Anda di halaman 1dari 3

TEKS PIDATO 1MALAYSIA; ASPIRASI MENINGKATKAN HUBUNGAN KAUM

Masih tersemat gagah di hati, petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib
Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat 15 Jun yang berbunyi “1Malaysia adalah satu
gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,
berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat
Malaysia”.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam satu


Malaysia.

Bingkisan barakah buat peneraju acara, barisan panel hakim yang berkarisma lagi
tinggi inteleknya, penjaga masa yang setia dengan detik-detik berharga, hadirin
pencetus arus kegemilangan Negara.

Agenda melebarkan minda menyusuri pidato “ GAGASAN SATU MALAYSIA MENJANA


PERPADUAN KAUM ”

Hadirin sidang saksi warga berintegriti,

Maudhuq bicara hari ini sungguh indah, ayuh kita telusuri dan hayati bersama agar
segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu elok rasanya
pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda agar
pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tanggal 3 April 2009 yang lalu
bermulalah detik pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah
dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan kepimpinan Tun Abdullah
Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu beliau telah memperkenalkan
satu konsep gagasan yang baru iaitu GAGASAN SATU MALAYSIA. Menurut
epistimologi Kamus Dewan gagasan membawa maksud buah fikiran yang dijadikan
saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa ”RAKYAT DIDAHULUKAN
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” menjadi wadah utama dalam memacu pentadbiran
negara dan perpaduan kaum.
Natijah pembentukannya bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat
perpaduan dan persaudaraan antara kaum semakin pudar. Dengan itu, saya
cerakinkan kepada 3 teras utama buat tatapan minda anda semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan bererti walaupun
rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi
kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. Kita sudah sedia maklum
bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India
yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara
hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan
telah diwujudkan bagi menyatupadukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus meralisasikan
Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf
dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus
dapat melonjakkan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung
dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Sudah pasti kerajaan tidak mahu
Peristiwa 13 Mei 1969 dimana angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera,
39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Nah sudah terang lagi bersuluh,
konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dapat mengatasi masalah perpaduan kaum yang
terumbang-ambing.

Hadirin yang dihormati,

Meniti isi lembayung saya yang kedua Prinsip Kenegaraan memupuk semangat
nasionalisme. Cuba anda lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semngat
nasionalisme mereka agak rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja
pada hari ini hanya beberapa kerat sahaja yang dapat memberi jawapan apa itu
semangat nasionalisme. Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan Prinsip
Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1Malaysia dengan harapan semangat
nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh.
Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan
untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa
Perpaduan’. Bak kata pepatah “ sikit-sikit lama jadi bukit”.

Sidang pendengar yang setia,

Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara ini
tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi
kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap
wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai
prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat
tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan

Hadirin sekalian,

Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanang-


canangkan oleh saya sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan,
Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial jelaslah bahawa konsep 1Malaysia
menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum. Ayuh kita sama-sama merealisasikan
cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-
membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.

Sekian. Wassalam…

Anda mungkin juga menyukai