Anda di halaman 1dari 15

KUMPULAN 2 

KOD KURSUS MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN


PERADABAN 

DRAF E-FOLIO

SEJARAH,DEFINISI DAN
KONSEP PERLEMBAGAAN

Bil.  NAMA  NO. PENDAFTARAN 


1.  FADLAN HAKIMI BIN AHMAD ZAIDI 20DPM22F1033
2.  WILBERT MARK ANAK WILTANY 20DPM22F1007
3. AWANG KU SHAMRIN BIN AWANG SUFRI 20DPM22F1064
4. MUHAMMAD FIKRIE BIN IBRAHIM 20DPM22F1066
5. AKMAL SIDDIQ BIN MOHD JAYYID KHAIRI 20DPM22F1052
6 TOTTI ANAK GUNTOR 20DPM22F1062
Perhargaan
Kami sangat bersyukur kerana dapat juga menyiapkan e-folio ini dengan sempurna dan
kemas. Sepanjang membuat tugasan ini kami telah dapat menembah ilmu pengetahuan
tentang tajuk ini iaitu kepelbagain idea “bangsa idaman” dan perbahasan. Tidak lupa juga,
ucapan ribuan terima kasih juga kepada pensyarah tugasan,Puan Farah Hanan binti Abu
Bakar yang turut memberi peringatan dan sebagi pemudah cara. Kami sangat menghargai
jasa beliau kerana telah membimbing kami. Bukan itu sahaja, saya ucapkan terima kasih
kepada kepada ahli kumpulan yang telah berkerjasama dan bertungkus-lumus dalam
menyiapkan e-folio ini dangan sempurna dan menarik. Akhir kata,kami juga mengucapkan
terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
sepanjang kerja e-folio ini. Terima Kasih setinggi langit kami amat menghargainya.
Isi Kandungan
1. Penghargaan
2. Objektif
3. Pengenalan
 Sejarah dan garis waktu penggubalan perlembagaan
persekutuan
 Kewujudan Malayan Union
 Persekutuan Tanah Melayu 1948
 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan 1948
 Penubuhan Communities Liaison Committee (CLC)
 Suruhan Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)
4. 5 Faktor cabaran dalam Perlembagaan
5. 5 Kesan cabaran Perlembagaan
6. 5 Cara mengatasi cabaran Perlembagaan
7. 5 Contoh isu cabaran yang berlaku
8. Kesimpulan
9. Aktiviti Pengukuhan
10. Rujukan
Objektif
 Memahami dan mengenali lebih teliti mengenai sejarah, definisi dan konsep
perlembagaan.
 Menghuraikan etika dan peradaban Perlembagaan dalam konteks Malaysia.
 Menjelaskan kelestarian etika dan peradaban dalam sebuah perlembagaan.

PENGENALAN
Secara umum perlembagaan merupakan satu elemen penting dalam pembentukan sesuatu
tamadun atau peradaban yang unggul. Kewujudan perlembagaan akan memberikan garis
panduan dan tatacara sesuatu negara itu diperintah. Perlembagaan juga menjaga gerak-geri
warganya agar sentiasa mematuhi amalan dan undang-undang negara. Penggubalan dan
pengenalan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara mempunyai sejarah
yang unik kerana mengambil kira kepentingan masyarakatnya yang bersifat majmuk.
Penggubalan perlembagaan negara Malaysia mengambil masa yang agak lama. Bertujuan
untuk memahami sejarah penggubalan perlembagaan, perlulah ditelusuri sejarah negara
dari awal hinggalah tercapainya kemerdekaan. Hal ini akan memudahkan pemahaman
tentang siapa, mengapa dan bagaimana suatu perlembagaan itu wujud khususnya bagi
negara yang bermasyarakat majmuk. Perlembagaan secara amnya ialah satu bentuk
kumpulan undang-undang negara yang berperanan membentuk sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat khususnya bagi menjunjung negara ini sebagai sebuah negara yang
beretika dan berperadaban tinggi. Perlembagaan Malaysia ialah perlembagaan yang unik
bagi sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk kerana pembentukkannya
mengambil kira kehendak dan kepentingan masyarakat Malaysia itu sendiri. Setiap kaum
atau etnik di Malaysia mempunyai tempat dalam system pemerintahan Malaysia.
Perlembagaan merupakan sumber tertinggi undang-undang negara dan segala tindak-
tanduk rakyatnya tertakluk pada Perlembagaan.
Sejarah dan Garis Waktu Penggubalan Perlembagaan Persekutuan

Undang-undang sebelum
kedatangan penjajah

Malayan Union 1948

Persekutuan Tanah
Melayu 1948

Communitties Liaison
Committee (CLC)

Suruhanjaya Perlembagaan
1956

Pengisytiharan
Perlembagaan

Malayan Union 1946


Kewujudan satu perlembagaan yang berdaulat bagi Tanah Melayu bermula akibat
pengenalan Malayan Union pada April 1946. Perlembagaan ini telah di tentang oleh orang
Melayu. Antara sebabnya ialah:
a) Kedaulatan raja-raja dan hak istimewa orang Melayu tergugat
b) Orang bukan Melayu akan mengatasi jumlah bilangan orang Melayu
c) Kebencian masyarakat Melayu kerana Tindakan Mac Michael yang menggunakan
ugutan untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu
Orang Melayu telah menentang dan membantah penubuhan Malayan Union. Untuk itu,
pada 1-4 Mac 1946, suatu kongres telah diadakan yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn di
Kuala Lumpur untuk menggesa raja-raja Melayu agar tidak menghadiri majlis perasmian
Malayan Union. Pada 1 Mei 1946, kongres Melayu yang kedua diadakan di Johor Bahru bagi
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara
kepentingan Melayu. Penentangan ini juga telah membuat Malayan Union batal dan
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Sebab Pengenalan
Malayan Union
Untuk
memberikan
Untuk
menyatukan
Untuk
melemahkan
peluang kepada semua negeri bagi
kedudukan dan
rakyat tempatan meningkatkan
kuasa raja-raja
untuk memerintah kecekapan
Melayu
negara sendiri pentadbiran

Ciri-ciri
Malayan
Union Kedudukan Raja-raja
dihapuskan

Singapura dijadikan tanah


jajahan berasingan

Semua negeri Melayu


disatukan dan diletakkan di
bawah pemerintahan Gabenor
British kecuali Singapura

Hak kerakyatan diberikan


kepada semua kaum tanpa
mengira bangsa dan keturunan
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Sebelum Persekutuan Tanah Melayu ada, British telah menubuhkan jawatankuasa kerja
pada julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan
enam pegawai British untuk merangka sebuah perlembagaan baharu. Kemudian satu
Jawatankuasa Perundingan yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India untuk
meninjau pendapat orang bukan melayu tentang persekutuan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu. Akhirnya, Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 februari 1948.

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan 1948


a) Terdiri daripada Sembilan buah negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura kekal sebagai tanah jajahan yang berasingan.
b) Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan di bantu oleh Majlis Undangan
Persekutuan serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
c) Mempunyai 17 ahli, iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ex-officio.
d) Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
e) Sultan diberi hak semula dan kuasa memerintah berdasarkan nasihat daripada Majlis
Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
f) Untuk menjadi warganegara mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin
antara 8-12 tahun, manakala untuk orang asing ialah bermastautin selama 15 tahun.
Seseorang pemohon mestilah mencapai umur 18 tahun dan mempunyai
pengetahuan atau boleh bertutur bahasa Melayu
g) Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai bumiputera dan mempunyai perwakilan
terbesar sama ada pada peringkat Persekutuan atau Negeri
h) Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan dan pengenalan Sistem Ahli
Penubuhan Communities Liaison Committee (CLC)
Ketika pengenalan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, kerjasama antara orang melayu
dan bukan melayu dilihat agak erat dengan tertubuhnya Jawatankuasa Hubungan Antara
Kaum atau (Communities Liaison Committee atau CLC) pada 1949. CLC dianggotai orang
melayu dan bukan melayu yang bekerjasama menyelesaikan masalah seperti isu
kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang melayu dan isu pendidikan. Antara ahlinya
ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, Dr. J.S.
Goonting dan E.E.C Thuraisingham. Pada 1951, Ketika Sistem Ahli diperkenalkan, British
telah melantik wakil dari Persekutuan Tanah Melayu sebagai ahli dalam Majlis Mesyuarat
Kerja Persekutuan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Onn Jaafa, E.E.C Thuraisingham,
Tunku Yaakob, Lee Ting Keng, Dato’ Mahmud Mat, J.D. Mead, J.D. Hodgkinson dan O.A
Spencer.

Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)


Satu Perlembagaan bagi Tanah Melayu telah digubal oleh badan bebas yang terdiri daripada
pakar undang-undang dari beberapa buah negara komanwel yang diketuai oleh Lord Reid.
Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 dan berperanan menggubal Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Keahliannya terdiri daripada Lord Reid (British),
Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini meminta pandangan dan cadangan daripada raja-raja
Melayu, parti politik, individu dan orang ramai. Maka, lahirlah Perlembagaan 1957 bagi
sebuah negara yang merdeka
Raja-raja Melayu Kewujudan
terjamin Parlimen

Pembentukan
Kedudukan
Negara
Agama Islam
Persekutuan

Terma Menjamin

Satu kerakyatan
lantikan Kedudukan orang
Melayu dan
Suruhanjaya Kepentingan
kaum lain
Reid
5 FAKTOR CABARAN DALAM PERLEMBAGAAN

1) KEGIATAN SUBVERSIF

 Kegiatan subversif ialah kegiatan yang dijalankan oleh individu atau pertubuhan
yang menggunakan cara yang salah di sisi undang-undang atau perlembagaan.
Kegiatan ini bertujuan untuk menghancur dan membinasakan ketenteraman
yang ada dengan cara meracuni pemikiran rakyat supaya menggulingkan
kerajaan.

2) ISU PENDIDIKAN

 Isu yang paling hangat dibahas dalam peringkat Parlimen mahupun dalam
kalangan masyarakat adalah kewujudan sekolah vernakular. Sekolah Vernakular
ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut dan
hal ini menjejaskan perpaduan kaum.

3) KORUPSI DALAM PENTADBIRAN NEGARA

 Sejak kebelakangan ini, isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan
ahli politik dan penjawat awam di Malaysia semakin parah dan seperti tidak
dapat dibendung. Hal ini menyebabkan kestabilan negara tergugat dan
melemahkan pentadbiran negara. Hal ini juga menyebabkan imej sesebuah
negara kerana pentadbiran negara dihiasi dengan korupsi.

4) ISU PERKAUMAN

 Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana mempunyai penduduk yang
terdiri daripada pelbagai kaum,etnik dan agama. Namun hal ini menyebabkan isu
rasisme kerap kali berlaku.

5) BERLAKU KRISIS DALAM HAK ASASI MANUSIA

 Hak asasi manusia adalah hak yang tidak boleh dipisahkan dan kebebasan yang
layak bagi setiap insan sebagai seorang manusia. Hak tersebut menjamin maruah
dan harga diri insan manusia serta menggalakkan kebaikan insani. Masih banyak
krisis hak asasi manusia perlu diselesaikan antaranya penganiayaan, kemiskinan,
pengangguran, tiada tempat perlindungan, pelarian, dan ancaman terhadap alam
sekitar.
5 KESAN CABARAN PERLEMBAGAAN

1. BERLAKU RAMPASAN KUASA

Rampasan kuasa terhadap suatu pemerintahan atau kerajaan biasanya secara


keras dan tiba-tiba oleh golongan dalam di sebuah negara dan akan digantikan
dengan pemerintah lain. Dalam situasi rampasan kuasa selalunya akan
menyebabkan banyak nyawa orang awam yang tidak bersalah terkorban. Sebagai
contoh, peristiwa rampasan kuasa di Myanmar.

2. BERLAKU RUSUHAN PERKAUMAN

Rusuhan perkauman akan berlaku apabila ada ketidakpuasan hati atau ada
perselisihan faham antara kaum. Sebagai contoh, peristiwa rusuhan perkauman
yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku akibat perselisihan faham antara
kaum Cina dan Melayu

3. NEGARA DIJAJAH

Hal ini boleh berlaku apabila perlembagaan negara yang terlalu lemah akibat
konfilk politik dan perebutan kuasa di dalam sesebuah negara. Ia membolehkan
kuasa besar dari luar mengambil kesempatan dengan melakukan campur tangan
yang bertujuan untuk menjajah negara kita.

4. BERLAKU KETIDAKADILAN DALAM PENTADBIRAN NEGARA

Hal ini boleh menyebabkan berlaku pertindihan atau pemusatan kuasa dalam
pemerintahan dan pentadbiran negara. Ia juga boleh menyebabkan hala tuju
politik negara menjadi tidak menentu dan berlakunya huru hara.

5. HAK ASASI MANUSIA TERGUGAT

Hak asasi manusia tidak terjamin dan kebebasan rakyat seperti dalam hal agama
dan pemilikan harta akan tergugat.
5 CARA MENGATASI CABARAN PERLEMBAGAAN

1. SERIUS DALAM MENANGANI GEJALA RASUAH

Setiap pihak khususnya Pihak SPRM haruslah serius dalam menangani isu rasuah
dan penyalahgunaan kuasa supaya perlembagaan negara tidak dicabuli dengan
masalah ini.

2. MENGHORMATI DI ANTARA SATU SAMA LAIN

Kita mestilah menghormati dan tidak menyentuh sensitiviti kaum lain bagi
mengelakkan perselisihan faham di antara kaum yang boleh membawa kepada
rusuhan perkauman.

3. ADIL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Seorang pemimpin haruslah berlaku adil dalam membuat keputusan supaya dapat
dihormati oleh ahli politik lain dan rakyat.

4. MENTAL DAN FIZIKAL

Oleh hal itu, masyarakat perlu mempersiapkan mental dan fizikal mereka
daripada keadaan yang diluar jangkaan supaya sikap liberalism dapat dielakkan
serta mengukuhkan semangkat patriotism dari mereka demi kepentingan bangsa
dan negara.

5. MENGHORMATI HAK ASASI MANUSIA

Kerajaan haruslah memandang serius dan tidak berat sebelah dalam


pembahagian hak asasi manusia kerana setiap kaum, agama dan masyarakat
haruslah diberi keistimewaan yang sama rata tanpa mengira darjat dan pangkat.
5 CONTOH ISU CABARAN YANG BERLAKU

1. Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta
harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei
1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

2. Sejak kebelakangan ini banyak berlakunya kes rasuah melibatkan penjawat awam,
pekerja swasta dan lebih teruk lagi ahli politik juga terlibat dengan beberapa kes
rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Hal boleh menyebabkan sistem perlembagaan
negara menjadi lemah.

3. Pada 31 julai 2021, hampir 400 peserta menyertai perhimpunan yang dianjurkan
oleh Sekreteriat Solidariti Rakyat berpakaian hitam dan berkumpul di Dataran
Merdeka. Perhimpunan itu bertujuan untuk menunjukkan ketidakpuashatian rakyat
terhadap kerajaan pada masa itu dibawah pimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin.

4. Hak kebebasan bersuara di Malaysia telah banyak dipertikaikan apabila banyak


perhimpunan dan protes termasuk Perhimpunan Bersih telah dilihat mempunyai
ahli-ahlinya ditangkap tanpa waran.

5. Diskriminasi terhadap orang kurang upaya adalah sah, tetapi kerajaan menggalakkan
penerimaan dan pengambilan orang tersebut. Walaupun bangunan kerajaan yang
baru dirancang dengan orang kurang upaya dalam fikiran, bangunan lama dan
kenderaan pengangkutan awam tidak. Duti eksais yang lebih rendah dikenakan ke
atas kereta dan motosikal yang direka untuk orang kurang upaya. Kementerian
Sumber Manusia ditugaskan untuk melindungi hak orang kurang upaya. Akta Orang
Kurang Upaya telah diluluskan pada tahun 2008 tetapi pelanggar tidak dihukum.
Berikutan Kajian Berkala Sejagat PBB di Malaysia pada 2009, Malaysia mengesahkan
Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya, walaupun dengan tempahan
tertentu.
KESIMPULAN

 Kesimpulannya, pihak kerajaan mestilah memainkan peranan yang penting dalam


mewujudkan perlembagaan yang kukuh dan menjadikan negara stabil. Seluruh
masyarakat hendaklah memupukkan nilai-nilai yang baik dalam diri mereka begitu
juga golongan pemimpin negara hendaklah menunjukkan contoh yang baik dan
menjalankan tugas dengan amanah dan taat agar perpaduan dan kemajuan negara
dapat dicapai dengan mudah.

SOALAN PENGUKUHAN

 Nyatakan 3 sebab pengenalan Malayan Union


 Nyatakan 6 terma lantikan Suruhanjaya Reid
 Mengapakah Malayan Union ditentang oleh orang Melayu

RUJUKAN

 Penghayatan Etika Dan Peradaban yang diterbitkan oleh Pnerbit Ehsan(M) Sdn Bhd.
 https://www.azman-duniaku.com/2021/03/spm-kesan-kesan-buruk-amalan-
rasuah.html?m=1
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
 https://m.merdeka.com/jabar/mengenal-jenis-jenis-korupsi-yang-sering-dilakukan-
lengkap-dengan-contohnya-kln.html?page=3
 https://anyflip.com/jcjab/hpmd/basic

Anda mungkin juga menyukai