Anda di halaman 1dari 66

BAB 4

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK
OBJEKTIF PENGAJARAN

 Menjelaskansikap akomodasi yang wujud dalam


kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan
Perlembagaan Persekutuan.

 Membahasakan peranan dan kepentingan unsur-


unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.

 Menganalisis
rasional unsur-unsur tradisi dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Pengenalan

Definisi dan Konsep Perlembagaan

Perlembagaan
Persekutuan: Tiang Sejarah Penggubalan Perlembagaan
Seri Hubungan Persekutuan
Etnik

Unsur-unsur Tradisi Dalam


Perlembagaan Persekutuan

Isu-isu dan Orang Melayu dalam


Perlembagaan

Kesimpulan
Pengenalan

 Setiap negara mempunyai


perlembagaan.
 Perlembagaan Malaysia terhasil
daripada perjuangan nasionalisme
Melayu serta penglibatan etnik-etnik
lain yang berunding sesama mereka
termasuk sultan negeri-negeri dan
pihak British.
 Kepentingan setiap rakyat, negeri dan
kumpulan minoriti diambil kira dan
dilindungi oleh Perlembagaan
Persekutuan dan undang-undang
tubuh setiap negeri.
Konsep Perlembagaan
 Definisi
 Undang-undang dasar yang menjadi teras
panduan pemerintahan negara.
 Kerangka asas yang membentuk dan memandu
sistem pemerintahan sesebuah negara.
 Undang-undang tertinggi dan asas kepada
semua undang-undang lain di dalam negara.
 Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk
pemerintahan negara.
 Mengawal pemerintah dan yang diperintah
dalam mempertahankan kewujudan dan
kesinambungan negara.
 Perlembagaan Persekutuan sepintas lalu
 Bertulis
 Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 Jadual
 Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman
dan eksekutif
 Menyentuh juga aspek bahasa, agama,
kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya
 Tujuan Perlembagaan

 Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara


dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.
 Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan
sesebuah negara.
 Panduan bagi pembentukan undang-undang sama
ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa
sahaja
Pindaan Perlembagaan (3)

 Perkara 159 (4)-


 memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan.
 Contoh: sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan
persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi
perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara
lain.
Pindaan Perlembagaan

 Perkara 161 (E)


 perlu mendapat sokongan 2/3 setiap
dewan dan dipersetujui oleh Yang
dipertua Negeri Sabah dan Sarawak
bagi melibatkan kepentingan Sabah
dan Sarawak
 CONTOH; bidang kuasa kerajaan
negeri, kedudukan istimewa
bumiputera, imegresen.
Pindaan Perlembagaan

 Perkara 159 (5)


 Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap
dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja.
 Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan
istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah
dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan
agama persekutuan.
 Konsep Ketertinggian Perlembagaan

 Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan,


kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan
Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan

 Contoh:
 Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga
dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang
dikenakan oleh perlembagaan

 Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah


undang-undang utama persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan yang berlawanan
dengan perlembagaan adalah setakat mana yang
berlawanan itu terbatal.
Sejarah Penggubalan

 Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka,


Batu Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud
sistem perlembagaan di Tanah Melayu

 Diikuti
Perlembagaan Johor dan Terengganu yang
memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu,
rakyat sultan dan beragama Islam

 Menjelaskansistem perlembagaan itu telah wujud


sebelum kedatangan penjajah British
 MALAYAN UNION. 10 OKT 1945.

 Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

1. Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan


kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri
seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri
Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
2. British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang
Melayu bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan
Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja-Raja
Melayu.
3. Menjadi asas kepada British untuk masyarakat
tempatan bagi memerintah negara sendiri.
 Ciri-ciri Malayan Union.

1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di


bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh
Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam


hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa


mengambil kira bangsa dan keturunan. Pengenalan
Malayan Union telah memberikan hak warganegara
kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
 Penentangan orang Melayu terhadap Malayan
Union.
 Tentangan orang Melayu kerana:
1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal


sebagai tanah jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli


iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih
sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara
terus menjadi warganegara.

4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa


mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki
apa-apa keistimewaan.

5. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan


raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan
ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu
menandatangani persetujuan Malayan Union atau
dilucutkan dari tahta pemerintahan.
Persekutuan Tanah Melayu 1948

 British telah membatalkan perlaksanaan Malaya


Union setelah mendapat tentangan hebat
daripada orang Melayu.
 Ditubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946
yang terdiri daripada empat wakil raja-raja
Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai
British
 Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka
sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima
oleh orang Melayu.
 British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan
pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang
Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk
mendapatkan pandangan orang bukan Melayu
mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu.
Ciri-ciri penting dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1 Feb 1948:
 Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk
Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah
jajahan yang berasingan.
 Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan
dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan.
 Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu
tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.
 Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
 Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur
minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan
mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
 Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera
dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan
Persekutuan dan Negeri.
 Kerjasama
antara etnik ke arah
kemerdekaan.

 Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan


Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada
pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan
sesetengah masalah perlembagaan, politik dan
ekonomi.
 Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi
membincangkan berbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta dasar pendidikan.
 Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa
ini: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul
Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C
Thuraisingham.
 Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama)
memberi implikasi yang cukup besar kepada
hubungan etnik di Malaysia.
 Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan
toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan
bukan Melayu khususnya yang melibatkan
pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam
Jadual
 Pembahagian kerusi dan calon, UMNO
telah membuat pengorbanan dan
kompromi kerana meletakkan calon bukan
Melayu di kawasan majoriti pengundi
Melayu dan walaupun majoriti pengundi
adalah Melayu (84.2%).

 Tetapidemi perpaduan dan mengamalkan


konsep perkongsian kuasa, UMNO
diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15
kerusi dan MIC sebanyak dua kerusi
Parti Peruntukan Peratusan Peratusan
Kerusi Kerusi Pengundi

UMNO 35 69 84.2
(Melayu)
MCA 15 28 11.2 (Cina)

MIC 2 3 3.9 (India)


 Perkara
ini mengetepikan pandangan sempit
perkauman dan bekerja ke arah menuntut
kemerdekaan daripada penjajah.

 Tunku
membentuk kabinet yang terdiri daripada
komposisi berbilang kaum iaitu enam orang
Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India.

 Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama


yang baik dengan perlantikan tiga orang Cina
dan seorang India untuk memberikan
keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam
Majlis Legislatif.
Perjanjian London Sebagai Langkah Ke arah
Kemerdekaan
 Ketetapan yang dipersetujui:
 Pembentukan sebuah persekutuan dengan
kerajaan pusat yang kuat.
 Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,
kehormatan dan hak Raja-raja Melayu.
 Pengwujudan jawatan ketua negara yang
bergelar Yang di Pertuan Agong.
 Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu
serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
 Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan
yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah
Melayu.
 Suruhanjaya Reid
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal
oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.
 Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British),
Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan
Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
 Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis
dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun
hingga Oktober 1956.
 Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan
daripada parti-parti politik, orang ramai, individu-
individu dan Raja-raja Melayu.

 Inimenjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak


sosial dan perjanjian perdamaian.

 Melaluipermuafakatan sosial ini, orang bukan


Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang
longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan
orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan
dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam,
Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
Melaluikontrak sosial ini, orang bukan
Melayu telah diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar
berasaskan prinsip jus soli.
Manakala orang Melayu
diperuntukkan dalam perlembagaan
mengenai agama Islam, Bahasa
Melayu dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Raja-
raja Melayu
 Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan
Perlembagaan
 mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang
dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan
oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada
Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu
 Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh MacGillivar
dan Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak
(UMNO), Ong Yoke Lin (MCA) and V.T Sambathan
(MIC), Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-
raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan
Neil Lawson. Ahli lain terdiri dari Ketua Setiausaha
Kerajaan, Sir David Watherston, Peguam Negara, T.V.A
Brodie dan E.O Laird bertindak sebagai Setiausaha.
 Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan
diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu
pada 31 Ogos 1957
Unsur-Unsur Tradisi
 Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum
kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem
yang kesahannya bergantung kepada agama
dan nilai-nilai asal lainnya

 Kontrak
sosial meliputi:
 bahasa,
 agama,
 kedudukan istimewa orang Melayu dan
bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan
 pemerintahan beraja
 Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana
 Telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.

 Berperanan menstabilkan sistem politik negara
dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya
Reid menekankan betapa pentingnya
perlembagaan mengambil kira faktor-faktor
sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud
sebelum tahun 1957

 Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan


dianggap sebagai isu-isu sensitif yang
dilarang daripada dijadikan isu
perbincangan awam.
 Iajuga merupakan satu pra-syarat dan
permuafakatan yang telah dipersetujui dan
diterima oleh orang Melayu dan bukan
Melayu. Ini bermakna:
 Orang Melayu diberikan hak istimewa,
 Islam menjadi agama persekutuan dan
 Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan
sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh
etnik bukan Melayu.
 Pra-syarat
ini menunjukkan bahawa
pemimpin terdahulu telah menerima satu
formula bagi menyelesaikan masalah yang
wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik
di Tanah Melayu pada ketika itu.
Unsur-Unsur Tradisi: Kesultanan

 Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa


mutlak
 Selepas merdeka, berkonsepkan Raja
Berperlembagaan – bertindak atas nasihat
Kabinet
 Dilindungi di bawah Perkara 38(4)
 Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:
 Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
 Mengampun dan menangguhkan sabitan kesalahan di
mahkamah tentera
 Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan
 Lambang perpaduan
 Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
 Ketua agama bagi negeri tidak beraja
 Lambang keadilan
 Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam
Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam
 Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama
Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat
Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling
berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang
dan Perlembagaan.

 Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di


negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri
mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu,
beragama Islam dan keturunan diraja.

 Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong,


baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz
Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang
dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan
janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan
agama Islam
Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam
 Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah
ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai
raja.

 Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama


Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas
sebagai ketua agama Islam mereka mempunyai budi bicara dan
tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

 Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk


melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang
termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh
kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh
dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang
Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.
Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam
 Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam
tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin (Perkara 150 (6a)).

 Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau


negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan
Islam di Malaysia (Perkara 2 (2).

 Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun


kerana untuk memindanya, ia perlu kepada sokongan majoriti
lebih dua pertiga parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan
Agong (Perkara 159 (5).
Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam

 Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa juga


keadaan dalam mana-mana undang-undang dan
perlantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat
pengecualian terhadap perlantikan bagi sesuatu institusi
agama Islam (Perkara 8).

 Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa


penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama
selain dari Islam (Perkara 11 (4).

 Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah dari Mahkamah


Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah
Syariah (Perkara 121 (1A).
Unsur-Unsur Tradisi: Bahasa Melayu
 Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa
lain menggunakan bahasa mereka.
 Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain
dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa-apa bahasa lain.
 Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan
dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
 Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan
darurat
 Perkara 10(4) perkara sensitif
 Perkara 160B, teks dalam bahasa kebangsaan mengatasi
teks dalam bahasa Inggeris
Unsur-Unsur Tradisi: Bahasa Melayu
 Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan
tanpa menggugat bahasa ibunda lain
 Menjadi bahasa lingua franca
 Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi
 Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa
Melayu
Unsur-Unsur Tradisi: Kedudukan Istimewa
orang Melayu
 Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara
153, Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual
Ketigabelas - persempadanan kawasan pilihanraya

 orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai


seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya
bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat
Melayu dan

 Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di


Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di
Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu
ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura
atau
 Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Takrifan Bumiputera
 Sarawak
 terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut,
Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan
campuran dari kaum tersebut.

 Sabah
 anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah
dan dia telah dilahirkan di Sabah.
Isu-Isu Islam dan Orang Melayu Dalam
Perlembagaan

i. Kebebasan Beragama
 Merujuk kepada Perkara 11, Perkara 3,
Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12
 Kebebasan beragama diberikan kepada
penganut agama Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun, kebebasan dalam
penyebaran bergama adalah tidak
mutlak.
 Cth: Perkara 11(4) memberi kuasa
kepada Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri meluluskan undang-undang
pengawalan agama bukan Islam dalam
 Dengan kata lain, sebarang agama boleh
diamalkan tetapi tidak menggangu
ketenteraman awam dan tidak
menyakitkan hati penganut agama lain.
 Kebebasan beragama tertakluk kepada
undang-undang awam seperti Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta
Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967.
 Kebebasan beragama juga bermakna
seseorang itu tidak bebas mendirikan
rumah ibadat di mana sahaja yang disukai.
ii. Kesamarataan
 Semua orang adalah sama di sisi undang-undang
 Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi
menurut agama, ras dan lain-lain kecuali
dibenarkan oleh perlembagaan
 Namun, perubahan politik dan ekonomi
menyebabkan sesetengah etnik ketinggalan dan
ini perlu dibantu
iii. Diskriminasi Perlindungan

 Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan


hak yang istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan
dalam masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik
lain.

 Etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan
ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih
terkehadapan.

 Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan


perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu
kumpulan yang mundur Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam
perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti keretapi, pos, kastam dan
perkhidmatan telegraf
 Diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan:

 Ia dibuat bagi membetulkan semula ketidakseimbangan politik


di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan baru
merdeka.

 Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti


supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada
ditenggelami majoriti.
 Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang
telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya.
 disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan
tertentu semasa perlembagaan digubal.
iv. Persoalan Perkara 153

 Mengeluarkan orang Melayu dari arus


kemiskinan (Ekonomi)
 Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970)
 Jurang Pendapatan melebar antara etnik
 Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timur
 Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4%
tahun 1970
 Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan
merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan
etnik (13 Mei)
Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat
Berhad, 1995 dan 1999

1995 1999
Kumpulan Hak Milik
Bumiputera (Individu, Institusi dan 20.6 19.1
Agengsi Amanah)
Cina 40.9 37.9

India 1.5 1.5

Rakyat Asing 27.7 32.7

Syarikat Nomini 8.3 7.9

Jumlah 100 100

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan


Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi
masih belum mencapai sasaran 30%

Matlamat Pencapaian
1970 1990 1990 2002
• Bumiputera 2.4 30.0 19.3 18.7

• Bukan Bumi. 32.3 40.0 46.8 43.2


– Cina 45.5 40.9
– India 1.0 1.5
– Lain-lain 0.3 0.8
• Asing 63.3 30.0 25.4 28.9
• Nomine 2.0 8.5 9.2
JUMLAH 100.0 100.0 100.0 100.0
Kemiskinan
% Isi 60
rumah Malaysia
50
40
30
20
10
0
1970 1990 2002
Jumlah 49.3 16.5 5.1
Luar Bandar 58.6 21.1 11.4
Bandar 24.6 7.1 2.0
Ketermiskinan 3.9 1.0

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di
Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan
RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh
dari PLI.
Jurang pendapatan antara kaum

Nisbah ketaksamaan
pendapatan isirumah
1970 1980 1990 1999 2002

Luar Bandar : Bandar 1: 2.1 1: 1.8 1: 1.7 1: 1.8 1: 2.1


Bumiputera : Cina 1: 2.3 1: 1.9 1: 1.7 1: 1.7 1: 1.8
Bumiputera : India 1: 1.8 1: 13 1: 13 1: 1.4 1: 1.3
Kerasionalan Perkara 153
 Pendidikan
 Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh
dan matrikulasi yang khusus orang Melayu
turut dibuka kepada bukan Melayu
 Kuota IPTA juga telah ditukar kepada
meritokrasi
v. Perkara 18 Sarawak dan Perkara
20 Sabah

 Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963,


merupakan satu persetujuan yang telah disepakati
antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
yang dikenali sebagai Perkara 20 bagi Sabah dan
Perkara 18 bagi Sarawak.
 Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa,
kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan
Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan
Senarai III.
 Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan
dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan
dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-
duanya memberikan persetujuan.
 Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa
bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai
peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan
 Antara perkara tersebut adalah:
 Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu
agama sebagai agama rasmi negeri.
 Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus
digunakan tanpa had masa.
 Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas
Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua
negeri.
 Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi
soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah
sendiri.
 Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.
 Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu
(Persekutuan Tanah Melayu) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan
dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.
Kesimpulan
 Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan
yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi
dan rela berkongsi kuasa.
 Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu
diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu
mempersoalkannya lagi.
 Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia
dapat menghindarkan negara Malaysia daripada
berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh
merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin

Anda mungkin juga menyukai