Anda di halaman 1dari 31

BAB 3

Etika dan Peradaban dalam


Masyarakat Kepelbagaian
Hasil Pembelajaran
Menjelaskan proses pembentukan etika dan peradaban dalam
masyarakat kepelbagaian.

Menganalisis impak etika dan peradaban dalam masyarakat


kepelbagaian.

Kandungan
Pembentukan Etika dan Peradaban dalam Masyarakat Kepelbagaian

Komponen Etika dan Peradaban

Selat Melaka sebagai Gelanggang Kepelbagaian

Warisan dan Pendigitalan Sejagat


Pengenalan

• Pembentukan etika dan peradaban berhubungkait dengan fenomena


migrasi dan kepelbagaian atau diversity yang berlaku dalam
masyarakat.

• Di era prakolonial, berlaku migrasi di Alam Melayu yang


mempertemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam
Melayu - setiap peradaban ini membawa sistem etika tersendiri.
• Kepelbagaian etika dan peradaban ini menjadi lebih kental dan
kompleks dengan kedatangan kuasa Eropah yang membawa
peradaban, sistem etika dan nilai Eropah.

• Pertemuan pelbagai peradaban menyebabkan berlaku pertindanan


unsur etika dan peradaban timur serta barat.

• Kesemua ini tersulam melalui asimilasi, akomodasi, akulturasi dan


amalgamasi yang mempengaruhi lapisan masyarakat.
Pembentukan Etika dan Peradaban dalam
Masyarakat Kepelbagaian

• Kewujudan masyarakat yang harmoni dan aman amat berkait rapat


dengan masyarakat yang mempunyai kelakuan yang beretika.
• Hubungkait etika dan peradaban adalah jelas apabila etika
merupakan ciri penentu tahap pencapaian peradaban sesebuah
masyarakat atau bangsa.
• Bagi menentukan sesebuah masyarakat itu mencapai tahap
berperadaban, ia perlu memenuhi lapan ciri.
• Ciri-ciri peradaban ini adalah universal iaitu terdapat dalam mana-
mana kehidupan manusia yang mencapai tahap tersebut.
Sistem kepercayaan dan Peningkatan kualiti
agama kehidupan dan peningkatan
jangka hayat.

Penempatan masyarakat
Bahasa serumpun dengan
satu sistem tulisan yang
tersendiri

Sistem organisasi dan


institusi sosial yang teratur.
Peradaban

Daya reka cipta dalam


penciptaan teknologi dan
pembinaan
Ciri-ciri

Sistem perundangan yang


teratur dan sistem nilai Kelahiran dan
serta moral. perkembangan daya
kreativiti
Sistem Kepercayaan dan Agama

• Ajaran agama dan rohani mendorong manusia untuk menghayati nilai-nilai


kehidupan yang tulus dan suci.

• Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama berusaha untuk


membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan kemanusiaan
dan melahirkan ketinggian budaya.

• Pertembungan peradaban daripada pelbagai benua telah membawa sistem


kepercayaan dan agama masing-masing ke Tanah Melayu.

• Pemikiran dan budaya masyarakat tempatan dipengaruhi oleh sistem


kepercayaan seperti agama Hindu-Buddha, Islam dan Kristian.

• Kesemua ini menjadi asas kepada pemikiran dan amalan kehidupan


penganutnya serta membentuk tingkah laku anggota masyarakat yang beretika
dan beradab.
Penempatan Masyarakat

• Kelahiran masyarakat yang berperadaban didorong oleh kedudukan petempatan


yang strategik – berdekatan dengan sumber-sumber semula jadi untuk kelangsungan
kehidupan.

 Kedudukan kerajaan Melaka di Selat Melaka menjadikan pelabuhan Melaka


begitu penting dalam dunia perdagangan.

 Pelabuhan Melaka menjadi pusat pertemuan pelbagai bangsa telah


memperkayakan aspek politik, sosial dan ekonomi kerajaan Melayu Melaka.

Sistem Organisasi dan Institusi Sosial yang Teratur

• Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan adalah perlu bagi memastikan kelangsungan dan kemajuan
peradaban.

• Pembentukan sistem yang teratur ini dapat menyusun masyarakat yang menjadi
semakin kompleks.
Sistem Perundangan yang Teratur dan Sistem Nilai & Moral

• Kestabilan sesebuah kerajaan / negara disebabkan oleh keharmonian dan


keamanan yang dimilikinya.

• Keadaan ini wujud ekoran kepatuhan rakyat dan pemimpin terhadap sistem
perundangan.
• Situasi ini diperkuatkan lagi dengan sistem nilai dan moral yang teguh yang menjadi
pegangan hidup setiap lapisan masyarakat.

Peningkatan Kualiti Kehidupan dan Peningkatan Jangka Hayat

• Kebijaksanaan dalam membina dan memajukan sains dan teknologi, penyelidikan,


perubatan, gaya hidup yang lebih baik dan kestabilan fizikal, mental, rohani dan
emosi akan meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayat masyarakat.

• Keseimbangan diri individu dari segala sudut dan berpegang teguh kepada etika
dan nilai peradaban yang tinggi menjamin kepada kemakmuran dan keharmonian
masyarakat dan negara.
Bahasa Serumpun Dengan Satu Sistem Tulisan yang Tersendiri

• Alat utama komunikasi manusia adalah bahasa yang difahami sebagai


perantara.

• Sistem tulisan yang seragam turut menjadi alat komunikasi bagi menyampaikan
sesuatu perkara sama ada di peringkat individu mahupun peringkat negara.

• Melalui bahasa & tulisan, ilmu pengetahuan dapat disalurkan.

• Penggunaan bahasa yang dapat difahami oleh anggota masyarakat membantu


kepada komunikasi yang cekap.

• Persefahaman dan saling hormat menghormati dapat diwujudkan hasil daripada


perhubungan yang baik.

• Kesemua ini membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat


serta negara seterusnya meningkatkan tahap peradaban.
Daya Reka Cipta Dalam Penciptaan Teknologi & Pembinaan

• Perkembangan ilmu pengetahuan mendorong kepada kemajuan pemikiran


manusia serta penghasilan ciptaan-ciptaan baru yang memudahkan
kehidupan manusia.

Kelahiran dan Perkembangan Daya Kreativiti


• Daya kreativiti dalam pelbagai bidang seperti kesenian, kebudayaan dan
sebagainya mengindahkan lagi sesebuah peradaban.
• Penghasilan karya seni menggembirakan dan mendamaikan jiwa manusia.

• Penghasilan karya agung / seni dalam pelbagai peradaban menjadi rujukan


kehidupan manusia zaman silam dan juga panduan teladan manusia zaman
kini.
• Karya-karya etika dan nilai hidup banyak dihasilkan oleh golongan cerdik
pandai ini dan dijadikan panduan hidup masyarakat.
Komponen Etika dan Peradaban
• Persekitaran Geo-Fizikal

• Masyarakat dan Demografi

• Ekonomi dan Pasaran

• Falsafah dan Pemikiran


Persekitaran Geo-Fizikal
• Sesuatu etnik kebiasaannya mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya
dengan persekitaran kawasan geografi tertentu.

• Geo-fizikal mempengaruhi ciri-ciri peradaban sesebuah masyarakat.

• Dari segi geo-fizikal, Tanah Melayu merupakan sebuah semenanjung yang dikelilingi
Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan
pergaulan dua peradaban besar dunia iaitu China dan India, melalui kegiatan
perdagangan.

• Kedudukan kerajaan-kerajaan Melayu di pesisir pantai dengan pelabuhan yang


strategik serta pengurusan yang baik menjadi pemangkin kepada kelancaran
urusan dan perhubungan yang baik antara pelbagai kerajaan besar dari
peradaban Cina, India, Timur Tengah dan Barat.

• Sumber/hasil galian dan produk pertanian dari Alam Melayu menjadi asas
dagangan dengan peradaban lain.
Masyarakat dan Demografi
• Hubungan dengan peradaban-peradaban asing telah melahirkan
peraturan dan nilai hidup yang boleh dikongsi Bersama - etika
perniagaan, pengurusan, berkomunikasi, hormat menghormati dan
bertolak ansur.
• Ringkasnya, peradaban Melayu begitu istimewa lantaran kaya
dengan elemen-elemen peradaban asing di dalamnya -
percampuran budaya, sistem pemerintahan, kepercayaan,
bahasa, seni dan sebagainya
• Dalam konteks kini, peradaban Malaysia adalah penyulaman
peradaban majmuk dunia melalui difusi budaya.
• Ciri-ciri masyarakat: Berkelompok, berbudaya, berinteraksi,
mengalami perubahan, mempunyai kepimpinan dan mempunyai
aturan sosial.
Definisi Masyarakat dalam Konteks Malaysia
• Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kepelbagaian
masyarakat Malaysia yang bukan hanya memperlihatkan betapa uniknya masyarakat
Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah sosiobudaya, demografi
politik dan proses politik di Malaysia.

• Pada abad ke-18, berlaku perubahan dalam struktur masyarakat di Malaysia


disebabkan oleh migrasi dari luar yang disebabkan oleh faktor penarik yang ada di bumi
dan juga faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan hingga ke hari ini.

• Migrasi yang berlaku telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

 Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu


kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan.

• Pada abad ke-18, berlaku perubahan dalam struktur masyarakat di Malaysia


disebabkan oleh migrasi dari luar yang disebabkan oleh faktor penarik yang ada di
bumi dan juga faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan hingga ke hari ini.
• Migrasi yang berlaku telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

 Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang membentuk satu


kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan.

• Menurut J. S. Furnivall:

 Masyarakat majmuk adalah bercampur antara satu sama lain tetapi tidak
bersatu.

 Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dengan sistem politik yang
sama serta masing-masing berpegang kepada kebudayaan, agama, bahasa
dan pemikiran sendiri.

• Di Tanah Melayu, terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India di
Semenanjung, Bumiputera Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-lain serta
Bumiputera Sarawak seperti Iban, Melanau dan sebagainya yang bukan sahaja
terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan
dan tempat tinggal.
Garis Waktu Pembentukan
Masyarakat Malaysia

Sebelum Penjajahan Selepas Kemerdekaan


(Zaman Kesulltanan Melayu Melaka) - Pluraliti Baru /Multietnik
-Pluraliti

Semasa Zaman Penjajahan British


- Masyarakat Plural / Majmuk-

Dalam konteks Malaysia hari ini, masyarakat Malaysia ialah masyarakat multietnik yang hidup dalam
peradaban majmuk.
Dari Kemajmukan ke Kepelbagaian

Budaya Majmuk
di Tanah Melayu merupakan hasil
pertemuan dan pertembungan budaya
besar dunia yang melahirkan fenomena
sosial di Alam Melayu.

Peradaban Majmuk bercirikan Masyarakat Majmuk bercirikan


semula jadi, tanpa paksaan & fleksibel. pemaksaan dan perbezaan.

17
• Peradaban Majmuk di Malaysia adalah gabungan daripada beberapa peradaban
besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu.

 Pembinaan peradaban ini didahului oleh peradaban peribumi Alam Melayu,


kemudiannya diikuti peradaban Asia, (India, Cina, Timur Tengah) dan
seterusnya peradaban barat.

 Akhirnya, peradaban ini disambut oleh ‘peradaban globalisasi’ yang


merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui
jaringan digital yang kompleks.

 Ringkasnya, peradaban majmuk ialah gabungan atau campuran beberapa


peradaban yang membentuk peradaban beridentitikan Malaysia.

 Peradaban Melayu menjadi teras kepada peradaban majmuk Malaysia.


• Evolusi masyarakat yang berlaku suatu ketika dahulu mengambil masa yang
panjang dan ini telah membawa kepada terbentuknya sebuah masyarakat yang
unik iaitu masyarakat majmuk.

• Unsur-unsur budaya dalam masyarakat majmuk ini telah membawa kepada


terbentuknya budaya majmuk iaitu terdapat unsur-unsur budaya yang
mempunyai percampuran dengan budaya kaum lain tetapi menjadi sebahagian
daripada budaya yang dikongsi.

• Namun, perkara yang lebih utama untuk dilihat adalah bagaimana masyarakat ini
kekal dengan bentuknya menjelang abad ke-19.

 Bentuk masyarakat majmuk tersebut tidak berubah dan tidak berlaku


penyerapan kaum asing dengan masyarakat tempatan sebagaimana yang
berlaku pada zaman kesultanan Melayu Melaka.
Konsep Memahami Hubungan Etnik
Segregasi
• Individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan
individu atau kumpulan sosial lain.
• Pemisahan dalam aspek budaya, ras, agama, kelas sosial, dasar, adat resam,
tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan, kemudahan awam.
• Contoh:
 Semasa zaman penjajahan British, kumpulan etnik Melayu, Cina dan India
dipisahkan melalui tempat tinggal yang berasingan berdasarkan
pekerjaan, sistem pendidikan/persekolahan yang berlainan.
 Pemisahan menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi.

Akomodasi
• Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati
norma dan nilai kumpulan etnik lain.
• Setiap kumpulan etnik menyesuaikan diri dalam keadaan pelbagai budaya
supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
• Mempertahankan budaya etnik sendiri, menghormati kumpulan etnik lain.
Akulturasi

• Proses penerimaan/peminjaman unsur kebudayaan lain.


• Unsur dari budaya lain diterima dan diolah dalam budaya sendiri.
• Proses ini tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang
menerima budaya tersebut.

Contoh:
 Pakaian: baju kurung / kebaya (dipakai etnik Cina.
 Makanan: ‘dimsum’ dan ‘kuetiau’ (popular dalam kalangan etnik Melayu dan
India).
 Pemberian ang pau pada hari raya (oleh etnik Melayu)
Asimilasi
• Proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik
berlainan budaya.
• Berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu
mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti untuk
mengurangkan batas etniknya.
• Asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.
• Contoh:
 Orang Melayu Thailand mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup
(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan cara hidup orang
Thai.
 Malaysia = berlaku terhadap Cina Kelantan, Baba dan Nyonya.

Amalgamasi
• Dikategorikan dalam asimilasi biologi  satu tahap asimilasi yang paling
tinggi.
• Merupakan proses percantuman melalui biologi (perkahwinan campur).
Ekonomi dan Pasaran
• Perubahan zaman telah mempengaruhi corak ekonomi masyarakat dan ini jelas
dilihat pada zaman kerajaan Melayu sebelum berlakunya penjajahan barat hingga
kini.

• Di era prakolonial, masyarakat Melayu mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri.

• Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kegiatan perdagangan menjadi kegiatan


terpenting dalam masyarakat disebabkan keadaan kehidupan yang masih mundur
dan tradisional.

• Di era kolonial, British dilihat terus menguasai kegiatan ekonomi negeri-negeri di Tanah
Melayu dengan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah serta kemasukan
tenaga buruh secara besar-besaran dari China dan India.

• Di era pasca kolonial, kerajaan menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat


untuk menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan
ekonomi dalam kalangan kaum dan agar jurang perbezaan antara masyarakat
dapat dihapuskan.
• Untuk itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB)
melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK2).

 Matlamat - mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan


perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

 Prinsip DEB - ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki untuk mengelakkan


ketegangan dan konflik antara etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat Malaysia.
• Objektif DEB
 Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.

 Penyusunan semula masyarakat tanpa mengikut fungsi ekonomi.

• Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam
kalangan rakyat.

• Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan


adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan
orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.
• Usaha dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan beberapa projek
pembangunan telah dirangka.

 Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.


 Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
 Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
 Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan
bandar dan luar bandar dan antara wilayah.
 Memodenkan kehidupan di luar bandar.
 Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.
 Mewujudkan suasana pekerjaan yang mencerminkan
komposisi kaum di Malaysia.
 Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infrastruktur dan
lain-lain.
Falsafah dan Pemikiran
• Falsafah ialah ringkasan dari pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat
alam sekelilingnya dan menyampaikan kepada masyarakat mengenai kedudukan dan
tanggungjawab manusia di alam ini dengan hakikat yang sebenar.

• Tujuan mempelajari falsafah -mengelakkan diri dari kejahilan, berdiri di atas kebenaran dan
menyingkap tabir kebatilan yang menutup kelemahan fikiran.

• Falsafah dan Pemikiran Tradisional: Perspektif ini berpandangan matlamat telah pun
ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia hanya diberi ruang untuk memilih cara
bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut.

• Falsafah dan Pemikiran Moden: Perspektif ini berpandangan manusia berhak menentukan
matlamat hidupnya dan berhak memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat
tersebut.

• Perkembangan pemikiran dan ilmu falsafah telah membolehkan manusia untuk


memantapkan akal fikiran mereka dengan pertimbangan yang dilakukan dalam segala
aspek kehidupan berlandaskan kepada ilmu pengetahuan yang benar.

• Dalam pemilihan aliran pemikiran yang datang daripada pelbagai peradaban,


memerlukan individu mempunyai jati diri yang berasaskan pemikiran tempatan yang diwarisi
daripada etnik dan pegangan agama yang kukuh sebagai panduan dalam menapis atau
menolak pemikiran yang tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia.
Selat Melaka sebagai Gelanggang Kepelbagaian
• Proses interaksi kepelbagaian peradaban dan etnik bermula di Selat
Melaka dengan proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat
berbilang ras atau etnik melalui aktiviti perdagangan dan perkahwinan.

• Pada era prakolonial iaitu sebelum berlakunya penjajahan, interaksi sosial


dengan komuniti bukan Melayu telah terpupuk menerusi peranan Melaka
sebagai pelabuhan entrepot antarabangsa.
• Kedatangan masyarakat luar seperti dari Arab, Parsi, China, India dan
sebagainya telah meningkat ekoran kedudukan Melaka yang strategik di
Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan di antara Timur dan
Barat.

• Kerjasama, layanan yang baik dan perlindungan keselamatan daripada


pihak Sultan dan Syahbandar telah menarik minat pedagang asing untuk
terus berdagang di Melaka.
• Pergaulan kaum asing dengan masyarakat tempatan pada zaman Kesultanan Melayu
Melayu menunjukkan berlakunya interaksi yang tinggi.

 Keadaan ini disebabkan jumlah mereka yang kecil tidak membolehkan mereka untuk
berdikari dan perlu bergantung dengan masyarakat tempatan bagi memenuhi
keperluan hidup.

 Anggaran seramai 300 - 400 orang Cina di Melaka selepas kejatuhan Melaka ke tangan
Belanda.

• Kaum yang paling ramai ke Melaka ialah orang India dan Arab.

 Mereka bercampur bebas dengan orang istana Melaka dan ada yang berkahwin
dengan orang istana.

 Peniaga dan pedagang India Muslim berasimilasi dengan masyarakat Melayu.

 Kebanyakannya berkahwin dengan wanita Melayu dan anak-anak mereka dikenali


sebagai Jawi Peranakan.
o Menggunakan Bahasa Melayu.
o Memperlihatkan diri dengan ciri-ciri kemelayuan.
• Suasana yang berlaku dalam tempoh ini menunjukkan kewujudan interaksi yang tinggi
hingga membolehkan mereka berasimilasi dengan masyarakat dominan. Interaksi dan
jalinan hubungan yang berterusan di antara pelbagai kaum yang membawa bersama
unsur-unsur warisan seperti nilai-nilai budaya dan etika masing-masing telah menjurus kepada
terbentuknya unsur-unsur baru ketamadunan.
Warisan dan Pendigitalan Sejagat
• Teknologi maklumat dan media digital yang dikuasai oleh Barat adalah satu
cabaran besar kepada seluruh peradaban manusia dalam mempengaruhi nilai
dan etika masyarakat kepelbagaian.

• Impak media digital ke atas etika dan peradaban dapat dilihat melalui
peningkatan jaringan komunikasi, mendekatkan manusia dari seluruh dunia,
meningkatkan taraf hidup dan membuka ruang kepada perkongsian ilmu tanpa
sempadan.

• Dalam konteks Malaysia, media elektronik atau media cetak memainkan


peranan penting, secara langsung atau tidak langsung dalam proses membina
kesepaduan antara etnik.

 Menghubungkan anggota masyararakat

 Menyampaikan maklumat atau pengetahuan yang tepat

 Menghapuskan prejudis

 Mengenengahkan hasrat negara untuk membentuk masyarakat yang saling


memahami, bertolak ansur
• Budaya Barat telah mempengaruhi perkembangan teknologi dan komunikasi dan
menyerap masuk dalam kehidupan peradaban bukan Barat melalui bentuk
penjajahan pemikiran dan budaya.

• Bagi memastikan kelangsungan peradaban, masyarakat haruslah menyesuaikan


diri dengan pemodenan dan dalam masa sama mengekalkan kesinambungan
warisan ketamadunan.

• Oleh itu, pertimbangan antara yang salah dan benar, buruk dan baik perlu dimiliki
oleh setiap lapisan masyarakat.
Kesimpulan
• Etika dan peradaban di Malaysia terbentuk hasil daripada
pertembungan dan interaksi masyarakat kepelbagaian.
• Ilmu tentang etika dan peradaban hari ini adalah penting kerana
boleh membantu ke arah pembinaan dan kejayaan sesuatu
masyarakat.
• Generasi muda perlu memahami dan menghayati bahawa
pengajaran daripada kitaran sejarah masyarakat patut dijadikan
iktibar agar mereka tidak leka dengan keamanan dan kemewahan
yang dikecapi.

Anda mungkin juga menyukai