Anda di halaman 1dari 46

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Ilahi kerana atas keinzinanNya, dapatlah kami Kumpulan 5 menyiapkan folio ini. Setelah lama kami berpenat lelah mencari maklumat dan juga meluangkan masa bersama-sama rakan sekumpulan, akhirnya kami dapat menghela nafas lega kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi ini. Kami telah mendapat tajuk Kemerdekaan (1945-1957). Kami telah bertungkus-lumus mendapatkan seberapa banyak maklumat yang kami mampu dan pelbagai cara telah kami gunakan. Saya sebagai Setiausaha kumpulan mewakili kumpulan 5 ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah kami Cik Fauziah Binti Ani kerana telah membantu kami dengan memberi tunjuk ajar cara-cara membuat sebuah folio yang lengkap. Dan ucapan terima kasih juga kerana beliau telah banyak membantu kami dalam mendapatkan sesuatu maklumat yang baik dan tepat. Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kumpulan kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kerana semua ahli kumpulan dapat mencurahkan idea dan sama-sama meluangkan masa demi menyiapkan folio dan slideshow yang bakal dibentangkan. Walaupun kadangkala masa perjumpaan bertindih dengan aktiviti lain, tetapi demi kerja kumpulan ini, kami tetap akan meluangkan masa bersama. Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan lain yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam memberi maklumat untuk mencari info tentang tajuk kajian kami ini. Segala maklumat yang diberi sangat berguna buat kami untuk mencari maklumat. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang sudi berkongsi sedikit sebanyak maklumat dan juga tunjuk ajar. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada anda semua, semoga jasa anda semua akan dibalas dengan pahala yang berlipat ganda. Wassalam.

Page | 1

PENGENALAN

Negara kita telah mendapat kemerdekaan sejak tahun 1957 lagi. Akan tetapi kita tidak akan dapat merasa nikmat kemerdekaan ini tanpa usaha pejuang-pejuang tanah air kita pada masa dahulu. Maka sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai masyarakat Malaysia untuk memelihara kemerdekaan negara kita. Keamanan dan kedamaian negara harus dipelihara sebaiknya. Bukan senang pejuang-pejuang tanah air kita dahulu hendak mendapatkan kemerdekaan kerana banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa mereka hadapi. Kemerdekaan adalah satu konsep sarat dengan pengertian politik, jati diri dan pembangunan sebuah bangsa. Pengertian merdeka dari segi politik tidak terbatas kepada pembebasan dari kuasa penjajah saja. Merdeka bererti kebebasan dari segi pemikiran, keilmuan, sosial, ekonomi dan budaya dari pengaruh asing yang merosak dan menindas. Merdeka juga bermakna mempertahankan maruah negara terhadap penghinaan dalaman dan asing. Dalam folio ini kami dapat memberitahu tentang konsep kemerdekaan itu sendiri. Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone.Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu,Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Union diusulkan, sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.Namun begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura kedalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negaranegara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Page | 2

Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu,sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.Pada bulan ogos 1945 , Jepun telah dikalahkan oleh pihak Berikat dan ini membawa kepada berakhirnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu yang memakan masa lebih kurang tiga setengah tahun.Pentadbiran di Tanah Melayu telah diambil alih oleh Bintang Tiga yang menguasai politik di tanah melayu selama dua minggu sahaja.Bintang Tiga yang diterajui oleh Parti Komunis Malaya(PKM) mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap orang melayu.Pemerintahan Bintang Tiga kemudiannya digantikan oleh satu corak pemerintahan sementara oleh British yang dikenali sebagai British Military Adminstration(BMA).Kemudiannya British telah membawa bersama-sama satu corak pemerintahan baru yang dikenali sebagai MALAYAN UNION.Rancangan Malayan Union diumumkan oleh George Hall,Setiausaha Tanah Jajahan,semasa persidangan parlimen British pada Oktober 1945.Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil kerajaan British untuk mendapatkan persetujuan berupa tanda tangan Raja Melayu .Pada 11 Oktober 1945 ,MacMichael tiba di Tanah Melayu dan selesai mejalankan tugasnya pada 21 Disember 1945

Seterusnya British telah menyusun satu strategi yang melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan menerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum. Banyak kesan yang berlaku akibat penubuhan dan perjalanan jawatankuasa tersebut kerana ia mengubah pendirian politik Dato Onn Jaafar yang kemudiannya bergerak di atas platform kepentingan Melayu . Membina sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah. Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir negara mereka sendiri. Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan dapat dicapai. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaan negara melalui perundingan tanpa pertumpahan darah sewajanya kita hargai.

Page | 3

1.0 KONSEP KEMERDEKAAN

1.1 DEFINISI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud (merdka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain. Melalui apa yang kita fahami tentang kemerdekaan, kita

berpendapat bahawa kemerdekaan bermaksud bebas daripada penguasaan negara asing terhadap negara kita. Selain itu , kemerdekaan juga bermaksud tiada penjajahan dan kuasa asing ke atas negara kita. Oleh itu, kita boleh memerintah negara kita dengan cara kita yang tersendiri tanpa perlu mendengar arahan penjajah. Penindasan kuasa asing terhadap rakyat Negara kita juga akan terhapus melalui kemerdekaan yang dicapai agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa. Di samping itu, kemerdekaan bagi sesebuah negara juga dapat mengusir kuasa asing daripada monopoli ekonomi negara kita untuk kepentingan mereka sendiri.

Kemerdekaan adalah satu konsep yang bukan sahaja sarat dengan pengertian politik, jati diri malahan dalam pembangunan sebuah bangsa. Pengertian merdeka dari segi politik tidak terbatas kepada pembebasan dari kuasa penjajah saja. Merdeka juga bererti kebebasan dari segi pemikiran, keilmuan, sosial, ekonomi, kepercayaan dan

budaya dari pengaruh asing yang merosak dan menindas. Merdeka juga bermakna mempertahankan maruah negara terhadap penghinaan dalaman dan asing. Ini kerana negara sendiri harus diperintah oleh rakyat tempatan sendiri tanpa gangguan anasir luar yang hanya mementingkan kepentingan negara mereka tanpa ambil peduli akan hak asasi penduduk tempatan.

Merdeka dalam bangsa juga bermaksud melepaskan diri dari belenggu penjajahan bangsa lain. Misalnya , rakyat dalam sebuah negara mahukan hidup yang aman dan bebas dari sebarang kongkongan kuasa lain terhadap hidup mereka dan pemerintahan negara. Selain itu, rakyat juga berharap dapat hidup sedarjat dengan bangsa yang lain yang telah merdeka dalam pertalian antarabangsa di dunia internasional. Mereka mahukan keistimewaan yang setaraf diterima oleh bangsa lain dengan mereka. Bangsa juga berharap dapat mencapai tujuan nasional bangsa melalui kemerdekaan yang dicapai.
1. Berita harian 27/08/2010, Dr. Zaini Ujang Pengisian kemerdekaan masyarakat menerusi pelestarian alam sekitar mesra alam

Page | 4

Bagi sesetengah rakyat, kemerdekaan bagi mereka bermaksud hak asasi yang paling dasar bagi setiap bangsa. Mereka berpandapat bahawa merdeka merupakan hak asasi mereka yang mereka berhak nikmati dalam sebuah negara untuk mendapat kebebasan .Selain itu, sejarah peradaban di dunia sebahagian besar diisi oleh perlu perjuangan suatu bangsa yang terjajah untuk menjadi bangsa yang merdeka. Contohnya , bangsa negara Malaysia telah banyak berjuang dengan cara demokrasi untuk mendapatkan kemerdekaan dari pihak British tanpa penumpahan darah. Pada umumnya, kemerdekaan bermaksud bebas dari kekuasaan bangsa lain. Ini bermakna bangsa bebas dari segala jajahan bangsa lain sama ada dalam pentadbiran, ekonomi dan sosio budaya.

Kesimpulannya, kemerdekaan merupakan sesuatu penganugerahan yang sukar dicapai oleh sesebuah negara yang menjadi jajahan negara lain sejak berzaman dahulu. Kita patut berasa bangga dengan pemimpin kita yang telah bertungkus-lumus mencapai kemerdekaan untuk negara ini sehingga kita dapat menikmati hidup dalam keadaan yang aman dan selesa berlainan dengan mereka. Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan titik sejarah yang patut diketahui oleh setiap rakyat Malaysia. Pada saat itulah semua rakyat berkumpul di Stadium Merdeka untuk mendengar laungan merdeka Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah sebanyak 7 kali dan ia bermaksud negara Malaysia merdeka dan telah bebas daripada jajahan kuasa lain.

1.

Pendidikan Kewarganegaraan: Kecakapan Berbangsa dan Bernegara ,Penerbit Pribumi Mekar, Aa Nurdiaman(2007).

Page | 5

1.2 CIRI-CIRI KEMERDEKAAN Kemerdekaan membawa kepada banyak maksud. Ianya bergantung kepada aspek kepentingan dan pendekatan. Secara amnya,kemerdekaan bermaksud bebas. Bebas dari segi apa? Kemerdekaan adalah bebas daripada kongkongan atau cengkaman negara luar. Kemerdekaan sesebuah negara adalah kebebasan dari cengkaman luar. Ianya adalah bebas untuk memilih kerajaan sendiri dan bebas memerintah negara tersebut tanpa campur tangan kuasa asing. Rakyat sesebuah negara merdeka harus dapat menentukan dirinya dan membangun tanpa terikat dengan negara lain yang pernah dijajahnya. Contohnya, suatu ketika dahulu Malaysia pernah dijajah oleh kuasa besar iaitu Jepun. Ketika itu Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Jepun memerintah Tanah Melayu dengan kejam. Pada zaman itu kuasa pembesar melayu dan raja telah diketepikan. Malah kuasa Jepun memerintah sepenuhnya Tanah Melayu dengan sistem pemerintahan Jepun. Pada akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan kini namanya bertukar kepada Malaysia.Hal ini menunjukkan bahawa salah satu contoh sebuah negara yang bebas dari cengkaman penjajah. Kebiasaannya sebuah negara yang telah mencapai kemerdekaan, negara tersebut akan mengamalkan corak pemerintahan demokrasi. Apakah yang dimaksudkan demokrasi? Demokrasi adalah corak pemerintahan yang ditentukan olah rakyat negara tesebut. Rakyat menentukan corak pemerintahan negara tersebut dengan mengadakan pilihan raya. Daripada sumber itulah sesebuah negara dapat memilih pemerintah negara tersebut. Namun begitu, Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Sebuah negara merdeka juga mengamalkan konsep federalisme. Apakah yang dimaksudkan dengan federalisme? Federalisme membawa maksud fahaman dan pandangan yang menjurus kepada kesatuan di bawah satu persekutuan. Dibawah federalisme terdapat federalis. Faderalis merupakan golongan yang berfahaman federalisme dan menyokong penubuhan sebuah kerajaan persekutuan. Selain itu, sebuah negara persekutuan juga merupakan ciri sebuah kemerdekaan. Sesebuah negara persekutuan merujuk kepada negara yang terdiri daripada beberapa selfgoverning atau berautonomi yang bersatu di bawah sesebuah kerajaan pusat. Autonomi merupakan hak untuk mentadbir negeri adalah termaktub di dalam perlembagaan negeri masing-masing dan tidak dipinda oleh kerajaan pusat secara unilateral.Unilateral membawa maksud satu pihak. Jadi ianya dilakukan bukan mengikut pandangan satu pihak namun dilakukan dengan mengambil pandangan dari pihak lain juga demi kebaikan Negara. Page | 6

2.0 MALAYAN UNION 2.1 PENUBUHAN MALAYAN UNION

Pada bulan ogos 1945 , Jepun telah dikalahkan oleh pihak Berikat dan ini membawa kepada berakhirnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu yang memakan masa lebih kurang tiga setengah tahun.Pentadbiran di Tanah Melayu telah diambil alih oleh Bintang Tiga yang menguasai politik di tanah melayu selama dua minggu sahaja.Bintang Tiga yang diterajui oleh Parti Komunis Malaya(PKM) mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap orang melayu.Pemerintahan Bintang Tiga kemudiannya digantikan oleh satu corak pemerintahan sementara oleh British yang dikenali sebagai British Military Adminstration(BMA).Kemudiannya British telah membawa bersama-sama satu corak pemerintahan baru yang dikenali sebagai MALAYAN UNION.Rancangan Malayan Union diumumkan oleh George Hall,Setiausaha Tanah Jajahan,semasa persidangan parlimen British pada Oktober 1945.Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil kerajaan British untuk mendapatkan persetujuan berupa tanda tangan Raja Melayu .Pada 11 Oktober 1945 ,MacMichael tiba di Tanah Melayu dan selesai mejalankan tugasnya pada 21 Disember.

Cadangan Perlembagaan MU mengandungi 2 fasal utama : 1. a. Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai MU. b. Singapura diasingkan dari MU kerana jumlah penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor. c. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masingmasing. d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan halehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat.

1.

Mohd. Ashraf Ibrahim, Gagasan bangsa Malayan yang bersatu : 1945-57, Mohd Ashraf Ibrahim

Page | 7

e.

MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.

f.

Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.

g.

Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran MU, Singapura dan wilayah Borneo.

2.

Kerakyatan Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan: a. b. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15 Februari 1942. c. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara MU. d. Mereka yang tidak layak mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.

2.2 SEBAB PENUBUHAN MU

1.

Mewujudkan keseragaman dan kecekapan

MU dilaksanakan supaya dapat mewujudkan keseragaman atau kecekapan dalam pentadbiran di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, terdapat 3 bentuk pentadbiran yang tidak seragam, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. James V. Allen dalam bukunya The Malayan Union menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal. Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak kelemahan. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya bukan sahaja dapat mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, tetapi juga menjimatkan belanja pentadbiran.

2.

Melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu

Penubuhan MU bertujuan untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu

1.

Sejarah pembangunan bangsa dan Negara, Mohamad Idris Saleh

Page | 8

terutamanya di kalangan orang-orang Cina dan India. Taat setia orang Cina dan India masih lagi ke negara asal mereka. Diharapkan dengan pemberian kerakyatan yang longgar, orang Cina dan India akan menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara MU.

3.

Mengimbangi perkembangan ekonomi

MU juga bertujuan untuk mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, perkembangan ekonomi antara negeri tidak seimbang. Secara umunya, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu lebih maju daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu.

4.

Persiapan ke arah berkerajaan sendiri

Mengikut British, MU merupakan persiapan Tanah Melayu menuju ke arah berkerajaan sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan. Selain itu, kesedaran nasional perlu ditanam di kalangan penduduk seluruh Tanah Melayu.

5.

Meneruskan usaha British

MU juga dilaksanakan bagi meneruskan usaha British untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu sebagai satu unit politik seperti yang dijalankan sebelum Perang Dunia Kedua. Buktinya: desentralisasi dilaksanakan dengan tujuan mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan.

6.

Meneruskan penguasaan politik dan ekonomi

Penubuhan MU akan membolehkan British meneruskan penguasaannya ke atas politik dan ekonomi Tanah Melayu kerana Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.

7.

Membalas dendam

MU juga dilaksanakan dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya The Malayan Union menegaskan sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap
1. 2. Gagasan bangsa Malayan yang bersatu : 1945-57, Mohd Ashraf Ibrahim Dato' Onn Jaafar dan perjuangan kemerdekaan, Ismail Adnan

Page | 9

anti-Melayu kerana mereka kecewa dengan tindakan orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.

8.

Mengenang jasa

James V. Allen juga mendakwa penubuhan MU bertujuan mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bersama-sama British dalam usaha mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Akibatnya, perlembagaan MU dirangka sebegitu rupa yang menguntungkan orang Cina yang berkaitan dengan kerakyatan.

9.

Menghalang usaha ke arah kemerdekaan

MU dilaksanakan bagi menghalang usaha ke arah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh penduduk Tanah Melayu, terutamanya orang Melayu. Sejak pendudukan Jepun, orang Melayu telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Usaha mereka akan terhalang kerana MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.

10.

Menyusun strategi pertahanan

Penubuhan MU bertujuan memudahkan British menyusun strategi pertahanan. Sebelum Perang Dunia Kedua, British mendapati sukar untuk menyusun strategi pertahanan Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan memudahkan British menyusun strategi pertahanan yang berkesan.

1. 2.

Gagasan bangsa Malayan yang bersatu : 1945-57, Mohd Ashraf Ibrahim Dato' Onn Jaafar dan perjuangan kemerdekaan, Ismail Adnan

Page | 10

2.3 PENENTANGAN MU OLEH ORANG MELAYU

Pengenalan dan penubuhan MU telah menimbulkan penentangan hebat dari orang Melayu. Sebabnya:

1.

Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan-sultan

Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangancadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.

2.

Kekuasaan dan kewibawaan Sultan

Penubuhan MU akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam halehwal Islam dan adat resam Melayu. Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu.

3.

Hak istimewa

Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa

1.

Sejarah pembangunan bangsa dan Negara, Mohamad Idris Saleh

Page | 11

menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.

4.

Hak kerakyatan

Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana merek masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

5.

Balas dendam

Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya The Malayan Union mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.

6.

Masa cemas

MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina.

7.

Orang Melayu tidak terlibat

Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

1.

Sejarah pembangunan bangsa dan Negara, Mohamad Idris Saleh

Page | 12

2.4 BENTUK PENENTANGAN

1.

Akhbar

Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika MU dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang MU. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya . 2. Kerjasama

Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama dalam usaha menentang MU. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan MU dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap MU. Sebagai contoh: pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946.

1.

Gagasan bangsa Malayan yang bersatu : 1945-57, Mohd Ashraf Ibrahim

Page | 13

3.

Kongres

Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato Onn bin Jaafar, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha untuk menentang MU. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama.

4.

Pemulauan

Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan upacara panubuhan MU dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1 April 1946.

5.

Perkabungan

Selama seminggu sejak penubuhan MU, orang Melayu telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan MU. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bungabunga kabung.

6.

Ahli Melayu

Ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap MU.

1.

Gagasan bangsa Malayan yang bersatu : 1945-57, Mohd Ashraf Ibrahim

Page | 14

PENUBUHAN PEKEMBAR (UMNO)

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui. Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka. Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.

Page | 15

Pada 1945 beberapa pemimpin Melayu beraliran kiri telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Antara mereka yang bergiat cergas dalam PKMM ini ialah Mokhtaruddin Laso, Arshad Ashaari, Rashid Maidin, Abdullah C.D., Musa Ahmad Baharuddin Latif, Shamsuddin Salleh, Dahari Ali, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Amad Boestamam, Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako), Aishah Ghani, dan beberapa orang lagi. Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan, pada mulanya berada di bawah PKMM, tetapi kemudiannya menjadi pertubuhan beraliran kiri yang tersendiri. Pada 22 Februari 1947, PKMM, API, dan AWAS bergabung dan menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Pada 1947 juga, PUTERA telah bergabung dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pimpinan Tan Cheng Lock dan dianggotai oleh orang-orang Cina dan India. Gabungan ini dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi. Gabungan PUTERA-AMCJA ini ditubuhkan untuk memberikan cadangan balas terhadap penubuhan Malayan Union. Di samping itu, gabungan ini juga menentang idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai ganti Malayan Union. Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor. Pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing di untuk menghadiri kongres ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur. Dato Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres.

Page | 16

Usul yg dibincangkan dalam kongres pertama:


1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2. Membantah pertubuhan Malayan Union 3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Cadangan asal Dato Onn ialah Pertubuhan Melayu Bersatu(U.M.O). Tuan Zaba mencadangkan supaya menambah perkataan Kebangsaan selepas perkataan Pertubuhan supaya medjadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) . Perjuanga orang-orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union(MU) masih lagi berjalan terus. Datuk Onn memanggil Kongres Melayu yang kedua untuk perkukuhkan lagi perjuangan menentang MU. 29 wakil-wakil daripada 29 Pertubuhan telah menghadiri atau memberi wakilan(proxy) kepada lain-lain Pertubuhan. Persidanagn Kongres Melayu Kedua diadakan di Istana Besar, Johor. Demikian wujudnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang di dalam bahasa Inggerisnya United Malays National Organisation ringkasnya UMNO dengan rasminya pada 11 Mei 1946. Kemudian Dato Onn telah meyatakan bahawa Kongres Melayu itu telah merebak namanya seluruh dunia dan menunjukkan kesatuan di antara orang Melayu daripada Raja-raja sampailah lapisan ke bawah.

1.

http://umno-online.com/?page_id=2888

Page | 17

JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM

Pengenalan: Membina sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah. Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir negara mereka sendiri. Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan dapat dicapai. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaan negara melalui perundingan tanpa pertumpahan darah sewajanya kita hargai.

4.1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum

1. British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

2. Bagi British, hal ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Tanah Melayu. 3. Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama

Page | 18

LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN

A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

1. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949. 2. CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu. 3. Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum. 4. Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. 5. Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah. 6. CLC telah mengadakan beberapa rundingan . 7. UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti: Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan

Page | 19

8. Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951. 9. Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum

1. Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambang kemerdekaan, parti-parti politik di Tanah Melayu memperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum. 2. Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkan kerjasama kaum ialah: UMNO 1946 pimpinan DatoOnn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman MIC 1946 Pimpinan K.L. Devaser MCA 1949 Pimpinan Tan Cheng Lock IMP 1951 Pimpinan Dato Onn bin Jaafar PAS 1951 Pimpinan Hj. Ahmad Fuad Parti Negara 1954 Pimpinan Dato Onn bin Jaafar 3) Semasa di bawah pimpinan Dato Onn bin Jaafar, UMNO telah bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum untuk melonggarkan syarat kerakyatan kepada orang asing. 4) Dato Onn juga mencadangkan supaya UMNO dibuka keahliannya kepada semua kaum, tetapi mendapat tentangan daripada ahli-ahli UMNO. 5) Dato Onn turut mencadangkan Sistem Ahli yang memberi peluang pentadbiran kepada penduduk pelbagai kaum. 6) Apabila UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau telah menubuhkan Parti Perikatan yang menggabungkan parti pelbagai kaum untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Perundangan 1955.

Page | 20

7) UMNO pernah membentuk pakatan dengan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952. 8) MIC memberi sokongan terhadap perjuangan DatoOnn dan IMP yang mengasaskan kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah parti politik. 9) MIC akhirnya menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955. 10) MCA telah mewujudkan pakatan MCA-UMNO pada tahun 1952 dan menyertai Perikatan UMNO-MCA 1954 dan kemudiannya Parti Perikatan 1955. 11) Independence For Malaya Party (IMP), PAS dan Parti Negara merupakan parti-parti yang menegakkan kerjasama kaum dalam satu parti politik . Walau bagaimanapun PAS hanya menerima keanggotaan pelbagai kaum yang beragama Islam.

Pendidikan Alat Perpaduan 1) Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan generasi muda. 2) Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah Melayu akan dapat disatukan dengan perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah Melayu. 3) Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan kaum kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu: i. Sekolah Agama Islam: (a) Terdiri daripada sekolah agama, sekolah pondok dan madrasah (b) Bahasa Melayu atau bahasa arab digunakan sebagai bahasa pengantar (c) Mengajar terutamanya pelajaran agama (d) Dibiayai rakyat dan orang perseorangan (e) Bebas daripada kawalan British (f) Menyediakan pengajaran peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah (g) Lepasan pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir.

Page | 21

ii. Sekolah Vernakular:

(a) Didirikan oleh Kerajaan British (b) Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar (c) Hanya di peringkat sekolah rendah (d) terletak di luar bandar (e) Suasana pembelajaran yang serba kekurangan (f) Awalnya kurang mendapat sambutan kerana tiada pelajaran Quran. (g) Lepasan pelajarnya hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) (h) Lepasan pelajar tiada peluang menjawat jawatan tinggi.

iii. Sekolah Vernakular Cina: (a) Ditubuhkan sejak akhir kurun ke-19 oleh pihak persendirian dan parti-parti politik. (b) Menggunakan bahasa Cina khususnya bahasa Mandarin sebagai pengantar. (c) Sukatan pelajaran, guru, buku teks di bawa dari China. (d) Tujuannya untuk mengekalkan identiti Cina di Tanah Melayu. (e) Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina. (g) Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina. (h) Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. (i) Lepasan sekolah berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat Pengajian Tinggi di China.

iv. Sekolah Vernakular Tamil: (a) Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial (b) Menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar (c) Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan India

Page | 22

(d) Guru dibawa dari India (e) Persekitaran belajar serba kekurangan (f) Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah. (g) Kurang mendapat sambutan kerana lebih suka anak-anak membantu di ladang. (h) Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.

v. Sekolah Vernakular Inggeris (a) Ditubuhkan sejak kurun ke-19 oleh mubaligh Kristian (b) Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. (c) Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan swasta. (d) Didirikan di bandar-bandar (e) Pelajar lepasannya berpeluang melanjutkan pelajaran Ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara. (f) Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat tinggi (g) Dipandang tinggi oleh masyarakat. 4) Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang perpaduan kaum. 5) Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkan komunikasi. 6) Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah Cina. 7) Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telah diadakan.

Page | 23

8) Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu system pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu.

CADANGAN LAPORAN PELAJARAN i) Laporan Barnes 1951 (a) Sekolah adalah wajib (b) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (c) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (d) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon (e) Sistem latihan perguruan yang sama (f) Sistem peperiksaan dan sistem nazir yang sama

ii) Laporan Fenn-Wu 1951 (a) Menolak cadangan Penyata Barnes kerana mahu terus mengekalkan identiti sistem pendidikan Vernakular Cina.

iii) Ordinan Pelajaran 1952

(a) Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu

b) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (c) Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama (d) Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.

Page | 24

iv) Laporan Razak 1956

(a) Mengadakan sistem sekolah umum dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. (b) Pendidikan rendah adalah wajib (c) Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan , latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama. (d) Pentadbiran pendidikan adalah berpusat. (e) Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.

1. Keempat-empat laporan pendidikan itu mempunyai satu hubungan yang jelas antara satu sama lain. 2. . Penyata Barnes telah menjadi asas laporan-laporan pelajaran yang lain, dan telah diperakui oleh Ordinan Pendidikan 1952. 3. Walau bagaimanapun, Laporan Fenn-Wu telah menolak menolak penggunaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar , dan menuntut bahasa mandarin menjadi pengantar di sekolah Cina. Dengan itu, Laporan Fenn-Wu telah mengekalkan sekolah aliran Cina sebagai satu sistem pendidikan yang tersendiri. 4. Keadaan ini menyebabkan matlamat memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan tidak terlaksana.

5. Penyata Razak 1956 telah menerima Penyata Barnes tetapi demi tolak ansur politik, penyata ini membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular sepuluh tahun selepas merdeka. 6. Sekolah vernakular akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.

Page | 25

7. Dengan pelaksanaan Penyata Razak mulai tahun 1961, sistem pelajaran kebangsaan semakin menjadi realiti.

8. Ciri-ciri perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat melalui: a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi melahirkan perpaduan di kalangan rakyat b) Mengadakan bahasa pengantar yang seragam bagi sekolah rendah, menengah dan universiti. c) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem pentadbiran yang sama dan berpusat.

4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri 1) Kerajaan British menetapkan perpaduan kaum sebagai prasyarat bagi Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.

2) Kerjasama kaum akan menjamin perpaduan rakyat dan seterusnya menjamin kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu tidak terjejas.

3) Justeru sejak 1951, British menekankan kerjasama kaum dalam setiap langkah ke arah berkerajaan sendiri.

Page | 26

Langkah-langkah ke arah Berkerajaan Sendiri. a) Sistem Ahli 1951

i. Sistem Ahli merupakan suatu sistem pentadbiran yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu. ii. Diperkenalkan pada Januari 1951, hasil idea Dato Onn bin Jaafar yang mendapat sokongan daripada kerajaan British dan Raja-raja Melayu. iii. Cadangan tersebut selaras dengan hasrat British untuk menjalankan satu dasar yang dikenali sebagai dekolonisasi. iv. Kerajaan British berpendapat Sistem Ahli akan dapat mengurangkan tekanan parti Komunis Malaya yang sedang berusaha meluaskan pengaruhnya di kalangan penduduk Tanah Melayu.

iv. Sistem Ahli dilaksanakan selama 5 tahun setengah dan tamat pada Jun 1955. Ciri-ciri Sistem Ahli:

Satu Sistem kabinet bayangan ( seakan-akan kabinet menteri| di negara merdeka tetapi tidak dipilih secara pilihan raya ) yang mengandungi beberapa orang pegawai tadbir atau tokoh masyarakat. Anggotanya dikenali| sebagai Ahli. Misalnya, Ahli Pelajaran ( Menteri Pelajaran) Pelantikan| dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

Page | 27

Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruh Jaya| Tinggi British. Ahli-ahlinya : DatoOnn bin Jaafar Ahli Hal-Ehwal Dalam Negeri 1951-1955 Dato Mahmud Mat Ahli Tanah dan Perlombongan 1951-1954 Tunku Yaacob Almarhum Sult.Abdul Halim Shah Ahli Pertanian dan Perhutanan 1951-1955 E.E.C. Thuraisingham Ahli Pelajaran 1951-1955 Dr. Lee Ting Keng Ahli Kesihatan 1951-1954 v. Pada tahun 1955, Wakil UMNO, Tun Dr. Ismail, Abdul Rahman dan wakil MCA, H.S.Lee telah menganggotai Sistem Ahli.

vi. Sistem Ahli menggambarkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Tanah Melayu. Ini adalah kerana ahli-ahli yang dilantik adalah gabungan pemimpin- pemimpin pelbagai kaum di negara ini.

vi. Sistem Ahli merupakan unsur penting dalam menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai dapat diperjuangkan oleh semua penduduk pelbagai kaum. Sistem Ahli juga memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui sebuah kerajaan walaupun Tanah Melayu masih dikuasai British.

Page | 28

b. Kelonggaran Kerakyatan Persekutuan i. Jawatankuasa Hubungan Antara kaum telah mencadangkan agar syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan. ii. Cadangan ini bertujuan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya mencurah taat setia sepenuhnya kepada Tanah Melayu di samping mengelakkan golongan imigran daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya. iii. Cadangan ini dipersetujui UMNO, Raja-raja Melayu dan kerajaan British. iv. Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri. v. Di peringkat persekutuan, kerakyatan dilonggarkan dengan tiga cara, iaitu: secara kuat kuasa undang-undang ( operation of law) secara permohonan (application) Secara naturalisasi ( naturalization) KELONGGARAN SYARAT KERAKYATAN PERSEKUTUAN. Secara Kuat Kuasa Undang-Undang (Operation of law) Seorang rakyat raja di negeri Melayu Seorang warganegara British dan koloni-koloninya (Hong Kong, Australia, New Zealand, India dan Burma ) yang lahir di Negeri-negeri Selat. Secara Permohonan ( Application) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik, dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. Kerakyatan ini diberi oleh Pesuruhjaya Tinggi kerana telah berjasa dengan Tanah Melayu. Secara Naturalisasi (Naturalization) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun berturut-turut.vi. Kerakyatan di peringkat negeri yang telah dilonggarkan dikenal sebagai Kerakyatan Negeri 1951.

Page | 29

vii. Kelonggaran bertujuan mengiktiraf golongan imigran sebagai rakyat raja Melayu. vii. Syarat-Syarat Kerakyatan Negeri 1951 Syarat Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan Orang asli di negeri-negeri Melayu . Seorang melayu dilahirkan di negeri Melayu Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. Seorang yang telah berumur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada raja, dan melepaskan kewarganegaraan asal. ix. Perubahan syarat kerakyatan ini menyebabkan rakyat Raja Melayu bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu dan orang asli, bahkan juga golongan imigran. Inilah asas penting sebuah kerakyatan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. x. Sebagai tukar ganti kepada persetujuan orang-orang Melayu terhadap kelonggaran kerakyatan persekutuan dan negeri itu, Kerajaan British telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) xi. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang-orang Melayu di luar bandar. xii. DatoOnn telah dipertanggungjawabkan menjadi pengerusi RIDA yang pertama. xiii. RIDA kemudiannya digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 1966 dan berkekalan sehingga kini. c) Pembentukan Parti Perikatan i. Pembentukan parti perikatan merupakan satu usaha parti-parti politik pelbagai kaum bekerjasama untuk mendapatkan kemerdekaan. ii. Pemimpin UMNO, MCA, MIC berpendapat penubuhan Perikatan akan mewujudakn perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum.

Page | 30

PENGENALAN PROSES PILIHANRAYA PILIHAN RAYA Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.pemilihan ini dilaksanakan secara sulit dan menggunakan cara yang telus dan sistematik.Pengiraan undi dibuat secara terbuka bagi mengelakkan penipuan dan keputusannya direkodkan.Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.Pilihan raya merupakan cirri penting demokrasi berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Keanggotaannya dipilih oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah rundingan dibuat bersama Majlis Raja-raja Melayu.SPR ini ditubuhkan bagi menjamin pilihan raya dijalankan dengan adil dan saksama serta bebas daripada tekanan pemerintah atau pembangkang. FUNGSI SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Antara fungsi SPR adalah untk menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya.Selain itu,SPR juga menjalankan pendaftaran pemilih.SPR juga berfungsi untuk mengenalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

JENIS PILIHAN RAYA Pilihan raya umum dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan undangan Negeri secara serentak di seluruh Malaysia.Bagi negeri Sabah dan Sarawak pula pilihan raya umum bagi Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil pula dilakukan apabila berlakunya kesosongan kerusi di manamana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri.Kekosongan tersebut berlaku kerana beberapa perkara tertentu seperti kematian,perletakan jawatan ataupun perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia, manakala 90 hari bagi Sabah dan Sarawak selepas berlaku kekosongan kerusi dimana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

1.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia

Page | 31

PROSEDUR PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Penamaan calon

Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding

Pelancaran kempen Pilihan Raya

Pengumuman tentang tempat penundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR

Pemberian kertas undi yang mengandungi lambing parti calon yang bakal di pilih kepada pengundi di tempat pengundian

Pembuangan undi. Pengundi akan memengkah calon plihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas undi tersebut kedalam peti undi

Pengiraan undi

Pengumuman keputusan Pilihan Raya oleh Pegawai Pilihan Raya

Page | 32

PILIHAN RAYA MAJLIS TEMPATAN Satu pilihanraya umum adalah perlu bagi penduduk Tanah Melayu untuk memilih pemimpin-pemimpin mereka sendiri untuk mentadbir tanah air. Hal ini seiring dengan perkembangan parti-parti politik di Tanah Melayu dan perubahan dasar British.

Justeru itu pilihanraya majlis tempatan adalah satu cara atau jalan yang sesuai sebagai latihan untuk menuju ke arah demokrasi berparlimen. Dengan cara ini, masyarakat dikehendaki memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa Tempatansebagai perwakilan mereka.

Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Radikal Pulau Pinang telah memenangi 6 kerusi daripada 9 buah kerusi yang dipertandingkan.

Seterusnya Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pula diadakan pada Februari 1952 dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA, IMP dan calon bebas. Pada pilihanraya ini, IMP telah menunjukkan tanda-tanda keretakannya dengan masyarakat kerana mereka hanya meletakkan empat orang calon berbangsa Cina berbanding dengan enam calon berbangsa India dan dua orang calon bangsa Melayu. Perkara ini tidak dapat diterima masyarakat kerana di kawasan itu penduduk majoritinya adalah berbagsa cina.

Karier Dato Onn di dalam bidang politik berbilang kaum berakhir selepas kekalahan tersebut dan kekalahan ini juga menunjukkan berakhirnya parti IMP.

Hasil daripada Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur ini, ia jelas menunjukkan bahawa masyarakat Negara ini masih belum dapat menerima aliran politik berbagai kaum. Hal ini kerana pengundi masih lagi memerlukan calon daripada bangsa yang sama walaupun kita tidak dapat menafikan bahawa bentuk dan ideologi IMP sangat sesuai untuk masyarakat berbilang kaum. Tanpa memberikan penekanan kepada manamana kaum tertentu, IMP gagal mendapatkan sokongan pengundi. Faktor kaum masih lagi menjadi perkara dan kriteria penting dalam pilihanraya.

Page | 33

1. 2.

Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan Bersatu 1945-57, m/s 161-162 Buku Teks Sejarah Tingkatan 3,ISBN 978-983-62-8286-6, Dewan Bahasa dan Pustaka

Selain itu, Pilihanraya Majlis Bandaran juga turut diadakan pada tahun 1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban.

CLC iaitu Communities Liaison Committe berusaha memupuk semangat kerjasama dan berkomunikasi di kalangan pemimpin-pemimpin elit negara terutama pemimpin tertinggi MCA dan UMNO. Wujudnya CLC ketika pertemuan di rumah Dato Onn Jaafar yang dihadiri oleh pemimpin melayu, cina dan MacDonald. 29 Disember 1948 menjadi saksi pertemuan mereka yang membuka ruang pemimpin-pemimpin melayu dan cina menjalinkan perasaan muhibbah dan seterusnya mewujudkan CLC ini.

Pada 1953, seorang speaker telah dilantik untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu. Tindakan tersebut dilakukan adalah untuk melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran Negara sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.

Pada1954, pilihanraya peringkat negeri pula telah diadakan. Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada pemimpin-pemimpin tanah air untuk mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses pilihanraya. PILIHANRAYA UMUM 1955

Pada 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti yang terpilih dalama Majlis Perundangan Persekutuan. Pada 1955, UMNO, MCA dan MIC bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti iaitu Perikatan.

Daripada jumlah pengundi dan pembahagian kerusi, 84.2 peratus adalah pengundi Melayu, 11.2 peratus adalah pengundi Cina dan 3.9 peratus adalah pengundi India. Hal ini menunjukkan kelebihan etnik Melayu.

Walaupun begitu, hasil daripada permuafakatan yang wujud, UMNO telah berkompromi dengan MCA dan MIC dengan membahagikan 35 kerusi (69 peratus) untuk UMNO, 15 kerusi (28 peratus) untuk MCA dan 2 kerusi (3 peratus) untuk MIC.
1. 2. Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan Bersatu 1945-57, m/s 163-167 Panel Bidang Sains Sosial, Kenegaraan & Pembangunan Malaysia, m/s 29-30

Page | 34

Dengan ini dapat kita rumuskan bahawa dasar tolak ansur dilakukan oleh orang Melayu khususnya UMNO dengan kaum yang lain. Parti Perikatan telah memenangi pilihan raya ini dengan kejayaan yang begitu besar iaitu dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan adalah 81.7 peratus daripada keseluruhan jumlah undi. Seramai 77 orang calon yang menentang Parti Perikatan, 43 orang calon telah kehilangan pertaruhan mereka di dalam pilihan raya kali ini. Kemenangan ini tidak hanya dianggap sebagai sokongan padu rakyat terhadap Parti Perikatan, pemimpin UMNO, MCA dan MIC terpaksa merombak semula dasar dan mekanisme parti masing-masing supaya sesuai dengan dasar bangsa Malayan bersatu. Parti politik Perikatan Parti Negara Parti Islam Se-Tanah Melayu Parti Buruh Persatuan Kebangsaan Perak Liga Melayu Perak Parti Progresif Perak Calon Bebas Jumlah Melayu 35 29 11 8 3 1 16 103 Cina 15 1 2 1 1 20 India 2 2 1 1 6 Jumlah 52 30 11 4 9 3 2 18 129

Bilangan calon mengikut parti dan kaum pada Pilihanraya Umum 1955
1.

Pemimpin ketiga-tiga parti politik ini tidak lagi boleh mengajukan kepentingan kaum masing-masing tanpa memikirkan kesan yang bakal terjadi terhadap sensitiviti kaum yang lain. Hal ini kerana agar konflik tentang kepentingan sesuatu kaum tidak berlaku. Hal ini bertentangan dengan keadaan sebelum terbentuknya Parti Perikatan kerana sebelum ini perjuangan parti yang terbabit lebih sempit dan selalunya berkisar tentang kepentingan yang berbeza, terutamanya dalam persoalan politik seperti pemberian kerakyatan, bahasa dan polimik mengenai hak istimewa masyarakat Melayu. Ciri-ciri perkauman dalam ketiga-tiga parti itu tetap masih dikekalkan dan diperjuangkan tetapi disebabkan pemimpin-pemimpin parti tersebut menjalankan prinsip pendirian baru, hal ini menyebabkan mereka memasuki fasa baru iaitu daripada parti politik yang berasaskan kaum kepada parti yang memperjuangkan politik antara kaum.
Panel Bidang Sains Sosial, Kenegaraan & Pembangunan Malaysia, UTHM, m/s 31

Page | 35

Pendirian baru yang dibuat oleh ketiga-tiga parti tersebut boleh dirujuk menerusi perlembagaan Parti Perikatan yang mengutarakan enam matlamat penting yang perlu dicapai iaitu : Mewujudkan, melindungi dan menjunjung prinsip Demokrasi Berparlimen di Tanah Melayu. Mempertahankan kedudukan Raja Negeri Melayu sebagai ketua perlembagaan di negeri masing-masing. Memajukan dan mengekalkan keharmonian dan perasaan muhibah di antara kaum dan melindungi hak golongan minoriti. Untuk mewujudkan dan mengekalkan dasar Bangsa Malayan bersatu. Untuk membaiki keadaan hidup dan kebajikan penduduk Tanah Melayu. Untuk mencapai matlamat lain dari semasa ke semasa yang akan mengusahakan kepentingan penduduk dan negara secara keseluruhan.

Dasar bangsa Malayan bersatu menjadi keutamaan kerajaan British sebagai syarat untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu telah dinyatakan secara jelas dan nyata oleh parti Perikatan pada matlamatnya.

Terdapat persamaan antara hak dan pra syarat kerajaan British dan dasar yang dipegang oleh Parti Perikatan sebagai parti yang terpenting selepas pilihan raya 1955.

Parti perikatan telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang bebas daripada parti ahlinya. Maksudnya Parti Perikatan disatukan dibawah gabungan longgar yang terikat atas dasar setiakawan antara UMNO, MIC dan MCA.

Gabungan longgar bermula pada peringkat persekutuan, negeri, Bandar hinggalah ke peringkat luar Bandar. Setiap peringkat akan dianggotai oleh setiap parti tetapi diwakili secara terpisah tetapi parti-parti tersebut akan tetap mengekalkan kewujudan organisasi masing-masing.

Pemimpin Parti perikatan mengamalkan kesederhanaan dan menghindari daripada melaksanakan dasar radikal iaitu mereka mengamalkan kompromi politik. Contoh kompromi politik adalah dasar pendidikan yang dibentuk oleh pemimpin Perikatan. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan diajar di semua jenis sekolah. Tetapi kewujudan sekolah Cina dan Tamil tetap dikekalkan walaupun kurikulumnya ada menerapkan budaya Malaya.
1. Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, m/s 162-163

Page | 36

Kompromi politik Parti Perikatan akan terus berjalan selagi pemimpinnya masih berada di atas batas kesedaran dasar yang mereka jadikan asas. Asas Parti Perikatan adalah keharmonian antara kaum. Ia dibentuk dengan membiarkan penguasaan politik dipegang oleh orang Melayu dan bidang Ekonomi dipegang oleh orang Cina.

Penyatuan Parti Perikatan menyebabkan berlakunya organisasi tiga penjuru yang secara umumnya berlaku di peringkat atasan. Paling utama adalah antara pemimpin yang boleh bertutur dalam bahasa inggeris atau mereka yang berpendidikan dalam bahasa tersebut.

Pemimpin Parti Perikatan mempunyai peranan yang bertentangan berbanding sebelum ini kerana sifat Parti Perikatan itu sendiri. Pemimpinnya terpaksa memikirkan tentang kepentingan semua kaum. Hal ini boleh dilihat menerusi kenyataan Tunku Abdul Rahman sendiri :

Apabila saya hanya sebagai Presiden UMNO, saya hanyaperlu mengambil kira mengenai masyarakat Melayu sahaja. Tetapi apabila diakui sebagai pemimpin parti Perikatan, saya perlu mengambil kira mengenai orang India, Cina dan semua bangsa di Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman 1984).

Tunku Abdul Rahman menyedari akan keperluan untuk bekerjasama antara parti dalam Parti Perikatan. Tunku abdul Rahman telah merintis jalan kompromi secara berhati-hati walaupun menghadapi tentangan kuat daripada partinya sendiri iaitu UMNO. Mereka menuduh beliau keterlaluan dalam pemberian kepada rakan bukan Melayu.

Beliau tetap berusaha dalam menghadapi tentangan kuat sekumpulan ahli UMNO yang ingin mengembalikan dasar UMNO sebelum terbentuknya Parti Perikatan agar kewujudan Parti Perikatan terus kekal.

Dasar UMNO sebelum terbentuknya Parti Perikatan ialah dasar Tanah Melayu untuk orang Melayu. Demi mewujudkan bangsa Malayan, UMNO bersetuju dengan manifesto Parti Perikatan iaitu akan memohon supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya khas bebas untuk memberi cadangan tentang reformasi perlembagaan supaya dapat dicapai taraf berkerajaan sendiri.

Selain itu, ahli suruhanjaya juga akan mengkaji masalah kerakyatan iaitu wujudnya sejumlah besar penduduk asing akibat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

1.

Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57,m/s 165-166

Page | 37

Walaupun manifesto tersebut dibawah nama Parti Perikatan, persetujuan parti UMNO juga diperlukan kerana pemimpin UMNO sendiri Dr. Ismail bersama dengan wakil MCA Kolonel H.S. Lee adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyediakan draf manifesto tersebut.

Akhirnya UMNO mula bersedia untuk berkompromi dalam soal kerakyatan yang akhirnya membawa kepada persetujuan kepada kerakyatan yang berasakan prinsip jus soli kerana setelah diakui bahawa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 telah menimbulkan masalah kepada masyarakat bukan Melayu.

REAKSI MASYARAKAT CINA TERHADAP POLITIK PERIKATAN OLEH MCA MCA mempunyai keahlian dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Keadaan ini mebawa implikasi tahap konsensus yang rendah dalam parti MCA apabila berhadapan dengan sesuatu isu. Kewujudan nilai konsensus yang rendah dalam parti tersebut adalah merupakan refleksi daripada struktur heterogenus masyarakat itu sendiri. Maksudnya terdapat perbezaan fahaman dikalangan ahli MCA itu sendiri. Ia berbeza mengikut taraf kehidupan dan pendidikan mereka.

Kumpulan pertama adalah terdiri daripada mereka yang berpendidikan Inggeris dan berpengetahuan tentang institusi politik. Antara ahli kumpulan ini pernah mengambil bahagian perundingan kerajaan Tanah Melayu. Semasa MCA mula dibentuk, kesemua 16 orang ahli Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Eksekutif menjadi ahli jawatankuasa pembentuk MCA. Persetujuan dalam perbincangan bagi perlembagaan yang baru menjadi mudah untuk dicapai kerana kedua-dua parti politik menerima latarbelakang pendidikan Inggeris. Kumpulan ini dipimpin oleh Tan Cheng Lock.

Kumpulan kedua adalah kumpulan yang terbesar dan terdiri daripada berbagai kesatuan sekerja dan persatuan, kesatuan pedagang Cina dan Persatuan Guru Sekolah Cina. Kumpulan ini berlatarbelakangkan pendidikan Cina. Mereka lebih bersimpati dengan kepentingan masyarakat Cina yang telah diabaikan oleh kumpulan MCA yang berpendidikan Inggeris. Maka kumpulan ini lebih diterima oleh ahli MCA dan pengaruh kumpulan ini mula ketara selepas Tan Cheng Lock ditewaskan oleh Dr. Lim Chong Eu dalam pemilihan pucuk pimpinan MCA.

1.

Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, m/s 196-200

Page | 38

Ahli MCA tidak menentang usaha untuk membentuk bangsa Malayan bersatu yang dibawa oleh Parti Perikatan tetapi mereka menuntut agar dasar itu dikukuhkan di samping menerima jaminan tentang penerusan penggunaan bahasa ibunda mereka dan perkara yang bersangkutan seperti pelaksanaan prinsip kerakyatan jus soli.

Ahli MCA telah membuat tuntutan terhadap Suruhanjaya Reid selepas rundingan tentang kemerdekaan Tanah Melayu di London. Timbul tanggapan bahawa parti Perikatan yang diterajui oleh UMNO akan segera bergerak ke arah negara merdeka yang akan ditadbir oleh Melayu dan untuk Melayu. Hal ini telah merisaukan ahli MCA terutamanya mengenai isu kerakyatan.

Tunku Abdul Rahman minta ahlinya agar tidak membuat kenyataan umum mengenai isu kerakyatan dan beliau memberi kepercayaan kepada pucuk pimpina UMNO untuk mencari penyelesaiannya.

Keadaan berlaku sebaliknya pada MCA iaitu Presiden MCA serta persatuan Cina membuat satu memorandum yang akan diserahkan kepada Suruhanjaya Reid untuk mewakili pandangan masyarakat Cina secara keseluruhannya. Tetapi peniaga Cina yang dilahirkan di China dan bertutur dalam bahasa Cina, meragui pucuk pimpinan MCA. Hal ini kerana mereka takut pucuk pimpinan MCA tidak akan member sokongan terhadap jus soli. Hal ini juga kerana prinsip jus soli dapat mempertahankan kedudukan perniagaan mereka yang mereka anggap akan terancam akibat kuasa politik Melayu. Sebenarnya kumpulan peniaga Cina ini tidak mempamerkan ciri Malayan dan sering mempersoalkan sama ada kemerdekaan dengan mengikuti syarat masyarakat Melayu itu menguntungkan.

Kumpulan ini mencadangkan satu perhimpunan umum orang bukan Melayu di Kuala Lumpur pada 27 April 1956 dengan matlamat untuk memilih satu delegasi untuk ke London dan mendesak kerajaan British supaya menerima prinsip kerakyatan jus soli. Memorandum tersebut menegaskan supaya orang asing yang telah bermastautin selama 5 tahun layak memohon kerakyatan.

Selain kumpulan peniaga Cina, ahli MCA juga telah menunjukkan reaksi mereka. Sekumpulan orang Cina di Perak dan Selangor yang juga turut menjadi ahli MCA telah menghantar petisyen kepada Pesuruhjaya Tinggi berkaitan dengan persoalan kerakyatan.

Page | 39

1.

Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, m/s 196-200

Tuntutan masyarakat Cina terhadap Suruhanjaya Reid adalah seperti berikut : i. ii. Jus soli Tempoh bermastautin di Tanah Melayu selama lima tahun untuk layak mendapat kerakyatan iii. Tiada diskriminasi terhadap kepentingan perniagaan masyarakat Cina apabila menjaga kedudukan istimewa masyarakat Melayu iv. Tiada campur tangan terhadap penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina v. Diizinkan penggunaan berbagai bahasa terutama di dalam Dewan Negeri

Tuntutan ini telah menyebabkan Tunku abdul rahman terpaksa membuat ucapan ke seluruh Negara melalui radio pada 22 April 1956. Tujuannya adalah untuk meredakan ketegangan antara kaum Melayu dan Cina berkaitan dengan isu yang dibincangkan kerana sebarang usul daripada sesuatu kaum akan memberi reaksi daripada kaum lain.

Ahli MCA juga ada menolak Laporan Penyata Razak kerana dasar ini meletakkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ia akan menyebabkan bahasa Cina terpupus. Hal ini kerana laporan ini memandang rendah terhadap pendidikan Cina terutama berhubungan soal bantuan dan penggunaan bahasa kerana bahasa Melayu dan Inggeris sahaja digunakan dalam peperiksaan umum dan juga pepriksaan untuk memasuki perkhidmatan kerajaan.

Penolakan ini menunjukkan penentangan majoriti masyarakat Cina terhadap usaha Parti Perikatan untuk mengadunkan sistem pendidikan Tanah Melayu khususnya system pendidikan bukan Melayu dengan nilai tempatan. Namun begitu, MCA yang terlibat dalam pembentukan dasar bangsa Malayan bersatu terpaksa menerimanya dan hal ini menunjukkan bahawa MCA berada dalam dilemma di anatara hendak memuaskan kehendak ahli dan masyarakat Cina secara umum dan menyesuaikan diri dengan Parti Perikatan.

Dilemma ini ada disentuh dalam akhbar Cina iaitu China Press sebagai:

MCA akan menyokong pendirian umum Parti Perikatan. Malangnya pendirian Parti Perikatan dan tuntutan masyarakat Cina terpisah dengan hebatnya (Clarke 1964)

1.

Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, m/s 199-200

Page | 40

REAKSI AHLI MIC TERHADAP DASAR BANGSA MALAYAN YANG BERSATU Hubungan masyarakat India dengan Melayu tidak mempunyai banyak masalah hal ini kerana masyarakat India merupakan komuniti yang terkecil bilangannya iaitu kira-kira 10% sahaja daripada keseluruhan penduduk Tanah Melayu. Tambahan pula masyarakat India tidak dianggap mengancam kepentingan masyarakat Melayu di dalam bidang ekonomi berbanding masyarakat Cina.

Pada peringkat Parti perikatan, MIC hanyalah rakan yang rendah (junior) dan disebabkan itu jumlah kerusi yang diperuntukkan hanya dua sahaja pada 1955 dan empat buah pada 1959. Disebabkan ini MIC menghadapi proses political marginalization ketika berada dalam Parti Perikatan. Hakikatnya adalah MIC tidak dapat memberikan pengaruh besar dalam perbincangan Parti Perikatan mengenai perlembagaan 1957.

MIC lebih sederhana kerana aktivis-aktivis radikal mereka yang bersikap nasionalisme telah disingkirkan oleh kerajaan British selepas perang. Selain itu juga, terdapat suatu bentuk pemahaman di kalangan ahli parti itu bahawa tuntutan yang disuarakan oleh pemimpin politik Cina tentang hak politik dan kerakyatan bukan Melayu akan turut memberi faedah kepada ahli MIC.

Selain MIC, masyarakat India juga ada menyokong parti politik lain yang tidak berasaskan kaum seperti Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat. Dengan demikian, MIC bukanlah satu-satunya parti untuk masyarakat India yang menunjukkan reaksi mereka terhadap dasar bangsa Malayan Bersatu.

MIC juga ada menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa aspek memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid. Penerimaan MIC terhadap draf memorandum itu adalah atas pemahaman bahawa Presiden MIC akan cuba meminta Majlis Parti Perikatan Kebangsaan menyederhanakan tuntutan hak istimewa orang Melayu. Iaitu MIC tuntut agar sekatan dilakukan terhadap hak istimewa masyarakat Melayu terutamanya terhadap pemilikan tanah dan pelantikan ke dalam perkhidmatan kerajaan. Tuntutan daripada etnik Tamil yang ekstrem pula adalah supaya bahasa Tamil diberikan status yang sama seperti bahasa Melayu dan Inggeris.
1. Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57, m/s 200-201

Page | 41

Sikap pemimpin MIC yang sederhana iaitu Sambanthan menyebabkan tuntutan mereka tidak dilihat sebagai suatu reaksi yang serius terhadap dasar Bangsa Malayan Bersatu. Pentadbiran Sambanthan tidak mengambil tindakan yang boleh mengaibkan Parti Perikatan. Dan hal ini menyebabkan hubungan antara tiga parti politik menjadi lebih rapat. Sambanthan berpendirian bahawa untuk melindungi masyarakat India, mereka memerlukan kompromi antara kaum dan beliau juga telah menolak prinsip jus soli.

IMPLIKASI PILIHAN RAYA KE ATAS PROSES KEMERDEKAAN Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra mewakili UMNO mengadakan kerjasama dengan Tan Cheng Lock, MCA dan V.T. Sambanthan, MIC dan mendapat mandat begitu kuat rakyat Malaya dalam Pilihanraya Umum pertama. Walaupun pengundi pengundi berdaftar dikalangan orang orang Melayu merupakan 84%, tetapi Tunku dan UMNO sedia bertolak ansur kerana semangat bekerjasama dan prinsip berkongsi kuasa dan bertanding hanya di 35 dari 52 kerusi dipertandingkan, manakala MCA 15 dan MIC 2. Parti Perikatan menang besar 51 kerusi! Ini berjaya dicapai walaupun Tanah Melayu pada masa itu masih lagi dicengkam ancaman pengganas komunis. Setelah Pilihanraya Umum pertama Tanah Melayu dan Tunku menjawat Ketua Menteri, Tunku berhasrat untuk berunding dengan pengganas komunis setelah cara cara British menangani masalah ini selama tujuh tahun tidaklah begitu berkesan. Chin Tien, mewakili komunis telah menulis surat kepada Tunku untuk tujuan bertemu. Tunku kemudianya bertemu Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivary dan Pengarah Operasi Militari Lt. Gen. Geoffrey Bourne atas tujuan demikian dan mereka berkeras agar pertemuan dengan Chin Peng tidak diadakan. Namun Tunku meneruskan pertemuan itu dan akhirnya mereka bertemu dan berunding diBaling, Kedah pada 28-29 Disember 1955. Rundingan itu memberikan kefahaman kepada Tunku matlamat sebenar Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu menjadikan Tanah Melayu ini sebuah negara komunis dan Chin Peng menolak cadangan agar PKM dibubarkan dan pengampunan beramai ramai pengganas komunis. Walaupun Rundingan Baling ini gagal, namun ianya memperlihatkan sikap Tunku yang mengutamakan proses perundingan sebagai selesaian kepada apa apa masalah. Dengan mandat besar Pilihanraya Umum 1955 dan keyakinan rakyat ini juga, Tunku mewakili Perikatan, bersama sama wakil Raja Raja Melayu belayar ke London untuk merundingkan Kemerdekaan. Tunku berjaya meyakinkan wakil wakil Raja Raja Melayu iaitu
1. Barbara Watson Andaya Dan Leonard Andaya, (1983). Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan Publisher.

Page | 42

Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth agar Raja Raja Melayu melepaskan kuasa mutlak pemerintahan sistem beraja dan menerima sistem Raja Berpelembagaan. Tunku juga, sebagai Presiden UMNO sedia bertolak ansur untuk menerima mereka keturunan Cina dan India sebagai warganegara dan mengekalkan hak istimewa orang orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu, tanpa dipertikaikan mana mana pihak. Akhirnya persetujuan agar Persekutuan Tanah Melayu merdeka berjaya dicapai setelah Tunku berunding dengan Setiausaha Negara bagi Koloni Jajahan Britain, Alan Lennox-Boyd dan sejurus kembali ke tanahair, Tunku memilih untuk membuat pengumuman Kemerdekaan ini diBandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Ini bertepatan kerana Melaka merupakan negeri Melayu dijajah bangsa Eropah dan juga bekas neger-negeri Selat, jajahan British pertama di Tanah Melayu ini. Maka dengan persetujuan mengenai Kemerdekaan yang berjaya dicapai antara Tunku dan Lennox-Boyd itu, Whitehall bersetuju memberikan Kemerdekaan dan Lord Reid dipilih untuk merangka Perlembagaan dengan mengambil kira input dari semua pihak. Suruhanjaya Reid ini juga terdiri dari Ketua Hakim India dan Pakistan dan input terpenting yang diambil kira ialah dari Raja Raja Melayu dan UMNO. Perlembagaan ini diterima pada awal Ogos 1957 dan Majlis Perundangan Tanah Melayu meluluskan, mewartakan dan melaksanakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Ogos 1957.

1. 2.

Malaysia Kita: Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, (2003). Petaling Jaya: International Law Book Services. http://ms.shvoong.com/humanities/history/1742509-kemerdekaan-tanah-melayu/#ixzz1TP1Z5TYS

Page | 43

KESIMPULAN Dengan adanya pilihan raya, para pemimpin telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili mereka untuk mendapatkan hak mutlak negara sendiri. Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957. Kaum wanita juga diberikan hak untuk mengundi dan memilih wakil rakyat dalam pilihan raya Majlis Perbandaran . Hak mengundi terbuka kepada kaum lelaki dan wanita yang berumur 21 tahun ke atas. Kenapa penduduk lelaki dan wanita yang berumur 21 tahun ke bawah tidak boleh mengundi? Hal ini kerana penduduk yang berusia dibawah lingkungan 21 tahun tidak mempunyai fikiran yang matang dan waras. Justeru itu, mereka tidak layak untuk mengundi. Dengan silapnya satu undian boleh membawa kesan kepada sesebuah negara. Satu undian bermakna dalam pilihan raya. Dengan mata kasar kita tidak nampak kesilapan satu undi yang boleh membawa padah kepada sesebuah negara. Justeru itu para pengundi perlu menghargai hak mengundi itu dengan mengundi sebaik-baiknya. Hak mengundi merupakan hak yang paling bernilai dan merupakan simbol kedaulatan sesebuah negara yang merdeka seperti MALAYSIA pada dewasa hari ini. Kemenangan Parti Perikatan dalam setiap pilihan raya telah menunjukan bahawa dasar kerjasama kaum dan politik merupakan medium yang terbaik bagi masyarakat berbilang kaum. Selain itu, kita sesama masyarakat saling menghormati antara satu sama lain. Dengan itu kita dapat mengelakkan perselisihan atau ketegangan kaum. Sifat toleransi,bertimbang rasa dan sanggup berkongsi kuasa memang tinggi nilainya. Sekirannya perpaduan ini tidak wujud maka tidak wujud lah negara yang di kenali sebagai Malaysia. Sejak berlakunya kerjasama antara parti-parti politik tempatan dalam pilihan raya, Parti Perikatan telah menunjukkan komitmen tinggi ke arah merealisasikan dasar Bangsa Malayan Bersatu iaitu penyatuan antara semua kaum dibawah satu dasar yang kepentingannya meliputi semua dan tidak akan ada satu pun kaum yang akan berpuas hati sepenuhnya terhadap dasar itu. Jika sekiranya ada yang berpuas hati maka ia menjadi satu dasar yang tidak adil bagi semua kerana hanya satu pihak sahaja yang mendapat semua yang dituntut.
1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 3,ISBN 978-983-62-8286-6, Dewan Bahasa dan Pustaka

Page | 44

RUJUKAN
Buku dan Rencana: 1. Barbara Watson Andaya Dan Leonard Andaya, (1983). Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan Publisher. 2. Malaysia Kita: Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan, (2003). Petaling Jaya: International Law Book 3. Gagasan Bangsa Malayan Bersatu 1945-57, (2004), Mohd Ashraf Ibrahim, Universiti Kebangsaan Malaysia, DS 597 .M37 2004. 4. Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia, (2009), Panel Bidang Sains Sosial, Jabatan Pengajian Islam dan sains Sosial, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 5. Dato' Onn Jaafar dan perjuangan kemerdekaan / Ismail Adnan 6. Sejarah pembangunan bangsa dan negara / Mohamad Idris Saleh 7. Berita harian 27/08/2010, Dr. Zaini Ujang Pengisian kemerdekaan masyarakat menerusi pelestarian alam sekitar mesra alam 8. Aa Nurdiaman (2007),Pendidikan Kewarganegaraan: Kecakapan Berbangsa dan Bernegara ,Penerbit Pribumi Mekar 9. Syed Arabi Idid (2008), Malaysia At 50, International Islamic University. 10. Andrew Barber (2008), Malaya The Making Of A Nation 1510-1957, A B & A. 11. Buku Teks Sejarah Tingkatan 3,ISBN 978-983-62-8286-6, Dewan Bahasa dan Pustaka

Internet: 1. http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/01/proses-kemerdekaan-dipelupuri-danterajui-orang-orang-melayu/ 2. http://ms.shvoong.com/humanities/history/1742509-kemerdekaan-tanahmelayu/#ixzz1TP1Z5TYS 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Malaysia 4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Tanah_Melayu_1955 5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia 6. http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union 7. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Perbandaran_Kuala_Lumpur_1952 8. http://www.scribd.com/doc/9982189/Sejarah-Penubuhan-Perikatan-UMNOMCA-195255 Page | 45

LAMPIRAN

Page | 46

Anda mungkin juga menyukai