Anda di halaman 1dari 90

Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban

Topik 6

Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi


dan Wahana Etika dan Peradaban
Sinopsis Topik6
Perlembagaan Persekutuan SebagaiTapak Integrasi Dan
Wahana Etika Dan Peradaban
Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok
masyarakat (termasuk kelompok etnik, agama, parti politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya)
yang berbeza etika dan peradaban, bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan atau titik pertemuan
secara aman dan harmoni.Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro,pertengahan dan mikro.
Hampir semua masyarakat dunia menjadikan Perlembagaan, sama ada Perlembagaan bertulis
ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan menghayati kemajmukan etika dan
peradaban.
Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan
sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Sifat Perlembagaan Persekutuan
secara simboliknya adalah sebagai ‘kontrak sosial’ kerana terkandung di dalamnya pelbagai peruntukan
yang memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, Perlembagaan
sering ditafsir oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masing sehingga
mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan percanggahan. Namun begitu, walaupun
senantiasa ‘bertikam lidah, masyarakat Malaysia tidak berparangan’; dan setelah lebih 60 tahun
Perlembagaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur.
Tapak Integrasi Pengenalan

Sebuah ruang abstrak Makro Definisi dan Konsep Perlembagaan


dan ruang nyata di (Atas ke Perlembagaan
Bawah)
mana pelbagai pihak
atau kelompok Sejarah dan Garis Waktu Gubalan
masyarakat yang Meso Badan Bukan
Perlembagaan Persekutuan
berbeza etika dan (Bawah Ke Kerajaan (NGO)
peradaban, bertemu Atas Kerangka Asas Perlembagaan
dan berikhtiar mencari Persekutuan
persetujuan atau titik Mikro
pertemuan secara (Inisiatif Peranan Rakyat
aman dan harmoni. Cabaran
Akar Umbi
Objektif Topik6

Menghayati Perlembagaan sebagai Tapak


Integrasi, ke arah pengukuhan Etika dan
Peradaban di Malaysia

https://en.wikipedia.org/wiki/Malaya
n_Declaration_of_Independence

https://blogs.bl.uk/asian-and-
african/2016/08/merdeka-malaysian- independence-
day.html
Hasil PembelajaranTopik 6

Setelah mempelajari topik ini, anda akan dapat:

1. Menjelaskan konsep Tapak Integrasi dalam kehidupan


bermasyarakat.
2. Menjelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan
sebagai tapak integrasi utama negara.
3. Menganalisis perkara-perkara asas dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan memberi perhatian kepada aspek “Tapak
Integrasi.”
4. Menghuraikan definisi dan konsep Perlembagaan sebagai asas
etika dan peradaban di Malaysia
5. Menganalisis isu semasa berkaitan Perlembagaan Persekutuan
6. Menghuraikan cabaran yang dihadapi
Kandungan Topik 6

1. Sejarah, Definisi dan Konsep Perlembagaan


2. Perlembagaan sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi
3. Konsep, Keperluan dan penghayatan TapakIntegrasi
4. Tiga Tahap TapakIntegrasi:
a. Makro (Atas Ke Bawah): Peranan Kerajaan - Perlembagaan
Persekutuan, Rancangan Malaysia, RukunTetangga
b. Meso (Bawah Ke Atas): Peranan N G O – agih/pantau
pembangunan
c. Mikro (Inisiatif Akar Umbi): Peranan Rakyat - StreetWedding
5. Perlembagaan Persekutuan: Cabaran TafsiranSemasa
Konsep TapakIntegrasi
Apakah TAPAK INTEGRASI?
TAPAK INTEGRASI sebagai WAHANA SOSIAL

Apakah ciri TAPAK INTEGRASI?


1. Sebuah ruang sosial, abstrak dan nyata
2. Satu titik pertemuan untuk kelompok2 strategik
3. Proses pertemuan berasaskan prinsip:
Tawar-Menawar (Bargaining), Perundingan (Negotiation) & Pengantaraan (Mediation)
4. Ada tapak yang diinstitusikan, ada yang tidak
5. Ada yang berjaya, ada yang tidak
6.Usaha membina tapak integrasi diteruskan dan menuju ke arah
PENYATUPADUAN
Tapak Integrasi yang aktif
• DARI ATAS KE BAWAH
• Kawasan Rukun Tetangga, bersifat kelompok strategic,
• Wujud semenjak 1970, bilangan 8500 seluruh negara
• Mekar & matang, dari orientasi sekuriti ke agen pembangunan
POLITIK ( Federalisme, Coalition, Perlembagaan, dll)
PENDIDIKAN (sistemkebangsaan, vernacular, antarabangsa)
AGAMA (pelbagai agama aktif serentak, dilindungi Perlembagaan)

• BAWAH KE ATAS
• Peranan NGO sebagai pengagih habuan pembangunan
• NGO agen pemantauan pelaksanaan program untuk minoriti

• INISIATIF AKAR UMBI


• ‘Street Wedding’: thousands countrywide during weekends
• Mamakization (Third Place concept)
• A successful local group initiative for economic, socio-cultural reasons
Kes Kelantan: Tapak Integrasi, Ruang
Pertemuan Komuniti dan Budaya
• Negeri Kelantan sebagai sebuah Tapak Integrasi
• Majoriti Melayu-Muslim (94% penduduk Kelantan)
• Minoriti (Pecahan darpada 6% penduduk): Cina Peranakan
Kelantan, Siam Kelantan (15,000 pd 2010), Orang Asli,
India Muslim
Kes Kelantan: Empat Proses Integrasi
Majoriti-Minoriti
• Asimilasi: Kumpulan minoriti menerima dan menghayati unsur budaya
utama kumpulanmajoriti
Siam Kelantan: Bahasa, dialek Kelantan,status Bumiputera dan perakuan
pemerintah kolonial, undang2 tanah

• Akomodasi: Majoriti dan minoriti sedar dan menghormati norma dan nilai
masing-masing
Siam Kelantan: Agama (Theravada Buddhism),adat resam, bahasa
Siam

• Akulturasi: pinjam-meminjam unsur budaya dikalangan etnik berbeda,


majoriti dan minoriti
Siam Kelantan: Makanan, kesenian, senibusana

• Amalgamasi: asimilasi biologi antara majoriti dan minoriti, khususnya


melalui perkahwinan
Siam Kelantan: perkahwinan campur berlaku
Kes Kelantan: Siri Neng Buah
Tokoh Integrasi Siam Kelantan
• Pentadbir Budaya & Warisan (Kem Kebudayaan & Warisan)
• Peminat dan Aktivis Budaya Wayang Kulit Kelantan (epik
Ramayana dipersembah dlm dialek Kelantan), mempersembah
tarian Mak Yong dan Menora
Ahli kpd dua pasukan Wayang Kulit Siam:
• “Wayang Kulit Sunan Sri Vijaya Darul Naim,” Jadi Tok Dalang bersama
ahli2 Melayu Kelantan
• Pertunjukan di Kelantan & Lembah Kelang
• “Wayang Kulit Sri Cindayu”, Kok Lanas, Kelantan; jadi Tok Dalang
bersama Tok Dalang Cina (Kang Boon Ann)
• Pertunjukan di sekitar Kelantan
SIRI NENG BUAH (TOKOH WARISAN
KEBANGSAAN ORANG HIDUP)
Kes Terkini:Penyatupaduan
Usaha membina Tapak IntegrasiTerkini
DUA CONTOH TERKINI

• Penyelesaian Perbalahan mengenai ICERD


• Perdebatan Pentafsiran dan Politik Kompromi
• Penyelesaian Konflik Kuil Seafield Maha Mariammam,
Subang Jaya
• Memahami kedudukan tempat keramat agama dalam konteks
‘pendekatan analisis tri-konsep’ struktur-sejarah-biografi;
• antara realiti sejarah dan tuntutan semasa
Pengenalan Perlembagaan
Persekutuan
Pengenalan

• Undang-undang penting untuk mengawal tingkah laku masyarakat;


menyediakan garis panduan kelakuan masyarakat
• Undang-undang asas pembinaan etika dan tamadun
• Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dan sumber
rujukan
• Perlembagaan Persekutuan menyediakan ruang tapak integrasi
• Tapak integrasi ini menjadi wahana etika dan peradaban bagi Malaysia
Lihat, Fikir dan Bincang!

• Apakah maksud perkataan “undang-undang”?


• Apakah peranan undang-undang dalam masyarakat?
• Sejauhmanakah undang-undang menyumbang dalam menghasilkan
keharmonian dalam kalangan masyarakat?

Semasa menjawab semua soalan di atas, berikan contoh-contoh


Definisi dan Konsep
Perlembagaan
Definisi dan Konsep Perlembagaan

• Perlembagaan adalah kumpulan peraturan berkaitan pentadbiran sesebuah negara.


• Perlembagaan mencipta tiga institusi pentadbiran negara, iaitu badan perundangan,
badan eksekutif dan badan kehakiman
• Perlembagaan mempunyai peruntukan berkaitan kuasa dan peranan tiga institusi
tersebut
• Pada masa sama Perlembagaan meletakkan had kepada kuasa ketiga-tiga badan
tersebut
(Lihat K.C Wheare, Modern Constitution,Oxford [Oxfordshire] :Oxford University Press, 1966)
P. PERSEKUTUAN
LEGISLATIF
(penggubal
undang2)
P. NEGERI
KEHAKIMAN
PENGASINGAN
KUASA (pelaksana
undang2)
P. PERSEKUTUAN
EKSEKUTIF
(pentadbir
kerajaan)
P. NEGERI
Perlembagaan dalam konteks Malaysia

• Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen bertulis.


• Perlembagaan adalah juga simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara.
• Di samping itu Perlembagaan menyediakan asas kenegaraan Malaysia.
• Perlembagaan direka bentuk atas kerangka asal Tanah Melayu
bersandarkan kepada sejarah, budaya dan amalan negara.
• Perlembagaan mengambil kira kepentingan semua komuniti yang
membentuk bangsa bagi negara ini.
Sam bungan
• Perlembagaan Persekutuan berasaskan "kontrak sosial”.
• Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan melalui pengesahan
undang-undang berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1957.
• Perjanjian ini ditandatangani pada 5 Ogos 1957 oleh wakil Yang Maha
Mulia Baginda Queen dengan Raja-Raja bagi negeri-negeri.
Sam bungan

• Perlembagaan Persekutuan ini adalah sebuah manifestasi kesetiakawanan, penerimaan


dan persefahaman sehingga membentuk integrasi dalam kalangan komuniti
• Persefahaman ini dianggap sebagai "kontrak sosial" demi kepentingan hak serta
warisan asal negara.
Lihat, Fikir dan Bincang!

• Huraikan hubungan antara Perlembagaan dan warganegara yang terdiri


daripada pelbagai etnik atau komuniti?

• Jelaskan peranan dan kepentingan “kontrak sosial”

Semasa menjawab semua soalan di atas, berikan contoh-contoh berkaitan.


Sejarah dan Garis Waktu
Gubalan
Sejarah dan Garis Waktu Gubalan Perlembagaan Persekutuan

Undang-Undang Sebelum Kedatangan Penjajah

Malayan Union

Persekutuan Tanah Melayu, 1948 Kerjasama Etnik; CLC,

Pilihanraya, Perikatan

Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)

Jawatankuasa Kerja Perisytiharan

Perlembagaan
i. Undang-undang Sebelum Kedatangan Penjajah

• Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat


Terengganu membuktikan telah wujud sistem pemerintahan yang
tersusun di Tanah Melayu, walaupun tidak menggunakan istilah
‘perlembagaan’.
• Keadaan ini menjelaskan sistem perlembagaan dan pentadbiran yang
tersusun tersebut itu telah wujud sebelum kedatangan penjajah British

• Semasa pentadbiran British, dua buah negeri telah membuat


Perlembagaan mereka sendiri, iaitu negeri Johor dan negeri
Terengganu, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911
ii. Malayan Union (1946)

Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

• Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan


pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

• British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama


dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa
Raja-Raja Melayu.

• Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah


negara sendiri.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union#/media/Fail:Flag_o
f_the_Federated_Malay_States_(1895%E2%80%931946).svg
Ciri-ciri Malayan Union

• Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan


Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis
Undangan.

• Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

• Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal agama Islam dan adat
istiadat Melayu sahaja.

• Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan
keturunan. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada
sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union#/media/Fail:Flag_of_th
e_Federated_Malay_States_(1895%E2%80%931946).svg
Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union kerana

• Kedaulatan Raja-Raja Melayu dilenyapkan, kecuali dalam hal ehwal berkaitan agama Islam
dan adat resam Melayu.

• Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah
bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi
warganegara.

• Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk
peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

• Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan


cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani
persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union#/media/Fail:Flag_of_th
e_Federated_Malay_States_(1895%E2%80%931946).svg
iii. Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Setelah mendapat tentangan daripada orang-
orang Tanah Melayu, British telah
membatalkan Malayan Union
• Bagi tujuan menggantikan Perlembagaan
Malayan Union, sebuah Jawatankuasa Kerja
ditubuhkan pada Julai 1946 yang terdiri
daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua
wakil U M N O dan enam pegawai British
• Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka
sebuah perlembagaan baru yang boleh
diterima oleh orang Melayu.
• British menubuhkan Jawatankuasa
Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri
daripada orang Eropah, Cina dan India dengan
tujuan untuk mendapatkan pandangan orang
bukan Melayu mengenai perlembagaan
Persekutuan TanahMelayu.
Ciri-ciri penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan pada
1 Februari 1948:

• Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.
• Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan
Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
• Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak
rasmi dan tiga ahli ex-officier.
• Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
dan Majlis Undangan Negeri.
• Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin
selama 8 hingga 12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur
minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa
Melayu yang baik.
• Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar
dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
iv. Kerjasama antara Etnik ke Arah Kemerdekaan

• Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada


pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perundangan, terutamanya
berkaitan perlembagaan, politik dan ekonomi.

• Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan


dan kedudukan khas (special position) orang Melayu serta dasar pendidikan.

• Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini: Dato Onn Jaafar, Dato’ AbdulWahab
Abdul Aziz,TunTan Cheng Lock, C.C.Tan, E.E.CThuraisingham.
v. Pilihan Raya Umum 1955

• Pilihan Raya Umum 1955, iaitu Pilihan


Raya Umum yang pertama bagi
Persekutuan Tanah Melayu memberi
implikasi yang cukup besar kepada
hubungan etnik di Malaysia.

• Ini disebabkan telah berlakunya


kerjasama dan toleransi yang cukup
kukuh antara orang Melayu dan bukan
Melayu khususnya yang melibatkan
pembahagian kursi pilihan raya seperti
dalam Jadual di bawah:
• Pembahagian kerusi dan calon, U M N O telah membuat pengorbanan dan kompromi kerana
meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti
pengundi adalah Melayu (84.2%).

• Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, U M N O diperuntukkan


35 kerusi sahaja, M C A 15 kerusi dan M C A sebanyak dua kerusi

Parti Peruntukan Kerusi Peratusan Kerusi Peratusan Pengundi


UM N O 35 69 84.2 (Melayu)
MCA 15 28 11.2 (Cina)
MIC 2 3 3.9 (India)
https://pekhabar.com

• Perkara ini mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut
kemerdekaan daripada penjajah.

• Tunku Abdul Rahman, sebagai Perdana Menteri pertama telah membentuk kabinet yang terdiri
daripada komposisi berbilang kaum iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang
India.

• Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan perlantikan tiga orang
Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam
Majlis Perundangan Persekutuan.

• Komposisi kabinet pertama ini menunjukkan bermulannya “Tapak Integrasi’


vi. Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)

• Suruhanjaya Perlembagaan merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang penubuhannya


diperkenan oleh Baginda Ratu dan raja-raja Melayu bagi merangka Perlembagaan bagi
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

• Suruhanjaya ini juga dikenali sempena nama pengerusinya, iaitu seorang hakim Mahkamah
Rayuan England, Lord William Reid.

• Suruhanjaya Reid terdiri daripada para ilmuwan dalam bidang perlembagaan; Sir Ivor
Jenning (UK), Sir William Makell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan).
Terma Lantikan Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)

Menjamin
kedudukan
orang-orang
Satu Kerakyatan Melayu dan
kepentingan
sah komuniti
lain

Menjamin
Negara kedudukan
Persekutuan Raja- Raja
dengan 1.Parlimen Melayu
tumpuan yang
kuasa kepada mempunyai
kerajaan 2 Dewan
Persekutuan 2.(Dewan
Rakyat
& Dewan
Negara)
Petikan Laporan Suruhanjaya Reid

3.The members of the Commission were appointed in the name of


Her Majesty the Queen and Their Highnesses the Rulers with
terms of reference as follows:
To examine the present constitutional arrangements throughout
the Federation of Malaya, taking into account the positions and
dignities of Her Majesty the Queen and of Their Highnesses the
Rulers; and
To make recommendations for a federal form of
constitution for the whole country as a single, self-
governing unit within the Commonwealth based on
Parliamentary democracy with a bicameral legislature,
which would include provision for:
(i) the establishment of a strong central government with the States and Settlements
enjoying a measure of autonomy (the question of the residual legislative power to
be examined by, and to be the subject of recommendations by the Commission and
with machinery for consultation between the central Government and the States
and Settlements on certain financial matters to be specified in the Constitution;
(ii) the safeguarding of the position and prestige of Their Highnesses as constitutional
Rulers of their respective States;
(iii) a constitutional Yang di-Pertuan Besar (Head of State) for the Federation to be
chosen from among Their Highnesses the Rulers;
(iv) a common nationality for the whole of the Federation;
(v) The safeguarding of the special position of the Malays and the legitimate interests
of other communities.
4. Two understandings were reached at the London Conference in relation
to these terms of reference. First it was understood that nothing in the
terms of reference proposed for the Constitutional Commission was to be
taken as in any way prejudging the position of Her Majesty the Queen in
relation to the Settlements of Penang and Malacca; and second, that sub-
section (iv) of the terms of reference was not to be taken as precluding the
Commission from making recommendations which would allow British
subjects or subjects of Their Highnesses the Rulers to retain their status as
such after they had acquired the proposed common nationality.
5. The agreement of the Conference of Rulers to the terms of reference and the
two understandings was subject to a rider which read as follows: 'Their
Highnesses wish it to be understood that they do not wish the word "nationality"
in paragraph (iv) to be interpreted by the Commission in a strict legal sense but to
be used widely enough to include both nationality and citizenship so that, if the
Commission so wishes, it can preserve the combination of nationality and
citizenship which is expressed in the Federation of Malaya Agreement 1948, but
naturally without any restriction on the expansion of citizenship so as to produce
what in effect would be "a common nationality"'. The terms of this rider were
accepted by Her Majesty's Government and conveyed to our Chairman.
Cari dan Bincang

• Cari Laporan Suruhanjaya Reid 1956/1957


• Cari teks Rukun Negara

Bincang Terma lantikan Suruhanjaya Reid dan Rukun


Negara dengan memberikan tumpuan kepada isu-isu
berkaitan tapak integrasi dan penghayatan etika dan
peradaban.
Kerangka Asas
Perlembagaan Persekutuan
8. Kerangka Asas PerlembagaanPersekutuan
Negara Persekutuan
Islam Agama Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Tertinggi
ElemenWarisan
Kewarganegaraan
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan

•Peruntukan yang digandingkan dengan keistimewaan Melayu


•Empat cara mendapatkan kewarganegaraan
1.Operasi undang-undang
2.Pendaftaran
3.Naturalisasi
4.Gabungan wilayah
•Hilang/dipecat kewarganegaraan – hilang taat setia

https://www.suaraperak.com/
Kebebasan Asasi

Perkara 5 – 13 PerlembagaanPersekutuan

Kebebasan tidak mutlak;


Merangkum jaminan
Kebebasan yang tidak mutlak; tertakluk kepada
kepada hak-hak sivil dan
mengambil kira keadaan fabrik ketenteraman dan
politik, seperti hak
masyarakat Malaysia – keselamatan negara yang
untuk hidup, kebebasan menjaga kedudukan khas orang menjaga aspek
beragama, kebebasan Melayu dan kepentingan sah kewarganegaraan,
bersuara, hak kepada komuniti lain (
kedudukan raja, Bahasa
pendidikan dan harta
Melayu, dan
Prosedur Pindaan Perlembagaan

http://www.islam.gov.my/
PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

• Dengan sokongan 2/3 setiap dewan tanpa mendapatkan persetujuan


daripada sesiapa
Perkara 159 • Contoh: pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara
(4)

• Dengan sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang di-Pertua
Negeri Sabah dan Sarawak
Perkara 161 • Contoh: berkaitan kepentingan Sabah dan Sarawak (bidang kuasa kerajaan
(E) negeri dan kedudukan istimewa Bumiputera)

• Dengan sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-raja


• Contoh: kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu,
Perkara 159 bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama
(5) persekutuan
Undi 2/3 Majoriti pada Bacaan Kedua dan Ketiga dalam
Dewan Rakyat dan Dewan Negera serta Perkenan
Majlis Raja-Raja hendaklah diperoleh dalam proses
pindaan Perkara di bawah:

• Perkara10(4); undang-undang yang dibuat di


bawah Perkara10(4); Bahagian III; Perkara
38, 63(4), 70, 71(1), 72(4), 152, 153 dan
59(5)
http://www.islam.gov.my/
Menangani Ancaman Keselamatan

Subversif

Darurat Besar

JenayahTerancang

https://www.appjawatan.com
PERKARA 149 – 151
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara 149 : Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan


yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb

Perkara 150 : Proklamasi darurat

Perkara 151 : Sekatan ke atas tahanan pencegahan


Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif,
tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah


diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar
orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan-
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan
itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin
menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang
awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
Analisis / Bincang
• Berdasarkan kepada kerangka asas Perlembagaan Persektuan yang
dibentangkan dalam slide sebelum ini, bagaimanakah Perlembagaan
Persekutuan menyumbang kepada penghayatan etika dan peradaban
Malaysia?
(Anda boleh memilih mana-masa kerangka asas Perlembagaan bagi
tujuan analisis)
• Bincangkan peranan dan sumbangan elemen warisan sebagai wahana etika
dan peradaban Malaysia
• Nyatakan peranan kerajaan, badan bukan kerajaan dan orang ramai dalam
penghayatan etika dan peradaban berasaskan kepada perbincangan
mengenai kerangka asas Perlembagaan Persekutuan
• Bagaimanakah elemen warisan, iaitu Bahasa Melayu dan institusi beraja
boleh menjadi wadah dalam penghayatan etika dan peradaban?
Cabaran
C abaran

Dalam menjadikan Perlembagaan


sebagai tapak integrasi dan wadah
penghayatan etika dan peradaban
bagi Malaysia, kita tidak dapat lari
daripada menghadapi cabaran sama
ada pada peringkat negara atau dunia.

Oleh itu, semua warganegara dan


penduduk Malaysia hendaklah
berusaha dalam mengatasi cabaran
yang sedang dan akan dilalui.
PIAGAM MADINAH DAN HUBUNGAN
ETNIK
❑ Madinah asalnya sebuah negara yg rakyatnya sentiasa berkelahi disebabkan berlainan
kepercayaan dan perkauman. Awalnya dikenali dengan nama YASTRIB.

❑ Hijrah Nabi Muhammad SAW pd 622M dari Mekah ke Madinah mengubah segalanya. Nabi
SAW diterima sebagai Ketua Negara Islam Madinah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan
agama (masyarakat majmuk).
▪ Muhajirin
▪ Ansar (Aus (Bani Abd al-Asyhal dan Bani ‘Amru bin ‘Auf) dan Khazraj (Bani Najjar, Bani Zurayq,
Bani Salamah, Bani Haram bin Kaab, Bani Ghanam, Bani Salim, Bani Saidah, Bani al-Harith, Bani
Sawad)
▪ Yahudi (Qainuqa`, Quraizah, Nadir)
▪ Nasrani
▪ Badwi (org Arab yg suka berpindah randah)
▪ Pagan (orang yg tiada agama)
MADINAH
PERLEMBAGAAN
PIAGAM MADINAH
PIAGAM MADINAH
PIAGAM MADINAH
• Perlembagaan bertulis pertama di dunia (pada tahun 622
Masihi bersamaan 1 Hijrah).
• Sebagai panduan untuk membentukkan sebuah negara
Islam yang berdaulat.
• PM bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara
Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang
Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.

Mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian:


• Bahagian Pertama
• 23 fasal menyentuh hubungan & tanggungjawab orang
Islam sesama Islam (Muhajirin & Ansar)
• Bahagian Kedua
• 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab
mereka terhadap negara Islam Madinah 68
❑ Menjadi asas pembentukan masyarakat Islam dan
bukan Islam dlm sebuah negara Islam yg berlandaskan
al-Quran dan Al-Hadith
❑ Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan
bukan Islam
❑ Kandungannya lengkap dan menyeluruh demi
kepentingan semua penduduk Madinah
KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH
❑ Merupakan satu institusi utk masyarakat mendapatkan hak-
hak individu dan keadilan
❑ Menjadi landasan pelaksanaan syariat Islam secara
menyeluruh di kalangan masyarakat
❑ Menjamin usaha dakwah dapat dijalankan dengan baik dan
terancang
❑ Mewujudkan suasana aman dan tenteram dlm kalangan
rakyat pelbagai etnik di Madinah
KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
Pembentukan
Ummah
Jaminan (Fasal 1-2)
Hak Asasi
Perlembagaan Manusia (Fasal
(Fasal 47) 3-10)

Politik Perpaduan
Perdamaian Kandungan Seagama
(Fasal 45-46) (Fasal 11-15)
Piagam
Madinah
Pemimpin Tanggungjawab
Negara (Fasal Warga Islam
42-44) (Fasal 16-23)

Hak dan
Tugas Semua Tanggungjawab
Warganegara Bukan Islam
(Fasal 36-41)
(Fasal 24-35)

71
Kandungan Piagam Madinah
i. Pembukaan( fasal 1)
Dengan nama Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang "Inilah Piagam Tertulis dari Nabi
Muhammad SAW di kalangan Orang-orang yang
beriman dan memeluk Islam (yang berasal) dari
Quraisy dan Yatsrib, dan orang-orang yang mengikuti
mereka, mempersatukan diri dan berjuang bersama
mereka.“
ii. Pembentukan ummah (fasal 2) - Mengakui
kewujudan Muhajirin, Ansar, kaum Yahudi dan
Musyrikin Madinah sebagai satu ummah atau
warganegara.
72
KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

iii. Hak asasi manusia (fasal 3-10) - Semua kaum bebas


mengamalkan kepercayaan (agama) dan adat istiadat atau
budaya masing-masing secara aman.
iv. Kerjasama sesama Muslim (fasal 11-15) - Setiap Muslim
bertangungjawab mempertahankan sesama mereka atas dasar
takwa dan persaudaraan.
v. Kerjasama antara warganegara ( fasal 16-23 )

73
KANDUNGAN PIAGAM MADINAH
vi. Golongan minoriti (fasal 24-35)
vii.Tanggung jawab warganegara melindungi negara
( fasal 36-38 ) - Setiap individu bertanggungjawab
menjaga keselamatan dan mewujudkan perpaduan
di Madinah.
viii.Melindungi negara ( fasal 39-41).
ix. Pimpinan negara (fasal 42-44)
x.Politik perdamaian ( fasal 45-46) - Rasulullah SAW
adalah ketua negara. Perbalahan kaum yang
melibatkan orang Islam dan bukan Islam,
hendaklah dirujuk kepada baginda
74
KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

xi. Penutup (fasal 47).


Bahawa orang yang tidak melanggar isi perjanjian ini
bukanlah orang yang jahat. Sesiapa yang keluar dan tinggal
di dalam kota Madinah ini, keselamatan mereka tetap
terjamin kecuali orang-orang yang melakukan penganiyaan
dan kejahatan. Sesungguhnya Allah melindungi orang yang
membuat kebaikan dan orang yang bertakwa.

75
ELEMEN PERSAMAAN PIAGAM MADINAH
DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Kebebasan Hak mendapat
• Beragama Perlindungan
• Bekerja dan Jaminan
• Perlindungan dari
mencari • Perlembagaan ini sbg sumber
keuntungan pencerobohan luar keadilan dan tidak ada ruang
• Menjawat • Perlindungan dari utk melindungi org salah dan
zalim.
jawatan kezaliman dalaman • Keselamatan semua org tanpa
dalam • Perlindungan mengira fahaman agama dan
Kerajaan terhadap darah bangsa di negara Islam adalah
• Jaminan terjamin.
dan jasad
hak asasi
76
1. kebebasan beragama

PM PP
Fasal 25: Bhw kaum Yahudi
dan Bani Auf adalah satu Perkara 3 Fasal (1) : Islam adalah agama bg
ummah bersama org mukmin. Persekutuan dan agama lain boleh
Mrk bebas dgn agama mrk diamalkan dgn aman dan damai dimana2
sendiri (Yahudi) dan org Islam bhgn Persekutuan.
dgn agama mrk (Islam).

Perkara 11 Fasal (1) : Tiap org adalah berhak


menganuti dan mengamalkan agamanya dan
tertakluk kpd fasal (4) mengembangkan
agamanya.

Perkara 11 Fasal (2) : Tiada seorg pun boleh dipaksa


membyr apa2 cukai yg hasilnya diperuntukkan khas
kesmuanya atau sebhgnnya bg maksud
sesuatunagama selain agamanya sendiri
samb – kebebasan beragama

Perkara 11 (3): Tiap2 kump agama berhak utk:


a. menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
b. menubuhkan dan menyenggara institusi bg maksud agama
atau khairat
c. memperolehi dan mempunyai harta dan memegang serta
mentadbirnya mengikut undang2
Perkara 11(4): Undg2 negeri dan mengenai Wilayah
Persekutuan KL dan Labuan mengawal dan
menyekat apa2 iktikad atau kepercayaan agama
antara org yg menganut agama Islam

Perkara 12 (3) : Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran


mengenai apa-apa agama atau mengambil bhgn dlm apa2 upacara atau
sembahyang sesuatu agama yg lain drpd agama yg lain
2. JAMINAN HAK ASASI KEMANUSIAAN

PM
Fasal 20 (b): bhw tidak boleh mana2 org
Fasal 16: org Yahudi yg menyertai kita (org Islam) hendaklah mendpt sokongan dan musyrik melindungi harta org Quraisy dan
pimpinan dgn tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan yg tidak baik terhadap mereka. tidak juga nyawa mrk dan tidak boleh
menghalang org mukmin akan haknya

Fasal 21: sesiapa yg membunuh sewenangnya Fasal 40: Bhw jiran tetangga
Fasal 41: Tidak boleh dihampiri
seorg mukmin dgn tiada bukti yg cukup hendaklah hendaklah diperlakukan sbg diri
dihukum bunuh balas kecuali dipersetujui oleh wali sebarang kehormatan wanita
yg kena bunuh menerima ganti darah, namun org sendiri, tidak boleh dilakukan
melainkan dengan izin keluarganya
mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk terhadapnya sebrg bahaya dan
perbuatan itu sendiri
dosa.
samb- 2. JAMINAN HAK ASASI
KEMANUSIAAN

PP
Perkara 8 (2): Kecuali sebagaimana yg dibenarkan dgn nyatanya oleh Perkara 8: Semua org adalah
perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhdp w/negara semata-mata samarata disisi undg2 dan berhak
atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dlm mana2 undg2 mendapat perlindungan yg sama rata
atau dlm perlantikan kpd apa2 jwtan …… di sisi undg2
Perkara 9 (2): Tertakluk kpd fasal (3)
Perkara 8(4) : Tidak ada satu pihak berkuasa
dan kpd mana2 undg2 yg berhubung
Perkara 8(3): tidak boleh ada pembezaan bg awam boleh membezakan seseorg oleh sebab ia dgn keselamatan Persekutuan atau
faedah seseorg oleh sebab ia seorg rakyat Raja bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana2 bhgnnya, ketenteraman
bg mana2 negeri mana2 bhgn persekutuan di luar bidang kuasa awam, kesihatan awam atau
pihak berkuasa itu.
penghukuman pesalah, tiap2
w/negara berhak bergerak dgn bebas
keseluruh Persekutuan dan
bermastautin dimana2 bhgnnya
3. Ketaatan kepada pemimpin

Fasal 23: W/pun kamu berbalah dlm sesuatu perkara hendaklah

PM merujukkan perkara itu kpd Allah dan Nabi Muhammad

Fasal 42: Bhw apa jua kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di
antara sesama peserta Piagam sekiranya dikhuatiri membawa bencana, maka
hendaklah dirujuk kpd hukum Allah dan kpd penyelesaian oleh Muhammad
pesuruh Allah.

Fasal 47: Bhw Piagam ini tidak boleh dipakai bg melindungi org zalim dan org bersalah; dan bhw mulai dr saat ini
brg siapa berpergian dr Kota Madinah atau menetap di dlmnya adalah terjamin keselamatannya kecuali org yg
zalim atau bersalah. Dan bhw Allah merestui setiap org yg berbuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa
Muhammad diakui Pesuruh Allah
PP – KETAATAN KEPADA PEMIMPIN
Perkara 3(2): Dlm tiap2 negeri selain negeri2 yg tiada raja, kedudukan raja sbg
Ketua Agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yg diakui dan
ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu,

Perkara 3 (3): Perlembagaan2 negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah
masing2 membuat peruntukkan bg memberi YDPA kedudukan sbg ketua ugama Islam negeri
itu

Perkara 3 (5): Walau apa2 jua dlm Perlembagaan ini, YDPA hendaklah menjadi ketua ugama
Islam di Wilayah2 Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan bg maksud ini
Parlimen boleh melalui undang2 membuat peruntukkan2 bg mengawal selia hal ehwal
agama Islam dan bg menubuhkan suatu majlis utk menasihati YDPA mengenai perkara2 yg
berhubungan agama Islam
KEPENTINGAN PM DALAM KONTEKS
HUBUNGAN ETNIK
1. Model sebuah kerajaan Islam yg terbaik
2. Mengatur sistem pemerintahan yg stabil dan kuat
3. Menjamin sistem ekonomi yg bebas dr kezaliman serta
keseimbangan sosio ekonomi rakyat
4. Membentuk dan menyusun sebuah masyarakat baru yg lebih
sistematik dgn kehidupan baru yg jauh sekali berbeza dgn
sebelumnya.
5. Mengangkat konsep keadilan sosial kpd semua tanpa mengira
bangsa dan agama
6. Menggalakkan amalan, perlakuan, sifat2 positif terutamanya
kesepaduan dan kerjasama yg boleh membawa kekuatan
7. Mengetengahkan sistem perundangan (syariah) Islam adil, lengkap
dan sama kpd semua orang.
APLIKASI PM DALAM PP

1. Kebebasan Beragama
- Artikel 3
2. Kebebasan Memilih Pemimpin
- Pilihanraya (system demokrasi berparlimen)
3. Kebebasan Hak Asasi
- Berorganisasi, berhimpun, bersuara
4. Kebebasan Berekonomi
5. Tanggungjawab Kerajaan dan Warganegara
- - melindungi rakyat
- rakyat membayar cukai/ zakat
6. Kebebasan Perlaksanaan Undang2
- semua tertakluk undang termasuk Raja2 Melayu (makhamah khas)
7. Kesamarataan
- pendidikan, kesihatan, prasarana
Analisis/Bincang

• Selain daripada cabaran yang disenaraikan di atas, apakah


cabaran lain yang mungkin dihadapi oleh Perlembagaan Persekutuan
sebagai wahana penghayatan etika dan peradaban
• Nyatakan perkara atau tindakan yang perlu diambil oleh semua
warganegara Malaysia dalam menangani cabaran yang dinyatakan?
RUJUKAN
• A.V. Dicey, Introduction to the Study of the Law of Constitution, Edisi Kelapan, Toronto: The MacMillan Company of
Canada Ltd, 1915
• A.J. Stockwell, British Policy and Malay Politics during the Malayan Union Experiment, Kuala Lumpur: Malaysian Branch
of the Royal Asiatic Society, 1979
• Abdul Aziz Bari, Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah, Kuala Lumpur: DBP
• Abdul Halim Ramli, Perlembagaan Malaysia : Isu Dan Persoalan Perhubungan Kaum. Kuala Lumpur:DBP
• Albert Lau, The Malayan Union Controversy, 1942-1948, Singapore: Oxford University Press, 1991
• Andrew Harding, The Constitution of Malaysia, Oxford: Hart Publishing, 2012
• Anthony Smith, The Ethnic Origins of Nation, Oxford: Blackwell, 1986
• F.A. Trindade and H.P. Lee (eds), The Constitution of Malaysia: Further Perspectives and Developments, Singapore:
Oxford University Press, 1986
• Harry E. Groves, The constitution of Malaysia, Singapore: Malaysia Publications, 1964
• Hashim Yeop A. Sani, Our Constitution, Kuala Lumpur: Malaysian Law Publishers, 1980
• Ibn Batuta, The Travels of Ibn Batūta, London: Oriental Translation Committee,1829
• Jayakumar, S., Constitutional Law Cases from Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur: Malayan Law Journal Sdn. Bhd.,
1976
• Joseph M. Fernando, The Making of the Malayan Constitution, Kuala Lumpur: Malaysian
Branch of Royal Asiatic Society, 2002
• K.C Wheare, Modern Constitution, Oxford [Oxfordshire] : Oxford University Press, 1966
• Kevin Tan YL & Thio Li-ann, Constitutional Law in Malaysia and Singapore, Edisi Ketiga,
Singapore: Butterworths Asia, 2010
• Kobkua Suwannathat-Pian, Palace, Political Party and Power: A Story of the Socio-Political
Development of Malay kingship, Singapore: National University of Singapore, 2011
• Mohd Rizal Yaakop & Shamrahayu A. Aziz, Kontrak Sosial: Perlembagaan Persekutuan
Pengikat Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka, Kuala Lumpur: ITBM, 2015
• Mohamed Sufian, H.P. Lee and F.A. Trindade (eds), The Constitution of Malaysia: Its
Development, 1957-1977, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1978
• Milner, The Invention of Politics in Colonial Malaya: Contesting Nationalism and the
Expansion of the Public Sphere, Cambridge: Cambridge University Press, 2002
• Milner, Race or Civilization: The Localizing of ‘the Malays’, Bangi: Institut Kajian Malaysia dan
Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2010
• Minutes of the Working Party of the Constitution of the Federation 1957, CO 941/86 (E/14)
• Mohamad Suffian bin Hashim, An Introduction to the Constitution of Malaysia, 2nd edition,
Kuala Lumpur: Government Printers, 1976
• Nazri Muslim, Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia,
Bangi:UKM, 2014
• Nurshuhada Mohamed, “Konsensus Melalui Peranan Ketua Kaum Dalam Jawatankuasa
Perhubungan Kaum (JPK) 1948”, Journal of Social Sciences and Humanitis, Vol. 13, No.3,
2018
• Paul Kratoska, The Japanese Occupation of Malaya: A Social and Economic History, St
Leonards: Allen and Unwin, 1998
• Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Perlembagaan Persekutuan
• Perlembagaan Negeri-Negeri
• R.H. Hickling, An Introduction to the Federal Constitution, Kuala Lumpur: Federation of
Malaya Information Services, 1960
• Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957, London: Her Majesty’s
Stationery Ofice, Colonial No. 330 (Laporan Suruhanjaya Perlembagaan 1956/1957)
• Report of Hearing of Counsel on Behalf Their Highnesses the Rulers CO 889/1 (32)
• Richard Winstedt, A History of Malaya, Kuala Lumpur: Marican and Sons Ltd., 1968
• Rulers’ Memorandum to the Reid commission, 12 September 1956, CO 889/6 (22)
• Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia, Kuala Lumpur:DBP
• Sayyid Muhammad Naquib Al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972
• Shamrahayu A. Aziz, “Kuasa dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan: Sejarah dan
Masa Depan, http://www.arkib.gov.my/documents/10157/6f1c6800-188b-4885-8ba8-
698102207ad1 (14.01.2020)
• Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor), Modul Hubungan Etnik, (Edisi Kedua), Bangi: UKM,
2012
• Simon C. Smith, British Relations with the Malay Rulers from Decentralization to Malayan
Independence, 1930-1957, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1995
• Sir Ivor Jennings, “Constitutional changes implicit in the terms of reference.” 23 Aug. 1956, p.
2, CO 889/2, C.C. 2000/15
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO
MODUL PENGHAYATAN ETIKA D AN PERADABAN
INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)
Prof. Ulung Datuk Dr. ShamsulAmri Baharuddin (KITA-UKM)
Prof.Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)
Prof.Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)
Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)
Dr. HairolAnuar Mak Din (KUIS)
Dr. NurAzlili Hasan (UTAR)
Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)

Anda mungkin juga menyukai