Anda di halaman 1dari 6

KONSEP NEGARA BANGSA.

APA ITU
1MALAYSIA?
Written by Admin
Saturday, 02 May 2009 12:55
0 Comments and 0 Reactions
Share

Oleh: MUSLI OLI (Penulis Tamu)


Kebetulan kelmarin 1 Mei adalah Hari Buruh atau Hari Pekerja. Penganggur
seperti saya menghormati Hari Pekerja. Oleh itu kelmarin saya turut gembira
merayakan bersama-sama pekerja seluruh Malaysia bercuti dan tidak
menulis,walaupun sebenarnya saya tidak punya pekerjaan yang tetap. Di
Malaysia pendapatan sebagai penulis bukanlah menjamin hidup yang baik.

Saya ingin menulis artikel yang agak serius tentang konsep “1 Malaysia.
Rakyat didahulukan. Pencapaian di utamakan”. Isu yang menarik perhatian
rakyat dan dijadikan polemik dan persoalan ialah slogan 1Malaysia, bukan
“Rakyat di dahulukan. Pencapaian diutamakan”.
Ramai yang berpendapat konsep 1Malaysia itu mempunyai kesan bukan
sahaja terhadap politik malah meliputi keseluruhan dasar dan pentadbiran
negara. Barangkali juga menurut setengah pendapat akan memberi impak
terhadap perlembagaan negara.

Mukadimah sewajarnya perbincangan ini ialah memahami perbezaan antara


konsep negara (states) dan bangsa (nations). Negara secara formalnya
sebuah organisasi yang mempunyai sempadan geografi, ada kerajaan yang
memerintah, sistem pentadbiran undang-undang, kewangan dan lain-lain yang
berkaitan.

Pemerintah mengatur dan mentadbir rakyat atau masyarakat dalam negara


dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Negara adalah tentang
struktur dan organisasi. Bukan tentang nilai-nilai atau ideologi rakyat atau
masyarakat dalam negara itu.

Bangsa atau kebangsaan (nationhood) pula adalah satu konsep bersifat


budaya. Definasi bangsa merujuk kepada satu komuniti atau masyarakat yang
mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sama, mempunyai pengalaman
dan sejarah yang sama termasuk matlamat dan impian yang sama serta
identiti dan karakter yang tidak jauh berbeza.

Negara-negara yang mempunyai penduduk homogeneous seperti Jepun yang


mempunyai bahasa, ugama, nilai-nilai, karakter yang sama dan asal usul
keturunan yang sama, soal isu negara bangsa ini tidak timbul. Begitu juga
dengan bangsa German (Aryan), Cina, Arab, Itali yang dianggap mempunyai
identiti tersendiri.

Negara seperti Britian walaupun asalnya bangsa Anglican, Scots, Gealics,


Irish yang berasal dari satu stok atau etnik keturunan yang sama namun
kehadiran sejumlah besar kaum imigran dari Asia, Carribean, dan bekas-
bekas tanah jajahan dari Afrika yang signifikan jumlahnya telah juga
menimbulkan masalah identity. Bahasa Inggeris juga jadi bahasa rojak (
teringat siri TV Mind Your Language tahun 80an). Hari ini kita juga tertanya-
tanya rupa bentuk identiti rakyat Britian sebenarnya?

Soalan yang sama juga kita tanya kepada rakyat negara ini, apakah rupa
identiti rakyat Malaysia sebenarnya? Apakah semua bangsa harus menjadi
Melayu atau memeluk Islam untuk mempunyai identiti yang sama iaitu bangsa
Malaysia ATAU rakyat berbilang kaum dan agama mempunyai satu bahasa
kebangsaan yang ditutur semua rakyatnya selaras dengan dasar bahasa
kebangsaan, sekolah-sekolah menggunakan satu bahasa pengantar, dan
rakyat mempunyai matlamat dan impian yang sama setelah hidup dalam
sebuah negara yang dikongsi bersama sepanjang hidup mereka?

Ramai yang keliru bila tidak faham konsep Negara Bangsa itu dengan
mengatakan konsep 1Malaysia akan menghilangkan hak-hak istimewa bangsa
bangsa Melayu. Malah dasar liberalisasi ekonomi pun dikaitkan dengan
konsep 1Malaysia, walhal ianya dua perkara yang berbeza. Liberlisasi adalah
dasar mengurus ekonomi negara untuk menarik pelabur asing dan konsep
1Malaysia adalah tentang ciri-ciri atau budaya bangsa Malaysia.

Dari aspek sejarahnya bila kita kembali kepada perjuangan pemimpin


terdahulu konsep 1Malaysia yang dianjurkan Dato Seri Najib sebenarnya
hanya merangkumi usaha-usaha yang telah dimulakan Dato Onn Jaafar dan
enam PM yang terdahulu. Ianya bukan usaha tergesa-gesa dan berbau politik
seperti gagasan Malaysian Malaysia yang dianjurkan parti DAP.
Di zaman Dato' Onn Jaafar ia menekan perlu memelihara ketuanan Melayu
dengan menentang Malayan Union. Ini membolehkan Melayu mengembalikan
kuasa dan hak orang Melayu sebagai rakyat asli di Tanah Melayu. Pada
peringkat awal ianya tidak berniat menafikan hak kaum-kaum lain tetapi
memperkukuhkan hak Melayu keatas tanah airnya.

Tunku memperkukuhkan kedudukan Melayu dengan menjamin hak-hak


istimewa Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu tetapi dalam masa yang
sama menerima hakikat keujudan masyarakat berbilang kaum terutama kaum
Cina dan India. Tunku tidak ada pilihan pada ketika itu kerana menjadi syarat
penjajah Inggeris yang hanya beri kemerdekaan setelah mendapat kerjasama
dari semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Walaubagaimanapun Tunku gagal memperbaiki polarisasi kaum sehingga


membawa kepada peristiwa 13 Mei. Peristiwa berdarah ini menyukarkan lagi
usaha Tun Razak mengujudkan identiti bangsa Malaysia. Namun dalam
tempuh singkat lima setengah tahun Tun Razak berusaha mengujudkan
economic equity iaitu atau merapatkan jurang kekayaan sebagai pra syarat
kepada keharmonian diantara kaum.

Tun Razak percaya bahawa dalam jangka panjang negara tidak akan aman
jika kekayaan ekonomi tidak dinikmati secara adil oleh kaum-kaum yang ada.
Maka DEB diperkenalkan untuk menghapus pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi disamping matlamat pokok membasmi kemiskinan.
Bila kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi
berjaya dihapuskan kelak seperti disasarkan dalam DEB maka tidak ada lagi
nanti tanggapan bahawa yang miskin itu Melayu dan bumiputera.

Yang kaya itu kaum Cina. Secara kebetulan yang ramai miskin pada waktu itu
bangsa Melayu dan bumiputera maka tumpuan sasaran adalah bangsa
Melayu dan bumiputera. Matlamat akhirnya untuk mencapai kesetaraan
ekonomi dengan matlamat ekuiti ekonomi Melayu pada kadar 30% menjelang
1990. Semua dasar ini pada hakikatnya mengujud sebuah bangsa Malaysia
yang dapat hidup dengan harmoni dan makmur bila kekayaan dapat diagihkan
secara adil.

Soal DEB gagal capai sasaran bukan isu dalam artikel ini tetapi niat Tun
Razak itu begitu ikhlas untuk mengujudkan sebuah Negara Bangsa yang
makmur.
Tun Hussien pula memberi penekan kepada membina sebuah masyarakat
Malaysia yang bermoral tinggi sebagai asas sebuah masyarakat Malaysia
yang bertamaddun. Tun Hussien memberatkan pentingnya keluhuran undang-
undang negara dan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa
juga untuk memelihara moral dan etika rakyat Malaysia.

Tindakan ke atas Dato Harun Idris yang pada masa itu Menteri Besar
Selangor dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah bukti kesungguhan Tun
Hussien Onn. Dalam ucapan perasmian pada July 1976, Tun Hussien
menegaskan:
“Dalam memimpin sebuah negara berbilang kaum, prinsip dalam setiap
keputusan mestilah mengutamakan kepentingan nasional bukan memenuhi
tuntutan satu puak sahaja…jika kepentingan nasional diketepikan, sebagai
contoh mengabaikan peraturan undang-undang, ini bukan sahaja
menyalahgunakan kepercayaan rakyat tetapi juga akan membuka ruang
kepada satu keadaan…di mana rakyat akan bangkit menentang kita”
( "In leading a multi-racial society, the principle behind every decision must be
the promotion of national interest and not the fulfillment of the needs of just
one group….If the national interest was pushed aside, for instance by ignoring
the rule of law, this would not only be an abuse of confidence, but would also
pave the way to a situation….where the people will rise in opposition”)

Zaman Tun Mahathir pula membuat dasar menjangkaui sempadan Malaysia.


Mahathir ingin identiti rakyat Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai
bangsa yang berjaya. Boleh menakluki Everest, Kutub Utara, merentasi lautan
pasifik dan sebagainya sebagai satu simbolik kemampuan bangsa Malaysia.
Permodenan Malaysia yang dipelopori Mahathir bukan sahaja cemerlang
dalam negara tetapi rakyat Malaysia juga mampu bersaing di peringkat global.
Wawasannya yang penting ialah wawasan 2020.

Era Abdullah Badawi mengembalikan konsep muhibbah dan perpaduan kaum


tetapi dasar-dasar untuk menghidupkan usaha mengujudkan sebuah bangsa
Malaysia itu kurang ketara. Tambahan dengan konsep Islam Hadhari yang
diperkenalkannya, melahirkan rasa terkilan rakyat Malaysia yang bukan
beragama Islam kerana konsep ini lebih memberi penekanan kepada rakyat
yang berugama Islam.

Siapa itu rakyat Malaysia? Bagaimana rupa bentuk identitinya?

Anda mungkin juga menyukai