Anda di halaman 1dari 31

UNSUR TRADISI & PERLEMBAGAAN

Tujuannya untuk melatih pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi

Proses ke arah berkerajaan sendiri

Melalui Sistem Ahli yang diperkenalkan pada 1951


Anggota Sistem Ahli: British melantik beberapa orang pegawai tadbir memegang jawatan dan diberi taraf seperti menteri
Dato Onn Jaafar (Ahli Dalam Negeri) Dato Mahmud Mat (Ahli Tanah, Perlombongan & Perhutanan) E.E.C Thuraisingham (Ahli Pelajaran) Lee Tiang Keng (Ahli Kesihatan) J.D Mead Tunku Yaacob J.D Hodgkinson O.A Spencer

PILIHANRAYA
1951 1952 1954 1955
Pilihanraya 1 1 Disember 1951, Pilihan raya Bandaran Georgetown UMNO & MCA bekerjasama membentuk pakatan politik Menang kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pilihanraya 2 Februari 1952, Pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur 12 kerusi dipertandingkan Pakatan UMNO-MCA menang 9 kerusi, selebihnya oleh IMP dan calon bebas.

Konvensi Nasional diadakan Perikatan UMNO dan MCA dibentuk

Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (52 kerusi): 8 parti bertanding MIC meyertai Perikatan dan Perikatan menang 51kerusi PAS menang 1 kerusi (di Kerian, Perak)

KERJASAMA PERIKATAN
Sebelum pilihanraya, MCA & MIC bukanlah parti politik tapi lebih bermotifkan menjaga kebajikan & kepentingan kaum masing-masing.

Pelawaan orang Melayu menggambarkan ***sifat keterbukaan *** mereka & sedia berkorban, rela kongsi kuasa & toleransi demi perpaduan.

Melalui pilihanraya umum pertama (1955), pengorbanan & kompromi UMNO cukup besar. Perikatan yang didominasikan oleh UMNO sepatutnya boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA & MIC namun hal ini tidak dilakukan.
Inggeris mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu & bekerjasama.

Kemenangan PERIKATAN menjadi bukti kepada Inggeris bahawa orang Melayu & bukan Melayu boleh bekerjasama.

ROMBONGAN LONDON

Perjanjian London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan hasilnya persetujuan:


Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel Menjalankan pemerintahan secara demokrasi Perjanjian pertahanan dengan British bagi menjaga kepentingan British di Tanah Melayu (AMDA/ FPDA) Badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid Jawatan Setiausaha Kewangan & Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan & Menteri Pertahanan yang dipegang oleh rakyat tempatan.

SURUHANJAYA REID
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan 1956. Keahliannya dari pakar perlembagaan negara Komanwel:
Lord William Reid (British) Sir Ivor Jennings (British) Sir William Mckell (Australia) Hakim Abdul Hamid (Pakistan) B.Malik (India)

Suruhanjaya ini ditugas merangka perlembagaan baharu untuk Persekutuan Tanah Melayu berpandukan syarat berikut:
Membentuk negara persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat Mengekalkan hak dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai pemerintah berpelembagaan. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta hak sah kaum lain Mewujudkan sistem kewarganegaraan yang seragam Menubuh sebuh negara berasaskan prinsip demokrasi

SURUHANJAYA REID
Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan pertemuan untuk meminta cadangan dan pandangan parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu Antara perkara yang dipersetujui:
Pembentukan sebuah negara persekutuan dengan pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kerakyatan Jus Soli kepada yang lahir di Tanah Melayu Mengekalkan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menjejaskan hak kaum lain Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil boleh dikembangkan dan diamalkan Agama Islam menjadi agama Persekutuan, tetapi agama lain bebas diamalkan

Jadi, Perlembagaan Malaysia sekarang telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat. Inilah yang dikatakan KONTRAK SOSIAL

KONTRAK SOSIAL & PERLEMBAGAAN


KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Iaitu semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara

Perlembagaan Malaya ini diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 Diperbaharui apabila Singapura, Sabah & Sarawak bergabung membentuk Malaysia pada 16 September 1963

Orang Melayu
Diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu

Bukan Melayu
Diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip Jus Soli Pengecualian tentang perlunya mengetahui bahasa Melayu bagi bukan Melayu

UNSUR TRADISI & PERLEMBAGAAN


Unsur Tradisi:
Merupakan kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal undangundang

Unsur-unsur tradisi meliputi:


1. Bahasa 2. Agama 3. Kedudukan istimewa orang Melayu & Bumiputera Sabah Sarawak 4. Pemerintahan Beraja

Ciri-ciri Unsur Tradisi:


Berperanan menstabilkan sistem politik negara Dilindungi di bawah Akta Hasutan Dianggap sebagai isu sensitif Dilarang dijadikan isu perbincangan awam

Unsur-unsur tradisi adalah faktor penting untuk mewujudkan identiti Malaysia & memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN


PERKARA 3

Islam adalah agama Persekutuan Mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama (Perkara 11)

PERKARA 8

Kesamarataan & hak sama rata Pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan seumpamanya.

PERKARA 10(4)

Batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan & seumpamanya.

ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN


PERKARA 11
Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan ajaran agama lain dalam manamana bahagian Persekutuan serta beberapa peruntukan pencegahan yang berkaitan.

PERKARA 14

Peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan berkaitan perlucutan kewarganegaraan.

PERKARA 38

Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang Melayu, Islam & bahasa Melayu.

ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN


PERKARA 89
Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual kepada bukan Melayu
Kedudukan Mahkamah Syariah. Mahkamah bidang kuasa sivil tidak boleh mempunyai bidang kuasa dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah

PERKARA 121(1)(a)

PERKARA 150(6)(a)

Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan; Meskipun dalam keadaan darurat.

ISU HUBUNGAN ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN


Kedudukan bahasa Melayu sebagai PERKARA bahasa kebangsaan Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain 152 menggunakan bahasa mereka.

Kedudukan istimewa orang-orang PERKARA Melayu 153 Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.

TANAH REZAB MELAYU


Perkara 89:
Tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang Melayu atau bumiputera bagi Negeri di mana tanah terletak

Rasional Perkara 89:


Menyekat tanah kerajaan dalam kawasan Rizab Melayu dilupuskan dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu Menyekat Tanah Rizab Melayu daripada dibuat urusniaga persendirian (private dealings) diantara Melayu dengan bukan Melayu.

Tanah Yang Boleh Diisytiharkan Sebagai Rizab Melayu:


Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai Tanah Persekutuan) Tanah Hutan Simpan Tanah Rizab Awam Tanah Milik Persendirian

Cara Memperoleh Kewarganegaraan:

KEWARGANEGARAAN
Perlucutan Kewarganegaraan:

Melalui Kuatkuasa Undang-Undang

Pendaftaran

Tempat Lahir

Keturunan

Memperolehi atau menggunakan hak kewarganegaraan asing

Perkahwinan

Bermastautin

Perlucutan dengan cara pendaftaran/ permohonan

PERKARA 3

PERKARA 3
Agama Islam adalah agama persekutuan
IMPLIKASI

Pihak kerajaan (persekutuan atau negeri) mempunyai kebebasan, kuasa dan keistimewaan untuk :
Menubuhkan, menyelenggara, membantu penubuhan institusi Islam Melaksanakan ajaran Islam Mengeluarkan perbelanjaan yang diperlukan utk tujuan itu.

RASIONAL PERKARA 3

Walaupun Islam adalah agama persekutuan persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
Islam telah diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.

Penggunaan undang-undang Islam telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum penjajahan Inggeris. Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada raja-raja Melayu. Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinisikan Melayu sebagai seorang yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

PERKARA 11

PERKARA 11
Perkara 11(3) menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak:

Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

PERKARA 152

PERKARA 152
Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu (yang mengikut implikasi yang diperlukan mestilah digunakan untuk maksudmaksud rasmi)

IMPLIKASI
Tiada sesiapa pun dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

RASIONAL PERKARA 152


Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya Bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan sebutan Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sebelum Perang Dunia bagi tujuan rasmi.

PERKARA 153
PERKARA 153
Tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak

IMPLIKASI
YDPA dikehendaki melaksanakan dasar bagi melindungi keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak Dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan berhati-hati untuk memastikan tiada sesiapa merasakan kehilangan hak yang dinikmati mereka selama ini akibat dari pelaksanaan dasar tersebut. Walaubagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain

RASIONAL PERKARA 153


Kerakyatan
Orang Melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu Semasa zaman penjajah dan di awal kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu yang bekerja dengan kerajaan

Perkhidmatan Awam

Ekonomi

Orang Melayu hanya jadi pemerhati kepada kepesatan ekonomi di Tanah Melayu/Malaysia

Pendidikan

Majoriti orang Melayu adalah miskin terutama di luar bandar, sukar mendapat peluang pendidikan

Perniagaan

Orang Melayu masih kurang menceburi perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing

PIAGAM MADINAH
Perlembagaan bertulis pertama di dunia Sebagai panduan untuk membentukkan sebuah negara Islam yang berdaulat. PM bukan sahaja membentukkan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin tetapi juga perpaduan antara orang Islam dengan orang bukan Islam terutamanya orang Yahudi.

Mengandungi 47 fasal yang merangkumi 2 bahagian:


Bahagian Pertama 23 fasal menyentuh hubungan & tanggungjawab orang Islam sesama Islam (Muhajirin & Ansar) Bahagian Kedua 24 fasal membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah

Rasulullah SAW memperkenalkan PM bagi menyelesaikan persoalan semasa ketika itu lebih-lebih untuk mentadbir negara yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, agama, kepercayaan dan budaya Kepentingan Piagam Madinah:
Digubal setelah terbentuk negara Islam Madinah Model perpaduan masyarakat majmuk Pengisytiharan hak asasi manusia Menjelaskan persoalan negara Islam, perundangan, siasah, hak asasi, kebebasan, ekonomi dan yang berkaitan kehidupan masyarakat majmuk Merupakan kerangka pembentukan negara Islam pertama pada tahun 622M yang didokong oleh warganegara Madinah yang terdiri golongan Quraisy(Muhajirin) dan golongan Yathrib(Ansar, Khazraj dan Yahudi) serta golongan yang mengikut dan berjuang bersama-sama mereka

Melindungi Negara (Fasal 39-41) Pemimpin Negara (Fasal42-44)

Hak Asasi Manusia (Fasal 2-10)


Persatuan Segenap Warganegara (Fasal 16-23)

Pembentukan Ummah (Fasal 1)

Tugas Warganegara (Fasal 36-38)

Golongan Minoriti (Fasal 24-35)

ELEMEN PERSAMAAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kebebasan
Beragama Bekerja dan mencari keuntungan Menjawat jawatan dalam Kerajaan Jaminan hak Asasi

Hak mendapat Perlindungan


Perlindungan dari pencerobohan luar Perlindungan dari kezaliman dalaman Perlindungan terhadap darah dan jasad

Jaminan
Ketika lemah, dewasa dan ketiadaan harta

Anda mungkin juga menyukai