Anda di halaman 1dari 23

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t sekalian alam, yang
menciptakan langit dan bumi serta makhluk-makhlukNya. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh pejuang Islam hingga
hari kiamat.

Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke atas Ilahi kerana dengan izin kurnianya tugasan
kerja kursus yang diberi bagi subjek Kokurikulum-Permainan (MPU3041) dapat disempurnakan
dengan jayanya.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan segunung penghargaan kepada kedua
ibubapa saya iaitu Ahmad Rizal bin Razak dan Norliza bt Mohd Nawi yang jauh di kampung
yang tidak pernah putus-putus menyokong, memberi motivasi,memberi bantuan dari sudut
kewangan dan buah fikiran serta menjadi penguat saya untuk menyiapkan tugasan ini.Tanpa
sokongan serta doa yang tidak putus daripada mereka nescaya saya tidak dapat menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek
saya, Puan Khaliza Bt Abdul Kadir kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada
saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini dengan lebih baik. Penerangan beliau
sangat jelas dalam mengupas cara-cara untuk memperkemas dan memperelok hasil kerja saya
berdasarkan format penulisan terkini.

Tidak lupa juga, terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha ini untuk menyiapkan
tugasan ini dengan cemerlangnya. Tanpa pertolongan mereka, kemungkinan besar saya akan
menghadapi kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang
telah anda semua hulurkan amatlah saya hargai, semoga Allah memberi petunjuk dan
melimpahkan rahmat kepada kita semua. Saya akhiri kalam dengan wabillahi taufiq walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

-4-
ISI SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT
Penghargaan 4

Senarai kandungan 5

TUGASAN 2 : BERKUMPULAN RANCANG LATIHAN 6


PERMAINAN

1.0 Sejarah Permainan 7-8


2.0 Senarai Kemahiran Asas 9
3.0 Rancangan Pengajaran Harian 10-11
4.0 Prosedur Ansur Maju 12-16
5.0 Refleksi 16-22
- Perjalanan Latihan ( Sebelum, Semasa & Selepas)
- Kelebihan, kelemahan dan Penambahbaikan

-5-
TUGASAN 2 :
BERKUMPULAN
RANCANG
LATIHAN
PERMAINAN

-6-
1.0 SEJARAH PERMAINAN

SEJARAH PERMAINAN HOKI

Bermula pada abad ke 15, sebuah permainan memukul bola dengan kayu hoquet menjadi
popular apabila ia dimainkan oleh para pengembala di Perancis untuk mengisi masa lapang
mereka. Oleh itu, perkataan hoki dipercayai berasal daripada perkataan Perancis Hocquet yang
bermaksud kayu bengkok yang digunakan oleh penggembala. Ada beberapa pendapat juga
mengatakan bahawa perkataan hoki berasal daripada perkataan Anglo-Saxon iaitu Hook atau
Hok.

Setelah itu, permainan memukul bola menggunakan kayu telah mendapat perhatian oleh
penduduk England apabila mula diperkenalkan di sana. Penduduk England mudah menguasai
kaedah permainan ini dalam jangka masa yang singkat. Namun begitu, ketiadaan peraturan
dan undang-undang yang khusus tentang cara dan teknik beriman telah mencetuskan
kekacauan dalam kalangan penduduk England. Hal ini kerana, mereka telah bermain dengan
cara dan teknik yang pelbagai menyebabkan corak permainan menjadi kasar dan tidak teratur.

Namun begitu, perkembangan permainan hoki ini semakin meluas sehingga ke negara-negara
lain. Kelab Hoki Blackheath merupakan kelab hoki tertua yang telah ditubuhkan pada tahun
1861 di sebelah Selatan London. Kelab inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan
undang-undang hoki yang lebih tersusun lagi walaupun ianya tidak sebegitu kemas seperti
sekarang, tetepi ia menjadi garis panduan bagi undang-undang dan peraturan masa kini dan
berubah dari masa ke masa. Setelah itu, beberapa peraturan dan undang-undang khusus telah
dicipta. Pada tahun 1895, Badan Peraturan Hoki Antarabangsa telah ditubuhkan. Kemudian
pada tahun 1908, permainan hoki kategori lelaki telah dipertandingkan sewaktu Sukan Olimpik
London buat julung kalinya. Semenjak itu, permainan hoki telah menjadi sebuah sukan yang
wajib dipertandingkan di Sukan Olimpik bermula pada tahun 1928.

Pada tahun 1924, Persekutuan Hoki Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai 'Federation
Internationale de Hockey' (FIH) telah ditubuhkan di Paris dan fungsi pertubuhan ini adalah
untuk mengawal dan mengembangkan permainan hoki di peringkat antarabangsa. Antara
usaha awal IHF adalah memperkemaskan peraturan serta undang-undang agar permainan
tersebut lebih tersusun dan teratur. Ia juga berusaha untuk mengadakan satu pertandingan hoki
bertaraf dunia seperti sukan bola sepak.

Perkembangan permainan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1898. Permainan ini telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah awam Inggeris pada tahun 1920 menjadikannya sangat
popular di Tanah Melayu. Pada tahun 1923, Malaysia telah berjaya mengadakan perlawanan
persahabatan bersama negara India, sebuah negara yang berjaya merangkul pingat emas
semasa Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara
di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana.

Sebuah pertandingan liga telah dianjurkan di Pulau Pinang pada tahun 1925. Pada tahun 1927,
Persatuan Hoki Negeri mula ditubuhkan bermula dengan negeri Perak. Beberapa tahun
kemudian, Majlis Hoki Malaysia ditubuhkan bagi menguruskan semua aktiviti sukan hoki di
Malaysia bermula pada tahun 1948 namun telah digantikan kepada Persekutuan Hoki Malaysia
pada tahun 1954. Pasukan hoki Malaysia mula menyertai Sukan Olimpik buat pertama kalinya
pada tahun 1956 di Melbourne, Australia dan telah berjaya meraih tempat kesembilan terbaik di
dunia. Setelah itu, pasukan hoki Malaysia juga turut menyertai pertandingan hoki sewaktu Piala
Dunia, Sukan SEA dan Sukan Olimpik.

-8-
2.0 SENARAI KEMAHIRAN ASAS DALAM HOKI

2.1 Mengelecek

Kemahiran mengelecek bola digunakan untuk mengawal bola sambal melepasi pemain lawan.
Aspek yang perlu dititik beratkan semasa melakukan kemahiran ini ialah kepantasan dan
kemahiran mengacah dengan menggunakan pergerakan badan dan kayu. Bola sentiasa berada
di hadapan badan dan digerakkan dari sisi ke sisi.

2.2 Menolak

Kemahiran ini boleh digunakan untuk membuat hantaran kepada rakan sepasukan, tolakan ke
dalam semasa pukulan sudut pendek atau untuk menjaring. Perkara yang perlu dititikberatkan
adalah kedudukan bahu dan kaki serta daya tolakan dari kedua belah tangan untuk mendapat
ketepatan arah dan kederasan bola.

2.3 Menahan

Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan hoki (memiliki bola).
Pemain-pemain harus menguasai kemahiran menahan bola di atas permukaan padang yang
berlainan kerana permainan hoki dimainkan di atas padang rumput dan juga astroturf. Pasukan-
pasukan yang boleh menahan bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak
permainan. Pemain boleh melakukan kemahiran menahan dalam keadaan statik atau bergerak
semasa bola dihantar.

2.4 Memukul

Kemahiran ini bertujuan untuk menghantar bola kepada kawan atau rakannya pada jarak yang
agak jauh atau membuat pukulan ke arah gol. Bagi tujuan pukulan, perkara yang perlu
dititikberatkan adalah ketepatan arah dan kederasan bola. Ketepatan arah bola ditentukan
dengan kedudukan bahudan kaki sementera kederasan bola ditentukan dengan daya pukulan
daripada kedua-dua belah tangan dan pemindahan berat badan.

-9-
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MING
GU HARI TARIKH TAHUN MASA MATAPELAJARAN

- Pendidik
an
6 Rabu 4/3/2020 5 60 minit Jasmani

BIDANG KEMAHIRAN
UNIT 3 MALAYSIAKU BOLEH
TAJUK HANTARAN HEBAT
1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori
serangan dengan lakuan yang betul.

STANDARD 2.6 Berkebolehan mengaplikasi konsep pergerakan dan prinsip


KANDUNGAN mekanik dalam kemahiran asas kategori serangan.

5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa


melakukan aktiviti fizikal.

STANDARD 1.6.1, 1.6.2, 2.6.1, 2.6.2, 5.3.2


PEMBELAJARAN
Pada akhir PdPC murid akan dapat :

1. Murid dapat mempelajari kaedah memukul dan menahan bola


OBJEKTIF dengan betul
PEMBELAJARAN 2. Murid dapat menunjukkan semangat berpasukan semasa
bermain
3. Murid dapat mengetahui aspek keselamatan ketika permainan
hoki berlangsung
KRITERIA Murid berjaya melakukan kemahiran memukul dan menahan
KEJAYAAN menggunakan alatan dengan betul.

1. Murid memanaskan badan dengan bimbingan guru.


2. Murid ditunjukkan kemahiran memukul dan menahan, serta
penerangan berkaitan aspek keselamatan semasa aktiviti
AKTIVITI dijalankan.
PDPC 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
4. Murid berlatih kemahiran yang telah ditunjukkan secara
berpasangan. (PAK – 21)
5. Murid mempersembahkan permainan kecil secara berkumpulan.

-10-
(PAK- 21)
6. Murid menyejukkan badan.

Presentations (Persembahan)- Presentations (Persembahan)-


AKTIVITI PAK-21 berpasangan. berkumpulan.

BBB/BBM BT m/s 14-15 (Kayu hoki, Bola hoki dan Skittle Kon)

EMK Kreativiti dan Inovasi

KBAT Mengaplikasi Memahami

NILAI Kerjasama Bertanggungjawab

TAHAP
PENTAKSIRAN
PENGUASAAN 2 Penglibatan dalam kelas.
(PBS) /PENILAIAN

KEHADIRAN : 20 / 20
18 orang murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
REFLEKSI / IMPAK 2 orang murid yang tidak mencapai objektif diberi bimbingan.
PdP berjalan dengan lancar dan keselamatan pelajar berada dalam
keadaan baik.

-11-
4.0 PROSEDUR ANSUR MAJU

Ansur Maju Aktiviti/ Fokus Pembelajaran Catatan

Gaya Hoki

Persediaan Regangan dan meningkatkan kadar nadi -Melibatkan pengambilan,


meningkatkan Objektif pengangkutan dan penggunaan
(5 minit) oksigen dengan berkesan.
kadar nadi
- meningkatkan suhu badan
untuk proses regangan otot -Aspek keselamatan:

- meningkatkan kadar degupan


jantung Murid diingatkan untuk tidak
- merehatkan minda melanggar rakan di hadapan dan

regangan otot belakang.

- untuk mengelakkan Murid sentiasa melakukan


kecederaan dalaman & luaran regangan dengan betul

- regangan bahagian kepala,


tangan dan kaki

Permulaan Demostrasi dan Guru membuat


penerangan demostrasi berkaitan
Ansur Maju
kemahiran asas hoki iaitu
Pertama
memukul dan menahan
(15 minit) menggunakan alatan
seperti kayu hoki dan bola
hoki dengan betul.
Guru memberikan
penerangan tentang cara
memegang kayu hoki
dengan betul serta posisi
postur badan kepada
semua murid.
Penerangan berkaitan
teknik hayunan serta
aspek keselamatan turut

-12-
diberikan oleh guru.

Ansur Maju Aktiviti Murid diarahkan melakukan


Kedua pengukuhan amali kemahiran asas seperti
secara yang telah didemostrasikan serta
(10 minit)
berpasangan diterangkan oleh guru secara
berpasangan.

Antara bentuk latihan amali yang


dilakukan ialah :

Kemahiran Memukul
Kemahiran Memukul

- Dua orang murid perlu


berada dalam keadaan
bersemuka dalam jarak 10
meter dan memukul bola
ke arah satu sama lain
bagi menguji ketepatan.
- Dua orang murid berada
dalam keadaan
bersemuka dalam jarak 20
meter dan diletakkan
sebuah kon di tengah
untuk dijatuhkan. Aktiviti
ini juga bertujuan menguji
ketepatan pukulan murid.

Kemahiran Menahan

-13-
- Dua orang murid menolak Kemahiran Menahan
bola ke arah satu sama
lain. Murid A menolak,
murid B menahan. Aktiviti
inidilakukan secara
bergilir-gilir.

- Murid A memukul bola


kepada murid B pada 3
arah berbeza iaitu kiri,
kanan dan hadapan. Murid
B perlu menahan bola
tersebut. Aktiviti ini juga
diulangi secara bergilir-
gilir.

- Murid A memukul bola


jauh kepada murid B dan
murid B perlu menahan
bola tersebut. Aktiviti ini
diulangi secara bergilir-
gilir.

Perkembang Aktiviti Kemahiran Memukul Kemahiran Memukul


an pengukuhan
- Kumpulan yang terdiri
secara
Ansur Maju daripada 5 orang murid
berkumpulan
Ketiga dibentuk dan membentuk
sebuah bulatan. Seorang
(10 minit)
murid perlu berada di
tengah bulatan dan
memukul bola kepada ahli
lain secara bergilir-gilir.
Murid yang berada di

-14-
tengah itu juga perlu
menukar giliran setelah
habis satu pusingan
pukulan kepada ahli
kumpulan.

Kemahiran Menahan
Kemahiran Menahan
- Kumpulan yang terdiri
daripada 3 orang murid
dibentuk. Murid A
menolak bola kepada
murid B dan murid B
perlu menahan.
Seterusnya murid B perlu
menolak bola kepada
murid C dan murid C pelu
menahan. Akhir sekali,
murid C perlu menolak
bola kembali kepada
murid A dan murid A perlu
menahan bola
tersebut. Aktiviti ini
diulangi dengan arah
yang berbeza.

Ansur Maju Aktiviti - Dua buah kumpulan


Keempat permainan kecil murid yang setiap
secara satunya terdiri daripada 5
(15 minit)
berkumpulan orang murid dibentuk.
- 5 buah kon di susun di
setiap kawasan
kumpulan.
- Sepanjang perlawanan
murid-murid hendaklah
menggunakan kemahiran
asas yang telah diajarkan
dengan betul.

-15-
- Perlawanan dijalankan
dan pengiraan mata dikira
berdasarkan jumlah kon
yang dijatuhkan.

Penutup Aktiviti Gerak Aktiviti menyejukkan badan


Kendur dilakukan setelah menjalani
(5 minit)
latihan dan perlawanan kecil
bagi mengelakkan berlaku
kekejangan otot .

5.0 REFLEKSI

1. NUR ADNEEN NASUHA BT AHMAD RIZAL

- Perjalanan Latihan (sebelum, semasa dan selepas)

Bismillahirahmanirrahim. Syukur ke hadrat Ilahi saya bersama dua orang rakan sekumpulan
iaitu Nur Maisarah Iman dan Izzatul Huda dapat menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek
Kokurikulum-Permainan (MPU 3041) dengan jayanya. Kerjasama yang diberikan oleh mereka
berdua banyak membantu saya dalam perancangan dan menjalankan proses rancangan latihan
kemahiran serta video berdasarkan sukan dan permainan yang telah kami pelajari bersama
dengan pensyarah kami iaitu Puan Khaliza iaitu sukan hoki .

Sebelum kami memulakan tugasan kerja kursus yang diberikan, kami telah diberikan taklimat
dan penerangan lanjut oleh salah seorang pensyarah unit kokurikulum iaitu Encik Rizal tentang
cara-cara untuk menghasilkan video, isi-isi penting yang perlu dimasukkan ke dalam video yang
bakal kami hasilkan serta rancangan latihan kemahiran yang perlu dilakukan . Hal ini demikian
kerana kami perlu menghasilkan satu video berkaitan kemahiran asas yang terdapat dalam
sukan yang kami pilih yang mana video yang dihasilkan perlulah mematuhi arahan serta
elemen yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, rancangan latihan yang akan kami lakukan
juga perlulah mengikuti dan menepati format rancangan pengajaran harian Pendidikan Jasmani
bagi sekolah rendah yang terkini. Selepas itu, kami mula memilih sukan dan permainan
-16-
berdasarkan Rancangan Maklumat Kursus matapelajaran kami. Kami memilih untuk memilih
sukan hoki dan memilih kemahiran asas memukul dan menahan bagi tujuan fokus rancangan
latihan serta video yang bakal kami hasilkan. Bagi memudahkan urusan menyiapkan tugasan,
kami membahagikan tugas secara indidvidu. Saya perlu untuk menghasilkan video serta
membuat rancangan kemahiran latihan.

Semasa menjalankan tugasan yang telah dibahagikan saya turut merujuk kepada pensyarah
matapelajaran kami berkenaan penyelarasan format rancangan latihan kemahiran asas dan
juga isi kandungan video. Saya juga mendapatkan maklumat berkaitan video daripada
beberapa orang kawan yang mahir dalam menghasilkan video. Bukan itu sahaja saya juga
membuat carian tentang kemahiran asas yang bakal dibuat dalam rancangan kemahiran asas
memukul dan menahan hoki. Dalam merakam video, saya dan rakan sekumpulan meminta
pertolongan daripada rakan sekelas bagi merakam video kami melakukan kemahiran memukul
dan menahan. Dua orang ahli kumpulan saya perlu menyediakan alatan bagi merakam video
latihan dan mencari isi-isi penting serta sejarah sukan hoki bagi dimasukkan ke dalam video
dan juga rancangan latihan.

Selepas selesai melakukan tugasan yang dibahagikan secara individu, kami bertiga mengumpul
semua maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan dan menyiapkan tugasan
dengan jayanya. Kami bertiga amat berpuas hati dengan kerjasama dan sikap toleransi yang
diberikan antara satu sama lain bagi menyiapkan tugasan berkumpulan pada kali ini. kami
berharap agar kami mendapat keputusan yang baik dalam matapelajaran ini di samping dapat
mengaplikasikan kemahiran yang telah kami senaraikan dalam rancangan latihan kemahiran
asas ini dengan betul dalam permainan hoki.

- Kelebihan kelemahan dan penambahbaikan

Sepanjang kami menjalankan proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa kelebihan,
kelemahan yang perlu kami ambil perhatian dan perlu ditambahbaik untuk masa akan datang.

Antara kelebihan sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah sikap kerjasama yang amat baik
telah diberikan oleh ahli kumpulan. Hal ini demikian kerana masing-masing sanggup berkorban
masa untuk bersama-sama turun merakam video walaupun setelah selesai kuliah. Bukan itu
sahaja, semangat sepasukan yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan saya juga dapat dilihat
apabila masing-masing membantu menyumbangkan idea dan kreativiti bagi menghasilkan
tugasan dan video yang baik. Bagi memastikan setiap ahli mengetahui perkembangan gerak
kerja masing-masing, kami menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram untuk sentiasa

-17-
berhubung. Selain itu, berbekalkan pengalaman dan ilmu kemahiran asas hoki yang telah kami
pelajari bersama dengan pensyarah matapelajaran ini juga memudahkan urusan kami untuk
membuat rakaman video berkaitan kemahiran asas hoki yang dipilih iaitu memukul dan
menahan.

Namun begitu, disebalik keberhasilan dalam menyiapkan video dan tugasan, terdapat juga
beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Antaranya ialah kekurangan ilmu dalam bidang
perancangan awal. Pada awalnya kami hanya merakam video pergerakan kemahiran asas
tanpa merujuk rancangan latihan terlebih dahulu. Ini telah menyebabkan pembaziran masa dan
tenaga. Selain itu, kesukaran mengedit video kerana kurang kemahiran. Walaubagaimana pun
perkara tersebut dapat diatasi setelah merujuk rakan-rakan yang mahir dalam bidang tersebut
dan menggunakan pengalaman mengedit video tugasan bagi beberapa mata pelajaran lain
sebrlum ini. Bukan itu sahaja, kemahiran yang kami tunjukkan juga tidak mematuhi spesifikasi
khas seperti jarak dan juga peralatan yang mencukupi kerana hanya menggunakan ruang yang
sederhana semasa menjalankan rakaman video.

Bagi memastikan tugasan pada masa akan datang dapat dilakukan dengan baik beberapa
penambahbaikan perlu dilakukan iaitu, merujuk terlebih dahulu perancangan yang telah
disenaraikan dan membuat senarai langkah-langkah serta mendahulukan apa yang utama
dalam menyiapkan sesuatu perkara. Selain itu, membuat carian tentang cara-cara mengedit
video di internet sebelum mula mengedit video. Seterusnya, mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari dengan sebaiknya iaitu menggunakan spesifikasi ruang, jarak dan peralatan hoki yang
sebenarnya.

2. IZZATUL HUDA BT MOHD SANI

Pada awalnya, saya ingin memanjatkan rasa syukur kerana tugasan MPU3041 ini dapat
disiapkan dengan lancar atas kerjasama yang baik antara ahli kumpulan saya. Sebelum
memulakan sesi pengajaran tentang kemahiran bermain hoki iaitu kemahiran memukul dan
menahan, guru dan murid-murid bergerak ke stor peralatan bagi mendapatkan peralatan
permainan yang diperlukan bagi permainan hoki iaitu kayu hoki dan bola hoki. Selepas
mendapatkan peralatan yang cukup, guru dan murid-murid berkumpul di padang latihan dan
pengajaran dimulakan dengan guru memberitahu objektif yang perlu dicapai dalam aktiviti
latihan kemahiran pada hari kejadian. Kemudian, murid-murid diarahkan untuk melakukan sesi
memanaskan badan dan senaman regangan dengan bimbingan guru bagi mengelakkan
berlaku kecederaan.

-18-
Semasa sesi pengajaran mengenai kemahiran asas memukul dan menahan bola
dijalankan, guru memulakan dengan membuat demonstrasi terlebih dahulu kepada murid-
murid. Setelah melihat demonstrasi daripada guru, murid-murid dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil dan mereka akan berlatih melakukan kemahiran memukul dan menahan ini
secara berpasangan seperti yang telah ditunjukkan oleh guru pada awalnya. Dalam masa yang
sama, guru juga memberi penerangan berkenaan keselamatan yang perlu diambil berat
semasa aktiviti kemahiran dijalankan. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan murid-murid daripada
berlaku kesalahan semasa aktiviti latihan dijalankan dan dapat mengelakkan kemungkinan
yang tidak diingini berlaku.

Selepas aktiviti latihan kemahiran selesai dijalankan, murid-murid berkumpul semula di


padang latihan bagi melakukan sesi menyejukkan badan yang diketuai oleh seorang murid
dengan bimbingan daripada guru. Aktiviti menyejukkan badan ini hanya mengambil masa 5
hingga 7 minit dan ia penting seperti mana pentingnya aktiviti memanaskan badan. Kemudian
guru memberi sedikit ulasan dan refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan supaya murid-
murid faham akan objektif pembelajaran yang perlu dicapai. Setelah selesai, muird-murid
ditugaskan untuk menyimpan semula peralatan yang diambil dari stor peralatan dan
memastikan keadaan padang ditinggalkan dalam keadaan yang bersih dan selamat.

KEKUATAN

Sepanjang menjalankan aktiviti latihan kemahiran asas memukul dan menahan,


terdapat beberapa kekuatan ataupun kelebihan yang diperolehi. Antaranya ialah, murid dapat
belajar secara langsung dengan guru melalui demonstrasi yang dilakukan oleh guru. Dengan ini
keberkesanan murid untuk memahami lebih tinggi kerana mereka belajar secara realiti
berbanding secara maya dengan sekadar menonton video. Selain itu, murid dapat memupuk
semangat kesukanan dan semangat berpasukan antara murid kerana aktiviti dijalankan secara
berpasangan. Seterusnya, semangat kerjasama antara guru dan murid juga akan terbentuk
kerana dari awal sesi pengajaran sehingga akhir mereka melakukan secara bersama-sama.
Oleh yang demikian, perkara ini dapat membantu guru untuk mengenali potensi diri murid dan
da[at membuat penilaian dengan mudah.

KELEMAHAN

Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti sepanjang aktiviti latihan
ini dijalankan. Antaranya ialah, murid berkemungkinan akan menghadapi kesukaran dalam
-19-
mengaplikasikan kemahiran ini atas faktor rakan pasangannya tidak mahir mengaplikasikan
kemahiran memukul dan menahan. Selain itu, murid juga mungkin akan mengalami kesukaran
untuk memahami penyampaian guru melalui demonstrasi yang ditunjuk dan bergantung juga
dengan kaedah dan teknik yang diaplikasikan oleh guru. Seterusnya, didapati juga murid yang
tidak bersemangat dalam aktiviti kemahiran ini dan perkara ini memberi kesan kepada pelajar
lain dan mengganggu kelancaran latihan dijalankan. Kelemahan lain yang dapat dikesan adalah
guru tidak mampu menilai kebolehan pelajar secara mendalam kerana bilangan pelajar yang
agak ramai dan masa yang terhad.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara langkah penambahbaikan yang dapat dibuat setelah sesi pengajaran latihan
kemahiran memukul dan menahan diadakan ialah dengan mengadakan sesi pembelajaran
secara berperingkat dan berkala supaya pelajar dapat mendalami kemahiran yang akan
dipelajari dengan lebih jelas. Selain itu, guru boleh mempelbagaikan aktiviti permainan kecil
supaya pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran memukul dan menahan dengan pelbagai
kaedah atau ‘skills’. Seterusnya, guru juga perlu lebih kreatif dengan mempelbagaikan jenis
senaman regangan badan semasa aktiviti pemanasan badan dan penyejukan badan dijalankan
agar murid lebih bersemangat dan lebih seronok untuk mempelajari sesuatu ilmu.

3. NUR MAISARAH IMAN BT ROSLAN

Saya berasa amat bersyukur kerana tugasan merancang latihan permainan bagi kerja
kursus MPU3041 ini dapat disiapkan dengan kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan
saya. Sebelum memulakan pengajaran mengenai kemahiran asas memukul dan menahan di
dalam permainan hoki, guru dan murid-murid bersama-sama mendapatkan peralatan dalam
permainan hoki seperti kayu dan bola hoki yang akan digunakan sepanjang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Setelah berkumpul di tapak latihan kemahiran, guru akan
memulakan sesi pengajaran dengan menerangkan objektif yang ingin dicapai di dalam aktiviti
latihan kemahiran pada hari tersebut. Setelah itu, murid-murid telah ditugaskan untuk
memulakan sesi memanaskan badan berpandukan senaman regangan statik dan senaman
regangan dinamik dengan bimbingan daripada guru.

Aktiviti semasa pengajaran mengenai kemahiran asas memukul dan menahan


dimulakan oleh guru dengan guru mendemonstrasikan dihadapan murid-murid mengenai
-20-
kemahiran memukul dan menahan. Di samping itu, guru juga menerangkan kepada murid-murid
mengenai aspek keselamatan semasa aktiviti kemahiran dijalankan. Hal ini adalah bagi
mengelakkan murid-murid daripada menyalahgunakan peralatan permainan hoki semasa
proses aktiviti pengajaran berlangsung. Seterusnya, murid akan dibahagikan kepada beberapa
kumpulan kecil. Bermula daripada langkah ini, murid akan berlatih kemahiran menahan dan
memukul secara berpasangan seperti yang telah diajar oleh guru semasa di awal pengajaran.
Setelah itu, murid akan mempersembahkan permainan kecil mengenai kemahiran memukul dan
menahan secara berkumpulan agar dapat memahirkan lagi kemahiran mereka.

Selepas selesai melaksanakan aktiviti permainan kecil, murid-murid akan mengadakan


sesi menyejukkan badan sebelum meninggalkan tapak latihan kemahiran di bawah bimbingan
guru. Kemudian, guru akan memberi sedikit refleksi terhadap aktiviti latihan yang telah
dijalankan agar murid-murid dapat memahami objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Setelah
selesai sesi menyejukkan badan, murid-murid diarahkan untuk mengemas dan membersihkan
tapak latihan kemahiran supaya kelihatan bersih dan kemas.

KELEBIHAN

Terdapat beberapa kelebihan yang boleh diperoleh sepanjang melakukan sesi


pengajaran latihan kemahiran asas memukul dan menahan ini. Antaranya ialah, guru dan murid
dapat memupuk kerjasama yang tinggi dengan bersama-sama melakukan kesemua aktiviti
bermula dengan mengambil peralatan di stor sukan sehingga meletakkan semula peralatan
tersebut. Selain itu, kelebihan lain yang boleh diperoleh ialah murid-murid dapat mencontohi
perlakuan guru secara realiti berbanding mereka hanya mempelajarinya secara maya melalui
tontonan video kerana guru menunjukkan demonstrasi dihadapan murid-murid. Seterusnya,
murid juga dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi bersama rakan-rakan yang lain
apabila mereka dikehendaki melakukan aktivit berpasangan dan aktiviti berkumpulan. Guru dan
murid juga dapat mengenali potensi diri masing-masing dan rakan-rakan dalam memahami dan
mengaplikasikan kemahiran memukul dan menahan ini.

KELEMAHAN

Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti sepanjang melakukan sesi


pengajaran latihan kemahiran asas memukul dan menahan ini. Antara kelemahannya ialah guru
mungkin tidak dapat mengenalpasti secara mendalam akan tahap penguasaan murid-murid di
dalam kemahiran memukul dan menahan ini kerana bilangan murid yang agak ramai. Guru
mungkin hanya boleh menilainya secara luaran di dalam masa yang telah ditetapkan sahaja.

-21-
Selain itu, murid juga mungkin mengalami kesukaran untuk memahami demonstrasi yang
dilakukan oleh guru bergantung kepada kaedah penyampaian guru dan teknik yang diajar
kepada murid-murid. Kelemahan seterusnya ialah, murid berkemungkinan mengalami
kesukaran semasa aktiviti berpasangan dan berkumpulan dijalankan disebabkan oleh ada
rakan-rakannya yang kurang mahir mengaplikasikan kemahiran memukul dan menahan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan terhadap pengajaran latihan kemahiran memukul


dan menahan ini ialah guru mengadakan sesi ini di dalam skala yang kecil agar dapat memberi
tumpuan yang penuh terhadap tahap pencapaian murid-murid dengan lebih mendalam dan teliti
dengan perkembangan kemahiran mereka. Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan jenis
senaman yang unik ketika sesi memanaskan badan berlangsung agar murid berasa lebih teruja
dan cergas untuk memulakan sesi pengajaran pada hari itu. Namun jenis senaman yang dipilih
hendaklah sesuai dengan tahap kemampuan murid-murid. Seterusnya, guru juga boleh
mempelbagaikan aktiviti permainan kecil yang unik dan menarik untuk menambah minat murid.
RUJUKAN

Bompa, T. O. (1996). Theory and Methodology of Training, the Key to Athlete Performance . Iowa :
Kendall/Hunt Publishing Company.

Bompa, T.O. & Haff, G.G. (2009). Periodization. Theory and methodology of training (3rded.), Human
Kinetics. United Sates.

Cox, R.H. 2002. Sport psychology: Concepts and applications (5th ed.). Boston: Mc Graw Hill
Companies

Falls. (1980). Teori and Methodology of Traning. New York. Humans Kinetick Publisher.
Garganta, J. (2009). Trends of tactical performance analysis in team sports: bridging the gapbetween
research, training and competition. Revista Portuguesa de Ciências do Desporto, 9(1), 81-89.

Warrington,G.(2010).[https://www.irishsportscouncil.ie/Coaching-Ireland/Publications- /Planning-For-
Performance.pdf]. Capaian pada 18 Februari 2020

-22-

Anda mungkin juga menyukai