masyarakat.
• Individu, keluarga dan komuniti yang beretika sudah pasti mewarnai peradaban
Malaysia yang baik.
• Etika merupakan aspek penting dalam kehidupan individu kerana dapat
membantu dalam membentuk keharmonian, ketenteraman dan kemakmuran hidup
pada peringkat individu, keluarga, komuniti dan masyarakat domestik mahupun
sejagat atau global.
• Penghayatan etika pada peringkat perseorangan adalah berkait dengan falsafah
atau corak pemikiran yang dipegang oleh individu mengenai kepercayaannya
terhadap asas dan prinsip-prinsip moral seperti benar atau salah dan baik atau
jahat.
• Etika individu boleh mempengaruhi ideologi dan pemikiran serta perbuatan
manusia dalam semua disiplin ilmu seperti budaya, politik, agama, ekonomi dan
pelbagai sudut kehidupan bermasyarakat yang lain termasuk dalam perkara yang
menjadi rutin seharian seperti cara ketika makan, minum, berpakaian dan
sebagainya. Etika juga menjadi panduan kepada individu dalam membuat sesuatu
tindakan tertentu di dalam kehidupan mereka.

• Dari aspek rohani dan emosi, etika membantu kepada pengawalan emosi dan
pembentukan karekter dan perwatakan yang baik seperti sabar, berlapang dada,
rasional, bertimbang rasa, belas kasihan dan sifat-sifat kebaikan yang lain.

• Aspek mental pula, individu yang beretika mulia akan sentiasa membuat
pertimbangan sebelum melakukan sesuatu perkara dan tidak memikirkan perkara-
perkara yang tidak bermanfaat yang boleh merosakkan pemikiran.
• Sebuah keluarga yang mempunyai penghayatan dan amalan etika yang baik akan
mewujudkan perasaan kebertanggungjawaban yang tinggi, berkasih sayang dan
hormat menghormati antara ahli keluarga.

• Amalan ini boleh mewujudkan suasana yang mesra, aman dan seterusnya
mengutuhkan sesuatu institusi kekeluargaan terbabit.

• Justeru itu, proses pendidikan etika yang bermula dari rumah yang diterima oleh
seseorang dalam lingkungan budaya keluarganya amat penting dalam
pembentukan tingkah laku seseorang itu.
• Etika juga sangat penting untuk diamalkan di dalam sesebuah komuniti misalnya
di dalam sesebuah organisasi kerja.

• Ahli komuniti yang mengamalkan etika dengan baik boleh mendatangkan manfaat
dan keuntungan kepada keseluruhan komuniti terbabit.

• Hal ini kerana ahli komuniti akan cenderung menghindarkan diri dari melakukan
perkara negatif seperti masalah disiplin, penyalahgunaan kuasa dan harta benda
yang boleh merugikan komuniti mereka.

• Etika pada peringkat masyarakat ialah sesuatu nilai yang diterima oleh sesebuah
masyarakat atau peraturan dan prinsip-prinsip moral yang diperkenankan dan
diterima oleh masyarakat tersebut.

• Nilai-nilai etika tersebut harus diikuti dan dipraktikkan oleh individu yang berada
dalam masyarakat tersebut.
• Namun begitu nilai ini berlainan menurut amalan, budaya dan agama yang
terkandung dalam masyarakat.
• Dalam konteks masyarakat multietnik, nilai-nilai etika yang umum merentasi
kepelbagaian ini perlu diterima dan diikuti oleh masyarakat multietnik. Sebagai
contoh, nilai kebaikan, keadilan, kesaksamaan, kesejahteraan, keharmonian,
kebahagiaan dan sebagainya yang terkandung dalam semua bangsa, budaya dan
agama menjadi pedoman.
• Etika juga sangat penting dan memberi manfaat kepada masyarakat global.
Penghayatan etika yang baik dalam kalangan masyarakat global boleh
mewujudkan suasana aman dan terhindar dari persengketaan akibat perbezaan
negara.
Penghayatan Etika dan Peradaban Mengikut
Masyarakat, Negara dan Pasaran

• Biografi masyarakat yang beretika dan mempunyai peradaban yang baik akan
membentuk dan meletakkan negara dalam kedudukan yang baik serta
dihormati.

• Keadaan negara yang baik/bagus adalah kerana keadaan masyarakatnya


mempunyai peradaban tinggi yang mencorak pemerintahan dan kehidupan
yang hebat sekarang dan untuk masa depan.

• Biografi negara yang baik akan membolehkan hal perekonomian melibatkan


pasaran berkembang pesat.
Kesimpulan
• Ringkasnya, penghayatan etika dan peradaban di Malaysia boleh
dihuraikan dan difahami mengikut ‘acuan Malaysia berdasarkan susur
masa:

 Era prakolonial - konsep ‘adab’ dan ‘adat’ (adat istiadat dan adat
resam).
 Era kolonial - sifat dan kefahaman mengenai etika berciri moden
telah diperkenal dan dilaksanakan – etika, etos & etiket
 Era Pasca Kolonial - gabungan kedua-dua bentuk etika iaitu
tradisional dan moden dalam ‘acuan’ Malaysia.

• Penghayatan yang tinggi terhadap etika dan peradaban di Malaysia


dapat membantu kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing
secara beretika dan bermoral dan seterusnya memberi kesan yang
positif terhadap masyarakat, komuniti, negara dan pasaran.

Anda mungkin juga menyukai